SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DAN PERPADUAN

SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DAN PERPADUAN KAUM
1.0 KONSEP MASYARAKAT DI MALAYSIA
Menurut Kamus Dewan, masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan tidak wujud
tanpa

adanya

bertanggungjawab

masyarakat.Manusia
mencipta,

merupakan

mengubah,

menokok

anggota
dan


masyarakat

melestarikan

yang

budaya,

menurunkannya dari generasi ke generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban
manusia sedunia. Proses mewariskan budaya generasi yang menurunkan budaya dan
generasi yang menerima budaya. Kita perlu memahami konsep masyarakat kerana
untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan lain melainkan hidup secara bermasyarakat.
Memahami cara hidup bermasyarakat dengan memahami budaya masyarakat sendiri
dan kaum lain dan memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan lain.
Sebab perlu memahami konsep masyarakat dengan lebih jelas dan faham bahawa
manusia demi kelangsungan hidup tiada pilihan lain selain hidup bermasyarakat.
Manusia mesti faham sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat. Memahami budaya
masyarakat sendiri dan masyarakat lain terus memupuk kerjasama dalam masyarakat
sendiri dan dengan masyarakat lain.


Mengetahui ciri dan sifat masyarakat kerana

masyarakat adalah sesuatu yang dinamik.
Bangsa idaman berteraskan hubungan etnik yang harmonis dapat diukur berpandukan
3 perspektif utama iaitu kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat ini
perlu ditanam dan dipupuk dalam diri rakyat demi memastikan keutuhan negara
sebagai sebuah kumpulan social dapat ditanam melalui simbol-simbol keutuhan negara
seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan Rukun Negara Malaysia.
Kewarganegaraan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui
kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. Kebangsaan dapat
ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang merupakan penggerak dalam

menyemarak dan menguatkan semangat kebangsaan. Ini merupakan batu asas dalam
pembentukan sebuah bangsa Malaysia.
Hubungan antara ketiga-tiga aspek ini adalah bertimbal balik kerana masing-masing
saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain. Kebudayaan merupakan
keseluruhan cara hidup manusia. Penting dalam proses pembangunan negara di
Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang
dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Memerlukan

penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang
berterusan.
Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang
mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat
menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di
kalangan dunia antarabangsa. Peranannya melahirkan proses interaksi, pengenalan,
penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan
asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.
Sistem Ekonomi Duaan /Dualisme ekonomi. Perkembangan sistem ekonomi moden
dan ekonomi tradisional tidak seimbang. Sistem pendidikan Sekolah Inggeris, sekolah
Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Hubungan kaum baik dalam konteks
“bercampur tetapi tidak bersatu”.Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan
keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi berteraskan kepada
laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib.
Matlamat utama untuk menyatukan kanak-kanak daripada pelbagai etnik di bawah satu
sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa tunggal (Wan
Hashim,1983). Akta Pendidikan 1957 bersetuju di atas prinsip sekolah pelbagai aliran
dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan. Bahasa Melayu telah
diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar
Bahasa


Melayu

sebagai

satu

daripada

matapelajaran

pendekatan

dalam

matapelajaran sejarah, geografi dan buku teks lain mestilah berteras Malaysia dan
bukannya berteraskan negara China dan India (John Lowe,1960).
2

2.0 PENDIDIKAN ASAS PERPADUAN DI MALAYSIA

Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaumnya
yang hidup aman dan damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India
dan 27 etnik lain Di kawasan Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini
amat unit di bawah satu kerajaan dan pentadbiran serta dasar yang menyatupadukan
semua rakyat di negara ini untuk kestabilan yang berterusan. Oleh itu, pelbagai dasar
kerajaan telah dan akan dijalankan dalam menjayakan misi negara ini.
Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara keseluruhannya melalui ideologi negara di mana setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan
bersama dalam kalangan mereka.

Perpaduan memainkan peranan penting dalam

memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak, sebelum dan selepas merdeka lagi,
kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita.
Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa
perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin
akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan dan
mengekalkan perpaduan sedia.
3.0


DASAR PERPADUAN DAN EVOLUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan telah menjalankan dasar perpaduan
supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam
mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua
cara iaitu:
1. Dasar Pendidikan : Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2. Akta Bahasa Kebangsaan: Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu
3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
4. Sukan Sebagai Alat Perpaduan

Pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan
British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka,
Pulau Pinang dan Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang
dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan
mereka sendiri. Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran
Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan

rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil
dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan
vernakular.
Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum
di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu
sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut
merupakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu, iaitu Pada
peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada
1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah
Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan
pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum
di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekaligus menyebabkan huru-hara.
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia
Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang
bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan
kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran,
keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk
mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan.

Sistem Pendidikan


Negara

telah mengalami

evolusi penting

sejajar dengan

pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa
berikut, iaitu Zaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-1970),
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (19912000) dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).
Zaman Pra Merdeka (sebelum 1957), semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di
Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu,
Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya
sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang
kemerdekaan timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan.
Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada
masa itu dan menghasilkan Laporan Razak (1956) yang meletakkan asas bagi
perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran

Kebangsaan untuk semua. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta
kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi
semua sekolah.
Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) yang menggariskan cadangan
pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun
1980-an,

peluang

pendidikan

untuk

warganegara

turut

ditingkatkan


dengan

menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh
hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang
menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
4.0 HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara
sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju. (cita-cita dalam
wawasan 2020). Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan
hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka. Peristiwa 13 Mei
1969 Daripada pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah,
Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik.
Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang.
Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan
seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik.

Keseimbangan kaum


melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama serta

perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya apakah faktor yang
boleh membawa keseimbangan dan apakah perkara yang perlu dipertahankan atau
dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan. Jawapannya ialah usaha
berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Peristiwa
13 Mei 1969 yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah rusuhan kaum Cina
dan Melayu di Kuala Lumpur. Bermula sebelum tahun 1969 lagi semasa Lee Kuan Yew
memperkenalkan slogan ‘ Malayan Malaya’ sebelum keluar dari Persekutuan Malaysia
pada 1965. Parti Gerakan dan DAP memainkan isu perkauman semasa pra-pilihanraya.
Pengajaran Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969. Hal perkauman adalah perkara yang
sangat sensitif dan amat mudah jadi bahan pertikaian. Semua kaum hendaklah dijaga
dan ditadbir secara saksama. Kerajaan lebih menitikberatkan perpaduan dalam
kalangan rakyat. Kepentingan Memahami Hubungan Etnik menjadikan

Malaysia

merupakan sebuah negara yang berbilang kaum yang pernah mengalami konflik etnik.
Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi
pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta
sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial.

Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi
sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan
sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami
mengenai prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan
faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku antara masyarakat. Hubungan etnik
penting dalam memahami mengenai kesan pengindustrian disesebuah negara.
Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.
Usaha-usaha ke arah memupuk perpaduan nasional ialah dengan penubuhan Jabatan
Perpaduan Negara yang kini dikenali dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional / JPNIN), Pengenalan Rukun Negara dengan menyemai ideologi
Kebangsaan, DEB, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Usaha Kerajaan ( top down ) sahaja tidak memadai tetapi mesti digenapkan dengan
usaha yang berbentuk ( bottom-up ) menerusi kerjasama dan sumbangan daripada
sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik. Keharmonian Hubungan etnik di
Malaysia tidak bergantung semata-mata kepada keadaan berbaik-baik antara kumpulan
kelas sosial yang berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan yang kaya daripada
pelbagai kumpulan). Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting yang mencorak
sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur,
namun negara luar melihat Malaysia sebagai negara yang berjaya mewujudkan
Hubungan Etnik yang harmonis ditambah pula dengan adanya sistem pendidikan dan
persekolahan yang berkonsepkan teknologi maklumat atau ICT akan merancakkan lagi
dunia pembelajaran dan perpaduan kaum di Malaysia kerana semua maklumat senang
dan cepat diperolehi.
5.0

KEBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM MEMUPUK
KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA

Umum mengetahui bahawa terdapat dua kesan dalam pelaksanaan sistem ini terhadap
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Kebaikan pertama ia akan menarik minat
pelajar untuk meneroka lebih lanjut pengetahuan sedia ada. Hal ini berbeza dengan
sistem lama yang lebih berjurus kepada buku teks semata- mata. Dengan sistem ini

pelajar dapat mencari sendiri maklumat- maklumat yang dapat menajamkan pemikiran
mereka, menambah ilmu pengetahuan dan mengekalkan asas perpaduan sedia ada
antara pelbagai etnik di Malaysia melalui sistem pendidikan yang sama.
Sebagai bukti sekolah bestari menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran. Oleh
hal demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet
dan bahan- bahan bercetak yang lain. Dalam menjelaskan perkara ini, Kementerian
Pelajaran telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemajuan
internet dihujung jari ini menjadikan murid pelbagai kaum senang memperolehi pelbagai
maklumat terutamanya yang melibatkan kaum di Malaysia seperti latar belakang,
kebudayaan, adat resam dan keagamaan dengan hanya melayari internet dan suasana
pembelajaran yang sama di Malaysia.
Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan dengan 470
buah komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu masa. Hal ini
memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur panjang atau
menunggu giliran untuk mencari maklumat terutama pada mereka yang sering
menggunakan waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat sumber atau meluaskan
masa untuk berehat sambil mencari maklumat. Semua pelajar tanpa mengira kaum
dapat berkongsi maklumat dan kemahiran menerusi ICT dalam sisitem pendidikan
sekolah yang sama. Keadaan ini dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum
sejak awal kanak-kanak lagi.
Proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik kerana pelajar hari ini
sudah bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik. Hal ini
memudahkan tugas guru dalam menyampaikan maklumat kepada proses pembelajaran
dan pengajaran disekolah. Pembelajaran akan lebih berpusatkan kepada pelajar dan
guru

berfungsi

sebagai

fasilitator

semata-mata.

Sistem

pembelajaran

yang

berorientasikan teknologi maklumat menarik minat pelajar untuk meneroka pelbagai
maklumat baru. Kesan kebaikan lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas ialah had tugasan yang terusun dan sistematik kepada tenaga pengajar dalam

mencari pelbagai bahan dan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Semua
maklumat tentang kaum, etnik dan akademik senang diperolehi pada bila-bila masa
sahaja. Dengan ini masyarakat berbilang kaum akan lebih memahami budaya kaum
lain untuk saling menghormati.
Kesediaan pelajar untuk memulakan pelajaran pada tahap yang baik akan
meningkatkan motivasi guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar. Berbanding dengan sekolah harian biasa yang rata- rata pelajarnya
belum bersedia untuk memulakan pelajaran dan agak liat untuk berusaha dalam
mencari maklumat yang perlu diketahui sebelum memulakan pengajaran. Dengan ini
guru perlu menjalankan teknik koperatif bagi memudahkan pelajar berbincang sesama
mereka mengenai topik tersebut. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
lebih tersusun dan menarik. Semua pelajar akan belajar dan menguasai proses
pembelajaran

yang sama tanpa mengira kaum. Hal ini menggalakkan perpaduan kaum terus
diamalkan di Malaysia dari semasa ke semasa.
Dalam sistem pendidikan juga para pelajar sentiasa terdedah dengan pelbagai tugasan.
Tugasan yang tersusun yang diberikan oleh guru akan menjadikan murid mudah
memberi fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menjadikan
menjadikan pelajar-pelajar lebih berdikari dan menyiapkan pelbagai tugasan secara
bersama tanpa mengira kaum. Mereka menguasai kemahiran, memperolehi ilmu dan
pengetahuan secara bersama semasa menyiapkan sesuatu tugasan tersebut. Hal ini
baik untuk perpaduan kaum diperingkat awak remaja semasa menjalani proses
pendidikan di sekolah.
Pengurusan yang tersusun amat dititikberatkan dalam menjamin kecukupan sumber
tenaga pengajar bagi meringankan dan memudahkan tugas guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini pelajar juga akan mudah menerima input-

input daripada guru dengan berkesan. Guru juga akan sentiasa memberikan input yang
terbaik semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini. Hal ini dapat menjadikan
proses tersebut berjalan dengan baik. Kelebihan yang seterusnya kepada sistem
pembelajaran hari ini ialah semua murid tanpa mengira kaum berupaya belajar
mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing mengikut tahap
kecedasan yang berbeza seperti yang dibuktikan oleh Howard Gardner iaitu ialah
kecerdasan logik- matematik, vebal- lingusistik, kinestatik, ruang visual, interpersonal,
intrapersonal, naturalis dan eksistensialis.
Sistem pendidikan guru yang sistematik dan teratur akan mengurangkan beban guru
untuk merancang program kecemerlangan kepada pelajar-pelajar mereka selain
daripada menjadikan guru- guru ini lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan
tugasan dengan lebih baik. Ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program
pembelajaran anak-anak mereka di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Mereka juga
akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktivitiaktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar. Sistem pendidikan
sedemikian akan menggalakkan pembelajar yang lebih efisien di Malaysia.
Guru sentiasa mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan melihat
keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman dan pengetahuan
sedia ada murid. Kaedah pengajaran guru disekolah biasanya lebih berpusatkan
kepada guru dan murid. Perkara ini menggalakkan kebebasan pelajar untuk
memberikan idea atau pendapat masing- masing. Pelajar mempunyai pandangan serta
pengalaman tersendiri yang mereka lalui sebelum ini.
Hal ini akan merancakkan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah untuk
semua kaum kerana idea dan kebolehan semua pelajar dapat dikembangkan di sekolah
secara bersama. Sebagai contoh pelajar sudah mengetahui bagaimana hendak
mengendalikan sesuatu bahan atau alatan seperti komputer riba. Ramai pelajar sudah
tahu dan mendapat pendedahan menggunakan komputer. Keadaan ini akan
menyenangkan guru untuk mengajar mereka kemahiran menggunakan komputer.

6.0

KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM MEMUPUK
KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA

Apa pun, kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan negara
sudah jelas iaitu wujudnya fenomena pengangguran dalam kalangan siswazah akibat
tidak tahu memanfaatkan ilmu yang diperoleh. Masalah itu berlaku kerana sistem
pendidikan dikekang birokrasi sehingga sukar berubah. Jelaslah sistem pendidikan
yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak
boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan meninggalkan
aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan. Ini juga akan membantutkan usaha untuk
mengekalkan perpaduan di negara kita.
Sistem pendidikan sedia ada telah membazirkan banyak sumber pendidikan, justeru
tidak efektif dalam pembentukan bakat profesional yang sanggup dan mampu
menghadapi masalah globalisasi pada abad ke 21 ini. Sistem pendidikan negara kita
juga memusatkan (centralized) juga menyebabkan kandungan pendidikan diputar
belitkan dibawak faktor politik. Banyak dasar-dasar pendidikan diputuskan bukan atas
dasar pendidikan. Ini akan melahirkan masyarakat yang tidak adil seperti kekurangan
guru sekolah aliran Cina dan Tamil. Keadaan ini juga akan merenggangkan hubungan
antara kaum sedikit demi sedikit yang akan merencatkan perpaduan kaum di Malaysia
dalam jangka masa panjang dan boleh mengikis adat dan kebudayaan asal sesuatu
etnik di Malaysia secara sedikit demi sedikit.
Ada juga masyarakat dan pihak pentadbiran pendidikan birokrasi yang menganggap
peperiksaan sebagai piawaian utama pengajaran guru dan pentadbiran pengetua atau
guru besar disesebuah sekolah. Fungsi peperiksaan telah disalah ertikan dan guru-guru
serta pihak sekolah dipersalahkan jika anak-anak mereka tidak cemerlang dalam
peperiksaan. Masalah ini menghantui hampir semua kaum dan etnik dinegara kita sama
ada di Sekolah Kebangsaan, sekolah Cina mahupun sekolah Tamil. Kementerian
Pelajaran Malaysia sehingga kini masih enggan mengemukakan rancangan penilaian
alternatif ekoran pemansuhan peperiksaan dan lebih banyak butir-butir berkenaan

pelaksanaan membangkitkan kekhuatiran bahawa cara penilaian baru mungkin akan
memberikan kesan kepada corak kebudayaan dan bahasa pengantar serta bahasa
pentadbiran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
7.0

CADANGAN MEMUPUK KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA

Kementerian Pendidikan Malaysia juga harus mengumpul maklumat dan pendapat
rakyat dan masyarakat dan mengumumkan rancangan alternatif mereka selepas itu
dengan butir-butir pelaksanaanya dan memberikan masa yang seseuai untuk
membolehkan pelbagai lapisan rakyat membicangkannya. Dengan ini rakyat akan
memahami pelaksaan rancangan alternatif dengan lebih jelas dan tidak akan terkeliru.
Pendidikan masih lagi menjadi objektif utama manakala sistem pentaksiran menjadi
sampingannya.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga perlu mengadakan satu jadual masa bagi
melaksanakan

rancangan

alternatif

yang

membolehkan

masyarakat

membuat

persediaan yang cukup ketika melaksanakan rancangan baru, khususnya latihan guru
dan peruntukan kursus ke seluruh negara. Reformasi ini harus dilaksanakan secara
beransur-ansur dengan Guru Besar diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan
disekolah masing-masing.
Guru juga harus lebih profesional dan bijak untuk melaksanakan apa yang diarahkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program dan kursus tertentu seperti Kursus
Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu dikaji
semula untuk mengelakkan pelatih memilih kerjaya ini kerana terpaksa sebab sukar
mendapat pekerjaan lain di luar sana.Sikap tidak minat menjadi guru ini memaksa
mereka menjadi guru yang hipokrit dan ini semestinya akan menggagalkan visi dan misi
kerajaan dan lebih buruk lagi akan memberi kesan negatif kepada pelajar dan kualiti
pendidikan untuk jangka masa yang panjang.
Guru-guru yang kurang meminati kerjaya ini juga mungkin mempunyai prejudis
perkauman yang kuat. Pihak Kementerian Pendidikan dan kerjaan juga harus

mengadakan satu mekanisme penyingkiran sejak awal dengan memindahkan mereka
ke

badan-badan

kerajaan

yang

lain

untuk

memelihara

dan

meningkatkan

profesionalisme peguruan daripada dirosakkan oleh individu bernama guru yang
sememangnya tidak berminat dan tidak layak menjadi guru walaupun mereka memiliki
pencapaian yang baik dalam penilaian dan peperiksaan.
Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklumat sistem pendidikan nasional ialah untuk
mencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan ketidaksamaan antara
masyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih teliti peluang pendidian kanakkanak menengah dan rendah termasuklah pengagihan sumber dalaman sekolah seperti
cara penyusunan bilik darjah dan pengagihan guru-guru. Keadaan ini memungkinkan
wujudnya semangat belajar tanpa mengira kaum dan kebolehan pelajar.
Sistem Pendidikan Nasional harus di desertasikan. Kerajaan perlu meletakkan kuasa
pendidikan, menyelaras sistem birokrasi yang rigid di samping mengurangkan simpton
ketidak adilan dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran tidak harus mempolitikkan
dasar tersebut dan menghormati pendapat profesional pendidikan.
Bagi SJK Cina dan Tamil, merujuk kepada prinsip hak asasi pendidikan, Kementerian
Pelajaran perlu menghormati niat ibu bapa komuniti tersebut menjamin bahawa segala
perubahan dasar tidak akan mengubah ciri-ciri kebudayaan, bahasa pengantar dan
bahasa pentadbiran di SJK Cina dan Tamil.
Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah antara pelajar dan guru ataupun
prestasi guru besar dan sekolah, tetapi juga masalah budaya sesuatu masyarakat. Satu
pakatan reformasi pendidikan terdiri daripada ahli pakar akademik, pendidik, ibu bapa
dan ahli masyarakat duduk semeja membincangkan masalah pendidikan negara dan
memantau rancangan pelaksanaan atau pemansuhan sesuatu peperiksaan dalam
sistem pendidikan negara hari ini dengan mengkaji dan mengambil kira sistem
pendidikan negara sebelum ini. Kementerian Pelajaran dan pelbagai lapisan
masyarakat khususnya pertubuhan pendidikan harus mengusulkan konsep pendidikan

yang betul. Ini adalah kerana ibu bapa ialah golongan yang paling berpengaruh dalam
menjayakan atau mengagalkan sesuatu reformasi pendidikan yang dilaksanakan.
8.0

KESIMPULAN

Pendidikan memberi kesan secara mendalam kepada aktiviti manusia dalam semua
bidang kerana ia satu proses berterusan dan inovatif yang membantu membangunkan
potensi individu untuk kebaikan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh sebab itu misi
pendidikan

negara

mengembangkan

seharusnya

kebolehan,

meningkatkan

menganalisis

dan

potensi

seseorang

memotivasikan

individu,

keyakinan

dan

kebolehan jasmani, rohani dan mental individu yang dunamik,berinisiatif serta
memberikan kebaikan kepada individu dan masyarakat.
Dari segi keadilan sosial, semua individu dari pelbagai kaum dan bangsa harus diberi
peluang pendidikan yang saksama untuk semua rakyat dan bukan untuk sesuatu
golongan yang dianggap elit sahaja. Pendidikan sekarang yang berorientasikan
peperiksaan semata-mata banyak mengorbankan masa hadapan kebanyakan kanakkanak di Malaysia tanpa mengira kaum.