I GLOBALISASI DAN CABARAN PENDIDIKAN

GLOBALISASI DAN CABARAN PENDIDIKAN

Mengikut Prof Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agong Persatuan Universisti
Komonwel (ACU), globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan
pelaksanaan pengajaran yang berkualiti. Fungsi utama globalisasi pendidikan adalah
menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran
sepanjang hayat.
Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman
individu.
Dalam hal ini, pelbagai langkah telah dilakukan untuk menghadapi cabaran globalisasi
pendidikan ini antaranya, menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC) dan
mengembangkan sekolah-sekolah bestari. Selain itu, mereformasikan kurikulum sekolah
dengan melaksanakan pengajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris atau dikenali
sebagai PSMI dan penswastaan pendidikan tinggi dengan memberi peluang untuk
penubuhan kolej dan universiti swasta dalam negeri.
Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang berperanan
dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam
cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah
mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta
penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama.
Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat,

dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan
pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian kerana ia amat
berguna kepada pelajar.
Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamnya dalam
perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan negara
dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan
reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang
positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara
contohya peka kepada perubahan dalam setiap aspek, sedar tentang keperluan negara
dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Seseorang guru juga perlu berpengetahuan,
fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan
pendidikan dengan menguasai kemahiran belajar.
Salah satu nilai aspirasi dalam penerapan “Satu Malaysia” adalah budaya inovasi dan
budaya ilmu. Oleh yang demikian, kesediaan rakyat Malaysia untuk mencuba perkara
baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang diceburi perlu dititikberatkan.

Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin
dalam bidang masing-masing. Rakyat Melaysia perlu berani mencari penyelesaian baru
dalam menangi masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis. Seterusnya,
negara Malaysia akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu

pengetahuan yang tinggi.
Budaya ilmu yang diterapkan dalam nilai aspirasi cenderung untuk sentiasa memburu
pengetahuan yang terkini dan kesediaan menimba ilmu sepanjang hayat. Justeru itu,
globalisasi dan cabaran pendidikan amat bertepatan dengan konsep “Satu Malaysia” itu
sendiri.
Jadi untuk merealisasikan konsep “Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”, rakyat Malaysia perlulah disediakan dengan kriteria globalisasi dan
cabaran pendidikan kerana kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bermula dari
pendidikan.

Posted by Guru Oh Guru at 00:25 5 comments:
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest
Fr i d ay, 6 S e p t e m b e r 2 0 1 3

Pengambilan Guru Hanya Di kalangan 30%
Graduan Terbaik

Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan
dibuat hanya dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik dalam negara dalam
usaha mentransformasi profesion itu menjadi profesion pilihan.

Ini bermakna Kementerian Pendidikan akan meninggikan syarat kelayakan
kemasukan ke profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti
setiap latihan perguruan memenuhi syarat minimum kelayakan akademik.
Kementerian turut berhasrat untuk mengubah Institut Pendidikan Guru (IPG)
kepada universiti latihan guru bertaraf dunia menjelang 2020 dan menilai semula
kurikulum latihan praperkhidmatan semasa bagi memastikan guru bersedia untuk
mengajar kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan murid.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang
dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri
Muhyiddin Yassin, mulai tahun ini, guru akan menerima program Pembangunan
Profesional Berterusan (CPD) bagi membantu guru mencapai potensi penuh.
Program CPD itu termasuk latihan komponen teras dan elektif mengikut keperluan
pembangunan diri yang akan diberi latihan secara individu daripada penyelia
masing-masing.
Pelan itu turut menyebut, guru boleh memilih laluan kerjaya yang menarik
berdasarkan prestasi, potensi dan minat mereka, sama ada memilih untuk
menjalankan tugas kepimpinan atau menjadi guru pakar.
Selain itu, guru juga akan dinilai secara tahunan oleh pengetua atau guru besar
dengan menggunakan input yang mungkin diberikan oleh rakan sejawat dan

menggunakan instrumen penilaian baharu yang memberi tumpuan kepada
keupayaan guru menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan luar
bilik darjah.
Dalam memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah,
kementerian akan menukar kriteria pemilihan pengetua dan guru besar daripada
pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan kepada pemilihan yang berfokuskan
kecekapan kepimpinan.
Setiap pengetua atau guru besar juga dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan
Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada Institut
Aminuddin Baki sebelum boleh dilantik.
Pengetua dan guru besar yang bakal dilantik juga akan mengikuti program
pementoran selama satu bulan di bawah bimbingan pengetua dan guru besar
yang akan berpindah dan bersara.
Dalam pada itu, kementerian akan memastikan 100 peratus sekolah memenuhi
keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan
Sarawak bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, bersih dan
kondusif.
Kementerian juga akan melaksanakan prinsip asas yang telus dan saksama dalam
pengagihan kewangan dan sokongan lain kepada semua sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan.

Bagi memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
meningkatkan kualiti pembelajaran, kementerian menyediakan akses Internet dan
persekitaran pembelajaran maya melalui iBestariNet bagi kesemua 10,000
sekolah menjelang tahun ini.
Perpustakaan video pengajaran oleh guru cemerlang akan diwujudkan supaya
guru boleh menggunakan sumber ini bagi mendapatkan idea dan murid pula
dapat menjadikannya sebagai alat ulang kaji
SUMBER : BERNAMA
Posted by Guru Oh Guru at 19:47 22 comments:
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest

GELOMBANG 3PM

TIGA gelombang pembaharuan yang bertujuan meningkatkan prestasi sistem
pendidikan negara ditetapkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun
bermula tahun depan hingga 2025.
Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menjelaskan,
menerusi Gelombang Pertama membabitkan tahun pelaksanaan 2013 hingga
2015, sasaran diletakkan bagi menambah baik kualiti pendidikan negara supaya
setanding dengan pencapaian purata global.

Menurut laporan itu, sepanjang pelaksanaan gelombang itu, Kementerian
Pelajaran menentukan tiga bidang tumpuan iaitu menambah baik pengajaran di
bilik darjah, meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah serta
meningkatkan kecekapan guru bahasa Inggeris.
“Hal ini tidak bermakna inisiatif perubahan akan menumpukan perhatian kepada
tiga bidang berkenaan sahaja malah terdapat inisiatif yang memberikan tumpuan
kepada isu lain seperti penambahbaikan kurikulum dan peningkatan infrastruktur.
“Bagaimanapun, tiga bidang itu dipilih sama ada ketiga-tiganya merupakan
pemacu utama bagi menambah baik kualiti guru dan pengetua atau kerana
keperluan bagi keseluruhan aspirasi ekonomi negara (bahasa Inggeris),” jelas
laporan tersebut.
Bagi Gelombang Kedua (2016-2020), laporan berkenaan memberitahu,
kementerian akan melaksanakan perubahan dari segi struktur untuk
mempercepat langkah perubahan dengan perancangan bagi semua inisiatif akan
bermula semasa gelombang pertama.
Perancangan itu termasuk menggerakkan semua 410,000 orang guru dan 10,000
pengetua atau guru besar kepada pakej kerjaya baru selain menstruktur dan
menjajarkan pejabat Persekutuan, negeri serta daerah terhadap fungsi baru.
Ini
bagi

membolehkan
pejabat
berkenaan
membantu
sekolah
dan
memperkenalkan kurikulum sekolah menengah yang baru dan kurikulum sekolah
rendah yang disemak dalam menangani isu mengenai pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang diperlukan untuk berkembang maju di persekitaran ekonomi global
masa kini.

Sementara itu laporan itu menyebut, semasa awal Gelombang Ketiga (2021-2025)
pula, semua sekolah, guru dan pengetua seharusnya menunjukkan prestasi yang
lebih tinggi daripada standard minimum.
“Oleh itu, kementerian akan menumpukan perhatian kepada peningkatan
keluwesan operasi untuk menyemai budaya pemimpin rakan sebaya ke arah
kecemerlangan profesional. Kementerian juga akan menggerakkan kebanyakan
sekolah, jika tidak semuanya, ke arah model pengurusan berasaskan sekolah dan
menambah model inovasi pengajaran yang berjaya.
“Matlamatnya adalah untuk membentuk suatu sistem tadbir urus kendiri yang

mampu membuat pembaharuan dan membawa pencapaian ke tahap lebih
tinggi,” tambah laporan itu.
Jelas laporan itu, kementerian menyedari kepentingan serta kesegeraan dalam
melaksanakan tugasan yang sedang dijalankan dan untuk itu, kementerian akan
mula mengambil tindakan awal dalam beberapa bidang kritikal.
“Sebahagian besar daripada tindakan awal itu akan menjadi asas perubahan
dramatik pada masa depan. Bagaimanapun kementerian juga menyedari
keperluan menghasilkan pencapaian dengan kadar segera dan konsisten bagi
membina dan mengekalkan momentum transformasi.
“Dalam 12 bulan yang akan datang, kementerian mempunyai kesungguhan untuk
melaksanakan perubahan dan mendapatkan hasil seperti semua 70,000 guru
bahasa Inggeris dinilai pada tahap kecekapan berbahasa mengikut standard
antarabangsa dan syarat pengambilan guru diperketat selain semua 10,000
sekolah rendah dan menengah kebangsaan akan mendapat liputan internet 4G
melalui pelaksanaan 1BestariNet,” jelas laporan berkenaan.
SUMBER : http://psssksa.wordpress.com/category/isu-semasa-pendidikan/
Posted by Guru Oh Guru at 19:07 4 comments:
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest

ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA (GC6033)


BI
L

TAJUK

1

Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris (Rujuk PPP 2013-2025).

2

Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai (Rujuk
PPP 2013-2025).

3

Penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah (soft skills) di
Sekolah dan IPT.


4

KPI dan impak kepada prestasi kerja guru

5

Sistem penilaian kualiti guru: ke mana arahnya?

6

Pengurusan integriti dalam organisasi pendidikan

7

Sistem pendidikan masih berorientasikan peperiksaan?

8

NKRA – impaknya terhadap sector pendidikan


9

Memperkasakan budaya pemikiran keusahawanan dalam
kalangan pentadbir Pendidikan

10

Sekolah berprestasi tinggi dan sekolah berkeperluan tinggi.

11

ICT dan kualiti pembelajaran (Rujuk PPP 2013-2025).

12

Peranan Pensyarah: Pendidik, penyelidik atau khidmat
masyarakat (konsultasi)? Mana lebih penting ?

13

Mengupayakan JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan
penyelesaian khusus berasaskan keperluan (Rujuk PPP 20132025).

14

Pendidikan di Sekolah dalam hospital: Isu, cabaran dan
implikasi

15

Pengajaran guru di Malaysia merencat budaya kreatif dan
inovatif dalam kalangan pelajar ?

16

Kepimpinan pengetua/ Guru Besar berprestasi tinggi dan
kualiti keberhasilan pelajar

17

Guru dan undang-undang

18

Isu Jantina dalam

19

Mata pelajaran Sejarah: perlukah diwajibkan di sekolah
rendah?

20

Kualiti graduan IPTS dan IPTA

21

Globalisasi dan implikasinya terhadap pendidikan

Pendidikan di Malaysia

22

Mentransformasikan kebolehupayaan dan kapasiti
penyempaian kementerian (Rujuk PPP 2013-2025).

23

Penghapusan Jaminan penempatan guru pelatih

24

Pelaksanaan dan Pengurusan Program Literasi dan Numerasi
di sekolah (KSSR)

25

‘No child left behind’ atau pendidikan untuk semua

26

Pembelajaran sepanjang hayat: Antara realiti dan harapan

27

Transformasi pendidikan vokasional dan pembangunan
negara

28

Pendidikan golongan minoriti (seperti OKU, OA)

29

Kualiti pendidikan luar Bandar masih ketinggalan?

30

Sistem berpusat dan Birokrasi membatas inovasi dan usaha
kecemerlangan sekolah?