FAKULTI FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SA

HBSS 2203

FAKULTI
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER / TAHUN
MEI / 2014
KOD KURSUS
HBSS 2203
TAJUK KURSUS
PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

NO. MATRIKULASI

:

650722125505002

NO. KAD PENGENALAN

:


650722-12-5505

NO. TELEFON

:

0146534569

PUSAT PEMBELAJARAN

:

KENINGAU

1

HBSS 2203
ISI KANDUNGAN
Bil.


Perkara

Muka Surat

1.

Pengenalan

2.

Konsep Firma Kecil dan Firma Besar

2-5

3.

Faktor-faktor Wujud Banyaknya Firma Kecil

5-9


4.

Kesimpulan

9-10

5
.

Rujukan

2

11

2

HBSS 2203
PENGENALAN

Definisi firma kecil adalah pelbagai dan sehingga kini tidak ada satu takrifan yang dapat
diterima umum (Lim 1986; Salleh 1991). Sebahagian besar definisi itu dibuat mengikut
keperluan pihak berkuasa tempatan, penggubal dasar atau sarjana bagi tujuan program
bantuan, penyelidikan, pemerhatian dan perancangan. Kajian baru mendefinisikan firma kecil
sebagai yang mempunyai jumlah tenaga pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang.
Perbincangan dan penyelidikan mengenai firma kecil, telah banyak didedahkan
kepada pengetahuan umum. Rata-rata firma kecil mempakan lebih 70 peratus daripada firmafirma yang terdapat di Malaysia pada 1990 dan meningkat sebanyak 5% sehingga tahun
2010. Firma ini juga memberi sumbangan yang penting dari segi jumlah nilai modal, harta
tetap dan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Peranan dan sumbangan firma kecil
diringkaskan kepada beberapa aspek: membuka lebih banyak peluang pekerjaan,
mengagihkan semula pendapatan, mempertingkatkan perpindahan teknologi, mengimbangi
pembangunan wilayah, mengurangkan keperluan import negara serta menjimatkan tukaran
wang asing dan mempertingkatkan lagi penyertaan usahawan tempatan dalam pembangunan
ekonomi negara.
Kesedaran yang tinggi mengenai peranan dan pentingnya firma kecil dalam
pembangunan ekonomi negara, bagaimanapun, tidak disertai dengan perbincangan dan
penyelidikan empiris mengenai hubung jalin antara firma kecil dengan firma besar dan
bentuk hubung-jalin tersebut serta manfaat dan kesan positif yang dapat dinikmati oleh firma
kecil. Pertumbuhan ekonomi yang pesat memerlukan pelbagai aktiviti dan barangan
komponen yang tidak mungkin mampu dikeluarkan oleh sesebuah firma. Dalam hubungan

ini, pemerhatian menunjukkan bahawa hubung jalin antara firma kecil dengan firma besar
dalam memenuhi keperluan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi menjadi semakin
ketara.
KONSEP FIRMA KECIL DAN FIRMA BESAR
Mutakhir ini hubung jalin antara firma kecil dengan firma besar mula menarik perhatian ahli
akademik, penggubal dasar dan agensi tempatan serta antarabangsa. Pentingnya hubung jalin
dan pergantungan perniagaan antara industri pelbagai saiz dalam pembangunan ekonomi
telah dilaporkan oleh beberapa pihak, termasuk ILO (1986), UNDO (1986; 1993), ADB
(1990) dan beberapa sarjana luar (Misalnya, Moser 1984; Hill 1985; Schmitz 1990; Harrison
& Kelley 1993). Pengkaji di atas percaya bahawa pelbagai bentuk hubung jalin dengan firma
besar boleh membantu membangunkan industri kecil dalam beberapa aspek.
3

HBSS 2203
Hubungan yang sesuai dapat menjamin penerusan, perkembangan dan kejayaan
operasi industri kecil. Malahan bentuk hubung jalin tertentu dapat mengurangkan beban
modal yang ditanggung oleh pengilang kecil. Seterusnya pengurangan kos pengeluaran dan
kecekapan industri kecil dalam penggunaan modal dan buruh juga adalah antara faedah
penting yang dapat diperolehi (Watanabe 1975) melalui hubung jalin dengan firma hesar.
Kemahiran dan latihan yang berfaedah kepada tenaga kerja juga adalah antara kepentingan

yang perlu ditekankan.
Wujudnya pelbagai bentuk hubung jalin antara industri yang berlainan saiz di negara
lain (Evcimen, Kaytar dan Cinar 1991; Morriss dan Lowder 1992; UNIDO 1993) telah
mendorong pengkaji untuk memeriksa aspek ini. Di samping itu, pertumbuhan pesat ekonomi
Malaysia sejak tahun-tahun 1970-an telah membuka ruang yang luas kepada pertumbuhan
sektor perkilangan. Pada 1970, sumbangan sektor ini kepada KNDK ialah 13.4% sahaja,
tetap meningkat kepada 20.5%

pada 1980 dan seterusnya kepada 26.9% pada 1990.

Sementara itu produk sektor perkilangan turut meningkat, iaitu sebanyak 13.4% pada
1987,17.6% pada 1988,14.2% pada 1989,15.7% pada 1990 dan masing-masing 13.9% dan
10.5% pada 1991 dan 1992 (Ishak 1995:4).
Pertumbuhan sektor pembuatan di negara ini juga telah menghasilkan perkembangan
dua industri utama, iaitu I) elektronik dan elektrik 2) tekstil dan pakaian. Sumbangan penting
industri tekstil dan pakaian kepada sektor pembuatan dapat dilihat dari segi jumlah tenaga
pekerja dan nilai eksport. Dalam tempoh 1978-1988, nilai eksport industri ini
meningkat enam kali ganda, iaitu daripada 414 juta kepada 3.4 ribu juta. Angka ini mewakili
11.8% daripada nilai keseluruhan eksport barangan Malaysia dalam sektor pembuatan. Dalam
tempoh yang sama, bilangan pekerja bertambah hampir dua kali ganda, iaitu daripada 49,000

kepada 78,000, mewakili kira-kira 7.5% daripada jumlah pekerjaan dalam sektor tersehut
(NPC 1991:l-6). Justeru itu, perkembangan pesat ekonomi negara dan pertumbuhan
mendadak sektor pembuatan meningkatkan kesedaran tentang perlunya satu kajian terhadap
kemungkinan wujudnya hubung jalin antara kilang pelbagai saiz dalam industri tekstil dan
pakaian.
Maka satu kajian dijalankan di kalangan industri kecil tekstil dan pakaian di Kuala
Lumpur dan Petaling Jaya dari Julai hingga Disember 1991. Kajian ini melibatkan 51 huah
kilang kecil, dan perhatian ditumpukan kepada bentuk hubung jalin dari segi penjualan
produk. Pengamatan terhadap kajian yang serupa di Brazil (Schmitz 1982), Bangladesh
(Chowdhury 1982), India (Harris 1982), Costa Rica (Basok 1989), Turki (Evcimen, Kaytar &
Cinar 1991) dan Mexico (Morriss dan Lowder 1992) secara umumnya menunjukkan
4

HBSS 2203
wujudnya tiga bentuk hubung jalin utama, iaitu firma/syarikat hesar sebagai pembeli utama
produk yang dikeluarkan oleh pengilang kecil; pengaturan kontrak khas dalam penjualan
produk kepada firma syarikat besar dan hubungan berbentuk sub-kontrak.
Hubung jalin dari segi penjualan produk yang dihasilkan oleh pengilang kecil diukur
berdasarkan nilai peratus produk yang dijual (kepada firma besar) dengan jumlah nilai
keseluruhan produk yang dijual oleh pengilang kecil. Dalam Jadual 1, didapati lebih setengah

pengilang kecil yang diselidiki menjual lebih 75% daripada jumlah produk mereka kepada
firma besar. Dengan purata nilai jualan ke firma besar berjumlah 72.3%, jelaslah bahawa
firma besar mempakan pasaran utama bagi pengilang kecil tekstil dan pakaian di Kuala
Lumpur dan Petaling Jaya.
Jadual 1: Taburan pengilang kecil mengikut
peratusan nilai produk yang dijual kepada firma besar
Peratusan barangan yang dijual
Tiada
1-25
26-50
51-75
76-100
Jumlah (51)

Peratus
3.9
13.7
23.5
58.8
100


Pelanggan lain pengilang kecil ialah peniaga kecil, peruncit, pemborong kecil dan
individu tetapi kumpulan ini membentuk pasaran yang kecil. Begitu juga, tidak terdapat satu
pun pengilang yang menjual produk mereka ke sektor awam. Penemuan ini mungkin berkait
dengan taraf pemilikan industri kecil dalam kajian ini. Didapati sejumlab 72.5% daripada
industri kecil adalah milik orang perseorangan, sementara 21.6% lagi hak milik perkongsian
keluarga. Terdapat hanya 5.9% industri kecil yang berdaftar sebagai syarikat sendirian
berhad.
Didapati juga bahawa pengilang kecil ini menjadi pembekal utama kepada firma
antarabangsa yang beroperasi di Malaysia. Antaranya ialah Orlando, Lee, Padini dan
beberapa pasar raya. Kajian ini juga mendapati bahawa pengilang kecil ini menumpukan
pasaran mereka di dalam negara dan ini menyokong andaian yang dibuat oleh beberapa
sarjana, seperti Lim (1986) dan Salleh (1991).
Kesan bentuk hubung jalin penjualan produk kepada firma besar ke atas kejayaan
pengilang kecil jika dibandingkan dengan prestasi pengilang yang tidak menjualnya kepada
firma besar. Kajian ini menilai kejayaan sesebuah pengilang dengan menggunakan tiga
5

HBSS 2203
petunjuk, iaitu: perubahan/pertambahan keuntungan, perubahan pertambahan modal berbayar

dan perubahan/pertambahan keuntungan, pembahan/pertambahan modal berbayar dan
perubahan/pertambahan jumlah pekerja sepenuh masa. Petunjuk ini diukur dengan
menggunakan indeks tahunan (tahun pertama bersamaan dengan 100) berdasarkan tempoh
masa lima tahun dari 1986 hingga 1990. Setelah pemerhatian mengenai kaedah pengiraan
kejayaan industri kecil di negara membangun yang lain dibuat (Moha Asri A. 1993), kejayaan
pengilang dibahagikan kepada dua, iaitu kumpulan yang lebih berjaya dan kumpulan yang
kurang berjaya berasaskan kaedah pengiraan indeks.
Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas yang telah dijalankan dapat disimpulkan
bahawa jumlah firma kecil di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding dengan firma besar. Ini
disebabkan oleh beberapa faktor iaitu modal dan pasaran yang terhad, kekurangan tenaga
mahir, jenis industri yang dijalankan, perbezaan teknologi yang diaplikasikan, dan lokaliti
firma-firma.
FAKTOR-FAKTOR WUJUD BANYAKNYA FIRMA KECIL
A) Modal Terhad
Di Malaysia, meninjau penyelidikan yang dilakukan ke atas firma skala kecil ,
perangkaan yang diperolehi jelas menunjukkan kesulitan mendapat pinjaman dari bank.
“The current credit squeeze has resulted in dficulty for SMIs to obtain financial assitance
from commercial banks”(Soong 2000b). Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh usahawan
Cina, malah juga terdapat di usahawan Melayu dan India. Mengikut kajian yang dibuat
terhadap 491 usahawan industri


kecil di Semenanjung Malaysia pada tahun 1992, lebih

kurang 71 peratus daripada mereka memaklumkan bahawa masalah paling besar adalah untuk
mendapatkan sumber kewangan atau kredit daripada bank perdagangan atau agensi-agensi
kewangan yang lain (Moha 1999:29).
Tiga faktor utama yang menyebabkan kekurangan modal atau kewangan adalah:
bagi pihak firma kecil susah mendapat pinjaman dan semua jenis kemudahan kredit di bank
perdagangan dan institusi kewangan; bagi pihak bank dan institusi kewangan memberi
kemudahan kredit atau kemudahan berhutang kepada pelanggan dan susah memungut hutang.
Kekurangan kewangan dan modal mi juga disebabkan pengurusan kewangan yang
kurang profesional dan tidak ada satu sistem kawalan yang baik. Seperti contoh membelanja
banyak wang dalam membeli harta benda yang tidak berhasil (non productive assets) seperti
kereta mewah, keahlian kelab berprestij tinggi, perabot pejabat yang terjenama.

6

HBSS 2203
Di Malaysia terdapat pelbagai kemudahan kredit dan pinjaman yang disediakan
oleh pelbagai bank dan agensi kewangan yang lain. Namun demikian, terdapat berbagai
faktor yang menghalang firma kecil untuk mendapat pinjaman dan bank dan institusi
kewangan. Salah satu daripadanya ialah ketidakupayaan usahawan menunjukkan prestasi
dan kekukuhan kedudukan kewangan. Keadaan

mi ditambah pula dengan ketiadaan

rekod kewangan yang lengkap dan sistematik serta tidak ada cagaran dan penjamin yang
sesuai. Oleh itu, institusi kewangan merasakan penawaran pinjaman kepada firma kecil
nierupakan risiko yang lebih tinggi berbanding dengan pemberian pinjaman kepada firma
besar. Ketiadaan satu rekod akaun atau rekod perniagaan syarikat yang baik juga
menyebabkan pihak bank tidak berminat terhadapnya, akibatnya menjadi alasan kepada
pihak bank untuk menolak permohonan mereka. Perkara mi adalah kerana kebanyakan
firma yang diuruskan oleh usahawan Cina tidak mempunyai satu sistem pengurusan
akaun yang tersusun yang boleh dijadikan bukti dalam membuat permohonan pinjaman.
Seperti yang dinyatakan oleh Encik Lu Gim Seng (Ahli Jawatan Kuasa National
Small & Medium Industries Consultative Centre) bahawa lebih 80% daripada usahawan
Cina menghadapi masalah meminjam wang dari bank. Di antara sebabnya adalah kerana
usahawan Cina tidak mempunyai pengetahuan dan

teknik

yang

sesuai

untuk

memohon pinjaman, Iebih-lebih lagi usahawan Cina lebih cenderung meminjam wang dan
ahli keluarga, saudara mara ataupun kawan. Di samping itu, Encik Lu juga menyatakan
bahawa bank bersikap dingin dalam memberi pinjaman dan kemudahan kredit

kepada

usahawan skala kecil, mi adalah kerana pihak bank menganggap memberi pinjaman
kepada firma skala kecil akan mengalami risiko yang besar berbanding dengan firma besar
(Lim 8,9.2000). Satu hakikat yang perlu diakui bahawa kemudahan kredit yang ditawarkan
oleh bank perdagangan dan institusi kewangan kepada firma kecil merupakan satu pelaburan
yang menghasilkan pulangan yang rendah.
B) Kekurangan Tenaga Mahir
Keupayaan, kejayaan serta pertumbuhan firma kecil bukan hanya ditentukari oleh sumber
pembiayaan yang mantap

tetapi

juga

memerlukan tenaga buruh yang mahir dan

berpengetahuan lagi berbakat.
Unsur tersebut penting dan dianggap sebagai nadi pertumbuhan ekonomi. Ia juga
merupakan alat mempercepatkan proses pembangunan

perindustrian. Pengalaman dan

negara maju seperti Jepun, Korea Selatan, dan Taiwan menunjukican bahawa pertunibuhan
perindustrian adalah saling berkaitan dengan tenaga buruh yang mahir di samping
7

HBSS 2203
peningkatan teknologi yang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengalaman ncgara tersebut
tidak dapat menyangkal bahawa kemahiran teknologi tenaga buruh memainkan peranan yang
penting dalam membangunkan sesebuah negara.
Kekurangan tenaga buruh yang mahir dalam bidang

teknologi merupakan salah

satu fakor utama wujud banyaknya firma kecil. Punca utama masalah mi adalah disebabkan
kekurangan skim latihan yang ditawarkan oleh kerajaan mahupun pihak swasta untuk remaja.
Terutama di alaf baru ini, suasana pekerjaan yang dipenuhi dengan alat-alat elektronik
seperti komputer, digital kamera, telefon bimbit dan sebagainya, sudah tentu pasaran dahaga
memperolehi tenaga buruh yang mahir. Tenaga buruh yang tidak berpengetahuan
menggunakan komputer dan alat-alat mesin, maka daya pengeluaran tidak dapat
dipertingkatkan. Di samping itu, teknologi juga kerap berubah dan setiap perubahan
melibatkan teknologi yang lebih kompleks. Akibatnya, tenagaburuh harus sentiasa dilatih dan
disalurkan pengetahuan teknologi yang termoden supaya daya pengeluaran dapat
dipertingkatkan lagi.
Firma-firma besar menawarkan kebajikan yang baik kepada pekerja, seperti
menawarkan latihan kepada pekerja-pekerja. Keadaan ini merupakan cabaran kepada
firma kecil yang tidak berupaya memberi latihan untuk pekerjanya.
Ramai usahawan firma kecil mengakui bahawa para pekerja mereka kurang terlatih
berbanding dengan firma besar. Salah satu scbab utama ialah mereka

tidak mampu

menyediakan kursus latihan kepada para pekerja, Selain daripada itu, pelatih yang
berpengalaman sukar digaji untuk melatih pekerja, Sekiranya terdapat pelatih sedemikian
pula, firma kecil tidak berupaya menggaji pelatih tersebut.
C) Masalah Pasaran Terhad
Penyclidikan pemasaran produk itu penting sebelum memulakan perniagaan. Banyak
firma kecil telah ditutup selepas bermula berniaga selama beberapa tahun sahaja. Seperti
yang dikatakan oleh Tan Sri Dato’ Soong, ‘Many SMEs are started but perished a few years
later because they did not make a proper market feasibility study beforehand’
(l9hb.Dis.2000). Ketiadaan penyelidikan pemasaran menyebabkan produk yang dihasilkan
turut menjadi masalah kepada usahawan kecil untuk dipasarkan.
Masalah dalam pasaran dan pemasaran timbul disebabkan oleh beberapa faktor
utarna. Punca-punca utama yang telah dikenalpasti adalah kualiti produk; harga produk;
ketiadaan strategi pernasaran yang sempuma dan lain-lain lagi,

8

HBSS 2203

D) Perbezaan Teknologi Yang Digunakan
Pelbagai masalah sering dihadapi oleh firma kecil ketika menentukan teknoogi yang sesuai.
Di antaranya ialah kekurangan ahli kepakaran, ahli teknik mahir dan makiumat tentang
perubahan

dalam

teknologi

baru

dan

perbadanan

yang

membekalkan makiumat

teknologi yang kerap berubah. Masalah mi sebahagian besar adalah disebabkan oleh
kekurangan sumber serta perbadanan penyelidikan dan pembangunan yang kurang lengkap.
Sebahagian besar firma-firma kecil masih menggunakan teknologi dan mesin yang
sudah tidak digunakan lagi oleh firma besar. Alatan dan teknik yang digunakan dalam masa
20 dan 25 tahun yang lalu masih digunakan secara berleluasa pada hari ini. Kadangkala
masalah

ini juga

berpunca

daripada

usahawan

Cina yang

kurang yakin terhadap

teknologi moden yang terkini. Ini telah jelas menunjukkan bahawa pemindahan teknologi
yang sesuai kurang berlaku di kalangan firma kecil dan sederhana. Alatan dan teknologi
tradisi ini tidak dapat mempertingkatkan produktiviti malah memperlahankan lagi
pengeluaran akibat alatan tersebut sudah usang dan tidak dapat berfungsi baik.
E) Masalah Lokaliti Firma Yang Kurang Sesuai
Kekurangan bangunan dan tapak yang sesuai untuk firma kecil telah menjadi satu hakikat.
Ramai usahawan kecil merungut bahawa Lembah Kelang kekurangan tapak dan bangunan
yang sesuai untuk

perkembangan

kilang. Kekurangan

ini telah mengelakkan firma

kecil terpaksa mengilangkan barangan mereka di kawasan perumahan dan di halaman
belakang rumah pengusaha. Ekorannya ia mempengaruhi kualiti penghasilan produk.
Mendirikan firma dan kilang di kawasan perurnahan merupakan rnasalah yang serius.
Operasi firma-firma ini telah menyinggungkan perasaan penduduk perumahan di

mana

menyebabkan pencemaran air, bunyi dan udara. Ekoran daripada itu, pendudukpenduduk perumahan membuat pengaduan kepada Jabatan Alam Sekitar. Akibatnya, lesen
firma itu diperhentikan, dan operasinya terpaksa juga berhenti.
Usahawan-usahawan yang mempunyai kilang dan firma yang terletak di lokasi yang
kurang sesuai berhasrat memindah ke zon industri yang lebih sesuai. Akan tetapi,
mereka risau terhadap kos pula. Ini adalah kerana pindah ke zon industri akan mengambil kos
yang tinggi iaitu bayaran sewa yang tinggi. Sesetengah firma kecil seperti kedai kasut di
Serdang pula merungut bahawa kebanjiran yang kerap berlaku telah menyebabkan
kebanyakan produk mereka rosak pada musim hujan yang berlaku setiap tahun.
Ketiadaksesuaian

tapak

mi bukan

sahaja

disebabkan

oleh

kebanjiran, malah
9

HBSS 2203
pembekalan

elektrik

yang

kurang

stabil, bekalan

air yang

sering putus,

sistem

komunikasi yang kurang baik dan kelemahan sistem pegangkutan telah memburuk lagi
keadaan firma-firma kecil.
KESIMPULAN
Perbincangan di atas telah jelas menunjukkan firma kecil menghadapi berbagai masalah dan
memerlukan pelbagai bantuan untuk mengatasinya. Penulis berpendapat bahawa galakan ke
atas usahawan-usahawan firma kecil dan sederhana ialah menubuhkan koperasi. Koperasi
dapat menjual bahan mentah dengan harga Iebih rendah. Ini adalah kerana koperasi
membeli bahan mentah daripada pembekal dengan kuantiti yang banyak. Akibatnya harga
bahan mentah tersebut adalah rendah, maka koperasi dapat menjual bahan mentah tersebut
kepada firma kecil dengan harga yang rendah berbanding dengan firma kecil membeli bahan
mentah dengan pembekal lain yang kuantiti kecil serta harga lebih tinggi. Ini bukan sahaja
dapat menyelesaikan masalah tiada gudang untuk menyimpan stok malah ia juga mengatasi
masalah persaingan di antara firma-firma kerana merebut bahan mentah.
Dengan pelaksanaan Asean Free Trade Area (AFTA) ini, tentu firma kecil dan
sederhana bukan sahaja menghadapi persaingan tempatan malah ia menghadapi persaingan
hebat dan negara Asean. Pembukaan perdagangan bebas ini tentu membawa keburukan dan
kebaikan kepada firma kecil dan sederhana. Kebaikan ialah mendorong firma kecil dan
sederhana memperbaiki mutu barangan tempatan, mencipta reka bentuk barangan tempatan
yang

lebih

menarik,

merendahkan

memperkukuhkan kedudukan firma

kos

pengeluaran

dan

harga

barangan

serta

supaya dapat menghadapi cabaran yang baru dan

bersaing dengan barangan luar negeri. Keburukannya ialah, usahawan-usahawan

yang

enggan membuat perubahan dan pemajuan, maka tentulah usahawan mi akan disingkir
keluar dari sektor perusahaan.
Terdapat tiga bentuk hubung jalin utama dari segi pemasaran produk yang dihasilkan
oleh industri kecil, iaitu hubung jalin melalui penjualan terus produk, pembentukan kontrak
khas dan hubung jalin sub-kontrak. Pemerhatian ke atas bentuk hubung jalin tersebut
menunjukkan bahawa bukan sahaja wujudnya hubungan yang pelbagai dan kompleks tetapi
juga wujudnya pengaruh yang amat penting kepada pertumbuhan, penerusan, pembangunan
dan kejayaan industri kecil tekstil dan pakaian di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Alasan
yang dikemukakan oleh pengilang kecil tentang pentingnya hubungan dengan firma besar
jelas sekali membayangkan kesan yang positif ke atas mereka.

10

HBSS 2203
Dalam usaha meningkatkan hubung jalin antara firma kecil dengan firma besar bagi
merancangkan pertumbuhan dan kejayaan industri kecil, program sokongan dan dasar
bantuan kerajaan perlulah menumpukan dan menggalakkan kerjasama yang lebih erat dan
padu bukan sahaja dalam industri tekstil dan pakaian, tetapi semua sektor industri kecil.
Malah dasar sokongan dan bantuan perlu diselaraskan bagi mewujudkan hubung jalin antara
sektor industri dengan sektor ekonomi lain. Misalnya, industri elektronik dan industri
komputer, kereta dan sebagainya. Pelbagai langkah boleh diberi pertimbangan, antara lain,
kemudahan kredit, latihan pengurusan dan pemasaran, bantuan teknikal dan khidmat nasihat
serta penyediaan infrastruktur yang haik kepada industri yang terlibat. Bantuan dan program
sokongan tersebut akan lebih bermakna dan berjaya jika usaha itu diikuti dengan beberapa
insentif yang menarik seperti, insentif pelaburan dan modal, pengecualian dan pelepasan
cukai dan tarif, dan insentif untuk barangan import dan eksport kepada industri yang terbabit.
Saranan awal tersebut memerlukan penelitian yang mendalam dari segi beberapa peringkat,
individu dan industri tertentu.
(2828 Patah Perkataan)

11

HBSS 2203

RUJUKAN
Chowdhury, N. 1982. A study of weaving cotton in Bangladesh: The relative advantage and
disadvantage of handloom weaving and factory production. Thesis D. Phil, University
of Cambridge.
Evcimen, G. Kaytar, M. & Cinar, M. 1991, Subcontracting, growth and capital
accumulation in small-scale firms in the textile industry in Turkey. The Journal o
Development Studies 28 (1)
Harris, J. 1982. Character of an urhan-economy - small-scale production and labor market in
Coimbatore: Economic and Political Weekly 17 (23).
Harrison, B. dan Kelley, M.R. 1993. Outsourcing and the search for flexibility. Work,
Employment and Society 7 (2): 213-235.
Hill, H. 1985. Subsontracting, technological diffusion and the development of small
enterprise in Philippine manufacturing. The Journal oF Developing Arena 19
ILO. 1986. The promotion of small and medium-sized enterprises, International Labour
Coference, Geneva: ILO.
Ishak Shaari & A. Halim, 1995. Globalized economy: Implications for equity in Malaysia.
International Conference on Globalisation: Local Challenges and Responses, Pulau
Piuang, USM, 19-21 Jan.
Lim, C.P. 1986. Small industry in Malaysia . Kuala Lumpur: Berita Publishing. Malaysia
Industrial Development Authority (MIDA). 1985. Industrial Plan 1985- 1995. Kuala
Lumpur: Jab. Cetakan Kerajaan.

12

HBSS 2203
Moha Asri, A. 1995. Glohalised economy and policy support nprogrammes for SSMIS in
Malaysia. International Conference on Globalisation: Local challenges and Responses.
Pulau Pinang, USM, 19-21 Jan.

13