25 11 2011 CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN

25/11/2011
CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD

KEPERLUAN PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM DALAM MENANGANI
MASALAH KEMURUNGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN
ABDUL AZIZ SHAH,SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN,MALAYSIA.

i.
ii.
iii.
iv.
v.
1.3

1.1
Pernyataan Masalah
Bertolak daripada masalah kemurungan yang melanda para pelajar dewasa ini,
maka penyelidik merasakan wujudkan keperluan kaunseling Islam menangani
masalah pelajar yang mengalami kemurungan. Dengan ini kajian yang akan
dilakukan penyelidik akan dapat menjawab pelbagai persoalan berkaitan
kaunseling Islam dan masalah kemurungan pelajar. Penyelidik juga berusaha

meninjau sejauh mana kaunseling Islam dapat dilaksanakan di Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia (PSA)
bagi membantu pelajar menangani masalah kemurungan yang dihadapi.
1.2
Persoalan Kajian
Bagaimanakah konsep kaunseling yang digunakan bagi menangani
masalah kemurungan pelajar?
Bagaimanakah latarbelakang pelajar yang mengalami kemurunagan?
Apakah faktor-faktor penyebab kemurungan pelajar?
Apakah salah laku yang dilakukan pelajar kemurungan?
Apakah keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam menangani
masalah kemurungan pelajar?
Objektif Kajian
Berdasarkan temu bual penyelidik bersama kaunselor/Pegawai Psikologi PSA
mendapati mereka lebih selesa menggunakan pendekatan Roger dan Rational,
Emotional, Behavior Therapy (REBT). Namun demikian, menurutnya lagi,
pendekatan ini disesuaikan dengan latar belakang klien dan masalah yang
dihadapi. Adalah didapati bahawa sekitar 40% kes yang dikendalikan berkaitan
masalah ponteng kelas, masalah pembelajaran, pergaulan rakan sebaya, dan
masalah keluarga yang mengakibatkan pelajar tidak ada motivasi untuk

meneruskan pembelajaran atau pengajian dan sebagainya. Bilangan gender
pelajar lelaki dan perempuan tidak menunjukkan perbezaan yang nyata. Hanya
30% pelajar dirujuk atas kesalahan ponteng kuliah, merokok, tidak membuat
tugasan dan sebagainya. Walau bagaimanapun bagi menghadapi pelajar yang
sukar untuk berkomunikasi, kaunselor akan menggunakan terapi seni dan
mengisi borang soal selidik agar klien lebih bersedia untuk
berkongsi permasalahan yang sedang dihadapinya.

Penyelidik mendapati sepanjang temu bual tersebut, kaunselotr atau
pegawai psikologi tidak menggunakan pendekatan kaunseling Islam semasa sesi
kaunseling dijalankan. Oleh itu penyelidik bertanggungjawab untuk membantu
pelajar menangani masalah dengan menggunakan pendekatan kaunseling Islam

i.
ii.
iii.
iv.
v.
1.4


agar masalah yang dihadapi sebenarnya yang berpunca dari kosongan jiwa, atau
dalam erti kata penyakit kejiwaan hanya boleh dirawat dengan pengisin rohani.
Objektif kajian ini ialah:
Menjelaskan konsep pendekatan kaunseling yang digunakan di PSA.
Mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami masalah
kemurungan.
Menghuraikan faktor-faktor penyebab kemurungan.
Menganalisis tingkah laku yang dilakukan pelajar kemurungan.
Menganalisis keperluan pendekatan kaunseling Islam.
Metodologi Kajian
1.4.1 Reka Bentuk Kajian
Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian
tinjauan.
1.4.2 Lokasi Kajian
Lokasi penyelidikan ialah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah
Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.
1.4.3 Sampel Kajian
Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Ini berdasarkan kepada
pendapat Chua Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan ( Purposive sampling)
merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang

mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian. Oleh yang
demikin, penyelidikan ini menggunakan persampelan bertujuan yang mana
hanya pelajar kemurungan yang dikenal pasti melalui soal selidik inventori Beck
akan dipilih sebagai sampel kajian.
1.4.4 Pengumpulan Data
Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual formal,
temu bual tidak formal dan temu bual terbuka. Merriem (1998) menyatakan pula
terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa
berstruktur dan temu bual tidak berstruktur.
Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan menggunakan kaedah kulitatif
iaitu temu bual dengan kaunselor dan sampel untuk mendapatkan data serta
maklumat. Temu bual secara separa berstruktur dengan menggunakan protokol
temu bual. Soalan temu bual dibina oleh penyelidik berdasarkan persoalan
kajian seperti profil pelajar kemurungan, faktor-faktor penyebab kemurungan dan
salah laku yang dilakukan pelajar yang mengalami kemurungan.
Kajian kepustakaan juga digunakan bagi memperoleh kajian lepas
berkaitan pendekatan kaunseling, pendekatan kaunseling Islam dan masalah
kemurungan meliputi faktor penyebab kemurungan, salah laku yang dilakukan
pelajar mengalami kemungan.
Manakala kaedah kauntitaitf juga berbentuk soal selidik akan digunakan

bagi mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami kemurungan,
menganalisis faktor-faktor penyebab berlakunya kemurungan, salah laku yang

dilakukan pelajar yang mengalami kemurungan. Soal selidik Inventori Beck
yang diubahsuai .
1.3.5 Penganalisisan Data
Data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program Statistic
Package for Sosial Science (SPSS).
1.5
Limitasi Kajian
Kajian ini hanya akan melibatkan pelajar Islam Politeknik Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah yang mengalami masalah kemurungan.
1.6
Tinjauan Literatur

1.6.1 Pendekatan Kaunseling
Kaunseling merupakan satu bentuk perkhidmatan perhubungan di antara
seorang klien yangmempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor
terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapinya.
Justeru antara masalah yang dihadapi ialah penerokaan diri dan emosi, menilai

persepsi, interaksi orang lain, penentuan masa hadapan sebagainya.
Menurut Suradi Salim (1996) kaunseling ialah satu perhubungan yang
dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang
membolehkan pelajar memperolehi kestailan intelek dan emosi yang dengannya
dia boleh menyelesaikan masalah atau kemusykilan, membuat rancangan dan
memperoleh
kepuasan kendiri yang lebih tinggi .

Kaunselor yang dianggap sebagai profesional ialah individu yang
mendapat
latihan dari segi teori dan praktik dalam bidang kaunseling. Sifat-sifat atau ciriciri kaunselor Islam dirujuk kepada sifat-sifat kenabian. Dengan sifat-sifat
kenabian sahajalah seseorang kaunselor itu boleh memainkan peranannya
dengan sempurna.

i.
ii.
iii.

iv.


Kecekapan seorang kaunselor harus merujuk kepada ” Association For
Spititual , Ethical and Relidions Value in Counseling (1995). Antara lain
menjelaskan kaunselor yang menggunakan dimensi agama dan sipiritual perlu
mempunyai beberapa kebolehan seperti:
Dapat memahami perbezaan dan persamaan di antara agama dan
spiritual.
Berupaya untuk menghuraikan kepercayaan agama, spiritual dan amalan
dalam konteks budaya.
Mengambil bahagian dan mempraktikkan sesuatu kepercayaan agama dan
spiritual yang dapat menpertingkatkan sensitiviti, kefahaman dan penerimaan
dalam sistem kepercayaan tertentu.
Memperlihatkan penerimaan dan sensitif kepada kepelbagaian agama dan
ekspresi spiritual dalam komunikasi klien.

v.
vi.

Menentukan had-had tertentu atau limitasi pemahaman pegangan agama
dan ekspresi spiritual klien.
Menilai kesesuaian agama dan tema spiritual dalam proses kaunseling

yang memberikan kebaikan kepada klien dan pilihan yang dibuat oleh klien.
1.6.2 Pendekatan Kaunseling Islam
Kaunseling dalam Islam mempunyai pengertian dan kedudukan tersendiri. Ini
bersesuaian dengan syariat Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan alSunnah. Pelaksanaan kaunseling menurut Islam mestilah berdasarkan syariat
dan bukannya sekadar proses menolong dan membantu individu tersebut
menyesuaikan diri dengan pelbagai masalah yang dihadapinya mengikut
pendekatan Barat sematamata (Salasiah, Zainab , Adawiyah , Nadhirah, 2011) .
Bagi Dr. Hasan Langgulung(1997), kaunseling Islam ialah, satu proses
pengajaran dan pembelajaran psiko-sosial yang berlaku dalam bentuk
bersemuka (face to face) anatara kaunselor dan klien. Dalam proses ini
diaplikasikan pelbagai teknik dan kaedah yang profesional yang bertujuan
menolong klien menyelesaikan masalah, mengenali diri, memahami kebolehankebolehan kendiri, menggalakkan klien untuk menerima qada dan qadar Allah
S.W.T serta membuat keputusan berpandukan syariah Allah sehingga ia (klien)
sendiri menghendaki yang halal dan meninggalkan yang haram bersama
keredaan Allah S.W.T
Kaunseling Islam bukan sahaja merupakan satu perkhidmatan
perhubungan diantara seorang klien yang mempunyai masalah psikologi dengan
seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang
dihadapi tetapi mencakupi hal-hal berkaitan dengan keimanan seseorang
seperti ketuhana, alam akhirat, dosa, pahala , syurga, neraka, hari kiamat,

untung baik, untung jahat dan sebagainya (Kamal,1995)
Kaunseling Islam boleh ditarifkan sebagai usaha membantu klien
menangani
permasalahan
kehidupan
termasuk
kejiwaan
dengan
menghubungkaitkan hubungan dengan Allah S.W.T . Terapi solat, wirid , doa
dapat membantu memberikan ketenangan kepada klien untuk menghadapai
masalah semasa dan menyelesaikan sendiri masalah di masa hadapan.
Menurut Imam a-Ghazali dalam Ihya ’ Ulumuddin dalam Mardzelah (2003),
proses kaunseling disebut sebagai Hisbat iaitu arahan mengerjakan kebaikan
dan menegah kemungkaran bagi mencapai keredaan Allah S.W.T . Ini
menjelaskan bahawa pendekatan Hisbat dalam Kaunseling Islam sebenarnya
merangkumi matlamat kaunseling yang berteraskan kepada konsep tolong
menolong ke arah kebaikan dan menjauhi kemngkaran atau dikenali sebagai alamr bi al-ma’ruf
wa al-nahy an al-munkar.

Definisi- definisi yang diutarakan di atas merangkumi aspek perhubungan,

pendekatan psikologi, perubahan tingkah laku, serta dimensi-dimensi lain yang
menjadi pengenalan asas kepada prinsip kaunseling. Sifat-sifat yang wajib ada
pada seseorang kaunselor Islam ialah sidiq, amanah, tabligh dan fatanah .
Rasulullah S.A.W merupakan seorang kaunselor contoh yang harus diteladani
oleh semua kaunselor (Mohamed Sharif, 1998). Berikut dibincangkan sifat-sifat
dan konsep utama yang harus menjadi landasan kepada tugas-tugas seorang
kaunselor Islam :
i.
Beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T
ii.
Jujur dan Ikhlas
iii.
Benar (Sidiq)
iv.
Berani
v.
Adil
vi.
Pemurah dan ramah-tamah
vii.

Sabar dan tenang
viii.
Adab dan akhlak
ix.
Percakapan yang baik
x.
Tidak munafik
xi.
Menepati janji

i.
ii.
iii.

iv.
v.

Bagi Asmah Bee (2004) berpendapat, seorang kaunselor Islam perlu
melengkapkan dirinya dengan pengetahuan asas berhubung dengan
pengetahuan Islam. Yang jelas ialah apa yang paling asas adalah menyedari
kekuatan manusia tidak boleh menandingi kekuatan Allah S.W.T. Proses
kaunseling perlulah melalui beberapa prinsip yang telah ditetapkan oleh Islam
iaitu sorang kaunselor harus sentiasa peka dengan Firman Allah S.W.T yang
bermaksud:
”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu ketahui , kerana
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semuanya itu akan
dipertanggungjawabkan.” Al-Isra: 36.
Antara matlamat kaunseling Islam , Imam al-Ghazali (Kamal Abdul Manaf,
2000) :
Mengembangkan personaliti individu ke arah yang positif untk
menyelesaikan segala kerumitan dengan berkesan dalam kehidupannya.
Membantu individu menyesuaikan dirinya dengan masyarakat dan
menuruti masyarakat melalui perkembangan konsep kendiri.
Membekalkan pengalaman-pengamalan baru yang dapat mewujudkan
peluang-peluang kepada klien supaya mereka memahami perbezaan diri mereka
dengan kehidupan.
Membantu klien memahami diri sendiri dan menyesuaikan dirinya dengan
persekitaran serta orang lain.
Dalam Islam, matlamat akhir seseorang insan adalah untuk berjaya
menjadi khalifah Allah S.W.T di bumi ini dan beribadat kepada-Nya. Seseorang
kaunselor mesti memahami matlamat khususnya yang terakhir ini.
Manakala Imam al-Ghazali berpandangan bahawa proses kaunseling tidak
memerlukan seseorang kaunselor menyediakan sesuatu jawapan yang khusus

i.

untuk sesuatu permasalahan, atau untuk mengubah sesuatu tingkah laku yang
tertentu. Sebaliknya kaunselor membantu klien berasa lebih terbuka terhadap
pelbagai pengalaman mereka dan dapat menerima orang lain. Perubahan klien
ini boleh dilihat sebagai seorang yang lebih sosial dan matang. Justeru Imam alGhazali menganjurkan supaya kaunselor membantu klien melalui beberapa
kaedah:
Menjadikannya normal supaya mereka mengenali diri dan persekitaran mereka.
ii.
Membantu klien menemui cara-cara atau pendekatan yang lebih baik
untuk mereka menyelesaikan kerumitan yang dihadapi.
Berdasarkan anjuran ini , maka kaunselor tidak perlu menyediakan
jawapan yang khusus untuk sesuatu tingkah laku tertentu yang perlu dilakukan
klien
sebagai matlamat kaunseling.

Menurut Yatimah dan Mohd. Tajudin (2008), proses kaunseling model alGhazali
merangkumi
aspek-aspek musyararah (
menetapkan
syarat),
muraqabah (audit
atau
semakan), mu’aqabah (
dendaan), mujahadah(bersungguh-sungguh)
dan mu’atabah (celaan) .
Langkah-langkah kaunselign model al-Ghazali bagi proses membantu klien
atau orang bermasalah menurut al-Ghazali adalah seperti berikut:
i.
Langkah 1: Pengenalan dan bina hubungan
ii.
Langkah 2: Meneroka diri dan masalah
iii.
Langkah 3: Mengenal pasti punca dan jenis masalah.
iv.
Langkah 4: Memberi ubat yang sesuai dengan penyakit
v.
Langkah 5: Penilaian
Manakala menurut Salaiah et.al (2011) kemahiran kaunseling yang boleh
digunakan ialah :
i.
Kemahiran menyoal
ii.
Kemahiran membuat dorongan minimum
iii.
Kemahiran membuat konfrantasi
iv.
Kemahiran refleksi emosi
v.
Kemahiran refleksi pengalaman
vi.
kemahiran membuat prafrasa
vi.
Kemahiran membuat rumusan besar
Berdasarkan kepada kedua-dua model di atas menunjukkan adanya sedikit
perbezaan.Bagi al-Ghazali, ia lebih menumpukan kepada proses membantu
klien menggunakan pendekatan Islam dan menumpukan kepada klien beragama
Islam. Ini kerana menurut al-Ghazali, masalah yang dihadapi oleh manusia
berpunca daripada tidak memahami tujuan sebenar kehidupan iaitu
mengabdikan diri kepada Allah.
Surah al-Anbiya’ ayat 7

Bermaksud: maka bertanyalah kamu kepada ahl al-Dhikr, jika kamu tidak
mengetahui.

Menurut al-imam Nawawi
Maksudnya: Digalakkan kepada sesiapa yang menghadapi masalah berbincang
mengenainya dengan sesiapa yang ia percaya sama ada dari aspek agamnaya,
pengalamannya, kecerdikannya, kebijaksanaannya, kewarakannya serta
ketelusannya (empati).
Berdasarkan penelitian terhadap hadis-hadis ’kaunseling’ dapat
disimpulkan di sini bahawa kaunseling Islam mengemukakan satu pendekatan
yang berorientasikan pembersihan rohani sebagai suatu kaedah bagi
menyelesaikan masalah kecelaruan jiwa . Pendedahan terhadap amalan-amalan
tertentu sebagaimana dikemukakan oleh Rasulllah S.A.W untuk para sahabat
yang menghadapi tekanan perasaan, menjelaskan bahawa dalam konteks
kaunseling Islam penyelesaian masalah bukan sahaja bergantung kepada
tindakan klien semata-mata tetapi juga berhubung rapat dengan dimensi
ketuhanan
dan
kerohanian.

Pendekatan kaunseling Islam dan juga amalan-amalan seperti solat, doa,
zikir tersebut amat sesuai disarankan kepada klien dalam usaha mengatasi
setiap masalah atau menangani masalah kemurungan dan menghindari klien
daripada terus
mengalami kesedihan.

” Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Aku, nescaya akan
Kuperkenanakan bagimu.sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri
dari menyembah Aku (berdoa) alan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina
dan dina.”
Hadis yang menganjurkan setiap individu berdoa apabila menghadapi
masalah atau apa jua konflik yang menimpa:
Maksudnya: tidak ditimpakan kebimbangan dan kesedihan seseorang
kamu, lalu ia berkata”Wahai Tuhanku, aku hamba-Mu, anak- anak dari hambaMu, anak daripada hamba perempuan-Mu, ubun-ubunya dalam gengaman-Mu
berlaku padaku hukum-Mu, adil segala ketentuan-Mu, aku bermohon pada-Mu
dengan segala nama yang engkau namakan dari diriMu, yang engkau turunkan
dalam kitab-Mu, yang telah engkau ajarkannya kepada seseorang dari makhlukMu, Engkau sendiri yang mengetahuinya dalam ilmu ghaib-Mu, agar Engkau
jadikan al-Quran sebagai cahaya penerang dan penyejuk hatiku, penghilang
dukalara, resah gelisah dan pengikis kebimbanganku.. (H.R. Bukhari)

Menurut Mohamed Sharif (1998) doa adalah jalan yang disediakan oleh
Allah S.W.T bagi umahnya meminta sesuatu daripada-Nya, tidak kira sama ada
yang berkaitan dengan fizikal ataupun spiritual. Dengan menyebut nama Allah
melalui zikir dan meminta limpah kurnia-Nya melalui doa adalah cara yang
sebaik-baiknya bagi seseorang individu mencari ketenangan hidup.
Doa
Dalam surah Ghafir ayat 60 :” Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku,
nescaya Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang
menyombongkan diri dari menyembah-Ku (berdoa) akan masuk neraka jahanam
dalam keadaan hina dina.”
”Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka
(jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu
memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar
mereka selalu berada dalam kebenaran” (Al-Baqarah:186)
Menurut Zakiah Drajat (dalam M. Darojat , 2006) doa dapat memberikan
rasa optimis, semangat hidup dan menghilangkan perasaan putusasa ketika
seseorang menghadapi masalah. Doa mempunyai makna penyembuhan bagi
stres dan gangguan kejiwaan. Doa juga mengundang manfaat untuk
pencegahan terhadap terjadinya kegoncangan jiwa dan gangguan kejiwaan.

Zikir
Zikir (a-dhikr) mengingati Allah juga merupakan suatu bentuk rawatan
ronahi yang amat berguna untun mengembalikan ketenagan dan ketenteraman
jiwa. Apabila dilaksanakan secara berterusan (iltizam) dan dengan hati yang
ikhlas, ia mendatangkan kesan yang tidak terhingga kepada peribadi dan tingkah
laku manusia. Ia juga sebagai perisai yang dapat menghalang manusia daripada
gangguan iblis dan syaitan .
(al-Quran :Ar- Rad: 28)
Istigafar:
Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan ke atas pelajar yang menjalani
proses rawatan pendekatan kaunseling Islam iaitu wirid, doa dan muhasabah diri
mendapati rawatan ini dapat mengembalikan keyakinan sampel penyelidikan
yang akhirnya dapat mengurangkan masalah kemuruangan yang mana
setanding dengan terapi Barat (Iran Herman, Asmah Bee: 2003)
Penyelidik berkeyakinan bahawa rawatan melalui pendekatan Islam
seperti doa, wirid dan solat dapat memberikan semangat baru yang lebih positif
dalam menghadapi kehidupan dan cabaran masa hadapan.

1.6.3 Kemurungan
Olthman
dan
Emely
(1998)
mendefinisikan
kemurungan
sebagai :”Depression can refer to either to a mood or clinical syndrome a
combination of emotional, cognitive and behavioral syamptoms . Kemurungan
bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, malah ia boleh dialami
dalam pelbagai peringkat usia dan gender. Menurut Kauffman (2001)
kemurungan di kalangan kanak-kanak merupakan satu isu yang kontroversial
sejak beberapa dekad yang lalu.
Kemurungan juga dianggap sebagai penyakit zaman ini. Ianya tidak
hanya berbahaya secara kejiwaan tetapi boleh juga merosakkan aspek fizikal.
Gangguan kemurungan adalah berberapa bentuk penyakit kejiwaan,kecanduan
dadah, gangguan tidur, gangguan pada kulit , perut dan tekanan darah dan
akhirnya boleh bertindak agresif seperti membunuh orang atau membunuh diri.
Menurut Mohd. Sufian (2004), kemurungan adalah suatu masalah yang
tidak seimbang emosi yang mana biasanya dialami manusia yang berdepan
dengan kekecewaan atau tekanan dalam kehidupan harian mereka. Menurut
kajian yang dijalankan oleh Turkington dan Kaplan (1997) dalam See Ching Mey,
(2005) mendapati bahawa apabila seseoang yang mencapai umur 15 tahun satu
daripada lima remaja akan mengalami kemurungan. Menurut Bachanas dan
Kaslow (2001) kemurungan dalam kalangan remaja memerlukan perhatian dan
intervensi yang baik.
Kemurungan merupakan satu sindrom klinikal yang menggabungkan
kombinasi emosi, kognitif dan juga simptom-simptom tingkah laku
( Oltmanns&Emery, 1995) . Ia juga merupakan gangguan dan
kecelaruan perasaan dan termasuk penyakit minda yang memberi kesan
psikologi yang mana penghidapnya akan bertingkah laku suka menyalahkan diri
sendiri , keliru dan merasakan tiada peluang hidup.
Menurut Bachanas dan Kaslow (2001), kemurungan dalam kalangan
remaja memerlukan perhatian dan intervensi yang baik. Menurut kajian yang
dijalankan oleh Turkington & Kaplan (dalam See Ching Mey, 2005) mendapati
bahawa apabila seseorang
yang mencapai umur 15 tahun satu
daripada lima orang remaja akan mengalami kemurungan.
Menurut Iran Heman (2003) kajian-kajian yang dilakukan terhadap
fenomena kemurungan ini meliputi pelbagai tahap umur dari peringkat kanakkanak hinggalah ke peringkat dewasa. Pada peringkat kanak-kanak kemurungan
sebagai suatu masalah klinik kurang diberi perhatian.
Manakala Iran Herman (2005) kajian-kajian lepas yang dilakukan terhadap
fenomena-fenomena kemurungan ini meliputi tahap umur dari peringkat kanakkanak sehinggalah ke peringkat dewasa. Pada peringkat kanak-kanak
kemurungan sebagai suatu masalah klinikal kurang diberikan perhatian.
Mengikut kajian Lee (1987) dalam Mohammad Alfian ( 2006 )
mendapati
140 pelajar tahun empat universiti menunjukkan pelajar ini mengalami
kemurungan yang disebabkan kesunyian emosi dan kesunyian sosial.

Dalam bidang psikiatri pula masalah ini tidak mendapat perhatian yang serius
dari mana-mana pihak sehingga lewat tahun 1970-an (Iran Herman, 2003).
Kesukaran mendefinisikan secara operasional simptom kemurungan juga dan
dalam menentukan kemurungan pada kanak-kanak dikatakan halangan yang
besar kepada penyelidikan dalam bidang ini.
Walau bagaimanapun, situasi ini telah berubah dengan cepat dan ia telah
menjadi satu usaha dan bidang kajian yang besar apabila masalah kanak-kanak
mula diberikan perhatian khusunya di Amerika Syarikat (Schulterbandt dan
Raskin, 1977) .
Menurut Jamaludin et al. (2010 ) terdapat beberapa simptom kemurungan
bagi mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami sindrom kemurungan
atau tidak. Simptom-simptom ini terbahagi kepada empat aspek utama iaitu
afektif, kognitif, tingkah laku dan fisiologi. Setiap aspek ini berkait antara satu
sama lain. Menurut Mohd. Farhan dan Uzair (2008) faktor utama yang
menyebabkan kemurungan pelajar adalah faktor kepenatan diikuti oleh faktor
motivasi akademik, kognitif dan emosi.
Menurut Al-Kindi ( dalam Rizal:2009) kemurungan berpunca daripada
kegagalan seseorang untuk mencapai sesuatu yang sangat dihajati dalam
hidupnya. Oleh yang demikian boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi
kesediahan dan kemurungan kerana kehendak manusia itu tiada batasannya
sedangkan ia tidak mampu untuk mencapai atau memenuhi semua kehendak
tersebut.
Menurut Al-Kindi lagi, kemurungan juga boleh berlaku disebabkan faktor
kerosakan, kebinasaan , kematian atau kehilangan sesuatu yang sangat
disayangi oleh seseorang. Sementelahan pula semua faktor ini tidak boleh
dipertahankan buat selamanya seperti harta, orang yang disayangi dan dikasihi,
wang
ringgit
dan sebagainya.
Kejadian masa lalu seperti kecewa akibat kematian insan yang akrab
dalam kehidupan klien telah menyebabkannya menghadapi masalah
pembelajaran.Di samping itu faktor persekitaran kejadian masa lalu seperti
jenayah rogol membawa kepada penyumbang kemurungan. Kajian oleh Briere
(dalam Shazli Ezzat :2006) membuktikan kaitan rapat yang wujud antara
mangsa dengan kemurungan. Simptom kemurungan yang dihadapi seperti
berasa sedih, berasa letih sepanjang masa, gagal untuk memberi tumpuan dan
lantaran tidur yang berlebihan.
Beck (1976) telah menyenaraikan tiga faktor yang menyebabkan individu
mengalami kemurungan. Faktor-faktornya ialah:
i.
Penyalahan diri
ii.
Kasihan diri
iii.
Rasa kasihan kepada pihak lain.
Menurut Beck (1976) lagi penyalahan diri bermaksud mempercepatkan
seseorang
bersalah kerana kelakuan yang salah.
Apabila
perasaan

menyalahkan diri ini wujud dalam diri sendiri, maka ia cenderung untuk terus
menkritik diri dan membenci diri sendiri.
Sikap seperti ini menyakinkan mereka bahawa diri mereka yang jahat dan
tidak berguna lagi. Sikap menyalahkan diri sekiranya berterusan akan
menyebabkan individu akan berasa terganggu dan mungkin berasa ingin
menangis, berdiam diri atau bersedih secara tidak langsung yang mana akan
membawa kepada kemurungan.
Faktor-faktor kemurungan dalam kalangan pelajar akan dibahagikan
kepada tiga faktor utama seperti:
i.
Kepenatan disebabkan keletihan, kurang tumpuan terhadap
pembelajaran
dan
kesukaran
menyiapkan
tugasan.
ii.
iii.

Kognitif dan emosi relajar yang tidak terlepas daripada dibelenggu dengan
kekusutan pemikiran dan emosi dalam kehidupan mereka.
Masalah berkaitan dengan motivasi akademik seperti faktor berkaitan
akademik, masalah kelas dan masalah motivasi.
Kendatipun Ibu Sina berpendapat penyakit kemurungan yang tidak
ditangani dengan baik akan meninggalkan kesan ke atas tuntutan biologi
seseorang dan
mendorong kepada perlakuan membunuh diri (Rizal, 2009)

1.6.4 Pandangan Barat tentang Kemurungan Dan Menangani Menurut
Keagamaan

Menurut E. Gilman Stephen , Kawachi Ichiro, M Fitzmaurice
Garrett, dan L Buka Stephen (2002) sosioekonomi yang rendah semasa zaman
kanak-kanak mempunyai kaitan berlakunya kemurungan semasa remaja
kelak Hasil kajian yang dijalankan oleh Mohamed Alfian Haris (2006) mendapati
masalah kebimbangan dan punca utama ketidakstabilan emosi pelajar
disebabkan oleh pendapatan keluarga .
Manakala menurut Paragament dan Park (1995) telah membuktikan
bahawa amalan agama dapat mengawal tekanan yang dirasai. Agama dapat
digunakan dengan pelbagai cara sama ada untuk individu menjadi asertif atau
defensif, aktif atau pasif. Agama berkait rapat dengan matlamat dan kaedah
pelaksanaan. Menurutnya lagi , agama memberikan panduan amalan kehidupan
dan tindakan individu pada setiap ketika sama ada secara perseorangan atau
kolektif.
Menurut Dr. Randy Byrd (dalam Stephen:2009) melaporkan mengenai
eksperimen yang menarik dalam ”The Medical Tribune” berhubung dengan

pesakit hospital yang sama usia dan keadaan dibahagikan kepada dua
kumpulan. Kumpulan pertama dibacakan doa oleh beberapa anggota kumpulan
yang berdoa, sementara golongan kedua tidak. Hasil kajian menunjukkan
kumpulan pertama kurang menderita sakit; hanya 3 daripada 16 orang
memerlukan antibiotik; 6 orang menderita pulmonari edema, berbanding orang
dengan 18 orang; dan tidak ada yang perlukan rawatan perubatan;berbanding
12 orang dalam kumpulan kedua.
Seandainya lebih bersungguh-sungguh dan kerap berdoa dengan penuh
keyakinan dapat dapat merubah manusia dan manusia boleh membuat
perubahan dalam dirinya. Herbert Hoover, bekas Presiden Amerika Syarikat yang
ke-31 berkata:” Kuasa doa lebih kuat daripada kombinasi yang dikawal oleh
manusia; kerana doa ialah terbaik manusia dapat mengumpulkan sumbersumber ketuhanan.” (Septhen, 2009)
1.7
Kerangka Kerja Teoritikal
Keperluan Pendekatan Kaunseling Islam

1.8
Signifikan Kajian
Kajian ini penting untuk mendedahkan keperluan pendekatan kaunseling Islam
dalam menangani masalah kemurungan pelajar. Pelaksanaan kaunseling Islam
diharapkan dapat membantu pelajar mengatasi kemurungan tersebut.
Kajian ini juga penting untuk pelajar mengenal pasti emosi yang boleh
membawa kepada kemurungan dan bertindak untuk mengatasinya agar mereka
meneruskan kehidupan yang lebih selesa. Sebagai contoh apabila seorang

pelajar mengenal pasti kemurungan yang sedang dihadapinya khsusnya

1.9
Definisi Operasional
kaunseling Islam
Ishammuddin Ismail (1996) mentakrifkan kaunseling Islam sebagai suatu
proses menolong dan membantu dengan cara membentuk perhubungan secara
bersemuka antara kaunselor dengan klien . Dengan kata lain, hubungan tersebut
akan melibatkan penerokaan potensi jati diri klien bagi mengembangkan semula
segala sumber dalaman klien untuk menerima kebenaran (al-Haq) serta
bertanggungjawab pada diri sendiri untuk mencari keredaan Allah S.W.T
Muhd. Mansur Abdullah (1996) pula menyebut kaunseling Islam ialah
suatu proses aktif yang terjadi antara kedua-dua belah pihak yang dicorakkan
melalui perhubungan yang intim antara kaunselor dengan klien.Yang nyata
ianya bertujuan menolong menyelesaikan masalah serta mengubah tingkah laku
klien ke arah yang lebih baik untuk mendapatkan
keredaan Allah S.W.T.

Kaunseling Islam ialah suatu proses pengajaran dan pembelajaran untuk
menolong individu atau kumpulan individu yang menghadapi masalah psikologi
bagi membuat keputusan dan membimbing kehidupannya bagi menghadapi
kebahagiaan dunia dan akhirat berpandukan
syariat Islam (Mohd.
Sharief:1998)).Dalam kajian ini penyelidik akan menggunakan pendekatan
kaunseling Islam berdasarkan Teori Kaunseling Islam Al-Ghazali.

Kemurungan
Kemurungan yang boleh dianggap sebagai suatu perasaan, suatu sindrom atau
suatu penyakit klinikal (Dacey & Kenny, 1997) . Mana kala menurut Beck (1976)
dalam Iran Herman (2003) telah menyenaraikan faktor penyalahan diri, kasihan
diri dan rasa kasihan kepada pihak lain adalah faktor yang menyebabkan
kemurungan. Oleh yang demikian kemurungan dapat dilihat sebagai suatu
sindrom penyakit emosi yang akhirnya menzahirkan tingkah laku atau perlakuan
seperti ponteng kelas, menyendiri, tidak dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap pembelajaran dan sebagainya.
Dalam kajian ini kemurungan dilihat
Kesan Kemurungan
Kesan kemurungan yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar seperti ponteng
kuliah, tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran, suka berkhayal,
sering datang lewat ke kuliah, kerap bersendirian dan lain-lain.
Kemurungan seumapama ini boleh mengakibatkan pencapian akademik terjejas
dan ada juga pelajar mengambil keputusan berhenti daripada meneruskan
pelajaran atau pengajiannya.

Faktor Penyebab Kemurungan
Antara penyebab kemurungan ialah dikeranakan masalah emosi, masalah
pembelajaran,faktor persekiaran, latar belakang pelajar , masalah keluarga, ,
masalah malu, kebimbangan , tidak berminat dengan kursus yang diikuti
,percintaan dan sebagainya.
1.8

Rujukan

BIBLIOGRAFI
Asmah Bee, Mohd. Noor. 1979. Tingkah laku dan masalah seks di kalangan kaum
remaja. Widya, 23 Julai.
Asmah Bee, Mohd. Noor, 1979. Kemurungan : Satu pendekatan teori, Majalah
Psikologi, Bil. 10 hal. 87-103
Azalan Afandi. 1998. Peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terhadap
pelajar yang berprestasi rendah ke arah peningkatan pencapaian akademik.
Latihan
Ilmiah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azizah Lebai Nordin. 2002. Masalah Disiplin di Kalangan Remaja. Tesis PhD. Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.
Beck

,
1996.
Depression
Inventor
II
. Available
at: http://Marketplacepsychorp.com/Psyco
psychorp.com/PsychoCprp.com/Cultures/en-US/dotcom
Beck, A.T, 1976. Depression :Cause and treatment. Philadelphia: University of
Pennsylevinia Press
Corey, G & Corey M.S. 2002. Groups: Process and pratice. Sixth Ed. Brooks Cole
Thomson Leraning. USA.

Corey, G. 2001. Theory and practice of counseling and psychostherapy (6 th ed.) and
manual. Pascific Grove, C.A: Brooke / Cole.
Davis , S.F and Palladino, J.J ,1997. Pschology 2. Upper Saddle River Ner
Jersy:Prentice
Hall
Drojat Ariyanto, 2006, Psikoterpi dan doa, SUHUF,Vol.XVIII,No 01 Mei 2006

Erickson, M. T. (1992). Behavior Disorders of Children And Adolescents:
Assesement,
Etiology and Intervention. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall Inc.

Gorenstein, C.G., Andrade, L., Zanoli, E. Dan Artes, R. 2005 . Expressive
Syamptoms
In
A
Nonclinical Brazilian Adolescent Sample. The Canadian Journal
OnAdolescent I.
63-91
Hassan, Langgulung, 1995. Prof. Dr, Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigmam
Selangor, HIZBI.
Hassan, Langgulung.1997.Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. D.B.P cet.
Ke-2
Hassan, Langgulung ,1983. Teori-teori Kesihatan Mental:Perbandingan Psikologi
Moden
dan Pendekatan-pendekatan Pakar-Pakar Pendidikan Islam . Selangor,
Pustaka
Huda,
Ishammudin Ismail 1996. Persepsi Kaunseling Kontemporari . KL , Pusat Ilmu
Jelatek,
1996.
Muhd. Mansor, Abdullah,1996. Kaunseling: Teori, Proses dan Kaedah . Selangor,
Fajar
Bakti , cet-2.
Jamaluddin Ramli, Azizi Yahya, Nordin Yahaya, Siti Zainab Md Lazim, 2010
Kemurungan
Dalam Kalangan Penghuni Rumah Anak Yatim DI Daerah Kota Baharu,
Kelantan.
Jurnal
Kamal Abdul Manad (Al_Hakam), Kaunseling isla “Perbandaingan Antara Amalan
dan
Teori Kaunseling Barat”. Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.
M. Darojat Ariyanti
Islam,Surakarta.

,

Psikoterapi

dengan

doa,

Jurnal

Fakultas

Agama

Mizan Adiliah. 1998. Kaunseling sekolah dan gejala sosial. Jurnal PERKAMA 7.
Muhamed Sharif , 1998 Kaunseling Islam, Jurnal Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Jilid 4. Bil. 1 April 1998 hal 19-30
Muhamed Alfian Harris b. Omar, Muhamed Sharif Mustffa, 2006, Tahap Kestabilan
Emosi
Pelajar di Sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam :
Satu
Tinjaua, Jurnal Fakulti Pendidikan UTM , Skudai.

Mohd. Farhan Uzair bin Paisan, 2008 . Tinjauan Terhadap Kemurungan Dalam
Kalangan
Pelajar Di Universiti Tun Hussein Onn, Tesis Sarjana Universiti Tun
Hussein Onn.
Muhammad Alfian Hariss , Muhamed sharif Mustaffa ,2006. Tahap kestabilan
emosi
pelajar di sebuah kolej kediaman institusi pengajian tinggi awam: satu
tinjauan. In:
National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August
2006,
Kuala Lumpur, Malaysia
.
Oltmans , T.F., and Emery, R.E (1998), Abnormal Psychology upper Saddle
River,NJ,:Prentic Hall. Cet. 2.
Rizal, Abu Bakar, Kaunseling Daripada Perspektif Islam Apa, Mengapa dan
Bagaimana.
2009. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Schulterbandt.J.G & Raskin A. (1977) Depression In Childhood:Diagnosis.
Treatmen
And
Conceptual Models. New York: Revan Press
Shazli Ezzat Ghazali, Pommusamy S, Normah Che Din dan Nik Faridah Yousef
Mohd
Khan,2006. Kesejahteraan Psikologi, kemurungan dan Sokongan Sosial
di
Kalangan Mangsa Rogol , Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 4 (1.) 2006:99106,
Uuniversiti Kebangsaan Malaysia.
Salasiah Hanim Hamjah, Zainab Ismail, A’sawiyah Ismail, Nadhirah Muhammag
Arib,
2011. Kaedah Penerapan Ibadah dalam Kaunseling: Satu Tinjauan Awal.
Jurnal,
Perkama International Convention.
Syed Hasan Ahmad, Asmah Bee,2003. Menangani Kemurungan Melalui
Kaunseling
Berperspektif Islam , Prosiding Seminar Kaunseling Berperspektif Islam.
Wan Abd. Kader& Ismail Abdul Ghani, Dakwah dan Kaunseling Islam, Penerbit
Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2006
Yatimah Sarmani & Mohd. Tajudin Haji Ninggal, 2003, Kaunseling Islam Dalam
Membina

Masyarakt Madani. Kertas Kerja dibentangkan di Konvensyen PERKAMA kali
ke
XI, Hotel Eden Garden , Johor Bahru (25-27 Jun 2003).
Yatimah Sarmani , 2005. Pendekatan Kaunseling Islam: Satu Analisis Kualitatif Model
Kaunseling Berasaskan Sifat-Sifat Manusia Oleh Imam Ghazali. Tesis Doktor
Falsafah tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai , Johor.
Zainab Ismail , 2001, Tesis PhD USM
Zuria Mahmud, Noriah Mohd. Ishak & Noriah Bachok. 2003. Strategi kaunseling untuk
menangani tingkah laku bsermasalah di kalangan pelajar sekolah menengah:
Satu tinjaun literatur. Konvensyen PERKAMA Kali Ke XI. Hotel Eden Garden, Johor
Bharu. 25-27Jun

1.1

Organisasi Bab Tesis

PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
JADUAL TRANSLITERASI
SENARAI JUDUL
SENARAI ILUSTRASI
SENARAI SINGKATAN

BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8

Latar Belakang Kajian
Pernyataan Masalah
Persoalan Kajian
Objektif Kajian
Limitasi Kajian
Kerangaka Konseptual
Definisi Operasi Kajian

BAB II ASAS AMALAN DAN KAUNSELING ISALM DALAM MENANGANI
MASALAH KEMURUNGAN
2.1 Pengenalan
2.2 Faktor yang Mempengaruhi Kemurungan
2.2.1 Keluarga
2.2.2 Masalah pembelajaran
2.2.3 Masalah sosial
2.2.4 Masalah kewangan
2.3 Asas Amalan Kaunseling Islam
2.4 Proses Kaunseling Islam dalam Menangani Kemurungan
2.4.1 Definisi Kaunseling Islam
2.4.2 Proses kaunseling Islam Menagani Kemurunga
2.5 Nilai Dakwah/Rawatan Rohani dalam Proses Kaunseling Islam
2.5.1 Definisi Dakwah
2.5.2 Nilai Dakwah dalam Proses Kaunseling Islam
2.6 Etika Kaunselor Muslim
2.7 Rumusan

BAB 3: ORGANISASI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ
SHAH DAN JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
3.1 Pengenalan
3.2 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
3.3 Jabatan Kejuruteraan Elektrik
3.4 Unit Bimbingan dan Kaunseling
3.5 Latar Belakang Kaunselor
3.6 Rumusan
BAB 4: LATAR BELAKANG SOSIO DEMOGRAFI DAN MASALAH KEMURUNGAN
PELAJAR
4.1
Pengenalan
4.2
Jumlah dan taburan responden

4.3
4.3.2
4.3.3
4.3.4
4.4

5.2
5.3

5.4
5.5

5.6

5.7

Latar belakang Responden
4.3.1 Umur dan Jantina
Latar belakang Pendidikan Keluarga
Pekerjaan Ibu Bapa
Pendapatan keluarga
Rumusan
BAB 5: PROSES KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR YANG
MENGALAMI KEMURUNGAN
5.1 Pengenalan
Persediaan Untuk Sesi Kaunseling
Langkah Dalam Proses Kaunseling
5.3.1 Mengenal Pasti Identiti dan Menerima Responden
5.3.2 Mewujudkan Suasana Mesra
5.3.3 Mendengar dan Menentukan Masalah
5.3.4 Merumuskan Kesimpulan Sementera
5.3.5 Membantu Responden Memecahkan Masalah dan Membuat Keputusan
5.3.6 Memberi penerangan Kepada Responden
Kekerapan Responden menyertai Sesi Kaunseling
Keputusan Responden Selepas Menyertai Sesi Kaunseling
5.5.1 Meneruskan pengajian
5.5.2 Berjanji Akan Berubah
5.5.3 Boleh Menerima Permasalah Keluarga
5.54 Lebih Termotivasi
Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Rohani Dalam Proses Kaunseling
5.6.1 Hak dan Tanggungjawab Pelajar
5.6.2 Hukum Hakam Bertingkah Laku negetif
5.6.3 Kelebihan Berzikir
5.6.4 kelebihan Doa
5.6.5 Kelebihan Berwirid
Rumusan
BAB 6: PENUTUP
6.1 Pengenalan
6.2 Ringkasan Hasil Kajian
6.2.1 Proses Kaunseling dan Perlaksanaannya
6.2.2 Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Islam dalam Kaunseling
6.2.3 Latar belakang Pegawai Psikologi
6.2.4 Latar Belakang Pelajar Yang Mengalami Kemurungan
6.2.5 Kemurungan
6.2.6 Faktor Kejayaan / Kegagalan Kaunseling
6.3 Implikasi Hasil Kajian
6.4 Cadangan
6.5 Cadangan Kajian Akan Datang
RUJUKAN
LAMPIRAN

1.9
NO
1

Milestone
PERANCANGAN
Semester 1: September- November Kertas Cadangan Proposal
Disember : Pembentangan Kertas Cadangan Proposal
Semester 2:
penyelidikan

Januari : Mengumpulkan dan mengolah bahan
Februari: Temu bual dengan kaunselor untuk

mendapatkan
maklumat pelajar yang mengalami
kemurungan.
Mac:
Membuat soal selidik
April:
Mengedarkan borang soal selidik
April – Ogos : Mengadakan sesi kaunseling pendekatan
Islam
menurut teori al-Ghazali
Semester 3:
Islam yang “

Semester 4:
perlu
Semester 5:
Semester 6:
1.2

September : Mendapatkan hasil dapatan kaunseling
dijalankan ke atas responden.
Oktober- Disember : Menganalisis dapatan kajian.
Pembentangan Hasil Kajian dan memperbaiki kajian jika
Penyerahan tesis untuk kegunaan VIVA
VIVA

Jangkaan Penerbitan
Penerbitan dijangkakan pada akhir semester setelah menyelesaikan
penambahbaikan jika berkaitan.
(sumber:Mahnessa A. Kadir: Contoh Sebuah Proposal)

Dokumen yang terkait

ANALISIS FAKTOR YANGMEMPENGARUHI FERTILITAS PASANGAN USIA SUBUR DI DESA SEMBORO KECAMATAN SEMBORO KABUPATEN JEMBER TAHUN 2011

2 53 20

FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYERAPAN TENAGA KERJA INDUSTRI PENGOLAHAN BESAR DAN MENENGAH PADA TINGKAT KABUPATEN / KOTA DI JAWA TIMUR TAHUN 2006 - 2011

1 35 26

A DISCOURSE ANALYSIS ON “SPA: REGAIN BALANCE OF YOUR INNER AND OUTER BEAUTY” IN THE JAKARTA POST ON 4 MARCH 2011

9 161 13

Pengaruh kualitas aktiva produktif dan non performing financing terhadap return on asset perbankan syariah (Studi Pada 3 Bank Umum Syariah Tahun 2011 – 2014)

6 101 0

Pengaruh pemahaman fiqh muamalat mahasiswa terhadap keputusan membeli produk fashion palsu (study pada mahasiswa angkatan 2011 & 2012 prodi muamalat fakultas syariah dan hukum UIN Syarif Hidayatullah Jakarta)

0 22 0

Pendidikan Agama Islam Untuk Kelas 3 SD Kelas 3 Suyanto Suyoto 2011

4 108 178

ANALISIS NOTA KESEPAHAMAN ANTARA BANK INDONESIA, POLRI, DAN KEJAKSAAN REPUBLIK INDONESIA TAHUN 2011 SEBAGAI MEKANISME PERCEPATAN PENANGANAN TINDAK PIDANA PERBANKAN KHUSUSNYA BANK INDONESIA SEBAGAI PIHAK PELAPOR

1 17 40

PENERAPAN MODEL COOPERATIVE LEARNING TIPE TPS UNTUK MENINGKATKAN SIKAP KERJASAMA DAN HASIL BELAJAR SISWA KELAS IV B DI SDN 11 METRO PUSAT TAHUN PELAJARAN 2013/2014

6 73 58

KOORDINASI OTORITAS JASA KEUANGAN (OJK) DENGAN LEMBAGA PENJAMIN SIMPANAN (LPS) DAN BANK INDONESIA (BI) DALAM UPAYA PENANGANAN BANK BERMASALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG RI NOMOR 21 TAHUN 2011 TENTANG OTORITAS JASA KEUANGAN

3 32 52

PENEGAKAN HUKUM TERHADAP PROSTITUSI ONLINE SEBAGAI TINDAK PIDANA PELACURAN MENURUT UNDANG-UNDANG NOMOR 11 TAHUN 2008 TENTANG INFORMASI DAN TRANSAKSI ELEKTRONIK (ITE)

8 71 86