ADAT DAN BUDAYA KAUM MURUT

ADAT DAN BUDAYA
KAUM MURUT
PENGENALAN
Perkataan “Murut” di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng
bukit

atau

tanah

tinggi

di

pedalaman

yang

mempunyai

hubungan


rapat

dengan suku Dusun. Kaum Murut juga,merupakan suku kaum yang tertua di Sabah yang
datang dari Annam,Indo-China dan kepulauan Filipina. Mengikut Porllard,istilah Murut
beasal dari akar kata “purut” iaitu “berian” atau “hantaran mas kahwin.” Kebiasaannya,
kaum Murut terdapat di Sabah serta di wilayah perbatasan Kalimantan dan Sarawak. Kaum
murut ini merupakan suku etnik ketiga terbesar di sabah. Di Sarawak pula,terdapat juga
kaum Murut, akan tetapi suku kaum ini amat sedikit kerana kaum ini terletak di bawah
kaum Orang Ulu iaitu mewakili peribumi kecil sahaja. Kaum Murut di Sabah menetap
di Tenom, Kemabong, Pensiangan, dan Keningau. Kaum Murut terbahagi kepada Murut
Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut
Serundung. Selain itu, kaum Murut juga mendiami di rumah panjang yang berhampiran di
tepi sungai. Kaum Murut menganut agama Islam dan sebahagian lagi menganut agama
Kristian.

PERKAHWINAN
Dalam soal perkahwinan, kebiasaannya perkahwinan orang Murut akan
diadakan seawal umur 15 hingga 18 tahun bagi si teruna dan 13 tahun bagi
si gadis. Selain itu, mas kahwin yang biasa akan diminta oleh ibu bapa si

gadis orang Murut adalah iaitu 2 ekor kerbau, 1 tajau sejenis "tilauan" 1
tajau jenis "minukul" 1 tajau jenis "belaying" 1 tajau jenis "manila" 1 buah
gong dan 1 sumpitan. Bagi soal istiadat perkahwinan pula, kaum Murut
menjalankan majlis perkahwinan selama lima hari berturut-turut. Dalam
tempoh lima hari perkahwinan tersebut, tiga hari akan berlangsung di
rumah pengantin perempuan dan dua hari di rumah pengantin lelaki.
Pengantin perempuan akan dihiasi dengan cantik dan menggunakan
pakaian kaum Murut asli pada hari perkahwinan. Pengantin perempuan
tersebut akan dihias oleh sekumpulan wanita yang dikenali sebagai
“tambuloi.” Seterusnya pengantin perempuan akan diletakkan dalam bilik
khas yang telah ditabiri beberapa helai kain yang mahal. Selepas itu,

pengantin perempuan akan dibawa keluar dari bilik dan akan diberi air
tapai yang disukainya. Oleh yang demikian, dalam tempoh tiga hari
tersebut, tetamu akan bersukaria sambil makan dan meminum air tuak di
rumah

pengantin

perempuan.


Pertandingan

meminum

tuak

secara

persahabatan juga diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Setelah tamat tempoh tiga hari tersebut, mereka akan bergerak ke rumah
pengantin lelaki dan pukulan “egal” iaitu pukulan gong akan didendangkan
bagi menandakan selamat jalan kepada keluarga pengantin perempuan.
Setelah berada seminggu di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan
boleh menziarahi ibu bapa dengan kebenaran suami dan mertuanya.
Setelah sebulan perkahwinan,kedua- dua pengantin akan pergi ke rumah
pengantin perempuan selama empat hari dan kehadiran mereka akan
diraikan serta disajikan air tapai. Setelah tamat tempoh empat hari
tersebut, mereka berdua akan balik ke rumah pengantin lelaki semula
untuk menetap di sana buat selama-lamanya.

KELAHIRAN
Bagi adat kelahiran kaum Murut pula, mereka tidak mempunyai adat resam dan pantang
larang yang khusus semasa mengandung dan bersalin. Mereka akan mempunyai beberapa
pantang larang apabila selepas bayi itu dilahirkan, iaitu dari segi pemberian nama . Bagi
masyarakat Murut, bayi yang dilahirkan tidak akan diberi nama dengan serta merta. Hal ini
bertujuan untuk mengelakkan sebarang perkara buruk menimpa bayi tersebut. Oleh yang
demikian,

pemilihan

nama

amat

dititikberatkan

oleh

masyarakat


Murut.

Oleh

itu, kebanyakan nama yang diberi adalah berdasarkan nama alam semulajadi atau melalui
sesuatu

peristiwa

tertentu.

Selain

itu,

nama

orang

Murut


juga

berkemungkinan

bertukar untuk beberapa kali. Situasi ini bergantung kepada keadaan yang berlaku di
sekeliling mereka. Sebagai contoh, jika seseorang itu kerap sakit atau ada orang yang
meninggal dunia dan secara kebetulan nama mereka adalah sama, kaum murut yang
mempunyai nama itu tadi perlu menukar nama tersebut dengan serta merta bagi
mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada dirinya.

KEMATIAN
Adat kematian dalam masyarakat Murut, mereka akan mengebumikan mayat. Mereka akan
melakukan mengebumikan mayat bergantung kepada punca kematian seseorang itu.

Sesuatu kes kematian perlu diuruskan dengan tertib dan baik dengan mengikuti adat-adat
tertentu. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana atau
musibah. Terdapat tiga proses dalam pengebumian mayat dalam kaum Murut iaitu semasa
kematian, pengebumian, dan selepas pengebumian. Semasa kematian, ahli keluarga si mati
akan memukul gong dan ketika gong dipukul, semua penduduk perlu berhenti daripada

melakukan aktiviti masing-masing. Jika terdapat penduduk tidak berhenti daripada
melakukan pekerjaan semasa gong dipukulkan,seluruh penduduk akan didenda iaitu
member seekor babi kepada ahli keluarga si mati. Selepas itu, mayat akan dimandikan dan
setelah itu mayat akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik serta bersih. Mayat akan
berada di rumah selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam bajau iaitu bangkalan
kaum Murut. Tajau akan ditutup dengan kayu dan di atasnya diletakkan lampu kecil bagi
menakutkan hantu syaitan. Pada hari kedua tajau akan dibawa keluar dari bilik tepat pukul
12.00 tengah malam dan ketika ini ahli keluarga akan bertangis-tangisan sambil
mengelilingi tajau tersebut. Pada hari ketiga, kaum lelaki akan pergi ke tanah perkuburan
untuk membaiki rumah perkuburan sekiranya terdapat kerosakkan. Pada malam ke
empat mereka akan bersuka ria sebagai menghormati malam terakhir si mati berada
dirumah.

Keasokkan

harinya,

tajau

mayat


akan

diusung

dengan

menggunakan

usungan kayu ke tanah perkuburan. Ketika ini, ahli keluarga perempuan si mati akan
menangis kerana mereka percaya akan roh si mati akan selamat ke syurga dan bertujuan
mengucap selamt jalan. Proses yang kedua iaitu semasa pengebumian gong akan
dibunyikan sepanjang jalan tajau dihantar ke tapak pengebumian dan tajau tersebut akan
dihias dengan manik-manik beraneka warna dan dipaku dengan kayu yang berukir. Ketika
ini mereka akan meraikan majlis makan-makan. Seterusnya proses yang terakhir iaitu
selepas pengebumian, ahli keluarga akan meletakkan tiga potongan bara setelah empat
hari tajau di tanah perkuburan. Bara-bara tersebut akan dikawal apinya oleh keluarga si
mati, supaya roh si mati tidak dapat meniup api tersebut kerana mereka percaya sekiranya
si mati dapat meniup api sehingga menyala kemungkinan rumah tersebut ditimpa bencana.
Adat tolak bala akan diadakan bagi menandakan pantang larang adat kematian sudah

selesai.
TARIAN

1) Tarian Lansaran

Tarian lansaran merupakan tarian yang amat terkenal dalam suku kaum Murut.
Kebiasaannya, tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki
persegi. Lokasi lantai khas terletak di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat
menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh
melantun seperti "spring". Dalam tarian ini terdapat sekumpulan penari lelaki dan
perempuan. Kaum perempuan akan memakai pakaian tradisional warna hitam dan hiasan
manik-manik yang berwarna-warni. Bagi kaum lelaki mereka akan memakai topi berbulu
burung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna. Dalam
tarian ini, penari akan membuat satu bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran
dengan diringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran.
Selain itu, penari lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai "kinkilat" yang digantung di
bahagian atas sambil bersorak tanda gagah. Pengakhiran tarian Lansaran ini ialah
berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka. Pada masa
dahulu, tarian ini diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah
mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.

2)

Mansayau

Tarian

Mansayau

ini

Kebiasannya tarian ritual ini

dilakukan

oleh

dipersembahkan

suku
di


kaum

Murut

majlis-majlis

di

Limbawan.

perkahwinan,

hari-

hari kelepasan am suku kaum Murut seperti hari Pesta Menuai Padi. Tarian ini akan diiringi
dengan pukulan sembilan biji gong, sebuah gendang dan satu set bakakung atau
kulintangan.Alat-alat yang terdapat dalam tarian ini akan dipalu mengikut rentak-rentak
tertentu dan yang lazim dimainkan ialah pukulan benama magadang. Melalui tarian
ini,ragam-ragam tarian tidak terhad kepada satu bentuk sahaja dan boleh ditarikan oleh
sepasang penari (lelaki dan wanita). Bagi konteks pakian pula, penari lelaki aka memakai
pakian

yang dipanggil bangkad dan abagsementara

pakaian

wanita

pula

dipanggil linambongan dan pinangkit.
PERAYAAN

PERAYAAN MANSISIA
Perayaan Mansisia dikenali Hari Pesta Menuai dalam bahasa Murut iaitu "OROU
NAPANGAAN NANANTAB". Walau bagaimanapun nama sebenar perayaan selepas menuai
bagi suku kaum Murut adalah " Mansisia". Sebelum perayaan tersebut diadakan, setiap keluarga
akan menyumbangkan beras hasil dari titik peluh mereka kepada Ketua Masyarakat ( Penghulu ).

Beras akan dimasak samada dibuat tapai atau untuk nasi. Selain itu,mereka juga akan
menyumbangkan wang untuk membeli lauk-pauk semasa perayaan. Setelah hari Mansisia
menjelang, semua penduduk kampung akan menghadiri jamuan makan/minum di Tulus ( Rumah
Panjang ) atau di Rumah Ketua Masyarakat jika kampung berkenaan tidak mempunyai " Tulus".
Salah satu acara rasmi yang akan berlangsung dalam perayaan tersebut adalah meminum tapai
yang dipanggil " Pansisiaan". Semua penduduk kampung dikehendaki meminum tapai tersebut
sebagai satu tradisi ( adat ). Pada masa yang sama, perayaan Mansisia ini akan membuat semua
penduduk kampung dapat menikmati hasil tuaian setiap keluarga memandangkan beras yang
disumbangkan sebelumnya dicampur-gaulkan sebelum dimasak. Antara tujuan perayaan
Mansisia ini dilakukan adalah sebagai hari kesyukuran dan bersukaria. Hari tersebut juga
dianggap sebagai hari Kelepasan Am bagi para petani. Kebiasanya perayaan tersebut dilengkapi
dengan beberapa acara yang menarik seperti persembahan kebudayaan, minum tapai dan
bermacam-macam lagi sesuai dengan suasana sambutan " Mansisia ".

PAKAIAN
Bagi pakaian Adat suku kaum Murut, lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit
kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi
sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas
berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik
seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.

PERMAINAN
LANSARAN
Permainam Lansaran ini merupakan permainan tradisional kaum Murut. Cara–cara
bermain permainan ini adalah dengan melompat di atas lantai yang dibina khas seperti
spring dan mencapai 'kinkilat'.

http://bmpengurusan2010.blogspot.my/2010/09/kaum-murut.html

TAJUK : ADAT TRADISI KAUM MURUT, DI KENINGAU ,SABAH
TAJUK KHUSUS : Sejarah Adat Tradisi Kaum Murut
PENGENALAN

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah dan merupakan kaum
yang ketiga terbesar di Sabah. Salah satu etnik yang ada di negeri Sabah adalah suku kaum
Murut yang kaya dengan budayanya. Mereka biasanya tinggal di daerah Tenom, Pensiangan dan
Keningau. Kaum Murut juga terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagol, Tidung, Timugon,
Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, dan Murut Serundung. Dimana Kaum Murut mewakili
sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut
juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa
tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain. Secara uniknya, kaum Murut tinggal
di rumah tradisi mereka iaitu rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga yang besar yang
berhampiran dengan kawasan sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang
menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Suku kaum Murut juga dikenali melalui budaya dan
kesenian yang telah mereka warisi turun-temurun. Misalnya, suku kaum Murut amat terkenal
dengan motif dan pakaian tradisinya. Selain itu, kaum Murut pakar dalam berburu dan masih
mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di
lakukan oleh generasi muda suku kaum ini. Kebanyakan kaum Murut ialah petani, pemburu, dan
penangkap ikan di sungai. Selain itu , mereka juga menjalankan pemungutan hasil hutan seperti
rotan, damar dan madu lebah . Adat upacara perkahwinan bagi kaum Murut juga sangat unik dan
menjadi adat turun-temurun dalam perkahwinan iaitu adat ‘barian sampai mati’. Selain daripada
itu, dahulu mereka mempercayai amalan anismisme iaitu setiap pokok, batu, sungai dan bukit
mempunyai roh sendiri. Kini, kebanyakan suku kaum Murut majoritinya beragama kristian.
Kaum Murut meraihkan Perayaan Pesta Kalimaran. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti
kaum KadazanDusun yang menyambut Pesta Kaamatan. Ia disambut selepas mereka menuai
padi. Sehubungan itu, suku kaum Murut juga terkenal dengan tarian tradisional iaitu Tarian
Lansaran dan Tarian Mangunatip.
2.0

OBJEKTIF
2.1

Tujuan utama penulisan dibentuk ialah untuk mengetahui asal usul adat tradisi

kaum Murut di Keningau, Sabah. Asal usul ini dikaji kerana ingin mendedahkan kepada
masyarakat bahawa adat tradisi ini amat penting untuk dipelihara.
2.2

Selain itu, kajian ini juga dibuat untuk mendedahkan adat tradisi kaum Murut

yang ada dan masih diamalkan sehingga sekarang. Antara adat tradisi yang masih diamalkan
sehingga sekarang ialah pakaian tradisional, tarian tradisional, perayaan dan adat perkahwinan.

2.3

Kajian ini dibuat bagi menyedarkan masyarakat pada zaman sekarang tentang

pentingnya memelihara adat tradisi yang telah lama diamalkan sejak turun-temurun lagi. Ini
bertujuan supaya semua lapisan masyarakat dan generasi akan datang kaum Murut mengamalkan
adat tradisi walaupun kebanyakan kaum Murut masa kini telah menganut agama kristian.
3.0

PERMASALAHAN KAJIAN
Penulis berminat untuk mengetahui pengamalan adat tradisi kaum Murut di Keningau
tetapi pengamalan adat tradisi ini kurang diamalkan oleh kaum muda Murut sekarang. Hanya
terdapat segelintir daripada masyarakat Murut yang masih menerapkan adat tradisi dalam
keluarga mereka. Selain itu, maklumat mengenai adat tradisi kaum Murut sukar diperolehi untuk
dijadikan rujukan.
Permasalahan kajian adalah berkisar mengenai pengutipan, pemilihan, penyusunan,
sumber dan penganalisaan bahan-bahan. Dari aspek pengumpulan sumber melalui laman
sesawang, bahan-bahan maklumat mengenai adat tradisi kaum Murut di Keningau amat terhad.
Kerja-kerja penyusunan dan penganalisaan dalam penulisan esei ini juga menimbulkan
masalah. Ini adalah disebabkan setiap perkara ini berkait rapat antara satu sama lain. Penulis
berharap esei ini dapat meenyumbangkan kepada kajian sejarah Malaysia.

4.0

SKOP KAJIAN
Kajian ini akan difokuskan kepada adat tradisi kaum Murut di Keningau, Sabah. Amalan
dan kehidupan yang diamalkan ini banyak memberi kesan kepada masyarakat muda kaum Murut
pada saat ini. Seterusnya, kita akan mendalami tentang perayaan yang disambut oleh kaum
Murut di Keningau. Selain itu, mengetahui cara pengendalian adat perkahwinan tradisional
sehingga moden oleh kaum Murut di Keningau. Kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui
perbezaan antara pakaian tradisional lelaki dan perempuan kaum Murut serta tarian tradisional
kaum Murut. Bahkan, kajian terakhir akan menyatakan berkenaan agama dan kepercayaan yang
dianuti oleh kaum Murut di Keningau dari dulu hingga sekarang.

5.0

SOROTAN KAJIAN LEPAS
5.1

Kajian lepas yang digunakan oleh penulis dapat memberi sedikit gambaran adat

tradisi bagi suku kaum Murut. Menyentuh sejarah kemunculan masyarakat Murut di Sabah, T.R.

Williams dalam Mat Zin Mat Kib (2005: 2) berpendapat kira-kira 15,000 hingga 20,000 tahun
dahulu telah berlaku penghijrahan penduduk dari bahagian selatan Negara China ke Asia
Tenggara dan kawasan-kawasan pesisirnya, termasuklah ke Pulau Borneo. Antara mereka yang
berpindah dari benua Asia ini (sejak tahun-tahun 1500 hingga 1000 S. M lagi) terdiri daripada
kumpulan etnik yang pada hari ini disebut “Dusun” dan “Murut”. Berdasarkan fakta inilah
kelompok Dusun dan Murut dikatakan dua kelompok yang paling awal berada di Sabah. Collins
dalam Mat Zin Mat Kib (2005: 2) mengatakan bahawa kelompok ini secara umumnya disebut
Melayu-Proto yang mengamalkan bahasa rumpun Austronesia. Mereka terdapat di kawasan
pedalaman kerana pada tahun 1880-an dikatakan penduduk di bandar Sandakan, Lahat Datu,
Semporna dan Tawau tidak lagi terdiri daripada penduduk peribumi Sabah.
5.2

Manakala Headly dalam Ismail Yusoff (1997: 28), mengatakan bahawa

perkataan ‘Murut’ di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit
atau tanah tinggi di pedalaman yang mempunyai hubungan rapat dengan suku kaum Dusun.
Seperti orang Dusun, nama orang Murut bukan diperoleh sendiri oleh masyarakat tersebut, tetapi
diberikan oleh pendatang dari luar. Berbanding dengan orang Dusun, keadaan fizikal orang
Murut adalah lebih kecil dan pendek. Barangkali kerana inilah ramai pengkaji beranggapan
bahawa mereka ini berasal dari Annam, Ulu Burma atau Formosa. Namun, bukti ini tidak kukuh
disebabkan hanya andaian dari pengkaji sahaja berdasarkan kepada bentuk fizikal orang Murut
dan orang Dusun yang menyerupai bentuk fizikal Anam, Ulu Burma atau Formosa.
5.3

Mengikut Pollard dalam Ismail Yusoff (1997: 28) istilah ‘Murut’ berasal dari

akar kata ‘purut’ iaitu ‘berian’ atau ‘hantaran mas kahwin’. Ada juga pengkaji berpendapat
istilah ini diperoleh dari ‘burut’ iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan berubi yang digemari oleh orang
Murut. Sebelum nama ini menjadi popular kaum Murut dikenali dengan berbagai nama yang
dikaitkan dengan alam sekeliling di mana mereka berorentasi. Prentice dalam Ismail Yusoff
(1997: 28) misalnya menamakan mereka ini ‘hill people’ kerana mereka tinggal di bukit-bukau.
Sementara Whelan dalam Ismail Yusoff (1997: 28) pula menamakan mereka ‘man of wood’
kerana lokasi perkampungan mereka di hutan rimba.
5.4

Menurut Ismail Ibrahim dalam Saidatul Nornis Hj. Mahali et al. (2007: 69),

beliau mengasingkan kawasan petempatan masyarakat Murut mengikut subetnik kepada dua
golongan iaitu Murut dataran tanah rendah dan Murut dataran tanah tinggi. Murut dataran tanah
rendah terdiri daripada Murut Nabai dan Murut Timugon yang mendiami tanah rata Keningau.
Manakala Murut tanah tinggi pula adalah golongan yang terbesar mendiami kawasan tanah
tinggi di Sabah. Golongan ini dipecahkan kepada beberapa kumpulan besar. Pertama, Murut

Paluan tinggal di kawasan tanah tinggi berhampiran Sungai Padas di Tenom, berkembang ke
Sungai Dalit di sempadan Sook dan berkembang ke barat berhampiran Sipitang. Kedua, Murut
Dalit yang juga dipanggil “orang bukit” menduduki kawasan Dalit dan Sook dan berkembang di
sepanjang Sungai Penawan. Ketiga, Murut Rundum yang menduduki kawasan persekitaran
Sungai Tagul dan berkembang ke utara Rundum. Keempat, Murut Tahol yang berpindah dari
persekitaran Sungai Tagul dan menduduki kawasan Bole, Kemabong, Tenom dan Tomani.
Kelima, Murut Kolod di kawasan Bole. Keenam, Murut Sapulut menduduki kawasan tanah
tinggi selatan Sook hingga ke Sungai Sepulut dan Murut Pensiangan (Lagungan) yang
menduduki kawasan Sapulut, berkembang hingga ke sempadan dan tenggara Serudong dan
Sungai Kalabakan. Sebenarnya Murut Sapulut adalah dikenali sebagai Murut Tagal.
5.5

Selain itu, menurut Cliff Akid Kamijan dalam majalah Dewan Bahasa (2006:

30) Malaysia sangat beruntung kerana mempunyai rakyat pelbagai bangsa, budaya, agama dan
kepercayaan. Menurut Owen Rutter dalam Mat Zin Mat Kib (2005: 2) menjelaskan bahawa
pengkategorian etnik yang utama di Sabah ialah tertumpu kepada kaum Dusun, Murut, Bajau,
Iranun, Suluk, Bisaya dan Melayu Brunei. Setiap kumpulan etnik ini mempunyai adat resam,
kebudayaan dan amalan kepercayaan yang berbeza-beza. Mereka terdiri daripada penduduk
peribumi bukan Islam dan peribumi Islam. Kumpulan etnik Dusun, Murut dan Rungus
kebanyakannya bukan beragama Islam. Setiap kumpulan etnik, khususnya Dusun dan Murut
mempunyai subkumpulan etnik masing-masing. Manakala, kumpulan etnik Idahan, Bajau,
Iranun, Sulu, Bisaya, Melayu-Brunei, Orang Sungai dan Tidong pada keseluruhannya beragama
Islam. Walaubagaimanapun, terdapat penulis lain yang mengklasifikasikan masyarakat Murut
kepada beberapa subetnik. Misalnya, Lita Lasimbung dan Stella Moo-Tan (1997: 45) telah
membahagikan Murut kepada subkumpulan iaitu Baukan, Gana, Kalabakan, Okolod, Paluan,
Selungai, Serudung, Tagal, Timugon, Murut Beaufort dan Murut Keningau. Mereka juga
mengatakan bahawa pada tahun 1977, jumlah masyarakat Murut di Sabah dianggarkan sebanyak
40,000 orang.

6.0

KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian ialah kaedah penyelidikan perpustakaan. Penekanan akan diberikan
kepada ketepatan penghuraian fakta dengan menggunakan sumber primer dan sumber sekunder.

Pendekatan yang digunakan ialah membuat penerangan mengenai perkembangan yang berlaku
dalam pengamalan adat tradisi dalam kalangan generasi awal dan generasi muda kaum Murut
sekarang.
7.0

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

7.1

Pengenalan

7.2

Sejarah Adat Tradisi Kaum Murut di Keningau, Sabah

7.3

Objektif pengamalan Adat Tradisi Kaum Murut di Keningau, Sabah

7.4

Kepentingan pengamalan adat tradisi Kaum Murut sejak turun-temurun.

7.5

Penutup

8.0

BIBILIOGRAFI

9.0

LAMPIRAN
http://sumandakdusunmurut.blogspot.my/

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah dan 
merupakan kaum yang ketiga terbesar di Sabah. Salah satu etnik yang ada di 
negeri Sabah adalah suku kaum Murut yang kaya dengan budayanya. Mereka 
biasanya tinggal di daerah Tenom, Pensiangan dan Keningau. Kaum Murut juga 
terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagol, Tidung, Timugon, Sembakung, 
Paluan, Bookan, Kalabakan, dan Murut Serundung. Dimana Kaum Murut 
mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 
orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan 
Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan 
suku kaum Murut yang lain. Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah tradisi 
mereka iaitu rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga yang besar yang
berhampiran dengan kawasan sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang 
yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Suku kaum Murut juga dikenali 
melalui budaya dan kesenian yang telah mereka warisi turun­temurun. Misalnya, 
suku kaum Murut amat terkenal dengan motif dan pakaian tradisinya. Selain itu, 
kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti
kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi 
muda suku kaum ini. Kebanyakan kaum Murut ialah petani, pemburu, dan 

penangkap ikan di sungai. Selain itu , mereka juga menjalankan pemungutan 
hasil hutan seperti rotan, damar dan madu lebah . Adat upacara perkahwinan 
bagi kaum Murut juga sangat unik dan menjadi adat turun­temurun dalam 
perkahwinan iaitu adat ‘barian sampai mati’. Selain daripada itu, dahulu mereka 
mempercayai amalan anismisme iaitu setiap pokok, batu, sungai dan bukit 
mempunyai roh sendiri. Kini, kebanyakan suku kaum Murut majoritinya 
beragama kristian. Kaum Murut meraihkan Perayaan Pesta Kalimaran. Pesta 
Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum KadazanDusun yang menyambut 
Pesta Kaamatan. Ia disambut selepas mereka menuai padi. Sehubungan itu, 
suku kaum Murut juga terkenal dengan tarian tradisional iaitu Tarian Lansaran 
dan Tarian Mangunatip.
Share on Facebook


 

Twitter


 


Email

 Adat Kematian Kaum Murut
o



Image via blogspot.com

Adat kematian dalam masyarakat Murut, mereka akan mengebumikan mayat. 
Mereka akan melakukan mengebumikan mayat bergantung kepada punca 
kematian seseorang itu. Sesuatu kes kematian perlu diuruskan dengan tertib dan
baik dengan mengikuti adat­adat tertentu. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan 

daripada berlakunya sebarang bencana atau musibah. Terdapat tiga proses 
dalam pengebumian mayat dalam kaum Murut iaitu semasa kematian, 
pengebumian, dan selepas pengebumian. Semasa kematian, ahli keluarga si 
mati akan memukul gong dan ketika gong dipukul, semua penduduk perlu 
berhenti daripada melakukan aktiviti masing­masing. Jika terdapat penduduk 
tidak berhenti daripada melakukan pekerjaan semasa gong dipukulkan, seluruh 
penduduk akan didenda iaitu memberi seekor khinzir kepada ahli keluarga si 
mati. Selepas itu, mayat akan dimandikan dan setelah itu mayat akan dipakaikan
dengan pakaian yang cantik serta bersih. Mayat akan berada di rumah selama 
dua hari sebelum dimasukkan ke dalam tajau iaitu bangkalan kaum Murut. Tajau 
akan ditutup dengan kayu dan di atasnya diletakkan lampu kecil bagi 
menakutkan hantu syaitan. Pada hari kedua, tajau akan dibawa keluar dari bilik 
tepat pukul 12.00 tengah malam dan ketika ini ahli keluarga akan bertangis­
tangisan sambil mengelilingi tajau tersebut. Pada hari ketiga, kaum lelaki akan 
pergi ke tanah perkuburan untuk membaiki rumah perkuburan sekiranya terdapat
kerosakkan. Pada malam keempat, mereka akan bersuka ria sebagai 
menghormati malam terakhir si mati berada dirumah. Keesokan harinya, tajau 
mayat akan diusung dengan menggunakan usungan kayu ke tanah perkuburan. 
Ketika ini, ahli keluarga perempuan si mati akan menangis kerana mereka 
percaya akan roh si mati akan selamat ke syurga dan bertujuan mengucap 
selamat jalan. Proses yang kedua iaitu semasa pengebumian gong akan 
dibunyikan sepanjang jalan tajau dihantar ke tapak pengebumian dan tajau 
tersebut akan dihias dengan manik­manik beraneka warna dan dipaku dengan 
kayu yang berukir. Ketika ini mereka akan meraikan majlis makan­makan. 
Seterusnya proses yang terakhir iaitu selepas pengebumian, ahli keluarga akan 
meletakkan tiga potongan bara setelah empat hari tajau di tanah perkuburan. 
Bara­bara tersebut akan dikawal apinya oleh keluarga si mati, supaya roh si mati
tidak dapat meniup api tersebut kerana mereka percaya sekiranya si mati dapat 
meniup api sehingga menyala kemungkinan rumah tersebut ditimpa bencana. 
Adat tolak bala akan diadakan bagi menandakan pantang larang adat kematian 
sudah selesai

 Tarian Tradisional Kaum Murut
 Tarian Tradisional Kaum Murut
o



Image via blogspot.com

Masyarakat kaum Murut juga terkenal dengan “Tarian Lansaran” dan “Tarian 
Mangunatip” yang penuh tenaga. Kebanyakan upacara keramaian, tarian­tarian 
ini lazim ditarikan kerana muziknya rancak serta bersimbolik. Semasa pesta 
menuai diadakan, penari­penari kaum Murut ini akan membuat persembahan di 
Bandar­bandar sehingga menjadi suatu daya tarikan kepada para pelancong 
dalam dan luar Negara. Walaupun terdapat sedikit sebanyak unsur tarian ini 
telah diubah namun makna serta gaya tariannya masih tidak terjejas. Tarian 
Mangunatip misalnya mempamerkan unsur kegagahan yang ada dalam kaum 
Murut serta bertujuan untuk memujuk roh­roh nenek moyang mereka agar dapat 
menjaga mereka. Penari­penari tarian ini menyelitkan gugusan padi yang sudah 
dituai dan juga kepala mangsa pada pinggang mereka. Gaya tarian Mangunatip 
ini amat unik serta mempesonakan dimana lelaki yang memegang parang akan 
melompat ke atas bambu yang disusun selang­seli oleh penari­penari lelaki lain. 
Selepas itu, penari yang berada di atas itu akan dianggap sebagai seorang 
pemburu yang menggunakan penyumpit iaitu buluh yang dimasukkan sejenis 
sumpit untuk memecahkan belon yang disediakan. Alunan muzik daripada 
gendang kulit serta somputon akan mengawal rentak tarian ini

 Pakaian Tradisional Kaum Murut
o



Image via blogspot.com

Pakaian tradisional kaum Murut bagi perempuan

 Pakaian Tradisional Kaum Murut
o



Image via blogspot.com

Penggunaan pakaian tradisional kaum Murut boleh dilihat dari dua sudut zaman 
iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian­pakaian 
tradisional ini dipakai semasa upacara­upacara ritual, hari perkahwinan dan 
sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula, pakaian­pakaian tradisional ini 
hanya dipakai untuk tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan serta untuk 
acara­acara kebudayaan. Selain daripada itu, kadangkala juga pakaian 
tradisional boleh dipakai pengapit pengantin. Sehubungan itu, kebanyakan suku 
kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. 
Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam 
adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi 
si pemakai daripada makhluk­makhluk halus yang jahat. Ada juga sesetengah 
pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan
cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu. Manakala, bagi kaum lelaki 

pula, pakaiannya lebih kepada kulit kayu. Pakaian tradisional kaum Murut bagi 
lelaki ialah dikenali dengan pakaian puputul yang diperbuat daripada kulit kayu. 
Babaru puputul dipotong mengikut kepanjangan fesyen jaket. Aba puputul pula, 
cawat sepanjang dua meter diperbuat daripada isi kayu. Tupi sinulatan ialah 
perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit kayu

http://says.com/my/news/adat-tradisi-kaum-murut-di-keningau-sabah

Tradisi kaum Murut merupakan antara yang teristimewa di Sabah
dan amat terkenal. Kebanyakkan daripada orang-orang suku kaum
ini telah meninggalkan tradisi atau adat mereka kecuali segelintir
daripada warga tua sahaja. Beberapa dekad dahulu, kaum Murut
mengamalkan tradisi pemburuan kepala yang menjadikan kaum ini
digeruni kaum lain. Kesemua kaum etnik pulau Borneo mempunyai
amalan pemburuan kepala kecuali kaum penan di Sarawak,
persoalan mengapa amalan ini dipraktikkan masih belum diketahui
sepenuhnya lagi. Namun suatu kemungkinan yang hampir ialah
kerana adat ini merupakan suatu cara mendapatkan penghormatan
daripada bangsa sendiri. Selain itu, amalan pemburuan kepala di
kalangan kaum Murut ini berkait rapat dengan tradisi
perkahwinannya yang mengkehendaki pengantin lelaki
mempersembahkan sekurang-kurangnya satu kepala yang
dipenggal kepada keluarga pengantin perempuan. Aktiviti
pemburuan kepala dijalankan juga bertujuan untuk upacara
kerohanian, di mana kepala mangsa akan diletakkan pada asas
jambatan besar bagi memastikannya tahan lama. Hal yang hampir
serupa ialah penanaman tengkorak mangsa di sawah padi agar padi
dapat tumbuh subur. Satu fakta menarik ialah kepala ketua suku
kaum Murut yang diambil oleh suku kaum Murut yang lain adalah
kurang nilainya berbanding kepala seorang tua atau kanak-kanak
yang dipenggal dalam serangan mengejut. Sehingga kini kaum
Murut masih menyimpan kepala-kepala ini dalam rumah panjang
tetapi ada juga yang telah menanamnya. Amalan ini sudah lama
ditinggalkan kerana terdapat kawalan pihak berkuasa di pedalaman.

klik utk besarkan imej

Warga tua kaum ini masih percaya kepada perkara-perkara mistik
serta kewujudan roh. Kaum-kaum asli di pulau Borneo ini
mengamalkan kepercayaan animisme dan kaum Murut juga tidak
terkecuali . Kini, dengan adanya kemasukan agama Kristian atau
Islam dalam hidup mereka, persepsi kematian serta kehidupan telah
banyak berubah malah sesetengah amalan telah ditinggalkan. Kaum
Murut secara tradisionalnya menyimpan mayat si mati dalam tajau
besar. Setelah sekian lama, amalan itu juga telah ditinggalkan dan
biasanya kini, mayat dimasukkan dalam keranda. Suatu tugu bereka
bentuk seperti tugu kaum Cina didirikan di atas keranda tersebut
yang telah ditanam.

pondok kubur yang menempatkan

keranda

Kawasan penempatan mayat kebanyakkan keluarga kaum
Murut selalunya menjadi sempit akibat terlalu banyak keranda
disimpan. Mayat yang ditempatkan dalam tajau akan dikeluarkan
kemudian dan tulang-tulang mayat pula akan dibersihkan. Setelah
itu, tulang-tulang mayat akan ditempatkan dalam tajau baru untuk
diletakkan dalam pondok penempatan mayat suatu keluarga.
Tempayan lama itu pula akan digunakan semula untuk
menempatkan mayat lain yang baru.
Pondok kubur biasanya dihiasi dengan cantik oleh ahli keluarga,
walaupun begitu kaum Murut tidak mendirikan apa-apa monumen
peringatan yang indah berlainan dengan kaum-kaum yang lain.
Malah rumah panjang milik kaum ini juga tidak memiliki sebarang
ukiran menarik atau perhiasan tetapi hanya sedikit kerja menghias
sahaja yang diaplikasikan. Namun demikian, pondok kubur kaum ini
tetap dihiasi dengan baik, indah dan terdapat ukiran berunsurkan
keunikan pulau Borneo serta corak burung enggang. Orang yang
telah meninggal akan dikebumikan bersama - sama barang
kepunyaan mereka seperti sarung, pakaian, pinggan, sudu serta
berus gigi.

http://www.sabah.edu.my/kds/tradisi_&_kepercayaan.htm

http://www.slideshare.net/nurhussein1/suku-kaum-murut-26791170 rujuk dekat sini
jugak