DASAR BAHASA DAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DASAR BAHASA DAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Asas system pendidikan di Malaysia telah diletakkan oleh Laporan Razak yang dikeluarkan
pada 1956. Ketika bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan,orang bukan melayu mahu
bahasa Mandarin,Tamil dan Inggeris diberi status yang sama seperti bahasa Melayu Cina ,bilangan
enrolmen pelajar telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun.
Jawatan kuasa kabinet membuat cadangan penting selepas rusuhan kaum antaranya
adalah,menghapuskan penglibatan yang tidak sama rata dalam pendidikan,meningkatkan peluang
untuk pencapaian pendidikan yang lebih tinggi dalam kalangan belia dari kumpulan yang kurang
bernasib baik, membina kualiti moral dan etika kewarganegaraan yang lebih kukuh untuk kanakkanak sekolah , dan penekanan yang lebih terhadap orientasi vokasional dalam pendidikan, serta
memperkemas pengurusan professional dan pentadbiran system pendidikan.
PENDIDIKAN DAN POLITIK PEMBINAAN BANGSA
Orang bukan Melayu ,khususnya golongan pendidik dan ahli politik Cina juga melihat bahawa penting
bagi mereka memastikan bahawa tidak kira apa sekalipun dasar pendidikan ,kedudukan sekolah Cina
dan hak untuk belajar dan mempromosikan bahasa dan budaya Cina mesti dilindungi..
Penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996 menjadi satu kelegaan besar kepada mereka dan dianggap
sebagai lambang kejayaan perjuangan empat dekad orang Cina dan India dalam politik pendidikan