PENGARUH DASAR PENDIDIKAN DALAM MEWUJUDK

PENGARUH DASAR PENDIDIKAN DALAM MEWUJUDKAN SEKOLAH
BERKESAN.

ABSTRAK
Kajian ini untuk mendapatkan maklum balas guru tentang pengaruh dasar pendidikan Negara
terhadap sekolah berkesan di daerah petaling perdana. Sebanyak 5 item yang dikategorikan
dalam aspek dasar pendidikan telah dikemukan untuk menilai pengaruh dasar pendidikan
terhadap sekolah berkesan. Kaedah yang digunakan ialah kaedah tinjauan yang menggunakan set
soal selidik serta melibatkan seramai 100 orang guru dari 3 buah sekolah berkesan. Data dikutip
dan dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi dan kemudiannya dibentangkan secara
deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratusan dan min. skor min keseluruhan ialah ….. skor
min bagi aspek dasar yang dipraktiskan mudah difahami ialah …… manakala bagi aspek dasar
yang diarahkan dapat dipraktiskan ialah……………, bagi aspek pengaruh social, ekonomi dan
politik dalam pembuatan dasar pula mendapat purata …….., aspek kajian terpeinci perlu
dilakukan sebelum dasar dibuat mendapat skor ……. dan yang terakhir kepentingan dasar yang
dibuat oleh KPM mempengaruhi sekolah berkesan memperoleh… dapatan kajian ini diharapkan
dapat membantu pihak yang terlibat seperti pengetua, pembuat dasar, guru dan pelajar untuk
bekerjasama bagi mewujudkan sekolah berkesan.

Kata kunci : pemahaman terhadap dasar, pengaruh sosoal, ekonomi dan politik terhadap
pembentukan dasar, perlaksanaan dasar, kajian yang terpeinci sebelum membuat dasar,

pengaruh dasar terhadap sekolah berkesan.

PENDAHULUAN
Dasar pendidikan Negara adalah salah satu tunjang kekuatan dalam pembinaan system
pendidikan yang lebih berkesan selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan menjelang wawasan 2020. Justeru, bagi merealisasikan
aspirasi tersebut, kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa mengkaji dan
melakukan penyelidikan terhadap system pendidikan sedia ada serta melakukan perubahan
berpandukan kepada keperluan dan kehendak pasaran semasa. Bagi melahirkan individuindividu yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran, dan berkemampuan sebagai “global player”
persiapan perlu dilakukan dari awal iaitu pada peringat sekolah lagi. Bagi merealisasikan
matlamat yang terkandung dalam falsafah pendididkan kebangsaan, peruntukan kewangan dalam
bidang pendidikan saban tahun ditingkatkan bagi memenuhi keperluan dan ekuiti dalam
pendidikan.

Mewujudkan atau membentuk sekolah berkesan bukanlah satu jalan mudah, kerana ia
memerlukan kerjasama antara pejabat pelajaran daerah, dan isi sekolah. Sekolah bukan hanya
tempat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan sahaja, tetapi ianya perlu dilihat secara lebih
meluas dan menyeluruh kerana sekolah sebenarnya memainkan peranan sebagai institusi sosial
yang penting kepada pembinaan jati diri, membentuk kemahiran dan melatih sumber manusia
yang professional, separa mahir mahupun staf biasa (Hamidah & Normah, 2010). Bagi

memantapkan lagi sumber manusia tersebut, KPM memberi penekanan kepada perlaksanaan
dasar pendidikan kebangsaan menerusi falsafah pendidikan Negara untuk mewujudkan sekolah
berkesan.

PENYATAAN MASALAH
Dasar pendidikan telah melalui banyak revolusi semenjak penyata razak diwujudkan, asas dan
tapak kepada pembentukan dasar tersebut juga melalui banyak perubahan yang ketara selari
dengan keperluan semasa dan matlamat pemimpin dalam usaha untuk menjadikan Malaysia
sebaris dengan Negara maju lain. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita menilai dan
membentuk sesuatu dasar itu bersesuaian dan mudah dilaksanakan oleh pentadbir iaitu pengetua
sekolah sebagai jaminan untuk mewujudkan lebih banyak sekolah berkesan di malaysia.
TINJAUAN LITERATUR
TUJUAN TINJAUAN