KRITIKAL SOSIAL DALAM FILEM ROCK Oo Ma
Muhammad Su’ud Zhariff Bin Zaharin - Sarjana Komunikasi (Pengajian Skrin)
YSF512 Sejarah Filem
Kritikan Sosial Dan Sejarah Masyarakat Dalam Rock Oo 2012
Abstrak
Filem yang bersifat provokatif dilihat lebih serius dalam kontek kajian kritikan sosial didalam
filem. Dengan garapan pengarahan yang kreatif menjadikan naratif cerita diadun bersama
genre dan sub-genre yang pelbagai menjadikan filem sebahagian daripada medium
menyampaikan kritikan dalam berbagai bentuk dan rupa. Filem-filem arus perdana yang
menggunakan pendekatan komedi dalam membuat kritikan sosial masyarakat mampu
dijadikan teks ingatan dan rujukan kepada masyarakat bahkan secara umumnya ia
memperolehi sambutan baik dari rata-rata tayangannya dengan hasil kutipan yang tinggi.
Filem-filem klasik arahan P.Ramlee merupakan filem rujukan yang penuh dengan
penyampaian dan kritikan kelas masyarakat yang diadun dalam elemen-elemen serius,
komedi, drama serta muzikal. Kritikan sosial dalam filem merupakan suatu perkara yang
sangat penting kerana filem merupakan sebahagian daripada cerminan masyarakat. Selain
genre komedi, kritikan sosial turut disampaikan melalui sub-sub genre yang digarap dengan
kreatif dan gaya pengarahan tersendiri dalam bentuk bersahaja dan menarik. Essei ini cuba
meneliti sebuah filem Rock Oo 2012, yang merupakan usaha Mamat Khalid mengambil
pendekatan alternatif mengkritik industri dan sosial masyarakat dengan menghubungkan
genre komedi serta merujuk kepada latar sejarah muzik rock sebagai metafora dilihat berjaya
digarap dengan gayanya yang tersendiri bagi mengambarkan kepincangan dan kritikan
terhadap sosial masyarakat dan institusi yang terlibat.
Kata Kunci: Filem Komedi, Latar Sejarah dan Sosial Masyarakat.
PENDAHULUAN
Sarjana-sarjana filem telah membincangkan perhubungan diantara filem, genre dan latar
sejarah didalam naratif yang cuba dipersembahkan sebagai medium menyampaikan sesuatu
mesej atau kritikan. Pandangan ideologi Marxism, Athusser, gerakan Feminism serta wacana
Author juga telah mengajukan kritikan-kritikan mereka berkaitan filem dan hubungan
sejarahnya. Wacana-wacana filem genre juga telah membincangkan secara mendalam
hubungan diantara filem dan genre itu sendiri, Menurut Robert Stam, dalam hujahan beliau
merujuk kepada kebiasaanya filem dikategorikan mengikut genre-genre seperti filem yang
berdasarkan story content yang menghasilkan sebuah filem perang (war film). Pembinaan
naratif yang di adaptasi dari literature menjadikan ia berbentuk komedi, melodrama atau
muzikal. Sesetengah pembikin filem memilih budget-based untuk menghasilkan filem-filem
blockbusters. Ada juga yang berpandukan artistic bagi menghasilkan the art film, pemilihan
naratif berbentuk racial identity penghasilkan filem Black cinema, pembinaan naratif
berkonsepkan identiti lokasi lahirnya the Western atau sexual orientation menjadikan filem itu
Queer cinema. (Stam,2000). Sejarah filem-filem klasik yang dihasilkan oleh Tan Sri
P.Ramlee juga merupakan rujukan yang tepat dalam kontek budaya kita bagi menerangkan
perbincangan-perbincangan kritikan yang diajukan oleh sarjana-sarjana dan pengkritik filem.
Pembikinan sesebuah penceritaan sangat berkait rapat diantara signifier dan signified.
Genre filem-filem arahan P.Ramlee terkenal dengan persoalan dan kritikan sosial masyarakat,
ideologi dan budaya. Menurut Naim Haji Ahmad, beliau menyatakan filem merupakan
cerminan budaya kepada masyarakat yang menghasilkannya bahkan ia dihasilkan oleh
karyawan yang mewakili masyarakatnya dan dipaparkan kepada masyarakat melalui isi
naratif dan sinematik untuk dilihat, dibaca, ditafsirkan dan dikaji oleh orang lain (Naim Haji
Ahmad,1995). Filem-filem P.Ramlee telah memberi petunjuk kepada pembikin dan pengkaji
2
filem akan hubungan sosial, sejarah, lokasi, karya-karya literature, kelas masyarakat sebagai
masej dan kritikan yang diadun dengan metafora serta gabungan sub-sub genre yang pelbagai.
Istilah ‘Filem’ mengikut penulisan Asiah Sarji, Faridah Ibrahim dan Mazni Buyung
dalam penulisan bertajuk “Profesionalisme dalam Industri Filem Malaysia,1996” dapat
ditafsirkan ‘Filem’ sebagai imej yang terhasil dalam bentuk visual bergerak yang
mengandungi unsur-unsur penceritaan yang ditulis dalam bentuk diolog, visual dan bunyi
yang kemudianya dirakamkan menggunakan kamera, diolah dengan menggunakan pelbagai
kaedah teknikal dan digarap menjadi hasil karya seni yang mempunyai pelbagai kepentingan
dan matlamat untuk dipamerkan secara tayangan di panggung-panggung wayang dan
television.
Penulisan ini cuba membincangkan karya-karya Mamat Khalid yang telah menjadi
trademark beliau memilih genre komedi untuk berkarya, secara rambangnya terdapat andaianandaian dan lontaran yang skeptikal dan beranggapan beliau merupakan seorang pengarah
filem tanpa hala tuju dalam berkarya. Bagaimanapun, Hassan Mutalib dalam penulisan beliau
bertajuk Nawaitu Mamat Khalid telah menjelaskan ‘mamat’ merupakan “seorang pengarah
yang cukup berambisi dalam usahanya untuk memperkayakan khazanah filem melayu dengan
menggunakan unsur-unsur budaya setempat.” (Hassan Mutalib,2012). Genre parodi mula
diterokai dalam industri filem tempatan oleh P.Ramlee melalui siri filem Labu dan Labi
sekitar tahun 1960-an. P.Ramlee juga menggunakan satira untuk menyampaikan sindirannya
seperti di dalam filem-filem Musang Berjanggut dan Tiga Abdul.
Filem Rock Oo 2012 memaparkan kisah ahli-ahli kumpulan rock Rimba Bara
merupakan sebahagian daripada pemuda-pemuda yang cuba mencapai kejayaan dalam
industri muzik tanahair. Bersama dengan kumpulan rock lain yang cukup terkenal dan disukai
ramai seperti Search, Wings, Bumiputera Rockers, Lefthanded dan lain-lain mendominasi
3
pentas dan dunia muzik tanahair. Namun, pelbagai polemik dan tanggapan singkat dari
institusi media memaparkan tentang sub-budaya yang songsang diterap bersama muzik rock
telah mendominasi paparan akhbar dan media tempatan dalam tahun 90’an. Pendekatan
alternatif dalam Rock Oo mengkritik dengan menghubungkan genre komedi serta merujuk
kepada latar sejarah muzik rock sebagai metafora dilihat berjaya digarap dengan gayanya
yang tersendiri bagi mengambarkan kepincangan dan kritikan terhadap sosial masyarakat dan
institusi yang terlibat.
KOMEDI SEBAGAI KRITIKAN
Penulisan ini cuba meneliti literature-literature berkaitan genre dan kritikan antaranya
Genre Comedy As A Part Of Criticism yang membincangkan genre komedi boleh dilihat
sebagai sub domain elemen lucu yang telah menjadi pilihan pelbagai lapisan artis-artis dari
pelbagai bidang dalam karya mereka. Menurut Oring, beliau menyatakan bahawa
“pendekatan lucu dalam konteks ini adalah usaha atau pengalaman seseorang individu untuk
membawa pendekatan lucu yang didengar dan dilaksanakan dalam interaksi sosial, keadaan
sosial dan sejarah yang diterapkan elemen lucu”(Oring,2003). Huraian Oring merujuk
kepada pengetahuan budaya yang membawa elemen lucu memainkan pelbagai peranan dan
pengalaman yang berbeza dikalangan masyarakat. Kajian melihat usaha Mamat Khalid
memilih genre komedi sebagai medium hiburan bagi melontarkan kritikan-kritikannya agar
tidak menyakiti mana-mana pihak.
Namun, hanya mereka yang memahami estetika filem dan keadaan sosial masyarakat
pasti mengetahui siapa dan apakah peristiwa yang menjadi sindiran Mamat Khalid. Merujuk
kepada Athirah dalam penulisan filem Tragedi di Kampung Pisang beliau menjelaskan bahawa,
“kritikan sosial yang dipaparkan adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan
masyarakat tentang permasalahan yang berlaku di sekeliling serta menimbulkan rangsangan
4
atau dorongan agar mesyarakat tidak menyimpang daripada norma masyarakat dan pegangan
agama.” (Siti Athirah Dzukifly,2010)
Filem komedi Rock Oo arahan Mamat Khalid, menurut Hassan Mutalib - “Mamat
dilihat mengambil pendekatan alternatif pada struktur naratif, teknik dan estetikanya,
sekaligus menjadikannya sesuatu yang signifikan dari sudut sejarah, budaya dan seni filem
tanahair.” (Hassan Mutalib, 2012). Genre dan elemen komedi di dalam Rock Oo adalah
kesinambungan gaya komedi yang bersahaja yang menjadi trademark Mamat Khalid dalam
kesemua filem arahanya. Dengan meneliti hubungkait genre dan sub-genre yang menjadi
pendekatan Mamat Khalid yang cuba memilih untuk bereksperimentasi dan bermain dengan
rupa dan bentuk filem (playing with film form). Elemen surealisme yang digunakannya di
babak-babak tertentu tidak kabur malah diadun dengan plot dengan teratur untuk melahirkan
subteks yang tajam dan maksud mendalam.
Filem Rock Oo(2012) merupakan kesinambungan dari filem Rock(2005) yang
memaparkan secara sinis keadaan industri perfileman di mana mereka yang terlibat tidak ada
apa-apa pemikiran dan hanya mengejar glamor. Begitu juga dengan para promoter dan
penerbit muzik semasa itu yang sebenarnya tidak mengetahui bidang muzik rock. Lebih lucu
lagi, para juri di peringkat awal dalam pertandingan muzik rock juga terdiri dari manusia yang
pelik. Salah seorangnya (Hamid Gurkha) mengatakan ia sebenarnya diundang untuk
pertandingan masak memasak tetapi diminta menjadi juri pertandingan muzik rock.
Penulisan turut meneliti beberapa kajian dan penulisan terdahulu berkaitan filem-filem
arahan Mamat Khalid yang menjadi trademark genre komedi antaranya Filem Zombi
Kampung Pisang merupakan filem seram komedi, namun terdapat banyak kritikan atau mesej
yang tersirat disampaikan oleh Mamat Khalid kepada penonton dan mengharapkan agar
masyarakat sedar bahawa masalah sosial dalam kalangan masyarakat semakin berleluasa dan
5
tindakan sewajarnya perlu diambil. Oleh itu, tinjauan mendapati pemaparan masalah gejala
vandelisme, mat rempit yang berlaku dalam masyarakat pada masa kini dapat dilihat dalam
filem Zombi Kampung Pisang. Kritikan sosial yang dipaparkan adalah bertujuan untuk
menyedarkan masyarakat tentang masalah vandelisme yang semakin berleluasa.
Penggunaan subteks yang berlapis didalam filem Lang Buana sudah mula
menampakkan genre dan gaya persembahan Mamat Khalid. Hubungan teks dan lokasi Lang
Buana mengisahkan zaman feudal di Perak. Tiga sahabat, yang sebenarnya hamba-hamba
orang kaya, akhirnya menjadi wira yang tidak dijangka. Dan di akhir cerita, Mamat Khalid
menampakkan betapa mulia, bijak dan sopan Tuanku Sultan dibandingkan dengan Residen
British yang sombong dan licik, sering menggunakan Orang Kaya untuk tujuan
memperdayakan orang-orang melayu.
Manakala filem Man Laksa(2006) cuba memparodikan industri muzik dan filem
tempatan. Usaha Mamat Khalid menampakkan kekagumannya terhadap beberapa penyanyi
era 70-an dan 80-an seperti Saloma dan Ahmad Jais. Kehadiran M. Daud Kilau pula dianggap
hanya sebahagian daripada budaya popular. Tiga penyanyi muda kampung (M Nasir, Ramli
Sarip dan Loloq sewaktu kecil) yang mewakili generasi baru ingin membawa perubahan
tetapi bakat dan visi mereka tidak diiktiraf kerana mendahului zaman. Disini, penulisan
mendapati beberapa dilemma yang dihadapi oleh karyawan filem generasi baru. Akhir
penceritaan, melalui adegan pengadilan Pertandingan Ratu Kebaya, usaha Mamat Khalid
menyampaikan sindiran menggambarkan penganjuran anugerah dan festival-festival filem di
Malaysia di mana ada ahli panel juri yang mempunyai kepentingan ataupun keputusannya
yang menguntungkan kroni.
Kritikan Mamat Khalid diteruskan dalam filem Hantu Kak Limah Balik Ke
Rumah(2010) yang menjadi sindiran kepada keghairahan filem-filem hantu yang menjadi
6
kegilaan penerbit dan penonton tempatan. Persoalan terhadap pemaparan bomoh yang sering
menghalau hantu bermaharajalela di dalam filem-filem tempatan, Sementara itu, Mamat
Khalid tampil memberi kenyataan : “Saya akui skrip filem Hantu Kak Limah Balik Rumah
memang berunsur komedi tetapi ianya juga penuh mesej yang berisi.” Kritikan beliau
terhadap kepercayaan masyarakat terhadap tahyol yang cuba ditampilkan dengan pelbagai
jenis bomoh dalam penceritaan. Dalam Filem Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit(2012)
menjadi kesinambungan kritikan Mamat Khalid tentang industri filem yang diceburinya yang
masih seronok dengan cerita-cerita fantasi dan tahyol. Mesej-mesej yang dikongsikan oleh
Mamat Khalid dilihat berbentuk santai, tetapi yang menjadi kritikan beliau walaupun negara
sudah maju kehadapan namun tahyol masih menguasai pemikiran masyarakat melayu.
Filem Kala Malam Bulan Mengambang(2008) merupakan komedi-parodi tentang
industri filem tempatan. Mamat Khalid merujuk kepada genre film noir dan elemen gothic
dalam filem-filem Hollywood dan sejarah awal sinema Malaysia dengan menggunakan
bidang hitam putih. Gaya dan teknik persembahan seakan seperti tahun 1950-an yang tidak
lagi sesuai masakini, Penggunaan hitam putih melalui filem adalah penanda tentang sesuatu
keburukan. Di sini, ia menjadi petunjuk tentang industri perfileman masakini yang sedang
berundur ke belakang dengan pengisian yang lemah serta ghairah dengan cerita-cerita tahyol
walaupun era sedemikian sudah berakhir pada tahun 1950 dan 60-an.
Menjadi kebanggaan apabila usaha dan pendekatan yang digunakannya dalam
kemahiran berparodi Mamat Khalid turut diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kala Malam
Bulan Mengambang dan Zombi Kampung Pisang dipilih menyertai festival filem Udine di
Itali dan beberapa festival yang lain di seluruh dunia. Hantu Kak Limah Balik Rumah
memperolehi kutipan box-office yang luar biasa. Hassan Mutalib berkongsi penghargaan
beliau terhadap Mamat Khalid, dengan menyatakan yang “beliau (Mamat) sudah pun diiktiraf
di negaranya sendiri. Tetapi lebih penting, beliau menjadi perakam sejarah bangsa dalam
7
negaranya sendiri, dan sekaligus beliau juga menjadi sebahagian daripada sejarah itu.”
Beliau menambah, “Mamat Khalid merupakan seorang nasionalis tetapi dia tidak termasuk
dalam golongan yang mengetuk gendang, mengibar bendera dan berdeklamasi puisi untuk
menunjukkan nasionalismenya.” Penulisan turut berpendapat bahawa Mamat Khalid bukan
juga seorang sejarawan, beliau hanya seorang pembikin filem yang menyintai sejarah, bangsa,
budaya dan negaranya dan cuba menyampaikan sesuatu dengan gaya yang tersendiri.
Dapat disimpulkan disini, usaha pengkritik-pengkritik filem cuba melihat filem arahan
Mamat Khalid adalah sebuah karya yang bukan sahaja sekadar menyajikan komedi dan
hiburan, akan tetapi lebih penting didalamnya terdapat kritikan sosial atau masej tanpa
meminggirkan nilai-nilai estetika sesebuah karya filem.
LATAR SEJARAH SEBAGAI METAFORA
Merujuk kepada sejarah industri muzik tempatan, menjadikan karyawan seperti
Mamat Khalid melihat lebih jauh lagi dan bukan hanya mahu menyampaikan kisah remaja
yang obses kepada muzik semata-mata. Menurut Hassan Mutalib dalam penulisannya
Nawaitu Mamat Khalid memaparkan sejarah masyarakat di era muzik rock dengan
menyatakan - “Sejarah menjadi guru kepada kita semua. Apakah kejujuran, persaudaraan
dan keakrabaan yang terdapat pada anggota kumpulan Rimba Bara dapat dicontohi oleh
penglibat industri hiburan tempatan?” (Hassan Mutalib,2012). Sememangnya filem
bertemakan rock garapan Mamat Khalid memaparkan secebis sejarah muzik rock di negara
ini. Olahan dalam penyampaian beliau mengkritik sosial masyarakat secara bersahaja amat
menarik diperbincangkan.
Penulisan cuba membandingkan karya yang memaparkan suatu peristiwa atau sejarah
seperti filem Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba yang memaparkan sejarah persahabatan dan
kehidupan dua orang pemimpin ulung Malaysia dengan intim sekali, Rock Oo juga cukup
8
intim menceritakan tentang kemunculan kumpulan rock dan perkembangan industri muzik
rock Malaysia semenjak tahun 80’an hingga 90’an. Teknik penyampaian dan garapan kedua
pengarah ini dilihat berbeza kerana Mamat Khalid memilih memperkatakannya melalui
komedi dan parodi sementara sejarah persahabatan dan kehidupan Tun Abdul Razak dan Tun
Dr. Ismail disampaikan melalui drama yang cukup menyayat hati dan tragis. Malahan hasil
kutipan dan populariti karya turut jauh membezakan antara kedua filem ini.
Filem Rock Oo mengingatkan kita kepada suatu perjalanan yang berliku dan segala
pahit getir yang dialami dan ditempuhi kumpulan Rimba Bara berjuang dalam arus muzik
rock tanahair. Rock Oo juga cukup intim menceritakan tentang kemunculan dan
perkembangan muzik rock Malaysia semenjak tahun 80’an hingga 90’an. Namun, berbagai
polemik negetif tentang sub-budaya yang dibawa bersama muzik rock mereka mendominasi
siaran akhbar dan media tempatan dalam tahun 90’an. Menurut olahan Hassan Mutalib,
“Mamat Khalid merupakan karyawan yang paling sesuai untuk menceritakannya kerana
beliau sendiri pernah terlibat di dalam era muzik rock tanahair sebagai salah seorang
anggota kumpulan rock bernama Drop Out yang terdiri dari pemuda-pemuda yang
sememangnya drop out dalam segala hal di masa itu.” (Hassan Mutalib,2012)
Telah menjadi adat, suatu yang merujuk kepada sesuatu yang manis tetapi ia
sebenarnya adalah sesuatu yang amat pahit. Itulah sesuatu yang dituntut oleh sejarah,
masyarakat dan pemimpin. Tanggapan dan laporan negatif dari pelbagai institusi, dan
politikus tentang penglibatan muzik rock sehingga demam rock di era itu semakin lenyap dari
identiti ia sendiri. Personaliti dan gaya persembahan rock menusub masuk bagai merasuk
golongan muda sehingga menimbulkan kebimbangan kerajaan. Sejarah sudah membuktikan
bahawa orang-orang yang tidak memahami sesuatu akan bertindak menghukumnya.
Masyarakat dan pemimpin tidak tahu tentang keinginan dan pengorbanan golongan muda
9
mengejar cita-cita dan mencipta kerjaya didalam industri muzik tempatan. Malangnya mereka
diperlihatkan dan dilabel sebagai manusia-manusia yang songsang.
Insiden paling diingati ialah arahan berambut pendek bagi pemuzik rock yang mahu
membuat penampilan di televisyen tempatan. Ikon rock negara, Amy Search yang menjadi
rocker pertama merelakan rambutnya dipotong oleh Menteri Penerangan ketika itu iaitu Dato
Mohamed Rahmat dan merupakan insiden yang cukup sensasi dalam sejarah muzik rock
tanahair. Insiden ini turut dicatatkan didalam naratif akhir karya Mamat Khalid, kemuncak
dunia rock tanahair pada 1990, demam rock dimana-mana pelbagai kemeriahan dan insiden
berlaku atas pengaruh rock itu. Sehinggakan parlimen menggegarkan peminat rock dengan
memantau pengaruh rock dan isu rambut panjang diperbesarkan.
Penggunaan voice over Amy Mat Piah yang dilontarkan dengan nada sayu: “Dunia
bagaikan terhenti, Ikon dan identiti rock negara diharamkan dan ia merupakan babak
terakhir perjuangan pemuzik rock. Dunia kembali berputar, muzik rock semakin sayu ditelan
kematangan kehidupan” dikongkong globalisasi kapitalisma. Melalui shot zoom in - close up
di akhir babak, dengan senyuman manis, Amy Mat Piah mengenang masa silam Rimba Bara.
Suara latarnya penuh sayu: “Rimba Bara, kenanganmu terlalu besar…”. Pemaparan naratif
memberi mesej terhadap semangat persaudaraan, perjuangan dan kejujuran begitu kental di
hati pemuda-pemuda ini dalam penglibatan mereka mengangkat arus muzik rock tanahair.
Pemilihan dan pemaparan visual-visual yang ikonik seperti Tugu Negara dan
bangunan Dayabumi adalah satu kemestian melambangkan kejayaan dan kemegahan identiti
Kuala Lumpur. Mamat Khalid cuba menghubungkan naratif tempat dan lagu dengan
mendendangkan lagu Kuala Lumpur nyanyian Dato’ Malik Redzuan yang sering
berkumandang di radio sehingga sekarang dengan pemaparan perjalanan Rimba Bara ke
Kuala Lumpur dipersembahkan dalam bentuk muzik video parodi dan hakikatnya ia adalah
10
bersifat fantasi yang memberi gambaran yang palsu. Tetapi itulah yang menjadi kegemaran
dan permintaan stesen-stesen televisyen.
Mamat Khalid dalam usahanya cuba menggambarkan sebahagian remaja yang
berbakat dan berhijrah ke kotaraya tetapi tidak memperolehi kejayaan turut disentuh.
Kreativiti beliau mengadunkan pemain-pemain alat muzik yang pelbagai dari generasi awal
menerangkan ia merupakan sejarah perkembangan pemuzik tanahair yang terabai dan
ditindas. Garapan yang menghubungkan alatan muzik tradisional dan persembahan di sebuah
jejantas merupakan elemen kritikan halus yang cuba disampaikan berbentuk persembahan
gabungan pemuzik-pemuzik.
ROCK Oo SEBAGAI KRITIKAN SOSIAL
Dengan meneliti kajian-kajian lepas, faktor-faktor wujudnya elemen-elemen kritikan sosial
yang berlaku adalah persoalan permasalahan ekonomi dalam masyarakat, kecederungan dasar
kerajaan dalam menangani krisis ekonomi dan ketenteraman yang merupakan dasar dalam
kerajaan.
Hubungan sosial masyarakat dan filem adalah cubaan untuk menghubungkan
keterlibatan dalam kehidupan sosial, ekonomi, politik, ideologi dan lain-lain yang cuba
dipersembahkan oleh pembikin melalui pembinaan naratif dan sinematik sesebuah filem.
Kritikan sosial dalam filem adalah perkara yang sangat penting dalam masyarakat. Kritikan
yang dipaparkan dalam pelbagai teknik dan karya akan memberi kesedaran kepada
masyarakat bahawa isu atau permasalahan sosial banyak berlaku dalam kalangan masyarakat
tanpa disedari. Setiap filem yang diterbitkan mestilah mempunyai rasional dan tujuan
penerbitannya. Demikian itu, filem yang dikaji perlulah mempunyai rasioanal dan tujuan
penerbitannya agar penyampaian mesej kepada penonton mudah difahami selain itu juga ia
bergantung kepada perkaitan sosial dan peristiwa.
11
Penelitian keatas usaha-usaha Mamat khalid yang cuba menyampaikan kritikan-kritikan
beliau dalam pembinaan narative dan narration yang dijalinkan dan digarap dengan kreativiti
tersendiri. Adunan elemen-elemen yang menggambarkan kepincangan sosial berkaitan
tanggapan masyarakat, status pendidikan, adat dan budaya mampu dipersembahkan dengan
baik. Turut dipaparkan persoalan pengorbanan antara cinta dan cita-cita, konsep surrealism
juga ditonjolkan dengan nasihat-nasihat positif menggambarkan identiti rock yang
berpendirian dan beragama.
Kritikan sosial dalam filem adalah suatu tanggapan yang diberikan oleh pengarah terhadap
permasalahan sosial yang terjadi didalam masyarakat. Kritikan-kritikan yang dipaparkan
dapat menjadi renungan dan iktibar kepada khalayak bagi menimbulkan kesedaran
masyarakat agar lebih peka terhadap situasi semasa serta kembali menjalani hidup
berpaksikan kepada norma-norma kehidupan yang positif. Didalam filem ini, cubaan untuk
menganalisa kritikan-kiritkan yang disampaikan secara sinis diadun dengan elemen satira
menjadikan ia bersifat bersahaja antaranya pemaparan mempersoalkan benarkah rock
membawa kemusnahan kepada negara? Dengan sinis, Mamat memberikan dialog yang sarat
dengan makna kepada Jijoe yang melihat rakan rocker yang menderita: “Gout tu! Gout boleh
jatuhkan negara, tau!” Rocker juga mampu berfalsafah. Kata Jijoe lagi: “Macam kapal
selam. Kalau tak boleh selam, naik ke darat. Jadi reban!”. Dialog yang diungkap secara tidak
langsung berkaitan kepincangan yang sedang berlaku dalam negara. Kewujudan kapal selam
dan dijadikan muzium di Melaka sememangnya berlaku dan ia dijadikan sindiran sinis
melalui dialog Jijo mengkritik nyanyian kelaut Amy Mat Piah.
Syot terawal memberi penanda tentang kisah sebenar di dalam Rock Oo. Seorang kanakkanak perempuan berlari dan menyampaikan sesuatu kepada Amy yang menjual ais kacang di
gerai. Ini menandakan innocence pemuda-pemuda di zaman itu yang tidak ada pendidikan
tinggi dan mudah terikut sesuatu yang menghairahkan mereka. Hassan Mutalib dalam
12
penerangan beliau menyatakan bukankah kesalahan itu terletak kepada media yang
memaparkan segala-galanya untuk mengaut keuntungan? Ia juga merupakan kerja pemimpin
yang membenarkan semua itu berlaku. Siapakah yang sebenarnya yang patut disalahkan?
Apakah rock akan memusnahkan negara? Kata Jijoe dengan serius kepada Slash: “Tiga
perkara boleh meruntuhkan negara – rasuah, tidak menepati masa dan cinggay!”
Kritikan tajam Mamat tentang perkara-perkara ini dapat dilihat dalam beberapa adegan di
dalam Rock Oo. Antara lirik nyanyian kumpulan rock SYJ dalam lagu Orang Timur berbunyi:
“Apa dah jadi dengan Malaysia!” Klip-klip video muzik arahan Mamat seakan menyamai
apa yang dibuat di luar negara tetapi dibuat dengan penuh sopan dan artistik yang adakalanya
amat melucukan. Diadun dengan imej, dan gaya persembahan yang berpaksikan muzik barat
dipersembahkan pada permulaan cerita dengan lirik persoalan sinis.
Ini dibandingkan dengan lagu Kuala Lumpur nyanyian (Dato’) Malik Redzuan yang
sering berkumandang di radio sehingga sekarang. Pemilihan dan pemaparan visual-visual
yang ikonik seperti Tugu Negara dan bangunan Dayabumi adalah satu kemestian
melambangkan kejayaan dan kemegahan identiti Kuala Lumpur. Ianya diparodikan oleh
Mamat, dan diperlihatkan dengan gaya seorang penyanyi yang jelas sudah ketinggalan zaman.
Kuala Lumpur didendangkan sebagai kotaraya “penyeri hidup” tetapi bagi kumpulan Rimba
Bara, ia hanya membawa pembohongan, kesengsaraan dan kelaparan daripada gambaran
empat orang pemuda memandang dengan sayu pada ubi kentang sebiji yang sedang direbus!
Pemaparan klip video muzik dengan lagu Suci Dalam Debu pula menampakkan kesedihan
Slash yang terpaksa tinggalkan kekasihnya apabila mahu ke Kuala Lumpur untuk mengangkat
dan perjuangan mereka dalam industri muzik rock. Penyampaian lagu dan visual kelihatan
lebih serasi, yang memberikan gambaran sebenar emosi watak utama (Slash) di dalam video
muzik itu. Inilah namanya kejujuran dalam berkarya yang bersandarkan realiti!. Mamat
13
Khalid cuba merujuk kepada kosmologi melayu untuk menunjukkan adegan Zul Kappan
melompat dan membuka langkah silat. Hakikatnya ada manusia melayu yang boleh ‘naik
sheh’ dan beraksi silat apabila terlalu lapar! - dengan mengaitkan keadaan masalah sosial
masyarakat yang tersepit dengan tekanan sistem kapitalisma yang diagongkan.
Dalam satu adegan lain yang digambarkan secara surealistik, penulisan cuba melihat
beberapa remaja di atas jembatan merentasi jalan raya. Kamera bergerak dengan perlahan dan
melalui long take berdurasi dua minit, seorang demi seorang dilihat bermain bermacam alat
muzik. Ada yang bermain gitar, cello, biola, seruling dan gambus. Terdapat juga set
televisyen yang menunjukkan permainan sitar, sebuah alat rakaman audio dan seorang remaja
wanita berdeklamasi puisi. Inilah gambaran sebahagian remaja yang berbakat yang berhijrah
ke kotaraya tetapi tidak memperolehi kejayaan. Mereka hidup merempat tiada arah tuju dalam
berkarya.
Naratif tidak ketinggalan menyingkap sejarah dengan memaparkan insiden (potong
rambut) tersebut dengan sentuhan yang sayu, kelakar, sinis dan membuatkan penonton ketawa
selain daripada rocker ‘brutal’ Jijo pada awal memperkenalkan watak memaparkan Jijo
sedang mengukur kelapa, tukang sapu dan lain-lain. Realiti dan fiksyen yang digarap oleh
Mamat Khalid dalam Rock Oo cukup kreatif, sensitif dengan kedalaman intelektual yang
tidak boleh dipertikaikan.
Nasihat-nasihat yang diadun oleh Mamat Khalid cuba menyentuh segala aspek dengan
memaparkan aksi jijo dan black memujukan Slash menyertai Rimba Bara sebagai sindiran
dan nasihat terhadap setiap perkara yang dirancang dan bakal dilakukan dilihat oleh segenap
lapisan masyarakat. “kita kena berhati-hati dalam setiap percakapan kita, perbuatan kita ..
semua orang perhatikan kita”. Nasihat ini disampaikan dalam bentuk sinis dan serius dengan
14
mimik muka kehairanan. Secara tidak langsung memberi tamparan kepada sistem sosial dan
institusi bahawa setiap perbuatan ada yang memerhati.
Sebaliknya usaha Mamat Khalid cuba memperlihatkan pemuda-pemuda rock sebagai
manusia-manusia waras yang bersopan santun, berbudi bahasa, memberi salam, beristighafar,
berfalsafah, tolong menolong dan tahu hukum hakam. Rupa dan aksi rock menggila mereka
hanyalah di atas pentas. Tinjauan di suatu ketika, muzik rock heavy metal telah diharamkan
kerana berbagai gejala tidak sihat yang ikut serta bersamanya. Pengambilan dadah, perlakuan
liar dan arak yang sangat asing dari budaya kita adalah sebahagian daripadanya dan semua ini
dicatatkan oleh Mamat Khalid dalam filem ini sebagai menyatakan kritikan begitulah
realitinya.
Naratif cuba disajikan dengan pemaparan imej-imej pemuzik rock tempatan yang
cukup mirip dengan kumpulan dari luar negara yang ‘brutal habis’ (dalam bahasa rock nya)
seperti Iron Maiden, Slayer, Led Zeppelin dan lain-lain juga terpancar melalui imej pemuzik
rock tempatan. Melalui imej yang di bawa oleh Zul Kapan, Slash Hj.Tapah dan kumpulan
Malaikal Maut, imej sejagat muzik rock menjadi ikutan anak-anak muda di Malaysia juga.
Penampilan rambut panjang dengan pakaian dan seluar jean sendat serta kasut yang tersendiri
adalah suatu kemestian bagi rocker samada di bandar mahupun di kawasan luar bandar turut
juga di tanah rancangan kerajaan.
KESIMPULAN
Merujuk penglibatan lakonan filem Rock Oo ini hampir semua pelakon utama filem ini
merupakan pelakon teater tempatan yang cukup terdidik di pentas teater. Mamat Khalid
menerusi filem-filem karya beliau secara konsisten memilih genre komedi dan sub genre
parodi dengan gaya dan kreativiti tersendiri beliau menyampaikan nasihat, sindiran dan
kritikan terhadap institusi-institusi awam, industri tempatan dan sistem sosial masyarakat
15
yang berjaya dipersembahkan secara santai sebagai hiburan dan diterima oleh masyarakat
sebagai sebuah karya arus perdana yang popular. Mamat Khalid tampil memberi komen
terhadap kefahaman penonton dan penerimaan meraka – “jika ada yang sudah menonton
tetapi masih tidak faham maksud kritikan sosial yang disampaikan, beliau tidak kisah kerana
beliau sedar bukan semua orang melihat filem untuk berfikir sebaliknya hanya untuk
berhibur.” (Mamat Khalid,2013). Suntikan pengajaran yang memaparkan erti persahabatan
perjuangan dan ketabahan dalam pengejar impian. Antara elemen-elemen yang sentiasa
menjadi rujukan Mamat ialah sejarah samada yang berkaitan dengan masyarakat, bangsa dan
negara mahu pun yang berkaitan dengan filem. Jika menggunakan a historical approach ke
atas filem-filem Mamat Khalid untuk tujuan melihat pemikirannya, maka akan ditemui
nuance of meaning yang menjadi renungannya tentang sesuatu perkara. Subjek Mamat Khalid
tidak lain tidak bukan, hanya tentang industri hiburan tanah air yang diceburinya. Maka
dengan itu, filem-filem Mamat Khalid boleh dilihat sebagai satu autobiografi sama seperti
yang pernah dibuat oleh Mansor Puteh, Anuar Nor Arai dan U-Wei Haji Saari melalui
beberapa karya mereka. Mamat Khalid memilih genre parodi untuk membuat kritikankritikannya agar tidak menyakiti hati sesiapa. Namun, mereka yang jauhari akan tetap
mengetahui siapa dan apakah peristiwa-peristiwa yang menjadi sindiran tajam mamat.
Sedutan Filem Rock Oo 2012
16
BIBLIOGRAPHY
Naim Haji Ahmad. (1995). Filem Sebagai Alat dan Bahan Kajian. Selangor: Penerbit
Universiti Pertanian Malaysia.
Siti Athirah Dzulkifly. (19 Disember 2010). Tragedi di Kampung Pisang. Utusan
Malaysia.
Asiah Sarji, Faridah Ibrahim & Mazni Buyung. (1996). Pola Pengamalan
Profesionalisme dalam Industri Filem Malaysia.Ulu Kelang: FINAS.
Chandler, Daniel (1997 revised 2000): 'An Introduction to Genre Theory'.
www.aber.ac.uk: United Kingdom.
Paul Sturges, (2010): Comedy as Freedom of Expression. Journal of Documentation
66(2). Loughborough University
Hassan Abd. Muthalib, (2012). Yang Tersurat dan Yang Tersirat di Dalam FilemFilem arahan Mamat Khalid. Academia.com
Hassan Abd Muthalib, (2013). Rock Oo arahan Mamat Khalid: Sejarah, Kenangan
Dan Kejujuran. Academia.com
17