SIARAN RANCANGAN TV DI BULAN RAMADHAN IS

SIARAN RANCANGAN TV DI BULAN RAMADHAN: ISLAMIK ATAU TIDAK?
Musa Abu Hassan (PhD)
Ainurliza Mat Rahim
Fauziah Hassan
Abstrak
Dalam perkembangan media massa di Malaysia, televisyen masih menjadi pengaruh besar
kepada rakyat dalam memilih sumber maklumat dan hiburan sama ada di bandar atau di luar
bandar. Namun dalam keghairahan menyediakan rancangan terbaik kepada umum, pengamal
media ini seolah-olah terlupa dengan kehadiran bulan Ramadhan yang dianjurkan Islam untuk
memperbanyakkan ibadah, melakukan amal jariah dan berkongsi mesej keagamaan. Kertas ini
akan melihat sejauh mana stesen-stesen televisyen menjalankan tanggungjawab sebagai agen
dakwah yang berpengaruh. Kajian deskriptif dilakukan terhadap empat stesen televisyen utama
dengan membuat perbandingan rancangan-rancangan siaran pada bulan Ramadhan dan selain
bulan Ramadhan. Penelitian dilakukan ke atas intisari rancangan yang tertera dalam akhbar
harian selama satu minggu bagi stesen TV3, TV9, TV1, dan TV AlHijrah. Hasilnya, bentuk dan
susunan rancangan sepanjang bulan Ramadhan tidak menunjukkan perbezaan ketara jika
dibandingkan dengan bulan yang lain. Ini menunjukkan tiada penekanan dibuat oleh stesen
televisyen di Malaysia untuk mengetengahkan mesej keagamaan sebagai refleksi kepada bulan
Ramadhan yang mulia. Beberapa cadangan dikemukakan agar stesen TV di Malaysia yang mana
Islam adalah agama rasminya dapat lakukan bagi mengimarahkan lagi kehadiran Ramadhan.
Kata kunci: program televisyen, rancangan agama, mesej dakwah, stesen televisyen Melayu,

tanggungjawab sosial

Pengenalan
Dalam proses penyebaran maklumat, gandingan media dan dakwah amat penting terutama
kepada sasaran khalayak yang besar. Simbiosis media dan dakwah amat relevan dalam konteks
mencapai objektif komunikasi seperti memberitahu, mendidik dan membujuk. Allah s.w.t
berfirman dalam surah an-Nahl ayat 25 yang bermaksud:
“Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang paling baik.”
Ayat di atas menekankan tiga kaedah dakwah yang boleh digunakan iaitu hikmah, nasihat yang
baik dan berbahas dengan sopan. Zulkiple (2010) menjelaskan hikmah bermaksud berdakwah

1

menggunakan ilmu pengetahuan yang jitu, tepat, mantap dan sahih yang bersesuaian dengan
keperluan sasaran dan meninggalkan kesan ketakwaan yang mendalam.
Pada hari ini, televisyen terus signifikan dalam mendidik masyarakat dan membentuk individu
yang berkualiti. Gerbner et.al (dalam Rahmah, 1995) menyatakan:
Television is the most central and most pervasive medium…and it plays a distinctive and
historically unprecedented role.

Dalam konteks berdakwah melalui televisyen, stesen-stesen tempatan turut sama memainkan
peranan menyediakan program bercorak keagamaan. Masyarakat sudah biasa dihidangkan
dengan program-program seperti azan, bacaan al-Quran, solat dan khutbah Jumaat, dan beberapa
program khas sempena perayaan seperti takbir hari raya dan sambutan maulidurrasul. Selain itu,
bulan Ramadhan juga dianggap sebagai bulan yang harus diraikan oleh televisyen kerana
kelebihan yang ada padanya.
Persoalannya, sejauh manakah stesen televisyen tempatan menjalankan tanggungjawab sebagai
agen meningkatkan ketakwaan pada bulan Ramadhan? Adakah pemilik-pemilik stesen televisyen
merasa terpanggil untuk turut serta menyahut seruan Ramadhan dengan merebut peluang
membanyakkan program-program kerohanian? Adakah wujud perbezaan ketara susunan
rancangan pada bulan Ramadhan dan pada bulan yang lain?
Kertas ini akan membincangkan persoalan-persoalan di atas dan menggariskan empat objektif
utama iaitu:
1. Mendapatkan gambaran rancangan berunsur agama sepanjang bulan Ramadhan.
2. Membuat perbandingan rancangan-rancangan agama semasa bulan Ramadhan dengan
bulan lain.
3. Melihat pelaburan pemilik-pemilik stesen televisyen tempatan terhadap program
keagamaan.
4. Menilai sensitiviti stesen-stesen televisyen terhadap masyarakat sebagai agen dakwah
yang berpengaruh.

Sejarah dan perkembangan ringkas televisyen di Malaysia

2

Sejarah televisyen di Malaysia bermula apabila Televisyen Malaysia dilancarkan pada 28
Disember 1963 dengan satu saluran yang beroperasi di studio sementara di Dewan Tuanku Abdul
Rahman di Kuala Lumpur. Mulai Oktober 1969, ia berpindah ke bangunan Angkasapuri bersama
Radio Malaysia dan dikenal sebagai Radio Televisyen Malaysia (RTM). Tidak lama selepas itu,
saluran kedua diperkenalkan pada 17 November 1969. Selama 15 tahun RTM menayangkan
program-program hitam putih, televisyen warna diperkenalkan pada 28 Disember 1978.
Sehingga hari ini, RTM yang berslogankan RTM Tetap Unggul mempunyai dua saluran iaitu
TV1 Saluran Informasi Anda dan TV2 Saluran Emas.
Beralih kepada perkembangan stesen televisyen swasta, Media Prima Berhad (Media Prima)
merupakan kumpulan media integratif yang tersenarai di papan utama Bursa Saham Malaysia.
Diasaskan pada 23 September 2003, konglomerat kini memegang kepentingan ekuiti 100 peratus
ke atas empat saluran televisyen yang bersiaran secara percuma iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9.
Keempat-empat saluran ini menjadi antara pemacu utama kepada pendapatan utama syarikat
gergasi ini yang mengumpulkan 48 peratus keseluruhan penonton televisyen pada pertengahan
pertama 2011 menurut Nielsen Audience Measurement.
Primework Studios Sdn Bhd, subsidiari Media Prima bertanggungjawab menyediakan

kandungan program dan menjadi syarikat produksi terbesar di Malaysia. Sejak 1984, ia telah
berjaya menghasilkan lebih 5000 jam kandungan rancangan tv dan 10 filem dalam setahun.
Program yang dihasilkan merangkumi genre-genre seperti hiburan, majalah, dokumentari, drama
dan sukan. Antara yang popular termasuklah Anugerah Juara Lagu, Majalah 3, Nona, Jalan
Jalan Cari Makan, One In A Million, Mentor, Wanita Hari Ini, Melodi, Malaysia Hari Ini dan
Jejak Rasul.
Pada tahun 1996, siaran televisyen berbayar diperkenalkan oleh Measat Broadcasting Services
Berhad dikenal sebagai Astro All Asia Networks (Astro) yang bermula dengan 22 saluran. Kini
ia menawarkan lebih 125 saluran dalam empat bahasa utama (Melayu, Cina, Inggeris dan Tamil)
kepada lebih 2.93 juta isi rumah di seluruh Malaysia dan Brunei. Menyiarkan program daripada
33 saluran televisyen, program di Astro menyiarkan rancangan daripada pelbagai genre seperti
hiburan umum, gaya hidup, berita, sukan dan pendidikan.

3

Secara umumnya, operasi televisyen di Malaysia beroperasi dalam dua bentuk iaitu siaran
percuma dan siaran berbayar. Maklumat mengenai lanskap televisyen Malaysia dipaparkan
dalam Rajah 1 di bawah.

SL

ia
aT
rs
aM
ns
2
P
e
r
cc
u
m
a

a
e

n

p

l

y
i

0

a

a

s
e

e

l

n


k
v

a

1

i
y

1

Rajah 1: Lanskap Televisyen di Malaysia

Kenyataan Masalah
Televisyen kekal unggul sebagai medium paling berpengaruh dalam menyampaikan maklumat
dan menyediakan hiburan kepada penonton. Fuziah Kartini (2009) menegaskan televisyen
menarik kerana ciri-ciri yang ada padanya yang tidak ada pada media konvensional yang lain. Ia
mampu membawa maklumat tidak kira jauh atau dekat, malahan dari seluruh pelusuk dunia
kepada penonton, sama ada secara rakaman atau secara langsung. Misalnya, perlawanan Piala

Dunia di Afrika Selatan dapat ditonton oleh peminat-peminat bola sepak di seluruh dunia secara
serentak. Di samping itu melalui audio dan visual yang menarik, penonton dapat menerima
maklumat terkini daripada televisyen dengan lebih cepat berbanding akhbar dan majalah.

4

Rajah di bawah menjelaskan secara konsisten kedudukan televisyen sebagai media yang paling
popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2008 (Media
Planning Guide, Malaysia, 2010).

Rajah 2: Penggunaan Media dalam Kalangan Pengguna Dewasa
(Sumber: Media Planning Guide, Malaysia, 2010)
Dari segi komposisi penonton mengikut kaum pula, Media Planning Guide, Malaysia, 2010
melaporkan 61.7% daripada penonton televisyen terdiri daripada penonton Melayu, 28.3%
penonton Cina, manakala 10% penonton India dan lain-lain.
Manakala daripada keseluruhan penonton, golongan berusia 55-59 tahun mencatatkan kadar
penontonan tertinggi berbanding golongan usia yang lain, diikuti lingkungan umur 50-54, 35-39,
25-29 dan 15-17 tahun. Pada umumnya, golongan berusia 55-59 adalah terdiri daripada mereka
yang telah bersara dan banyak menghabiskan masa terluang dengan mengikuti kelas-kelas agama
dan memilih siaran berunsur agama di televisyen. Corak penontonan televisyen dan lingkungan

usia dapat dilihat dengan lebih terperinci dalam Rajah 3 di bawah.

5

Rajah 3: Penonton televisyen mengikut lingkungan usia
(Sumber: Media Planning Guide, Malaysia, 2010)

Trend terkini dalam industri penyiaran ialah narrowcasting, tidak lagi broadcasting.
Transformasi ini telah membawa kepada segmentasi khalayak iaitu daripada khalayak massa
(mass audience) kepada khalayak khusus (niche audience). Apabila stesen televisyen
mewujudkan segmentasi khalayak, penonton akan terasa lebih dekat dan terikat dengan satu-satu
program televisyen yang disiarkan (Fuziah Kartini, 2009) kerana mereka merasakan mesej
program itu benar-benar ditujukan kepada mereka, malahan mampu mempengaruhi pemikiran,
sikap dan tingkah laku mereka terhadap sesuatu perkara.
Disebabkan ciri-ciri di atas, televisyen mampu menjadi agen dakwah terutama kepada penonton
Melayu yang beragama Islam. Majoriti pengkaji komunikasi menganggap media penyiaran
khususnya televisyen sebagai instrumen penting untuk pembangunan masyarakat Islam. Dalam
hal ini, Zulkiple (2001) telah menggariskan beberapa objektif utama penyiaran Islam iaitu:
1.
2.

3.
4.
5.
6.

Menguatkan akidah;
Meningkatkan kesedaran agama;
Menyebarkan pemikiran dan kebudyaan Islam;
Membentuk pendapat awam;
Mengukuhkan nilai-nilai murni dalam kalangan individu; serta
Menjadi pengawas atau watchdog kepada unsur-unsur negatif yang merosakkan
pembangunan ummah.
6

Tanggungjawab untuk memastikan keenam-enam objektif di atas tercapai pastilah tertumpu
kepada pemilik stesen televisyen di negara ini. Ia selari dengan lima konsep tunjang dalam sudut
pandang Islam sebagai dasar etika pengamal komunikasi Islam iaitu (i) tauhid (ii) amar ma’ruf
nahi munkar (iii) ummah (iv) takwa dan (v) amanah (Mowlana, 2007).
Perayaan turut dianggap sebagai salah satu strategi untuk berdakwah. Mengikut tradisi Islam,
orang Islam merayakan dua perayaan besar iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. Aidilfitri dirayakan

sebagai meraikan kemenangan umat Islam yang tamat berpuasa sepanjang bulan Ramadhan,
manakala Aidiladha dirayakan sebagai meraikan jemaah haji yang sedang melakukan ibadah haji
di Mekah. Kedua-duanya perlu dimanfaatkan oleh pengamal media untuk menjalankan misi
dakwah (Sohirin, 2008).
Dalam kalendar Islam, Ramadhan merupakan bulan yang dinanti-nantikan kehadirannya kerana
keistimewaannya yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain. Sepanjang bulan ini, umat Islam
diwajibkan berpuasa dan digalakkan melakukan ibadah-ibadah sunat seperti mendirikan solat
terawih dan bersedekah. Pada bulan ini juga manusia perlu membersihkan hati daripada sifatsifat mazmumah dan mendidik nafsu supaya meninggalkan perkara-perkara yang dilarang seperti
membazir, mengumpat dan melakukan maksiat. Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat kali
ganda sebagai motivasi kepada orang yang berpuasa untuk melakukan kebaikan dan
meninggalkan kejahatan. Oleh itu, sebagai alat penyebar maklumat yang berpengaruh, televisyen
perlu memainkan peranannya bagi mendukung dan menyebarkan semangat Ramadhan kepada
penonton.

Metodologi kajian
Bagi mencapai objektif kajian, satu kajian deskriptif telah dilakukan ke atas program yang
disiarkan di empat stesen televisyen percuma iaitu TV1, TV3, TV9 dan TV Al-Hijrah. Keempatempat stesen ini mensasarkan penonton Melayu beragama Islam. Penelitian dilakukan ke atas
intisari rancangan yang dicetak dalam akhbar Utusan Malaysia pada 1-7 Jun 2011 (28, 29
Jamadilakhir dan 1-5 Rejab) dan pada 8-14 Ogos 2011 (8-14 Ramadhan). Tarikh-tarikh tersebut
dipilih bagi membuat perbandingan program televisyen yang disiarkan pada bulan Ramadhan

7

dan bukan bulan Ramadhan – adakah berlaku perbezaan pemilihan program bagi meraikan
Ramadan dan meningkatkan ketakwaan penonton?
TV1
TV1 bersiaran 10 minit sebelum azan Subuh berkumandang, diikuti dengan nyanyian lagu
Negaraku dan bacaan ayat al-Quran. Siarannya tamat pada jam 1 pagi setiap hari dan 1.30 pagi
pada setiap Sabtu. Namun lazimnya TV1 bersiaran lebih panjang pada waktu-waktu tertentu
seperti 24 jam pada bulan Ramadhan dan 22 jam ketika sambutan Tahun Baharu. TV1
menekankan kepada program berorientasikan maklumat dan pendidikan seperti berita, bual
bicara, dan siaran secara langsung acara sukan (tempatan dan antarabangsa) dan hiburan
istimewa (sempena tahun baharu atau perayaan).

Sebagai saluran utama kerajaan yang

bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada rakyat, TV1 berusaha membekalkan laporan
berita kepada penonton melalui laporan Berita Nasional, Berita Semasa, Berita Wilayah dan
Berita Dunia.
Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV 3)
Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenal sebagai TV3 mula beroperasi pada 1 Jun
1984 dan kekal sebagai stesen tv paling popular dalam kalangan penonton tempatan. Ia
menguasai 32 peratus tontonan merangkumi saluran percuma dan saluran berbayar. Sebagai
stesen no. 1 dalam memaparkan laporan berita dan menghasilkan program tempatan, TV3
menguasai 95% penonton Melayu, 3% penonton Cina dan 2% lain-lain. Laporan terkini AC
Nielson turut mencatatkan TV3 mendahului 10 program teratas yang menjadi pilihan penonton
secara mingguan.
TV9
TV9 memulakan operasi pada 22 April 2006 dengan slogan Dekat di Hati. Mulai 1 Januari 2010,
ia menggunakan slogan baharu yang lebih mantap dan ringkas, Di Hatiku. TV9 menyiarkan
program yang kebanyakannya disasarkan kepada penonton Melayu merangkumi program
berbentuk maklumat, hiburan dan pendidikan. Menurut laporan Media Planning Guide,
Malaysia, 2010, TV9 menghimpunkan 96% penonton berbangsa Melayu, 3% berbangsa Cina,
dan 1% lain-lain. Dimiliki oleh Ch-9 Media Sdn Bhd, subsidiari Media Prima, TV9 membentuk
8

jenamanyanya yang tersendiri sebagai saluran yang menjadi pilihan penonton Melayu di
kawasan bandar pertengahan dan luar bandar yang amat sinonim dengan nilai dan tradisi
Melayu. Sehingga hari ini, ia berjaya meletakkan kedudukan yang baik dengan menghasilkan
program realiti yang mendapat sambutan seperti Akademi Al-Quran dan Gadis Melayu.
TV Al-Hijrah
TV Al-Hijrah dinobatkan sebagai stesen televisyen Islam yang pertama di Malaysia dan
kemunculannya menambahkan lagi senarai siaran percuma di negara ini. Mula beroperasi pada
1 Disember 2010, TV Al-Hijrah berpegang kepada falsafah penyiaran yang berdasarkan ajaran
agama Islam dan nilai-nilai universal yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah.
Pengisian rancangannya merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia dari segi ibadah khusus
seperti solat, zakat, haji dan puasa, sehinggalah sudut ekonomi, politik, sosial dan budaya. Milik
penuh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah pengendalian Al Hijrah Media
Corporation, ia beroperasi dari Pusat Islam, Kuala Lumpur dan bersiaran dari 12 tengah hari
hingga 12 tengah malam pada Isnin hingga Khamis, manakala dari pukul 7 pagi hingga 12
tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Bertemakan Segalanya Bermula di Sini, TV
Al-Hijrah menghidangkan 60% program tempatan, termasuk sebahagian daripadanya diterbitkan
sendiri oleh stesen ini. Manakala 40% lagi program diimport dari Iran, Indonesi, Turki, Palestin
dan Belanda. Siarannya mensasarkan golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4-17 tahun serta
golongan muda berusia dalam lingkungan 18-39 tahun. Bagi membekalkan maklumat dan
hiburan kepada golongan ini, genre kandungannya merangkumi program ilmiah dan pendidikan,
dokumentari dan majalah, sukan dan rekreasi, drama dan filem, sitkom, tazkirah, forum dan
perbincangan.

Hasil Dapatan Kajian

9

Penelitian terhadap rancangan televisyen yang dicetak dalam akhbar Utusan Malaysia pada
tarikh-tarikh yang dinyatakan sebelum ini telah memberikan data bagi menjawab obkeltif kajian.

Saluran
Salura Frekue
Frekue Peratu
Perat
Media
n
Media

nsi
nsi

Media
Media
Jadual 1: Taburan Program
Mengikut Siaran Televisyen

TV
TV111
TV

(%)
us
s (%)
(%)
(%)

59
59

35.1
35.1

TV
TV333
TV

1212

7.1

TV
TV999
TV

3030

17.8

TV
TVAH
AH
TV
AH

67
6767

40
40

JUMLA
JUMLAH
168
168
JUML
168
H
AH

10

100.0
100.0

Berunsurkan Islam
(1-7 Jun 2011)

Data yang terdapat dalam Jadual 1 telah diambil pada tarikh 1 hingga 7 Jun 2011 iaitu sebelum
bulan Ramadhan. Data menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 168 program berunsurkan
keislaman yang disiarkan oleh empat stesen televisyen iaitu TV 1, TV 3, TV 9 dan TV Al Hijrah
Saluran Media

Frekuensi

Peratus (%)

TV 1

113

30

TV 3

48

12.0

TV 9

65

17.0

TV AH

155

41

JUMLAH

381

100.0

seperti yang terdapat dalam senarai rancangan televisyen di akhbar berkenaan. Berdasarkan
jadual di atas, TV Al Hijrah paling banyak menyiarkan rancangan televisyen yang berunsurkan
keislaman iaitu sebanyak 67 (38.7%). Ini kerana focus TV Al Hijrah adalah kepada rancanganrancangan beragama Islam selaras dengan kewujudan saluran televisyen ini untuk masyarakat
Muslim. Manakala TV 1 pula menyiarkan sebanyak 59 (34.1%) program yang berunsurkan
keislaman. TV 9 pula menduduki tempat ketiga terbanyak iaitu 35 (20.2%) dan diikuti dengan
TV 3 iaitu 12 (7%).

Jadual 2: Taburan Program Berunsurkan Islam Mengikut Siaran Televisyen (8-14 Ogos
2011)

11

Hasil analisis program berunsurkan Islam yang disiarkan pada bulan Ramadhan iaitu 8 hingga 14
Ogos 2011, iaitu semasa bulan Ramadhan dipaparkan dalam Jadual 2. Sekali lagi didapati, TV Al
Hijrah mengungguli bilangan rancangan keagamaan Islam di antara siaran televisyen yang lain.
Sebanyak 155 (41%) program berunsurkan Islam telah disiarkan dan kebanyakannya berbentuk
dokumentari seperti program Madrasah Al Hijrah (Aqidah, Syariah, Akhlak dan Al Quran dan As
Sunnah), Signs of the Creator, Al Quran: The New Dawn dan sebagainya. Selain itu, TV 1 juga
turut banyak menerbitkan program berunsurkan keislaman dengan jumlah sebanyak 113
(28.9%). TV 9 dan TV 3 masing-masing sebanyak 65 (16.6%) dan 48 (12.3%).

Apabila diteliti taburan rancangan mengikut hari, Jadual 3, memaparkan bilangan rancangan
berunsurkan Islam pada bulan bukan Ramadhan. Rata-rata TV 1 dan TV Al Hijrah menyiarkan
lebih banyak rancangan berbanding stesen-stesen yang lain.

Jadual 3: Taburan Program Berunsurkan Islam Mengikut Hari (1-7 Jun 2011)
Hari

TV 1

TV 3

TV 9

TV AH

Rabu

10 (17%)

0 (0%)

7 (23%)

6 (10%)

Khamis

11 (18%)

1 (8%)

6 (20%)

9 (13%)

Jumaat

10 (17%)

4 (33%)

6 (20%)

12 (18%)

Sabtu

4 (7%)

2 (18%)

1 (3%)

9 (13%)

12

Ahad

10 (17%)

4 (33%)

1 (3%)

16 (24%)

Isnin

10 (17%)

1 (8%)

4 (14%)

10 (15%)

Selasa

4 (7%)

0 (0%)

5 (17%)

5 (7%)

12 (100.0%)

30 (100.0%)

67 (100.0%)

JUMLAH 59 (100.0%)

Maklumat dalam Jadual 3 menunjukkan jumlah program berunsurkan keislaman yang disiarkan
sebelum bulan Ramadhan mengikut hari seperti yang tercatat dalam senarai rancangan. Hari
Ahad menunjukkan catatan yang paling tinggi iaitu sebanyak 16 (24%) kali program atau siaran
berunsurkan keislaman telah disiarkan iaitu di TV Al Hijrah. Ini diikuti dengan pada hari Jumaat
iaitu sebanyak 12 (18%) siaran di TV Al Hijrah dan 10 (17%) siaran di TV 1. Manakala, TV 3
pula tidak menyiarkan sebarang bentuk program berunsurkan keislaman pada hari Rabu dan
Selasa.

Sebagai perbandingan, Jadual 4 menyatakan bilangan rancangan televisyen berunsurkan Islam
yang diarkan oleh keempat-empat stesen pada bulan Ramadhan. Secara amnya memang ada
peningkatan bagi semua stesen televisyen.

Jadual 4: Taburan Program Berunsurkan Islam Mengikut Hari (8-14 Ogos 2011)
Hari

TV 1

TV 3

TV 9

TV AH

Isnin

21 (18%)

7 (15%)

12 (18%)

22 (14%)

Selasa

11 (10%)

6 (13%)

9 (14%)

21 (13%)

Rabu

21 (18%)

8 (16%)

11 (17%)

22 (14%)

Khamis

21 (18%)

7 (15%)

13 (20%)

22 (14%)

Jumaat

23 (21%)

12 (25%)

11 (17%)

27 (18%)

Sabtu

13 (12%)

5 (10%)

7 (11%)

29 (20%)

13

Ahad

3 (3%)

JUMLAH 113 (100.0%)

3 (6%)

2 (3%)

12 (7%)

48 (100.0%)

65 (100.0%)

155
(100.0%)

Berdasarkan jadual di atas, TV Al Hijrah menyiarkan sebanyak 29 (20%) siaran berbentuk
keislaman pada hari Sabtu dan merupakan catatan yang tertinggi. Selain itu, sebanyak 27 (18%)
program telah disiarkan pada hari Jumaat oleh TV Al Hijrah dan sebanyak 23 (21%) siaran telah
disiarkan oleh TV 1. Jadual di atas juga menunjukkan, jumlah program yang paling rendah ialah
sebanyak 2 (3%) program yang disiarkan oleh TV 9 pada hari Ahad.

Setelah diketahui bilangan atau kekerapan rancangan keagamaan yang disiarkan oleh stesen
televisyen yang dikaji, amat baik jika diteliti bentuk atau jenis rancangan yang disiarkan oleh
stesen berkenaan. Jadual 5 memaparkan maklumat berkenaan.

Jadual 5: Jenis-Jenis Rancangan Berunsurkan Keislaman di Televisyen (1-7 Jun 2011)
Jenis Rancangan

TV 3

TV 9

TV AH

Al- 21 (36%)

0 (0%)

0 (0%)

19 (28%)

Waktu Solat

25 (42%)

0 (0%)

0 (0%)

15 (23%)

Dokumentari

1 (2%)

0 (0%)

0 (0%)

11 (16%)

0 (0%)

7 (23%)

2 (3%)

Ceramah/Tazkirah 3 (5%)

9 (75%)

21 (70%)

15 (23%)

Lain-Lain

2 (3%)

3 (25%)

2 (7%)

5 (7%)

JUMLAH

59 (100.0%)

12 (100.0%)

30 (100.0%)

67 (100.0%)

Doa/Bacaan

TV 1

Quran

Program

Kanak- 7 (12%)

Kanak/Kartun

14

Hasil kajian mendapati pada bulan sebelum Ramadhan ‘Waktu solat’ merupakan rancangan yang
mencatat peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 25 (42%) di TV 1 dan 15 (23%) di TV Al Hijrah.
Analisis mendapati TV 1 tidak menyiarkan azan lima waktu pada setiap hari Selasa dan Sabtu
seperti yang tercatat di dalam intisari rancangan. Manakala TV Al Hijrah pula tidak mencatatkan
mereka menyiarkan azan Isyak selama seminggu. TV 3 dan TV 9 tidak mencatatkan rancangan
waktu solat dalam intisari rancangan mereka untuk waktu solat lima waktu. Selain itu, rancangan
berbentuk doa, tazkirah atau bacaan Al-Quran banyak disiakan di TV 1 iaitu sebanyak 21 (36%)
dan TV Al Hijrah sebanyak 19 (28%). Kebanyakan program seperti ini disiarkan pada waktu
pagi seawal 5.37 pagi dan turut dd\isiarkan sebelum siaran azan atau waktu solat. Selain itu,
program berbentuk ceramah atau tazkirah paling banyak disiarkan di TV 9 iaitu sebanyak 21
(70%) seperti Usrah, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Semanis Kurma dan sebagainya. Lainlain rancangan adalah seperti program berbentuk kuiz seperti contoh Sarjana Muslim (TV Al
Hijrah), drama seperti Ayat-Ayat Cinta (TV 3) dan sebagainya.

Perlu dinyatakan bahawa maklumat yang terpapar dalam jadual adalah mengikut maklumat yang
terdapat dalam ringkasan rancangan televisyen yang dicetak pada akhbar terpilih bagi tempoh
kajian.

Bagi jenis rancangan keagamaan dalam bulan Ramadhan, Jadual 6 menampakkan penambahan
pada jenis rancangan.
Jadual 6: Jenis-Jenis Rancangan Berunsurkan Keislaman di Televisyen (8-14 Ogos 2011)
Jenis Rancangan
Doa/Bacaan

TV 1

Al- 16 (14%)

TV 3

TV 9

TV AH

11 (23%)

0 (0%)

21 (14%)

0 (0%)

0 (0%)

9 (6%)

Quran
Waktu Solat

20 (18%)

15

Dokumentari

15 (31%)

0 (0%)

32 (20%)

0 (0%)

10 (15%)

8 (5%)

Ceramah/Tazkirah 19 (17%)

12 (25%)

31 (48%)

63 (41%)

Pengumuman

18 (16%)

8 (17%)

9 (14%)

16 (10%)

Lain-Lain

8 (7%)

2 (4%)

15 (23%)

6 (4%)

JUMLAH

113 (100.0%)

48 (100.0%)

65 (100.0%)

155 (100.0%)

Program

20 (18%)

Kanak- 12 (10%)

Kanak/Kartun

Waktu

Berbuka

Puasa/Imsak

Hasil kajian mendapati semua stesen televisyen yang dikaji bersiaran selama 24 jam kecuali TV
9 yang hanya bersiaran sehingga jam 4 pagi sahaja. Jika dibandingkan dengan hasil analisis yang
dibuat ketika sebelum bulan Ramadhan, program yang berunsurkan keislaman yang dicetak
dalam intisari rancangan semakin bertambah. Kekerapan yang tertinggi sekali ialah stesen
televisyen TV Al Hijrah iaitu sebanyak 155 program berunsurkan keislaman yang disiarkan.
Daripada jumlah tersebut dapat dilihat bahawa program televisyen berbentuk ceramah atau
tazkirah mencatat kekerapan yang tertinggi iaitu sebanyak 63 (41%). Ini kerana bertambahnya
program seperti Ihya Ramadhan, Tazkirah Ramadhan dan sebagainya. Selain itu sebanyak 32
(20%) program yang berunsurkan islam berbentuk dokumentari telah disiarkan di TV Al Hijrah.
Seperti contoh Al Quran:The New Dawn, Sign of the Creator, Majalah Islam, Ayat Riwayat dan
Madrasal Al Hijrah dalam pelbagai bidang. Bagi program pengumuman waktu berbuka puasa
dan imsak, analisis mendapati semua stesen televisyen menyiarkan pengumuman tersebut.
Dalam hal ini, TV 1 menunjukkan kekerapan yang tertinggi iaitu sebanyak 18 (16%) disiarkan
selama seminggu. Untuk siaran waktu solat, TV 3 dan TV 9 tidak mencatatkan siaran azan
kerana tidak terdapat di dalam intisari rancangan. Selain itu, bagi program kartun atau animasi
kanak-kanak yang berunsurkan keislaman hanya tiga stesen televisyen yang menyiarkannya
kecuali TV 3. Antara program kanak-kanak yang disiarkan di tiga stesen televisyen tersebut ialah
Mari Bertarannum, Baby Khalifah, Sirah Anbiya, Kisah Adik-Adikku dan sebagainya.

16

Kesimpulan
Berdasarkan analisis yang telah dijalankan selama seminggu, mendapati bahawa programprogram berunsurkan keislaman bertambah pada bulan Ramadhan. Transformasi perubahan ini
menunjukkan memang ada usaha di kalangan stesen televisyen serta pengamal media
menyiarkan program berunsurkan keislaman ini dalam bulan yang mulia ini. Secara keseluruhan,
TV Al Hijrah telah menyiarkan lebih banyak rancangan keagamaan sesuai dengan tujuan
penubuhannya. Ini kerana stesen televisyen tersebut berjaya menyiarkan hampir 100% program
berunsurkan keislaman sesuai dengan visi dan misinya yang ingin mengangkat martabat Islam di
negara ini khusunya serta di dunia.
Di samping itu usaha yang diamalkan oleh stesen-stesen televisyen yang lain tidak boleh
diperkecilkan. Mereka juga ada memuatkan rancangan keagamaan dalam siaran masing-masing
dan ini juga bertambah dalam bulan Ramadhan. Moga-moga usaha untuk mengimarahkan bulan
Ramadhan oleh setiap stesen televisyen akan bertambah pada masa akan datang.
Bagi kajian akan datang amat baik sekiranya tempoh masa siaran rancangan keagamaan ini
dikaji berbanding dengan tempoh masa siaran rancangan berita, hiburan, sukan, filem dan lainlain. Di samping itu, masa rancangan keagamaan ini disiarkan pada sesuatu hari itu juga perlu
diteliti bagi menampakkan kesungguhan stesen televisyen dalam mendidik penonton kearah
menjadi ummah yang lebih baik.
Pengkhususan khalayak atau kumpulan sasar oleh setiap stesen televisyen memang perlu bagi
tujuan komersial dan kesesuaian rancangan. Oleh itu, maklumbalas daripada kumpulan sasar
terhadap rancangan siaran televisyen amat perlu bagi menyerlahkan keperluan penonton dari segi
kandungan rancangan serta jenis rancangan yang mereka inginkan. Selain itu, dicadangkan juga
agar satu kajian dilakukan untuk mengenal pasti tahap kepuasan penonton terhadap program TV
yang berunsurkan keislaman ini agar program sebegini boleh ditambahbaik dan sekaligus berjaya
menarik lebih ramai penonton. Dengan pertambahan saluran media juga sebenarnya memberi
peluang kepada pengamal media untuk menyiarkan lebih banyak lagi program yang berunsurkan
keislaman pada masa-masa akan datang.
Amat baik sekali apabila pengamal media di stesen televisyen melabor untuk keuntungan besar
disamping mendapat dividen untuk di akhirat nanti.
17

Rujukan
Fuziah Kartini Hassan Basri. 2009. Televisyen dan Islam Hadhari: Potensi dan Kekangan dalam Mohd
Safar Hasim & Zulkiple Abd. Ghani (ed.), Komunikasi di Malaysia Suatu Penelitian Awal Pendekatan
Islam Hadhari. p. 219-235.
Hamid Mowlana. 2007. Theoretical Perspectives on Islam and Communication. China Media Research,
3(4), 23-33.
Media Planning Guide Malaysia 2010 (ed. 16), Kuala Lumpur: Perception Media.
Mohd Yusof Hussain. 2003. Mass Media in Peninsular Malaysia dalam Mohd Yusof Hussain (ed.), Mass
Media in Selected Muslim Countries. p. 37-63.
Rahmah Hashim. Industrialisasi dan Globalisasi: Cabaran Teknologi Media Komunikasi terhadap
Kelangsungan Generasi. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Cabaran
Industrialisasi kepada Kelangsungan Generasi. Kuantan, 22 Ogos 1995.
Sohirin M. Solihin. 2008. Islamic Da’wah Theory and Practice. KL: IIUM Press
Zulkiple Abd. Ghani. 2010. Dakwah dalam Era Siber di Malaysia. Bandar Baru Nilai: Penerbit USIM.
Zulkiple Abd. Ghani. 2001. Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat. KL: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
n.a. Our Profile
http://www.mediaprima.com.my/aboutus/our_profile.aspx, 17 Sept 2011.
n.a. TV3 Inspirasi Hidupku
http://www.mediaprima.com.my/business/tv3.aspx, 17 Sept 2011.
n.a. TV9 Di Hatiku
http://www.mediaprima.com.my/business/tv9.aspx, 17 Sept 2011.
n.a. Content Creation
http://www.mediaprima.com.my/business/primeworks.aspx, 17 Sept 2011.
n.a. Prese Releases: Media Prima Registers Higher Revenue and Earnings for First Half FY2011
http://www.mediaprima.com.my/pressrelease/pressrelease.aspx?id=145, 17 Sept 2011.
n.a. Mengenai RTM http://www.rtm.gov.my/rtmnew/index.php?
option=com_content&view=article&id=83&Itemid=55&lang=en, 19 Sept 2011.
n.a. Tentang Kami dan Falsafah Penyiaran
http://www.tvalhijrah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=169&Itemid=362, 19 Sept
2011.
n.a. About Astro

18

http://www.astro.com.my/portal/about-astro, 19 Sept 2011.

19