BIAS ATTRIBUSI SOSIAL DALAM KONTEKS HUBU (1)
BIAS ATTRIBUSI SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK1
Solahuddin Bin Abdul Hamid
Jabatan Pengajian Umum
Universiti Utara Malaysia
[email protected]
Perpaduan adalah penting kerana ia merupakan asas kepada proses pembangunan negara.
Berbanding disiplin ekonomi, antropologi, sosiologi dan bidang-bidang sosial sains lain,
bidang psikologi agak lewat diterima sebagai disiplin yang mengkaji masalah
perkembangan sosio-ekonomi dan hubungan antara kaum terutamanya di negara-nengara
membangun seperti di Asia.
Lahirnya pelbagai agama, kepercayaan dan budaya akan melahirkan pelbagai pandangan
dan pendapat. Kumpulan-kumpulan masyarakat di dunia dan negara kita memang
dipengaruhi oleh idea-idea yang sedia ada dalam masyarakat atau budayanya mengenai
orang lain. Idea atau tanggapan ini mempengaruhi tindakan, perlakuan atau dasarnya
terhadap kumpulan yang lain. Perwatakan sesuatu kaum terhadap kaum lain juga
dipengaruhi oleh sejarah dan keadaan semasa (Awang Hasmadi Awang Mois, 1997)
Semasa proses interaksi sosial berlaku, setiap individu sentiasa cuba memahami sikap,
sifat dan tingkah laku orang lain. Kecenderungan ini berlaku sama ada secara sengaja
atau tidak sengaja kerana ia merupakan satu kaedah yang paling mudah bagi mereka
memahami orang lain dengan lebih baik bagi membolehkan proses interaksi berlaku
dengan lebih berkesan.
Namun bentuk rupa luaran seseorang seringkali tidak dapat menjelaskan realiti
dalamannya. Setiap kaum mempunyai unsur dalaman yang kaya, terdiri daripada
kepercayaan, nilai, harapan, niat dan emosi. Pembentukan elemen-elemen ini tidak
berlaku secara spontan sebaliknya ia merupakan satu pengluahan unsur-unsur dalaman
1
Artikel ini merupakan bab dalam buku yang telah diterbitkan dalam buku yang bertajuk
“Islam dan Hubungan Etnik (2008), Alias Puteh (eds.) Jitra: Penerbitan Seri Kota.
1
seperti motivasi, keinginan, sikap dan sebagainya. Lanjutan itu, sebagai agen kepada
asal-usul tingkah laku, manusia boleh merancang untuk menipu, memanipulasi serta
membentuk atribusi terhadap orang lain.
1. Definisi attribusi
Untuk memahami orang lain, seseorang individu lebih cenderung untuk menghuraikan
sebab-sebab yang menyebabkan tingkah laku seseorang itu terhasil. Proses-proses ini
akan menimbulkan pula satu persoalan ‘mengapa’ seseorang itu bertindak sedemikian.
Menurut Wortman (1976) dalam Pandey (1990), manusia membuat atribusi untuk
meningkatkan perasaan kawalan terhadap persekitaran mereka. Tesser (1995), attribusi
menggambarkan bagaimana seseorang atau masyarakat memikirkan tentang orang lain.
Manakala Feldman (1995) pula mengandaikan manusia membuat atribusi berdasarkan
kepada ‘mini eksperimen’ di dalam minda mereka. Oleh itu, manusia sentiasa cuba
menjawab persoalan ‘mengapa’ di sebalik tingkah laku orang lain. Mahmood Nazar
Mohamed (2005), telah memperincikan atribusi kepada satu proses perolehan informasi
yang lazim digunakan untuk meningkatkan kefahaman tentang individu lain melalui cara
bertanyakan atau mencari sebab berlakunya sesuatu tingkah laku serta memahami kenapa
seseorang individu itu beraksi dengan sesuatu cara dalam situasi tertentu.
Berdasarkan takrifan-takrifan di atas atribusi merupakan satu tingkahlaku kognitif
seseorang untuk memahami sebab-sebab disebalik tingkah laku orang lain. Proses ini
merangkumi personaliti, tret, komunikasi verbal dan non-verbal serta impresi awal
terhadap seseorang atau kaum lain. Proses ini dianggap bermula daripada pemerhatian
dan menganalisis tindakan-tindakan khusus untuk menghasilkan anggapan tentang
pembawaan-pembawaan dalaman seseorang yang mengandungi elemen-elemen seperti
niat atau tret. Kesannya ia akan dapat membantu seseorang faham akan sifat dan perasaan
orang lain dengan kadar yang lebih baik lagi serta memudahkan seseorang mengatur cara
yang lebih sesuai untuk meningkatkan interaksi dengan orang lain dalam konteks sosial.
2
Fritz Heider (1958) dalam Mahmood Nazar (2005) menyarankan bahawa manusia
memaparkan dua bentuk atribusi terhadap sesuatu tingkah laku orang lain, iaitu atribusi
dalaman dan atribusi luaran. Atribusi dalaman merujuk kepada penerangan terhadap
tingkah laku yang berlaku pada individu itu sendiri seperti perubahan emosi, ragam,
fikiran atau sikap. Manakala atribusi luaran pula lebih menumpukan penerangan terhadap
tingkah laku yang berlaku pada individu lain seperti mengapa seseorang itu berlagak
dengan gaya aneh atau luar biasa.
Proses atribusi seseorang individu bersifat relatif kepada tingkah laku orang lain.
Penghasilan tingkah laku-tingkah laku yang yang dipengaruhi oleh faktor dalaman adalah
berguna untuk memahami tret-tret seseorang individu. Oleh itu, proses ini akan terganggu
apabila tingkah laku orang lain yang cuba mengelirukan pemerhati atau tingkah lakunya
dipengaruhi atau dibentuk oleh faktor-faktor luaran mereka semata-mata.
Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu seseorang membuat atribusi yang tepat.
Harold Kelly (1972, 1973) mencadangkan bahawa terdapat tiga faktor yang berbeza iaitu
dengan mengambil kira faktor sifat tersendiri atau berkelainan (distinctiveness), ketekalan
(consistency) dan sepersetujuan (consensus) daripada tingkah laku orang lain. Dalam
mencari jawapan mengenai persoalan mengapa orang lain bertindak sebagaimana mereka
bertindak, kita akan bergantung pada maklumat mengenai unsur sifat tersendiri, ketekalan
dan sepersetujuan yang berkaitan dengan tingkah laku mereka. Kita boleh
mengatribusikan tingkah laku seseorang atau etnik lain kepada faktor luaran apabila
terdapat faktor sifat tersendiri, tekal dan mempunyai persetujuan yang tinggi daripada
masyarakat sekeliling. Sebaliknya jika ia mempunyai sifat tersendiri yang rendah, tidak
konsisten serta kurang persetujuan daripada masyarakat sekeliling, tingkah laku yang
terhasil itu adalah disebabkan oleh faktor dalaman.
Membezakan unsur-unsur dalaman atau luaran adalah penting kerana ia akan
mempengaruhi persepsi seseorang terhadap individu atau etnik yang lain misalnya
daripada negatif kepada positif atau sebaliknya serta mampu mengubah tindak balas
seseorang terhadapnya.
3
1.1 Atribusi sosial
Pengetahuan yang tepat mengenai emosi dan perasaan orang lain akan memudahkan
proses interaksi berlaku dengan lebih berkesan. Atribusi sosial merujuk kepada proses
bagaimana seseorang individu cuba memahami dan menerangkan sebab-sebab tingkah
laku orang lain di sekelilingnya. Proses ini melibatkan memahami penyebab tindakan
yang tekal, seperti tret-tret dan motif-motif stabil mereka. Hasil daripada atribusi sosial
akan mendominasi persepsi seseorang terhadap individu atau etnik lain yang
mengakibatkan lahirnya bentuk-bentuk tingkah laku sosial seperti tarikan antara
perseorangan, perasaan cinta atau pun perasaan benci dan tingkah laku langsang.
Kebanyakan teori atribusi sosial menumpukan kepada persoalan bagaimana individu
memproses maklumat tentang orang lain, sama ada menerangkan tingkah laku orang lain
berdasarkan faktor-faktor situasi luaran atau berdasarkan faktor-faktor situasi dalaman
pelaku tersebut. Penentuan sama ada tingkah laku yang terhasil disebabkan oleh unsurunsur dalaman atau luaran adalah penting kerana ia akan mempengaruhi atribusi
seseorang terhadap orang atau etnik lain sama ada positif atau negatif dan seterusnya
mempengaruhi tindakan susulan terhadapnya.
2. Bias atribusi sosial
Dalam kehidupan seharian, kita sering membuat andaian segera berdasarkan maklumat
yang sedikit atau tanpa maklumat langsung. Kecenderungan membuat penilaian spontan
ini menyebabkan ia tidak kebal daripada bias dan kesilapan.
Ahli-ahli psikologi sosial merumuskan bahawa proses membuat atribusi adalah sama
seperti seorang saintis jahil di mana mereka sentiasa tidak berada pada landasan yang
tepat untuk mentafsir atau menghuraikan data yang diperolehi.
Bias atribusi berlaku apabila prakonsepsi, harapan dan perspektif seseorang
mempengaruhinya dalam menerangkan sesuatu tingkah laku orang lain (Ma’rof Redzuan,
4
2001). Misalnya, rakyat Amerika Syarikat selalu mengisytiharkan bahawa mereka
sukakan kedamaian dan menganggap masyarakat Arab di Afghanistan sebagai agresif
dan sukakan peperangan kerana dikatakan menyembunyikan Osama Ben Laden.
Mungkin begitu juga sebaliknya apabila rakyat Afghanistan mempersepsikan tentang diri
mereka dan juga orang-orang Amerika. Bias ini wujud kerana kedua-dua pihak
mempunyai prakonsepsi tentang orang lain dan mengenai diri mereka di samping
kepentingan kepada negara yang berbeza.
Situasi ini diakui oleh Ynonne Ridley seorang warga Britain, bekas penolong pengarang
Daily Mirror di Kota London yang telah menjadi tahanan Taliban selama 10 hari pada 28
September 2001 ketika sedang membuat liputan mengenai peperangan antara Amerika
Syarikat dan Taliban di Afghanistan. Menurut beliau, apa yang bermain difikirannya
serta apa yang telah digembar-gemburkan oleh rakan seperjuangan selama ini jauh
berbeza daripada realiti sebenar. Definisi sebenar pengganas yang dimaksudkan oleh
Amerika Syarikat dan sekutunya masih tidak jelas sehingga mereka berleluasa boleh
menyerang musuh tanpa mengira sama ada wanita atau kanak-kanak. Layanan baik dan
adil yang diterima sepanjang tempoh tahanan telah mempengaruhi serta mengubah
atribusi beliau terhadap Islam. Akhirnya beliau telah memeluk agama Islam selepas
dibebaskan secara sukarela.
Dalam konteks negara kita, elemen bias telah menyebabkan iklan kempen ‘budi bahasa’
anjuran Kementerian Penerangan Malaysia menerusi RTM pada tahun 2005 yang
menggambarkan sikap tidak sopan seorang pemuda Melayu dalam (LRT) telah menjadi
satu isu yang hangat serta menerima bantahan daripada banyak pihak dari kalangan orang
Melayu termasuk diperdebatkan di dalam Dewan Rakyat. Mereka menganggap iklan
tersebut bersifat bias kerana dilakonkan oleh pemuda Melayu sahaja. Ia seolah-olah
menggambarkan hanya orang Melayu yang tidak bersopan. Sebenarnya tidak semua
orang Melayu tidak bersopan. Bukan saja Melayu, bangsa lain termasuk Cina dan India
juga ada yang tidak bersopan dan bersopan. Kenapa masyarakat Melayu boleh menerima
lakonan erotik pelakon-pelakon wanita Melayu dalam filem sebagai sekadar lakonan
semata-mata tetapi tidak dalam iklan ini. Kesilapan perlu dielakkan ketika menganalisis
5
untuk mengenalpasti tentang sesuatu kaum seperti sentimen untuk memihak atau
mementingkan kaum sendiri dalam menerangkan orang lain. Justeru kita tidaklah boleh
menganggap yang iklan itu bertujuan memperkecilkan sikap mana-mana bangsa.
Dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, unsur tawar-menawar antara kaum serta
matlamat perjuangan lebih menjurus ke arah mengubah hubungan dominasi iaitu
kumpulan mana patut mendapat apa dan berapa banyak. Unsur etnik memainkan peranan
yang jauh penting daripada ukuran lain. Dalam Barisan Nasional misalnya, episod acahmengacah kerajaan seperti tuntutan yang pernah dikemukakan oleh Suqiu, Dong Jiao
Zong, memorandum sembilan menteri kabinet kepada Perdana Menteri supaya undangundang berkaitan pertukaran agama disemak semula serta yang paling hangat gesaan
supaya ditubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) menggambarkan seolah-olah masih
ada terbuku di hati masyarakat bukan Islam di negara ini terhadap kedudukan agama
Islam sebagai agama rasmi serta kebebasan beragama yang diberikan kepada agamaagama lain tidak mencukupi.
Mengapa situasi ini sering berlaku dalam kehidupan kita?. Menurut Jones dan Nisbett
(1972) bahawa pelaku cenderung memberikan faktor-faktor luaran kepada tingkah
lakunya sebaliknya pemerhati pula cenderung memberikan faktor-faktor dalaman kepada
tingkah laku tersebut. Contohnya, pada suatu hari, anda terlihat seorang pejalan kaki
tergelincir lalu terjatuh. Sebagai pemerhati anda mungkin mengandaikan bahawa beliau
cuai atau tidak berhati-hati. Tetapi jika perkara yang sama berlaku kepada anda, faktorfaktor luaran atau situasi kejadian mungkin akan dipersalahkan. Anda mungkin
menyalahkan jalan yang tidak rata atau tapak kasut yang licin.
Tingkah laku ini juga boleh dipengaruhi oleh bias kepentingan kendiri. Kita sering
memberi pujian kepada diri kita hasil daripada tingkah laku yang baik dan positif, tetapi
menafikan tanggungjawab pada tingkah laku yang buruk dan negatif. Tindakan ini
adalah untuk memastikan harga diri sentiasa terpelihara dan orang lain akan memberikan
pujian atas kejayaan yang diperolehi tetapi pada waktu yang sama mengelak orang lain
6
mengatribusikan
kegagalannya
adalah
disebabkan
oleh
kekurangan
atau
ketidakcekapannya.
Bias atribusi sosial juga berlaku kerana faktor disposisi (dalam diri individu) serta
kegagalan mengenalpasti faktor situasi yang penting. Oleh kerana budaya orang lain tidak
difahami, pengalaman lepas dan bentuk-bentuk fizikal mudah mempengaruhi attribusi
seseorang. Apabila berlaku bias, ia akan membawa kepada kesilapan dalam
mengemukakan sebab-sebab mengapa orang lain bertindak dalam cara-cara tertentu.
Menurut Feldman (1995) asas bias attribusi berlaku kerana apa yang diperolehi tidak
seperti yang digambarkan. Selain pengaruh pra-atribusi, budaya, penilai juga cenderung
menilai tingkahlaku orang lain berdasarkan disposisi serta gagal mengenalpasti
kepentingan penyebab situasi.
Apabila manusia sedar tentang desakan persekitaran, mereka akan cenderung atribusi
tingkahlaku orang lain kesan daripada faktor persekitaran (Quattrone, 1982 dlm Feldman
1995). Ia boleh berlaku apabila manusia tidak lagi dipengaruhi oleh bias motivasi yang
sentiasa mempertahankan diri melalui positif serta kepentingan diri .
3. Kesan
Sedari atau tidak kita bersifat bias dan kadangkala tidak berhati-hati dalam menilai orang
lain di mana kita sering membuat generalisasi mengenainya. Masyarakat yang bersifat
pluraliti perlu mengelak daripada bias serta persepsi yang kurang tepat terhadap sesuatu
niat atau tindakan kaum lain bagi mengelakkan perselisihan faham interetnik yang boleh
mencetuskan berbagai-bagai lagi masalah lain. Maklumat yang kurang tepat mengenai
sesuatu etnik itu mungkin akan diwarisi pula kepada generasi yang seterusnya dan
akhirnya menanamkan sikap membenci dan saling tidak mempercayai antara satu sama
lain. Pewarisan pemikiran seperti ini mengakibatkan jurang pemisah antara kaum
semakin melebar dan mungkin terdedah kepada ketegangan pada bila-bila masa.
Kemuncaknya berlaku tingkah laku tuduh menuduh serta menimbulkan konflik antara
kaum sehingga mengakibatkan peperangan seperti yang telah berlaku di Bosnia-
7
Herzegovina, Kosovo, Sierra Leone, Ambon dan banyak lagi. Sepanjang 49 tahun
merdeka, sejarah Malaysia juga tidak terkecuali menyaksikan telah berlaku bibit-bibit
perpecahan budaya dan ras walaupun tidak menimbulkan retak atau konflik di seluruh
negara seperti peristiwa 13 Mei 1969, ketegangan etnik 1978, insiden Kampung Rawa
1997 di Pulau Pinang serta insiden Kampung Medan 2001. Adalah menjadi
tanggungjawab setiap anggota masyarakat untuk berubah serta membentuk pemikiran
sikap yang lebih terbuka dan positif dengan menerima nilai dan amalan kaum lain secara
harmoni.
4. Pandangan Islam terhadap masyarakat majmuk
Islam mengiktiraf kewujudan masyarakat majmuk sebagai satu hakikat sosial yang di
tentukan oleh Allah s.w.t.. Pengiktirafan ini adalah selari dengan pengertian Islam
sebagai satu agama ‘perdamaian’ yang menegakkan kerukunan hidup sesama manusia.
Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai manusia, sesunggunya Kami ciptakan kamu lelaki dan
perempuan, dan Kami jadikan kamu terdiri daripada berbagai bangsa
dan puak suaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia
di sisi Allah di antara kamu ialah yang paling bertaqwa kepada Allah”
(Surah al-Hujarat:13)
Allah telah memperingatkan kepada manusia seluruhnya supaya mempunyai perasaan
saling mengerti sesama mereka, hormat-menghormati serta hidup dalam keadaan aman
dan damai. Kepelbagai bangsa yang wujud tidak seharusnya dianggap sebagai satu unsur
perpecahan. Islam telah menganjurkan konsep persaudaraan sejagat tanpa membataskan
bangsa dan keturunan, warna kulit, kedudukan sosial seseorang malah melampaui batas
sempadan geografi. Penilaian kemulian kedudukan seseorang adalah berteraskan kepada
konsep ketakwaan, iaitu beriman dan sentiasa menjalankan tugasnya seperti yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t..
Ajaran Islam sentiasa menekankan pemeliharaan jiwa supaya sentiasa bersih,
pemeliharaan akal dan fikiran, maruah, keturunan, harta benda, hak dan kebebasan serta
8
konsep persaudaraan dan satu keturunan tanpa mengira warna kulit, bahasa, tempat dan
agama. Jesteru, masyarakat yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul iaitu hanya
kepada Allah s.w.t. semata-mata, mempunyai cara hidup yang tersusun dan sistematik
serta bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi dapat dilahirkan.
Ketika Nabi Muhammad s.a.w. mengasaskan negara Islam di Madinah, kehadiran
masyarakat Yahudi dan Kristian telah diambilkira dalam penggubalan Perlembagaan
Madinah. Mereka telah mendapat perlindungan dan layanan yang baik, bebas
mengamalkan agama masing-masing serta mempunyai hak yang sama di hadapan muka
pengadilan. Masyarakat Islam dan bukan Islam pada masa itu terbina atas dasar toleransi,
keadilan, kebajikan dan bertimbangrasa, satu hakikat yang pertama kalinya berlaku dalam
sejarah umat manusia keseluruhannya sebelum daripada kedatangan Islam.
Namun, sejarah telah mencatatkan bahawa toleransi Islam yang begitu baik untuk
membina kerukunan hidup bersama telah dicemarkan oleh segelintir masyarakat bukan
Islam. Walaupun sentiasa memberikan layanan yang baik serta bersikap tolak ansur
secara jujur dan ikhlas, jiwa Rasulullah s.a.w.sendiri sentiasa terancam dengan pelbagai
fitnah dan perbuatan jahat masyarakat bukan Islam di sekelilingnya. Begitu juga Khalifah
al-Rashidin yang kedua, Saidina Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap tolak
ansurnya dengan memberikan pelbagai kemudahan kepada masyarakat bukan Islam di
zaman pemerintahannya juga akhirnya telah dikhianati apabila mati ditikam oleh Abu
Lu’Lu’ seorang Majusi yang sentiasa dilayan dengan baik oleh beliau. Peristiwaperistiwa ini di samping banyak peristiwa hitam lain yang sama telah menjadi catatan
sejarah yang mencorakkan titik-titik hitam yang mencemarkan perhubungan suci antara
warganegara bukan Islam dengan pemerintahan Islam dan para pemimpinnya.
Kesimpulan
Terdapat dua aspek dalam konteks perhubungan manusia iaitu hubungan antara
perseorangan dan hubungan antara etnik. Hubungan antara perseorangan merujuk kepada
menjadikan individu sebagai unit asas dalam merujuk kepada fungsi psikologi seperti
motif, persepsi, prejudis, atribusi, imaginasi dan sebagainya manakala hubungan antara
9
etnik melibatkan dua atau lebih etnik beserta ahli masing-masing. Proses interaksi sama
ada secara individu atau kolektif dengan etnik lain akan menghasilkan sikap antara
kelompok seperti bias atribusi dan prasangka serta tingkah laku antara kelompok seperti
amalan diskriminasi. Hubungan ini boleh membentuk persahabatan atau permusuhan,
kerjasama atau persaingan, perikatan atau pecah-belah, perdamaian atau peperangan dan
sebagainya.
Justeru, pembentukan atribusi antara kaum perlulah terlebih dahulu memfokuskan kepada
tindakan-tindakan khusus yang dapat memberikan banyak maklumat. Tingkah lakutingkah laku yang menghasilkan kesan yang lazim dan yang tidak lazim begitu berguna
untuk kita memahami sifat-sifat utama kaum lain.
Dalam semua masyarakat, konflik wujud dalam bidang ekonomi tetapi bagi masyarakat
majmuk perbezaan ras dan etnik adalah selari dengan perbezaan ekonomi sehingga
ketegangan dan ketidakstabilan lebih mudah berlaku. Mementingkan unsur etnik dan rasa
ethnosentrisme yang begitu kuat dalam setiap kaum akan menambahkan satu dimensi
baru dalam konteks hubungan etnik. Namun demikian, tidak semua konflik berpunca
daripada perbezaan etnik. Konflik-konflik yang bercorak bukan etnik juga tidak kurang
pentingnya dalam masyarakat.
Pada peringkat global, badan dunia seperti PBB perlu cukup berwibawa dan boleh
memberikan tekanan kepada pihak berkuasa atau negara yang terlibat supaya
melaksanakan keadilan sosial serta memberi ruang dan peluang yang lebih adil kepada
rakyat pelbagai kaum. Misalnya, berakhirnya rejim apartheid di Afrika Selatan yang
mengamalkan diskriminasi kaum berasaskan warna kulit.
Rujukan
Abdul Halim Othman. 1993. Psikologi Melayu. Kuala Lumpur : DBP
Awang Hasmadi Awang Mois. 1997. Hubungan Kaum dan Pencapaiannya. Dlm. Mohd.
Yaakob Hj Johari, Chang Shui Kong & Mary Sintoh (pnyt). Agenda Pembinaan Negara-
10
Bangsa Malaysia Dalam Era Kebangkitan Asia. hlm. 105-120. Kota Kinabalu:Institut
Kajian Pembangunan (Sabah)
Feldman, R.S. 1995. Social Psychology. New Jersey : Prentice Hall
Ma’rof Redzuan. 2001. Psikologi Sosial. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia
Mahmood Nazar Mohamed. 2005. Pengantar Psikologi, Satu Pengenalan Asas Kepada
Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mansor Mohd Noor. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Petaling Jaya : Prentice Hall
Pearson Malaysia Sdn. Bhd
Pandey, J. 1990. Attribution of Causality and Perceived Solutions of Social Problems
dalam Halim Othman dan Wan Rafaei Abdul Rahman (pnyt). Psychology and SocioEconomic Development. Kuala :Lumpur:Percetakan Watan Sdn.Bhd.
Tesser, A. 1995. Advanced Social Psychology. New York : McGraw-Hill,Inc.
Zaid Ahmad, Ho Hui Ling, Sarjit Singh Gill et. al. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
11