PLURALISME DALAM KONTEKS NEGARA POLITIK

1

PLURALISME DALAM KONTEKS NEGARA, POLITIK DAN
MASYARAKAT DI MALAYSIA

Ahmad Zairy Bin Zainol Abidin
Pengenalan

Malaysia adalah sebuah negara yang terbentuk pada tahun 1963, hasil
gabungan beberapa negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Tanah Melayu
yang mencapai kemerdekaannya dahulu pada 1957. Namun begitu, Singapura telah
keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Pembentukan Malaysia adalah berasakan
kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Di dalam Perlembagaan Persekutuan
tersebut, kedudukan Raja, Agama Islam dan Budaya Melayu telah menjadi asas
kepada pembentukan Malaysia. Melalui Perlembagaan Persekutuan kedudukan Raja
dinyatakan di dalam Perkara 32- Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan
Isterinya, dan Perkara 70- Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri. Agama Islam
sebagai agama Persekutuan di dalam Perkara 3- Agama Persekutuan (Agama Islam)
dan berkenaan budaya Melayu di dalam Perkara 152- Bahasa kebangsaan dan Perkara
153- Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang
Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak (Malaysia

1963). Melalui Perlembagaan ini, kedudukan Raja, Agama Islam dan Budaya Melayu
telah dijamin kelangsungannya selagi peruntukan Perlembagaan tersebut tidak ditukar
atau dimansuhkan.

Namun begitu, dalam era globalisasi kini, terdapat perbagai fahaman-fahaman
yang berkaitan dengan kehidupan sosial yang cuba memperjuangkan hak-hak individu
dan hak-hak kesamarataan di kalangan masyarakat. Di antara fahaman yang telah
wujud di Malaysia yang berkaitan dengan perkara ini adalah fahaman pluralisme.
Menurut Karppinen (2007), pluralisme ini adalah satu cabang yang melihat kepada
sesuatu perkara yang perbagai kepada satu aspek dan kepelbagaian itu juga hendaklah
lebih seragam sifatnya. Apa yang dimaksudkan oleh penyataan tersebut adalah di
dalam melihat kepada sesuatu perkara atau bidang contohnya, kepelbagaian yang
wujud hendaklah disatukan dan diseragamkan agar mendapat manfaat kepada semua.

2

Contohnya, kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia yang berasakan kepada
kepelbagaian etnik di Malaysia dilihat sebagai tidak wajar kerana tidak menonjolkan
satu identiti yang dapat mewakili Malaysia secara umumnya. Ini kerana kepelbagaian
budaya yang ada masih dirujuk kepada asal etnik yang membawanya dan bukan

sebagai satu budaya Malaysia.

Kepelbagaian ini mendorong sesetengah pihak untuk melihatkan ia sebagai
satu pendekatan baru dalam menterjemahkan kepelbagaian ini. Pluralisme digunakan
sebagai senjata untuk ditayangkan bagaimana kehendak mereka ini ingin didengari
kepada masyarakat. Antara pemahaman pluralisme yang sedang berakar umbi di
Malaysia adalah pemahaman pluralisme agama.

Pluralisme dan Agama

Menurut Halina Ibrahim (2011), pluralisme agama falsafah pluralisme agama
menganjurkan fahaman bahawa setiap agama mempunyai pandangan, persepsi dan
respons yang berbeza-beza terhadap Tuhan/Kebenaran mutlak (God/The Absolute
Truth). Pluralisme agama cuba menjustifikasikan falsafah ini agar pengiktirafan bukan
sahaja diberikan kepada kewujudan pelbagai agama malahan dakwaan terhadap
Tuhan/Kebenaran Mutlak yang dipegang oleh setiap agama.

Amalan pluralisme adalah satu pendekatan yang menyatakan bahawa
pluralisme cuba menyamaratakan dalam segala hal berkaitan agama yang melihat
bahawa semua agama menyebarkan amalan yang baik dan positif kepada semua

penganutnya, maka kenapa perlu ada perbezaan daripada aspek amalannya di
kalangan penganutnya (Yusri 2010). Kewujudan pemahaman ini walaupun tidak
dibincangkan dengan secara terbuka di khalayak ramai, ia merupakan satu isu yang
boleh menggugat kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Fahaman pluralisme berupaya membentuk satu perubahan sosial yang boleh
mengganggu gugat struktur dalam amalan penganut agama Islam secara umumnya.
Penularan fahaman pluralisme boleh mencetuskan satu polemik agama yang serius.
Menurut Mohamad (2010), beberapa isu yang berkaitan dengan gejala pluralisme

3

adalah isu murtad dan cinta rentas agama, penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara
Agama), perkongsian perayaan dan acara keagamaan yang berkaitan terus dengan
agama lain, penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, isu pengharaman
Yoga bagi umat Islam, mengucapkan salam kepada bukan Islam dan penggunaan
ayat-ayat Al-Quran dan Hadis oleh orang bukan Islam dalam ucapan-ucapan politik.

Amalan secara kesamarataan yang ada ini sekiranya diteruskan akan
mewujudkan implikasi yang negatif kepada penganut agama Islam dan secara tidak

langsung kepada Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedaulatan agama Islam
sebagai agama rasmi negara. Sekiranya pemahaman yang melihat bahawa tiada
sebarang beza di antara satu agama yang lain dengan yang lain, kedudukan agama
Islam sebagai agama rasmi negara bakal tergugat. Kedudukannya sebagai satu agama
utama di negara akan dilihat sebagai tidak lagi relevan. Penerimaan masyarakat untuk
melihat agama Islam sebagai sebuah agama utama tidak menjadi perhatian lagi kerana
mereka berpendapat bahawa agama adalah sebuah entiti yang sama sahaja dengan
agama-agama yang ada yang lain. Ia turut akan memberikan kesan kepada struktur di
Raja di Malaysia.

Pluralisme dan Kedudukan Raja

Semua sedia maklum bahawa kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi
Malaysia dilindungi oleh dua entiti iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Raja-Raja
Melayu. Kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai benteng pertahan kepada kedudukan
agama Islam di negara akan terjejas sekiranya penularan fahaman pluralisme ini tidak
dibendung. Sejarah sendiri telah membuktikan bagaimanakah perkaitan di antara raja
dan Islam saling berkaitan. Daripada zaman kerajaan-kerajaan Alam Melayu
Nusantara seperti Melaka, Pasai, Patani, Brunei, Aceh, Kedah, Sulu, Perak, Kelantan
dan Terengganu, raja-raja pemerintah memegang kuasa tertinggi yang menerajui

pentadbiran negeri dan pemegang panji Islam dalam pemerintahan mereka (Bharuddin
2012). Peranan raja-raja adalah sebagai salah satu simbol kuasa yang berhubung kait
dengan agama Islam.

4

Fahaman pluralisme akan berupaya untuk melenyapkan peranan raja-raja ini
kerana melihat bahawa tidak perlu adanya satu struktur sistem hierarki yang perlu
dikekalkan di kalangan strata masyarakat di mana raja adalah berada di atas
berbanding masyarakat umumnya. Pemahaman pluralisme akan cuba melenyapkan
hak-hak keistimewaan raja-raja dan akhirnya kedudukan raja-raja ini akan terhapus
dan keistimewaan mereka akan hilang. Kehilangan kedudukan sebagai raja-raja
Melayu akan menyebabkan kedudukan mereka sebagai pentadbir dan pemegang panji
Islam akan terhapus dan menggugat kedudukan agama Islam di Malaysia.

Antara kesan yang mungkin berlaku sekiranya keistimewaan terhadap raja-raja
Melayu hilang adalah hilangnya hak mereka untuk bersuara bagi mewakili kuasa
pemerintah ke atas agama Islam yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Kehilangan
kuasa akibat fahaman pluralisme ini akan menyebabkan mereka tidak lagi berupaya
untuk melindungi hak keistimewaan agama Islam di Malaysia. Tindakan untuk

mengimbangi kuasa di antara wakil pemerintah Islam dan bukan Islam akan tiada dan
ini membolehkan hak-hak ke atas agama Islam di mansuhkan dan juga memberikan
kesan kepada bangsa dan budaya Melayu itu sendiri.

Pluralisme dan Budaya Melayu

Pluralisme dalam budaya Melayu sebenarnya telah lama wujud. Menurut
Norisuwanah (2012), pluralisme di dalam budaya Melayu telah menerima pluralisme
seawal zaman pemerintahan Melaka kerana peranan yang dimainkan oleh Melaka
ketika itu sebagai pelabuhan utama di rantau Nusantara menjadikan Melaka lokasi
penerimaan pluralisme yang terawal di Malaysia. Namun begitu pemahaman
pluralisme yang ada tidak menjadi satu kesan langsung pada ketika itu kerana peranan
raja sebagai pemerintah mengawal kesemua apa yang berlaku di tanah jajahan oleh
sebab sistem feudal yang di praktik pada masa tersebut. Peranan raja sebagai
pemerintah mengawal penyebaran fahaman pluralisme yang ada pada ketika itu.

Namun begitu, di era teknologi ini, kekangan atau halangan yang seumpama
sedemikian sudah tidak wujud akibat jaringan sosial yang meluas kesan daripada
penggunaan teknologi. Pendedahan terhadap fahaman pluralisme mudah untuk dicapai


5

dan di interpretasi mengikut fahaman masing-masing. Kesannya mewujudkan
masyarakat ekstrem yang memperjuangkan hak sama rata di kalangan masyarakat
tanpa mengira etnik dan budaya masing-masing. Fahaman pluralisme sebegini
sekiranya diteruskan akan melenyapkan sifat-sifat unik sesuatu budaya terutama
budaya Melayu dalam kalangan masyarakat. Ini kerana pendedahan dan keutamaan
terhadap budaya Melayu tidak lagi dilihat sebagai keunikan etnik Melayu tetapi
sebagai satu budaya yang umum untuk semua.

Penghakisan dalam mengutamakan budaya Melayu berupaya menghilangkan
identiti masyarakat Melayu itu sendiri. Hilangnya rasa sayang dan bangga terhadap
budaya sendiri akan menyebabkan hilangnya jati diri mereka sendiri. Mereka akan
terdedah kepada semua jenis budaya dan akhirnya akan menerima budaya-budaya lain
sebagai budaya mereka sendiri. Ini bakal menyebabkan hilang peranan Melayu
sebagai etnik utama di Malaysia akibat hilangnya fungsi kemelayuan di dalam
Malaysia. Walaupun daripada satu pihak, pemahaman pluralisme adalah sangat baik
kerana berupaya mengekalkan identiti etnik masing-masing, namun di Malaysia
konteks kesamarataan yang dicadangkan akan menyebabkan tiadanya satu etnik yang
utama di kalangan etnik-etnik yang ada dan ini membolehkan hilangnya kuasa orang

Melayu di Malaysia.

Ketiga-tiga elemen iaitu agama Islam, Raja Melayu dan Budaya Melayu
merupakan tulang belakang kepada etnik Melayu dalam pembentukan Malaysia. Ia
merupakan asas kepada pembentukan Malaysia pada awal kemerdekaan Tanah
Melayu pada 1957. Tiga elemen ini menjadi asas kepada kerangka Perlembagaan
Persekutuan yang akhirnya membentuk Malaysia selepas penggabungan Tanah
Melayu dengan Sarawak dan Sabah pada 1963. Namun fahaman pluralisme
memberikan kesan kepada ketiga-tiga elemen tersebut dan seterusnya kepada negara,
politik dan masyarakat Malaysia pada masa kini.

Kesan Pluralisme kepada Negara

Pluralisme yang wujud di Malaysia sejak akhir-akhir ini membentuk kepada
pemikiran sosial yang memandang akan tiadanya sebarang keutamaan dalam sesuatu

6

negara terutama Malaysia akibat daripada hak kesamarataan yang dinyatakan di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Menurut pemikiran pluralisme ini, seharusnya tidak

wujud keutamaan terutama etnik Melayu dalam Malaysia kerana Malaysia
mengiktiraf akan lain-lain etnik juga di dalam Malaysia. Perlembagaan Persekutuan
memberikan hak yang sama kepada semua oleh itu etnik Melayu sepatutnya tidak
mempunyai hak yang lebih berbanding etnik-etnik lain di Malaysia.

Ini merupakan salah faham yang terbentuk akibat pemahaman dan pentafsiran
mudah yang dilakukan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Menurut Mahamad
(2011), di antara salah faham yang timbul adalah anggapan Islam hanya sekadar
agama rasmi sahaja, Malaysia adalah sebuah negara sekular, kesamarataan hak dalam
beragama, dan Islam adalah tertakluk kepada fahaman politik sahaja. Anggapan
bahawa agama Islam adalah sekadar agama rasmi Malaysia tanpa mengerti apa yang
diperkatakan dalam Perlembagaan membawa kepada kekeliruan ini. Dalam
Perlembagaan Persekutuan juga hanya memaklumkan bahawa,
“...Perkara 3: Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan...”
Berdasarkan kepada penyataan berikut, sebenarnya agama Islam merupakan
agama rasmi Malaysia. Oleh itu setiap penduduk Malaysia hendaklah menganut
agama Islam barulah boleh mendapat kerakyatan di dalam Malaysia. Namun begitu,
sambungan kepada ayat yang pertama menyatakan bahawa agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai. Ini memberikan kelonggaran untuk agama-agama
lain menganut agamanya sendiri. Namun begitu, fahaman pluralisme menganggap
bahawa ini adalah sebagai satu tidak adil kerana meletakkan Islam sebagai agama
utama berbanding agama lain sebaliknya beranggapan sehausnya semua agama perlu
berada setara antara satu sama lain.

Pemahaman pluralisme yang inginkan kesamarataan hak ini sekiranya di
biarkan boleh mengganggu gugat struktur pentadbiran negara. Ini kerana sekiranya
pluralisme dalam konteks agama ini diteruskan, Perlembagaan Persekutuan perlu

7

dipinda dan jika ingin meminda mengenai Perkara 3 dalam Perlembagaan ini, isu-isu
berkaitan akan timbul seperti hak keistimewaan Raja dan hak keistimewaan Melayu
turut akan dipinda. Kesan langsungnya boleh mengakibatkan perdebatan yang sangat
sengit dan juga mungkin berkesudahan dengan kekacauan.

Kesan Pluralisme kepada Politik

Perdebatan mengenai hak keistimewaan Raja dan hak keistimewaan Melayu

yang mungkin muncul akibat daripada fahaman pluralisme dalam agama yang
menggoncang keutuhan Perlembagaan Persekutuan juga akan memberikan kesan
kepada politik negara. Sejak mencapai kemerdekaan lagi, sebenarnya fahaman
pluralisme telah mula diterap di dalam pentadbiran negara terutama dalam Parti
Perikatan yang dibentuk oleh UMNO, MCA dan MIC. Parti Perikatan atau kini
dikenali Barisan Nasional merupakan satu contoh dalam menggambarkan bagaimana
pluralisme itu wujud dalam pentadbiran negara. Setiap parti politik yang bernaung di
dalam Barisan Nasional memperjuangkan hak-hak etnik masing-masing sepanjang
mereka mentadbir negara ini. Cuma di dalam perjuangan mereka itu, mereka masih
menghormati akan prinsip-prinsip yang telah dipersetujui sewaktu pembentukan awal
Parti Perikatan. Hak keistimewaan Raja dan hak keistimewaan Melayu masih kekal
diteruskan tanpa sebarang penentangan dengan syarat mereka diberikan hak untuk
menjalankan urusan berkaitan etnik mereka secara bebas. Persefahaman sebegini
menjamin kelangsungan konsep pluralisme dalam pemerintahan sehingga kini.

Namun begitu, fahaman baru dalam melihat bagaimana pluralisme dalam
politik perlu dilakukan mencetuskan pergolakan baru. Generasi-generasi muda
terutamanya melihat pendekatan pluralisme lama yang digunakan adalah tidak sesuai
dan perlunya pendekatan baru dalam melaksanakan konsep pluralisme tersebut.
Mereka melihat bahawa konsep Melayu diutamakan seharusnya tidak lagi ada dan
semua etnik seharusnya mendapat hak yang sama rata. Pendekatan menyamakan
kesemua hak-hak etnik ini juga menjadi salah satu tujuan perjuangan sebuah parti
politik iaitu Parti Keadilan Rakyat di mana Presidennya ketika itu, menyatakan ingin
‘membakulsampahkan’ ketuanan Melayu sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya
menakluki Putrajaya. Isu ini telah menarik Sultan-Sultan Melayu—antaranya Sultan

8

Johor, Perak, dan Selangor menyatakan pendirian baginda berhubung isu tersebut.
Baginda begitu kecewa kerana orang Melayu sendiri ingin menggadaikan
keistimewaan Melayu. Apatah lagi perasaan orang-orang Melayu, NGO Melayu dan
parti politik, sehingga memaksa laporan Polis di buat ke atas kenyataan yang dibuat
oleh Wan Azizah tersebut. Tetapi di pihak orang bukan Melayu, ia sebagai sesuatu
yang positif dan diterima baik (Al-Filsuf 2011).

Perjuangan untuk menyamaratakan hak-hak di kalangan masyarakat terutama
masyarakat Malaysia mula menyusup dalam minda pemikiran generasi muda hasil
daripada perjuangan parti politik sebegini. Mereka melihat bahawa tidak perlu adanya
perbezaan dalam kehidupan, semua seharusnya sama sahaja di antara mana-mana
etnik. Fahaman ini membolehkan perpecahan di kalangan masyarakat.

Kesan Pluralisme kepada Masyarakat

Masyarakat yang mendapat maklumat daripada parti-parti politik yang
memperjuangkan pluralisme ini akan memberikan mereka melihat akan isu ini
daripada satu aspek yang lain. Bagi mereka yang menerima akan pendekatan baru ini
akan turut bersama-sama memperjuangkan dan bagi mereka yang tetap melihat akan
hak keistimewaan Melayu perlu dikekalkan, pertembungan fahaman di antara dua
pihak ini akan timbul. Perbezaan pandangan ini sekiranya dibiarkan akan berupaya
mewujudkan persefahaman yang baru atau sebaliknya. Pandangan oleh S.M. Zakir
(2010) mengatakan bahawa;
“...Persoalan tentang pluralisme mula-mula muncul dalam konteks pemahaman
sosial, yakni hubungan kemasyarakatan dalam suasana baru setelah era penjajahan
kolonial. Apa yang dikatakan suasana baru tersebut ialah munculnya masyarakat
heterogenus iaitu percampuran antara masyarakat peribumi dengan masyarakat
pendatang ataupun kewujudan masyarakat daripada pelbagai etnik yang hidup
bersama. Maka masyarakat baru yang wujud ini adalah sebuah masyarakat plural atau
masyarakat majmuk. Sesuai dengan sifat masyarakat majmuk, ia turut membawa
kepelbagaian cara hidup berlandaskan budaya, agama atau kepercayaan masingmasing etnik. Konsep tentang pluralisme iaitu bagaimana kepelbagaian tersebut dapat

9

diraikan dan seterusnya mewujudkan masyarakat yang bersatu dalam kepelbagaian
tersebut, muncul menjadi pernyataan terhadap keinginan untuk hidup saling menerima
dan meraikan perbezaan. Pluralisme melihat bagaimana pertembungan masa lalu dan
masa kini dapat melakurkan sebuah masyarakat baru yang tidak lagi berpegang
kepada nilai-nilai fundamental etnik, agama, dan budaya yang terpisah-pisah tetapi
sebaliknya mewujudkan sebuah masyarakat baru yang beridentitikan nilai masa
hadapan...”

Walau bagaimanapun, melihat kepada konteks masyarakat kini, fahaman
pluralisme membawa kepada perpecahan dan perbezaan pandangan. Mereka akan
berada di dalam kelompok masing-masing yang memperjuangkan hak masing-masing.
Kepincangan ini akan menyebabkan berlakunya konflik di kalangan masyarakat.

Kesimpulan

Pluralisme dalam Malaysia sebenarnya bukanlah perkara yang baru. Ia telah
wujud sejak dahulu lagi. Perubahan zaman membawa definisi pluralisme tersebut ke
arah sebuah definisi yang memerlukan persefahaman yang lebih utuh di dalam
konteks Malaysia. Pertembungan antara ‘authority define’ dengan ‘everyday define’
mengenai maksud sebenar pluralisme perlu dicapai untuk mengelak perselisihan di
kalangan masyarakat malah di antara parti politik itu sendiri. ‘Authority define’ yang
selama ini dipegang oleh kerajaan perlu dilihat kembali agar selari dengan ‘everyday
define’ kalangan generasi muda yang melihat pluralisme dari kaca mata yang berbeza.

10

Rujukan

Al-Filsuf.

2011.

TEORI

PLURALIS:

DALAM

PERKEMBANGAN POLITIK

MALAYSIA. 15 Januari.

Bharuddin Che Pa. 2012. “Institusi Raja Dan Peranannya Terhadap Penyebaran Islam
Di Alam Melayu Nusantara.” Dalam Membongkar Rahsia Pendidikan Islam,
oleh Norarfan Zainal, Abdul Razak Abdul Kadir, Kharhan Jait dan Mohd
Syahiran Abdul Latif, 978. Bandar Seri Bagawan: Kolej Universiti Perguruan
Ugama Seri Begawan.
Halina Ibrahim. 2011. “Dari Keperbagaian Agama Kepada Pluralisme Agama:
Sejarah

Perkembangan.”

SEMINAR

AL-QUR'AN

DAN

CABARAN

PLURALISME AGAMA: PENGAJARAN MASA LALU, KEPERIHALAN
SEMASA DAN HALA TUJU MASA DEPAN. Kuala Lumpur: Unpublished. 1-

22.
Karppinen, Kari. 2007. "Making a difference to media pluralism:a critique of the
pluralistic consensus in European media policy." In Reclaiming the Media:
Communication Rights and Democratic Media Roles, by Bart Cammaerts and

Nico Carpentier, 9-30. Bristol: Intellect Ltd.
Mahamad Naser Disa. 2011. ISLAM AGAMA NEGARA: Undang-Undang Tertinggi
Negara. Pembentangan Kertas Kerja, Kuala Lumpur: Majlis Perdana Ulama’ –

Umarak + Imam Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia.
Malaysia. 1963. Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Kerajaan
Malaysia.
Norisuwanah Jaffar. 2012. Pluraliti dan Masyarakat Pluralistik di Malaysia . Kota
Kinabalu, 13 Mac.
S.M. Zakir. 2010. PLURALISME DAN KEKELIRUAN AGAMA. 21 Oktober.
Yusri Mohamad. 2010. "Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan
Awal." Wacana Membentras Pluralisme Agama dan Pemurtadan Umat. Kuala
Lumpur:

Pertubuhan

Muafakat

Sejahtera

Masyarakat

Malaysia

(MUAFAKAT), JAKIM, JAIS, ACCIN dan Permuafakatan NGO WP. 1-11.