CITRA ISLAM DALAM PEMBENTUKAN MANUSIA ME

jurnal Pengajian Meiayu, jilid 15, 2005

CITRA ISLAM DALAM PEMBENTUKAN
MANUSIA MELAYU MODEN DI MALAYSIA:
SUATU ANALISA1
Rahimin Affandi Abd. Rahim

Pengenalan
Dalam lipatan sejarah Malaysia, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa
status kemerdekaan yang diperoleh oleh negara Malaysia tidak
memberikan sifat mandiri yang sejati dan boleh dibanggakan oleh
manusia Melayu. Dalam banyak hal, khususnya dalam soal bentuk
pemerintahan sebuah negara bangsa,2 sifat dan paradigma pemikiran
manusia Melayu masih lagi kekal mengikut paradigma warisan penjajah
British,3 yang dilihat berpunca daripada proses penjajahan pemikiran4
yang telah berjalan selama lebih dari 450 tahun.
Namun begitu, keadaan ini telah mula berubah berpunca dari
pelbagai faktor yang muncul di zaman pasca merdeka, seperti peristiwa
13 Mei 1969 dan yang terpenting sekali adalah fenomena kebangkitan
semula Islam era 1970an. Atas dasar tersebut kertas kerja ini akan cuba


19

Jurrwl I'engaji1m Meltzyu, Jilid 15, 2005

melihat bagaimana faktor kebangkitan semula Islam telah menjadi faktor
terpenting yang membentuk manusia Melayu moden.5

Peranan Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu-Islam
Moden
Islam dan jati diri keagamaan manusia Melayu moden
Sebelum kedatangan kuasa penjajah barat, masyarakat alam Melayu
(Nusantara) telah pun mempunyai tamadun material dan intelektual
yang tinggi dan cemerlang.6 Akan tetapi kecemerlangan dan ketinggian
ini sebelum kedatangan Islam tidak mempunyai asas perpaduan7 dan jati
diri yang membezakannya dengan rumpun bangsa yang lain.8
Kemudiannya, dengan kedatangan Islam ke rantau ini, rumpun Melayu
telah menemui asas jati diri yang sebenar iaitu agama Islam yang kekal
sehingga sekarang.9 Penetapan asas jati diri Islam ini telah diakui oleh
kalangan akademia yang membahagikan ras bangsa masyarakat dunia
kepada lima jenis; Caucasian (kulit putih), Negroid (kulit hitam),

Mongolian (kulit kuning), Red Indian (kulit merah), dan Melayu
Polinensia (kulit sawo matang).10 Dalam kerangka pembahagian ini, ras
Melayu telah digunakan dengan merujuk kepada tiga elemen utama, iaitu
pertama, beragama Islam, kedua, mendiami kawasan Nusantara yang
merangkumi Gugusan Kepulauan Melayu, Polinensia dan Madagaskar,11
dan ketiganya, mengamalkan sosiobudaya dan menggunakan bahasa
Melayu.12
Punca utama yang menyebabkan masyarakat Melayu memilih Islam
sebagai asas jati diri kemelayuan (Malayness) 13 telah dilihat oleh
kebanyakan sarjana moden antara lainnya adalah kerana kesucian dan
kesempurnaan ajaran Islam itu sendiri yang boleh dijelaskan dengan
beberapa penerangan;

1.

20

Ajaran Islam amat bersesuaian dengan psikologi dan mentaliti
masyarakat Melayu yang mengamalkan cara hidup yang lemah
lembut 14 dan bersifat alami (menghormati keharmonian

alam). 15

Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Modm Di Malaysia: Suatu Analisa

2.

Sifat ajaran Islam yang mudah difahami, rasional, dan sesuai
dengan fitrah manusiawi berbanding dengan agama lain. 16

3.

Cakupan agama Islam tidak bersifat perkauman yang terhad
kepada sesuatu bangsa semata-mata, 17 tetapi merangkumi
kesemua ras manusia sedunia yang dibina di atas asas
persaudaraan (ukhuwah). 18 Asas persaudaraan ini juga tidak
menerima segala bentuk pembahagian kasta manusia yang
mengakui semua manusia adalah sama martabatnya di sisi
Allah. 19

Pemilihan Islam sebagai asas jati diri ini ternyata telah

menguntungkan masyarakat Melayu kerana seperti mana berlaku kepada
masyarakat Arab, Islam juga telah mengangkat martabat tamadun Melayu
ke peringkat amarabangsa. 20 Proses ini antara lainnya telah menimbulkan
semangat perpaduan (internationalism) di kalangan umat Melayu bahawa
kedudukan mereka di dalam kerangka Tauhid, Ummah, dan ukhuwah
bukan terhad kepada lingkungan kawasan dan sejarah alam Melayu
semata-mata bahkan turut membabitkan kesemua umat Islam seluruh
dunia dari setiap zaman dengan warisan tamadun yang tinggi. 21
Dengan konsep jati diri ini, umat Melayu berasa berbangga
menganut Islam yang menjadikan mereka sebahagian daripada
serangkaian ummah Islam, seperti mana halnya golongan Arab yang
dipandang mulia oleh masyarakat Melayu.22 Faktor inilah juga yang
menyebabkan di dalam sejarah alam Melayu kerap berlaku penentangan
umat Melayu terhadap kuasa penjajah barat yang dianggap sebagai kuasa
kafir23 dan ha! ini telah diakui sendiri oleh mubaligh Kristian yang
mengatakan bahawa orang Melayu sebagai golongan yang kuat berpegang
kepada agama Islam.24 Apa yang jelasnya, sifat kemelayuan yang begitu
sebati dengan Islam ini telah mengakibatkan sebarang serangan yang
dibuat terhadap Islam akan dianggap seperti serangan yang dibuat
terhadap asas kebudayaan Melayu.25

Seterusnya, atas dasar ukhuwah dan ummah Islam26 ini, semua umat
Melayu yang mendiami rantau alam Melayu telah berjaya disatukan dan
menjalin hubungan yang erat sesama penganut Islam. Dalam soal ini,
kita boleh melihat dua bentuk jalinan yang telah ditimbulkan oleh Islam.
Iaitu:21

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id I 5, 2005

Pertama, hubungan intelektual yang mementingkan ilmu
pengetahuan berasaskan pemupukan budaya ilmu yang sejati.27
Hubungan intelektual ini telah dijalinkan terutamanya yang
bersangkutan dengan keperluan kepada tenaga-tenaga ulama untuk
membantu usaha menyuburkan Islam di alam Melayu. Hal ini terbukti
apabila setiap kawasan di alam Melayu mengamalkan sikap terbuka yang
menerima kehadiran seseorang ulama luar dan kerap dilantik sebagai
pakar rujuk untuk sesuatu institusi Islam.28 Begitu juga setiap kawasan
saling bergantungan antara satu sama lain di dalam menentukan sesuatu
pegangan keagamaan Islam. Sebagai contohnya, walaupun Sheikh
Nuruddin al-Raniri berasal dari India, tetapi ia telah dilantik sebagai
pakar rujuk utama untuk kerajaan Acheh.29 Begitu juga banyak persoalan

agama yang rumit yang berlaku dalam kerajaan Melaka telah dirujuk
secara rasmi kepada jemaah ulama di Acheh.30 Oleh sebab itu, dalam
kerangka ini tidak hairanlah kalau ulama Patani dan kawasan lain telah
diterima secara positif oleh masyarakat Tarrah Melayu.
Kedua, hubungan politik dan diplomatik Islam antara kerajaan alam
Melayu dengan kerajaan Islam dunia. Hubungan politik ini telah dilihat
sebagai mampu memperkukuhkan keadaan politik dalaman sesebuah
kerajaan Melayu Islam.31 Mana-mana musuh asing yang beragama selain
Islam seperti Kristian dan Buddha yang bertindak menceroboh sesebuah
wilayah umat Islam akan dianggap sebagai musuh dan kerap kali bantuan
ketenteraan telah turut diberikan oleh kerajaan Islam alam Melayu yang
lain.32
Dalam soal ini peranan politik kesultanan Islam tempatan di alam
Melayu amat besar sekali dilihat bukan setakat daripada tindakan
menjemput ulama Islam asing selaku penasihat untuk usaha
pemerintahan negara,33 bahkan juga rurut menjalin hubungan erat
dengan pemerintah kota Mekah. Hubungan ini telah mendedahkan alam
Melayu kepada masyarakat Islam di Timur Tengah yang kemudiannya
secara langsung telah memesatkan lagi jalinan intelektual antara kedua
kawasan ini.34

Dalam perkembangan selepas merdeka, khususnya di dalam era
1970an, terdapat sekumpulan generasi muda Melayu yang boleh
dikatakan sebagai nucleus utama kepada kebangki tan Islam yang
mengkaji akar umbi kebanggaan masyarakat Melayu yang berpunca

22

Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia: Suatu Analisa

daripada faktor agama Islam.35 Hal ini boleh dilihat sebagai contohnya
daripada usaha S.M.Naquib al-Attas yang menolak status bapa sastera
Melayu moden yang sebelumnya dinisbahkan kepada Abdullah Munsyi,
yang dikatakan terlalu mengagung kewibawaan pihak British, sehingga
melupakan sumbangan yang pernah dimainkan oleh sarjana MelayuIslam silam. Sebaliknya, beliau telah menegaskan peranan Hamzah
Fansuri yang mengikutnya telah bertanggungjawab melakukan
pemodenan intelektual Islam di kalangan masyarakat Alam Melayu.36
Tindakan ini secara langsung telah berjaya menghakis trend yang
melupakan sumbangan Islam kepada rantau Alam Melayu dan
menganggap kuasa British sebagai penyelamat masyarakat Melayu, yang
rata-rata secara kuat dipegang oleh serangkaian pemimpin masyarakat

Melayu.37 Seperti ditegaskan oleh Ahmad Hussain, golongan yang
mewakili Dominant Tradition ini telah mula tercabar dengan usaha
golongan penentang ini.38 Trend ini kemudiannya telah sedikit sebanyak
mempengaruhi sarjana Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu. Hal ini
boleh dilihat daripada trend yang cuba menilai keberkesanan kebanyakan
program dan disiplin pengajian keilmuan, yang didorong dengan
semangat dan jiwa merdeka, dengan harapan ianya dapat berusaha
menilai semula, menolak paradigma warisan penjajah dan menokok
tambahnya dengan nilai-nilai baru yang lebih sesuai dengan realiti
Malaysia.39
Proses penemuan semula asas jati diri Melayu Islam ini
kemudiannya telah diperkukuhkan lagi keutuhannya dengan pelbagai
teori yang dikemukakan oleh sarjana Melayu selepas merdeka, seperti
teori WAGASI Islam, teori peranan Islam di dalam membentuk ketuanan
Melayu,40 teori pembentukan tamadun Melayu-Islam alaf baru,41 dan
teori kemajuan (progressifj yang terkandung di dalam ajaran Islam.42 Apa
yang lebih penting lagi, kesemua teori-teori ini cuba menonjol asas
kepercayaan world-view Tauhid masyarakat Melayu dan sekali gus
menjadikannya sebagai asas perpaduan dan kebanggaan masyarakat
Melayu moden.

Oalam perkembangan pada tahun-tahun 1990an, telah muncul
beberapa cubaan bagi mengugat asas jati diri ini dalam bentuk
penyebaran idea yang anti Islam seperti penolakan hadis Rasulullah,43
penghinaan terhadap Rasulullah,44 dan krisis murtad di kalangan anak

23

Jurnal Pengajian Melayu. jilid 15. 2005

gadis Melayu.45 Apa yang boleh dibanggakan adalah kebanyakan
masyarakat Melayu moden telah menunjukkan respon yang cukup
sensitif terhadap semua perkembangan ini, yang dijelmakan dalam
pelbagai benruk tindakan, seperti tindakan Persatuan Ulamak Malaysia
yang mengadu keburukan trend ini kepada Majlis Raja-Raja Melayu.46
Pendek kata, tidak seperti dilakukan oleh masyarakat Barat yang
mengamalkan sikap tidak kisah terhadap tindakan yang menghina inti
pati asas agama Kristian, masyarakat Melayu moden telah melakukan
ha! yang sebaliknya. Tindakan ini didorong dengan rasa tanggungjawab
keimanan untuk membela keutuhan agama Islam yang menjadi asas
identiti kemelayuan masyarakat Melayu.

Jika dirujuk kepada teori yang dibuat oleh Prof. Hashim Musa
terhadap tipologi sejarah tamadun alam Melayu, mendapati pembinaan
tamadun Melayu ini telah diasaskan dengan enam pandangan world-view
yang bersumberkan wahyu Allah. Keenam-enam pandangan ini telah
menjadi pegangan utama masyarakat Melayu sehingga sekarang yang
terdiri antara lainnya;47
(1)

Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah yang mencakupi alam

primordial (arwah), alam dunia, dan alam akhirat. Alam akhirat
adalah destinasi dan natijah muktamad dari kehidupan di alam
dunia. Kejayaan hakiki di alam akhirat adalah dapat memasuki
syurga dan kejayaan di alam dunia adalah ketaatan kepada
Allah.

24

(2)


Islam adalah panduan daripada Allah sebagai al-Din yang
mengandungi segala peraturan bagi segala gelagat hidup di
dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki
mereka.

(3)

Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang
baik dan sebaliknya pembalasan yang buruk unruk amalan
yang buruk.

(4)

Wawasan, misi, objektif, niat, srrategi, dan operasi segala
bidang kerja hendaklah salih, benar, dan memaruhi segala aspek
hukum Islam tanpa kompromi, manipulasi, dan tolak ansur.

Citra Islam Dalam Pembentukan 1'1anusia Melayu Moden Di Malaysia: Suatu Analisa

(5)

Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala perkara yang membantu
pembentukan insan yang beriman, beramal soleh, dan
berakhlak mulia yang manfaatnya dapat dinikmati sama oleh
orang lain.

(6)

Kehidupan pertengahan dan seimbang antara jasmani, akali,
dan rohani berasaskan kepada ilmu pengetahuan dalam bentuk
fardhu Ain dan fardhu kifayah.

Islam dan kesedaran politik Melayu moden
Pengaruh pandangan Islam yang sering dikatakan sebagai political
Islam oleh sarjana Barat telah merebak dengan cukup meluas di kalangan
massa di Malaysia dalam era tahun l 970an. Hal ini boleh diruj uk dari
perkembangan pengedaran buku-buku Islam dari luar sama ada dalam
bentuk asli ataupun terjemahan yang cukup meluas sekali.48 Kebanyakan
buku-buku ini telah menerangkan ten tang perbandingan di antara sistem
politik Islam dengan sistem politik Barat yang menonjolkan perbezaan
yang cukup jelas, khususnya apabila dirujuk kepada prinsip politik Islam
seperti Hakimiah, Khalifah, jahiliah moden, Syura, dan Siyasah Syariah.
Kesemua prinsip politik Islam ini yang dibandingkan dengan realiti
politik semasa di Malaysia yang lebih condong kepada pendekatan ala
Barat telah menimbulkan kematangan kesedaran politik di kalangan
masyarakat Melayu.
Proses kematangan ini juga telah dimangkinkan lagi dengan
perkembangan suasana politik semasa tahun-tahun 1980an yang
menyaksikan dominasi sistem politik Malaysia yang berteraskan fahaman
sekularisme dan menjadikan Islam sebagai persoalan ritual sematamata,49 telah mula berubah dengan naiknya Dr. Mahathir Mohamad
sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat. Bertentangan dengan dasardasar Perdana Menteri sebelumnya, Dr. Mahathir Mohamad secara
langsung telah turut menerapkan pelbagai prinsip Tajdid Islam
dalam pemerintahan negara yang merangkumi aspek pentadbiran,
perundangan, ekonomi, pendidikan, dan aspek politik itu sendiri.50
Akibatnya, kita dapat menyaksikan beberapa perkembangan positif
yang menunjukkan kematangan politik manusia Melayu. Di antaranya;

25

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 15, 2005

26

(1)

Demi mengekalkan survival politik Melayu, berhadapan
dengan tekanan politik daripada pihak bukan Melayu, pihak
pemerintah Melayu dalam kebanyakan pembentukan dasar
negara masih lagi mengekalkan prinsip ketuanan Melayu yang
berasaskan kepada Islam. Mengikut Wan Mohd Nor Wan
Daud,51 prinsip ketuanan Melayu ini berpunca dari tiga sebab
yang utama; pertamanya, sifat awal dan ketinggian tamadun
Tanah Melayu yang telah dibina oleh manusia Melayu,
keduanya; nisbah pengorbanan dan darah manusia Melayu
yang telah banyak dicurahkan untuk mempertahankan Tanah
Melayu menghadapi penjajahan kuasa luar, dan akhirnya
keriga, sifat toleransi dan kesudian manusia Melayu menerima
bersama golongan bukan Melayu untuk tinggal menetap di
Tanah Melayu. Maksudnya, walaupun pihak berkuasa politik
Melayu cuba menerapkan prinsip politik ala pluralisme demi
memastikan perpaduan semua kaum di Malaysia, tetapi asas
jati diri dan ketuanan Melayu yang berteraskan Islam masih
tetap secara teguh dipertahankan.

(2)

Timbul kesedaran perpaduan di kalangan parti-parti politik
Melayu di atas wadah perpaduan agama, berhadapan dengan
cabaran luar dan dominasi politik golongan bukan Melayu.52
Dalam pertemuan muzakarah di tahun 2002 yang
dilangsungkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, semua titik
perpecahan umat Melayu Islam yang merangkumi sifat hormat
kepada dominasi Barat, taasub kepada parti dan kejahilan telah
dipersetujui dan dicerakinkan dengan cukup terperinci oleh
parti-parti politik Melayu. 53

(3)

Berlaku perubahan trend di dalam soal pemilihan ketua polirik
orang Melayu (PAS dan UMNO) kepada bentuk yang lebih
terbuka dan berasaskan kriteria Islam. Hal ini boleh dilihat
daripada perubahan pendekatan pemilihan ketua polirik
warisan tradisional yang biasanya terhad kepada kelas
bangsawan dan ulamak semata-mata54, kepada golongan
profesional Melayu yang menjanjikan bentuk pemikiran yang
lebih dinamik.55

Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia: Suatu Analisa

(4)

Isu-isu akhlak Islam telah dijadikan kriteria utama di dalam
pemilihan ketua politik Melayu. Pelbagai cabaran telah mula
dilakukan terhadap pendekatan pemilihan ketua yang lebih
berasaskan kepada kepentingan kebendaan semata-mata. Apa
yang jelasnya, sifat sesetengah rokoh korporat Melayu baru
yang menceburi bidang politik untuk tujuan mendapatkan
pulangan projek yang menguntungkan telah secara serius mula
dicabar. Setiap ketua yang inginkan diri mereka diterima
bertanding untuk sesuatu jawatan politik perlu menggunakan
prinsip-prinsip Islam sebagai asas untuk menunjukkan
keabsahan kepimpinan mereka.56

(5)

Sifat penerimaan parti politik Islam Melayu (PAS) terhadap
konsep pilihan raya berasaskan sistem demokrasi dan sekali gus
menolak pendekatan revolusi.57 Apa yang jelasnya, parti PAS
tidak bersikap pasif di dalam menerima pakai sistem ala
demokrasi ini, tetapi telah bertindak mengkaji dan
menerangkan kesesuaiannya dengan ajaran Islam iru sendiri.58

(6)

Sifat keberanian masyarakat Melayu untuk menyatakan protes
terhadap sesuatu dasar dan pendekatan yang tidak dipersetujui
ataupun dilihat bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Hal ini
boleh dilihat dengan cukup jelas daripada kemenangan parti
PAS di dalam pilihan raya tahun 1990 dan 1999 yang berjaya
menawan negeri Kelantan dan Terengganu - diakibatkan
kononnya kerana isu kepincangan perjalanan pentadbiran
negara serta isu penindasan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim
yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa kerajaan.59

(7)

Pengaruh Islam yang lebih progresif telah dilihat menyerap
masuk ke dalam kedua-dua parti politik Melayu, yang
menjadikannya lebih relevan kepada kehendak Islam
masyarakat Melayu.60 Sebagai contohnya, UMNO telah
dianggap sebagai parti politik Islam yang terbesar di dunia,61
yang sering diabsahkan dengan sokongan kuat daripada
beberapa orang tokoh ulamak Islam di peringkat antarabangsa,
yang secara terang-terangan menyokong kuat seriap dasar yang
bercorak Islam yang dilaksanakan untuk kepentingan umat
Islam.62

27

jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 15, 2005

(8)

Isu-isu yang menyentuh persoalan Islam dan pembangunan
kerap menjadi isu utama yang perlu diperhatikan dengan lebih
serius oleh kedua buah parti politik Islam, demi menjadikan
mereka sebagai parti yang diterima ramai oleh kalangan
pengundi Islam di Malaysia.63 Hal ini boleh dilihat daripada
perubahan sikap pengundi Melayu baru yang terdiri dari
golongan profesional yang telah menganggotai parti PAS
kerana tertarik dengan pendekatan Islam bentuk moden yang
diperjuangkan oleh parti ini, dan sekali gus menolak dakwaan
bahawa parti PAS adalah parti orang kampung dan lulusan
agama semata-mata.64 Begitu juga halnya dengan parti
UMNO, yang telah turut dianggotai oleh kalangan lulusan
agama dan golongan profesional Melayu yang mendukung
perjuangan bagi meningkatkan martabat umat Islam.65

Islam dan pembentukan golongan intelektual Melayu moden
Pengaruh Islam juga dapat dilihat telah melahirkan beberapa
perkembangan menarik membabitkan kewujudan kelas intelektual
Melayu moden yang lebih berjiwa Islam dalam segenap segi. Hal ini
dapat dilihat daripada pelbagai perkara, antaranya;
Pertama, wujudnya pelbagai mekanisme dan institusi pendidikan
yang telah melahirkan golongan inteligensia Melayu moden yang mampu
berfungsi bukan setakat sebagai warganegara yang baik, bahkan juga
dapat bertindak sebagai intelektual ummah yang lebih kompeten.
Pengaruh ini dapat dilihat di dalam semua lapisan masyarakat
merangkumi sistem pendidikan menengah, IPTA dan kalangan pekerja
berkolar biru.
Sebagai lanjutan daripada perkembangan kesedaran Islam, pelbagai
usaha reformasi sistem pendidikan negara turut dijalankan secara
berhemah. Pada zaman selepas merdeka, pada dasarnya pihak kerajaan
masih lagi meneruskan dasar pendidikan liberal ala barat warisan
penjajah British, yang kononnya bakal membangunkan negara merdeka
ini kepada suatu negara maju seperti negara barat. 66 Kemudiannya, demi
untuk memastikan agar agenda perpaduan kaum dan penyediaan tenaga
kerja mahir boleh dijayakan melalui sistem pendidikan negara, pelbagai
Jawatankuasa Pendidikan (Penyata Razak - 1956, Akra Pendidikan - 1961

28

Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia: Suatu Analisa

dan Laporan Rahman Talib - 1961) yang mengkaji keberkesanan dua
agenda ini telah ditubuhkan.
Gelombang kebangkitan Islam kemudiannya turut terpengaruh
kepada sektor pendidikan negara, apabila pelbagai kegagalan akibat dari
pengekalan dasar pendidikan ala barat telah dikesan dengan meluas di
Malaysia. 67 Hal ini telah dijelaskan sebagai;
"Hasil kajian semula dasar pendidikan nasional bagi jangka waktu
1975-1980 yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati jurang
perbezaan yang ketara di antara pencapaian akademik clan
kemahiran yang agak baik berbanding dengan tahap kemerosotan
pembentukan sahsiah insan yang dihasilkan, clan sesuatu yang
konkrit harus dilakukan sebelum keadaan menjadi lebih serius." 68

Apa yang jelasnya, terdorong dengan masalah krisis moral ini yang
terhasil daripada kegagalan sistem pendidikan sebelumnya, suatu
jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji persoalan ini,
dan sebagai hasil beberapa perubahan telah dijalankan, seperti;
(i)

Nama Kementerian Pelajaran telah ditukar kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia yang membawa paradigma
berbeza iaitu kementerian yang bakal memberikan pendidikan
sejati ke arah yang lebih bersesuaian dengan prinsip moral dan
bukannya terhad kepada pemberian pelajaran semata-mata. 69

(ii)

Falsafah Pendidikan Negara yang berteras konsep kesepaduan
antara intelek, emosi, rohani, dan jasmani telah diwujudkan.
Falsafah Pendidikan Negara ini berbunyi: "Pendidikan di
Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara." Apa yang jelasnya, usaha mewujudkan

29

Jurnal Pengajian Melayu, jilid 15, 2005

Falsafah Pendidikan Negara ini secara langsung menunjukkan
bagaimana teori menyepadukan elemen roh, jasad, dan akal
yang bakal menghasilkan manusia yang mempunyai
keseimbangan emosi telah diterapkan dalam sektor pendidikan
di Malaysia sehingga kepada asas yang paling substance sekali. 70
(iii) Bagi menghidupkan Falsafah Pendidikan Negara ini dua
bentuk kurikulum baru yang mengamalkan sistem pendidikan
bersepadu, KBSR dan KBSM telah diwujudkan menggantikan
sistem kurikulum yang lama. Kedua-dua KBSR dan KBSM ini
memberikan penekanan asas kepada usaha pembentukan
sahsiah, peribadi, emosi, dan semangat tanggungjawab kepada
diri, masyarakat, dan alam sekitar. 71
Merujuk khusus kepada IPTA yang ada di dalam negara, bibit
kebangkitan Islam juga telah menjana proses reformasi pendidikan di
IPTA. Untuk memperjelas realiti ini, tumpuan khusus akan diberikan
kepada apa yang telah dilakukan oleh APIUM, di dalam menerapkan
pendekatan tajdid bagi keperluan melahirkan lulusan pengajian Islam
yang kompeten dalam keilmuan tradisi Islam dan keilmuan moden,
ditambah pula dengan kemahiran sosial yang amat diperlukan untuk
konteks Malaysia semasa. 72 Secara ringkasnya, untuk mencapai hasrat ini
dan juga menghakis segala nisbah keburukan yang sering dikaitkan
dengan IPTA aliran Islam, APIUM telah menerapkan pelbagai
pembaharuan penting, seperti;
(i)

30

Menekankan subjek keagamaan Islam yang lebih menjuruskan
kepada realiti Malaysia semasa dan bukannya bertumpu kepada
realiti bukan Malaysia (Timur Tengah) daripada zaman
pertengahan silam. Sebagai contohnya, APIUM
memperkenalkan subjek Fiqh Malaysia (Fiqh Kontemporari)
di dalam kurikulum pengajian Syariah di peringkat ijazah
pertama dan pasca siswazah. 73 Gagasan Fiqh Malaysia tempatan
ini adalah bagi menyediakan jawapan penyelesaian Islam untuk
permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia semasa
dan bukannya bergantung kepada warisan Fiqh silam yang
tidak bersesuaian dengan realiti masyarakat Malaysia semasa. 74

Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Me!ayu Maden Di Malaysia: Suatu Analisa

(ii)

Menekankan kepentingan membangunkan kaedah
penyelidikan yang bersifat semasa terhadap disiplin pengajian
Islam. Hal ini boleh dibuat dengan menanamkan ke dalam diri
seseorang sarjana Islam tentang kepentingan penyelidikan
ilmiah dalam usaha mengangkat martabat ummah. 75 Apa yang
menyedihkan adalah kedapatan sesetengah orang yang
beranggapan bahawa sesuatu perjuangan Islam hanya perlu
dilakukan dalam kegiatan politik semata-mata dan memandang
rendah terhadap kegiatan keilmuan yang membabitkan
penyelidikan ilmiah. Sikap simplistik ini menjadikan seseorang
Islam itu lebih banyak bercakap dalam soal perjuangan tanpa
mengisi madamat perjuangannya dengan pengisian keilmuan
yang bermakna. 76

(iii) Menerapkan S&T di dalam pengajian keilmuan Islam. 77
(iv) Memperkenalkan subjek yang boleh menjanakan daya kritikal
dan kebolehan menyelesaikan masalah semasa kepada pelajar. 78
Begitu juga halnya dengan trend pihak kerajaan yang
memperkenalkan konsep Pembangunan Insan. Berbanding dengan
sasaran golongan pelajar, konsep Pembangunan Insan ini lebih
dikhususkan kepada golongan pentadbir dan golongan yang terlibat
dengan decision making di dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta.
Trend dan konsep Pembangunan Insan ini timbul di Malaysia pada era
tahun l 970-1980an, juga disebabkan oleh kesedaran sesetengah golongan
pemikir Melayu terhadap kegagalan sistem pembangunan sumber
manusia ala Barat di dalam melahirkan golongan pekerja yang seimbang
di antara kelulusan yang tinggi dengan pencapaian sahsiah diri yang
baik. 79 Kesedaran ini timbul dengan begitu meluas sekali dimangkinkan
dengan dua faktor yang utama, pertamanya, keghairahan pihak pentadbir
Melayu sendiri untuk merujuk kepada penyelesaian Islam terhadap
masalah krisis nilai dan penyelewengan kolar biru yang berlaku di dalam
perkhidmatan awam, 80 keduanya, kebanjiran buku-buku reformasi Islam
daripada luar negeri sama ada dalam bentuk eeks yang asal ataupun
terjemahan di Malaysia. 81
Pada peringkat awalnya, program Pembangunan Insan ini telah
dijalankan oleh badan perundingan swasta yang kemudiannya telah

31

jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 15, 2005

diterapkan secara bersepadu oleh INTAN sendiri di dalam program
latihan pembangunan dan perkembangan kerjaya unruk kakitangan
kerajaan. Apa yang boleh dibanggakan, program Pembangunan Insan
anjuran INTAN ini telah turut diperkukuhkan asasnya dengan bantuan
daripada beberapa orang sarjana Melayu-Islam yang ternama, seperti
Muhammad Kamal Hassan, Syed Muhammad Naqiubb al-Attas, Wan
Mohd Nor Wan Daud, dan sebagainya. 82 Gagasan Pembangunan Insan
ini dalam bentuk asas, kaedah operasi, dan penilaian telah diterbitkan
di dalam beberapa buah buku asas yang dipakai unruk semua program
latihan dan kerjaya anjuran INTAN dan jabatan kerajaan yang lain.
Dalam banyak hal, program Pembangunan Insan ini mengandungi
beberapa elemen yang utama;
(i)

Penggunaan sepenuhnya teori jalinan roh, jasad, dan akal
dalam melahirkan pekerja yang tinggi nilai akauntabilitinya di
dalam menjalankan sesuatu pekerjaan sebagai ibadah, bagi
memperoleh kejayaan (Falah) dan mengelakkan kerosakan
(khusran).83

(ii)

Penggunaan kerangka ilmu akhlak dan tasawuf bagi tujuan
pembersihan jiwa (Tazkiyah al-Nafi) seseorang pekerja melalui
pelbagai formula ala tasawuf seperti menanamkan kepentingan
budaya ilmu, Muhasabah, Tafakur, zikir, taubat, kepentingan
sifat Mahmuddah (terpuji) dan keburukan sifat Mazmumah
(tercela), Qiyamul fail, dan sebagainya.84 Apa yang jelasnya,
pengamalan formula-formula ini dapat mendidik dan
membangunkan potensi elemen jasad dan roh manusia yang
merupakan punca urama kepada pembentukan emosi manusia,
menjadikannya lebih tenang dan seimbang.85

(iii) Menanamkan peranan Allah di dalam mengatur kehidupan
manusia, yang mana dalam banyak hal telah menjadikan ujian
fizikal, fikiran, dan emosional sebagai kaedah utama untuk
menguji dan mendidik manusia agar menjadikannya sebagai
insan yang teguh kekuatan fizikal, mental, dan spiritual.86
Kedua, wujudnya sarjana Melayu yang telah melahirkan gagasan dan
pandangan bernas tentang bagaimana kelas intelektual Melayu moden

32

Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia: Suatu Analisa

perlu beroperasi di dalam masyarakat agar lebih bersesuaian dengan nilainilai Islam dan bertentangan dengan konsep intelektual barat yang
berteraskan faham sekularisme.87 Seperti mana diperincikan oleh Azra
Ayumardi tentang sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh seseorang
intelektual Muslim,88 sarjana Melayu moden juga turut melakukan ha!
yang sama, seperti;
(i)

Keperluan bagi seseorang intelektual mengamalkan keteguhan
pendirian (istiqamah) dalam perjuangan dan tidak mudah lalai
dan leka dengan perkembangan positif yang telah dicapai
daripada gerakan kebangkitan Islam era l 970- l 990an. Apa
yang jelasnya, mengikut Muhammad Abu Bakar kerana terlalu
leka dengan perkembangan positif ini menyebabkan sesetengah
kalangan ummah Melayu-Islam terlepas pandang terhadap
perkembangan fahaman sekularisme yang turut sama merebak
secara meluas di dalam masyarakat.89

(ii)

Keperluan melakukan penganalisasan kritikal terhadap konsep
intelektual semasa90 yang cuba menisbahkan lulusan agama
dengan pelbagai nisbah negatif yang tidak sesuai dikaitkan
dengan sifat seseorang intelektual yang amat diperlukan untuk
zaman moden. Sebaliknya, berbanding dengan lulusan agama,
lulusan bukan agama walaupun tidak dibekali dengan
paradigma dan semangat pemikiran Islam yang jelas, telah
ditonjolkan sebagai penyelamat umat Melayu Islam moden.91

(iii) Keperluan untuk menjalinkan hubungan dan prihatin dengan
nasib umat Islam lain di seluruh dunia,92 termasuk juga perlu
prihatin dengan perkembangan dialog peradaban yang
menyaksikan kelemahan tamadun barat sebagai akibat daripada
fahaman sekularisme yang menjemput pelbagai masalah yang
kronik kepada masyarakat93 dan alam sekitar.94
(iv) Keperluan untuk bersikap prihatin dengan pelbagai masalah
masyarakat seperti isu keruntuhan sosial di kalangan remaja
Melayu semasa,95 yang disertakan pula dengan pelbagai
gagasan bernas untuk menangani permasalahan tersebut.96

33

Jurnal Pengajian Melayu, jilid 15, 2005

(v)

Keperluan untuk mengamalkan budaya ilmu yang positif
membabitkan kesemua jenis ilmu pengetahuan yang berguna
kepada diri dan masyarakat.97

(vi) Keperluan untuk mengamalkan kerangka berfikir yang sihat,
kritikal, selektif, celek ICT, dan proaktif di dalam menghadapi
cabaran globalisasi semasa.98
(vii) Keperluan untuk tidak mudah terpukau dan menjadi pasif
dengan propaganda meluas yang diberikan oleh media massa
perdana akibat dari perkembangan pembangunan material
yang amat pesat di Malaysia,99 bahkan perlu turut mengambil
sikap solutionist dan kritikal terhadap sebarang perkembangan
negatif yang timbul dalam negara,100 dengan harapan dapat
memperbaiki keadaan mt melalui kaedah yang
mengimbangkan elemen pembangunan material dengan
pembangunan insan yang lebih baik. IOI
Ketiga, kewujudan golongan saintis Melayu baru yang mempunyai
kecenderungan yang lebih Islamik dan menghargai secara bertapis
terhadap warisan leluhur masyarakat Melayu. Peri pentingnya golongan
ini dalam konteks Malaysia semasa adalah tidak dapat disangkal lagi,
memandangkan proses pembangunan tamadun Melayu Islam baru perlu
kepada pandangan dan suntikan idea daripada pakar saintis Melayu
ini,102 yang perlu dibangunkan melalui perancangan dari segi konsep
dan pelan bertindak pembangunan S & T Islam yang lebih jitu.103
Selepas Malaysia mencapai status kemerdekaan, dalam era l 960anl 980an telah timbul beberapa usaha untuk membangunkan masyarakat
Malaysia ke arah status yang lebih baik berbanding dengan zaman
penjajahan kuasa Barat. Usaha ini telah memberikan penekanan tentang
betapa pentingnya masyarakat Malaysia ini meniru konsep pembangunan
ala Barat, dengan menerima pakai secara mudak segala formula
pemodenan Barat yang diharapkan akan menaikkan taraf masyarakat
Malaysia yang baru merdeka.104 Sikap "bertaqlid" kepada formula barat
ini tidak terhad kepada penerimaan konsep barat secara makro sematamata, bahkan turut cuba meniru sikap materialismlOS dan sistem
pemikiran barat yang lebih memberatkan kepada soal-soal rasionalisme-

34

Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia: Suatu Analisa

saintifik mengatasi pemikiran ala tradisionalisme yang biasanya dipegang
oleh masyarakat di sebelah timur.J06
Usaha ini telah menjadi agenda utama pihak pemerintah yang lebih
dikenali dengan program Revolusi Mental JO? yang kemudiannya disusuli
pula dengan dasar DEB yang telah memberikan penekanan yang lebih
terhadap subjek sains di dalam institusi pendidikan.1os Dalam soal ini,
kita boleh memetik pandangan yang diberikan oleh seorang sarjana yang
menyebut;
"anak-anak Melayu yang dianggap cerdik di peringkat sekolah
ditapis dan disalurkan agar menjurus ke bidang sains sematamata. Program menghantar anak Melayu ke luar negara dalam
pelbagai bidang sains dan teknologi dipertingkatkan ke tahap
maksimum. Menjelang akhir tahun l 970an dan awal l 980an,
program ini telah berjaya melahirkan satu masyarakat Melayu
yang celik sains atau mempunyai kesedaran sains yang tinggi."' 09

Strategi pemodenan ini kemudiannya telah dilanjutkan dengan
cukup berkesan sekali oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, Dr.
Mahathir Mohamad, sehingga dasar PM keempat kerap digelar sebagai
Mahathirisme yang mampu mengubah status Malaysia kepada negara
maju seperti mana negara industri barat.11 o Inti pa ti utama Mahathirisme
ini boleh dilihat kepada penekanan yang lebih terhadap peranan S&T,
industri berat, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan
dasar ICT, dan menangani Islam dengan pendekatan yang lebih bersifat
moden.111
lronisnya, mengikut pengamatan kritikal yang dibuat oleh beberapa
orang sarjana-saintis Melayu moden, tanpa menafikan elemen positif
yang mampu dicapai dengan dasar pemodenan Malaysia yang begitu
pesat yang dirujuk khusus kepada penekanan terhadap subjek S&T,112
masih terdapat lagi beberapa kekurangan atau kelopongan yang ketara
membabitkan proses pembangunan S&T di Malaysia. Hal ini dirujuk
kepada:(i)

Sikap berat sebelah ataupun ketiadaan pemindahan teknologi
dari negara industri ke Malaysia, seperti mana yang diharapkan
dalam proses pembangunan industri berat di Malaysia. Rataratanya, negara maju yang menjadi teraju utama projek usaha

35

Jurnal Pengajian Melayu, jilid 15, 2005

sama dengan syarikat Malaysia yang diharapkan bakal
memindahkan S&T sama ada dalam bentuk hardware ataupun
software, dikatakan telah tidak berbuat demikian.113
(ii)

Sikap yang menerima pakai pakej S&T ala barat yang diresapi
dengan fahaman sekularisme tanpa ditapis menggunakan
kerangka S&T Islam 114 untuk jangka masa yang panjang telah
mencetuskan krisis intelektual dan ekologi yang meruncing di
Malaysia. 115

(iii) Kelas profesional Melayu baru yang dilahirkan melalui dasar
pemodenan dan DEB ini tidak menunjukkan paradigma
pemikiran yang bersifat rasionalisme, objektifisme, dan saintisme
seperti yang diharapkan oleh Mahathirisme. Hal ini boleh
dirujuk kepada sikap dan trend golongan ini yang dilaporkan
telah terjebak dalam krisis mempercayai bomoh, 116 ajaran sesat,
kepercayaan occu/tl 17 dan sebagainya, yang biasanya dilakukan
oleh masyarakat Melayu tradisional.
(iv) Kelas profesional Melayu baru yang kononnya dilahirkan
dengan Dasar Penswastaan Malaysia telah terlibat dalam
jumlah yang besar di dalam krisis pecah amanah, rasuah, dan
pelbagai kesalahan jenayah perdagangan.118
Dalam konteks pembangunan S & T semasa, terdapat beberapa
kecenderungan yang boleh dibanggakan, merujuk khusus kepada
peranan yang dimainkan oleh kelas intelektual Melayu baru ini seperti;

36

(i)

Kdas intelektual-saintis Melayu ini telah bergabung di dalam
NGO khusus, ASASI (Akademi Sains Islam Malaysia) yang
cuba menerap dan menyebarkan kesedaran tentang peri
pentingnya masyarakat Melayu Islam mendokong usaha
membangunkan S&T ala Islam.119

(ii)

Menghasilkan tulisan bentuk baru yang cuba menerangkan
tentang konsep, kerangka, dan bagaimana ICT moden yang
menjadi nucleus utama kepada perkembangan globalisasi
berfungsi serta mempengaruhi kalangan masyarakat Melayu.
Motif utama tindakan ini antara lainnya bagi menyedarkan

Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia: Suatu Analisa

masyarakat Melayu tentang manfaat yang boleh diambil
daripada perkembangan S&T ini.120
(iii) Salah seorang daripada anggota ASASI iaitu Tengku Mohd
Azzman Shariffadeen telah dilantik sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif MIMOS, yang kemudiannya telah mencadangkan
gagasan MSC kepada pihak kerajaan Malaysia. Apa yang lebih
penting lagi, dilihat kepada kepakaran bidang kejuruteraan
elektronik dan kecenderungan Islam yang tinggi, Tengku
Mohd Azzman pastinya telah menyuntik nilai-nilai Islam sejati
di dalam pembangunan projek MSC ini.121
(iv) Sifat ikut serta kalangan sarjana Melayu Islam semasa di dalam
gagasan mewujudkan hubungan yang erat di antara keilmuan
Islam klasik dengan S&T moden.122 Hal ini timbul berasaskan
kepada gagasan tajdid Islam yang menuntut fuqaha Islam
untuk mengetahui dan mengambil inisiatif untuk mempelajari
keilmuan moden itu sendiri, khususnya pengetahuan ICT dan
S&T.123 Hal ini ditegaskan memandangkan terdapat sesetengah
sarjana Islam moden yang mengatakan bahawa antara faktor
utama yang menyebabkan kegagalan proses reformasi dan
penerapan S&T di dalam institusi pengajian Islam adalah
kerana sikap sarjana Islam sendiri yang terlalu mengaku kalah
dengan cara berserah dan bergantung sepenuhnya kepada
keilmuan S&T Barat, 124 tanpa menyedari bahawa S&T Barat
di peringkat epistemologinya telah diresapi dengan idea dan
roh sekularisme yang tertanam secara halus di dalam keilmuan
tersebut.125 Sepatutnya, berhadapan dengan dilema ini, sarjana
Islam sendiri perlu menerima S&T barat secara berhemah yang
diikuti pula dengan proses pengubahsuaian S&T barat ini
dengan realiti masyarakat Islam, sebagaimana apa yang cuba
dilakukan oleh Osman Bakar, Syed Hussein Nasr, Ziauddin
Sardar, dan ramai lagi tokoh-tokoh saintis moden Islam.126

Kesimpulan
Sebagai rumusan akhir, dapat kita katakan bahawa seperti mana halnya
Islam telah menimbulkan pelbagai perkembangan positif yang merujuk

37

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 15, 2005

kepada proses pembangunan clan pemodenan masyarakat Melayu silam,
hal yang sama juga telah dikesan secara meluas di dalam pembentukan
manusia Melayu moden selepas merdeka. Dalam banyak segi, kalau kita
menggunakan kayu ukur penilaian zaman moden ini, ternyata sekali
Islam telah memainkan peranan yang cukup positif dalam kedua-dua
zaman, klasik clan moden di dalam dunia Alam Melayu. Tidak dapat
dinafikan lagi, faktor utama yang menyumbang kepada fenomena ini
berlaku adalah kerana sifat kesucian clan kesyumulan ajaran Islam itu
sendiri yang penuh dengan pelbagai sumber clan prinsip bagi menjana
perkembangan hidup manusia ke arah yang lebih baik. Hal ini telah
dijelaskan dengan panjang lebar di dalam kajian ini yang menumpukan
kepada tiga isu yang utama; isu jati diri keagamaan, kesedaran politik,
clan intelektual manusia Melayu moden. Tegasnya, citra Islam yang
sempurna ini dalam banyak keadaan telah meresap clan menjadi satu
amalan dalam masyarakat Melayu. Bukan sahaja amalan yang bersifat
luaran clan tempelan pada penampilan clan pakaian, malah telah
menjiwai setiap watak clan peribadi manusia Melayu itu sendiri,
khususnya di Malaysia.

No ta
Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa
Peradaban Melayu 11, Anjuran UPSI, di Hotel Legend Kuala
Lumpur, pada 26hb. Februari 2004.
2

Lukman Z. Mohamad, Globalisasi Dan Budaya Global: Ancaman
Baru Kepada Masyarakat Dunia", dalam Globalisasi Di Malaysia,
Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2003, him. 9-14.

3

Hassan Langgulung, Menghadapi Abad Kedua Puluh Satu, Syarahan
Perdana Jawatan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, pada 29
Oktober 1987, Bangi, 1993, him. 31.

4

Asep Syamsul M. Romli, Demonologi Islam: upaya Barat membasmi
kekuatan Islam, Jakarta, 2000, hlm. 8-19.
Untuk maklumat lebih lanjut sila lihat Ahmad Fauzi Abdul Hamid,
"The Formative Years Of The Dakwah Movement: Origins, Causes And

38

Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia: Suatu Analisa

Manifestations Of Islamic Resurgence In Malaysia", dalam Jurnal
!KIM, v. 10, no. 2, 2002, hlm. 87-124.
6

Maklumat tentang tipologi dan bentuk tamadun material dan
intelektual ini boleh didapati dalam Hashim Musa, Merekonstruksi

Tamadun Melayu Islam: Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia
Alaf Baru, Kuala Lumpur: APMUM, 2001, hlm. 27-40.
7

Hal ini dapat dilihat jelas apabila sebahagian besar daripada kerajaan
negara kota alam Melayu ini saling berperang antara satu dengan
lain yang menyebabkan tamadun ini telah mula pupus. Lihat Mohd
Yusof Hasan, Dunia Melayu, Kuala Lumpur: DBP, 1991, hlm. 1215.

8

Maklumat lanjut tentang hakikat jati diri Melayu pada masa
sebelum dan selepas menerima Islam, yang dikemukakan oleh
sarjana barat dan sarjana Melayu sendiri boleh didapati dari Tengku
Luckman Sinar, ]ati Diri Melayu, Medan, 1994, hlm. 8-22.

9

Mohd Yusof Hasan, Dunia Melayu, hlm.16.

10

Ibid., hlm. 4.

11

Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu: Kajian Terhadap
Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: DBP, 1992, hlm.
1-3.

12

Ibid.

13

Lihat Zainal Abidin Borhan, "Pantun Dan Peribahasa Melayu:
Persoalan Jati Diri Dan Patriotisme", dalam (ed.) Abdul LatiffBakar,
Globalisme Dan Patriotisme Dalam Sastera Melayu, Kuala Lumpur:
APMUM, 2000, hlm. 45-58.

14

Wan Abdul Halim Othman, "Hubungan kekeluargaan dalam
masyarakat Melayu", dalam (ed. Wan Abdul Halim Othman,
Psikologi Melayu, Kuala Lumpur: DBP, 1993, hlm. 61-101.

15

Mohd. Yusof Hassan, Dunia Melayu, hlm. 3-4.
39

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 15, 2005

16

S.M. Naquid al-Artas, Preliminary Statement On a General Theory
Of The Islamization Of The Malay-Indonesian Archipelago, Kuala
Lumpur: Oxford University Press, 1969, him. 4-7.

17

Seperti mana dipegang oleh agama Yahudi bahawa bangsa Yahudi
adalah bangsa pilihan tuhan. Lihat Ghazali Darusalam, Dakwah
Islam Dan Ideologi Barat, Kuala Lumpur: Utusan Publication, 1998,
hlm. 30-39.

18

Quran 25:2; 36:36; 44:38-39; 50:38; 2:29 clan 28:80.

19

WF. Wertheim, Indonesian society In Transition, The Hague, 1959,
hlm. 196.

20

Hashim Musa, Merekonstruksi, hlm. 50.

21

Rahimin Affandi Abdul Rahim, "Kebudayaan Melayu Dan Islam
Di Nusantara: Satu Analisa Pengkaedahan", dalam Seminar Hukum
Islam Semasa 111 Peringkat Kebangsaan 2000, Anjuran Jabatan Fiqh
clan Usu!, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, pada 7-8hb.
November 2000, hlm. 18-19.

22

William Roff, The Origins Of Malay Nationalism, Kuala Lumpur:
Oxford University Press, 1980, hlm. 41.

23

Maklumat lanjut boleh didapati dalam Abdul Rahman Abdullah,
Gerakan Anti Penjajahan Di Malaysia 1511-1950: Pengaruh Agama
Dan Tarikat, Kuala Lumpur: Penerbit Kinran, 1994.

24

Charles Tisdall, "Ideas Of Mohammedan Malaya", dalam The
Missionary Review Of The World, v. xxxiv, 1916, hlm. 348-349.

25

Isabella Bird, The Golden Chersonese And The Wtiy Thither, Kuala
Lumpur, 1967, hlm. 20.

26

Untuk maklumat yang lebih mendalam lagi tentang konsep
Ummah, sila lihat Jaffary Awang, The Notion of Ummah In Islam:
The Response Of Malay Muslim Intellectuals In Malaysia, Tesis Ph.D

40

Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia: Suatu Analisa

untuk University of Birmingham, 2000, khususnya dalam bab ketiga
dan keempat.
27

Lihat Wan Mohd Nor Wan Daud, Penjelasan Budaya Ilmu, Kuala
Lumpur: DBP, 1997, him. 108-109.

28

B.].O. Schrieke, Indonesian Sosiological Studies, The Hague, 1957,
part 2, him. 261.

29

Abdul Rahman Abdullah, Pemikiran Umat Islam Di Nusantara,
Kuala Lumpur: DBP, 1990, him. 127-130.

30

Ibid., him. 99-100.

31

Nabir Abdullah, "Turki Dan Alam Melayu: Tinjauan Terhadap
Sejarah Hubungan Keduanya'', dalamjebat, bil. 15, 1987, him. 129142.

32

Ibrahim Abu Bakar, Islamic Modernism In Malaya, Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya, 1994, him. 2-6.

33

Abd. Jalil Borhan, "Sumbangan Ulama Dalam Perkembangan Islam
Di Alam Melayu", dalam jurnal Syariah, v. 4, bi!. 2, 1996, him.
276-277.

34

Ibid., him. 278.

35

Mohamad Abu Bakar, "Pengaruh luar Dan Pengislaman Dalam
Negeri: United Kingdom Dan Era Dalam Kebangkitan Semula
Islam Di Malaysia", dalam ed. Mohammad Redzuan Othman,
Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato' Khoo Kay
Kim, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2001, him. 407410.

36

Zahir Ahmad, "Kesusasteraan Melayu: Moden, Tradisional atau
Klasik", dalam (ed. Zahir Ahmad) Pengajian Kesusasteraan Melayu
di Ala/ baru, Siri Monograf Jabatan Kesusasteraan Melayu, Kuala
Lumpur: APMUM, 2000, him. 7-14.

41

Jurnal Pengajian Melayu, jilid 15, 2005

37

Banyak kajian tentang budaya yang dilakukan oleh pengkaji
tempatan telah terpengaruh dengan menggunakan kaedah dan
rujukan yang disusun oleh penulis barat. Sebagai contohnya lihat
kupasan yang diberi oleh Sulayman S. Nyang dan Samir AbedRabbo, "Bernard Lewis And Islamic Studies: An Assesment'', dalam
(ed.) Asaf Hussain, Orienta/ism, Islam and Islamist, Vermont: Amana
Books Inc., 1984, him. 259-260.

38

Syed Ahmad Hussein, "Muslim Politics And The Discourse On
Democracy", dalam ed. Oleh Francis Loh Kok Wah and Khoo Boo
teik, Democracy In Malaysia: Discourses And Practices, Richmond,
Surrey: Curzon press, 2002, him. 84-85.

39

Sikap ini timbul antara lainnya disebabkan oleh semangat
nasionalisme Melayu yang mendedahkan banyak kelemahan yang
dibuat oleh penjajah British. Lihat Muhammad Abu Bakar,
"Pandangan Dunia, Ideologi Dan Kesarjanaan: Islam, Proses Sejarah
Dan Rekonstruksi Reali ti Sosial", dalam Tin ta Kenangan,
Sumbangan Sempena Persaraan Dan Perlantikan Naib Canselor,
Profesor Datuk Mohd Taib Osman, Kuala Lumpur: DBP, 1993, him.
312-314.

40

Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan di Malaysia: Ke Arah
Suatu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna, Kuala Lumpur:
ISTAC, 2001, him. 112-114.

41

Hashim Musa, Merekonstruksi Tamadun, him. 48-49.

42

Lihat sebagai contohnya, Muhammad Abu Bakar, Penghayatan
Sebuah Ideal, Kuala Lumpur: DBP, 1982, him. 27-53.

43

Mohd. Napiah Abdullah, "Penolakan Hadith Oleh Orientalis Dan
Penulis Islam", dalam Islam Dalam Persepsi orientalisme, Terbitan Tak
berkala no. 3, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian
Islam, UKM, Bangi, 1998, him. 41-44.

44

Farish A. Noor, "Let Islam Lead The Way With Its Progressive View
On Sexuality", dalam NST, 4 November, 2000.

42

Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia: Suatu Analisa

45

Lihat Mohd Farid Mohd Shahran, ABIM 30 Tahun, Beberapa Isu
Penting Sepanjang Tiga Dekad, Kuala Lumpur, 2001, him. 28-30.

46

Lihat Kontroversi Mengenai Memo Kepada Maj/is Raja-Raja Mefayu:
Islam Dicabar, Rasulullah S.A. W. Uan Ulama Dihina, Persatuan
Ulama Malaysia dan Persatuan Ulama Kedah, Pulau Pinang, 2002,
him. 1-5.

47

Hashim Musa, Merekonstruksi Tamadun, him. 48-49.

48

Fred R. Von Der Mehden, Two Worlds OJIslam: Interaction Between
Southeast Asia And The Middle East, Florida, 1993, him. 83-85.

49

Mohamed Suffian Hashim, "The relationship between Islam and
the State in Malaya", dalam Intisari, 1962, v. 1, no. 1, him. 8.

50

Lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim, "Konsep Tajdid Dan Pemikiran
Islam Dr. Mahathir: Satu Analisis", dalam Prosiding Seminar Dr.
Mahathir pemikir Islam Abad ke 21, Anjuran Jabatan Hal Ehwal
Khas, Kementerian Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur, him. 6686.

51

Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan di Malaysia: Ke Arah
Suatu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna, him. 112-114.

52

Hal ini boleh dilihat daripada pertambahan jumlah MP bukan
Melayu di dalam parlimen Malaysia yang semakin bertambah kuat
akibat dari pertentangan sesama parti orang Melayu-Islam, lebihlebih lagi dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1995 dan 1999. Lihat
data yang amat mendukacitakan ini di dalam Shukri Ahmad,
"Implikasi Pengaruh Ulama Terhadap Halatuju Perubahan
Pemikiran Politik Masyarakat Islam Wilayah Utara Semenanjung
Malaysia Dari Tahun 1950an hingga 1990an", dalam jurnal
Usufuddin, bi!. 14, 2001, him. 110-111.

53

Abdul Rahman Embong, "Faktor Ideologi Politik Dan Budaya
Dalam Penutupan Minda Melayu Islam", dalam Persidangan Isu Dan
Proses Pembukaan Minda Umat Mefayu Islam, anjuran Dewan
Bahasa Dan Pustaka, pada 29-31 Januari 2002, him. 10-11.
43

Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 15, 2005

54

Lihat Shaharuddin Maaruf, Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu,
Singapura: Pustaka Nasional, 1993, him. 99-116.

55

Maklumat lanjut tentang hal ini boleh didapati dalam Ahmad Fawzi
Mohd. Basri, "Perubahan nilai dalam budaya politik Melayu", dalam
ed. Oleh Ahmad Fawzi Mohd. Basri, Nilai Orang Melayu, Sinrok:
Sekolah Pembangunan Sosial, UUM, 1996, him. 90-101.

56

Ibid.

57

M.R.J. Vatikiotis, Political Change In Southeast Asia- Trimming The
Banyan tree, London: Routledge, 1996, hlm. 162.

58

Syed Ahmad Hussein, "Muslim politics and the discourse on
democracy", dalam ed. Oleh Francis Loh Kok Wah and Khoo Boo
teik, Democracy In Malaysia: Discourses And Practices, Richmond,
Surrey: Curzon Press, 2002, him. 96-97.

59

Ibid., him. 100.

60

Hal ini boleh dilihat daripada isu-isu Islam yang sering ditimbulkan
dalam Perhimpunan Agung UMNO di tahun-tahun l 980-1990an.
Lihat Syed Ahmad Hussein, "Muslim Politics And The Discourse
On Democracy'', hlm. 87.

61

Zulkifli Abd. Ghani, "Gerakan Dakwah: Saru Takrifan Semula
Untuk Melahirkan Islam Yang Progressif'', dalam Himpunan kertas
kerja Isu dan proses pembukaan minda umat Melayu Islam, Kuala
Lumpur: DBP, 2002, him. 257-258.

62

New Straits Times, 24 March 1997: 1.

63

Muhammad Abu Bakar, "Polemik Negara Islam Dan Pembudayaan
Politik Di Malaysia", dalam Himpunan Kertas Kerja Isu Dan Proses
Pembukaan Minda Umat Melayu Islam, Kuala Lumpur: DBP, 2002,
hlm.161-174.

64

Syed Ahmad Hussein, "Muslim Politics And The Discourse On
Democracy", him. 99.

44

Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia: Suatu Analisa

65

Ibid., him. 87-88.

66

Baharudin Ahmad, Fals