KEBIMBANGAN PELAJAR ANTARABANGSA DALAM M
ISSN 2070-1314 JURNAL BAHASA OLEH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI. BIL 35. 2017.
KEBIMBANGAN PELAJAR ANTARABANGSA DALAM MEMPELAJARI
BAHASA MELAYU
Nurul Shahida Jamil
[email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kebimbangan pelajar antarabangsa
yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Data responden yang diperolehi
adalah berpandukan kepada kaedah soal selidik Foreign Language Classroom Anxiety
Horwitz et.al (1986). Data dianalisis secara menggunakan kuantitatif deskriptif melalui
pengaplikasian sistem PASW Statistics 18. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa
pelajar antarabangsa berasa bimbang jika melibatkan komunikasi bertutur dengan
menggunakan bahasa Melayu. Hasil peratusan tertinggi membuktikan bahawa mereka
berasa tidak yakin untuk bertutur di dalam kelas bahasa asing. Kajian ini juga
mengaitkan masalah kebimbangan bergantung kepada personaliti yang dimiliki oleh
pelajar. Selain itu, kebimbangan dapat menyumbang kepada gangguan pembelajaran
apabila pelajar itu sendiri tidak memiliki berkebolehan untuk menguasai bahasa asing
secara efisyen, cepat dan berkesan. Secara keseluruhan, kajian ini bermanfaat untuk
pengajar yang berhadapan dengan masalah kebimbangan pelajar antarabangsa di
samping menyarankan pengajaran bahasa secara kondusif dan bersesuaian dengan
mereka.
Katakunci: kebimbangan, bahasa melayu, komunikasi bertutur, personaliti, gangguan
pembelajaran
Abstract
The study was aimed for identifying form of anxieties among international students who
learned Malay language as foreign language. The respondent data were collected by a
questionnaire based on Horwitz et.al (1986) approach through a Foreign Language
Classroom Anxiety. The data were analyzed using descriptive quantitative with PASW
Statistics 18. The results found that international students felt anxious if involving
communication skill particularly speaking in Malay language. The highest percentage
revealed that they felt unconfident to talk in the foreign language class. The research
also relates anxieties problem relied on student personalities. Besides that, anxieties
can contribute learning interruption when students itself not having abilities in
mastering language knowledge fast, effectively and efficiently during foreign language
class. This study is beneficial to instructor who confronting with international student
anxieties in addition suggesting condusively language teaching for them.
Keywords: anxieties, Malay language, speaking communication, personality, learning
interruption
Nurul Shahida Jamil bertugas sebagai pensyarah bahasa Melayu di International University College of
Technology Twintech (IUCTT) dalam Pusat Pengajian Liberal (CLS).
1

1.0
PENGENALAN
“I am sweat” adalah antara ungkapan yang pernah didengar oleh pengkaji sepanjang
menjadi pengantar bagi kursus bahasa Melayu untuk pelajar antarabangsa. Pengkaji
juga mendapati ada sesetengah daripada mereka kelihatan binggung atau keliru, diam
dan menunjukkan tindak balas yang tidak faham melalui riak muka. Malah, ada juga
yang tidak memberi tindak balas langsung sama ada memahami atau sebaliknya dan
hanya jika pengkaji mendekati golongan ini, mereka lebih selesa untuk bercakap secara
bersemuka antara dua pihak tanpa melibatkan pelajar-pelajar yang lain. Dengan kata
lainnya, pelajar yang digolongkan sebagai introvert.
Horwitz et.al (1986:125) menyatakan bahawa “anxiety is the subjective feeling
of tension, apprehension, nervousness and worry associated with an arousal of the
automatic nervous system”. Sementara dalam istilah bahasa Melayu dapat ditakrifkan
sebagai rasa bimbang, resah, risau, gelisah, cemas, khuatir, takut, perasaan tidak senang
atau tidak sedap hati. Manakala Eysenck (1992:2-3) menyatakan bahawa perasaanperasaan ini sebenarnya agak rumit untuk diinterpretasikan kerana melibatkan tindak
balas yang tertentu yang mungkin terjadi secara tiba-tiba dalam satu keadaan yang tidak
disukai secara berlebihan. Rasa bimbang mahupun reaksi perasaan yang lain lazimnya
berlaku selari dengan tindak balas daripada persekitaran atau keadaan yang akhirnya
mengganggu dan mengugat seseorang dalam jangka masa yang tertentu. Hasil
rangsangan daripada perasaan sedemikian boleh memberi kesan sama ada akan berasa
tertekan atau stress, ketegangan, berdebar-debar, menggeletar dan berpeluh.
Secara umumnya, pembelajaran bahasa Melayu dapat menyumbang kepada
pengantarabangsaan bahasa. Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu, maka
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Agensi Kelayakan Malaysia
(Malaysian Qualification Agency, MQA) telah menjadi badan yang terpenting dalam
usaha untuk penyeliaan dan penyelarasan jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan
tinggi negara (Yong Chyn Chye et. al 2010:367). Bahasa Melayu juga adalah antara
mata pelajaran yang menjadi salah satu tumpuan pihak MQA dalam sistem
pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Dalam konteks ini, bahasa Melayu yang
diajarkan kepada pelajar antarabangsa dapat dikategorikan sebagai pembelajaran bahasa
2

ketiga atau bahasa asing yang tiada pengecualian untuk tidak mempelajari mata
pelajaran ini. Dengan kata lainnya, pelajar antarabangsa diwajibkan untuk mengambil
mata pelajaran bahasa Melayu sekiranya mereka melanjutkan pelajaran di Malaysia.
Konsep pembelajaran bahasa ketiga wujud apabila seseorang individu telah
memiliki bahasa pertama dan bahasa keduanya (Jordà, 2005:11). Bahasa asing pula
ialah suatu bahasa yang diinduksikan melalui pembelajaran berbanding dengan
pemerolehan bahasa ibunda yang berlaku secara semula jadi (Knapp et.al 2009:3).
Pemerolehan bahasa asing adalah berbeza dengan bahasa kedua kerana melibatkan
pembelajaran oleh kumpulan bukan natif dalam persekitaran penutur natif sebagaimana
yang dilakukan dalam bilik darjah (Gass 2013). Bahasa asing juga merujuk kepada
bahasa yang dipelajari untuk tujuan-tujuan khusus oleh individu atau kelompok tertentu
(Zulkifley, 2006:166). Oleh sebab konseptual bagi istilah bahasa ketiga dan bahasa
asing berinterpretasikan makna yang sama, maka kajian ini menggunakan istilah bahasa
asing sebagaimana yang didasari Foreign Language Classroom Anxiety Horwitz et.al
(1986).
Sehubungan itu, kajian ini memberikan tumpuan terhadap pendeskripsian pelajar
antarabangsa sama ada menghadapi kesukaran mengikuti kelas bahasa Melayu
berdasarkan perspektif kebimbangan yang dihadapi oleh mereka. Kajian ini juga
memerihalkan inisiatif dalam menangani masalah kebimbangan melalui saranan sistem
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam masa yang sama, kajian ini
memberikan gambaran bahawa kesedaran terhadap mempelajari bahasa adalah penting
dan harus diperluaskan skop pembelajarannya dalam usaha meningkatkan penggunaan
bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa dunia yang mudah dipelajari di dalam
peringkat global dan serantaunya.
1.1 PERNYATAAN MASALAH
Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib diikuti oleh pelajar
antarabangsa di Universiti Swasta (US). Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah
menyemak semula kurikulum penawaran Mata pelajaran Pengajian Wajib (MPW) di
semua US di Malaysia. Maka, Mata pelajaran Pengajian Umum (MPU) telah
diperkenalkan dengan berteraskan cabang falsafah ilmu yang melibatkan bidang
3

keilmuan kajian kemanusiaan, sains tulen dan sains sosial. Sehubungan dengan itu,
mata pelajaran bahasa Melayu diwajibkan bagi pelajar yang dikenali sebagai pelajar
antarabangsa termasuklah dari Indonesia, Brunei dan serantaunya.
Terdapat dua tahap mata pelajaran bahasa Melayu yang perlu diikuti oleh pelajar
antarabangsa. Sekiranya mereka melanjutkan pelajaran di Malaysia pada peringkat
diploma, mereka diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu
Komunikasi 1 sementara bagi Bahasa Melayu Komunikasi 2 pula untuk pelajar yang
melanjutkan pengajian di peringkat ijazah. Sistem pengajian tinggi di Malaysia,
khususnya bahasa Melayu menjadi antara mata pelajaran yang sangat signifikan dan
dititikberatkan kerana bahasa Melayu menjadi syarat kepada pelajar antarabangsa untuk
lulus dan seterusnya dianugerahkan sijil Diploma atau Ijazah (Zamri et.al 2014:26,
Fa‟izah et.al 2010:61).
Sebelum ini, terdapat beberapa kajian yang menyentuh isu kebimbangan
mempelajari bahasa asing. Antara sorotan kajian tersebut ialah kajian Nur Pratiwi et.al
(2014), Nor Haliza dan Khaidzir (2010), Ghazali Yusri et.al (2010), dan kajian Wan
Zarina et.al (2007). Kajian Nur Pratiwi et.al (2014) mengkaji faktor-faktor yang
menyebabkan keresahan pelajar Pengajian Islam yang mempelajari bahasa Arab sebagai
satu mata pelajaran wajib untuk memperolehi sijil Ijazah sarjanamuda. Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif iaitu menggunakan pemerhatian dan kaedah temu bual.
Kajian ini merumuskan bahawa antara penyebab pelajar-pelajar resah adalah
disebabkan oleh faktor perasaan malu, tidak berani, takut salah, tidak yakin dan tidak
minat.
Sementara Nor Haliza dan Khaidzir (2010) yang mengenal pasti kebimbangan
pelajar dalam penggunaan bahasa Inggeris. Kajian mereka telah dilakukan di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) kampus Bangi dan menggunakan kaedah tinjauan
terhadap 160 orang pelajar dalam lingkungan usia 18 hingga 25 tahun serta menetapkan
80 responden lelaki dan 80 responden perempuan yang terdiri daripada bangsa Melayu,
Cina, India dan lain-lain sebagai responden. Borang soal selidik pula diterapkan dengan
item-item soalan seperti Culture Free Self-Esteem Inventory Battle (2002), Big Five
Personality Inventory McCrae & Costa (1982) dan Language Classroom Anxiety Scale
4

(FLCAS) Horwitz (1988). Kajian ini menyimpulkan bahawa pelajar mengalami
kebimbangan dalam aspek berkomunikasi, kebimbangan terhadap pandangan negatif
dan kebimbangan umum seperti faktor penghargaan diri dan faktor tret personaliti
Neuroticism serta faktor extraversion.
Ghazali et.al (2010) mengkaji kebimbangan daripada sudut ujian dan motivasi
dalam kalangan pelajar tempatan yang mengikuti kursus bahasa Arab sebagai mata
pelajaran elektif. Kajian ini dilakukan di Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam
dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 279 sampel. Teknik persempalan
adalah secara rawak berstrata dan analisis pula secara kuantitatif. Hasil kajian
mendapati kebimbangan pelajar terhadap ujian adalah sederhana dan motivasi pelajar
berada pada tahap tinggi. Manakala kajian Wan Zarina et. al (2007) pula mengkaji tahap
keresahan pelajar Teaching of English as a Second Language (TESL) dan kumpulan
pelajar yang mengambil kelas bahasa asing sebagai mata pelajaran elektif bebas. Kajian
ini telah dilakukan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan seramai
127 orang responden telah dipilih. Kajian ini menggunakan borang soal selidik dengan
menerapkan skala pengukuran Foreign Language Classroom Anxiety Horwitz (1983).
Data kajian pula dianalisis dengan menggunakaan perisian SPSS versi Windows 10
dengan melibatkan penggunaan peratusan dan statistik deskriptif. Hasil kajian ini
mendapati pelajar lelaki lebih mengalami kebimbangan berbanding pelajar perempuan
manakala dari segi aspek bangsa pula mendapati pelajar yang berbangsa Melayu dan
Cina telah mengalami kebimbangan pada aras yang lebih tinggi berbanding dengan
pelajar India dan bangsa-bangsa yang lain.
Berbeza pula dengan kajian Zamri et. al (2014) yang lebih menjurus kepada
penggunaan dan kekerapan strategi pembelajaran bahasa pelajar asing di Universiti
Swasta dengan menggunakan analisis soal selidik ke atas 500 orang pelajar asing
sebagai responden. Data soal selidik kemudiannya dianalisis dengan menggunakan
kekerapan, peratusan dan min. Kajian ini menyimpulkan bahawa pelajar asing lebih
kerap menggunakan strategi perbendaharaan kata berbanding mendengar, membaca,
menulis dan bertutur dalam mempelajari bahasa Melayu. Manakala kajian Zaliza dan
Zaitul Azma (2014) mengkaji sikap dan motivasi pelajar asing terhadap pembelajaran
bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan
5

menjadikan seramai 16 orang pelajar sebagai responden. Hasil kajian dilihat kepada
peratusan dan didapati bahawa responden mempunyai sikap yang positif dan motivasi
yang tinggi ketika mempelajari bahasa Melayu dan menyatakan peranan tenaga
pengajar juga menjadi motivasi kepada mereka.
Sehubungan itu, daripada beberapa kajian terdahulu, didapati bahawa kajian
kebimbangan terhadap pelajar antarabangsa yang mempelajari bahasa Melayu masih
memerlukan penelitian kerana kajian sebelum ini melihat aspek kebimbangan terhadap
pelajar yang mempelajari bahasa Arab dan bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga.
Malah, kajian sebelum ini juga lebih menjurus kepada pelajar tempatan semata-mata
dan belum ada kajian yang menyentuh kebahasaan bahasa Melayu pelajar antarabangsa.
Walaupun kajian Zaliza dan Zaitul Akma (2014) melibatkan pelajar antarabangsa
sebagai isu utama namun fokus kajian mereka tertumpu kepada sikap dan motivasi
pelajar semasa mempelajari bahasa asing. Sementara kajian Zamri et.al (2014) dilihat
lebih menjurus kepada strategi pembelajaran pelajar antarabangsa dalam mempelajari
bahasa Melayu itu sendiri.
Justeru, kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengenal pasti jenis
kebimbangan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa dan
kajian ini mendeskripsikan sama ada faktor kebimbangan akan menganggu atau
menggugat pembelajaran mereka atau sebaliknya. Hal ini kerana tahap kebimbangan
yang melampau bakal menimbulkan keadaan yang lebih tidak menentu kepada pelajar
dan berkemungkinan besar mempengaruhi prestasi dan keputusan akademik mereka
(Nor Haliza dan Khaidzir, 2010:75-76). Oleh yang demikian, kajian kebimbangan
diukur dengan menggunakan skala kebimbangan bilik darjah bahasa asing yang
diperkenalkan oleh Horwitz et.al (1986) kerana mereka merupakan pelopor terawal
yang memperkenalkan skala mengukur tekanan mempelajari bahasa asing.
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah:1. mengetahui
bentuk-bentuk
kebimbangan
pelajar
antarabangsa
yang
mempelajari bahasa Melayu;
6

2. menganalisis data soal selidik dengan menilai item yang menyumbang
kepada kebimbangan para pelajar;
3. mengaitkan masalah kebimbangan sama ada akan memberi gangguan kepada
mata pelajaran dan seterusnya membincangkan penyelesaian
yang
bersesuaian.
1.3 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini telah dilakukan di Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech, Sri
Damansara Selangor. Pemerhatian terhadap kebimbangan mempelajari bahasa Melayu
oleh pelajar antarabangsa telah dilakukan sejak tahun 2015 dan pengumpulan data
bermula pada semester April 2016 dan September 2016. Maka, seramai 16 orang
responden telah dikumpul berdasarkan pengagihan borang soal selidik. Kajian ini tidak
menetapkan jumlah respondan yang diperlukan memandangkan jumlah pelajar
antarabangsa yang belajar adalah terhad. Begitu juga kajian ini tidak melibatkan jantina
dan usia responden. Analisis kajian ini bergantung kepada data yang dikumpul melalui
pengagihan borang soal selidik kepada kelompok responden yang bersesuaian. Data
bagi kajian ini dianalisis secara kuantitatif deskriptif iaitu melalui pengisian PAWS
Statistic 18 dengan menumpukan peratusan kekerapan dan min.
Kajian ini adalah berpandukan kepada item soal selidik Foreign Language
Classroom Anxiety Horwitz et.al (1986) kerana ianya merupakan dasar dan asas dalam
mengenengahkan kajian berbentuk kebimbangan bahasa asing. Item soal selidik
kebimbangan Horwitz (1986) merangkumi sebanyak 33 soalan yang merangkumi itemitem kebimbangan komunikasi, kebimbangan ujian dan ketakutan terhadap pandangan
negatif semasa di dalam kelas bahasa asing (Horwitz et.al 1986:129). Setiap item
dibahagikan mengikut atribut SDA=Strongly disagree, D=Disagree, N=Neutral,
A=Agree, SA=Strongly agree. Menurut Toth (2010:18), model ini menggunakan dua
pendekatan iaitu pendekatan “anxiety transfer” dan “unique anxiety” iaitu responden
akan mengekspresikan pengalaman yang unik semasa menggunakan bahasa kelompok
lain dengan penggunaan bahasa ibunda sendiri.
7

1.4 DAPATAN KAJIAN
Kebimbangan pelajar antarabangsa dalam mempelajari bahasa asing dapat dilihat
menerusi peratusan pada item setuju (A) dan sangat setuju (SA) sebagaimana yang
dipamerkan dalam jadual I. Kajian ini merumuskan bahawa kebimbangan yang dihadapi
oleh pelajar adalah berbentuk kurang keyakinan, tidak membuat persiapan awal, takut
gagal, cepat gementar dan rasa rendah diri untuk bercakap di hadapan kelas.
Jadual I menunjukkan peratusan kekerapan dan min masalah kebimbangan yang
dihadapi oleh pelajar antarabangsa
ITEM
SDA
D
N
A
SA
MIN
1
I never feel quite sure of myself when I am
speaking in my foreign language class
0
12.5
6.3
37.5
43.8
4.12
9
I start to panic when I have to speak
without preparation in language class
18.8
18.8
6.3
18.8
37.5
3.37
10
I worry about the consequences of failing
my foreign language class
6.3
6.3
25.0
12.5
50.0
3.93
12
In language class, I can get so nervous I
forget things I know
12.5
6.3
18.8
31.3
31.3
3.62
23
I always feel that the other students speak
the foreign language better than I do
25.0
12.5
12.5
6.3
43.8
3.31
24
I feel very self-conscious about speaking
the foreign language in front of other
students
Language class moves so quickly I worry
about getting left behind
6.3
12.5
50.0
18.8
12.5
3.18
12.5
25.0
18.8
25.0
18.8
3.12
6.3
0
37.5
37.5
18.8
3.62
25
30
I feel overwhelmed by the number of rules
you have to learn to speak a foreign
language
*SDA=Strongly disagree, D=Disagree, N=Neutral, A=Agree, SA=Strongly agree
Namun demikian, kebimbangan pelajar antarabangsa yang mempelajari bahasa Melayu
lebih ke arah interaksi berkomunikasi iaitu keperluan untuk bertutur sebagaimana yang
dipaparkan dalam item 1, 9, 23 dan 30.
Bagi pelajar yang merasakan diri mereka kurang berkeyakinan untuk bertutur di
dalam kelas bahasa asing menunjukkan peratusan yang paling banyak iaitu 81.3%.
Keadaan ini disusuli dengan pelajar menjadi gementar untuk bertutur di dalam kelas
8

bahasa sekiranya tidak membuat sebarang persediaan iaitu sebanyak 56.3%. Manakala
bagi pelajar yang merasakan pelajar lain bertutur dengan lebih baik semasa di dalam
kelas bahasa asing menunjukkan peratusan sebanyak 50.1%. Selain itu, pelajar yang
berasa terbeban dengan jumlah rumus dan peraturan yang perlu dipelajari untuk
bercakap dalam bahasa asing menunjukkan peratusan sebanyak 56.3%. Bagi pelajar
yang merasa rendah diri untuk bertutur bahasa asing di hadapan pelajar lain
menunjukkan peratusan neutral yang lebih tinggi iaitu sebanyak 50%.
Kesukaran bertutur dalam bahasa asing merupakan masalah yang ditekankan
dalam kebimbangan mempelajari bahasa asing (Horwitz et.al 1986:126). Malah,
kebimbangan untuk berkomunikasi juga adalah sebahagian daripada sikap pemalu yang
ada pada diri seseorang pelajar. Kajian ini mendapati bahawa kebimbangan yang
melibatkan komunikasi semasa mempelajari bahasa dapat dikaitkan dengan personaliti
pelajar itu sendiri sama ada mereka berada dalam kelompok extravert ataupun berada
dalam kelompok pelajar introvert. Pengkaji memerhatikan bahawa terdapat sesetengah
pelajar antarabangsa yang lebih aktif di dalam kelas iaitu suka bertanya dan cepat
memberi tindak balas semasa sesi soal jawab berlangsung, mereka dilihat lebih
berkeyakinan dan berani untuk bertutur berbanding pelajar lain walaupun belum tentu
apa yang dipertuturkan itu betul dari segi sebutan dan ejaan. Malahan, ada juga pelajar
yang berani tampil dihadapan untuk bertutur namun penggunaan nada suara pula agak
pelahan dan tidak jelas. Oleh itu, pengkaji merasakan bahawa berkomunikasi dengan
menggunakan interaksi bertutur melibatkan personaliti seseorang iaitu pelajar yang
berpersonaliti extravert memiliki keyakinan yang lebih baik berbanding dengan pelajar
introvert yang lebih bersifat pasif, pendiam dan pemalu dan keadaan ini mempengaruhi
tahap kebimbangan mempelajari bahasa asing semasa di dalam kelas.
Kajian ini juga mendapati bahawa kebimbangan ujian dan peperiksaan menjadi
antara penyebab pelajar risau untuk mempelajari bahasa asing. Hal ini dapat dijelaskan
melalui dapatan data dalam item 10 iaitu rasa bimbang sekiranya gagal dalam kelas
bahasa asing menunjukkan peratusan sebanyak 62.5%. Hal ini mungkin disebabkan
oleh pengalaman kesusahan dalam menjawab soalan kuiz dan ujian pertengahan yang
diambil terlebih dahulu sebelum peperiksaan akhir yang akhirnya mereka merasakan
bimbang untuk menjawab soalan peperiksaan (Horwitz, 1986:128).

Malah, pelajar juga risau sekiranya mereka terlupa sesuatu yang telah dipelajari
dan takut ketinggalan pelajaran berbanding pelajar lain. Hal ini dapat dijelaskan melalui
dapatan data pada item 12 dan 25. Dalam kategori ini, item 12 iaitu pelajar akan
gementar sekiranya terlupa akan perkara yang telah diketahui menunjukkan peratusan
tertinggi sebanyak 62.6%. Sementara bagi item 25 pula iaitu mewakili rasa
kebimbangan sekiranya menjadi pelajar yang terakhir atau ketinggalan semasa
mengikuti pelajaran di dalam kelas yang sedang berjalan menunjukkan peratusan
sebanyak 43.8%. Keadaaan yang memperlihatkan pelajar berasa takut sekiranya silibus
pelajaran bahasa asing akan tertinggal dan gementar sekiranya terlupa apa-apa yang
telah dipelajari bergantung kepada diri pelajar itu sendiri atau tanggungjawab pelajar
untuk sentiasa hadir ke kelas, rajin bertanya kepada pengantar bahasa asing ataupun
rakan sekelas, membuat perbincangan secara berkumpulan, mengambil lebihan masa
untuk membaca, mengulang kaji, mengingat, menghafal makna bagi satu-satu
perbendaharaan kata serta mencuba untuk mempraktikkan kemahiran bahasa asing
dalam komunikasi seharian; membuat latihan dan tugasan yang diberikan dan
sebagainya. Hal ini kerana belajar ialah proses yang berterusan dan bukan berhenti di
dalam bilik kuliah dan pelajar perlu sentiasa mengambil insiatif yang terbaik untuk
mengatasi masalah kebimbangan yang dihadapi oleh mereka.
1.4.1 Perkaitan masalah kebimbangan dengan gangguan pembelajaran
Kebimbangan yang dihadapi oleh pelajar dapat memberi gangguan pembelajaran
kepada mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui peratusan dalam item 10,12 dan 25
iaitu pelajar menghadapi gangguan untuk mengingati perkara yang telah dipelajari, risau
sekiranya gagal mencapai gred terbaik dan takut menjadi pelajar yang ketinggalan
dalam mempelajari bahasa asing. Gangguan ini sekiranya tidak diatasi akan
mempengaruhi pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) mereka dan keadaan
ini akan menghalang dan mengganggu pelajar untuk memperolehi gelaran ataupun
kedudukan pelajar terbaik.
Selain itu, pengajar memiliki dua pilihan untuk berhadapan dengan pelajar yang
mempunyai kebimbangan mempelajari bahasa asing iaitu pertamanya pengajar perlu
membantu pelajar mengatasi masalah kebimbangan melalui provokasi situasi dan

keduanya, pengajar seharusnya mengurangkan tekanan dalam pembelajaran (Horwitz,
1986:131). Dengan kata lainnya, peranan pelajar dan pengajar semasa kelas berlangsung
menentukan kebolehan menguasai bahasa asing dan pencapaian gred bagi kelas bahasa
asing. Provokasi situasi ialah keadaan yang memerlukan pengajar untuk menjelaskan
matlamat, tujuan dan kepentingan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing dan
menerangkan kewajipan, kelebihan ataupun keistimewaan mempelajari bahasa asing.
Tambahan pula, pengajar bahasa asing perlu menggunakan pengajaran strategi
pembelajaran bahasa (PSPB) yang berkesan di dalam kelas iaitu menggunakan kaedah
“belajar-cara-belajar” yang bertujuan untuk mempertingkatkan pembelajaran bahasa
Melayu dengan lebih mudah, cepat dan berkesan (Fa‟izah et.al 2010:64). Antara teknik
pembelajaran yang boleh dipraktikan adalah seperti menggalakkan pelajar untuk
memberi tumpuan sepenuhnya, memberi penjelasan secara berhemah mengenai topik
yang kurang difahami, membuat perbincangan secara berkumpulan, memberikan latihan
dan sebagainya. Justeru, pengajar bukan sahaja perlu mahir dalam bidang ilmu bahasa
malah perlu membuat persediaan yang rapi dari segi menyediakan bahan pengajaran
yang lengkap dan bersesuaian, menyarankan buku rujukan dan menggunakan alat
bantuan pengajaran mengikut kesesuaian topik yang hendak disampaikan kepada pelajar.
1.5 KESIMPULAN
Kajian mengenai kebimbangan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing oleh
oleh pelajar antarabangsa dapat memberikan kepentingan kepada pengajar yang menjadi
pengantar bagi mata pelajaran ini kerana mereka boleh mengetahui ciri-ciri pelajar yang
mengalami
kebimbangan
dan
mengambil
pendekatan
yang
berbeza
semasa
menyampaikan isi kandungan atau topik. Sekiranya masalah kebimbangan ini tidak
ditangani dengan bijaksana, dikhuatiri pelajar antarabangsa akan mengalami gangguan
pembelajaran dan dalam masa yang sama memberikan kesan berpanjangan kepada diri
mereka sendiri.
Melalui kajian ini, pengkaji merasakan bahawa masih terlalu banyak kekurangan
yang perlu diberi perhatian seperti keterhadan dalam mendapatkan bilangan responden,
responden yang berlainan bangsa dan negara dan begitu juga dengan keterbatasan dari
pada sudut analisis dapatan kajian. Pengkaji menyarankan agar kajian yang lebih telus,
11

meluas dan bervariasi dilakukan supaya hasil kajian yang diperolehi lebih tepat dan
menyeluruh. Pengkaji berharap agar bahasa Melayu akan sentiasa bernyawa di seluruh
pelusuk bumi Nusantara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan
sekaligus dan menjadi salah satu bahasa dunia yang boleh digunakan sebagai alat
berkomunikasi antara dua pihak yang bukan dituturkan oleh penutur natifnya.
Oleh yang demikian, pengkaji mengharapkan agar lebih banyak „Mat Dan 1 ‟
selepas ini yang begitu mengagumi kemolekan bahasa Melayu yang bukan sahaja cantik
daripada sudut bahasanya malahan daripada sudut adat, kesenian dan kebudayaan
Melayu, kesantunan berbahasa Melayu dan agama Islam.
1
Mat Dan ialah nama jolokan yang diberikan kepada seorang lelaki yang bernama Daniel Tyler dan
berbangsa Eropah yang fasih bertutur bahasa Melayu dialek Terengganu, bahagian Timur Semenanjung
Malaysia. Beliau mengamalkan cara hidup dan adat istiadat orang Melayu Terengganu yang sehingga
akhirnya memeluk Islam dan bertemu jodoh dengan wanita di situ. Maklumat lanjut mengenai beliau
boleh dilihat menerusi rancangan dokumentari bersiri iaitu Haramain Backpackers-Trans Siberian dan
Mat Dan Kaki Jalan di saluran Youtube.

BIBLIOGRAFI
Eysenck, Micheal W., 1992. Anxiety: The Cognitive Perspective. East Sussex:
Lawrence Erlbaum Associates Publishers.
Gass, Susan M., 2013. Second Language Acquisition: An Introductory Course. New
York: Routledge.
Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi dan Parilah M. Shah. 2010. Kebimbangan Ujian dan
Motivasi dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab dalam Konteks
Kemahiran Lisan. Asean Journal of Teaching and Learning Higher Education.
2(2):46-58.
Horwitz, Elaine K., Horwitz, Micheal B., and Cope, Joann. 1986. Foreign Language
Classroom Anxiety. The Modern Language Journal. 70(2):125-132.
Horwitz, Elaine K., Tallon, Micheal and Han Luo. 2010. Foreign Language Anxiety in
Cassady, Jerrell C (ed.). Anxiety in Schools, hlm. 95-119. New York:Peter Lang.
Knapp Karfried, Seidlhofer Barbara, and Widdowson Henry. 2009. Handbook of
Foreign Language Communication and Learning. Knapp Karfried, Seidlhofer
Barbara (pnytn). Berlin: Mouton de Gruyter.
Nor Haliza Ibrahim dan Khaidzir Hj. Ismail. 2010. Kebimbangan terhadap Penggunaan
Bahasa Inggeris dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jurnal Personalia Pelajar. 13:73-87.
Nur Pratiwi, Suhaila Zailani Hj. Ahmad dan Salamiah Ab. Ghani. 2014. Kajian terhadap
Faktor Keresahan Pelajar dalam Kelas Maharat al-muhadathah wal khatabah.
Prosiding seminar pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.
Tóth, Zsuzsa. 2010. Foreign Language Anxiety and The Advanced Language Learner.
UK: Cambridge Scholars publishing.
Wan Zarina Wan Zakaria, Azizah Rajab, Norfazila Sayuti dan Nur Al-Huda
Hashim. 2007. Kajian Tahap Keresahan di Kalangan Pelajar Bahasa Asing
terhadap Mata Pelajaran Bahasa Asing. Universiti Teknologi Malaysia: Pusat
Pengurusan Penyelidikan.
Yong Chyn Chye, Siti Saniah Abu Bakar, Chan Tze-Haw & Vijayalecthumy
Subramaniam. (2010). Strategi Pelajar Antarabangsa Belajar Bahasa Melayu di
Institusi Pengajian Tinggi. Proceeding of The 4th International Conference on
Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8- 10
November 2010. 366-378.
13

Zaliza Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2014. Sikap dan Motivasi
terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. International Conference on Languages
Linguistics and Society. 134(2014):40-415.
Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin
Embi dan Sharala Subramaniam. 2014. Penggunaan dan Kekerapan Strategi
Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Warganegara Asing.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 4(2): 25-35.
Zulkifley Hamid. 2006. Aplikasi Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
14