PROMOSI HYBRIDITI DALAM PROGRAM MASAKAN
Konsep Hybrid
Arif Zhariff (USM)
Rancangan:
Masakan Bulan Ramadhan
Genre:
Realiti Tv
Konsep:
Hybridity Program Masakan
Permasalahan Kajian: Analisis konsep Hybridity dalam Ketuk-Ketuk Ramadhan .
Pengenalan:
Pertembungan program-program masakan di bulan ramadhan menyajikan input-input masakan sangat
berguna serta konsep yang pelbagai, Ketuk-Ketuk Ramadhan sudah menemani penonton sepanjang
ramadhan sejak 10 tahun penyiarannya. Dengan memperkenalkan menu-menu hidangan tradisional
yang diberi sentuhan baru dalam penyediaan menunya turut memberi idea hidangan membuka puasa
yang menarik kepada penonton. Ketuk-Ketuk Ramadhan merupakan program masakan yang tidak
menampilkan mana-mana Chef masakan malah ia dihoskan sendiri oleh Sheila Rosli bersama selebritiselebriti jemputan yang terdiri dari pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah dan artis dikenali ramai, gosipgosip spontan dari hos dan celoteh mereka yang menghiburkan menjadikan program kelihatan ceria.
Ketuk-Ketuk Ramadhan merupakan program masakan realiti tv yang diadunkan bersama format-format
yang tersendiri menjadikan ia lebih segar dan ceria serta pemilihan lokasi (Setting) penggambaran
berkonsepkan mesra tontonan, malahan penonton di lokasi berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang
disediakan dengan menjawab soalan-soalan yang diajukan semasa rakaman program berjalan. Oleh itu,
Penulisan cuba menganalisis konsep Hybridity dalam program masakan Ketuk-Ketuk Ramadhan yang
bersiaran hanya di bulan ramadhan.
Kata Kunci: Realiti tv, Hybridity, Ketuk-Ketuk Ramadhan
1
Konsep Hybrid
PENDAHULUAN
Pertembungan program-program televisyen di Malaysia menyajikan pelbagai genre- genre
program serta format- format program yang diadun menjadikan ia lebih agresif dan menarik
didalam ‘popular culture’. Gabungan idea dan percampuran format- format persembahan yang
lebih menarik menjadikan sesebuah program itu lebih bersifat mesra penontonan dan
meningkatkan rating penyiaran program. Sejarah penyiaran program-program TV di Malaysia
sejak tahun 1980‟an lagi. Program-program dokumentari, talk show, komedi menjadi genre
pilihan ramai penonton di Malaysia. Industri penyiaran negara bermula agak lewat berbanding
negara-negara jirannya. Menurut Kitley,(2003) Thailand telah memulakan siaran televisyennya
pada tahun 1955, Indonesia pada 1962 dan Singapura 1963.
Realiti program televisyen masakini, menampilkan pelbagai genre dan format program
yang pelbagai dan ber-style. Ia bagaikan sesuatu yang sukar untuk disusun atur berdasarkan
peningkatan permintaan yang tinggi terhadap konsep dan format realiti televisyen masakini.
Menurut Biltereyst,(2004) beliau menyatakan realiti televisyen menjadi begitu popular yang
mana ia diserap sebagai social phenomenon. Fenomena ini menusuk ke serata negara dalam
industri penyiaran termasuklah industri penyiaran Malaysia.
Di dalam penelitian literature, kajian merujuk kepada penulisan “Desires Of Human
Motivation,” Reiss dan Wiltz,(2004) telah menyatakan gabungan elemen-elemen sensitiviti
kehendak penonton yang merujuk kepada sensitiviti teori, ia mempunyai 16 elemen asas kepada
kehendak atau tujuan penontonan. Kehendak ini memberi impak secara langsung kepada mood
penerimaan dan permintaan kepada sesuatu program yang dipersembahkan. Ini merujuk kepada
2
Konsep Hybrid
hubungan realiti televisyen menyajikan pelbagai genre dan format-format program yang
bercampur diserap kedalam budaya popular.
Proses kehidupan masyarakat secara individual kini lebih memilih untuk cenderung
kepada elemen keseronokan (joys). Menurut Reiss dan Wiltz, (2004) menekankan bahawa
elemen keseronokan merupakan nilaian pemilihan yang tertinggi dalam kajian lapangan mereka
terhadap kehendak penontonan. Kajian turut menjelaskan, penonton memilih program realiti
televisyen kerana ianya lebih cenderung mengaktifkan elemen-elemen keseronokan dalam diri
penonton. Mereka yang sukakan program realiti ini dilihat member kesan dalam kehidupan
seharian mereka, beberapa elemen kehendak dan keceriaan mendominasi perwatakan personaliti
penonton itu seperti lebih bersikap social contact, vengeance, order dan romance.
Menurut Bruno,(2002). Personaliti memainkan peranan yang sangat penting dalam semua
perkara yang dilakukan. Personaliti merupakan Psychological Fingerprint, yang mana kita
adalah berbeza antara satu sama lain. Seseorang tu terbentuk dari tindak balas personaliti ia
sendiri. Personaliti-personaliti ini terbentuk dalam elemen-elemen yang pelbagai, ia turut
mengambil kira perkara yang berlaku secara spontan dan mahupun dalam keadaan perbuatan
tanpa sedar yang merujuk kepada pengaruh penyampaian yang disajikan. Psychological ini
dikupas secara saintifik dalam 16 perkara asas proses pembentukan kehendak yang bakal
memberi impak kepada personalityi dan sensitiviti individu itu sendiri.
Menurut kajian teoris berkaitan sensitiviti kehendak penonton, kecenderungan kepada
elemen keseronokan mendominasi permintaan penonton dan menjadi perkara terpenting bagi
mempersembahkan sesuatu program. Reiss dan Wiltz, (2004) turut menyatakan sokongan
3
Konsep Hybrid
keseronokan menjadi elemen tepenting seperti kajian yang dihasilkan menjelaskan 16 elemen
yang menjadi keperluan dan kehendak penonton seperti berikut:
Motive Name
Power
Independence
Curiosity
Acceptance
Order
Saving
Honour
Idealism
Social Contact
Family
Status
Vengeance
Romance
Eating
Physical Exercise
Tranquility
Motive
Desire to influence
Desire for autonomy
Desire for knowledge
Desire for approval
Desire to organize
Desire to Collect
Desire to obey a traditional
moral code
Desire to improve society
Desire for peer companionship
Desire to raise own children
Desire for Prestige
Desire to get even
Desire for sex
Desire for food
Desire to exercise muscle
Desire for inner peace
Joy
Efficacy
Freedom
Wonderment
Self-confidence
Stability
Ownership
Loyalty
Compassion
Fun
Love
Self- importance
Vindication
Lust
Satiation
Vitality
Safe, Relaxed
Carta 1: 16 Elemen Keperluan Dan Kehendak
Carta diatas menjelaskan hubungan antara Motive dan Joy, yang secara mudah untuk kita
fahami singnifier dan singnified yang berlaku. Kesan ini boleh dilihat dari program-program
yang dipertontonkan kepada penonton. Maklum balas dari pe notonan turut menjelaskan lagi
penerangan carta diatas. Kaedah rating juga boleh di analisa bagi mengukur elemen-elemen
kecenderungan penontonan.
Program realiti televisyen menjadi genre yang kian popular, mendapat permintaan dan
rating penonton yang meningkat dengan ketara. Program-program televisyen diterbitkan kini
pasti berunsurkan format- format realiti televisyen tidak kira apa jua bentuk rancangan yang
4
Konsep Hybrid
disiarkan. Peningkatan secara dramatik program-program realiti dan formatnya mewujudkan
suatu fenomena dalam landskap media penyiaran dunia. Rancangan dan bentuk realiti televisyen
ini turut mencipta sejarahnya yang tersendiri, penglibatan peserta dan jumlah penontonan yang
terus meningkat bakal membentuk satu generasi baru dalam industri media.
Menurut Rankin, (2004) penglibatan peserta program realiti memerlukan elemen-elemen
yang menarik perhatian penonton yang kuat di depan skrin. Ia memerlukan suatu emosional yang
meruntun, konfilk, suatu perasaan yang sangat rapat, elemen-elemen yang menyentuh jiwa yang
pastinya membuat penonton menangis, ceria dan bergembira serta beremosi. Program ini turut
menyajikan dramatik yang tidak dapat dijangka, suatu jangkaan yang terasing dihati dan
pemikiran penonton menjadikan program realiti ini terus mendapat perhatian dan permintaan
yang tersendiri dalam industri media tempatan.
KONSEP HYBRID
Masyarakat Malaysia juga merupakan sasaran utama bagi program-program realiti televisyen ini.
Mereka sangat mudah terpengaruh dengan kuasa pujukan dari apparatus penyiaran media
broadcast dan unit-unit promosi. Dengan tawaran dan ganjaran yang tinggi serta populariti,
menjadikan masyarakat Malaysia dari kecil hingga dewasa berpusu-pusu menyertai program ini.
Menyingkap program-program realiti yang pernah diterbitkan seperti Kilau Emas, Akademi
Fantasia, Mentor, Master Chef, Spontan, Maharaja Lawak, Who Want To Be A Millionaire dan
banyak lagi. Kritikan-kritikan yang dilemparkan berkaitan kerisauan terhadap sosial masyarakat
serta konsep kapitalisma yang meruncing secara penglibatan langsung mahupun secara tidak
langsung menjadi persoalan kepada fenomena penglibatan peserta dan penontonan dalam realiti
program.
5
Konsep Hybrid
Telah menjadi kenyataan, penerbitan program-program realiti televisyen di Malaysia
menjadi program entertainment popular dalam industri penyiaran negara dalam apa juga bentuk
rancangan dan genre penerbitan. Unsur-unsur realiti dan format- format realiti televisyen diadun
dalam genre-genre program agar ia kelihatan agresif mengikut mood penontonan masakini.
Percampuran format- format ini dalam genre-genre yang pelbagai mewujudkan suatu
perbincangan berkaitan konsep hybrid dalam program-program popular. Konsep hybrid ini ia
dilahirkan dari proses dan kajian sains biologi pada asalnya.
Namun kemajuan teknologi dan pembangunan secara keseluruhannya turut menguna
pakai konsep hybrid ini dalam template-template kejuruteraan, pertanian, media penyiaran,
makanan, dan lain- lain. Perkembangan dunia teknologi digital masakini tidak dapat dinafikan
perkembangan pesat konsep dan teoritikalnya dapat diadaptasi dalam format atau template yang
pelbagai dengan tujuan untuk mewujudkan suatu ruang yang berbentuk lebih menarik dan dapat
diterima dengan baik.
Istilah hybrid pada asalnya wujud sejak 10 tahun yang lalu, ia mula mengubah maknanya
secara mendadak. Berasal dari biologi dan merujuk kepada sifat pembiakan terpilih bagi tumbuhtumbuhan untuk menghasilkan varieti baru dengan sifat-sifat tertentu yang lebih baik. Hybriditi
juga mempunyai ciri-ciri ia tersendiri yang dipanggil “pasca- modern”. Dalam industri media dan
penyiaran tempatan, konsep hybrid mula dihujahkan dalam genre-genre program televisyen.
Bentuk-bentuk hybrid tidak selalunya kelihatan menarik tetapi secara umumnya mampu berdiri
setaraf dengan format- format penerbitan Hollywood atau program popular yang diimport. Ia
turut memerlukan identiti peribadi yang tersendiri dengan pendekatan yang sedikit berbeza tetapi
mampu diterima dengan baik dalam budaya tempatan.
6
Konsep Hybrid
Dalam hujahan Gill Branston,(2004) beliau berhujah berkenaan konsep hybrid dari sudut
pandang gobal dan tempatan. Perkara yang dilakukan adalah untuk membawa isu- isu ke tahap
yang member kesan kepada masyarakat umumnya. Ia turut menekankan proses globalisasi
merupakan sesuatu yang telah membangun untuk beberapa ribu tahun sejak sector perdangan
mula masuk kedalam pelabuhan-pelabuhan negara. Hybriditi ini ia turut meliputi hubungan
kuasa, ekonomi, dan sosial masyarakat.
Hybriditi telah menjadi salah satu cara untuk mewujudkan semula penumpuan
masyarakat tempatan dengan menggabungkan unsur- unsur budaya global bakal melahirkan satu
bentuk identiti hybrid budaya yang baru. Gabungan dari dua budaya berbeza mewujudkan suatu
identiti budaya baru. Idenititi tidak di asimilasikan atau diubah secara bebas menjadi identiti baru
yang lain. Ia dapat direnung dalam konteks budaya negara-negara yang dijajah yang telah stabil.
Budaya mula mengambil pengaruh global agar masyarakat membangun dalam kehidupan dan
identiti dan generasi baru dibentuk.
ADAPTASI HYBRIDITI
Jangkauan global televisyen Malaysia boleh digambarkan melalui proses hybrid antara budaya
popular yang diimport dan program tempatan. Menurut Wang,(2010) bilangan program
disesuaikan dan disiarkan di televisyen Malaysia semakin meningkat. Dalam kes programprogram televisyen Malaysia, Konsep hybrid berlaku dalam dua cara, pertama apabila
dikeluarkan dalam negara program budaya popular digalakkan oleh kerajaan untuk
menggabungkan, sebagai contoh, Islam yang sederhana, kemodenan barat dan unsur-unsur lain
yang sesuai dari budaya popular yang diimport ke dalam pengeluaran popular tempatan program
kebudayaan. Kedua, bahan yang diimport program budaya popular ditapis dan dipantau untuk
7
Konsep Hybrid
menghapuskan tanggapan nilai negatif kepada tempatan. Di sini, menyesuaikan diri dan
penapisan dua cara penting proses peng-hybrid-an. Seksyen ini, memberi tumpuan kepada
peranan badan-badan kerajaan dan orang awam yang menguatkuasakan dan memantau
perkembangan hybrid ini.
Dalam penulisan ini, program masakan menjadi pilihan kajian konsep hybrid dalam
program televisyen tempatan. Program masakan tempatan telah bermula sejak sekian lama
dengan menampilkan chef-chef terkenal dengan menu dan hidangan yang istimewa. Program
masakan tempatan disiarkan sepanjang tahun kerana ia terus menerus mendapat permintaan dan
peminat ia sendiri. Fokus penulisan lebih menjurus kepada situasi hubungan program masakan
dan perkaitan dengan ramadhan. Kemunculan program-program masakan sepanjang ramadhan di
semua saluran TV amat menarik untuk ditonton dan diperbincangankan. Pelbagai konsep dan
tema turut dipersembahkan agar program kelihat lebih segar dan agresif dengan format- format
mereka yang tersendiri.
Ketuk-Ketuk Ramadhan, merupakan program masakan yang paling popular sepanjang
bersiaran dibulan ramadhan. Ketuk-Ketuk Ramadhan merupakan terbitan RTM TV1, KetukKetuk Ramadhan dihoskan oleh Sheila Rusli bersama selebriti-selebriti jemputan yang terdiri
dari pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah dan artis dikenali ramai, gosip- gosip spontan dari hos
dan celoteh mereka yang menghiburkan menjadikan program kelihatan lebih ceria. Ketuk-Ketuk
Ramadhan merupakan program masakan realiti TV yang diadunkan bersama format- format yang
tersendiri menjadikan ia lebih segar dan ceria serta pemilihan lokasi (Setting) penggambaran
berkonsepkan mesra tontonan, malahan penonton di lokasi berpeluang memenangi hadiah- hadiah
yang disediakan dengan menjawab soalan-soalan yang diajukan semasa rakaman program
berjalan.
8
Konsep Hybrid
Penulisan cuba menganalisis konsep hybrid yang diadunkan dalam program masakan
popular dan mencari identiti hybrid yang wujud menjadikan program ini kelihatan lain dari yang
lain. Dengan memilih program masakan sebagai medium kajian dan analisis, penulisan turut
berkongsi apa yang dinyatakan oleh Devon.M.Malene,(2011) berkenaan program masakan dan
makanan. „Makanan adalah satu aspek budaya, Setiap orang, ia seolah-olah, mempunyai sesuatu
untuk mengatakan mengenai makanan‟. Masakan tidak lagi dilihat sebagai pekerjaan yg
membosankan ia kini merupakan bentuk hiburan dan cara untuk menyambung hubugan dan
kemesraan dan perbualan secara starter mudah dan lebih mesra.
Program masakan Ketuk-Ketuk Ramadhan jelas menggunakan pendekatan yang santai
dan bersahaja dalam penyampaiannya. Dengan memilih penggambaran secara open-air,
penonton dihubungkan secara langsung dengan hos dan artis jemputan. Malahan ia turut
memberi hadiah kepada penonton yang bertuah. Format persembahan program masakan ini
diubah dengan lebih drastik agar ia kelihatan dramatik. Konsep hos menyergah ke rumah artisartis yang terpilih sebagai artis jemputan untuk memasak, jelas ia berlaku penambahan dan
pembaharuan format persembahan dan pergerakan angle kamera yang berbentuk realistik. Secara
tidak langsung ia turut mempromosikan gaya hidup artis-artis tempatan yang terkenal. Malahan,
gosip-gosip panas turut diajukan secara spontan merujuk kepada situasi dan kontroversi artis
jemputan tersebut.
Dengan memperlihatkan gaya hidup artis-artis dalam program masakan ini, ia telah
mengguna pakai format Hollywod seperti yang di terangkan oleh De solier berkaitan pemaparan
gaya hidup dalam program masakan. De Solier,(2005) dalam penerangannya berkata bahawa
program masakan dalam televisyen adalah sebahagian daripada trend yang lebih luas ke arah
pembentukan gaya hidup. Program televisyen masakan kontemporari boleh dianggap sebagai
9
Konsep Hybrid
satu bidang generik hibrid dan pelbagai yang mencabar perbezaan tradisional antara
pengaturcaraan fakta dan hiburan. (Poniewozik, 2001; Buford, 2006; Pollan, 2009).
Menurut De Solier,(2005) program memasak televisyen boleh menjadi medium untuk
menyebarkan pengetahuan budaya dan sosial melalui ilmu masakan: "Ia memberitahu penonton
dalam hal-hal rasa, dan bagaimana untuk menggunakan mereka rasa dalam makanan dalam
projek-projek sosial perbezaan". Penulisan cuba berkongsi pemahaman yang diajukan oleh
Solier yang menyatakan penonton mengumpul dua bentuk pengetahuan yang saling berkongsi
dalam program pengaturcaraan masakan, ia dipanggil sebagai "modal budaya masakan".
Demikian itu, Maklum balas penonton menunjukkan penekanan idea-idea bahawa gaya
hidup chef selebriti menggambarkan ia mampu dicapai, jika penonton hanya membeli
perlengkapan yang diperlukan. Seperti apa yang dikatakan oleh Danford, penonton mampu
mencapai kepuasan dan meniru aksi masakan dengan tersedianaya "alat memasak, peralatan
kecil, peralatan makan, peralatan dapur, barangan bakar, peralatan makan, barware dan
penyimpanan produk," (Danford, 2005). Spittle menambah, "program masakan mengajar kita
bagaimana untuk memasak ke arah nilai makanan sebagai penanda Cemerlang" (Spittle, 2002)
Penulisan mendalami aspek format gaya masakan yang cuba dipersembahkan kepada
umum. Format menu masakan dilihat cuba dibuat secara spontan pemilihan idea menu dan
kaedah masakan yang dimasak oleh artis jemputan. Ia memaparkan kisah realiti kebolehan artisartis jemputan memasak dan pengetahuan mereka dalam masakan. Dalam penelitian ini, kajian
mendapati format ini turut bertujuan menguji kebolehan dan pengetahuan artis terhadap bidang
masakan dan menu apakah yang menjadi kegemaran mereka. Ia dibandingkan dengan makanan
kegemaran dan kebolehan memasak makanan kegemaran mereka. Disebalik populariti mereka
10
Konsep Hybrid
dikalangan peminat, ia juga mempengaruhi gaya makanan kerana ia menjadi sumber asas
menjaga keterampilan diri dan kesihatan.
Penulisan cuba menghubungkan pengaruh populariti dengan pemilihan menu makanan
dari artis-arits jemputan dalam program Ketuk-Ketuk Ramadhan ini. Dengan meneliti kajiankajian lepas terhadap program masakan, dapat dikongsikan disini bahawa populariti selebriti
yang dipersembahkan sangat menghubungkan dengan pilihan peribadi mereka serta
mempengaruhi citara rasa penonton dan peminat mereka secara langsung atau tidak langsung.
Populariti chef dan selebriti pada skrin menunjukkan bahawa pilihan peribadi mereka boleh
mempengaruhi tanggapan penonton dan kecenderungan terhadap sesuatu pemilihan menu
makanan. “Dengan meniru kehidupan sehari-hari, media boleh menjadi model untuk bagaimana
orang harus berkelakuan dalam kehidupan seharian mereka”. (Bandura, 2001)
Bandura turut menambah berkaitan adaptasi pemerhatian "sebenar" di televisyen bukan
sahaja mengakibatkan peniruan yang nyata, namun. melalui pendedahan berulang kali kepada
tindakan dan, penonton televisyen benar-benar dapat memperoleh sikap, emosi dan pilihan
tingkah laku ke arah tindakan, tempat atau benda (Bandura, 1986) yang berkekalan. Pemerhatian
ini juga boleh berfungsi sebagai "prom sosial," alat yang dunia pengiklanan, terutamanya dalam
fesyen dan makanan, telah berjaya digunakan untuk beberapa tahun (Bandura, 2001).
Seterusnya penelitian dilakukan keatas setting dan lokasi yang dipilih oleh program
Ketuk-Ketuk Ramadhan. Pemilihan lokasi penggambaran juga turut memainkan peranan penting
dalam menarik perhatian dan minat penonton. TESCO menjadi penaja rasmi tempat
penggambaran Ketuk Ketuk Ramadhan bagi tahun 2015. Dalam penelitian ini, penulisan
berpandapat bahawa pemilihan lokasi TESCO adalah berketepatan dengan program masakan
11
Konsep Hybrid
untuk bulan Ramadhan. Ia merupakan lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah barang rumah
dan dapur sebagai persediaan membuka puasa dan menyambut Syawal. Disini, program Ketuk
Ketuk Ramadhan mendapat promosi secara langsung dan kepada pengunjung yang berada di
lokasi penggambaran mereka mudah untuk mendapatkan idea- idea menu dan bahan-bahan
masakan.
Dengan melakukan perbandingan program-program yang disiarkan di TV3 yang
berkonsepkan Seindah Ramadhan. TV3 dilihat bekerjasama dengan pusat membeli belah AEON
Co. (M) Berhad menerusi acara „turun padang‟ iaitu Skuad Seindah Ramadhan dan Bazar
Seindah Ramadhan. Skuad ini akan menemui orang ramai di lokasi- lokasi bazaar dan AEON
sekitar Lembah Klang. Strategi ini dilihat bagi memberi saingan kepada RTM yang lebih popular
dengan program Ketuk Ketuk Ramadhan. Selain itu, Prime Work studio turut terlibat dalam
mempromosi program-program sepanjang Ramadhan dengan memperkenalkan ‘Asian Taste’
menyajikan program-program khas berkenaan makanan dan masakan yang menonjolkan citarasa
Asia. Daripada pengembaraan untuk mencari hidangan- hidangan Asia paling menarik dalam
Best in the World. Namun, promosi ini dilihat hambar kurang mendapat sambutan orang ramai.
Persaingan dan percampuran format persembahan dalam program-program masakan
terutamanya menjangkau lapisan sosial, budaya, dan pengaruh media itu sendiri. Analisis format
Ketuk Ketuk Ramadhan cuba dibahagikan kepada beberapa aspek seperti berikut:
1. Program berbentuk Santai Bersahaja: Program yang dikendalikan Js Production
berkonsepkan santai dan tidak terlalu formal. Di tambah pula, pengacaraan yang sporting
dan bijak mengendalikan rancangan tanpa perlu mengikut skrip 100%.
12
Konsep Hybrid
2. Kerana Terpaksa aku Relakan: Dalam kebanyakan setiap awal episod, pasti berlaku
babak di mana Sheila Rusly mengajak dan memaksa selebriti jemputan untuk memasak.
Dari situ, kita dapat lihat pelbagai telatah dan alasan yang dilakukan oleh selebriti untuk
menolak tawaran memasak dalam Ketuk-ketuk Ramadhan.
3. Gosip - Mengetahui Perkembangan Terkini Selebtriti: Selebriti jemputan sebenarnya
memeriahkan
lagi suasana dengan berkongsi resepi di samping
mengetahui
perkembangan terkini.
4. Gaya Penampilan: Dapat lihat artis bergaya yang tidak kena pada tempat. Bayangkan
selebriti pergi pasar dengan kasut tumit tinggi dan dengan pakaian yang tidak sesuai.
Adegan sindir menyindir dengan Sheila Rusly sangat mencuit hati penonton.
5. Terlupa Puasa: Paling best bilamana Sheila rusly mengenakan selebriti jemputan untuk
merasa makanan yang telah di masak. Apabila ditegur tak puasa ke? Respond spontan
selebriti sangat mencuit hati penonton. Telatah Sheila dan selebriti jemputan tidak
mengeringkan gusi penonton malah ia membuat penonton ternanti- nanti episode
seterusnya.
KESIMPULAN
Konsep Hybrid dalam program realiti televisyen dilihat amat sukar untuk diklasifikasikan.
Percampuran pelbagai sumber dan idelogi menjadikan program realiti dilihat lebih bertenaga,
tanpa format khusus, dan tidak terkawal. Konsep Hybrid juga dilihat berjaya dalam penerbitan
program-program mereka dalam apa jua genre yang diterbitkan. Malah ia bakal mewujudkan
satu generasi Hybrid dan penontonan yang baru dalam industri penyiaran temapatan.
13
Konsep Hybrid
References
Keri Iyall Smith, 2006. The Impact of Indigenous Hybridity on the Formation of World
Society, Department of Sociology and Criminology, Stonehill College.
Washington
Siti Zanariah Ahmad Ishak, 2011. Cultural Hybridity: Adapting and Filtering Popular
Culture in Malaysian Television Programmmes. Malaysian Journal of Media
Studies. Kuala Lumpur
Devon M. Malene , 2011.Cooking Shows and Cultural Values. Faculty of the School of
Communication, Public Communication
Roy Stafford, 2000. Globalisation and Hybridity.
http://www.itpmag.demon.co.uk/Hybridty.pdf. Media Education Magazine
14