APLIKASI THEORY OF PLAY DALAM MENGKAJI K (1)

APLIKASI THEORY OF PLAY DALAM MENGKAJI KEMAMPANAN TANGON
MASYARAKAT KADAZANDUSUN
Rebekah Alpeus
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
[email protected]

Abstrak

Peredaran masa dan perubahan teknologi serta media sosial yang menjadi sumber
generasi muda hari ini untuk memperolehi hiburan maksimum mampu menggugat
kemampanan warisan sesebuah lapisan masyarakat. Dalam kajian ini, Theory of Play yang
berkolerasi dengan fungsi tangon (cerita rakyat) masyarakat Kadazandusun telah diterapkan
untuk mengkaji keberadaan tangon dalam kalangan komuniti itu sendiri. Bagi mendapatkan
data, pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif serta berkolaberasi dengan Sekolah
Menengah Kebangsaan Kota Marudu, Sabah. Keputusan dapatan kajian daripada kerja
lapang tersebut hampir mencapai tahap negatif yang menunjukkan warisan tidak ketara ini
tergugat dengan arus pemodenan. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha yang telah
dibincangkan masih boleh diaplikasikan bagi mengelak keruntuhan harta masyarakat ini.
Kajian ini juga memberi kesedaran kepada belia masyarakat Kadazandusun mengenai
kepentingan serta peranan tangon sebagai khazanah bangsa mereka.
Kata kunci: Cerita rakyat, Kemampanan, Kadazandusun,


PENGENALAN
Idea pengkaji untuk melakukan kajian terhadap topik ini timbul kerana minatnya terhadap
tangon atau cerita rakyat Kadazandusun (di Sabah) yang pernah dijadikan sebagai hiburan
ketika zaman kanak-kanaknya di Sabah. Pengalaman serta pengetahuan yang diperolehi oleh
pengkaji daripada kedua orang tuanya telah menimbulkan keinginannya untuk mempelajari
lebih lanjut mengenai kehadiran tangon dalam kalangan masyarakat sebangsanya. Sesuai
dengan peredaran masa yang sedang meneraju ke era modenasasi di Sabah, kajian ini bertujuan
untuk merungkai persoalan mengenai kedudukan cerita rakyat masyarakat Kadazandusun
dalam kalangan komuniti itu sendiri pada. Dalam erti kata lain, pengkaji ingin mengetahui

setakat manakah penerimaan atau kemampanan cerita rakyat Kadazandusun dalam kalangan
masyarakat sebangsanya.
Kajian demi kajian mengenai cerita rakyat semakin banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji
tempatan dan bukan tempatan terhadap masyarakat ini, tetapi setakat di manakah penerimaan
dan kedudukan cerita rakyat masyarakat Kadazandusun dalam kalangan komuniti itu sendiri?
Radzi (2016) pernah mengungkapkan di dalam kajiannya bahawa, cerita rakyat pada hari ini
bukan hanya wujud sebagai tradisi lisan, tetapi telah diserap dan disebarkan melalui teknologi
moden dan ruang siber (cyber space) seperti internet, laman sesawang dan rangkaian sosial.
Namun begitu, adakah alternatif ini berjaya menarik perhatian generasi hari ini? Persoalan ini

akan dibincangkan dalam topik seterusnya. Sejajar dengan perkembangan dan kreativi manusia
dalam menjadikan filem sebagai hiburan menarik pada era globalisasi ini, pengkaji juga
mengaitkan industri perfileman dengan cerita rakyat sebagai usaha yang mampu menarik
perhatian masyarakat serta memberi faedah kepada warisan masyarakat Kadazandusun juga.
Selain itu, dalam kalangan pelajar-pelajar universiti yang berbangsa Kadazandusun sendiri juga
tidak lagi mengetahui istilah tangon ini. Sebelum tajuk kajian ini ditentukan, pengkaji pernah
mengajukan soalan kepada beberapa orang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
yang berbangsa Kadazandusun tetapi jawapan mereka adalah negatif, yang menunjukkan
mereka tidak pernah mendengar istilah tangon. Ini menunjukkan bahawa warisan tidak ketara
ini semakin hilang dan jarang diceriterakan kepada generasi-generasi muda pada era globalisasi
ini.

SOROTAN KESUSASTERAAN
Cerita Rakyat
Cerita merupakan sesuatu yang dicipta oleh manusia untuk menghiburkan orang lain dengan
jalan cerita yang tertentu, juga berkait rapat dengan legenda. Menurut Bernard (2011),
“sesebuah cerita adalah naratif, atau memberitahu tentang sesuatu peristiwa atau siri sesebuah
peristiwa yang direka untuk menarik minat audien sama ada pembaca, pendengar atau
penontonnya.” Sesetengah cerita mempunyai faktanya dalam kehidupan manusia, namun
terdapat juga cerita yang hanya direka semata-mata sebagai hiburan yang dikenali sebagai

cerita fiksi atau dongeng.

Menurut Kim-Maloney, Kim dan Tereschenko (2014) pula, cerita rakyat merupakan kerja
kolektif pertama yang kreatif yang melibatkan bahasa lisan, muzik, drama dan koreografi, ia
juga merupakan sastera yang bagus tetapi susah untuk dipercayai. Terma “susah dipercayai”
disini menunjukkan cerita rakyat juga berbentuk dongeng. Selain itu, cerita rakyat merupakan
kisah-kisah dahulu kalah yang direka oleh sesebuah lapisan masyarakat, ia diturunkan secara
turun-temurun yang menjadikannya sebagai warisan tidak ketara. Kenyataan ini disokong oleh
Othman (2014), dimana cerita rakyat disebarkan secara turun-temurun dari generasi ke
generasi yang seterusnya. Cerita rakyat juga dikatakan rapuh dan terdedah kepada bahaya
kepupusan (Bidder, Kibat, & Saien, 2014).
Cerita rakyat juga disampaikan secara lisan dengan cerita yang biasanya dibaca oleh orangorang tua kepada anak-anak sebelum mereka masuk tidur (Masmuzidin, Jiang, & Wan, 2011).
Kesusasteraan Masyarakat Kadazandusun: Tangon (Cerita Rakyat)
Menurut Bating (2014), “sastera adalah hasil ciptaan manusia yang mengekspresikan fikiran,
gagasan, pemahaman, tanggapan, perasaan terhadap kehidupan dengan pengolahan bahasa
yang imajinatif dan emosional.” Turut dinyatakan:
“Elemen-elemen sastera dan budaya dalam kurikulum bahasa Kadazandusun meliputi
aspek-aspek keindahan bahasa, estetika, sastera tradisional, kesejarahan bahasa,
kepercayaan tradisi, adat-istiadat, budaya, moral, patriotisme, kemasyarakatan dan
tanggungjawab sosial. Elemen-elemen ini dipetik daripada kurikulum bahasa

Kadazandusun pelbagai peringkat dan institusi.Elemen-elemen ini dirangkum dalam
satu senarai bagi membentuk elemen sastera dan budaya dalam keseluruhan kurikulum
bahasa Kadazandusun” (Bating, 2014).

Menurut Gallus dan Low (2016) dalam kajian mereka terhadap etnik Dusun Liwan di Sabah,
tangon merujuk kepada “susuyan gulu-gulu” dalam bahasa etnik ini dan juga digunapakai oleh
masyarakat serumpun Kadazandusun, yang bermaksud cerita dulu-dulu. Selain itu, sesetangah
orang dusun juga menyebutnya sebagi “susuyan” atau “susunud”.
Menurut Bating (2014), “Sastera Etnik Sabah pada hakikatnya adalah karya yang ditulis
dalam bahasa etnik, bahasa Melayu atau bahasa lain yang memaparkan unsur-unsur
kehidupan masyarakat di Sabah dan menampilkan kekhususan nilai budaya, citra manusia
serta sosiologi masyara kat di Sabah.”

Hasil kajian Gallus dan Low (2016) turut menyatakan bahawa “tangon juga dituturkan oleh
mereka yang sedang berkebun sebagai salah satu cara untuk berhibur di tempat kerja”. Situasi
sedemikian juga pernah dialami oleh pengkaji sendiri. Salah satunya, semasa menjalankan
kerja-kerja merumput di halaman rumah, ibu pengkaji akan bercerita kepada pengkaji dan adikberadiknya supaya tidak bosan atau malas semasa menjalankan kerja tersebut.
Theory of Play
Play bermaksud main atau memainkan, diambil dari Bahasa Inggeris. Menurut Mclean dan


Hurd (2012), istilah play diambil dari Anglo-Saxon, plega yang membawa maksud satu
permainan atau sukan, pertempuran (kecil), atau perlawanan. Ia juga berkait rapat dengan plaga
dari Bahasa Latin yang bermaksud pukulan atau dalam Bahasa Inggeris, stroke. Walau
bagaimanapun, McLean dan Hurd (2012) menyatakan bahawa play secara tradisinya dianggap
sebagai aktiviti kanak-kanak, berbeza dengan rekreasi yang digambarkan lebih kepada aktiviti
bagi golongan dewasa.
Berikut merupakan ringkasan fungsi atau ciri-ciri play yang dinyatakan oleh Mclean dan Hurd
(2012):
Theory of Play
Surplus-Energy Theory

Instinct-Practice Theory
Catharsis Theory
Self-expression Theory
Play as a Social Necessity
Typologies of Play Activity

Fungsi/Ciri-ciri Play
Play sebagai aktiviti untuk membakar tenaga yang
berlebihan, dan keperluan untuk menyegarkan diri daripada

aktiviti lain.
Meningkatkan kemahiran.
Membebaskan
beban
emosi
dengan
cara
mempersembahkan/dipentaskan kepada penonton.
Berfungsi untuk mengekspresikan personality dan bakat
yang dimiliki.
Keperluan sosial dalam pembangunan kanak-kanak.
Klasifikasi pengalaman bermain (play experience) melalui
permainan dan aktiviti yang dimainkan merupakan ciri dari
pelbagai budaya; mengenalpasti fungsi dan nilainya:
1. Agon – sebagai pengekalan tumpuan, melatih dan
mendisiplinkan, memberi ketabahan (dengan had
dan peraturan).
2. Alea – permainan bergantung kepada nasib.
3. Mimicry - berasaskan penerimaan atau imaginasi
alam. Dalam hal ini, permainan akan melibatkan cara

pemain sendiri untuk percaya atau membuat pemain
lain percaya.

Contrasting Styles of Play

The Play Element in Culture

4. Ilinx – Aktiviti lasak yang membuatkan indvidu
pening.
Tingkah laku bermain yang keterlaluan:
1. Paidia – keseronokan tidak terkawal – spontan;
2. Ludus – melibatkan peraturan dan konvesyen,
mewakili pengiraan dan aktiviti yang dicipta.
Play merangkumi keseluruhan hidup manusia melalui
kebudayaan.

Dalam artikel Rollins (n.d.), beliau telah menerangkan beberapa fungsi Teori Play dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Berikut merupakan keterangan tersebut:
Teori Play
Terapi

(Play as Therapy)

Latihan
(Play as Rehearsal)

Persediaan
(Play as Preparation)

Pembelajaran
(Play as Sensory
Learning)

Pembangunan
Intelektual
(Play as Intellectual
Development)

Keterangan
Pada tahun 1920, Sigmung Freud mendefinisikan play sebagai
mekanisme kanak-kanak yang bekerja berulang kali daripada

peristiwa traumatik yang dialami sebelum ini, yang berupaya
untuk memperbaiki atau menguasai sesuatu peristiwa untuk
kepuasannya sendiri.
Pada tahun 1972, Bruner mengusungkan satu fungsi play iaitu
untuk melatih tindakan mereka terhadap fakta kehidupan yang
berbagai-bagai dalam persekitaran yang selamat supaya apabila
mereka menghadapi kesulitan kelak, mereka boleh
mengharnginya.
Pada awal era 1900-an, John Dewey mengatakan bahawa play
merupakan satu aktiviti yang secara tidak langsung membantu
individu untuk membangunkan kedua aspek mentaliti dan
sosialitinya. Sebagai kanak-kanak yang menjadi dewasa, mereka
tidak lagi bermain “sorok-sorok” tetapi mencari hiburan dalam
bidang pekerjaan mereka.
Pada awal era 1900-an juga, Maria Montessori mengatakan
kanak-kanak dibiarkan untuk menggunakan masa bermain
mereka untuk belajar atau berimaginasi adalah baik. Kanakkanak mempunyai penentuan terhadap ruang mindanya sendiri,
dengan bantuan pengajar dalam permainannya, kanak-kanak itu
dapat mempelajari sesuatu.
Jean Piaget pula memperkenalkan tahap-tahap pembangunan

kanak-kanak. Secara tidak langsung, setiap tahap tersebut
berhubung kait dengan konsep play. Intelektual kanak-kanak
bertumbuh apabila mereka mengharungi tahap seperti asimilasi,
atau memanipulasikan dunia luar untuk memenuhi keperluannya
(seperti berlakon) dan
dibantu, ataupun mengubahsuai
pandangan seseorang untuk memenuhi keperluan dalam
persekitaran luar atau kerja.

Pembangunan Sosial
(Play as Social
Development)

Teori ini dibangunkan oleh Lev Vyotsky yang mengatakan
bahawa kanak-kanak akan menggunakan konsep play
(main/bermain) untuk pertumbuhan sosialnya. Dalam hal ini,
mereka akan berinteraksi dengan individu lain melalui bahasa
dan tingkah laku atau lakonannya.

Play berkolerasi dengan kepentingan atau peranana cerita rakyat kepada masyarakat. Dalam


mengkaji kemampanan tangon masyarakat Kadazandusun, pengkaji telah menerapkan fungsifungsi tersebut sebagai salah satu kepentingan tangon tersebut.
Cerita Rakyat dan Industri Perfileman
Dalam bidang perfileman, Bernard (2004) mendefinisikan cerita sebagai satu naratif, atau
menceritakan tentang sebuah peristiwa atau siri peristiwa yang direka untuk menarik perhatian
audien yang terdiri daripada pembaca, pendengar atau penonton.
Menurut Bernard (2004) lagi, dokumentari membawa audien ke dunia baru dan memberi
pengalaman melalui persembahan tentang manusia, tempat, dan situasi/peristiwa dengan
maklumat yang nyata, dan biasanya dengan cara persembahan imej-imej sebenar serta artifak.
Bernard turut menyatakan bahawa apabila seseorang penulis dikreditkan pada sebuah filem
dokumentari, persembahan watak kemungkinan berbeza dari cerita asalnya.
Berdasarkan kenyataan di atas, boleh disimpulkan bahawa sekiranya sesebuah buku cerita
rakyat terpilih untuk didokumentarikan, kemungkinan besar watak yang dipersembahkan atau
dilakonkan mempunyai perwatakan atau ciri-ciri yang berbeza daripada dalam ceritanya yang
sebenar. Walau bagaimanapun, Giannetti (1990) menyatakan bahawa skrip selalunya diubah
suai oleh pelakon yang membawa watak tertentu, yang menunjukkan bahawa sekiranya skrip
diambil daripada sesebuah cerita rakyat, pelakon merupakan salah satu faktor jalan cerita atau
watak tidak sama, kadangkala tersimpang jauh daripada cerita yang ditulis. Perkara ini
disebabkan oleh faktor untuk meningkatkan kualiti atau membuatkan pelakon tersebut terkenal
(Giannetti, 1990).
Selain itu, Giannetti (1990) juga menyatakan bahawa bagi pengarang filem, cerita adalah harta
yang mempunyai nilai box-office, bagi penulis pula cerita adalah skrip dalam dalam industri
perfileman. Ini menunjukkan perbezaan motif penulis skrip dan pengarang filem. Pengarang
filem yang memfokuskan kepada keuntungan semata-mata akan mengubah sedikit-sebanyak
plot cerita untuk menarik perhatian dan minat audien, seterusnya meningkatkan pemasaran
filem tersebut.

METODOLOGI KAJIAN
Kaedah yang telah digunakan dalam mengumpulkan data ialah quantitaif. Pengkaji telah
mengedarkan 450 keping borang soal selidik. Namun, target kajian ini hanya mengambil
seramai 384 orang responden yang berbangsa Kadazandusun sahaja.
Proses pengumpulan data telah dilakukan di SMK Kota Marudu dan sekitarnya. Lokasi tersebut
sesuai dengan sasaran responden kajian yang diperlukan iaitu golongan muda bagi masyarakat
Kadazandusun sahaja.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan objektif kajian yang pertama iaitu mengenalpasti sama ada generasi muda
masyarakat Kadazandusun masih mengambil-tahu mengenai tangon atau sebaliknya, Pengkaji
dapat menyimpulkan bahawa generasi muda masyarakat Kadazandusun hari ini masih positif
dalam hal pendedahan serta ingin mengambil-tahu mengenai kesusasteraan Kadazandusun
iaitu tangon. Ia boleh dibuktikan melalui 203 orang responden yang pernah diceritakan tangon
Kadazandusun daripada jumlah keseluruhan responden kajian iaitu 384 orang. 122 orang
(60%) daripada jumlah 203 orang tersebut menyedari kepentingan tangon Kadazandusun
sebagai identiti masyarakat bangsa mereka, dan membawa nilai-nilai murni dan pengajaran
bagi mereka, serta ingin menurunkan tangon Kadazandusun kepada generasi seterusnya.

Kepentingan tangon
Sebagai identiti masyarakat Kadazandusun.
Menyampaikan nilai-nilai murni dan pengajaran.
Mengekspresikan emosi melalui bercerita - tangon.
Membantu kanak-kanak masuk tidur
Mengekspresikan bakat dan personaliti melalui bercerita tangon.
Pembangunan produk pelancongan kebudayaan.
Mengeratkan hubungan silahturahim.
Membantu dalam pembangunan sosial.
Menyampaikan maklumat fungsi sesuatu benda.
Membantu dalam pembangunan intelektual.
Menyegarkan diri dari aktiviti lain.
Meningkatkan kemahiran.
Pengetahuan generasi akan datang.*
Sebagai hiburan untuk para pendengar.*

Responden ingin menurunkan
tangon kepada generasi
seterusnya.
122
115
61
52
48
46
45
39
32
31
28
25
1
1

Meningkatkan kemahiran membaca.*
Mengekalkan bahasa ibunda.*
Mengekalkan tradisi *
Tidak pasti / tidak dinyatakan

1
1
1
1

Jumlah kekerapan
Jumlah responden

650
203

Jadual 1: Kolerasi pendapat responden yang ingin menurunkan tangon kepada generasi
seterusnya dengan kepentingan tangon.

Selain itu, berdasarkan Jadual 2, para responden (terdiri daripada 203 orang yang pernah
diceritakan tangon) turut menyatakan tindakan yang boleh mereka lakukan supaya tidak
melupakan tangon mereka, kemudian dapat menurunkan tangon tersebut kepada generasi
seterusnya, iaitu penyimpanan bahan bacaan tangon Kadazandusun (42% – setuju).
Tindakan responden yang
bersetuju (menjawab Ya) supaya
tidak melupakan tangon.
Menyimpan bahan bacaan
berkenaan tangon.
Menyampaikan tangon kepada
rakan-rakan.
Merekod tangon melalui teknologi
yang sesuai.
Mendengar radio *
Tidak ingin menurunkan.*
Tidak pasti *
Jumlah

Responden yang ingin menurunkan
tangon Kadazandusun kepada generasi
seterusnya.
111

Peratus

90

34%

53

20%

1
3
5
263

42%

4%
100%

Jadual 2: Kolerasi jawapan responden yang ingin menurunkan tangon Kadazandusun kepada
generasi seterusnya dengan tindakan mereka supaya tidak melupakan tangon.
Para responden yang pernah diceritakan tangon turut menunjukkan bahawa mereka selalunya
tertarik setiap kali tangon Kadazandusun diceritakan, dan 187 orang daripada 203 orang
tersebut setuju bahawa tangon perlu dipelihara.

Adakah anda tertarik
setiap kali tangon
Kadazandusun
diceritakan?
Ya
Tidak
Jumlah

Pada pendapat anda, adakah tangon perlu
dipelihara?
Ya

Tidak

Tidak Pasti

187
6
193

6
3
9

1
0
1

Jumlah

194
9
203

Jadual 3: Kolerasi jawapan responden yang tertarik denggn tangon dengan pendapat
responden terhadap tangon yang perlu dipelihara.

Berdasarkan objektif kedua, pengkaji berjaya merungkai tiga jenis saluran yang dikenal pasti
dapat mendekati jiwa generasi muda masyarakat Kadazandusun untuk menyampaikan tangon
Kadazandusun. Pertama, iaitu oleh manusia sendiri seperti ibu bapa dan datuk atau nenek, hal
ini kerana majoriti responden didedahkan oleh golongan ini dan cerita-cerita yang disampaikan
menarik minat mereka.
180

157

160
140
120

101

100
80
60
40

41

33
17

18

22
4

20

2

1

0

Carta 1: Sumber yang mendedahkan tangon kepada responden. (Soalan pilihan jawapan
pelbagai)
Kedua ialah melalui bahan bacaan seperti buku. Berdasarkan taburan silang Jadual 4 dan Jadual
5, majoriti responden yang pernah dan tidak pernah diceritakan tangon Kadazandusun
menyatakan mereka akan tertarik membaca buku tersebut (83% daripada 384 orang responden)
sekiranya terjumlah di mana-mana ruang bacaan, dan juga akan tertarik membeli buku (73%
daripada 384 orang responden) tersebut sekiranya terjumpa di mana-mana kedai. Penemuan ini
juga boleh dikaitkan dengan 62% orang daripada 203 orang responden yang pernah diceritakan

tangon Kadazandusun menyatakan bahawa mereka akan menyimpan bahan bacaan mengenai
tangon tersebut agar mereka tidak melupakan warisan ini.
Responden yang akan
tertarik untuk membaca buku
tangon Kadazandusun.

Responden yang pernah dan tidak pernah
diceritakan tangon Kadazandusun.

Ya
Tidak
Tidak pasti
Jumlah

Ya
185
17
1
203

Tidak
134
44
3
181

Jumlah
319
61
4
384

Jadual 4: Tindakan responden yang pernah dan tidak pernah diceritakan tangon
Kadazandusun apabila terjumpa buku tangon tersebut.

Responden yang akan tertarik
untuk membeli buku tangon
Kadazandusun.
Ya
Tidak
Tidak pasti
Jumlah

Responden yang pernah diceritakan
tangon Kadazandusun.
Ya
166
33
4
203

Tidak
113
64
4
181

Jumlah
279
97
8
384

Jadual 5: Tindakan responden yang pernah dan tidak pernah diceritakan tangon
Kadazandusun apabila terjumpa buku tangon tersebut.
126

94

55

Menyimpan Menyampaikan Merekod
bahan bacaan tangon kepada tangon melalui
rakan-rakan. teknologi yang
berkenaan
sesuai.
tangon.

1

3

6

Mendengar
radio

Tidak ingin
menurunkan.

Tidak pasti

Carta 2: Tindakan responden supaya tidak melupakan tangon Kadazandusun (Soalan pilihan
jawapan pelbagai).
Saluran yang paling digemari oleh responden yang ketiga ialah melalui tangon Kadazandusun
yang diterapkan dalam perfileman. Perkara tersebut boleh dibuktikan berdasarkan Carta 4.5.11
yang menunjukkan 70% darpada keseluruhan responden iaitu seramai 384 orang menyatakan
jawapan positif (teruja dan sangat teruja) apabila dihiburkan tangon (tidak semestinya
Kadazandusun) melalui perfileman. Dibandingkan kaedah bahan bacaan, bersemuka dengan
pencerita, dan dihiburkan dengan mendengar video atau video iaitu 46% sehingga 65% sahaja
yang menyatakan keterujaan yang positif daripada 384 orang responden.

Saluran/kaedah
Secara lisan
(bersemuka
dengan
pencerita)
Rakaman
suara/audio
Buku/bahan
bacaan
Filem

Tahap Keterujaan
Tidak
Tidak Teruja
Pernah

Sangat
Teruja

Teruja

Sangat
Tidak teruja

28

131

98

11

116

33

142

35

149

25

64

186

96

21

17

127

140

93

6

18

Jadual 6: Tahap keterujaan responden berdasarkan jenis saluran/kaedah penyampaian.
Berdasarkan objektif kajian yang ketiga pula, pengkaji berjaya mendapat jawapan yang positif
darpada responden mengenai fungsi industri perfileman sebagai kaedah yang menyampaikan
cerita raakyat yang menarik hari ini. Jawapan-jawapan yang positif daripada majoriti
responden yang pernah dan tidak pernah didedahkan tangon Kadazandusun boleh dibuktikan
berdasarkan taburan silang Jadual 7. Ia menggabungkan tiga soalan dari borang soal selidik
tentang tindakan responden apabila diceritakan tangon melalui filem, responden yang
menyukai cerita rakyat yang diadaptasikan dalam perfileman berbanding diceritakan (kaedah
tradisional), dan responden yang bersetuju seupaya lebih banyak tangon Kadazandusun
dijadikan filem. Seramai 240 orang responden yang menyukai cerita rakyat yang diadaptasikan
dalam perfileman berbanding diceritakan, dan 71% daripada mereka menyatakan tahap
keterujaan yang positif apabila diceritakan tangon melalui filem. Dalam erti kata lain menonton
cerita rakyat yang telah difilemkan lebih menarik.

Tindak balas (tahap keterujaan)
responden apabila diceritakan tangon
melalui filem.
Positif
Negatif

Perkara

Jumlah

Responden yang menyukai
cerita rakyat yang diadaptasikan
dalam perfileman berbanding
diceritakan (tradisional).

171

69

240

Responden yang bersetuju
supaya lebih banyak tangon
Kadazandusun dijadikan filem.

253

89

342

Jadual 7: Kolerasi pendapat responden yang menyukai cerita rakyat difilemkan dan lebih
banyak tangon Kadazandusun difilemkan, dengan tahap keterujaan mereka apabila
diceritakan cerita rakyat melalui kaedah filem
Selain itu, berdasarkan Carta 3, satu penemuan yang sangat memberangsangkan iaitu 92%
peratus daripada 384 orang responden menyatakan mereka bersetuju jika lebih banyak tangon
Kadazandusun yang dijadikan filem. Apabila merujuk kepada Jadual 7 pula, seramai 253 orang
yang menyatakan tahap keterujaan yang positif apabila didedahkan tangon melalui filem. Pada
perkara yang sama, mereka adalah golongan yang bersetuju supaya lebih banyak tangon
Kadazandusun dijadikan filem.
Tidak, 25

Tidak pasti, 7

Ya, 352

Carta 3: Pendapat respoden sama ada mereka bersetuju atau sebaliknya, jika lebih banyak
tangon Kadazandusun dijadikan filem.

KESIMPULAN DAN CADANGAN
Secara ringkasnya, tangon Kadazandusun masih belum lapuk ditelan zaman. Namun, ia
semakin dilupakan oleh generasi hari ini. Bukti yang jelas telah dinyatakan, di mana hanya
53% sahaja responden yang mengakui pernah diceritakan tangon Kadazandusun, daripada
jumlah keseluruhan iaitu 384 orang responden.
Setelah menganalisis dapatan kajian juga, pengkaji dapat mengutarakan beberapa cadangan
seperti berikut:
Tindakan
Pengkaji akan datang

Usaha Persatuan
Kebudayaan
Kadazandusun Sabah
(KDCA)

Peranan pihak sekolah

Tindakan masyarakat
Kadazandusun

Penerangan
Satu kajian mengenai kedudukan atau kemampanan tangon
Kadazandusun dalam kalangan belia di kawasan bandar pula
perlu dilakukan. Dalam erti kata lain, kajian yang dicadangkan
hendaklah mempunyai skop sasaran responden dan lokasi yang
lebih spesifik, dan bukan di luar bandar. Pengkaji mengajukan
cadangan ini kerana gaya hidup masyarakat di bandar adalah
berbeza berbanding mereka yang menduduki di luar bandar.
Meneruskan usaha mengumpulkan tangon-tangon masyarakat
ini sebelum ia dilupakan. Usaha ini akan lebih berkesan
sekiranya lebih ramai pihak akademik atau bukan akademik
yang bekerjasama dalam mengumpulkan tangon-tangon
tersebut. Tangon-tangon tersebut boleh sahaja diserapkan
dalam bentuk audio atau dibukukan bagi memudahkan manamana pihak untuk membuat rujukan.
Mengadakan pertandingan bercerita atau disebut “manangon”
yang melibatkan pelbagai peringkat umur. Secara tidak
langsung juga, KDCA boleh membuat rakaman semasa aktiviti
bercerita dan memuat-naikkannya ke ruang siber untuk
ditonton atau dikongsi bersama khususnya kepada masyarakat
Kadazandusun sendiri.
Pihak sekolah juga perlu memberi sokongan kepada pelajarpelajar berbangsa Kadazandusun untuk menyertai Kelas
Bahasa Kadazandusun. Melalui saranan daripada pihak
sekolah, generasi muda akan mendapat kesedaran akan
pentingnya tangon sebagai warisan yang rapuh ini ialah identiti
masyarakat mereka, selain daripada membawa nilai-nilai murni
dan pengajaran. Melalui Kelas Kadazandusun juga, tunas-tunas
tenaga pengajar dalam Bahasa Kadazandusun juga akan
bertambah, seterusnya dapat menggalakkan lagi penjagaan
warisan-warisan tbagi masyarakat ini.
Masyarakat ini sendiri perlu memupuk budaya manangon
mereka sendiri sama ada menyelitkan slot aktiviti tersebut

Sokongan padu daripada
badan kerajaan dan bukan
kerajaan

ketika meyambut perayaan seperti Pesta Kaamatan atau
perayaan kemasyarakatan.
Mana-mana badan kerajaan dan bukan kerajaan perlu saling
bekerjasama termasuk dari aspek kewangan, untuk menyokong
program-program yang dijalankan untuk memelihara warisan
khususnya warisan tidak ketara seperti tangon Kadazandusun
yang kini kemampanannya dalam kalangan belia masyarakat
Kadazandusun hampir mencecah tahap negatif.

Semasa proses pengumpulan data di SMK Kota Marudu, pengkaji sempat menemu bual
beberapa orang responden tentang borang soal selidik yang telah mereka isikan. Beberapa
orang tersebut tidak pernah diceritakan tangon, mereka kelihatan sangat tertarik kepada tangon.
Kajian terhadap kemampanan tangon Kadazandusun ini sedikit sebanyak berjaya membantu
memperkenalkan serta melindungi warisan ketara ini. Selain itu, secara tidak langsung juga,
para responden mendapat kesedaran tentang kepentingan serta peranan tangon Kadazandusun
sebagai warisan tidak ketara bagi masyarakat Kadazandusun.

RUJUKAN
Bating, H. (2014). Karya cerpen Kadazandusun dalam konteks kurikulum. Social and
Behavioral Sciences(134), 350-363.

Bernard, S. C. (2004). Documentary Storytelling for Video and Filmakers. USA: Elsevier.
Bernard, S. C. (2011). Documentary storytelling (3rd ed.). United States, America: Elsevier
Inc.
Bidder, C., Kibat, S. A., & Saien, S. (2014). Mount Kinabalu: The sacred emblem of the first
UNESCO World Heritage Site on Borneo. Tourism, Leisure and Global Change,
p.TOC-1.
Gallus, C., & Low, K. O. (2016). Tangon Dusun Liwan: Satu analisis tema. Gendang Alam,
6, 27-54.

Giannetti, L. (1990). Understanding Movies (5th ed.). USA: Prentice-Hall.
Kim-Maloney, A. A., Kim, A., & Tereschenko, A. (2014). Informational field of proper
names in mythology and folklore. Social and Behavioral Sciences, 92-98.
Masmuzidin, M. Z., Jiang, J., & Wan, T. (2011). Learning moral values through virtual
technology: the development. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 31, 315 –
322.
McLean, D. D., & Hurd, A. R. (2012). Kraus' Recreation and Leisure in Modern Society (9th
ed.). USA: Jones and Barlett Learning Publishers. Dicapai dari
http://www.jblearning.com/samples/0763749591/49591_ch02_mclean.pdf
Othman, A. N. (2014). Animasi cerita rakyat Melayu transformasi simbolik narasi verbal ke
visual naratif. Tesis Kedoktoran, Institut Teknologi Bandung, Indonesia. Dicapai dari

http://pustaka2.upsi.edu.my
Radzi, S. B. (2016). From folklore to urban folklore: A discourse. Social Sciences and
Humanities, 111-130.

Rollins, S. (n.d.). Dicapai pada Oktober 6, 2017, dari Theories About Play in Early
Childhood Education:
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=4&cad=rja&
uact=8&ved=0ahUKEwiyh6_k_KHXAhUHuo8KHdqyB7cQFgg2MAM&url=https%
3A%2F%2Fedupsychology.wikispaces.com%2Ffile%2Fview%2FTheories%2Babout
%2Bplay.pdf&usg=AOvVaw2AwYa0drLjlHDPlpKd2sCR