KELENGKAPAN PERALATAN DALAM PROSES PEMBE

KELENGKAPAN PERALATAN DALAM PROSES
PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK HH310

Oleh:
Bustamam Bin Bonari
Jabatan Hospitaliti & Pelancongan
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
02600, Pauh Putra, Malaysia
e-mail: [email protected]

Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menilai kelengkapan peralatan dalam
proses pembelajaran bagi subjek HH 310 –Pastry dan Bakery di kalangan pelajar
semester 5 Jabatan Hospitaliti & Pelancongan Politeknik Teknik Tuanku Syed
Sirajuddin.Dalam permerhatian saya dengan menggunakan kaedah soal selidik
didapatisebanyak 25 peratus melibatkan pelajar menghadapi masalah dalam kerosakan
peralatan bakeri semasa kelas dijalankan.Selain daripada masalah dalam kerosakan
peralatan bakeri terdapat juga sebanyak 25 peratus pelajar menyatakan kurang minat
dalam subjek bakeri ini disebabkan kurangnya pendedahan.Namun masalah ini telah
diatasi dengan melakukan lawatan ilmiah ke premis pembuatan bakeri konfeksioneri

secara komersial.Data yang diperoleh jelas membuktikan bahawa masalah
kelengkapan peralatan dalam pembelajaran HH 310perlu diatasi dengan secara bijak.

1.0

Refleksikajian

Di alaf pendidikan dalam bidang hotel katering begitu pesat berkembang.Sehubungan
itu kita dapat lihat banyak organisasi dan badan pendidikan menawarkan kursus dan
pengajian dalam .Terdapat banyak pusat pengajian tinggi awam dan swasta yang
menawarkan kursus ini adalah seperti university, Politenik, KolejKomuniti,PTPL , Kolej
Taylo, Kolej Damansara Utama , Kolej Insaniah dan lain-lain lagi.Kesemua institusi
pengajian tinggi ini mempunyai kelebihan tersendiri dalam menawarkan kursus dalam
bidang hotel katering dan dapat melahirkan siswazah yang berkualiti serta
kebolehpasaran yang tinggi
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin , Perlis merupakan politeknik yang ke -18 dibina oleh
Kementerian Pengajian Tinggi dan mula beroperasi pada bulan Jun 2004. Terdiri
daripada 8 buah Jabatan akademik dan salah satunya adalah Jabatan Pelancongan dan
Hospitaliti.Jabatan ini menawarkankursus di peringkat sijil dan diploma dalam bidang
Hotel dan catering serta pelancongan.

Subjek HH310 merupakan subjek bakeri dan konfeksioneri bagi kursus Diploma Hotel
dan Katering dan wajib diambil oleh pelajar semester 5.Subjek ini mendedahkan pelajar
kepada cara-cara pembuatan kek, roti, kuih- kuih tradisional dan produk pastry.Dalam
menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini memerlukan kelengkapan
peralatan yang baik sertakelas yang kondusif.Sering berlaku kekangan ketika proses
p&p berjalan di mana terdapat lebihan pelajar dan kekurangan peralatan di dalam kelas
justeru itu menyebabkan impak yang negative kepada pelajar dan pensyarah.Hasil
daripada kajian yang dijalankan didapati sebanyak 50 % permasalahan ini adalah
lebihan norma pelajardan 50% lagi adalah kekurangan kelengkapan peralatan
Pemerhatian dijalankan di kelas DHK 5B dan pelajar seramai 20 orang pada sesi Jun
2013 sepanjang proses pengajaran berlaku. Penyelidik merasakan penambahan
peralatan perlu dilakukan dengan segera oleh kerana keadaan peralatan yang sedia ada
rosak , tidak mencukupi serta tidak effisyen pada masa kini.

2.0

Fokuskajian

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti permasalahan yang timbul semasa proses
pembelajaran bagi subjek HH 310 pelajar semester lima kursus Diploma Pengurusan

Hotel Dan Katering, Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin.

3.0

Objektif

3.1

Objektif Am

Mengenalpasti punca kekurangan kelengkapan peralatan dalam pembelajaran subjek
HH 310
3.2

ObjektifKhusus

3.2.1
3.2.2
3.2.3


Mengenalpasti punca permasalahan yang dihadapi dalam subjek HH 310.
Penambahbaikan bagi mengatasi punca kekurangan peralatan.
Meningkatkan pencapaian pelajar bagi subjek bakeri dan konfeksioneri.

4.0

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 20 responden iaitu pelajar dari kelas Diploma
Pengurusan HotelKatering 5B.

5.0

Perlaksanaan kajian

5.1

Soalselidik


Bagi mengenalpasti punca sebenar kekurangan kelengkapan peralatan dalam
pembelajaran subjek HH 310, penyelidik telah menyediakan borang soalselidik untuk
diberikan kepada pelajar DHK5B seramai 20 orang.Hasil yang telah diperoleh
direkodkan dalam bentukjadual, graf dan beserta analisa bagi setiap soalan.

6.0

Analisa Tinjauan Masalah

6.1

Soal Selidik – Kemahiran Asas Pelajar

Analisa data daripada soal selidik yang telah dijalankan mendapati bahawa latar
belakang kemahiran asas pelajar seperti Rajah 1 berikut

PELAJAR
YA

TIDAK


100
75

100

100

85

75

50 50
25
A1

25
A2 0

A3


15
A4

A5 0

A6

0 A7

Rajah 6.1.1 a. Rajah 1: Latar Belakang Kemahiran Asas Pelajar

PETUNJUK
BILANGAN
A
1
2
3
4
5

6
7

ITEM
PELAJAR
Saya minat subjek H4031-Bakeri konfeksioneri
Saya tahu membuat produk bakeri konfeksionari
saya mempunyai latihan asas bakeri konfeksionari
di sekolah menengah
Saya membuat produk bakeri konfeksionari di
rumah
Produk yang dihasilkan pelajar mengikut resepi
yang standard
Saya membuat produk bakeri konfeksionari di
rumah setiap minggu
Produk yang saya hasilkan dijual kepada pelanggan
yang menempah awal

YA
75

100
75

STATUS
TIDAK
25
0
25

85

15

100

0

50

50


0

100

6.1.1 b. Jadual 1 : Petunjuk Latar Belakang Kemahiran Asas Pelajar

Berdasarkan Jadual 1 iaitu latar belakang kemahiran asas pelajar mendapat peratus
interpretasi perangkaan yang menunjukan sejumlah tujuh item bersetuju ( A1 = 15,A2
=20 , A3 = 15 , A4 =17, A5 = 20 , A6 = 10 ,A7= 20 ) peratus. Jadual 1 menjelaskan
pelajar mempunyai kemahiran membuat produk pastry berdasarkan item A2 yang
memberikan peratus yang tinggi iaitu 100%.Tetapi terdapat permasalahan peratus yang
tinggi 100 % iaitu item produk yang saya hasilkan dijual kepada pelanggan yang
menempah awal ini adalah kerana pelajar tidak dapat menyediakan produk bakeri yang

telah ditempah disebabkan oleh kekangan waktu ,tenaga peralatan bagi menyediakan
tempahan tersebut.
Walau bagaimana pun , item produk yang dihasilkan oleh pelajar mengikut resepi yang
standard mencapai peratus sebanyak 100%.Ini menjelaskan pelajar dapat mengusai
kemahiran membuat bakeri dan pastri dengan menggunakan teknik yang betul.


6.1.2 Peralatan
Analisa data daripada soal selidik yang telah dijalankan mendapati bahawa peralatan
seperti Rajah 2 berikut

KELENGKAPAN PERALATAN
100

100

100

100

YA
TIDAK
100
100

100

100
75

5
A10

A20

A30

A40

A50

A60

A70

A80

A9

6.1.2 Rajah 2 : Kelengkapan Peralatan dalam dapur latihan

PETUNJUK
BILANGAN
B
1
2
3
4
5
6
7
8
9

ITEM
STATUS
KELENGKAPAN PERALATAN
YA
TIDAK
Saya kenal semua peralatan yang disediakan
100
0
di dapur latihan pastri
Saya diberi latihan untuk menggunakan
100
0
peralatan yang disediakan di dapur latihan
pastri
Saya tahu menggunakan peralatan yang
100
0
disediakan di dapur latihan pastri
peralatan yang disediakan di dapur latihan
100
0
pastri adalah mencukupi
Peralatan yang disediakan berada dalam
100
0
keadaan yang baik
Peralatan yang disediakan adakah
100
0
bersesuaian dengan modul HH 310
Peralatan perlu ditukar baru bagi kehendak
100
0
modul HH 310
Peralatan perlu ditambah bagi menghasilkan
100
0
suasana pembelajaran yang baik
Pelajar mengalami masalah kerosakan
75
25
peralatan ketika penggunaan
6.1.2 Jadual 2 : Petunjuk Kelengkapan Peralatan di dapur

Berdasarkan Jadual 2 iaitu kelengkapan peralatan mendapat peratus interprestasi
perangkaan yang menunjukkan sejumlah Sembilan item bersetuju ( B1 = 100 , B2 =
100, B3= 100, B4 =100,B5 =100 , B6 =100 ,B7 = 100 ,B8 =100 ,B9 = 100 ) peratus dan
Sembilan item tidak bersetuju ( B1 =0 ,B2 = 0,B3= 0, B4 = 0 ,B5 = 0 ,B6 = 0 , B7 = 0 ,B8
= 0 ,B9 = 0 ) peratus.
Berdasarkan analisa yang dijalankan, didapati lapan item yang telah diuji telah
mendapat peratus yang baik iaitu 100 peratus tetapi satu item iaitu pelajar mengalami
masalah kerosakan peralatan ketika penggunaan sebanyak 25 peratus tidak setuju. Ini
adalah disebabkan oleh setengah peralatan yang digunakan telah mengalami masalah
kerosakan dan perlu diganti dengan kadar segera bagi memastikan perjalanan kelas
yang baik.

6.3

Pencapaian Pelajar dalam kelas

Analisa data dibawah daripada soal selidik yang telah dijalankan bahawa pencapaian
pelajar dalam kelas seperti Rajah 3 berikut

PENCAPAIAN
YA
100

A10

100

A20

100

A30

100

TIDAK
100

A40

A50

100

A60

100

A70

100

A80

6.1.3 Rajah 3 . Pencapaian Pelajar dalam kelas
PETUNJUK
BILANGAN
ITEM
C
PENCAPAIAN
1
Pensyarah yang mengajar mencukupi bagi mengawal
pelajar dalam kelas
2
Pensyarah membantu pelajar menggunakan
peralatan yang disediakan di dapur latihan pastri

YA
100
100

TIDAK
0
0

3
4
5
6
7
8

Pensyarah mempunyai ilmu yang sesuai untuk
proses pengajaran dan pembelajaran subjek HH310
Pensyarah memantau setiap proses penghasilan
produk pastri oleh pelajar
Pensyarah menimbulkan minat pelajar untuk kursus
HH310
Pensyarah mendedahkan pelajar fungsi peralatan
yang disediakan di dapur latihan pastri
Pensyarah bersedia mendemonstrasikan cara
pembuatan produk kepada pelajar
Pensyarah menilai setiap produk pastri yang
dihasilkan pelajar

100

0

100

0

100

0

100

0

100

0

100

0

6.1.3 Petunjuk Pencapaian Pelajar dalam kelas
Berdasarkan jadual 3 iaitu pencapaian pelajar dalam kelas mendapat peratus
interprestasi perangkaan yang menunjukkan lapan item bersetuju ( C1 =100 ,C2 =100,
C3= 100,C4=100,C5=100,C6 = 100, C7=100 ,C8 =100 ) peratus dan lapan item tidak
setuju ( C1 =0 ,C2=0 ,C3 =0 ,C4 =0 , C5 =0 ,C6 =0 ,C7 =0 ,C8 =0 ) peratus.
Berdasarkan analisa yang dibuat ,penyelidik mendapati semua item yang telah diuji
mencapai peratus yang sangat baik iaitu 100 %. Ini jelas menunjukan bahawa pelajar
dapat menguasai subjek yang telah diajar oleh pensyarah.Persediaan sebelum masuk
kelas yang telah dilakukan oleh pensyarah amat baik sekali dengan membuat persiapan
awal serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar semasa kelas sedang berjalan.

Kesimpulan
Hasil daripada soal selidik yang telah dijalankan bolehlah disimpulkan bahawa
kerosakan peralatan di dapur telah menggangu sistem p&p berjalan dengan baik. Ini
dapat dibuktikan dengan melalui sesi soal selidik iaitu 25 % responden mengatakan
kerosakan peralatan menggangu ketika penggunaan dalm kelas.Sebanyak 25 %
responden mengatakan kurang minat dalam kelas bakeri dan konfeksioneri juga
terdapat dalam soal selidik ini.

7.0

Tindakan Yang Dijalankan untuk mengatasi masalah

Hasilyang daripada analisa di atas , penyelidik akan menjalankan beberapa tindakan
untuk mengatasi masalah yang dihadapai oleh pelajar :
7.1
Pensyarah menyediakan satu laporan bertulis berkaitan dengan kerosakan
peralatan.Laporan itu dikemukan kepada pihak pengurusan politeknik agar tindakan
diambil dengan kadar segera bagi mengatasi masalah tersebut.
7.2
Pensyarah menunjukan demontrasi pembuatan produk bakeri & konfeksioneri
dengan menggunakan kaedah yang menarik agar dapat mewujudkan minat ke atas
pelajar sebelum kelas bermula
7.3
Mengadakan lawatan sambil belajar di industri berakiatan bidang bakeri &
konfeksioneri

Perlaksanaan tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh _4__ minggu dan
pemerhatian terhadap hasil tindakan dilakukan selama __2_ minggu terhadap 1 kelas
yang berkaitan.
Langkah 1 :
Pelaksanaan tindakan 7.1 oleh pensyarah dengan menyediakan laporan yang bertulis
berkaitan dengan kerosakan peralatan yang telah dikenalpasti kepada pihak
pengurusan politeknik.Pensyarah juga mencadangkan senarai beberapa peralatan baru

yang boleh diguna pakai bagi menggantikan peralatan yang rosak.Hasil daripada
laporan kerosakan itu akan dibentangkan semasa mesyuarat pengurusan politeknik.

Langkah 2 :
Pelaksanaan tindakan 7.2 telah diamalkan oleh pensyarah kelas bakeri & konfeksioneri
sebelum memulakan kelas amali.Pensyarah telah membuat demontrasi ke atas
pembuatan bakeri dengan menggunakan teknik yang kreatif dan inovatif. Pensyarah
juga telah menyediakan labsheet sebagai pemudahcara bagi pelajar dapat menguasai
tajuk dengan cepat dan berkesan.Penggunaan labsheet dapat membantu pelajar
mempelajari dengan mudah kerana ianya mempunyai langkah-langkah yang lengkap
serta gambarajahberwarna.Pelajar hanya perlu mengikut arahan langkah demi langkah
yang terkandung di dalam labsheet untuk membuat bakeri& konfeksioneri.

Langkah 3:
Pelaksanaan tindakan 7.3 telah dilaksanakan pada 6 May 2013 di Kilang roti dan Kek
Muncies di Pulau Pinang dan disertai oleh 20 orang pelajar Diploma Pengurusan Hotel
& katering semester 5 ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan 2 orang pensyarah
pengiring. Lawatan industri diadakan pada jam 8 pagi hingga 3 petang yang bertujuan
mendedahkan pelajar terhadap pembuatan bakeri dan konfeksioneri secara meluas
serta dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan bersama pihak industri
Lawatan ini berjalan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.Para pelajar telah
member respons yang baik serta berpuas hati dengan pendedahan yang telah diberikan
secara tidak langsung memupuk minat dalam bidang pembuatan produk bakeri dan
konfeksioneri ini. Semasa lawatan berlangsung pelajar diberikan tugasan untuk
menemubual para pekerja ,pemerhatian ke atas proses pembuatan produk bakeri &
konfeksioneri dan pelajar dikehendaki untuk menyediakan laporan bagi tugasan
tersebut.Bagi memastikan minat pelajar telah dipupuk di dalam kalangan pelajar
dikendaki mencipta satu resepi yang akan dipertandingkan dalam satu pertandingan
bakeri konfeksioneri dianjurkan oleh jabatan Pelancongan & Hospitaliti.

Rujukan

1.
Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (2011)- Silibus H
4031
2.
Kekangan Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menegah Negeri
Johor, (2010) S.Ismail dan F Yassin, UTM Skudai . pp. 1-7.
3.
Professional Cooking ,Seventh Edition ,Wayne Gisslen
4.
The Professional Pastry Chef ,Third Edition , Bo Friberg
5.
Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ( 2012 )-

Silibus HH 310