PENDEKATAN HUMANISTIK DALAM PENGAJARAN D

PENDEKATAN HUMANISTIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDEKATAN
HUMANISTIK
PEMBELAJARAN

DALAM

PENGAJARAN

DAN

Menurut Carl Rogers, setiap individu mempunyai keinginan semulajadi
untuk belajar ( Choong Lean Keow, 2011). Oleh itu Carl Rogers percaya
bahawa setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat untuk
mencapai kesempurnaan dirinya. Dalam hal ini guru dapat memanfaatkan
pendekatan ini dengan cara membentuk suasana bilik darjah yang kondusif
untuk murid-murid belajar. Guru boleh membentuk suasana bilik darjah yang
kondusif dengan menyediakan persekitaran kelas yang selamat dan tenang
agar murid dapat belajar dengan selesa. Seorang guru boleh menjalankan
pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid berasa
seronok ketika berada dalam bilik darjah tersebut tidak merasa tertekan atau

terbeban apabila mengikuti pembelajaran. Guru perlu peka terhadap aspek
perkembangan diri setiap murid dengan memastikan keperluan asas wujud
dalam persekitaran bilik darjah khususnya. Dalam hal ini guru perlu
mengambil kira tentang aspek bilik darjah, sama ada bilik darjah tersebut
selesa atau tidak.
Selain itu, guru perlu memberikan kebebasan kepada murid-murid
untuk memilih apa yang ingin mereka pelajari semasa berada dalam bilik
darjah. Hal ini bersesuaian dengan pendapat yang dinyatakan oleh Rogers
bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan hanya akan berlaku kandungan
matapelajaran adalah relevan dengan minat murid-murid. Guru perlu memberi
ruang kepada murid-murid untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap
yang maksimum. Dalam hal ini, guru boleh memberikan peluang kepada
muriduntuk memilih pembelajaran yang mereka mahukan sesuai dengan
minat murid. Murid-murid lebih mudah memahami sesuatu pelajaran
sekiranya mereka berminat dan ingin tahu tentang perkara tersebut.
Contohnya, murid yang minat melukis akan memberikan tumpuan
sepenuhnya apabila guru lukisan mengajar di dalam kelas. Secara tidak
langsung minat dan sifat ingin tahu dalam diri murid tersebut menyebabkan
murid itu mudah menerima dan memahami apa yang telah disampaikan oleh
gurunya.Pembelajaran melalui proses kebebasan dapat memberi peluang

kepada murid untuk membuat penilaian kendiri terhadap kemampuan diri
sendiri.
Menurut Rogers juga, murid-murid lebih mudah menerima
pembelajaran apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum (Noriati
Arashid & Boon Pong Ying, 2009). Di sini bermakna guru bukan sahaja
menyediakan keadaan bilik darjah yang tenang dan selesa, tetapi juga
menyediakan keadaan bilik darjah yang selamat kepada murid-murid.
Keselamatan bilik darjah tersebut termasuklah keadaan bilik darjah. Susunan
meja dan kerusi yang teratur akan mempengaruhi minat murid-murid untuk
belajar. Kebersihan dan keceriaan kelas juga mempengaruhi emosi muridmurid. Keadaan bilik darjah yang bersih, ceria dan selamat membolehkan
murid dapat menjalankan sebarang aktiviti dengan rasa yang selesa dan

tenang. Guru juga penting untuk mengambil kira aspek keselamatan pelajar
ketika mereka berada dalam bilik darjah atau luar bilik darjah tersebut.
Contohnya tidak ada gangguan atau halangan daripada mana-mana individu
yang boleh menyebabkan murid tersebut berasa takut untuk belajar seperti
gangguan daripada rakan-rakan lain yang suka membuli atau sebagainya.
Disamping itu, dalam pendekatan humanistik Carl Rogers juga guru
boleh mengaplikasikan cara pembelajaran dan pengajaran dengan
merancang pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

kepada murid-murid. Rogers menyatakan seorang guru perlu menjelaskan
objektif pembelajaran dan membekalkan sumber pembelajaran yang sesuai
(Mok Soon Sang, 2009). Guru boleh memanfaatkan cara ini ketika
melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Murid perlu tahu apa yang mereka
perlu capai dalam sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru agar
mereka mudah untuk mengikuti pembelajaran dalam bilik darjah tersebut.
Pada hakikatnya, guru perlu bijak untuk menghidupkan suasana
pembelajaran dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru juga perlu
membuat refleksi diri tentang kelemahan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Pembelajaran yang menyeronokkan di dalam
bilik darjah akan menimbulkan minat dan motivasi dalam diri murid untuk
belajar. Sebagai contoh, guru menggunakan bahan bantu mengajar yang
menarik ketika menjalankan proses pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan
bantu mengajar yang sesuai dapat membantu murid-murid untuk memahami
pelajaran dengan cepat dan mudah. Dalam pendekatan humanistik, guru juga
perlulah memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid-murid
serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa
bersungguh-sungguh dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam hal ini guru bukan sahaja bertindak sebagai menyampaikan ilmu
semata-mata malahan guru juga bertindak untuk memberikan motivasi

kepada murid-murid. Abraham Maslow menganggap motivasi sebagai
sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh
manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh
kerana sesuatu matlamat ( Choong Lean Keow, 2011). Matlamat ini dianggap
sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa
mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Motivasi
mampu merangsang dan membantu seseorang murid untuk mencapai
matlamat pembelajaran. Motivasi juga mampu membuatkan murid aras
rendah berkeyakinan untuk meningkatkan perkembangan kognitifnya. Dalam
pendekatan humanistik Rogers juga, guru haruslah berkongsi perasaan dan
idea dengan murid-murid. Guru perlu berkongsi perasaan, idea dan fikiran
dengan pelajar selain cuba berkomunikasi menggunakan pendekatan dua
hala. Komunikasi yang baik antara guru dan murid dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan hubungan antara guru dan
murid menjadi lebih baik. Perkongsian perasaan dan idea akan memudahkan
guru untuk memahami murid-muridnya. Guru juga mudah menyelesaikan
masalah-masalah yang wujud di dalam bilik darjah yang berkaitan dengan
masalah murid. Komunikasi dua hala antara guru dan murid juga boleh
mewujudkan suasana yang penyayang di dalam bilik darjah. Murid-murid


tidak akan berasa tertekan dan mereka juga akan lebih menghargai guru
mereka.Komunikasi yang baik dan berkesan dapat dijelmakan dalam pelbagai
cara seperti cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan, dan juga
melalui penggunaaan alat-alat tertentu seperti komputer. Perkongsian
perasaan membolehkan situasi bilik darjah mudah dikawal oleh guru kerana
guru mengetahui di mana kelemahan seseorang murid tersebut. Hal ini
memudahkan guru tersebut mengambil langkah mengawal dan
menyelesaikan masalah murid tersebut. Setiap orang pasti akan menghadapi
kegagalan, namun kegagalan tidak bermaksud kekalahan. Guru haruslah
membimbing muridnya untuk membetulkan kesilapan dan mengajar tanpa
rasa jemu.Contohnya dalam bilik darjah, guru perlu memotivasikan muridmurid dengan menunjukkan sesuatu yang menarik sebelum memulakan sesi
pembelajaran agar mereka dapat memberikan tumpuan yang baik. Motivasi
juga boleh diberikan dalam bentuk lain contohnya dengan memberikan
ganjaran. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, pujian,
pelepasan dari tugas harian dan sebagainya. Selain itu, guru boleh memupuk
nilai-nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya murid dapat memahami diri,
menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan
seterusnya memperkembangkan potensi diri sendiri. Ahli humanistik
berpendapat bahawa kriteria pertama dalam menentukan kejayaan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ialah kepuasan kanak-kanak atau

murid-murid terhadap dirinya sendiri. Kepuasan seseorang murid dalam diri
sendiri akan meningkatkan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu
perkara. Contohnya seorang guru yang mengajar murid tahun satu perlu
menyediakan soalan-soalan latihan yang sesuai dengan aras murid tersebut
agar mereka dapat menjawab soalan tersebut. Jika mereka mendapat soalan
yang susah dan tidak dapat menjawab soalan tersebut, mereka akan
menganggap bahawa diri mereka bodoh dan seterusnya menyebabkan
keyakinan dalam diri mereka rendah. Perasaan rendah diri boleh membawa
kepada terhapusnya potensi diri dalam seseorang murid. Mereka akan
sentiasa berasa gelisah dan bimbang kerana tidak dapat menjawab soalan
yang diberikan oleh guru setiap kali guru mengajar di dalam kelas. Sikap
intrinsik akan mempengaruhi kepercayaan murid-murid tentang kebolehan diri
untuk meningkatkan pencapaian.Disamping itu, guru juga boleh
memanfaatkan pendekatan humanistik dalam pembelajaran dengan cara
memberi perhatian kepada potensi diri setiap pelajar mereka khususnya
melibatkan bakat dan kebolehan terpendam. Guru boleh menjalankan
pelbagai pertandingan untuk mencungkil bakat-bakat yang ada dalam diri
murid-murid. Contohnya pertandingan melukis. Dengan mengajurkan
pertandingan ini, guru dalam melihat murid-murid yang berbakat dan
seterusnya menggalakkan mereka untuk mengasah bakat semulajadi yang

mereka ada tu. Murid-murid yang mengikuti bidang yang mereka minati akan
berkebolehan untuk berjaya dalam bidang tersebut. Pendekatan humanistik
menekankan sifat semulajadi individu untuk belajar. Dalam erti kata lain
perasaan ingin belajar dalam diri individu di dorong oleh keinginan semulajadi
murid tersebut. Dalam hal ini, murid-murid tersebut akan mempunyai kawalan
atas pembelajaran mereka masing-masing. Di sini guru memainkan peranan
yang penting. Guru perlu menjadi seorang fasilitator dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Guru hanya memainkan peranan sebagai pembimbing
kepada pelajar. Kaedah ini amat sesuai kerana kaedah ini lebih berkonsepkan
kepada pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Sebagai fasilitator,
guru perlu memainkan peranan dengan membimbing murid-murid agar
pembelajaran berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, ketika guru hendak
mengajar karangan di dalam kelas, guru hanya perlu menyediakan gambar
sebagai panduan kepada murid-murid tersebut. Melalui gambar tersebut
murid boleh menghasilkan sebuah karangan dan seterusnya dapat
memperkembangkan kemahiran dalam diri murid. Guru memberikan
kebebasan kepada pelajar untuk menilai karangan mereka sendiri
berdasarkan daripada skema yang ditetapkan oleh guru tersebut.Seorang
guru juga perlu bersikap prihatin dan memahami setiap murid-muridnya. Guru

perlu menangani kesilapan yang dilakukan pelajar dengan cara yang lebih
proaktif melalui komunikasi secara peribadi dengan murid yang berkaitan
tanpa melibatkan kelompok besar di dalam bilik darjah. Dengan cara ini
pelajar tidak akan berasa malu di hadapan kawan-kawan lain. Cara ini juga
dapat mengelakkan murid-murid daripada berasa rendah diri. Disamping
ituguru juga perlu mengambil berat akan aspek perbezaan individu khususnya
isu sensitif yang melibatkan perbezaan latar belakang dan kepelbagaian
kaum murid-murid dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya guru tidak boleh merendah-rendahkan kaum lain di hadapan
murid-murid yang berbilang kaum agar tidak timbul masalah-masalah dalam
kelas tersebut. Sesetengah murid sangat sensitif dan merasa rendah diri
apabila kaum mereka di rendah-rendahkan. Hal ini seterusnya akan
mempengaruhi kepuasan intrinsik murid-murid tersebut dan keyakinan diri
rendah. Selain daripada itu, seorang guru juga boleh memanfaatkan
pendekatan humanistik dengan cara menggalakkan pelajar mengambil
bahagian dalam kerja kumpulan terutamanya dalam pembelajaran koperatif
dengan tujuan membina kemahiran sosial dan afektif. Sebagai contoh guru
boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil untuk
perbincangan kerja kumpulan setiap minggu. Murid-murid akan berbincang
bersama ahli kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah tersebut.

Murid-murid akan didedahkan kepada perbincangan dan mereka juga dapat
belajar sebagai satu pasukan. Murid-murid dapat berkongsi idea dengan
kawan-kawan lain untuk menjawab soalan tersebut. Murid-murid juga dapat
belajar untuk saling berkerjasama antara ahli kumpulan. Di dalam kelas juga,
guru perlu mengajar murid-murid dengan penuh kasih sayang. Dalam hirarki
keperluan Maslow, keperluan kasih sayang berada pada aras ketiga ( Choong
Lean Keow, 2011). Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi
keperluan kasih sayang murid. Guru yang melayan murid-murid dengan sikap
kasar menyebabkan murid akan berasa kecil hati dan tidak bersemangat
untuk belajar. Guru juga perlu memenuhi keperluan asas murid-muridnya
dahulu sebelum memulakan pengajaran. Guru perlu mengenal pasti setiap
kekurangan keperluan asas semasa awal sesi pengajaran. Hal ini penting
supaya murid merasa berminat dan tidak merasa bosan ketika sesi
pengajaran dijalankan. Hal ini bersesuaian dengan hierarki keperluan Maslow.
Guru hendaklah menerima murid tanpa syarat mengikut keupayaan dan
kebolehan mereka. Guru perlu faham bahawa aras kebolehan dan

kemampuan seseorang murid tidak semuanya sama. Sesetengah murid
mudah menerima dan memahami sesuatu pelajaran sementara sesetengah
pula sukar menerima sesuatu pelajaran yang disampaikan oleh

guru. Kesimpulannya, guru haruslah memainkan peranan penting dan
memastikan mereka memilih kaedah-kaedah dan pendekatan yang paling
sesuai bagi memastikan murid-murid dapat belajar dan menerima pelajaran
yang disampaikan dengan berjaya dan berkesan.
http://smilegivechance.blogspot.com/2011/08/pendekatanhumanistik-dalam-pengajaran.html