PEMBANGUNAN MAPAN PELANCONGAN MARIN DI

PEMBANGUNAN MAPAN PELANCONGAN MARIN DI PULAU REDANG
Nabila binti Ahmad

Pengurusan Seni, Jabatan Seni Liberal Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan Sarawak
nabilaabintiahmad@gmail.com

ABSTRAK
Kajian ini adalah mengenai Pembangunan Mapan Pengurusan Pelancongan Marin di Pulau
Redang. Ia melibatkan responden berbilang kaum yang berada di sekitar kawasan yang
berhampiran dengan Pulau Redang seperti masyarakat yang tinggal di tanah besar dan
sekitar Kuala Terengganu. Faktor kemudahan pengangkutan dan fasiliti yang disediakan
menjadi satu tarikan pengunjung untuk datang ke Pulau Redang. Pengkaji telah
mengedarkan borang soal selidik kepada 330 orang responden. Data dianalisis secara
deskriptif untuk mendapatkan hasil kajian. Semua data yang diperolehi diterangkan dalam
bentuk jadual serta rajah. Seterusnya, cadangan diusulkan kepada pihak-pihak berkaitan
dan pengkaji berharap kajian ini akan dijalankan pada masa hadapan dengan lebih lengkap
serta memberikan manfaat kepada masyrakat dan mana-mana pihak yang memerlukan.
Kata kunci: Mapan, Pelancongan Marin, Pengurusan
PENGENALAN
Dalam hasil kajian ini, penyelidik telah mengkaji mengenai pelancongan mapan di Pulau

Redang. Penyelidik telah menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mendapatkan
hasil kajian yang menyeluruh. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui adakah
pembangunan yang dijalankan di sekitar pulau menjejaskan habitat laut dan darat dan secara
tidak langsungnya mengekalkan kemapanan alam sekitar untuk generasi akan datang. Kaedah
kajian yang dipilih adalah kerana ia memberikan sampel dan hasil kajian yang dapat diukur
dengan lebih mendalam. Hasil penyelidikan yang didapati adalah menunjukan hasil yang
positif. Pengurusan Pelancongan adalah satu aktiviti perkhidmatan yang disediakan oleh
komponen-komponen industri pelancongan seperti agensi pelancongan, syarikat
penerbangan, perhotelan, perkhidmatan makanan dan pusat-pusat rekreasi kepada para
pelancong dalam dan luar negara. Selain itu, sektor pelancongan berkembang seiring dengan
ekonomi global. Sektor pelancongan merupakan salah satu faktor penyumbang kepada
ekonomi sesebuah negara. Kerajaan memandang sektor pelancongan sebagai peluang kepada
pekerjaan kepada masyarakat tempatan di negara ini. Di samping itu, kebanyakan pelancong
yang datang melancong ke pulau-pulau adalah untuk menghilangkan tekanan dan penat
ketika berkerja di bandar-bandar dan ingin mencari ketenangan dengan berehat di pulaupulau. Oleh itu, pengurusan pelancongan amat penting dalam sektor pelancongan kerana
pelancongan merupakan salah satu faktor yang menjadi panduan kepada pelancong untuk
datang melancong ke tempat mereka dan seterusnya dapat memperkenalkan pelancongan
kehidupan marin.
1


Menurut Kamus Ekologi (2008), kehidupan marin merupakan hidupan dan tumbuhan yang
hidup di laut, dari tanda air pasang di sepanjang pantai hingga di kedalaman lautan. Hidupan
organisma ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu, benthos merupakan
tumbuh-tumbuhan seperti rumpai laut dan haiwan seperti tapak sulaiman yang hidup di darat
atau bergantung pada bahagian laut. Yang kedua adalah, Nekton pula merupakan haiwan atau
hidupan laut yang berenang seperti ikan-ikan, ikan paus yang bergerak secara bebas daripada
arus air. Seterusnya, yang ketiga plankton iaitu pelbagai organisma kecil seperti mikroskopik
yang dibawa bersama-sama arus. Kehidupan marin juga adalah satu kehidupan yang terdapat
di laut atau yang berkaitan dengan laut. Kehidupan marin merupakan salah satu tarikan yang
terdapat di Pulau Redang.
Menurut Butler (1980), pembangunan mapan memberi maksud bahawa sumber-sumber
sektor pelancongan semulajadi, kebudayaan, warisan dan lain-lain yang akan dipulihara bagi
penggunaan dan pelancaran sistem yang berterusan dalam masa akan datang. Pembangunan
mapan membawa manfaat kepada masyarakat pada masa kini dan generasi akan datang.
Manakala pelancongan mapan pula adalah pelancongan jenis yang memadankan kawasan
sekitar, kebudayaan dan struktur sosial dalam kawasan tersebut.
Menurut UNEP & UNWTO (2005), mengatakan bahawa "Pelancongan yang mengambil
kira sepenuhnya kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar semasa dan masa depan,
menangani keperluan pengunjung, industri, alam sekitar dan tuan rumah masyarakat".
Definisi konseptual iaitu garis panduan pembangunan pelancongan yang mapan dan

amalan pengurusan adalah dipakai kepada semua bentuk pelancongan di semua jenis
destinasi, termasuk pelancongan massa dan pelbagai segmen pelancongan yang khusus.
Prinsip pembangunan mapan merujuk kepada aspek-aspek alam sekitar, ekonomi dan
sosio-budaya pembangunan pelancongan, dan keseimbangan yang sesuai perlu
diwujudkan antara ketiga-tiga dimensi untuk menjamin kemapanan pada jangka panjang.
Gartner (1996) berpendapat bahawa pelancongan mapan perlu menggunakan secara
optimum sumber-sumber alam sekitar yang menjadi elemen penting dalam pembangunan
pelancongan, mengekalkan proses ekologi yang penting dan membantu untuk memulihara
warisan semula jadi dan biodiversiti. Selain itu, menghormati ketulenan dan keaslian
sosio-budaya masyarakat tuan rumah, memelihara dan memulihara kehidupan warisan
budaya dan nilai-nilai tradisional, dan yang menyumbang kepada pemahaman antara
budaya dan toleransi mereka. Di samping itu, memastikan berdaya maju, operasi ekonomi
jangka panjang, memberikan faedah sosio-ekonomi kepada semua pihak berkepentingan
yang pengagihan yang lebih saksama, termasuk pekerjaan yang stabil dan peluang
menjana pendapatan dan perkhidmatan sosial yang menjadi tuan rumah masyarakat, dan
menyumbang kepada pembasmian kemiskinan.

KAJIAN LITERATUR
Konsep Pembangunan Pelancongan membawa maksud di mana pergerakan seseorang atau
individu ke sesuatu kawasan atau tempat yang di mana ianya adalah bertujuan sementara.

Menurut (Mathieson & Wall, 1982), pelancongan itu adalah melibatkan pergerakan
2

sementara seseorang manusia itu ke sesuatu destinasi yang di mana luar tempat tinggal dan
kebiasaan kawasan tinggal. Pelancongan adalah aktiviti yang melibatkan dengan
kemudahan yang ada untuk menampung keperluan di tempat yang di tuju oleh seseorang
itu. Oleh itu, pelancongan juga melibatkan bilangan kemasukan pelancong tempatan dan
juga pelancong dari luar negara ke dalam negara Malaysia secara tidak langsung juga akan
meningkatkan kadar ekonomi tempatan dan juga negara ini. Pelancong yang datang
melancong akan bermalam di sesuatu tempat atau destinasi pelancongan yang mungkin
akan mengambil masa dua hingga tiga hari tempoh penginapan seperti resort-resort yang
ada di sekitar Pulau Redang.
Manakala menurut (Butler, 1980), pembangunan pula adalah sesuatu destinasi
pelancongan yang di mana melalui sesuatu proses evolusi atau perubahan, dan destinasi
yang dirancang oleh sesebuah organisasi. Secara umumnya, pembangunan bagi sesuatu
destinasi pelancongan melalui empat tahap iaitu, tahap penerokaan, penglibatan,
pembangunan dan padat. Oleh itu, pengkaji ingin mengenal pasti faktor pembangunan
mapan pengurusan pelancongan di Pulau Redang yang mempengaruhi dalam sektor
pelancongan dan pelancong untuk datang ke destinasi pelancongan tersebut. Menurut
Razali (2015), menggunakan pendapat (Weaver & Lawton, 2006) yang mengatakan

bahawa industri pelancongan boleh didefinisikan sebagai satu bidang industri dan
perniagaan yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk kegunaan pelancong
termasuk penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman, operasi pelancongan,
tarikan komersial dan barangan cenderamata dan barangan lain yang dibeli oleh
pelancong. Pelancongan adalah sesuatu yang susah untuk mendefinisikan kerana dari segi
perniagaan, lazimnya pengunjung boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti pelancongan.
Pada kebiasaannya, pelancongan adalah orang yang mempunyai masa lapang dalam
jangka masa tertentu yang keluar dari tempat asal mereka dan menuju ke kawasan atau
tempat yang jauh dari rumah. Tujuannya adalah untuk mengalami perubahan yang dari
kebiasaan dalam kehidupan mereka. (Smith, 1989). Manakala menurut Henderson (2007),
pelancongan adalah membawa bersama dengan tetamu atau tetamu dan penduduk dari
pelbagai latar belakang yang berbeza dari segi sosial dan budaya secara langsung atau
secara tidak langsung. Kawasan yang terkenal sebagai destinasi pelancongan adalah
memberi kesan akan kehadiran pelancong dalam sektor pelancongan. Dalam petikan Brunt
& Courtney, Murphy (1999), berpendapat pelancongan sebagai suatu acara sosiobudaya
untuk kedua-dua tetamu dan masyarakat tempatan. Beliau juga mencadang penekan
diberikan kepada kemudahan pelancong, manakala masyarakat tempatan telah
dipinggirkan atau kurang diberikan perhatian dan menyebabkan mereka kecewa.
Konsep masyarakat menurut Mair (1965), menyatakan bahawa masyarakat adalah satu
kelompok manusia yang telah cukup lama hidup bersama dan saling bekerjasama sehingga

dapat membentuk satu organisasi diri dan meletakkan diri mereka sebagai kesatuan sosial
yang mempunyai batas-batas tertentu. Ini bermakna masyarakat itu dapat diukur dengan
kesatuan perpaduan yang dipupuk oleh mereka dalam menjalankan pentadbiran di sesuatu
kawasan yang mereka diami. Kesefahaman juga dapat dilihat dalam kalangan masyarakat
yang mengambil berat akan persekitaran dan tahap sosial mereka.
3

Konsep impak menurut Henderson (2007), menyatakan bahawa kesan pelancongan
terhadap perkembangan sosial dan budaya adalah merupakan perubahan kepada kehidupan
seperti sosial dan budaya bagi sesuatu kawasan yang akan memberi kesan akibat dari
pelancongan. Kesan yang ketara yang menyebabkan perubahan dapat diukur dalam
statistik yang dilakukan secara berterusan daripada tahun ke tahun ke atas populasi
manusia, ekosistem dan masyarakat. (Dixon, Veil & Wisniewski, 2005).
Konsep sosial menurut Harrington (2005), berpendapat bahawa sosial adalah merupakan
suatu kajian yang saintifik mengenai cara pemikiran mengenai kehidupan sosial. Perkara
ini telah menjadi satu idea mengenai perubahan dan pembangunan masyarakat dari segi
struktur sosial dan kekuatan, lapisan masyrakat, jantina, etnik atau kaum, pemodenan,
ketamadunan, revolusi dan banyak lagi konsep serta masalah-masalah dalam kehidupan
sosial. Ini bermakna tahap sesuatu sosial masyarakat dapat diukur dengan pembangunan
yang ada dan tahap pemikiran mereka yang maju seiringan dengan teknologi.

Kesan aktiviti pelancongan marin terhadap ekosistem
Menurut (Hodgson, 1993), kesan aktiviti pelancongan marin terhadap ekosistem seperti
aktiviti selaman scuba dan snorkelling merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan
apabila berada di pulau-pulau yang kaya dengan kewujudan terumbu karang di sesuatu
kawasan. Manakala menurut (Davis & Tisdell, 1993), kerosakan biologi ekosistem adalah
disebabkan oleh terlalu banyak tumpuan yang kerap di sesuatu kawasan tapak selaman.
Menurut (Pepe, 2010), capaian untuk ke kawasan selaman yang tidak terkawal akan
menyebabkan degradasi ekosistem seperti kerosakan terumbu karang, berlakunya
pemindahan spesis yang bakal merosakkan terumbu karang, serta kemusnahan kapal
karam yang menjadi habitat terumbu karang dan pemindahan artifak yang dilindungi oleh
sesebuah agensi kerajaan. Kekerapan aktiviti ini akan menjejaskan sumber semulajadi dan
ia melangkaui kapasiti yang sepatutnya. Jadi aktiviti scuba diving dan snorkelling secara
terbuka adalah tidak digalakkan di kebanyakan kawasan kerana pengurusan kapasiti yang
sepatutnya aktiviti tersebut dilakukan menjadi sukar. Kebanyakan operator selaman tidak
segan silu memenuhi bot mereka dengan pelancong untuk meraihkan pendapatan yang
lumayan dari pelancong tanpa menyedari akan kesannya terhadap ekosistem.
Menurut (Hawkins & Roberts, 1993), didapati hubungan antara kawasan yang mempunyai
bilangan kunjungan yang tinggi dengan degradasi terumbu karang. Kawasan yang sering
dikunjung oleh pelancong didapati keadaan terumbu karang yang kurang menarik dan
terjejas berbanding dengan keadaan terumbu karang di kawasan yang kurang dikunjungi.

Terdapat kajian daripada (Rouphael & Inglis, 2001), mengenai kesan aktiviti snorkelling
tehadap terumbu karang di taman laut marin menunjukkan di mana bilangan penyelam
yang sedikit mampu mengurangkan kerosakan yang tertentu terhadap terumbu karang di
sepanjang laluan penyelam. Ada juga penyelam serta penggunaan gajet seperti kamera
turut dikaitkan dengan kadar peningkatan tahap kerosakan terumbu karang yang ada di
sekitar tapak selaman. Terdapat juga faktor penurunan kadar terumbu karang hidup adalah
disebabkan penyelam yang berjalan dan berdiri di atas terumbu karang yang begitu sensitif
dan mudah patah dan rosak. Perkara ini sering terjadi apabila penyelam yang masih baru
4

dan yang sering kali gagal mengawal dan mengapungkan diri mereka dan mereka akan
berjalan diatas terumbu karang dan meletakkan peralatan mereka di atas terumbu karang
dan secar tidak langsungnya hal tersebut telah merosakkan terumbu karang tersebut.
(Plathong, Inglis & Huber, 2000).
Menurut (Roberts & Harriott, 1994), penyelam yang tidak mempunyai pengalaman adalah
yang melakukan penyelaman kurang daripada 100 kali dan peratusan mereka ini lebih
untuk merosakkan terumbu karang adalah tinggi berbanding dengan penyelam yang
berpengalaman. Penyelam scuba diving yang tidak mempunyai kawalan apungan yang
bagus akan menyebabkan berlakunya penggeseran dan secara tidak langsung akan
merosakkan persekitaran ekosistem dasar laut iaitu terumbu karang (Pepe, 2010).

Kesan pelancongan marin scuba diving terhadap masyarakat tempatan
Menurut (Jabil,1999), kesan pelancongan marin scuba diving terhadap perkembangan
masyarakat adalah pembangunan yang membangun akan memberikan kesan kepada
masyarakat setempat. Pelancongan marin salah satu faktor penyumbangan yang tinggi
kepada ekonom. Oleh itu, pembangunan pelancongan marin yang dijalankan dalam sektor
pelancongan harus dimanfaatkan dengan sewajarnya oleh masyarakat tempatan dalam
menambah baik kelangsungan kehidupan mereka. Kebanyakan pembangunan yang
dilakukan telah memberikan kesan yang amat besar terhadap masyarakat tempatan dalam
pelbagai aspek yang postif dan juga negatif. Kesan yang amat jelas dalam perubahan taraf
hidup masyarakat tempatan adalah perubahan sosioekonomi. Aktiviti yang dilakukan oleh
masyarakat tempatan sebelum wujudnya pelancongan marin iaitu scuba diving adalah
penangkapan ikan dan bercucuk tanam atau petani. Aktiviti ini adalah ibarat aktiviti rutin
harian masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan pulau, pinggir pantai dan sebagainya.
Namun, perkara ini mula mengalami perubahan yang di mana apabila pembangunan
pelancongan marin mula diperkenalkan dan pelbagai kemudahan yang disediakan telah
menyebabkan kebanyakan masyarakat tempatan telah menceburi atau bekerja dalam
bidang perhotelan, resort-resort dan sebagainya. Perkara ini juga mula kelihatan
penambahbaikan taraf ekonomi masyarakat tempatan dengan wujudnya pembangunan
pelancongan marin di kawasan mereka. Nelayan yang mahir dengan peralatan bot-bot
mereka boleh menjadikannya sebagai satu sumber pendapatan yang di mana mereka boleh

menyediakan perkhidmatan bot ke pulau-pulau yang ada dan membawa pelancong ke
taman laut untuk melakukan aktiviti scuba diving dan snorkelling. Terdapat juga nelayan
yang bertukar kerjaya sebagai dive master untuk para pelancong dan menjadi juru arah
sebagai pelatih scuba diving.
KAEDAH DAN BAHAN
Kaedah kajian yang dijalankan adalah kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kuantitatif
digunakan untuk mendapat pandangan masyarakat mengenai pembangunan yang dijalankan
di Pulau Redang dan sekitarnya. Kaedah kualitatif juga digunakan untuk mendapatkan
maklumat sokongan dari pihak kerajaan dan juga pengusaha resort. Pemerhatian juga
dijalankan di kawasan tempatan masyarakat yang berhampiran bagi melihat aktiviti dan gaya
5

hidup mereka dalam membuangkan sampah, pengangkutan bot di jeti tanpa menjejaskan
habitat laut.
HASIL DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian, pengkaji telah menemu ramah pengusaha resort bagi mendapatkan
maklumat mengenai fasiliti-fasiliti yang terdapat di Pulau Redang. Encik Mohd Khairul
Azizie bin Mohamad merupakan Pengurus Operasi Redang Mutiara Travel & Tours Sdn Bhd
mengatakan bahawa konsep resort yang pihak mereka sediakan adalah satu resort yang
menyediakan makanan 100% makanan halal dan tidak mempunyai arak. Kemudahan

penginapan yang mereka sediakan juga adalah yang terbaik dan mendapat maklum balas dari
pelanggan mereka adalah baik. Pihak resort mereka juga menyediakan perkhidmatan
pengangkutan bot pergi dan balik ke Pulau Redang. Harga yang ditawarkan juga adalah
perpatutan dengan tahap servis yang mereka sediakan. Beliau juga mengatakan bahawa pada
kebiasaannya permintaan pelanggan melanggan penginapan di resort mereka akan penuh
pada musim percutian sekolah. Dalam melaksanakan operasi resort mereka pihak atasan
melibatkan golongan belia di kawasan yang dalam sektor perkhidmatan. Antara perkhidmatan
yang disediakan adalah membawa bot, menjadi petunjuk arah selaman scuba atau dikenali
sebagai scuba diving, dan sebagainya. Pihak resort mereka juga mengadakan latihan industri
kepada mahasiswa dan mahasiswi yang berminat untuk menjalankan latihan industri di resort
mereka.
PENEMUAN DAN PERBINCANGAN
Responden Penyelidikan
Hasil dari pengedaran borang soal selidik, penyelidik telah mengumpul hasil data yang
diperlukan bagi menjawab setiap persoalan kajian. Sebanyak 330 responden telah menjawab
borang soal selidik yang diedarkan di kawasan yang berdekatan dengan tempat kajian. Ada di
antara responden yang menjawab borang soal selidik ini memberikan idea dan cadangan yang
membantu serta komen yang membina kepada pengkaji dan ada juga yang mengkritik serta
tidak mahu memberikan kerjasama kepada pengkaji.
1.2

Pandangan

berkunjung ke Pulau Redang

Kekerapan

%

Ya

281

85.2

Tidak
Jumlah

49
330

14.8
100.0

Pengunjung
Adakah anda pernah

Jadual 2.1 Menunjukkan adakah responden pernah berkunjung ke Pulau Redang

Jadual di atas menerangkan responden yang pernah berkunjung ke Pulau Redang. Seramai
281 orang pernah berkunjung ke Pulau Redang bersamaan dengan 85.2 peratus daripada 330
orang. Kebanyakan mereka adalah masyarakat tempatan yang bekerja di Pulau Redang serta

6

yang
dalam

Berapakah kalikah anda berkunjung ke Pulau Redang sepanjang tahun 2015?
Kekerapan
%
1-3 kali
165
50.0
4-7 kali
45
13.6
lebih dari 8 kali
71
21.5
Tidak Pernah
49
14.8
Jumlah
330
100.0

terlibat

membangunkan Pulau Redang serta dalam pembinaan fasiliti di Pulau Redang.
Namun begitu, seramai 49 orang yang tidak pernah berkunjung ke Pulau Redang yang
bersamaan dengan 14.8 peratus. Ada juga masyarakat yang berhampiran tidak pernah
berkunjung ke Pulau Redang.

Jadual 2.2 Menunjukkan kekerapan pengunjung berkunjung ke Pulau Redang

Jadual di atas menunjukkan kekerapan pengunjung yang berkunjung ke Pulau Redang
sebanyak 1-3 kali pengunjung mengunjung iaitu seramai 165 orang yang bersamaan dengan
50.0 peratus. Kebanyakan dari mereka adalah yang datang melancong pada yang lepas dan
berasa selesa dengan perkhidmatan yang disediakan. Sebanyak 4-7 kali yang berkunjung ke
Pulau Redang yang bersamaan dengan 13.6 peratus. Manakala yang lebih dari 8 kali telah
mencatat sebanyak 71 orang yang bersamaan dengan 21.5 peratus. Ini adalah golongan yang
berkerja di Pulau Redang dan yang pernah melakukan pembinaan di sana. Namun begitu, ada
juga yang mencatat tidak pernah ke Pulau Redang iaitu seramai 49 orang yang bersamaan
dengan 14.8 peratus.
Bagaimanakah tempoh pembinaan jeti untuk ke Pulau
Redang?
Kekerapan
%
Terlalu cepat

15

4.5

Cepat

71

21.5

Sederhana

197

59.7

Perlahan

44

13.3

Sangat Perlahan

3

.9

330

100.0

Jumlah

Jadual 2.3 Menunjukkan jangka masa tempoh pembinaan jeti untuk ke Pulau Redang

Jadual di atas adalah menerangkan jangka masa tempoh pembinaan jeti untuk ke Pulau
Redang. Bagi tempoh terlalu cepat telah mencatat sebanyak 15 orang yang bersamaan dengan
4.5 peratus. Seterusnya, tempoh cepat pula telah mencatat sebanyak 71 orang yang
bersamaan dengan 21.5 peratus. Tempoh yang sederhana telah mencatat sebanyak 197 yang
bersamaan dengan 59.7 peratus. Kebanyakan yang mengatakan tempoh pembinaan sederhana
adalah masyarakat tempatan dan juga individu yang menjalankan kerja pembinaan tersebut.
7

Bagi tempoh perlahan
44 orang yang bersamaan
Manakala tempoh sangat
sebanyak 3 orang yang
peratus.

Adakah anda ditawarkan pekerjaan di Pulau
Redang semasa atau selepas pembinaan
tersebut?
Kekerapan
%
Ya
Tidak

242
88

73.3
26.7

Jumlah

330

100.0

telah mencatat sebanyak
dengan 13.3 peratus.
perlahan telah mencatat
bersamaan dengan 0.9

Jadual 2.4 Menunjukkan tawaran pekerjaan yang diterima oleh masyarakat tempatan atau pengunjung

Jadual di atas menunjukkan tawaran pekerjaan kepada masyarakat tempatan mahupun
pengunjung. Sebanyak 88 orang mengatakan mereka tidak ditawarkan pekerjaan yang
bersamaan dengan 26.7 peratus.
Manakala, seramai 242 mengatakan mereka ditawarkan pekerjaan yang bersamaan dengan
73.3 peratus. Ada di antara mereka ditawarkan pekerjaan semasa pembangunan dan juga
selepas pembangunan.

Jadual 2.5 Menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh pihak pembangunan yang menarik dijalankan
di Pulau Redang.
Pernyataan
Responden
K
%
Snorkelling
284
31.5%
Hopping Island
191
21.2%
Adakah tempat yang dijalankan oleh pihak
266
29.5%
pembangunan pelancongan yang dapat menarik Scuba Diving
minat anda?
Aktiviti Pantai
161
17.8%
Jumlah

902

100.0%

Jadual 2.5 menunjukkan aktiviti menarik yang dijalankan oleh pihak pengurusan untuk
menarik minat pengunjung untuk datang ke Pulau Redang. Jumlah yang tertinggi dalam
menarik minat pengunjung adalah aktiviti snorkelling iaitu seramai 284 orang responden
daripada 330 orang secara keseluruhan yang bersamaan dengan 31.5 peratus. Aktiviti
snorkelling menjadi pilihan adalah kerana aktiviti ini menjadi satu daya tarikan bagi setiap
pengunjung apabila ke pulau. Aktiviti snorkelling ini juga pada kebiasaannya disediakan
sekali dengan pakej pelancongan oleh pihak pengurusan resort-resort dan sebagainya.
Pengunjung tidak perlu membayar dengan harga yang mahal untuk melakukan aktiviti laut
seperti scuba diving tetapi mereka dapat melakukan aktiviti laut melalui aktiviti snorkelling.

8

Seterusnya aktiviti menarik yang mencatat bilangan kedua tertinggi adalah scuba diving yang
mencatat sebanyak 266 orang responden dan bersamaan dengan 29.5 peratus. Aktiviti scuba
diving adalah aktivit laut dalam dan ini sesuai untuk peminat atau pengunjung yang berminat
untuk meneroka kehidupan laut dalam. Untuk melakukan aktiviti ini memerlukan kemahiran
yang tinggi dalam mengendalikan peralatan scuba diving dan ia memerlukan lesen yang
diiktiraf. Tidak semua pengunjung dapat melakukan aktiviti scuba diving ini kerana mereka
perlu menjalani latihan serta mendapatkan lesen dan kelulusan oleh jabatan taman laut
sebelum mereka melakukan aktiviti scuba diving.
Selain itu, aktiviti hopping island juga menjadi satu daya tarikan yang mencatat sebanyak 191
orang bersamaan 21.2 peratus. Perkara ini adalah disebabkan kebanyakan yang datang
berkunjung adalah untuk berehat. Pada kebiasaannya aktiviti ini dimonopoli oleh golongan
dewasa bersama dengan keluarga mereka. Aktiviti ini akan melawat sekitar pulau dengan
menaiki bot yang disediakan oleh pengusaha bot-bot.
Tidak lupa juga aktiviti pantai juga menjadi satu tarikan oleh pengunjung yang mencatat 161
orang bersamaan dengan 17.8 peratus. Akiviti pantai pada kebiasaannya dilakukan pada
waktu petang bersama keluarga. Di pantai mereka dapat melakukan aktiviti seperti bermain
bola tampar, mandi manda dan sebagainya bersama keluarga tersayang.

9

Jadual 2.6 menunjukkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Redang.
SANGAT
SETUJU

SETUJU

NEUTRAL

TIDAK
SETUJU

SANGAT
TIDAK
SETUJU

K

%

K

%

K

%

K

%

K

%

Pelancong berpendapat bahawa
aktiviti-aktiviti marin yang
terdapat di Pulau Redang adalah
baik.

87

26.4

202

61.2

35

10.6

6

1.8

-

-

Aktiviti pantai di Pulau Redang
adalah baik.

84

25.5

199

60.3

40

12.1

7

2.1

-

-

Pelancong bersetuju jika aktiviti
di Taman Laut mengikut jumlah
bilangan orang yang melakukan
aktiviti dalam satu hari.

144

43.6

116

35.2

66

20.0

4

1.2

-

-

Seseorang itu perlu beretika
dalam mengendalikan scuba
diving.

174

52.7

123

37.3

29

8.8

3

0.9

1

0.3

Pelancong mempunyai lesen
scuba diving

70

21.2

70

21.2

91

27.6

31

9.4

68

20.6

Aktiviti yang terdapat di Pulau
Redang menarik minat pelancong.

114

34.5

177

53.6

36

10.9

3

0.9

-

-

Pelancong amat berjaga-jaga
semasa melakukan aktiviti
snorkelling di Taman Laut.

98

29.7

120

36.4

99

30.0

12

3.6

1

0.3

Pelancong pernah membawa
pulang terumbu karang dari
habitatnya ketika percutian yang
lepas.

10

3.0

40

12.1

102

30.9

84

25.5

94

28.5

. Pelancong mematuhi peraturan
yang ditetapkan oleh pihak taman
laut

91

27.6

165

50.0

69

20.9

4

1.2

1

0.3

PENYATAAN

Jadual 2.6 menunjukkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelancong tanpa
menganggu ekosistem marin yang tersedia ada. Bagi aktiviti yang terdapat di Pulau Redang
mewakili responden yang menyatakan bahawa sangat setuju ialah seseorang itu perlu beretika
dalam mengendalikan scuba diving yang mewakili seramai 174 orang, iaitu bersamaan 52.7
peratus. Perkara ini kerana dalam mengendalikan peralatan scuba diving memerlukan
kemahiran yang mahir. Tidak semua orang layak mengendalikan scuba diving tanpa
menghadiri kursus dan mendapatkan lesen scuba diving. Sekiranya mereka mempunyai lesen
tersebut, mereka dapat melakukan aktiviti scuba diving di laut dalam.
Seterusnya, bagi penyataan pelancong pernah membawa pulang terumbu karang dari
habitatnya ketika percutian yang lepas adalah neutral atau tidak pasti kerana mungkin
pelancong tidak mahu mengaku atau tidak mengingati yang mereka pernah membawa pulang
terumbu karang sewaktu melancong. Hal ini mewakili responden seramai 102 orang, iaitu
bersamaan dengan 30.9 peratus daripada jumlah keseluruhan responden
10

Bagi penyataan sangat tidak setuju pelancong pernah membawa pulang terumbu karang dari
habitatnya ketika percutian yang lepas kerana mereka tidak pernah melanggar peraturan yang
ditetapkan iaitu tidak membawa pulang terumbu karang dari pulau. Oleh itu, seramai 94
orang responden yang mencatat 28.5 peratus responden yang menyatakan sangat tidak setuju
dengan pernyataan tersebut.
Jadual 2.7 menunjukkan kemudahan pengurusan pelancongan marin di Pulau Redang.
SANGAT
SETUJU

SETUJU

NEUTRA
L

TIDAK
SETUJU

SANGAT TIDAK
SETUJU

K

%

K

%

K

%

K

%

K

%

Saya berpendapat bahawa kaedah pembuangan
sampah oleh pengunjung adalah baik.

6

1.8

70

21.
2

109

33.0

83

25.2

62

18.8

Kemudahan prasarana yang terdapat di jeti Marang
untuk ke Pulau Redang adalah baik.

14

4.2

12
8

38.
8

116

35.2

38

11.5

34

10.3

Servis yang disediakan oleh pemandu pelancong
adalah baik

21

6.4

13
7

41.
5

89

27.0

49

14.8

34

10.3

Pengangkutan untuk ke Pulau Redang adalah baik.

17

5.2

13
5

40.
9

135

40.9

34

10.3

9

2.7

Jumlah pengangkutan yang disediakan mencukupi.

21

6.4

117

35.
5

151

45.8

37

11.2

4

1.2

Saya berasa selesa dengan bot yang disediakan.

21

6.4

12
8

38.
8

103

31.2

59

17.9

19

5.8

Pengusaha-pengusaha penginapan menyediakan
kemudahan yang selesa kepada pengunjung.

19

5.8

16
1

48.
8

120

36.4

27

8.2

3

0.9

Pengunjung berpuas hati dengan penginapan yang
disediakan di Pulau Redang

23

7.0

18
8

57.
0

98

29.7

19

5.8

2

0.6

Tahap kualiti perkhidmatan di Pulau Redang adalah
baik.

35

10.6

19
0

57.
6

83

25.2

19

5.8

3

0.9

Pengunjung berasa selamat dengan persekitaran di
Pulau Redang.

49

14.8

12
4

37.
6

133

40.3

22

6.7

2

0.6

PENYATAAN

Jadual 2.7 menyatakan bahawa kemudahan pengurusan pelancongan marin di Pulau Redang
bagi penyataan sangat setuju yang paling tertinggi adalah pengunjung berasa selamat dengan
persekitaran di Pulau Redang yang mewakili seramai 49 orang responden daripada 330 secara
keseluruhan yang mencatat 14.8 peratus. Perkara ini disebabkan oleh kemudahan pengurusan
yang disediakan dipenuhi dengan sistem keselamatan seperti penyediaan kamera litar
tertutup, pengawal keselamatan dan sebagainya. Pihak chalet juga menetapkan garis-garis
panduan keselamatan kepada setiap pengunjung terutamanya ketika melakukan aktiviti pantai
dan aktiviti di taman laut.
Seterusnya bagi penyataan yang paling tertinggi dinyatakan oleh responden adalah jumlah
pengangkutan yang disediakan mencukupi iaitu seramai 151 orang responden yang mencatat
11

45.8 peratus menyatakan tidak pasti kerana para pengunjung terdiri daripada golongan yang
hanya datang sekali sahaja dan mereka tidak mengetahui bagaimana pengurusan
pengangkutan yang disediakan oleh pihak pulau.
Seramai 62 orang responden daripada 330 jumlah responden secara keseluruhan yang
mencatat 18.8 peratusan menyatakan sangat tidak setuju bahawa kaedah pembuangan
sampah oleh pengunjung adalah baik. Perkara ini disebabkan oleh faktor atau sikap
pengunjung yang tidak menitikberat akan menjaga persekitaran pulau dengan membuang
sampah merata-rata. Oleh itu para pengunjung yang lain menganggap kaedah pengurusan
yang dijalankan tidak memuaskan.
Jadual 2.8 menunjukkan impak kehidupan marin terhadap masyarakat setempat
SANGAT
SETUJU

SETUJU

NEUTRAL

TIDAK
SETUJU

K

%

K

%

K

%

K

%

K

%

Pembangunan pelancongan marin di
Pulau Redang menyumbang terhadap
ekonomi masyarakat setempat.

29

8.8

235

71.2

63

19.1

3

0.9

-

-

Tahap kehidupan sosial masyarakat
setempat adalah baik.

16

4.8

188

57.0

121

36.7

5

1.5

-

-

Saya menyenangi dengan kehadiran
pengunjung luar.

11

3.3

163

49.4

147

44.5

9

2.7

-

-

Pengunjung luar menghormati budaya
masyarakat saya.

13

3.9

134

40.6

173

52.4

7

2.1

3

0.9

Saya menjadikan hidupan marin sebagai
sumber pendapatan.

11

3.3

88

26.7

114

34.5

108

32.7

9

2.7

Saya melibatkan diri dalam sektor
pembangunan pelancongan Pulau
Redang.

16

4.8

91

27.6

134

40.6

82

24.8

7

2.1

Pengurusan pembangunan pelancongan
dijalankan secara efisyen.

47

14.2

195

59.1

84

25.5

4

1.2

-

-

Saya berpendapat bahawa masyarakat
tempatan menjaga kawasan hidupan
marin.

69

20.9

172

52.1

88

26.7

1

0.3

-

-

Saya berpendapat bahawa pengunjung
luar menjaga hidupan marin.

91

27.6

128

38.8

109

33.0

2

0.6

-

-

PENYATAAN

12

SANGAT
TIDAK
SETUJU

Dengan menjaga ekosistem di Pulau
Redang, pihak pengusaha dapat
menyediakan peluang pekerjaan kepada
masyarakat setempat.

112

33.9

173

52.4

45

13.6

-

-

-

Jadual 2.8 menjelaskan mengenai impak kehidupan marin terhadap masyarakat setempat di
Pulau Redang. Seramai 123 orang responden yang mencatat 37.3 peratus yang paling tinggi
menyatakan sangat setuju kebanyakan golongan belia menceburi dalam bidang pelancongan.
Hal ini disebabkan majoriti masyarakat setempat yang bekerja di pulau tersebut diuruskan
oleh golongan belia yang lebih mahir dan kuat dalam mengendalikan pekerjaan seperti
pembersih bilik, pemandu bot, juru pandu pelancong dan sebagainya.
Bagi penyataan tidak pasti yang paling tertinggi ialah pengunjung luar menghormati budaya
masyarakat setempat yang mewakili seramai 173 orang responden, iaitu bersamaan dengan
52.4 peratus responden. Responden meynatakan tidak pasti kerana pengunjung yang datang
melancong mempunyai pelbagai sikap dan budaya yang dibawa oleh mereka.
Analisa Hasil Pengujian Hipotesis-Ujian Kebolehpercayaan dan Kesahihan (Cronbach Alpha)
Jadual 4.3.1Ujian Kebolehpercayaan dan Kesahihan Pembangunan Mapan
Pelancongan Marin di Pulau Redang

Pernyataan

Cronbach's

Cronbach's Alpha Based on Standardized Items

Alpha

N of
Items

Kemudahan

.940

.941

11

Impak

.870

.875

11

Jadual di atas menunjukkan nilai kebolehapercayaan dan kesahihan bagi pembangunan
mapan pelancongan marin di Pulau Redang iaitu kemudahan pengurusan dan impak
masyarakat terhadap kehidupan marin. Daripada hasil kajian di atas di dapati nilai Cronbach
Alpha bagi setiap pernyataan adalah boleh dipercayai kerana komponen nilai kemudahan
sebanyak .940, dan nilai impak sebanyak .870. Maka dengan hasil tersebut, dapat dirumuskan
bahawa kemudahan pengurusan dan impak masyarakat terhadap kehidupan marin yang boleh
dipercayai. Perkara ini kerana bagi menentukan nilai kebolehpercayaan dan kesahihan adalah
dengan melihat nilai Cronbach Alpha bagi setiap pernyataan perlu melebihi daripada nilai
Cronbach Alpha iaitu 0.8 (>0.8).
Melalui hasil jadual kebolehpercayaan dan kesahihan ini telah didapati kemudahan
pengurusan pelancongan di Pulau Redang adalah sangat memuaskan kerana pihak resort telah
menyediakan pengurusan yang baik kepada setiap pengunjung yang datang ke resort mereka
dari segi pengangkutan, aktiviti, penginapan dan sehingga hari terakhir mereka di resort
tersebut. Perkara ini juga telah diperkatakan oleh segelintir pengunjung yang berpuas hati
dengan resort tersebut.
13

-

Analisa Regrasi Linear Berganda
Dalam bahagian ini, pengkaji telah mengenal pasti faktor pengurusan pelancongan yang
paling dominan dalam mempengaruhi impak masyarakat terhadap hidupan marin di Pulau
Redang. Kaedah ujian regrasi berganda telah digunakan untuk mengukur faktor dominan
yang mempengaruhi pembangunan mapan pelancongan marin di Pulau Redang.

Model

Sum of Squares

ANOVAa
df

Mean Square

F

Regression
16.309
1
16.309
1 Residual
217.279
328
.662
Total
233.588
329
a. Dependent Variable: Pengunjung berasa selamat dengan persekitaran di Pulau Redang.

24.620

Sig.
.000b

a. Predictors: (Constant), Kebanyakan golongan belia menceburi dalam bidang pelancongan.

Model
1
a.

R

R Square

Model Rumusan
Adjusted R Square

Std. Error of the Estimate

.264a
.070
.067
Predictors: (Constant), Kebanyakan golongan belia menceburi dalam bidang pelancongan.

Model

Coefficientsa
Unstandardized
Coefficients
B

(Constant)
1 Kebanyakan golongan belia menceburi dalam bidang
pelancongan.

.814

Standardized
Coefficients

Std. Error

t

Sig.

Beta

1.871

.117

16.006 .000

.293

.059

.264 4.962 .000

a. Dependent Variable: Pengunjung berasa selamat dengan persekitaran di Pulau Redang.

Berdasarkan jadual model rumusan, nilai r = .264 a dan nilai r2 = .070. Melalui nilai r tersebut
tidak terdapat hubungan kolerasi linear antara faktor pengunjung berasa selamat dengan
persekitaran di Pulau Redang dengan kebanyakan golongan belia menceburi dalam bidang
pelancongan. Nilai r2 = .070 menunjukkan bahawa kedua-dua faktor menyumbang sebanyak
7.0 % dalam pembangunan mapan pelancongan marin di Pulau Redang.
Bagi pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini iaitu faktor pengunjung berasa selamat
dengan persekitaran di Pulau Redang, tidak terdapat faktor dominan yang mempengaruhi
impak pembangunan mapan di Pulau Redang. Ini kerana faktor yang mempengaruhi impak
pembangunan mapan di Pulau Redang mempunyai nilai signifikan p = .000b , p < 0.01 , B = .
14

264 . Oleh yang demikian, terdapat faktor lain yang dominan mempengaruhi dalam
pembangunan mapan pelancongan marin di Pulau Redang.
Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji mendapati bahawa hipotesis H 0 iaitu kemudahan yang
disediakan oleh pihak pengurusan tidak meningkatan bilangan pelancong untuk ke Pulau
Redang. Ini kerana kemudahan bukanlah satu faktor utama yang menyebabkan kedatangan
pengunjung, namun mereka lebih tertarik dengan keindahan semula jadi yang terdapat di
pusat pelancongan tersebut.
Perbincangan
Tumpuan perbincangan pengkaji adalah berdasarkan objektif kajian pengkaji. Objektif kajian
yang pertama adalah untuk mengenalpasti kemudahan pengurusan pelancongan marin di
Pulau Redang. Dalam data yang diperolehi pengkaji mendapati bahawa kemudahan
pengurusan pelancongan yang mengatakan sangat setuju iaitu dimana mereka berasa selamat
dengan persekitaran di Pulau Redang. Kebanyakan tempat penginapan dilindungi dan
dilengkapkan dengan sistem keselamatan kepada pengunjung.
Sistem keselamatan yang dimaksudkan adalah pengawal keselamatan, pihak pengurusan juga
memasang kamera litar tertutup bagi merekod segala tindak tanduk para pengunjung dalam
membanteras aktiviti jenayah dan sebagainya. Jika berlakunya kejadian jenayah, pihak
pengurusan dapat melihat sistem rakaman kamera litar tertutup dan seterusnya perkara ini
dapat membanteras aktivti yang tidak bermoral tersebut. Oleh itu, pengunjung berasa selamat
dan selesa untuk menginap di penginapan yang ada di Pulau Redang. Selain itu, jumlah
pengangkutan yang disediakan oleh pihak pengurusan resort seperti bot adalah mencukupi
bagi para pengunjung untuk ke sesuatu resort yang ada di Pulau Redang serta untuk
melakukan aktiviti di taman laut. Pengunjung menyatakan bahawa kemudahan pengangkutan
yang disediakan adalah selesa bagi mereka dalam perjalanan untuk ke Pulau Redang yang
memakan masa selama 45 minit dari jeti. Mengenai masalah kaedah pembuangan sampah
oleh pengunjung adalah kurang memuaskan. Hal ini adalah kerana, faktor sikap pengunjung
itu sendiri yang di mana tidak mengambil berat dengan persekitaran pulau itu sendiri. Pihak
pengurusan telah menyediakan tempat pembuangan sampah yang sistematik di pulau tersebut
namun ada juga segelintir pengunjung yang membuang sampah di merata-rata tempat tanpa
mengetahui kesan dan akibatnya terhadap alam sekitar serta kehidupan laut. Jika perkara ini
tidak diatasi mungkin akan menyebabkan masalah yang berkaitan dengan mencacatkan
kawasan persekitaran dan juga menyebabkan habitat hidupan laut juga terjejas.
Impak kehidupan marin terhadap masyarakat setempat pula ialah kebanyakan dari responden
menyatakan pembangunan pelancongan marin telah memberi sumbangan kepada peningkatan
ekonomi masyarakat setempat. Hal ini kerana mereka terlibat dalam industri pembangunan
contohnya dalam sektor perkhidmatan sebagai pengusaha bot, pengusaha resort dan
sebagainya. Hasil dari dapatan temuramah, informan menyatakan masyarakat setempat secara
majoriti memonopoli peluang pekerjaan di pembangunan marin tersebut. Namun begitu, tidak
semua masyarakat terlibat dalam sektor pekerjaan marin kerana dalam borang soal selidik
ramai responden menyatakan tidak setuju dalam menjadikan hidupan marin sebagai sumber
pendapatan. Hal ini mungkin kerana mereka adalah tergolong dalam kategori sebagai
15

pelancong dan ada juga dalam kalangan mereka sebagai masyarakat setempat, namun bekerja
dalam bidang yang lain. Golongan belia kebanyakannya menceburi dalam bidang pekerjaan
di pembangunan marin, Pulau Redang. Hal ini disebabkan majoriti masyarakat setempat yang
bekerja di pulau tersebut lebih mengutamakan kepada golongan belia kerana mereka lebih
mahir dan kuat dalam mengendalikan pelbagai pekerjaan seperti pembersih bilik, pemandu
bot, juru pandu pelancong dan sebagainya. Dengan menjaga ekosistem di Pulau Redang,
pihak pengusaha dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
Kebanyakan responden bersetuju dengan pernyataan tersebut kerana kesedaran dalam
menjaga persekitaran setempat amatlah penting dan perlu dipupuk dalam diri setiap individu.
Sekiranya mereka tidak menjaga ekosistem, habitat kehidupan laut akan musnah dan pupus.
Bagi aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelancong tanpa menganggu ekosistem marin yang
tersedia ada. Kebanyakan responden menyatakan setuju dalam penyataan seseorang itu perlu
beretika dalam mengendalikan scuba diving. Hal ini penting kerana dalam mengendalikan
peralatan scuba diving bukanlah satu perkara yang mudah kerana aktiviti ini memerlukan
kemahiran yang mahir sewaktu melakukannya. Informan turut menyatakan tidak semua
orang layak mengendalikan scuba diving tanpa mengambil lesen dan menghadiri khursus
scuba diving. Tambahnya lagi, sekiranya mereka sudah mempunyai lesen tersebut maka
mereka dapat melakukan aktiviti scuba diving di laut dalam. Responden juga bersetuju
dengan penyataan aktiviti yang dijalankan di Pulau Redang adalah baik kerana kawasan
persekitaran di Pulau Redang adalah sesuai buat pengunjung. Antara aktiviti pantai yang
dijalankan adalah seperti banana boat, jet ski, aktiviti berkayak dan sebagainya. Mereka
boleh menikmati aktiviti yang disediakan tidak kira siang atau bermalam bergantung kepada
jenis aktiviti yang disediakan. Selain itu, aktiviti bagi pelancong pernah membawa pulang
terumbu karang dari habitatnya ketika percutian yang lepas responden menyatakan tidak pasti
kerana segelintir dari pelancong tidak mahu mengaku atau tidak mengingati yang mereka
pernah membawa pulang terumbu karang sewaktu melancong. Ada segelintir masyarakat
yang tidak bertanggungjawab dengan membawa pulang terumbu karang sewaktu percutian
bagi tujuan perhiasan dan sebagai tanda kenangan buat mereka. Namun kini, pihak
pembangunan telah mengambil tegas akan peraturan dan etika yang perlu dilaksanakan oleh
pengunjung sewaktu percutian bagi mengelakkan daripada kejadian tersebut berlaku
Cadangan dan Rumusan
1. Mencadangkan penggunaan “fin” atau sirip tidak digunakan ketika melakukan
aktiviti snorkelling. Perkara ini adalah disebabkan kerana penggunaannya
menyebabkan kerosakan hidupan laut iaitu terumbu karang. Penggunaan fin juga
menyebabkan kerosakan yang teruk kepada terumbu karang kerana tidak semua
pengunjung pandai berenang dan menyelam. Mereka akan memijak dasar laut cetek
yang di mana terdapatnya terumbu karang. Ada sesetengah terumbu karang yang
sensitif terhadap sentuhan dan ini akan merosakan keadaannya. Pengunjung juga tidak
menguasai penggunaan peralatan snorkelling.
2. Mencadangkan pengehadan jumlah orang dalam sesuatu masa apabila melakukan
aktiviti snorkelling. Perkara ini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya
kerosakan terhadap terumbu karang yang ada. Tujuan ini juga dapat memberikan
16

masa bagi pemuliharaan terumbu karang yang rosak. Dengan pengehadan jumlah
orang ini juga dapat memberikan kesan yang baik terhadap hidupan laut.
3. Mencadang sistem pembuangan sampah yang sistematik bagi pengunjung. Pihak
pengusaha resort seharusnya memberikan taklimat atau maklumat tentang cara
pembuangan sampah ketika berada di pulau dan berada di sekitar taman laut. Dengan
cara ini juga dapat mengurangkan sampah yang menyebabkan alam sekitar tercemar.
Apabila alam sekitar tercemar akan menyebabkan hidupan laut juga terjejas dan
merosakan kawasan sekitar pulau.
4. Pihak pengusaha juga seharusnya, menambahbaik aktiviti pantai yang menarik untuk
pengunjung. Perkara ini adalah kerana kadang kala cuaca yang tidak menentu akan
menghalang pengunjung melakukan aktivit di taman laut. Aktiviti di taman laut
mempunyai masa untuk melakukan aktiviti di kawasan tersebut. Apabila laut
bergelora aktiviti snorkelling tidak dapat dilakukan dengan baik dan ini akan
menyebabkan berlakunya kerosakan terhadap hidupan laut seperti terumbu karang.
Secara keseluruhannya Pembangunan yang dijalankan di sekitar Pulau Redang membawa
kesan yang positif dan negatif kepada alam sekitar. Hal ini berlaku adalah kerana kawasan
yang sekitarnya diduduki oleh masyarakat tempatan dan juga pengunjung yang hadir akan
memberikan kesan. Harapan saya kajian ini dapat memberikan kepentingan serta digunakan
oleh pengkaji yang akan datang dan masyarakat.

RUJUKAN
17

Brunt, P., & Courtney, P., (1999). Host percepyion of sosiocultural impacts. Annals
of tourism research
Vol, 26, No, 3, pp. 493-515, 1999. Dicapai dari
http://www.uvm.edu/tourismresearch/agritourism/publications/england.pdf
Butler, R.W. (1980). The concept of a tourist area cycle of evolution: Implication
for management of resources. Canadian Geographer.
Davis D (1993). Scuba diving: Conflict in marine protected area. Australian Journal
of Leisure and Recreation 3 (4), 65-71.
Gartner, W.C. (1996). Tourism Development Principles, Processes, and Policies.
New York, US. Van Nostrand Reinhold.
Hawkins J.P, & Roberts C.M. (1993). The growth in coastal tourism in the present
and future impact on the Red Sea coral reef. Ambio 23 , 503-508.
Harrington, A. (20005). Modern social theory. OXFORD University Press, 1.
Dicapai dari http://www.csun.edu/~snk1996/Harrington.pdf.
Henderson, J.C. (2007). Tourism crises: Causes, consequences and management,
Jordan. Hill: Elsevier Inc.
Hodgson, G. (1993). Sedimentation damage to reef corals, In Ginsburg, R.N.
(compiler), Proceedings of the Colloquium and forum on Global Aspects of Coiral
Reefs, Health, Hazard, and History, pages 520-525, Rosenstiel School of Marine and
Atmosphreic Sciences: University of Miami, 420 p.
Jabil Mapjabil (1999). Pelancongan di Pulau Mabul: Impak terhadap masyarakat
nelayan. Tesis sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Mathieson, A. & Wall, G. (1982). Tourism: Economic, physical and social impacts.
New York: Longman.
Mair, L. (1965). An introduction to Social Anthropology. London: Clarendon Press, Oxford
Razali, M.K, (2015) dalam Weaver, D. & Lawton, L. (2006), Tourism Management
Wiley Australia Tourism Series, Third Edition, John Wiley & Sons: Cornell
University
Smith. V. L. (1989), Hosts and Guests The Anthropology of Tourism, Second

18

Edition,University of Pennsylvania Press, USA
UNEP, UNWTO (2005). Making Tourism More Sustainable - A Guide for Policy
Makers, UNEP and UNWTO, 2005, p.11-12 Dicapai
dari http://sdt.unwto.org/content/about-us-5

19