TAJUK INOVASI BATIK DI CHENDERING KUALA

TAJUK : INOVASI BATIK DI CHENDERING , KUALA TERENGGANU PADA
TAHUN 1980 HINGGA 2015
PENGENALAN
Kompleks Noor Arfa dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin
pada 27 Jun 2018. Kompleks Kraf Noor Arfa yang berharga RM 7 juta ini mula dibuka pada
1 Januari 2008 di kawasan seluas hektar. Kompleks ini dibina dengan bercirikan Rumah
Tradisional Terengganu dan kehalusan seni ukiran tradisional berbentuk bunga di setiap
hujung bumbung bangunannya. Noor Arfa batik ditubuhkan pada tahun 1980 di Terengganu
selepas beberapa tahun membuka sebuah bengkel kecil di belakang rumah dengan modal
RM1000 dan tenaga kerja seramai dua orang. Nama Noor Arfa batik ialah hasil singkatan
nama Noor Hiejrah dan suaminya Wan. Mohd Arifin Wan Long. Noor Hiejrah yang berasal
dari Langgar, Kedah pernah mengikuti kursus kraftangan dan batik di Lembaga Kemajuan
Kraftangan Malaysia (LKKM) cawangan Kota Bharu, Kelantan pada akhir tahun 1970 –an.
Keika itulah beliau betemu dengan suaminya yang merupakan tanaga pengajar di LKKM.
Noor Hiejrah bertugas di LKKM selama hamper 6 bulan sebelum membuka perniagaan batik
hasil dorongan dari suami. Noor Arfa kini berjaya menghasilkan kira-kira 200 produk
berjenama sendiri yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Noor Arfa juga mencipta
sejarah apabila tercatat di dalam Malaysian Book of Record sebagai pengeluar batik
komersial yang terbesar di Negara ini. Selain Kompleks Kraf dan kilang sendiri di
Chendering, Noor Arfa turut mempunyai cawangan jualan iaitu di Shah Alam, Melaka, Alor
Star, Kemaman, Pahang dan Pulau Pinang serta empat francais di Petaling Jaya, Perak, Kuala

Lumpur dan Sabah. Noor Arfa turut mempunyai butik di London, Los Amgeles dan Miami.
Pada perinkat awal perniagaan ini diushakan dari rumah beliau, beliau mencantingdan
membuat sendiri frame sehinggalah ia mula dikenali ramai. Produk awal Noor Arfa Batik
ialah Kftan Batik. Pada masa itu ramai pengusaha lain memasarkan Batik Sarung, Batik Cop
dan Batik Terap. Harga Batik Lukis yang mahal menyebabkan ianya hanya dijual di Kuala
Lumpur dan dibeli oleh orang kenamaan. Beliau menjaja sendiri produk syarikat biarpun
menghadapi pelnagai cabaran dan rintangan. Berkat kesabaran dan ketabahan dalam
perniagaan, beliau dan suami Berjaya sehinggan muncul pengeluar dan pembekal batik
terbesar Negara. Hasil kejayaa ini telah tercatat dalam Malaysia Book Of Records.
Pembinaan Kompleks Kraf NooR Arfa ini bukan sahaja mampu meningkatkan industri kraf
negara malah dapat meningkatkan lagi kedatangan pelancongan ke Negeri Terengganu.