ANALISIS PENGARUH CIRI CIRI SOSIOEKONOMI
ANALISIS PENGARUH CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI DAN FIZIKAL
DI KAWASAN SETINGGAN TERHADAP PENCEMARAN SUNGAI
MENGGUNAKAN PENDEKATAN MCDA1
MOHD FADZIL ABDUL RASHID & AZMIR JAAFAR
[email protected], [email protected]
Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah, UiTM Perak Kampus Seri Iskandar
Abstrak
Isu pencemaran sungai di kawasan setinggan sering menjadi tumpuan pengkaji lepas.
Kedapatan daripada kajian-kajian lepas menjelaskan bahawa punca pencemaran sungai
adalah disebabkan oleh sikap atau tingkah laku penduduk di kawasan setinggan itu sendiri.
Tingkah laku penduduk pula dipengaruhi oleh ciri-ciri sosio-ekonomi dan fizikal di kawasan
setinggan. Kertas kerja ini mencuba untuk menjelaskan perkara ini secara lebih terperinci
dan membuat penilaian tahap keutamaan (kepentingan relatif) terhadap 7 faktor penyebab
utama yang telah dikenalpasti untuk menjelaskan kadar potensi setinggan mencemarkan
sungai menggunakan pendekatan Analisis Keputusan Multi-kriteria (Multi-criteria Decision
Analysis). Hasil analisis mendapati bahawa tahap pendidikan (TP) merupakan faktor
penyumbang utama terhadap pencemaran sungai. Diikuti kaedah pembuangan air sisa
(KAS), kaedah pembuangan sampah (KPS), tahap kesedaran/ilmu alam sekitar (TAS), aktiviti
ekonomi dan ciri-ciri fizikal (AEK), pengaruh jarak (PJS), dan kepadatan kediaman (KP).
Secara relatifnya, tahap sumbangan faktor-faktor adalah berbeza di setiap kawasan
setinggan. Kertas kerja ini mencadangkan satu model umum untuk pengawalan pencemaran
sungai berpunca daripada guna tanah setinggan.
Kata Kunci: Analisis keputusan Multi-kriteria (MCDA), pencemaran sungai, tingkah laku,
setinggan
1.0
PENGENALAN
Pencemaran sungai merupakan antara masalah serius yang sedang dialami oleh
kebanyakan negara di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terlepas dari mengalami masalah
ini. Sebahagian besar punca utama pencemaran yang dilaporkan oleh Kualili Alam Sekeliling
(1980-2000) dan para pengkaji terdahulu seperti Hamirdin dan Nordin (2000) dan Tuan Pah
Rokiah dan Hamidi (2001) adalah disebabkan oleh aktiviti kumbahan penduduk atau bahan
domestik dan industri.
Kualiti air sungai yang tercemar menampakkan ketidakmampanan alam sekitar dan
kehidupan sosial masyarakat. Sekiranya ianya berterusan berlaku, sekaligus ianya akan
menjejaskan kualiti kehidupan generasi akan datang. Di dalam Deklarasi Langkawi Mengenai
Alam Sekitar yang disediakan oleh Ketua-Ketua Kerajaan Komenwel di Langkawi pada 21
Oktober 1989, ada menyatakan bahawa disebabkan masalah alam sekitar semakin meruncing
dan mengancam, apa jua kelewatan mengambil tindakan untuk membenteras keadaan yang
meruncing itu akan mengakibatkan kerosakan yang kekal (Salleh, 2002).
Kertas kerja ini mencuba untuk menjelaskan punca-punca sebenar pencemaran sungai
di kawasan setinggan di samping mengukur kadar potensi setinggan mencemarkan sungai
menggunakan pendekatan Analisis Keputusan Multi-kriteria (MCDA).
1
Dibentangkan di Seminar Antarabangsa Ke-3: Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Lingkungan
2010, pada 20-21 September 2010, bertempat di Hotel Pangeran, Pekanbaru, Riau, INDONESIA.
Organisasi penulisan dibahagikan kepada 3 bahagian utama: isu pencemaran sungai
di kawasan setinggan; ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal setinggan yang cenderung
mencemarkan sungai; dan pendekatan Analisis Keputusan Multi-kritera bagi analisis
pengaruh ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal setinggan terhadap pencemaran sungai di
sekitarnya.
2.0
ISU PENCEMARAN SUNGAI DI KAWASAN SETINGGAN
Setinggan adalah antara masalah bandar yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan negara di
seluruh dunia seperti Filipina, Thailand, India, Myammar, China dan juga Malaysia. Sebagai
definisinya, setinggan adalah suatu kawasan/ bangunan yang didiami, mahupun orang yang
mendiami kawasan tersebut secara haram dan melalui hidup dengan serba kekurangan dari
segi kemudahan dan mewujudkan persekitaran yang daif (Wegelin 1978; Lauria dan
Whittington 1989); Mohd. Nor 2000; Kanun Tanah Negara 1965).
Di Malaysia, kewujudan petempatan setinggan diketahui sejak 1900 lagi, tetapi
selepas tahun 1920-an setinggan menjadi sebuah petempatan yang lebih tertonjol kesan
daripada perubahan sosial dan ekonomi (Michael, 1983). Namun, fenomena ini mula
mendapat perhatian pengkaji selepas tahun 1970-an (USM, 2000).
Faktor kewujudan petempatan setinggan adalah manifestasi dari masalah kemiskinan
bandar (Noor Sharifah dan Abu Salehak, 1998). Ini kesan daripada faktor tarikan di bandar
yang menggalakkan penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar (Ahris et. al., 2000).
Ini termasuk peluang-peluang pekerjaan, kemajuan taraf hidup dan kemudahan yang lengkap.
Implikasinya, sektor-sektor bandar tidak berupaya untuk menyerap keseluruhan buruh yang
berhijrah dan secara tidak langsung mewujudkan masalah pengangguran serta penyediaan
kemudahan asas khususnya perumahan yang mampu dimiliki di bandar (USM, 2000;
Zainuddin, 2000). Maka, berbagai masalah yang dialami tersebut telah mendorong di
kalangan yang berhijrah menduduki kawasan setinggan (USM, 2000; Nurizan dan Ahmad,
2001; Ahris et al., 2000). Situasi seperti ini berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi di Ibu
Negara Amerika Latin (Lauria dan Whittington, 1989) dan di bandar-bandar di seluruh dunia.
Petempatan setinggan selalunya berhampiran tebing-tebing sungai yang kurang sesuai
untuk kawasan perumahan (Khairuddin dan Low, 1995). Pemilihan kawasan biasanya
dipengaruhi oleh faktor jarak yang hampir dengan tempat kerja kerana ini akan
mengurangkan kos perjalanan ke tempat kerja (Khairuddin dan Low, 1995). Bagaimanapun,
perletakan setinggan di tebing sungai berpotensi mencetus berbagai masalah berkaitan dengan
alam sekitar seperti hakisan, banjir dan pencemaran air sungai (Ahris et al., 2000). Perkara ini
ada kaitannya dengan taraf kehidupan di setinggan.
Secara umumnya, taraf kehidupan penduduk setinggan adalah rendah (Khairuddin,
1982). Ini dinilai terhadap keadaan persekitaran kediaman yang padat, kurang teratur dan daif,
dan penyediaan kemudahan serba serbi lemah. Sebilangan besar penduduk juga tiada
pelajaran formal dan kebanyakannya hanya berpendidikan sekolah rendah (USM, 2000).
Taraf kesihatan penduduk setinggan juga adalah rendah (Khairuddin, 1982). Dengan taraf
pendidikan dan kesedaran tentang kesihatan juga rendah sudah tentu kefahaman tertahap
kesedaran alam sekitar juga lemah (Zainuddin, 2000). Ini dibuktikan dengan aktiviti harian
penduduk di setinggan yang menghasilkan aktiviti pencemaran seperti pembuangan sampahsarap dan pengaliran kumbahan terus ke sungai (IPASA, 2002). Kesannya, sungai-sungai
yang berada berhampiran dengan kawasan setinggan mengalami pencemaran yang serius
(IPASA, 2002; Musa, 1999). Ilustrasi kedaifan persekitaran dan pencemaran sungai di
kawasan petempatan setinggan boleh ditunjukkan pada Foto 1.
Penemuan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Mohd Rosli dan Ahmad Zamani
(2001) di dalam kajian mereka mengenai kesan rumah setinggan terhadap alam sekitar (kualiti
air) di Sungai Skudai, Johor Malaysia yang mendapati bahawa sisa-sisa kumbahan domestik
yang dihasilkan oleh penduduk setinggan dialirkan terus ke perparitan dan masuk ke sungai.
Sampah sarap juga kerap dibuang ke dalam sungai kerana di sana tidak terdapat sistem
2
pengumpulan sampah yang sistematik dan berada di luar pengawasan pihak berkuasa
tempatan.
Foto 1: Persekitaran dan pencemaran sungai di kawasan setinggan
Sebelum itu lagi, Murad (1989) di dalam kajiannya ke atas sungai yang sama juga
mendapati bahawa guna tanah setinggan telah menjana pencemaran air sungai Skudai. Ini
berikutan parit kecil, anak sungai dan Sungai Skudai dijadikan sebagai tempat pembuangan
sampah sarap dan penyaluran air basuhan, air mandian, air dapur dan najis tanpa rawatan.
Kajian Koh (1984) juga mendapati punca pencemaran air dari guna tanah perbandaran
disebabkan oleh kelemahan sistem pembetungan dan tiadanya sistem pelupusan kumbahan
yang sempurna terutama di kawasan perumahan lama dan setinggan.
Berasaskan kepada hasil penemuan daripada kajian-kajian yang dikemukakan
tersebut, gambaran tingkah laku penduduk setinggan sebagai penyebab pencemaran sungai di
sekitarnya boleh tunjukkan pada Rajah 1. Rajah tersebut menjelaskan bahawa kesan daripada
kepadatan penduduk setinggan yang tinggi telah menghasilkan banyak bahan-bahan
pencemaran seperti buangan sisa pepejal dan sisa kumbahan. Lebih buruk lagi apabila bahanbahan pencemaran tersebut seterusnya disalurkan terus ke sungai kerana tiadanya sistem
pembuangan sampah dan perparitan yang baik ditambah dengan tahap kesedaran tentang
kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dan sungai yang rendah.
Memahami terhadap apa yang berlaku, menjelaskan bahawa punca-punca utama
pencemaran sungai di kawasan setinggan adalah berkait rapat dengan ciri-ciri sosioekonomi
penduduknya serta persekitarannya yang cenderong menyebabkan pencemaran sungai.
3
Rajah 1: Gambaran tingkah laku penduduk setinggan menjadi penyebab pencemaran
sungai
3.0
CIRI-CIRI SOSIO-EKONOMI DAN FIZIKAL DI KAWASAN
SETINGGAN YANG CENDERONG MENCEMARKAN SUNGAI
Ramai pengkaji yang menemukan bahawa punca-punca pencemaran sungai di sekitar
setinggan adalah berkait rapat dengan faktor sosioekonomi dan fizikal setinggan seperti
Rosario (1995), Ab Aziz et. Al. (2000), Salleh (2002), IPASA (2002), Rasmussen (2001,
2003), dan Daniere dan Takahashi (1999).
Rosario (1995), Ab Aziz et.al (2000) dan Salleh (2002) sama-sama bersetuju bahawa
pencemaran sungai di kawasan setinggan adalah berkait rapat dengan kepadatan penduduk
yang tinggi, kelemahan sistem pembuangan sampah, dan ketidaksempurnaan kemudahan
rawatan najis sehingga berlaku kesukaran untuk menguruskan bahan-bahan buangan yang
banyak dan mengambil sikap mudah dengan membuangnya ke dalam sungai.
Rasmussen (2001) (lihat juga Rasmussen et al., 2003) berasaskan kepada suatu kajian
ke atas petempatan setinggan di Sungai Skudai, Johor Malaysia telah merumuskan ciri-ciri
sosioekonomi dan fizikal di kawasan setinggan yang menjadi punca pencemaran sungai, iaitu:
b.
taraf kehidupan rendah (miskin), tahap pendidikan rendah dan mengamalkan
aktiviti ekonomi yang informal;
c.
tiada pusat kumpulan sampah dan jalan untuk perkhidmatan pengangkutan
sampah sehingga penduduk setinggan menggunakan sungai sebagai tempat
membuang sampah dan membuat pembakaran terbuka berleluasa;
d.
tahap kesedaran alam sekitar rendah sehingga sinonim dikenali sebagai
petempatan yang kotor dengan sampah di merata-rata tempat, tiada sistem
pengurusan sampah tersusun dan sungai di sepanjang setinggan dipenuhi
pelbagai jenis bahan buangan dan kotor serta tercemar; dan
f.
tingkah laku yang kurang mengambil berat tentang kebersihan persekitaran
dipengaruhi oleh kawasan kampung setinggan yang besar, daif, padat, kurang
tersusun dan serba serbi kekurangan.
Daniere dan Takahashi (1999) pula mengkaji tentang tingkah laku isirumah setinggan
(slum area) di Bangkok terhadap amalan-amalan berkaitan alam sekitar. Kajian tersebut
menguji hubung kait di antara nilai kebudayaan, ciri-ciri sosioekonomi dan amalan-amalan
berkaitan alam sekitar seperti inisiatif atau penglibatan komuniti di dalam projek-projek alam
sekitar, rawatan kualiti air, tingkah laku pembuangan sampah dan amalan-amalan kesihatan.
Penemuan kajian tersebut boleh diringkaskan seperti berikut:
4
b.
semakin baik seseorang individu dalam pencapaian akademik, maka semakin
tinggi hasrat mereka untuk melibatkan diri dalam usaha-usaha meningkatkan
kualiti hidup komuniti seperti memastikan kebersihan kualiti air minuman
terjamin dan membuang sisa pepejal di tempat yang disediakan; dan
c.
¼ responden yang dikaji menjawab bahawa pencemaran air sungai adalah
akibat daripada pembuangan kumbahan (najis) tanpa rawatan ke saluran najis
terbuka.
Berasaskan kepada perbincangan di atas, punca-punca pencemaran sungai di kawasan
setinggan boleh disebabkan sama ada faktor luaran mahupun dalaman. Ini termasuklah tahap
pendidikan dan kesedaran alam sekitar yang rendah, tiada sistem perparitan dan pembuangan
sampah yang teratur, kepadatan penduduk yang tinggi dan rumah-rumah yang tidak tersusun,
cara hidup masyarakat yang membuang sampah sarap dan menyalurkan kumbahan (air
basuhan, najis) ke sungai, aktiviti sosioekonomi dan persekitaran fizikal (seperti pembinaan
rumah di tepi sungai) dan sosial dan seumpamanya. Hubungkait di antara ciri-ciri tersebut
boleh diilustrasikan seperti Rajah 2.
Penduduk (kepadatan
tinggi)
Persekitaran sosioekonomi
dan fizikal setinggan
berhampiran Sungai
Aktiviti harian (sosio
ekonomi/ informal)
Punca luaran
Menghasilkan bahan
cemar (sisa pepejal, sisa
kumbahan)
Sistem perparitan &
pembuangan sampah
rendah
Kesedaran alam sekitar
rendah
Pendidikan rendah
Punca dalaman
Membuang bahan cemar
Parit/ Sungai
Pencemaran sungai
Rajah 2: Perkaitan punca-punca pencemaran sungai di kawasan setinggan
Berikutan daripada faktor-faktor yang dinyatakan di atas, sebanyak 7 faktor (kriteria)
yang boleh dirumuskan dan akan dinilai bagi analisis pengaruh ciri-ciri sosioekonomi dan
fizikal setinggan terhadap pencemaran sungai. 7 faktor tersebut ialah:
a.
PJS
: pengaruh jarak setinggan;
b.
KP
: kepadatan kediaman;
c.
TP
: tahap pendidikan;
d.
AEK : aktiviti ekonomi penduduk dan ciri-ciri fizikal kawasan setinggan;
e.
KAS : kaedah kumbahan air sisa;
f.
TAS : tahap kesedaran/ilmu alam sekitar; dan
g.
KPS : kaedah pembuangan sampah.
Kaedah dan proses pelaksanaan analisis berkenaan akan dijelaskan dengan lebih
lanjut pada bahagian seterusnya.
4.0
PENDEKATAN MCDA BAGI ANALISIS PENGARUH CIRI-CIRI
SOSIOEKONOMI
DAN
FIZIKAL
SETINGGAN
TERHADAP
PENCEMARAN SUNGAI DI SEKITARNYA
5
Bahagian ini akan membincangkan mengenai analisis dan penemuan pengaruh
kawasan setinggan terhadap pencemaran sungai di sekitarnya berasaskan kepada pendekatan
MCDA. Perbincangan ini akan meliputi pengenalan kepada MCDA, kaedah analisis, analisis
dan keputusan.
4.1
Pengenalan Kepada MCDA
Secara umumnya, MCDA boleh didefinisikan sebagai suatu pendekatan statistik yang
mempunyai berupaya untuk menyelesaikan berbagai masalah pembuatan keputusan (decision
problem) disebabkan oleh berbagai faktor (multi-kriteria) (Malczewski, 1999a). Kaedah ini
digunakan secara meluas di dalam berbagai-bagai bidang termasuk bidang perancangan,
arkitek, akauntan, komputer, kesihatan, pemasaran, pengangkutan, politik dan sebagainya
untuk membuat keputusan tertentu (Malczewski, 1999a; Voogd, 1983). Store and Kangas
(2001) menegaskan bahawa tujuan utama penggunaan kaedah MCDA adalah untuk
menyediakan asas untuk bagi pembuatan keputusan tentang pemilihan alternatif penyelesaian
berdasarkan berbagai kriteria yang dijadikan pertimbangan.
Strategi asas yang dilaksanakan di dalam kaedah MCDA untuk menyelesaikan
masalah pembuatan keputusan ialah dengan membahagikan masalah kepada bahagianbahagian yang kecil, bahagian yang boleh difahami dan boleh dianalisis, dan
mengintegrasikan bahagian-bahagian tersebut kepada tingkah laku logik untuk menghasilkan
penyelesaian yang berguna (Malczewski, 1999a).
Ada beberapa kaedah atau teknik MCDA yang dibangunkan. Teknik tersebut seperti
simple additive weighting methods (SAW), concordance analysis, ideal-point analysis, dan
analytic hierarchy process (AHP) (Malczewski, 1999a; Jankowski, 1995). Analisis bagi
kertas kerja ini adalah berasaskan kepada teknik AHP.
AHP telah dibangunkan oleh Profesor Saaty di sekitar tahun 1970-an lagi. Teknik ini
mempersembahkan fungsi yang fleksibal di dalam menyelesaikan berbagai masalah
pembuatan keputusan sama ada melibatkan faktor-faktor yang bersifat kuantitatif (tangible)
mahupun kualitatif (intangible) (Malczewski, 1999a; Klungboonkrong and Taylor, 1999;
Banai-Kashini, 1989). Teknik ini mudah dilaksanakan, tahap ketepatan yang tinggi,
mempunyai teori yang kukuh, dan lebih penting ianya menyediakan fungsi untuk menilai
ketidaktentuan penilaian atau ketepatan penilaian yang dibuat oleh pakar (Malczewski, 1999a;
Jankowski, 1995; Banai-Kashini, 1989). Maka sebab itu teknik ini dikatakan lebih popular
berbanding dengan teknik-teknik MCDA yang lain (Malczewski, 1999a, 1999b;
Klungboonkrong and Taylor, 1999).
4.2
Kaedah Analisis
Proses pelaksanaan analisis melibatkan 2 peringkat utama: (a) penentuan tahap
keutamaan faktor (kriteria) dan kawasan setinggan (alternatif), (c) penentuan nilai
keseluruhan bagi menjelaskan pengaruh ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal setinggan terhadap
pencemaran sungai. Untuk itu, seperti perbincangan awal, sebanyak 7 kriteria yang akan
dinilai untuk menjayakan analisis ini. Sementara itu, sebanyak 10 petempatan setinggan yang
dipilih. Perbincangan lanjut mengenai kaedah pelaksanaan analisis adalah diperincikan seperti
berikut:
4.2.1
Kawasan Kajian
Analisis melibatkan 10 petempatan setinggan yang berada di sepanjang Sungai
Segget dan Tebrau Johor Malaysia. Taburan 10 petempatan setinggan tersebut boleh
ditunjukkan seperti Rajah 3. 10 Petempatan tersebut ialah Kangkar Tebrau Kanan, Kangkar
Tebrau Kiri, Kangkar Tebrau Lama, Bunga Ros, Pandan Baru, Melayu Pandan, Tok Siak,
Dato’ Hajah Hasanah, Saujana Baru dan Plentong Baru. Kebanyakan petempatan-petempatan
tersebut sudah wujud sejak awal tahun 1980-an lagi.
Pelan
6
Rajah 3: Kedudukan taburan kawasan-kawasan setinggan kajian
4.2.2
Kaedah Penentuan Tahap Keutamaan Kriteria dan Alternatif
Kerja-kerja penentuan atau pengiraan nilai pemberat bagi setiap kriteria dan alternatif
adalah menggunakan kaedah Pairwise Comparison Method (PCM). Kaedah ini juga
dibangunkan oleh Profesor Saaty (1980) sebagai satu alat untuk mengira nisbah matrik
(matrix ratio) di dalam AHP. Untuk tujuan pengiraan tersebut, sebanyak 8 jadual matrik
dibangunkan. Satu jadual matrik (dengan saiz perbandingan matrik=21) adalah untuk
pengiraan nilai pemberat kriteria dan 7 jadual matrik lagi (dengan saiz perbandingan
matrik=45) adalah untuk pengiraan nilai pemberat alternatif mengikut setiap kriteria.
Pengiraan tersebut akan menghasilkan nilai pemberat kriteria (priority vector), nilai
pemberat alternatif (local weights), vektor ketekalan, indeks ketekalan (CI) dan nisbah
ketekalan (CR). Nilai CR adalah untuk menentukan sama ada nilai pemberat kriteria dan
alternatif yang dihasilkan boleh diterima ataupun tertolak. Sekiranya nilai CR < 0.10 (10%
konsistensi), nilai skala nisbah yang diberikan kepada setiap kriteria adalah munasabah dan
nilai priority vector adalah boleh diterima (Saaty, 1980). Sebaliknya, apabila CR 〈 0.10,
menunjukkan pertimbangan nilai skala nisbah tersebut tidak konsisten. Apabila situasi ini
berlaku, maka nilai skala nisbah di dalam jadual matrik perlulah ditukar semula sehingga CR
< 0.10. Namun demikian, terdapat juga keadaan di mana nilai CR boleh sehingga 20% tahap
konsistensi.
Kaedah pemberian nilai skala nisbah di dalam jadual matrik PCM kepada setiap
kriteria untuk mencari nilai pemberat kriteria (priority vector) adalah dilakukan secara
andaian berasaskan tahap pengaruh dan perkaitan di antara kriteria-kriteria tersebut
menyebabkan pencemaran sungai. Oleh itu, sebelum pemberian nilai skor (skala nisbah),
tahap pengaruh kriteria-kriteria terhadap pencemaran sungai dinilai dan disusun mengikut
keutamaan. Pemberian nilai skala nisbah adalah berasaskan kepada skala nilai yang
dibangunkan oleh Saaty iaitu dari 1 hingga 9 (Jadual 1). Sebagai contoh, sekiranya faktor A
didapati strong importance berbanding dengan faktor B, maka A=5, dan B=1/5. Ia dihitung
secara timbal balik (reciprocal).
Tahap
Kepentingan
Jadual 1: Skala nisbah untuk PCM
Definisi
7
1
Equal importance
2
Equal to moderate importance
3
Moderate importance
4
Moderate to strong importance
5
Strong importance
6
Strong to very strong importance
7
Very strong importance
8
Very to extremely strong importance
9
Extreme importance
Sumber: Saaty (1980), Lihat juga Saaty et al.,1985
Sementara itu, penentuan dan pemberian nilai skala nisbah ke atas setiap kriteria bagi
setiap alternatif (kawasan setinggan) juga adalah berasaskan andaian. Bagaimanapun,
andaian tersebut dilakukan berasaskan kepada maklumat-maklumat yang dihasilkan daripada
soal selidik (maklumatnya tidak dikemukakan dalam kertas kerja ini dan boleh dirujuk pada
Rashid, 2005), kaedah pengamatan di tapak dan gabungan kedua-dua kaedah tersebut supaya
penilaian secara menyeluruh (overall evaluation) boleh dilakukan. Andaian tersebut
menyatakan bahawa setiap kawasan setinggan (alternatif) yang mempunyai kriteria-kriteria
yang memenuhi ciri-ciri tertentu yang ditetapkan akan diberikan nilai skor yang tertinggi dan
begitulah sebaliknya.
4.2.3
Kaedah Penentuan Nilai Keseluruhan
Pengiraan untuk mendapatkan nilai pemberat keseluruhan (overall weights) dilakukan
setelah nilai pemberat setiap kriteria dan nilai pemberat alternatif mengikut kriteria diperolehi.
Nilai “overall weights” merupakan nilai akhir (final output) menggunakan MCDA bagi
pelaksanaan analisis pengaruh ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal setinggan menyebabkan
pencemaran sungai di sekitarnya. Daripada nilai akhir yang dihasilkan, kawasan-kawasan
setinggan yang mempunyai nilai “overall weights” tertinggi adalah mempunyai kadar potensi
(pengaruh) tertinggi menyebabkan pencemaran sungai.
4.3
Analisis and Keputusan
Mengguna pakai kaedah MCDA berasaskan kepada AHP, keputusan analisis
pengaruh ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal setinggan terhadap pencemaran sungai
dipecahkan kepada 3 bahagian seperti berikut:
4.3.1
Keputusan Keutamaan Kriteria
Seperti yang diterangkan di atas, satu jadual matrik PCM yang dibangunkan untuk
mengukur tahap keutamaan di antara 7 kriteria. Pemberian nilai skala nisbah bagi mengukur
tahap keutamaan di antara 7 kriteria tersebut terhadap pencemaran sungai adalah ditunjukkan
pada Jadual 2.
Jadual 2: Pemberian nilai skala nisbah
PJS
KP
TP
AEK
TAS
KAS
KPS
PJS
1
0.5
5
2
5
4
4
KP
2
1
5
3
5
4
4
TP
0.2
0.2
1
0.25
1
0.5
0.5
AEK
0.5
0.33
4
1
3
1
2
TAS
0.2
0.2
1
0.33
1
1
1
KAS
0.25
0.25
2
0.5
1
1
1
KPS
0.25
0.25
2
0.5
1
1
1
Cara pemberian nilai skala nisbah telahpun diterangkan di atas. Berasaskan kepada
Jadual 2, keputusan tahap keutamaan di antara 7 kriteria yang dihitung menggunakan perisian
Microsoft EXCEL ditunjukkan seperti Jadual 3.
8
Jadual 3: Keputusan tahap keutamaan kriteria (priority vector)
Nilai Pemberat kriteria
PJS
KP
TP
AEK
KAS
TAS
KPS
0.050
0.039
0.276
0.089
0.216
0.160
0.172
CR
0.007
Jadual 3 menunjukkan kriteria TP mempunyai nilai tahap keutamaan yang tertinggi
iaitu 0.276, diikuti KAS (0.216), KPS (0.172), TAS (0.160), AEK (0.089), PJS (0.050) dan
kriteria yang mempunyai tahap keutamaan terendah ialah KP (0.039). Semua nilai-nilai
priority vector yang dikemukakan tersebut adalah boleh diterima kerana nilai nisbah
ketekalan (CR) ialah < 0.1.
4.3.2
Keputusan Keutamaan Alternatif
Keutamaan alternatif (local weights) adalah merujuk kepada kadar potensi (pengaruh)
kawasan-kawasan setinggan yang dikaji menyebabkan pencemaran sungai di sekitarnya.
Sebagaimana yang telah dibincangkan di atas, pengukurannya adalah berasaskan kepada 7
kriteria yang terdiri daripada ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal yang terdapat pada setiap
kawasan setinggan tersebut.
Untuk itu, 7 jadual matrik PCM telah dibangunkan. Hasil pengiraan terhadap 7 jadual
matrik tersebut, nilai-nilai local priority boleh dirumuskan seperti Jadual 4.
Jadual 4: Nilai local priority mengikut kawasan-kawasan setinggan
Alternatif/
Kriteria
S1
S2
S3
S4
S5
S6
S7
S8
S9
S10
CR
PJS
0.05
0.13
0.13
0.19
0.19
0.05
0.04
0.18
0.03
0.03
0.03
0.02
KP
0.04
0.07
0.05
0.05
0.05
0.07
0.29
0.21
0.15
0.03
0.03
0.02
TP
AEK
0.28
0.09
0.03
0.07
0.10
0.04
0.05
0.07
0.05
0.07
0.15
0.16
0.05
0.16
0.16
0.04
0.24
0.04
0.10
0.11
0.05
0.23
0.01
0.01
TAS
0.22
0.06
0.12
0.06
0.06
0.06
0.07
0.10
0.21
0.13
0.13
0.01
KAS
0.16
0.10
0.06
0.10
0.03
0.11
0.07
0.11
0.26
0.11
0.06
0.03
KPS
0.17
0.09
0.05
0.05
0.17
0.09
0.09
0.17
0.09
0.09
0.09
0.00
CR
0.007
Nota: Semua nilai CR < 0.1, maka nilai pemberat kriteria dan nilai pemberat alternatif adalah diterima.
PJS=Pengaruh jarak setinggan; KP=Kepadatan kediaman; TP=Tahap pendidikan; AEK=Aktiviti ekonomi
penduduk dan ciri-ciri fizikal kawasan; KAS=Kaedah kumbahan air sisa; TAS=Tahap kesedaran/ ilmu alam
sekitar; dan KPS=Kaedah pembuangan sampah.
SI=Kangkar Tebrau Kiri; S2=Kangkar Tebrau Tengah; S3=KangkarTebrau Lama; S4=Taman Bunga Ros;
S5=Kampung Pandan Baru; S6=Kampung Melayu Pandan; S7=Dato’ Hajah Hasanah; S8=Tok Siak; S9=Saujana
Baru dan S10=Plentong Baru.
Jadual 4 menunjukkkan S3 dan S4 mempunyai tahap keutamaan tertinggi bagi
kriteria PJS dengan nilai 0.19. S6 pula mempunyai keutamaan tertinggi dari sudut kriteria KP
dengan nilai 0.29 berbanding S7 memperoleh 0.21. Tahap keutamaan tertinggi bagi kriteria
TP dipunyai oleh S8 (0.24), AEK oleh S10 (0.23), TAS oleh S8 (0.21), KAS juga oleh S8
(0.26) dan KPS oleh S4 dan S7 (0.17). Keputusan keseluruhan menunjukkan S8 (Tok Siak)
merupakan kawasan yang mempunyai tahap keutamaan kriteria (ciri-ciri sosioekonomi dan
fizikalnya) paling banyak menyebabkan pencemaran sungai berbanding dengan kawasankawasan setinggan yang lain iaitu dari segi TP, TAS dan KAS. Maka, pada peringkat ini
menunjukkan bahawa S8 (setinggan Tok Siak) adalah antara kawasan setinggan yang
mempunyai kadar potensi tinggi menyebabkan pencemaran sungai di sekitarnya.
9
Bagaimanapun, keputusan akhir adalah berasaskan nilai pemberat keseluruhan yang akan
dibincangkan di bawah.
4.3.3
Keputusan Pemberat Keseluruhan
Daripada pengiraan yang dibuat menggunakan perisian Microsoft EXCEL keputusan
overall weights adalah seperti Jadual 5.
Jadual 5: Nilai pemberat keseluruhan dan ranking tahap pengaruh 10 kawasan
setinggan yang dikaji terhadap pencemaran sungai
Alternatif
S8
S7
S5
S9
S10
S6
S2
S4
S1
S3
Jumlah
Hasil Darab Nilai Pemberat Kriteria dan
Tahap
Overall
Alternatif
Weights (Peratus) Urutan
PJS KP
TP AEK TAS KAS KPS
0.00 0.01 0.07 0.00 0.05 0.04 0.02
18.18
10
0.18
0.01 0.01 0.04 0.00 0.02 0.02 0.03
13.28
9
0.13
0.00 0.00 0.04 0.01 0.01 0.02 0.02
10.86
8
0.11
0.00 0.00 0.03 0.01 0.03 0.02 0.02
9.94
7
0.10
0.00 0.00 0.02 0.02 0.03 0.01 0.02
9.15
6
0.09
0.00 0.01 0.02 0.01 0.01 0.01 0.02
8.46
5
0.09
0.01 0.00 0.03 0.00 0.03 0.01 0.01
8.12
4
0.08
0.01 0.00 0.02 0.01 0.01 0.00 0.03
7.96
3
0.08
0.01 0.00 0.01 0.01 0.01 0.02 0.02
7.04
2
0.07
0.01 0.00 0.02 0.01 0.01 0.02 0.01
7.02
1
0.07
1.00
100.0
Paparan pada Jadual 5 adalah merupakan output akhir bagi analisis kadar potensi 10
kawasan setinggan yang dikaji menyebabkan pencemaran sungai di sekitarnya. Didapati S8
yang mempunyai kadar potensi tertinggi menyebabkan pencemaran sungai di sekitarnya iaitu
18.18 peratus, diikuti oleh S7 13.28 peratus, S5 10.86 peratus dan seterusnya S3 mempunyai
kadar potensi terendah dengan 7.02 peratus. Ini secara langsung menjelaskan bahawa puncapunca pencemaran sungai utama banyak terdapat di S8 (Tok Siak), sementara di S3
mempunyai ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal yang kecenderungan rendah untuk
menyebabkan pencemaran sungai di sekitarnya.
5.0
CADANGAN DAN PENUTUP
Berasaskan kepada keupayaan kaedah MCDA, kertas kerja ini telah menemukan
punca-punca utama yang menyebabkan pencemaran sungai di kawasan setinggan atau
sekitarnya, iaitu tahap pendidikan penduduk yang rendah, kaedah pembuangan sisa pepejal
yang lemah, kaedah pembuangan sampah yang rendah, tahap kesedaran alam sekitar yang
rendah, aktiviti ekonomi penduduk dan ciri-ciri fizikal kawasan setinggan yang daif, faktor
jarak setinggan yang dekat dengan sungai dan tahap kepadatan penduduk yang tinggi.
Berasaskan kepada penemuan tersebut jelas membuktikan bahawa ciri-ciri sosioekonomi dan
fizikal setinggan mempunyai kaitan langsung dengan faktor pencemaran sungai. Hal ini
sekaligus menjelaskan juga bahawa pencemaran sungai mempunyai kaitan langsung dengan
tingkah laku manusia secara disedari mahupun tidak. Oleh yang demikian, usaha ke arah
peningkatan semula kualiti air sungai bukan suatu kerja yang mudah, lebih-lebih lagi untuk
mengawal pencemaran dari berterusan berlaku. Ini berikutan sikap atau tingkah laku manusia
amat agak sukar untuk dibentuk mahupun untuk dididik supaya menghargai sungai.
Kertas kerja ini mencadangkan satu model pengawalan pencemaran sungai di
kawasan setinggan. Ini sesuai dengan kehendak pengawalan masalah pencemaran sungai di
kawasan setinggan yang amat memerlukan kepada suatu perancangan dan tindakan yang
komprehensif dan menyeluruh serta berterusan. Gambaran konseptual model cadangan boleh
digambarkan seperti pada Rajah 4.
10
Rajah 4: Model pengawalan pencemaran sungai di kawasan setinggan
Rajah 4 di atas menunjukkan cadangan model pengawalan pencemaran sungai di
kawasan setinggan. Langkah-langkah yang dicadangkan untuk melaksanakan model tersebut
adalah seperti berikut:
a.
membuat pengukuran kualiti air sungai di lokasi-lokasi di kawasan setinggan
dari masa ke semasa untuk mengetahui status kualiti air sungai;
b.
memantau punca-punca pencemaran sungai seperti yang dirumuskan di
dalam kertas kerja ini; dan
c.
membangunkan sistem pangkalan data berasaskan GIS bagi menyimpan
maklumat sungai (rangkaian sistem sungai, stesen persampelan, data kualiti
air, maklumat setinggan (kedudukan dan taburan setinggan, nama, jumlah
unit, jumlah penduduk), dan maklumat punca-punca pencemaran (lokasi dan
jenis punca-punca pencemaran yang didapati daripada analisis).
Dengan mengguna pakai model ini, tahap kualiti air dan punca-punca pencemaran
(aktiviti-aktiviti pencemaran) boleh dikawal dari masa ke semasa. Pihak pelaksana model
adalah terdiri daripada pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Alam
Sekitar (JAS) dengan kerjasama badan-badan swasta (NGO) serta penyertaan oleh penduduk
tempatan. Sebagai langkah terakhir (strategi jangka panjang), sekiranya kawasan-kawasan
setinggan yang didapati masih mencemarkan sungai perlu ditempatkan semula. Ini selaras
dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan program pencegahan dan peningkatan semula
kualiti air sungai yang telah tercemar termasuklah di kawasan-kawasan setinggan.
SENARAI RUJUKAN
11
Ab Aziz Abdul Latiff, Ahmad Tarmizi Abd Karim dan Zawawi Daud (2000). Model Kualiti
Air Sungai Semberong Menggunakan Perisian QUAL2E – Kajian Kes. Laporan
Akhir Projek Jangka Pendek, No. Vot: 71358, Institut Teknologi Tun Hussein Onn.
Ahmad Zamani Abd Aziz (2001). Kesan Rumah Setinggan Terhadap Alam Sekitar: Kajian
Kes: Kualiti Air Sungai Di Johor Bahru / Skudai. Universiti Teknologi
Malaysia:Tesis Sarjana Muda.
Ahris Yaakup, Amiruddin Abu Bakar, Nor Azilah Yahaya dan Omai Kalsum Hj. Taib (2000).
Taburan dan Ciri-Ciri Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Setinggan Di Wilayah
Lembah Klang. Kertas Kerja 4 dalam Siri Bengkel Stakeholders AGISwlk – Bil. (2).
(Penduduk & Sosio-Ekonomi, Perumahan Kos Rendah & Setinggan dan Alam
Sekitar).
Banai-Kashani, R. (1989). A new method for site suitability analysis: The Analytic Hierarchy
Process. Environmental Management, 13(6), 685-693.
Berita Harian (5 Januari 2000). Bertajuk: Sungai Tercemar Kini Jadi Daya Tarikan.
Daniere, A.G. and Takahashi, L.M. (1999). Environmental Behavior in Bangkok, Thailand: A
Portrait of Attitudes, Values, and Bahavior. Economic Development and Cultural
Change. April 1999, 47, 3, ABI/INFORM Global: 525-557.
Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rakiah Syed Hussain (2001). Pengurusan Alam Sekitar dan
Permasalahannya Di Malaysia. Sintok: Universiti Utara Malaysia. 47-62.
Hamirdin Ithnin dan Nordin Sakke (2000). River Basin Management and The Quality of
Surface Water: A Case of River Linggi Basin, Negeri Sembilan, Malaysia. Kertas
Kerja di Seminar Antarabangsa: Environmental Management Issues and Challenges
in Malaysia. 25-26 Julai 2000, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hardoy, J.E. and Satterthwaite, D, (1989). Squatter Citizen: Life In The Urban Third World.
London, Erthscan Publications LTD.
IPASA (2002). Final Report: Study on pollution prevention and water quality improvement of
Sg. Segget and Sg. Tebrau Johor. UTM, Skudai.
Jabatan Alam Sekitar (1995). Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1995. Kuala Lumpur,
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
Jabatan Alam Sekitar (1996). Malaysia Environmental Quality Report 1996. Kuala Lumpur,

Jabatan Alam Sekitar (1997). Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1997. Kuala Lumpur,

Jabatan Alam Sekitar (1998). Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998. Kuala Lumpur,

Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2000). Dasar,
Program dan Langkah Penempatan Semula Setinggan. Kertas Kerja Seminar
Pengawalan dan Penempatan Semula Setinggan Seluruh Malaysia. Kuala Lumpur:
Anjuran kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Universiti Sains
Malaysia.
Jankowski, P. (1995). Integrating Geographical Information Systems and Multiple Criteria
Decision Making Methods. International Journal of Geographical Information
Systems. 9(3): 251-273
Khairuddin Yusof (1982). Sang Kancil- Care for the Urban Squatters in Malaysia. World
Health Forum. 3(3): 278-281
Khairuddin Yosuf dan Low Wah Yun (1995). Healthy Self-Sustaining Communities for
Squatters. In ISI-SEACEUM 2: Azman Awang, Mahbob Salim and Halldane, J.F.
eds. Towards a Sustainable Urban Enviroment in Southeast Asia. UTM, ISI, no. (6):
71-92.
Koh Siew Leng (1984). Kawalan Pencemaran Air dan Perancangan Bandar, Kajian Kes:
Sistem Sungai Linggi Seremban. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Klungboonkrong, P., & Taylor, M. A. (1999). An integrated planning tool for evaluating road
environmental impacts. Computer-Aided Civil and Infrastructure Engineering, 14,
335-345.
12
Lauria, D.T., and Whittington, D. (1989). Planning in Squatter Settlements: An Interview with
a Community Leader. The World Bank, Washington, DC.
Malaysia (1998-1999). Laporan Kualiti Alam Sekeliling. Jabatan Alam Sekitar, Kementerian
Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia.
Malaysia (2001). Laporan Perangkaan Alam Sekitar. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Malczewski, J. (1999a). Spatial Multicriteria Decision Analysis. In: Thill, J-C. Ed. Spatial
Multicriteria Decision Making and Analysis: A Geographic Information Sciences
Approach. England: Ashgate Publishing Ltd.: 11-48.
Malczewski, J. (1999b). GIS and Multicriteria Decision Analysis. John Wiley & Sons, Inc.
Michael, H. and Emmanual, J. (1990). Squatters Right and Urban Development- An
Economic Perspective. Economica. The London School of Economics and Political
Science. February 1991, vol. 58. no. 299: 79-92.
Michael, J. (1983). Urban Squatting and migration in Peninsular Malaysia. International
Migration Review, Centre for Migration Studies of New York 1983. vol. 17, no. 2: 291322
Mohd. Nor Bador (Dato’) (2000). Pendekatan Kerajaan Negeri Selangor Dalam Menangani
Setinggan. Kertas Kerja Seminar Pengawalan dan Penempatan Semula Setinggan
Seluruh Malaysia. Kuala Lumpur. Anjuran kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan dan Universiti Sains Malaysia.
Mohd Rosli Bin Mohd Nor (2001). Kesan Rumah Setinggan Terhadap Alam Sekitar: Kualiti
Air Sungai Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda
Kejuruteraan Awan.
Murad Haji Husin (1989). Pendekatan Perancangan Guna Tanah Dalam Mengawal
Pencemaran Air, kajian Kes: Sungai Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana Muda.
Musa Muhamed (1999). Penilaian Kesan Perubahan Guna Tanah Terhadap Kualiti Air
Sungai Menggunakan Kaedah Sistem Maklumat Geografi. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Noor Sharifah Sutan Saidi dan Abu Salehak Musa (1998). Masalah Sosial Semasa: Apakah
Peranan Jururancang Bandar. Dalam Jurnal Alam Bina, Mac 1998, UTM: 42-49.
Nurizan Yahya dan Ahmad Hariza Hashim (2001). Perumahan dan Kediaman. Serdang:
Universiti Putra Malaysia. 1-3.
Rashid, M. F. A. (2005). Pengintegrasian model simulasi/ kualiti air dan Sistem Maklumat
Geografi menggunakan pendekatan Analisis Keputusan Multi-kriteria dalam kajian
kesan guna tanah setinggan terhadap kualiti air. Unpublished Master Thesis,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.
Rasmussen, U. (2001). Squatters at Skudai River: A Case Study a Squatters Settlement at
Skudai River in Johor State, Malaysia. Roskilde University Centre, Denmark in cooperation with UTM Skudai: Tesis Sarjana.
Rasmussen, U., Eddy Soedjono, Zaini Ujang, Whiston, T. and Lund, S. (2003). River
Pollution of Sungai Skudai: The Case of Squatter Settlement in Johor Bahru. Kertas
Kerja Seminar, Universiti Teknologi Malaysia.
Rosario, E. (1995). Recent Directions in Philippine Urban Environment Policy. In ISISEACEUM 2: Azman Awang, Mahbob Salim Halldane, J.F. eds. Towards a
Sustainable Urban Enviroment in Southeast Asia. UTM, ISI, vol. (24): 269-275.
Saaty, T.L. (1980). The Analytic Heirarchy Process. New York: McGraw-Hill.
Saaty, T.L, Kearns, K.P. (1985). Analytical Planning: The Organisation of Systems. Oxford.
New york. Toronto. Sydney. Frankfurt, Pergamon Press.
Saleh Buang (Hj.) (2002). PBT dan Alam Sekitar: Undang-undang dan Alam Sekitar. Kertas
Kerja Seminar: Seminar Kebangsaan Perancangan Bandar & Wilayah ke 20. Jabatan
Perancangan Bandar & Wilayah, UTM, Skudai.
Store, R., & Kangas, J. (2001). Integrating spatial multi-criteria evaluation and expert
knowledge for GIS-based habitat suitability modelling. Landscape and Urban
Planning, (55), 79-93.
13
Tuan Pah Rokiah Syed Hussain dan Hamidi Ismail (2001). Pencemaran Kualiti Air Sungai
Pasir Di Sungai Petani, Kedah. Laporan Penyelidikan: Universiti Utara Malaysia,
Sintok, Kedah.
Universiti Sains Malaysia (2000). Kajian Pengawalan dan Petempatan Semula Setinggan
Peringkat Nasional Bahagian II, Draf Laporan Akhir Negeri Johor. Jabatan
Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Universiti
Sains Malaysia.
Voogd, H. (1983). Multicriteria Evaluation for Urban and Regional Planning. London: Pion.
Wegelin, E.A. (1978). Urban Low-Income Housing and Development, A Case Study in
Peninsular Malaysia. Laidan/Boston. 120-138
Zainuddin Abdul Rahman (2000). Kemiskinan Bandar dan Permasalahan Setinggan. Kertas
Kerja Seminar Pengawalan dan Penempatan Semula Setinggan Seluruh Malaysia.
Kuala Lumpur. Anjuran kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan
Universiti Sains Malaysia.
Zainuddin Shamsuddin (1994). Land Use and Socio-Economic Consideration in the
Classifacation of the Sungai Rompin and Sungai Perlis. Kertas Kerja yang
dibentangkan di Symposium on Water Quality Management, 19-21 Oktober 1994,
Kuala Lumpur.
Zakaria Awang Soh (1990). Pencemaran Air: Satu Tinjauan Umum. Dalam Pembangunan
dan Alam Sekitar di Malaysia: Isu dan Pengurusannya. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
14