PERANAN ORANG AWAM DALAM PENGURANGAN KEH

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu

26
PERANAN ORANG AWAM DALAM PENGURANGAN KEHILANGAN AIR
SEBENAR DARI SISTEM PEMBEKALAN AIR DI PULAU PINANG
LAI CHEE HUI1, CHAN NGAI WENG1,
NOR AZAZI ZAKARIA2 & JAMALUDDIN MD JAHI3
1
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang, MALAYSIA.
2
River Engineering and Urban Drainage Center (REDAC),
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, MALAYSIA.
3
Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA.

ABSTRAK
Isu Air Tidak Berhasil (NRW) merupakan suatu isu kritikal dalam sektor air di Malaysia. Pada
tahun 2010, purata kadar NRW di Malaysiaadalah setinggi 36.7 %. Kadar ini dianggap tidak
lestari dan mengancam sekuriti air negara. Orang awam dan penduduk tempatan merupakan

kumpulan utama yang akan mengalami masalah bekalan air jika isu NRW tidak dapat diselesai.
Di Pulau Pinang, lebih daripada 80 % daripada jumlah NRW adalah disebabkan oleh
kehilangan sebenar (real loss), ia merupakan kehilangan air daripada paip bocor, paip pecah,
tangki limpahan dan lain- lain kehilangan air secara fizikal. Walaupun Pulau Pinang telah
mencapai kadar NRW yang terendah di Malaysia, namun masalah kekurangan penglibatan
orang awam dalam pengurusan kehilangan sebenar akan bertambahrisiko kepada kenaikan
semula kadar kehilangan NRW pada masa yang akan datang.Tujuan kertas kerja ini
membincangkan kepentingan penglibatan orang awam dalam pengurusan kehilangan air
sebenar di Pulau Pinang. Metodologi kajian termasuk temuduga kuanlitatif dan kajian
literatur.Hasil kajian menunjukkan tanpa bantuan daripada orang awam, syarikat air negeri
perlu mengambil masa yang lebih panjang untuk mencari lokasi yang berlaku kebocoran paip,
ini akan menyebabkan pertambahan jumlah kehilangan air. Cadangan bagi syarikat air di
Pulau Pinang ialah untuk bertambah kadar penyertaan orang awam dalam pengurusan
kehilangan sebenar dari sistem pembekalan air di negerinya, supaya kadar kehilangan sebenar
boleh terus direndahkan untuk mengurangkan pembaziran air.
Kata Kunci: Kehilangan Sebenar, Air Tidak Berhasil, Pengurusan Air, Penglibatan orang
awam
PENGENALAN
Air merupakan sumber alam yang penting dan ia juga memainkan peranan penting dalam
pembangunan sosio-ekonomi di Negara yang sedang membangun (WWAP 2009). Faktorfaktor seperti pertambahan penduduk, perkembangan ekonomi, permintaan yang tinggi

terhadap makanan dan tenaga, perubahan iklim, air telah menjadi salah satu isu global yang
besar dalam abad ke-21(Chan, 2004). Masalah bekalan air di bandar Asia banyak berkaitan

228 / Lai Chee Hui et al.

dengan sumber air dan kualiti perkhidmatan air, seperti gangguan bekalan air dan kualiti
bekalan air paip (Frauendorfer & Liemberger 2010). Di Malaysia, pembaziran air adalah salah
satu isu air utama, dan isu air pembaziran yang banyak berlaku di Negara ini adalah air tidak
hasil, Non- Revenue Water (NRW) dalam Bahasa Inggeris (Chan 2012b). NRW didefinasi
sebagai perbezaan antara jumlah bekalan air dalam sistem dan jumlah air yang dibilkan kepada
pelanggan, ia boleh disebabkan oleh kehilangan air melalui pencurian air atau penggunaan air
secara haram, kebocoran dan kepecahan paip, ketidaktepatan meter air, dan lain- lain
kehilangan airyang berlaku selapas air meninggalkan loji rawatan air (Lambert & Hirner, 2000).
Berdasarkan International Water Association (IWA), NRW boleh dibahagikan kepada tiga
komponen, iaitu kehilangan sebenar (real loss), kehilangan ketara (apparel loss), dan
jugapenggunaan air yang tidak dibilkan (unbilled authorized consumption). Kehilangai ari
secara sebenar merupakan kehilangan air secara kebocoran paip, kepecahan paip, impahan
tangki air dan lain- lain kehilangan air secara fizikal (Lambert, 2003). Kehilangan ketara adalah
disebabkan oleh meter yang tidak ditukar mengikut masa, kesilapan semasa pengurusan
maklumat dan kecurian air terawat dan penggunaan air yang tidak dibilkan ialah air yang

digunakan oleh pihak perkhidmatan utiliti untuk tujuan operasi, memadamkan api dan air yang
diberikan secara percuma kepada kumpulan pengguna tertentu (Frauendorfer & Liemberger,
2010; Lambert & Hirner, 2000). Kadar NRW yang tinggi menunjukkan pengurusan utiliti air
yang kurang efisien. Pengurusan air yang efisien memerlukan pengaturan tadbir usus yang baik
dan penglibatan semua pihak serendah dari orang awam sehingga ke kerajaan persekutuan
(Chan, 2012a). Pada masa kini, kebanyakan negara terutamanya negara membangun
mencatatkan tahap NRW yang tinggi, iaitu purata 35 % bagi negara- negara yang sedang
membangun(Kingdom et. al., 2006). Kekurangan minat orang awam dalam mengurangkan
NRW yang disebabkan oleh kekurangan pengetahuan terhadap kenpentingan pengurangan
NRW terhadap bandar boleh menyumbangkan kepada tahap NRW yang tinggi di Negara
tersebut (González et al. 2011).
Di Malaysia, jumlah NRW merupakan 36.7 % daripada jumlah air yang dihasil oleh
sistem pembekalan air pada tahun 2011. Dengan merujuk kepada statistik air yang dibekalkan
daripada Suruhan Perkhidmatan Air Negara (SPAN), pada tahun 2011 jumlah kehilangan air
yang diakibat oleh NRW adalah sebanyak 1.9 milion m3. Menurut Lapan, Sembilan dan
Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan Malaysia telah membelanjakan RM 2.5 bilion dari
tahun 1996 hingga tahun 2010 untuk program pengurangan NRW. Walau bagaimanapun, kadar
NRW di Malaysia masih kekal pada tahap tinggi di negeri masing- masing. Pada tahun 2010,
enam daripada 13 negeri di negara ini mencatatkan kadar NRW yang lebih tinggi daripada 40%
dengan 4 negeri mencatatkan kadar NRW yang lebih besar daripada 50%. Kadar yang tinggi

NRW telah teruk menjejaskan keselamatan air di negara ini (Laiet et al. 2013a). Di Malaysia,
kebanyakan masalah NRW adalah disebabkanl oleh kadar kehilangan sebenar yang tinggi (Lai,
et al.,2013b). Walaupun di Pulau Pinang, negeri yang mencatatkan tahap NRW yang terendah
di Malaysia, hanya mempunyai tahap NRW 18.4 % sahaja. Masalah NRW di Pulau Pinang
masih menyebabkan pembaziran air sebanyak 63,964 m3 pada tahun 2011. Di antara komponen
NRW, lebih daripada 80 % daripada jumlah NRW di Pulau Pinang adalah disebabkan oleh
kehilangan sebenar(Laiet et al. 2013c). Berdasarkan tahap NRW di Pulau Pinang, tahap
kehilangan sebenar yang tinggi telah menunjukkan pengurusan NRW di negeri tersebut adalah
tidak mampan, tahap kehilangan sebenar perlu dikurangkan untuk pengurusan NRW secara
mampan di Pulau Pinang. Pada zaman ini, kebanyakan kajian telah menunjukkan penglibatan
sosio dan orang awam boleh menyumbang kepada pengurusan air yang lebih baik (Garande &
Dagg 2005; Gomez & Nakat 2002; Pahl-Wostl 2002). Konsep ini perlu dilaksanakan juga di
dalam sistem pengurusan kehilangan sebenar di negeri Pulau Pinang. Oleh itu, kertas kerja ini
bertujuan mengkaji kepentingan dan peranan orang awam dalam pengurusan kehilangan air
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu

Lai Chee Hui et al. / 229

sebenar di Pulau Pinang. Selain itu, kertas kerja juga membincangkan masalah- masalah
pengurusan kehilangan sebenar di negeri Pulau Pinang.

METODOLOGI
Kertas kerja kajian ini adalah berdasarkan dua jenis data, iaitu data primer dan data sekunder.
Analisis komponen- komponen NRW di Pulau Pinang adalah berdasarkan data sekunder yang
diperolehi daripada kajian literatur. Data- data NRW sejak tahun 2006 adalah perlu dianalisasi
untuk bertambah faham tentang kecekapan Pulau Pinang dalam pengurusan kehilangan sebenar.
Kajian litelatur adalah penting untuk memahami kes pengurangan kehilangan sebenar yang
berlaku di negara lain. Dengan berdasarkan laporan tahunan Perbadanan Bekalan Air Pulau
Pinang (PBAPP), masalah pengurangan kehilangan sebenar telah dikenal pasiti. Selain itu,
pengarang juga menjalan temuduga kualitatif untuk mengkaji sistem pengurusan NRW di Pulau
Pinang. Pengarang juga membandingkan pengurusan kehilangan sebenar di negeri Pulau
Pinang dengan negara dan negeri lain untuk memahamkan kepentingan dan peranan orang
awam dalam pengurangan kehilangan sebenar di negeri Pulau Pinang.
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Sejarah PengurusanAir Tidak Berhasil dan Sistem Pembekalan Air di Pulau Pinang
Pulau Pinang merupakan salah sebuah negeri yang terkecil di Malaysia dan pembekalan air
teklah diswastakan. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) adalah syarikat air swasta
di negeri Pulau Pinang. Sejak tahun 1999, PBAPP telah menjadi pembekal air di Pulau Pinang,
tanggungjawab utama PBAPP termasuklah menjaga sistem pembekalan air dan mengurangkan
NRW di Pulau Pinang. PBAPP mula menangani masalah NRW sejak tahun 2000, pada masa
itu, kadar NRW negeri ialah 23.9 % daripada jumlah air yang dibekal ke dalam sistem

pembekalan air, dan isu-isu utama yang menjejaskan kadar NRW di Pulau Pinang ialah
masalah kebocoran paip, ketidaktepatan bacaan meter, penggunaan air secara haram dan juga
kekurangan paip penukaran program (Lai et al. 2013c). Dengan pelaksanaan program
pengurangan NRW pada tahun 2000 dan pertubuhan unit NRW di PBAPP, kadar NRW di
Pulau Pinang telah dikurangkan ke 18.6 % pada tahun 2005. Dari tahun 2006 ke tahun 2010,
PBAPP telah melaksanakan paip penukaran dan meter penukaran program setiap tahun untuk
mengurangkan kadar kehilangan sebenar dan kehilangan ketara.
Aspek pengurusan kehilangan, jumlah 272 km paip lama yang mempunyai rekod
kebocoran telah ditukar untuk mengelakkan kebocoran paip berlaku lagi pada masa depan.
Untuk mengurangkan jumlah kehilangan air yang akibat oleh kebocoran paip, kerja pembaiki
paip yang dilaksana oleh syarikat air kena disiapkan pada masa yang singkat dan juga dengan
kualiti kerja yang bagus (Pilcher, 2003). Dengan pelaksanaan strategi pengurangan kehilangan
sebenar, seperti District Metering Areas (DMAs), kelajuan dan kualiti kerja pembaikian, active
leakage control (ALC), program penukuaran paip dan sistem Geographical Information System
(GIS) yang diguna untuk mengawal kejadian kebocoran paip. Oleh itu, kadar NRW telahu
diturun ke 18.6 % pada tahun 2010 (seperti yang ditunjuk di Gambar 1.1). Selain daripada
pengurusan kehilangan, PBAPP juga melaksanakan program pengurangan kehilangan ketara
yang efektif. Program penukaran meter telah dilaksanakan, dari tahun 2006 ke tahun 2010,
jumlah 139,489 meter lama yang berusia 9 tahun ke atas telah ditukar untuk memastikan
ketepatan bacaan meter. PBAPP juga mengurangkan kehilangan air yang disebabkan oleh

pengunaan air secara haram, peratus pengunaan air secara haram hanya direkod dalam purata
0.5 % sahaja pada 5 tahun yang lalu. Dengan usaha PBAPP, kadar NRW telah dikawal pada
purata 18 % sahaja pada tahun 2006 ke tahun 2010.
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu

230 / Lai Chee Hui et al.

Rajah 1. Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) di negeri- negeri di Malaysia pada tahun 2010.
Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2010

Kajian Literatur: Pengurusan Kehilangan Sebenar Dan Orang Awam
Konsep Awareness, Location & Repair (ALR), merupakan satu konsep yang amat penting
kepada pengurusan kehilangan sebenar. ‘Awarenss’ mewakili masa yang diperlukan oleh utiliti
air untuk sedar bahawa adalah kes kebocoran paip berlaku, ‘location’ merupakan masa yang
diambil oleh utiliti air untuk mengetahui tempat berlaku kebocoran paip, dan ‘repair’
merupakan masa yang diambil untuk membaiki paip itu (Liemberger & Farley, 2004). Dengan
merujuk kepada Gambar 1, sepanjang masa yang diambil dalam konsep ALR, sebanyak air
akan bazir akibat kehilangan sebenar. Oleh itu, orang awam boleh mengurangkan masa yang
diambil dalam konsep ALR, dengan bantuan orang awam seperti melapokan kejadian
kebocoran paip kepada utiliti air untuk mengurangkan masa kesedaran. Selain itu, orang awam

juga boleh mengurangkan masa yang diperlu untuk mencari lokasi kebocoran paip dengan
memberitahu lokasi yang berlaku kejadian tersebut.
Hasil kajian menunjukkan contoh yang baik dengan mengambil orang awam sebagai satu
peranan penting dalam pengurangan kehilangan sebenar. Di Philippines, Syarikat Air Manila di
Manila Timur telah menunjukkan bagaimana orang awam boleh tolong mengurangkan
kehilangan sebenar di tempatnya. Syarikat Air Manila telah membina suatu struktur operasi
bidang berpusat yang menglibatkan orang awam. Struktur ini memilih beberapa orang daripada
masyarakat tempatan sebagai ‘informal street leader’, mereka akan memberi bantuan seperti
memberi maklumat yang berkaitan dengan kebocoran dan kepecahan paip kepada syarikat air
untuk memudahkan utiliti air dari segi kesedaran dan mencari lokasi kejadian kebocoran paip.
Dengan hubungan yang baik di antara syarikat air dengan orang awam, Syarikat Air Manila
telah berjaya menurun kadar NRW dari 65 % pada tahun 1997 kepada 16.9 % sahaja pada
tahun 2009 (Kingdom et al., 2006). Contoh yang agak sama juga berlaku di Phnom Penh,
Kemboja, syarikat air di Phnom Penh mengalakkan orang awam untuk melapor kejadian
kebocoran paip. Disebabkan itu, syarikat air di Phnom Penh telah berjaya menurunkan kadar
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu

Lai Chee Hui et al. / 231

NRW sebanyak 91 % dalam masa 15 tahun dengan menglibatkan orang awam dalam program

pengurangan NRW.
Isipadu
kehilangan
Air (m3)

Jumlah kehilangan air
melawan masa

Awareness
(Kesedaran)

Location
(Lokasi)

Repair
(Membaiki)

Masa
Rajah 2. Konsep Kesedaran, Lokasi dan Baiki (Concept ALR)
Sumber: Liemberger & Farley 2004


Kehilangan Sebenar Dalam Program Pengurusan NRW Di Pulau Pinang (2006 – 2010)
Di Pulau Pinang, kehilangan sebenar merupakan komponen utama yang mengakibatkan NRW.
Walaupun Pulau Pinang selalu mencatat kadar NRW yang terendah di Malaysia, statistik yang
dibekal daripada syarikat air negeri Pulau Pinang, iaitu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
(PBAPP) telah menunjukkan bahawa 83 % daripada 18.2 % jumlah NRW, atau 53 milion m3air
telah bazir disebabkan oleh kehilangan sebenar pada tahun 2011, iaitu air hilang melalui
kebocoran paip, kepecahan paip dan limpahan tangki. Dari tahun 2006 ke tahun 2010, jumlah
184,509 kes kebocoran atau kepecahan paip telah berlaku dan dilapor ke PBAPP. Semua kes
ini telah menyebabkan 231 milion m3air telah bazirkan akibat kehilangan sebenar. Salah satu
Key Performance Indicator (KPI) yang penting untuk mengurus kehilangan sebenar ialah masa
yang diambil oleh PBAPP untuk membaiki kebocoran paip. Satu kajian daripada pengarang
telah menunjukkan bahawa lebih daripada 90 % kes kebocoran paip pada tahun 2006 ke tahun
2009 telah dibaiki oleh PBAPP dan berjaya mencatat sasaran masa yang ditentukan, iaitu 24
jam bagi kes kebocoran paip bersaiz 100 mm ke atas.
Dalam kajian terhadap sistem pengurusan kehilangan sebenar di PBAPP, PBAPP telah
mengamalkan 4 strategi pengurusan kehilangan sebenar dan mematuhi konsep ALR seperti
yang dicadang oleh International Water Association (IWA). Empat strategi pengurusan
kehilangan sebenar ialah pengurusan tekanan, kawalan kebocoran aktif (active leakage control),
kelajuan dan kualiti pembaiki, dan pengurusan aset. Daripada empat strategi ini, kelajuan dan

kualiti pembaiki dan kawalan kobocoran aktif adalah berkaitan dengan orang awam. Sebagai
yang dibincangkan di atas, konsep ALR perlukan orang awam untuk memberi maklumat yang
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu

232 / Lai Chee Hui et al.

berkaitan dengan kejadian dan lokasi kebocoran paip. Masa yang diambil kira di kawalan
kebocoran aktif dan kejajian dan kualiti pembaiki akan dikurang jika orang awam memberi
maklumat tersebut kepada utiliti air. Sebaliknya, jika orang awam tidak sedar bahawa kejadian
kebocoran paip atau tidak membuat laporan terhadap kes kebocroan paip yang dijumpa,
PBAPP memerlukan masa yang lebih panjang untuk sedar bahawa kejadian kes kebocoran paip,
selaginya memerlukan masa untuk mencari lokasi yang berlaku kebocoran paip tersebut. Oleh
disebabkan pihak PBAPP memerlukan bantuan dari pihak orang awam, satu pusat panggilan
yang beroperasi 24 jam telah ditubuh untuk menangani isu- isu yang berkaitan dengan sistem
pembekalan air di Pulau Pianng, termasuklah isu- isu kebocoran paip yang dilaporkan oleh
orang awam. Dengan merujuk kepada statistik yang dibekal, daripada jumlah 184,509 kes
kebocoran yang dilapor kepada PBAPP, sekurang- kurangnya separuh daripada jumlah kes
yang dilapor adalah kes yang dilapor oleh orang awam melalui telefon ke pusat panggilan 24
jam. Satu kerangka konsep telah dibina oleh pengarang untuk menunjuk hubang kait antara
orang awam dalam pengurusan kehilangan sebenar di Pulau Pinang, seperti yang ditunjuk di
Rajah 2.

Orang
Awam

Terjumpa
kebocoran
paip

Melapor ke
Pusat Panggilan
24 Jam

PBA
Jabatan
Operasi

Membaiki
kebocoran
paip

Pengurangan
Kehilangan
Sebenar

Rajah 3. Kerangka konsep hubungkait antara orang awam dan pengurangan kehilangan sebenar di Pulau
Pinang

PBAPP ‘Corporate Social Responsibility’ Program Dan Cabaran Masa Depan
PBAPP telah mencapai kadar NRW yang terendah di Malaysia, bukan sahaja perlu bertumpu
kepada bahagian teknologi dan penubuhan pusat panggilan sahaja. Satu Program ‘Corporate
Social Responsibiliy’ (CSR) telah diperkenalkan oleh PBAPP untuk membina tarnggungjawab,
kesedaran dan kebimbangan orang awam terhadap isu- isu air di Pulau Pinang sejak tahun 1999
(Chan, 2007). Aktiviti yang telah dijalankan termasuk kempen- kempen untuk menggalakkan
orang awam di Pulau Pinang dalam penjimatan air, mengurangkan pembaziran air, dan
memperkenalkan ‘water saving device’ kepada masyarakat tempatan di Pulau Pinang, selain itu,
program ini juga memperkenalkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan penggunaan air
dan pemuliharaan air kepada orang awam. Dengan usaha PBAPP dalam pertambahan
kesedaran dan kebimbangan orang awam terhadap isu air di Pulau Pinang, pusat panggilan 24
jam PBAPP telah ditubuh untuk mengenai isu- isu yang dilaporkan oleh orang awam yang
sedar daripada isu- isu yang berkaitan dengan kebocoran paip. Tanpa kesedaran dan
kebimbangan oleh orang awam terhadap isu kebocoran paip, tiada orang akan membuat laporan
kepada pihak berkuasa tentang isu tersebut. Walaupun program CSR telah dilaksana di negeri
Pulau Pinang sejak banyak tahun yang lama, tetapi penggunaan air domestik di Pulau Pinang
masih berada pada tahap yang tinggi, pada tahun 2011, tahap penggunaan air domestik
liter/kapita/ hari adalah tertinggi jika berbanding dengan negeri lain. Jika penggunaan air yang
tinggi ini tidak dapat diturun, ini mungkin akan menyebabkan masalah pengurusan kehilangan
sebenar, kemungkinan besar orang awam dan juga PBAPP perlu mengurangkan kehilangan
sebenar sebanyak mungkin untuk memulihkan air yang diguna oleh penggunaan domestik yang
tinggi.
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu

Lai Chee Hui et al. / 233

KESIMPULAN DAN CADANGAN
Pengurusan kehilangan sebenar di Pulau Pinang, orang awam memain peranan penting dalam
memberitahu maklumat yang berkaitan dengan kejadian kebocoran paip dan lokasi yang
berlaku kebocoran paip untuk mengurangkan masa yang diambil oleh PBAPP untuk sedar
terhadap kejadian kebocoran paip dan mencari lokasi yang berlaku kebocoran tersebut. Di
samping itu, strategi pengurusan kehilangan sebenar memerlukan penglibatan orang awam
untuk miningkatkan kecekapan strategi. Walaupun kadar kehilangan sebenar di Pulau Pinang
adalah terendah di seluruh Malaysia, tetapi tanpa penglibatan orang awam dalam pengurusan
kehilangan air sebenar boleh menjejaskan pengurusan kehilangan sebenar. Terutamanya di
negara yang sedang membangun, dengan bajet yang terhad dan teknologi yang kurang maju,
penglibatan orang awam dalam pengurusan kehilangan sebenar boleh dikenalkan sebagai satu
strategi yang menglibatkan kos rendah, dan kes kajian di negara lain juga membuktikan bahawa
penglibatan orang awam dalam pengurusan kehilangan sebenar adalah efektif.
Kes- kes kajian juga menunjukkan bahawa negara atau bandar yang mencapai kadar NRW
dan kehilangan sebenar yang rendah, biasanya akan menglibatkan orang awam sebagai satu
penyelesaian masalah untuk isu-isu kebocoran paip atau isu kehilangan air secara fizikal. Oleh
itu, untuk mengurangkan kehilangan sebenar di Pulau Pinang, PBAPP dan kerajaan negeri
perlukan strategi yang boleh menambah kadar penyertaan orang awam dalam pengurusan NRW.
Selain itu, pengarang juga mendapati program CSR yang dilaksana oleh PBAPP perlu memain
sebegai peranan yang penting dalam segi perkhidmatan air. Program CSR ini merupakan satu
program yang baik dan ia menglibatkan orang awam dalam pelajaran pemuliharaan air dan
penjimatan air. Sebagai yang dinyata di atas, peranan orang awam adalah penting dalam
pengurangan kehilangan sebenar, program CSR ini dicadangkan boleh bertambah kempenkempen yang berkenaan dengan perkhidmatan air dan pengurusan NRW supaya orang awam
boleh mendapat informasi yang penting terhadap kepentingan pengurangan kadar kehilangan
sebenar.
PENGHARGAAN
Para penulis ingin merakamkan ribuan terima kasih ke atas sokongan kewangan yang diberikan
oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS)
203/PKT/6720004 dan Universiti Sains Malaysia untuk sokongan lain- lain.
RUJUKAN
Asian Development Bank (ADB). 2010. Every drop counts: learning from good practice in
eigth asian cities. Mandaluyong City, Philippines: Asian Development Bank and Lee
Kuan Yew School of Public Policy.
Biswas, A.K., & Tortajada, C. 2010. Water supply of Phnom Penh: An example of good
governance. International Journal of Water Resources Development, 26(2), 157-172. doi:
10.1080/07900621003768859
Chan, N.W. 2004. Managing water resources in the 21st century involving all stakeholders
towards sustainable water resources management in Malaysia. Bangi: Centre for
Graduate Studies UKM.
Chan, N.W. 2007. The Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP): A good
example of corporate social responsibility of a private water company. Paper presented at
the International Forum on Water Environment Governance in Asia Technologies and
Institutional Systems for Water Environmental Governance., Tokyo, Japan.
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu

234 / Lai Chee Hui et al.

Chan, N.W. 2012a. Smart partnerships in water efficiency management towards a green
economy with particular reference to Malaysia. IWA (India) Journal (Half Yearly
Technical Journal of Indian Geographical Comittee of IWRA)(1), 28-31.
Chan, N.W. 2012b. Water saving devices. Standards Matter 1 (2012), 28-31.
Frauendorfer, R., & Liemberger, R. 2010. The issues and challenges of reducing non- revenue
Water. Philippines.
Garande, Tarisai, & Dagg, Suzan. 2005. Public Participation and effective water governance at
the local level: A case study from a small under-developed area in Chile. Environment,
Development and Sustainability, 7(4), 417-431. doi: 10.1007/s10668-004-3323-9
Gomez, Juan D., & Nakat, Afamia C. 2002. Community participation in water and sanitation.
Water International, 27(3), 343-353.
González, F., García, M.A., & Guardiola, J. 2011. Why is non-revenue water so high in so
many cities? International Journal of Water Resources Development, 27(2), 345-360.
Kingdom, B., Liemberger, R., & Marin, P. 2006. The challenge of reducing Non- Revenue
Water (NRW) in Developing Countries. How the private sector can help: A look at
performance- based service contracting. Water Supply and Sanitation Sector Board
Discussion Paper Series. Washington.
Lai, C.H., Chan, N.W., Suhaimi, A.T., & Jamaluddin, M.J. 2013a. Ke arah pengurusan air
mampan: Kajian awal terhadap cabaran untuk mengurangkan air tidak berhasil di
Malaysia. Paper presented at the Seminar Serantau Ke-2: Pengurusan Persekitaran di Alam
Melayu, Pekanbaru, Provinsi Riau.
Lai, C.H., Chan, N.W., & Zakaria, N.A. 2013b. Non- Revenue Water Management in Malaysia:
A review of selected water service providers in Malaysia. Paper presented at the
Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali Ke-4, UPSI, Tanjung Malim.
Lai, C.H., Phang, W.L., & Chan, N.W. 2013c. A study of non- revenue water management in
penang as an example of good water governance. Paper presented at the Seminar Hasil
Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi Ke-3 2013, EDC Hotel, Universiti Utara Malaysia.
Lambert, A. 2003. Assessing Non- Revenue Water and Its components: A practical approach.
water 21: Water Loss IWA Task Force, 50-51.
Lambert, A., & Hirner, W. 2000. Losses from water supply system: Standard terminology and
recommended performance measures. The Blue Page: The IWA Information Sources on
Drinking Water Issues.
Liemberger, R., & Farley, M. 2004. Developing a non- revenue water reduction strategy:
investigating and assessing water losses. Paper presented at the IWA 4th World Water
Congress, Marrakech September 2004.Paper presented at the IWA 4th World Water
Congress, Marrakech.
Pahl-Wostl, C. 2002. Towards sustainability in the water sector – The importance of human
actors and processes of social learning. Aquatic Sciences, 64(4), 394-411.
Pilcher, R. 2003) Leak Detection practice and techniques: A practical approach. Water 21:
Water Loss IWA Task Force, 44-45.
World Water Assessment Programme (WWAP). (2009). Water in a Changing World: The
United Nations World Water Development Report 3. UNESCO Publishing.

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-6 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu