SEJAUH MANAKAH PERJANJIAN BRITISH DI TAN

1.0 PENGENALAN
Kedatangan British bermula di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka antara tahun
1786 hingga 1824. Ketiga-tiga negeri itu kemudiannya digabungkan menjadi Negerinegeri Selat (NNS) pada tahun 1826 dan dikawal serta ditadbir secara lansung oleh
Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India. Kedatangan British di Tanah Melayu
pada dasarnya adalah untuk mempertahankan kepentingan British di benua India,
melindungi jalan perdagangan di antara India dengan China bagi kepentingan
perdagangan candu dan teh,serta memperluaskan peluang perdagangan di kepulauan
Tanah Melayu. Namun, keadaan persekitaran di Tanah Melayu telah memaksa British
untuk mengubah dasarnya. Oleh itu, pelbagai taktik digunakan demi memperluaskan
kepentingan British di Tanah Melayu. Tipu muslihat, paksaan dan manipulasi politik
digunakan untuk memperolehi sebahagian semenanjung Tanah Melayu. Dalam usaha
British untuk memperluaskan kuasanya di Tanah Melayu terdapat beberapa perjanjian
yang dimeterai. Melalui perjanjian-perjanjian yang dibuat telah menjadikan British
sebagai kuasa tunggal di Tanah Melayu. Esai ini akan membincangkan sejauhmana
British boleh menjadi kuasa tunggal melalui perjanjian-perjanjian yang dimenterai antara
pihak British dengan pemerintah di Tanah Melayu.
2.0 CARA BRITISH BOLEH MENJADI KUASA TUNGGAL DARI TAHUN 1824
-1874.
2.1 PERJANJIAN INGGERIS BELANDA 1824
Perjanjian ini dibuat adalah untuk membahagikan Tanah Melayu kepada dua
lingkungan pengaruh. Pembahagian ini dibuat tanpa merujuk pemerintah negerinegeri Melayu di Tanah Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera. Tindakan British

dan Belanda ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah pertelingkahan antara
British dan Belanda tentang beberapa wilayah yang diduduki dengan

1

mengenepikan pandangan sultan-sultan di negeri-negeri Tanah Melayu. 1 Hal ini
adalah merupakan usaha awal untuk menguasai keseluruhan Tanah Melayu.
Perjanjian 1824 ini telah memecahkan empayar Johor-Riau tanpa persetujuan
daripada pemerintah Johor-Riau. Berdasarkan perjanjian tersebut, kawasan selatan
Singapura berada dibawah pengaruh Belanda manakala di atas garisan yang
melibatkan Singapura di bawah pengaruh British. Situasi ini menunjukkan bahawa
Belanda dan British telah membahagikan Tanah Melayu tanpa merujuk kepada
pemerintah di Tanah Melayu.
Akibat daripada perjanjian ini, empayar Johor-Riau telah berpecah kepada dua
lingkungan pengaruh iaitu kepulauan Riau dikuasai oleh Belanda manakala Johor
menjadi wilayah Inggeris. Perjanjian ini juga turut menyatakan bahawa kedua-dua
wilayah Johor-Riau tidak lagi mempunyai hubungan politik dan ekonomi. 2Hal ini
jelaslah bahawa British secara tidak langsung telah campur tangan bukan hanya
dari sudut politik Melayu malah turut terlibat dalam pemecahan sempadan serta
telah memporak perandakan sistem ekonomi yang membawa kepada kemerosotan

kerajaan Johor-Riau.
Setelah Tanah Melayu terbahagi kepada dua bahagian melalui perjanjian 1824,
kawasan Tanah Melayu yang dikuasai oleh British masih lagi merupakan tanah
jajahan Siam. Sebelum kedatangan British di Tanah Melayu, negeri-negeri Melayu
utara iaitu Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terangganu berada dibawah
ketuanan Siam. Negeri-negeri yang berada dibawah ketuanan Siam harus
menghantar ufti kepada Siam sebagai tanda mengakui sebagai wilayah tanah
jajahan Siam. Hal ini telah memberikan masalah kepada pihak British untuk
menguasai Tanah Melayu sepenuhnya. Oleh itu pihak British telah membuat satu
1Nicholas

Tarling. British Policy in the Malay Penisula and Achipelago 1824-1871.Kuala
Lumpur: Oxfort University Press,1969. Hlm 8.
2Millis. LA. Artikel
Hlm 10.

viii hingga xv. British Malaya 1824-1867. Selangor : JMBRAS, 2003.
2

pakatan perjanjian antara Siam untuk menghapuskan pembayaran ufti akhirnya

perjanjian Siam dengan British 1825 di bentuk.
2.2 PERJANJIAN SIAM (RAJA LIGOR) DENGAN BRITISH 1825
Perjanjian antara Siam dengan British ini adalah untuk menyekat kekuasaan
siam ke atas Tanah Melayu. Melalui perjanjian ini Raja Ligor telah bersetuju
untuk memberikan peluang kepada Perak dengan Selangor untuk membuat
keputusan sama ada mahu membayar ufti atau tidak. Selain itu juga, Raja Ligor
turut berjanji tidak akan menyerang Perak atau Selangor. Oleh itu, jika dilihat
melalui perjanjian ini, British telah cuba untuk menghapuskan penghantaran ufti
kepada Siam. Penghapusan pembayaran ufti ini adalah penting bagi British, hal ini
kerana pembayaran ufti yang dibuat bertujuan mengakui bahawa Siam merupakan
ketuanan. Melalui perjanjian ini, sedikit sebanyak telah menyebabkan pengaruh
Siam di Tanah Melayu semakin berkurangan.3
2.3 PERJANJIAN ANDERSON 1825 (SULTAN SELANGOR)
Perjanjian Anderson ini merupakan perjanjian damai antara negeri Perak dan
negeri Selangor. Perjanjian damai ini dibentuk untuk menamatkan peperangan
yang berlaku antara Perak dengan Selangor yang tercetus sejak tahun 1804 hingga
1825. Peperangan yang tercetus ini merupakan akibat perselisihan faham antara
Perak dengan Selangor. Isu utama yang menyebabkan berlakunya perselisihan
faham sehingga membawa kearah peperangan adalah isu bijih timah. Hal ini
terjadi pada abad ke-18 hingga abad ke-20, bijih timah telah mendapat permintaan

yang tinggi daripada negara Eropah. Disebabkan bijih timah mendapat permintaan
yang tinggi telah menyebabkan Sultan Perakdan Sultan Selangor berlumba-lumba
untuk menjadi pengeluar komoditi utama bijih timah di Tanah Melayu. Sebab
3 Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan

Negara Malaysia, 2008. Hlm 20.

3

kedua pula adalah disebabkan sultan Selangor tidak berpuas hati dengan Sultan
Perak akibat pungutan cukai disekitar Lembangan Sungai Bernam. Berdasarkan
dua sebab ini telah menyebabkan Sultan Ibrahim menyerang Sultan Perak dan
berjaya menguasainya pada tahun 1804. Walaupun Perak sememangnya berada di
bawah Selangor pada 1804 hingga 1825 terdapatnya satu episod baharu iaitu
Rama II (Raja Thai Dinasti Chakri 1809-1824) telah menitahkan Kedah untuk
menyerang dan menguasai Perak pada 1818.
Perak mengalami sebanyak tiga ancaman daripada kuasa luar pada awal abad
kesembilan. Pertama, Selangor. Kedua, Kedah. Ketiga, Thai Dinasti Chakri.
Begitu juga dengan Kedah, turut mengalami sebanyak dua ancaman daripada
kuasa luar iaitu pertama, Thai Dinasti Chakri dan kedua Burma. Bagaimanakah

dengan Selangor pula? Selangor hanya menghadapi ancaman daripada Belanda.
Berdasarkan pandangan dikemukakan ini, Perak merupakan sebuahnegeri yang
teraniaya, terhimpit dan sukar melaksanakan pentadbirannya dengan baik sejak
1804 hingga termetarainya Perjanjian Anderson 1825, Perjanjian Burney 1826dan
Perjanjian Low 1826.4
2.4 PERJANJIAN BURNEY ATAU PERJANJIAN BANGKOK 1826
Pengaruh Siam di negeri-negeri Melayu Utara telah menyebabkan British
berasa bimbang. Hal ini kerana perkembangan ini akan menjejaskan kedudukan
British di Pulau Pinang serta kepentingan British di Tanah Melayu. Pada
Disember 1825, Kapten Burney telah dihantar oleh Robert Fullerton bagi
mengadakan rundingan untuk membuat perjanjian dengan Siam. Henry Burney
telah diarahkan untuk berbincang mengenai hubungan perdagangan dan
persahabatan antara Siam dengan British, kepentingan British di Tanah Melayu
4 Ahmad Farhan bin Abdullah. Hubungan Politik antara Selangor dengan Perak 1804-

1825.Kuala Lumpur : Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 5.

4

mengenai perdagangan, masalah pembahagian takhta Sultan Ahmad Tajuddin dan

soal kemerdekaan Perak dan Selangor. Selepas berada di Siam selama 6 bulan,
Henry Burney berjaya membuat Siam untuk menandatangani perjanjian Burney
pada 20 Jun 1826.
Antara syarat-syarat perjanjian Burney 1826 ialah Kedah diiktiraf sebagai
tanah jajahan Siam. British tidak akan masuk campur tangan di Kedah dan tidak
akan menolong Kedah untuk mendapatkan kembali takhta. Selain itu, sultan kedah
juga tidak dibenarkan tinggal di Pulau Pinang, Perak, Seberang Perai, Selangor
dan Burma. Malahan kemerdekaan Perak dan Selangor dijamin oleh Siam.
Disamping itu, Perak juga boleh tentukan sama ada hendak menghantar bunga
emas kepada Siam atau tidak. Manakala Siam pula berjanji tidak akan menganggu
perdagangan British di Kelantan dan Terangganu, tetapi kedua-dua kuasa tersebut
tidak boleh menyerang negeri tersebut.5 Melalui perjanjian Burney1826, British
telah campur tangan dalam politik negeri-negeri Melayu dengan menghadkan
pengaruh Siam hingga di sempadan Kedah dan Perak sahaja. 6Kesan daripada
perjanjian ini, telah menyebabkan Siam melanggar perjanjian Burney. Hal ini
disebabkan oleh tindakan Raja Ligor telah menghantar satu angkatan perang kecil
di Perak untuk memaksa Perak menghantar bunga emas kepada Siam. Perkara ini
telah menyebabkan British campur tangan di Perak iaitu dengan menghantar
James Low untuk menghalang Siam daripada menyerang Perak dan akhirnya
perjanjian Low dibentuk.


5 Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965.Kuala Lumpur: Institut Terjemahan

Negara Malaysia, 2008. Hlm 25.
6 Cowan. C. D. Nineteenth Century Malaya. London: Oxford University Press, 1961. Hlm 8.

5

2.5 PERJANJIAN LOW 1826
Selepas perjanjian Burney hubungan antara pihak British dengan Siam masih
lagi berjalan dengan baik, akan tetapi masih lagi wujud perasaan tidak puas hati
dalam kalangan mereka. Malah kedua-dua pihak tersebut sentiasa mencari
peluang untuk campur tangan di negeri-negeri Melayu. Pada tahun 18 oktober
1826, wakil politik Gabenor Pulau Pinang, Melaka dan Singapura bagi pihak
Gabenor dan Syarikat Hindia Timur Kapeten Jamnes Low dan Sultan Perak,
Sultan Abdullah Mua’azzam Shah menandatangani suatu perjanjian yang dikenali
sebagai Perjanjian Low.
Perjanjian ini dibentuk adalah kerana sikap Raja Ligor yang tidak
menghormati Perjanjian Burney yang ditandatangani oleh pihak Inggeris dengan
Raja Siam pada tahun 1825. Hal ini terjadi setelah Kapten Burney kembali ke

India, Raja Ligor tidak menghormati janjinya mengenai negeri Perak iaitu
mengakui hak Sultan Perak untuk memerintah negeri baginda sendiri. Hal dapat
dibuktikan bahawa Raja Ligor telah menghantar utusan dengan pasukan
tenteranya ke Perak. Raja Ligor telah memberi jawapan yang berdolak-dalik
apabila Gabenor Fullerton meminta penjelasan mengenai perbuatannya itu.Oleh
kerana bimbang akan amaran Siam dan mengenangkan betapa Inggeris telah
mengecewakan harapan Sultan Kedah iaitu dengan tidak memberikan bantuan
kepada baginda apabila diserang oleh Siam pada tahun 1821, Sultan Perak telah
berkehendakkan

untuk

membuat

satu

perjanjian

persahabatan


dengan

Britishdengan harapan dapat menjamin keselamatan negeri baginda daripada
serangan siam. Permintaan baginda itu telah dipersetujui oleh British dan akhirnya
pada 1826 perjanjian Low telah ditandatangani.
Perjanjian Low ini telah memeranjatkan pihak atasan India. Dalam
menjanjikan perlindungan Inggeris ke atas negeri Perak itu, Kapten James Low
telah melampaui batas kuasa dan arahan yang diberikan kepadanya. Beliau
6

dikatakan telah melanggar dasar tidak campur tangan SHTI. Bagaimanapun
perjanjian itu mendapat restu dan kelulusan Gabenor Fullterton.7
Melalui perjanjian Low ini, British akan memberikan bantuan ketenteraan
kepada Sultan Perak untuk menentang ancaman daripada Siam atau musuh-musuh
lain dan sebagai balasan Sultan Perak akan memberikan daerah Dinding dan Pulau
Pangkor serta pulau-pulau yang lain di sebelah pantai kepada British. Maka
dengan ini dapat kita lihat bahawa pengaruh British telah menjadi kuat berbanding
dengan pengaruh Siam yang semakin berkurangan. Hal ini ditambah pula dengan
penubuhan NNS yang seterusnya dapat menguatkan lagi pengaruh British untuk
menjadi sebagai kuasa tunggal di Tanah Melayu.

2.6 PENUBUHAN NEGERI-NEGERI SELAT 1826
Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan iaitu Pulau
Pinang yang telah ditubuhkan pada 1786, Singapura yang diperolehi daripada
Temenggung Abdul Rahman pada tahun 1819 dan Melaka yang diterima selepas
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Ketiga-tiga kawasan ini kemudiannya
disatukan sebagai NNS pada tahun 1826 dan ibu pejabat pemerintahan berpusat di
Pulau Pinang. Namun demikian, ibu pejabat ini kemudian telah dipindahkan ke
Singapura atas sebab-sebab ekonomi dan perdagangan.
Penubuhan NNS ini adalah bertujuan bagi memudahkan segala urusan
pentadbiran dan perdagangan Inggeris, untuk tujuan tersebut seorang Gabenor
General telah dilantik dan beliau dibantu oleh Residen Councillor dari setiap
negeri. Pada peringkat awal penubuhan, NNS sering mengalami masalah
kewangan untuk membiayai urusan pentadbirannya dan hal ini terpaksa dibantu
oleh kerajaan Inggeris di India. Oleh itu untuk menjimatkan perbelanjaan, pada
tahun 1851, pentadbiran NNS telah dipindahkan ke bawah kuasa Gabenor General
7Perjanjian Low. www.arkibnegara.goy.my. Diakses pada 29 April 2017 jam 1.00 pagi.

7

di India. Pada tahun 1858, apabila SHTIdimansuhkan, pentadbiran NNS telah

diletakkan di bawah pentadbiran Wizurai Culcutta. Akhirnya pada tahun 1867,
atas desakan pedagang-pedagang di NNS, Kerajaan British bersetuju untuk
menjadikan NNS, sebagai tanah jajahan Inggeris dan ditadbir terus dari Pejabat
Tanah Jajahan di London.8 Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa melalui
penubuhan NNS ini telah menjadikan usaha British untuk menjadi sebagai kuasa
tunggal di Tanah Melayu semakin menemui kejayaan.
2.7 CAMPUR TANGAN BRITISH TELAH MENYEBABKAN PERANG
LARUT 1861-1873
Seperti negeri-negeri Melayu yang lain, kekacauan di Perak juga berlaku pada
tahun 1860-an dan 1870-an. Kekacauan tersebut ialah lanjutan dari kekacauan
yang berlaku sebelumnya. Antara kekacauan itu ialah perebutan takhta,
pergaduhan di antara pembesar dan pergaduhan di antara pelombong Cina. Pada
mulanya, British tidak mengambil langkah untuk menamatkan kekacauankekacauan tersebut kerana, British tidak mengamalkan dasar campur tangan dalam
hal-hal Negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, kekacauan-kekacauan
berikut dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan di Perak.
Menteri Larut Ngah Ibrahim telah meminta bantuan Leftenan Gabenor
Inggeris di Pulau Pinang untuk membantu beliau dalam usahanya menyelesaikan
pergaduhan di antara puak-puak pelombong Cina yang bermusuhan antara satu
dengan lain di Larut.Daerah Larut telah beberapa lamanya diperintah oleh seorang
wakil baginda Sultan Perak. Dengan terjumpanya bijih timah dalam tahun 1848
maka berubahlah aliran sejarah negeri itu. Long Jaafar, wakil Sultan di daerah itu
telah menguruskan atas perbelanjaannya sendiri, usaha membuka lombong bijih di
Kelian Pauh dengan mengupah 20 orang Cina puak Chen Seng Hakka dari daerah
8 Abdul Rahman Haji Ismail (penyelenggara). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007. Hlm 235.
8

Kwantung. Perusahaan melombong di tempat itu bertambah maju sehingga
ramaipelombong Cina bersama-sama kongsi gelap mereka dari Pulau Pinang
datang untuk bekerja di situ. Terdapat beberapa buah kumpulan kongsi gelap yang
bermusuhan di Larut yang bergabung dalam dua kumpulan yang besar iaitu
kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin. Permusuhan itu telah menjadikan Larut
sebagai "sebuah gelanggang besar di mana pembunuhan, kekerasan dan rompak
samun berlaku secara terus-terusan". Pada 24 Februari, 1872, telah berlaku satu
pergaduhan besar antara puak-puak Ghee Hin dan Hai San. Api pergaduhan ini
telah bermula sejak awal bulan Februari lagi apabila seorang gadis puak Chen
Seng (puak kumpulan Hai San) yang menyintai seorang pemuda puak San Neng
(puak kumpulan Ghee Hin) dicederakan dengan teruk oleh orang-orang kumpulan
Ghee Hin sebagai satu amaran kepada kumpulan Hai San. Akibat kejadian itu rasa
permusuhan di antara kedua-dua kumpulan itu begitu memuncak dan akhirnya
Perang Larut ke 3 pada 24 Februari 1872 tercetus.Dalam pergaduhan ini pihak
Ghee Hin telah menang dan seramai 10,000 orang-orang Hai San terpaksa
meninggalkan Larut dan lari ke Pulau Pinang.Ngah Ibrahim yang sentiasa
berubah-ubah sokongannya terhadap kedua-dua kumpulan itu tidak dapat
mengawal keadaan. Pergaduhan itu telah menjejaskan perusahaan lombong bijih
timah di Larut. Akhirnya, pada hari ini dalam tahun 1872 beliau terpaksa meminta
bantuan daripada Leftenan Gabenor Inggeris di Pulau Pinang untuk menghadapi
keadaan itu. Oleh itu, bermulalah episode campur tangan British di Tanah
Melayu.9
2.8 PERJANJIAN PANGKOR 1874
Menerusi Perjanjian Pangkor ini, pihak British mula memasuki bidang
pentadbiran negeri Perak, dan seterusnya negeri-negeri Melayu yang lain seperti
9Perang Larut. http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=3861. Diakses

pada 30 April 2017 jam 8.41 mlm.
9

Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Simboliknya, Perjanjian Pangkor ini
merupakan satu alat kuasa yang digunakan oleh pihak British untuk menguasai
negeri Perak demi kepentingan ekonomi, politik dan sosialnya. Terdapat beberapa
faktor yang mendorong termeterainya Perjanjian Pangkor ini.
Pada awal tahun 1870-an, negeri-negeri Melayu Barat berada dalam keadaan
huru-hara. Raja Muda Abdullah telah mengirim surat ke Singapura pada hujung
tahun 1873 yang meminta bantuan British untuk menyelesaikan masalah-masalah
yang berlaku di Perak ketika itu. Seperti yang didorongkan oleh Raja Muda
Abdullah, akhirnya Perjanjian Pangkor yang mengandungi 14 Fasal serta
menyentuh tentang pelbagai aspek seperti pemerintahan dan kuasa sultan,
pentadbiran, aspek ekonomi, dan juga sosial telah ditandatangani dengan tujuan
untuk memerangkap dan seterusnya menguasai negeri Perak.
Peruntukan terpenting dalam Perjanjian Pangkor ini berkenaan dengan
perlantikan Residen, yang termaktub dalam Fasal ke-VI. Peruntukan ini memaksa
Sultan Perak untuk menerima perlantikan seorang Residen British yang akan
menasihati sultan dalam semua aspek pentadbiran kecuali dalam hal ehwal agama
Islam dan adat istiadat Melayu.10 Ini bermakna, pemerintahan negeri yang disusun
oleh British ini dilaksanakan oleh raja yang bertindak mengikut nasihat Residen
yang bukan bertanggungjawab kepada baginda tetapi kepada gabenor. Residen
serta kakitangannya akan mentadbir segala pendapatan, merangka serta menyusun
polisi dan undang-undang negeri Perak yang akan dijalankan dalam pelbagai
aspek. Semua pentadbiran negeri termasuk pungutan dan kawalan cukai pula akan
dijalankan di atas nama sultan, tetapi disusun dan diatur menurut nasihat residen.
Sementara itu, gaji dan elaun sara hidup Residen akan dibayar oleh sultan dan
bukannya oleh kerajaan British. Melalui sistem ini, pihak British boleh berkuasa
10Abdul Rahman Haji Ismail (penyelengara). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007. Hlm 248.
10

ke atas negeri-negeri Melayu tanpa menanggung bebanan belanja tambahan dan
tanggungjawab sepenuhnya seperti yang dilakukan di NNS. Justeru, kos
pentadbiran British boleh dijimatkan di samping dapat mengaut segala kekayaan
hasil bumi Perak ketika itu untuk membangunkan negara mereka sendiri. 11
Sebab utama Perjanjian Pangkor ditandangani berkaitan dengan kepentingan
ekonomi British. Melalui perjanjian ini, pungutan dan kawalan semua pendapatan
dan pentadbiran am negeri akan ditadbir di bawah nasihat Residen British.
Sebelum ini, para pembesar negeri yang menguasai sistem ekonomi termasuk
pungutan cukai bijih timah dan hasil mahsul. J.W.W Birch yang dilantik sebagai
Residen pertama di Perak iaitu pada bulan November 1874, mengkehendaki
semua cukai dikutip oleh pegawai kerajaan negeri atau pegawai Eropah. Beliau
tidak membenarkan cukai dalam negeri dipungut oleh sultan dan orang-orang
besar di Perak seperti yang dijalankan sebelumnya, dan akan menghukum sesiapa
sahaja yang melanggar peraturan ini. Tujuannya ialah untuk memperbaiki keadaan
kewangan, menjelaskan hutang-piutang negeri dan membayar gaji pegawaipegawai termasuklah gaji residen walaupun pada hakikatnya Birch sebenarnya
cuba untuk mengambil alih hak atau kuasa memungut cukai daripada tangan
sultan dan para pembesar Melayu.12
Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 ini tidak
dinafikan sebagai satu usaha yang dapat mengamankan negeri Perak, memulihkan
kekacauan di Larut dan menyelesaikan sengketa politik di negeri Perak. Namun
begitu, pada hakikatnya perjanjian ini hanyalah sebuah alat yang memberikan
kuasa dan hak kepada British untuk melibatkan diri dalam politik, sosial dan

11Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur:

Macmillan Publishers, 1983. Hlm 179.
12Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur:

Macmillan Publishers, 1983. Hlm 180.
11

ekonomi negeri Perak dan seterusnya Negeri-negeri Melayu yang lain demi
kepentingan British itu sendiri.
3.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhanya dapat kita lihatbahawa pada mulanya British tidak berminat
untuk masuk campur dalam hal ehwal pentadbiran di Tanah Melayu. Hal ini kerana
British hanya lebih memfokuskan aktiviti komersial sahaja. Namun begitu, disebabkan
keadaan di Tanah Melayu yang agak tidak memberangsangkan
British

telah menyebabkan

mula masuk campur dalam urusan pentadbiran Tanah Melayudemi menjaga

kepentingannya di Tanah Melayu. Campur tangan British yang secara tidak langsung
bermula di Pulau Pinang melalui Prancis Light yang menggunakan kaedah tipu helah dan
muslihat

untuk mendapatkan Pulau Pinang, dan seterusnya British mula meluaskan

kuasanya ke negeri Tanah Melayu yang lain. Jika di lihat dan diteliti setiap perjanjianperjanjian yang dibuat oleh British banyakmemberi keuntungan kepada British. Setiap
perjanjian dibuat dengan penuh telitioleh British untuk menjadikan mereka sebagai kuasa
tunggal di Tanah Melayu. Kebijaksanaanmereka dalam memanipulasi dan memperdaya
pemikiran pemerintah di Tanah Melayu untuk menandatangani setiap perjanjian yang
dibuat telah menjadikan mereka sebagai sebuah kuasa tunggal di Tanah Melayu.

12