FAKTOR GEOGRAFI DAN BUDAYA SETEMPAT MEMP

_________________________________________________________________________

IIX 1003
PENGANTAR PENGAJIAN SYARIAH

Tajuk:

“FAKTOR GEOGRAFI DAN BUDAYA SETEMPAT MEMPENGARUHI
PEMBENTUKAN MAZHAB FIQH, JELASKAN? ”
__________________________________

Tutor:

DR. MOHD ANUAR BIN RAMLI

Disediakan Oleh:

ZAKI KHAN BIN MAT (IIO 160031)
Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam)

MUHD FAIZUL AZFAR BIN MAZANIA (IIO 160013)

Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam)

SEMESTER 1
SESI AKADEMIK 2016 / 2017

Isi Kandungan
Bil

Perkara

Mukasurat

1

Pendahuluan

1

2


Definisi Geografi

2

3

Defini Budaya

3

4

Apa itu Mazhab Fiqh?

3

5

Fakta - Fakta yang Menimbulkan Mazhab


5

6

Mazhab Ahli Sunnah yang Masih Berkembang

6

7

Mazhab Hanafi
Mazhab Maliki
Mazhab Syafi’e
Mazhab Hanbali

Perkaitan antara Geografi dan Budaya Setempat terhadap
Perkembangan Mazhab Fiqh

11


- Faktor Budaya
- Faktor Geografi
8

Kesimpulan

14

9

Bibliografi

16

Pendahuluan

Seperti kita sedia maklum, kebelakangan ini penelitian dan kajian mengenai Fiqh Islam
sangat penting. Pertumbuhan dan perkembangan Fiqh menunjukkansuatu kedinamikan
pemikiran agama itu sendiri. Hal ini menjadi persoalan yang tidak pernah selesai di mana mana terutama dalam masyarakat - masyarakat yang sedang mengalami zaman modenisasi.
Kehadiran Fiqh ternyata mengiringi pasang surut perkembangan Islam di alam

semesta bahkan secara dominan dan mewarnai dan memberi corak dalam perkembangan
Islam dari masa ke masa. Cuba kita telusuri ketika kehidupan Rasulullah S.A.W, para
cendekiawan sering membahagikan dalam dua masa iaitu pada zaman Mekah dan zaman
Madinah. Seperti kita tahu, pada masa pertama risalah kenabian berisi ajaran - ajaran yang
berkaitan akidah dan akhlak manakala pada zaman kedua risalah kenabian lebih banyak
berkaitan hukum - hukum.
Dalam mengambil keputusan dalam permasalahan perlakuan seharian, para sahabat tidak
perlu melakukan ijtihad sendiri, kerana mereka boleh bertanya secara lansung kepada Nabi
jika mereka mendapati suatu masalah yang belum mereka ketahui.
Ketika zaman empat khalifah, hukum - hukum syariah belum dibukukan dan juga
belum diformulasikan atau ditransformasikan sebagai sebuah ilmu yang sistematik,
kemudian pada zaman para tabi’in iaitu masa Bani Umayyah, telah muncul aliran - aliran
dalam memahami hukum - hukum syariah serta memberi respon dalam persoalan yang
muncul. Selain itu, perbezaan Pendapat dalam hukum - hukum merupakan sebuah hasil
ijtihad. Selain itu, pembentukan mazhab - mazhab fiqh juga dipengaruhi oleh faktor
geografi dan budaya setempat.
Pada tugasan ini , akan dijelaskan tentang definisi geografi, definisi budaya, apa itu
mazhab, perkaitan antara geografi dan budaya setempat terhadap mazhab fiqh dan
kesannya.
1


Definisi Geografi

Apa itu geografi ? Geografi merupakan ilmu yang berkaitan dengan bumi dan juga ilmu
yang mempelajari mengenai lokasi serta persamaan, dan perbezaan ( variasi ) keruangan
atas fenomena fizik, dan manusia di atas permukaan bumi. Istilah Geografi berasal dari
bahasa Yunani dari kata “ geo ” yang bererti bumi dan “ graphein ” yang bererti tulisan
ataupun menjelaskan. Jadi jika kedua kata tersebut dihubungkan maka akan
membentukkan kata “ geography ” yang bererti sebagai ilmu bumi atau ilmu yang
mempelajari tentang bumi.1
Dalam geografi kita akan mempelajari segala sesuatu yang tampak di permukaan
bumi, baik bentuk kehidupan, kenampakan permukaan bumi dengan segala gejalagejalanya mahupun faktor-faktor yang mempengaruhinya, seperti benda-benda di luar
angkasa, keadaan dan benda-benda di dalam bumi mahupun di permukaan bumi. Oleh
karena itu, definisi geografi secara luas adalah ilmu yang mempelajari bumi bagian dalam,
permukaan bumi, dan atas (luar angkasa) secara keseluruhan yang berinteraksi dengan
alam lingkungannya. Tambahan pula, Geografi bertujuan rnengetahui pengertian tentang
sistem yang berinteraksi secara cepat mencakupi semua budaya manusia dan lingkungan
alamiahnya di permukaan bumi. ( E. A. Ackerman )2. Selain itu, geografi adalah ilmu
pengetahuan yang mencitra, menerangkan sifat bumi, menganalisis keadaan alam dan
penduduk. serta mempelajari corak khas mengenai kehidupan dan berusaha mencari fungsi

dari. unsur bumi dalam ruang dan waktu. ( Bintarto ).3

1

Kamus Dewan Edisi Ke-4, 147
E.A. Ackerman (1967), Introduce Of Geography
3
Bintarto (1981), Geografi

2

2

Definisi Budaya

Apa itu budaya ? Kata budaya diambil dari bahasa “ sansekerta " yaitu buddhayah yang
membawa maksud bahawa segala sesuatu yang mempunyai hubungannya dengan akal dan
budi manusia. Secara harfiah, budaya adalah cara hidup yang dimiliki sekelompok
masyarakat yang diwariskan secara turun temurun kepada generasi berikutnya. Adapun
perbezaan antara agama, suku, politik, pakaian, lagu, bahasa, bangunan, mahupun karya

seni itu akan membuat terbentuknya sesuatu budaya. Selain itu, perkataan “ culture ”
dalam bahasa Latin, membawa maksud mengolah dan mengerjakan disamping itu juga
dalam kamus dewan ada menyatakan budaya adalah cara hidup sebuah masyarakat,
tamadun, peradaban dan kemajuan dan juga meliputi kehidupan kelompok yang bercorak
kebendaan dan bukan kebendaan.4
Terdapat banyak kesan budaya setempat ini. Antaranya ialah telah wujud
kepelbagaian masyarakat yang unik, keterbukaan atau toleransi antara kaum, wujud
beberapa aspek persamaan budaya dan juga wujud persefahaman antara kaum. Sementara
itu, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta
struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang
membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat ( Andreas Appink ).5

Apa itu Mazhab Fiqh ?

Pengertian Mazhab dapat dibagikan kepada dua iaitu menurut bahasa, dan menurut istilah.
Menurut bahasa, mazhab merupakan bentuk isim makan dari kata “ dzahaba ”, artinya

4
5


Kamus Dewan, (2005), 563.
Andreas Appink (1871), Primitive Culture.

3

jalan atau tempat yang dilalui, sedangkan menurut istilah ulama ahli fiqh, mazhab
merupakan mengikuti sesuatu yang dipercayai.6

Lebih lengkap lagi, pengertian mazhab menurut fiqh adalah hasil ijtihad seorang
imam ( mujtahid ) tentang hukum sesuatu masalah yang belum ditegaskan oleh nas. Jadi,
masalah yang dapat menggunakan kaedah ijtihad ini adalah yang termasuk kategori “
dzonni ” atau prasangka, bukan hal yang qoth’i atau pasti. Jadi tidak benar kalau ada istilah
hukum shalat 5 waktu adalah wajib menurut mazhab Syafi’i, karena hukum shalat wajib
termasuk kategori qoth’i yang tidak dapat dibantah kewajipannya oleh mazhab manapun.

Tambahan pula, perbezaan berlaku jika masalah yang dihadapi mengenai hal - hal
yang pada asalnya masih samar seperti hukum menyentuh kulit wanita yang bukan muhrim
kerana perbezaan pandangan itulah menyebabkan terjadinya perbezaan pendapat antara
Imam Syafie’, Imam Hanafi dan Imam lainnya.Disamping itu,bagi seorang yang mampu
berijtihad dalam menghadapi sesuatu masalah, maka dia boleh berijtihad dan

melaksanakan hasil ijtihad yang dilakukan, sedangkan bagi mereka yang tidak mampu
melakukan ijtihad atau orang awam, maka ia harus mengikuti hasil ijtihad dari salah
seorang mujtahid yang ia percayai. Hal ini sejalan dengan Al Qura’an surat An-Nahl ayat
42, yang beerti “ Bertanyalah kepada ahli dzikri / ulama jika kamu tidak mengerti ”.
Mazhab fiqh ada yang masih utuh dan dianut oleh masyarakat tertentu, namun ada pula
yang telah punah.

6

Hayder, Abdullah. 2004. Mazhab Fiqh, Kedudukan dan Cara Menyikapinya . Riyadh: Khalid ibn al waleed.

4

Fakta - Fakta yang Menimbulkan Mazhab

Ketika pemerintahan Umar Ibn Al - Khattab, daerah wilayah daulah Islam bertambah luas.
Hal itu menyebabkan tersebarnya para sahabat dan para tabi'in ke berbagai kota untuk
menjadi hakim dan mufti. Masyarakat setempat belajar kepada mereka tentang urusan
agama, dan dari mereka pulalah masyarakat mengambil Al-Qur’an dan As Sunah dan cara
memahaminya (Ash Shiddiqy, 1967).


Walaupun ketika itu telah mempunyai kebudayaan lain yang mempengaruhi
masyarakat, namun para fuqaha dapat pula menimbulkan pengaruh baru. Kerana itu, kita
mendapati dua fakta yang mempengaruhi perkembangan fiqh di daerah itu. Pertama,
persekitaran dan kedua, sistem yang ditempuh oleh fuqaha dalam memberikan dan
memetik hukum (Ash Shiddiqy, 1967).

Madrasah-madrasah dalam kenyataannya mempunyai dua saluran yang berbeza.
Pertama, Madrasah Hadith yang sifatnya membatasi diri dengan sekadar yang ada di dalam
nas. Kedua, Madrasah Ra'ju, yang sifatnya menyelami keadaan masyarakat dan meneliti
illah dan hukum (Ash Shiddiqy, 1967).

Menurut kenyataan sejarah, mazhab Hanafi adalah permulaan mazhab jama'iy di
Irak yang memegang panji ra'ju dan mazhab Maliki di hijjaz adalah permulaan mazhab
jama'iy ( hukum-hukum yang merupakan hasil kesepakatan secara pendapat bersama)
yang memegang panji hadith. Kedua-duanya timbul dalam satu masa dan mempunyai
pengaruh yang sangat besar dalam kalangan umat (Ash Shiddiqy, 1967).

5

Mazhab Ahli Sunnah yang masih berkembang.

1. Mazhab Hanafi
Pemikiran fiqh dari mazhab ini diawali oleh Imam Abu Hanifah. Ia dikenal sebagai imam
Ahlurra’yi serta faqih dari Irak yang banyak dikunjungi oleh pelbagai ulama pada
zamannya. Mazhab Hanafi dikenali dengan banyak menggunakan ra’yu, qiyas, dan
istihsan. Dalam memperoleh suatu hukum yang tidak ada dalam nas, kadang-kadang ulama
mazhab ini menggunakan kaedah qiyas dan menggunakan kaedah istihsan. Alasannya,
kaedah umum ( qiyas ) tidak dapat diterapkan dalam menghadapi masalah tertentu, yang
menjadi pedoman dan pegangan dalam menetapkan hukum Islam ( fiqh ) dalam kalangan
Mazhab Hanafi adalah Al-Qur’an, Sunnah Nabi S.A.W, pandangan sahabat, qiyas,
istihsan, ijma’i. Sumber primer / asli dan utama yang digunakan adalah Al-Qur’an dan
Sunnah Nabi S.A.W, sedangkan yang lainnya merupakan dalil dan kaedah dalam
mengistinbatkan hukum Islam. Tidak ada penemuan mengenai catatan sejarah yang
menunjukkan bahawa Imam Abu Hanifah menulis sebuah buku fiqh, akan tetapi
pendapatnya masih boleh digunakan secara kukuh, disebabkan muridnya berupaya untuk
memperluaskan prinsipnya samada secara lisan mahupun tulisan.7 Berbagai pendapat Abu
Hanifah telah dibukukan oleh muridnya, antara lain Muhammad bin Hasan Asy - Syaibani
dengan judul Zahir Ar - Riwayah dan An - Nawadir. Buku Zahir Ar -Riwayah ini terdiri
atas 6 ( enam ) bahagian, iaitu:
· Bagian pertama diberi nama Al - Mabsut;
· Bagian kedua Al - Jami’ Al - Kabir;
· Bagian ketiga Al - Jami’ As - Saghir;
· Bagian keempat As - Siyar Al - Kabir;

7

Syalthut, Mahmud. 2000. Fiqh Tujuh Madzhab . Bandung : Pustaka Setia

6

· Bagian kelima As - Siyar As - Saghir; dan
· Bagian keenam Az - Ziyadah.

Disamping itu, Mazhab Hanafi juga diperluaskan oleh murid Imam Abu Hanifah
lainnya, iaitu Imam Abu Yusuf yang dikenal juga sebagai peletak dasar usul fiqh Mazhab
Hanafi. Ia antaranya yang menulis dalam kitabnya Al - Kharaj, Ikhtilaf Abu Hanifah wa
Ibn Abi Laila, dan kitab-kitab lainnya yang tidak dijumpai lagi saat ini.8

Ajaran Imam Abu Hanifah ini juga telah diluaskan oleh Zufar bin Hudail bin Qais
al-Kufi ( 110-158 H ) dan Ibnu al-Lulu ( w. 204 H ). Zufar bin Hudail semula termasuk
salah seorang ulama Ahlulhadith. Berkat ajaran yang ditimbanya dari Imam Abu Hanifah,
ia kemudian terkenal sebagai salah seorang tokoh fiqh Mazhab Hanafi yang banyak sekali
menggunakan qiyas. Sedangkan Ibnu Al - Lulu juga salah seorang ulama Mazhab Hanafi
yang secara langsung belajar kepada Imam Abu Hanifah, kemudian kepada Imam Abu
Yusuf dan Imam Muhammad bin Hasan Asy - Syaibani.

2. Mazhab Maliki.
Pemikiran fiqh dari mazhab ini diawali oleh Imam Malik. Ia dikenal luas oleh ulama
sezamannya sebagai seorang ahli haditt dan fiqh terkemuka serta tokoh Ahlulhadith.
Prinsip dasar Mazhab Maliki ditulis oleh para murid Imam Malik berdasarkan berbagai
isyarat yang mereka temukan dalam Al - Muwaththa’. Dasar Mazhab Maliki adalah AlQur’an, Sunnah Nabi S.A.W, Ijma’, Qiyas, Pandangan Sahabat, Al - Maslahah Al Mursalah, ’Urf,

8

Istihsan, Istishab, Sadd Az - Zari’ah, dan Syar’u Man Qablana.

Ibid.

7

Pernyataan ini dapat dijumpai dalam kitab Al - Furuq yang disusun oleh Imam Al - Qarafi
(tokoh fiqh Mazhab Maliki).9

Imam Asy - Syatibi menyedikitkan dasar fiqh Mazhab Maliki tersebut dalam empat
hal, iaitu Al - Qur’ an, Sunnah Nabi S.A.W,dan Ijma’. Alasannya adalah karena menurut
Imam Malik, fatwa sahabat dan tradisi penduduk Madinah di zamannya adalah bahagian
dari sunnah Nabi S.A.W. Antaranya juga adalah Al - Maslahah Al - Mursalah, Sadd Az Zari’ah, Istihsan, ’Urf, dan Istishab. Menurut para ahli usul fiqh, qiyas jarang sekali
digunakan Mazhab Maliki,bahkan mereka lebih mendahulukan tradisi penduduk Madinah
daripada qiyas.

Para murid Imam Malik dalam meluaskan Mazhab Maliki diantaranya adalah Abu
Abdillah Abdurrahman bin Kasim ( w. 191 H.) yang dikenal sebagai murid terdekat Imam
Malik dan belajar pada Imam Malik selama 20 tahun, Abu Muhammad Abdullah bin
Wahab bin Muslim (w. 197 H.) yang sezaman dengan Imam Malik, dan Asyhab bin Abdul
Aziz al-Kaisy (w. 204 H.) serta Abu Muhammad Abdullah bin Abdul Hakam al-Misri (w.
214 H.) dari Mesir. Pengembang mazhab ini pada generasi berikutnya antara lainnya
Muhammad bin Abdillah bin Abdul Hakam (w. 268 H.) dan Muhammad bin Ibrahim alIskandari bin Ziyad yang lebih populer dengan nama Ibnu al-Mawwaz (w. 296 H.).
Disamping itu, ada pula murid-murid Imam Malik lainnya yang datang dari Tunis, Irak,
Hedjzaz, dan Basra. Selain itu, Mazhab Maliki juga banyak dipelajari oleh mereka yang
berasal dari Afrika dan Spanyol, sehingga mazhab ini juga berkembang di dua wilayah
tersebut.10

9

Ahmad Asy-Syarbani, Sejarah dan Biografi Empat Imam Mazhab, (Semarang : Amzah, 1991)
Ibid.

10

8

3. Mazhab Syafi’i
Pemikiran fiqh mazhab ini diawali oleh Imam asy-Syafi’i. Keunggulan Imam Asy - Syafi’i
sebagai ulama fiqh, usul fiqh, dan hadith di zamannya diakui sendiri oleh ulama
sezamannya. Imam asy-Syafi’i berupaya untuk mendekatkan pandangan dua aliran kerana
ia belajar kepada Imam Malik sebagai tokoh Ahlulhadith dan Imam Muhammad bin Hasan
Asy - Syaibani sebagai tokoh Ahlurra’i.

Prinsip dasar Mazhab Syafi’i dapat dilihat dalam kitab usul fiqh Ar - Risalah.
Dalam buku ini Asy - Syafi’i menjelaskan kerangka dan prinsip mazhabnya serta beberapa
contoh yang merumuskan hukum far’iyyah (yang bersifat bercabang). Dalam menetapkan
hukum Islam, Imam Asy - Syafi’i pertama sekali mencari alasannya dari Al-Qur’an. Jika
tidak ditemukan maka ia merujuk kepada Sunnah Rasulullah S.A.W. Apabila dalam kedua
sumber hukum Islam itu tidak ditemukan jawapannya, ia melakukan penelitian terhadap
ijma’ sahabat.11

Ijma’ yang diterima Imam Asy - Syafi’i sebagai landasan hukum hanya ijma’ para
sahabat, bukan ijma’ seperti yang dirumuskan ulama usul fiqh, Iaitu kesepakatan seluruh
mujtahid pada masa tertentu terhadap suatu hukum, kerana menurutnya ijma’ seperti ini
tidak mungkin terjadi. Apabila dalam ijma’ tidak juga ditemukan hukumnya, maka ia
menggunakan qiyas, yang dalam Ar - Risalah disebutnya sebagai ijtihad. Akan tetapi,
pemakaian qiyas bagi Imam Asy - Syafi ’i tidak seluas yang digunakan oleh Imam Abu
Hanifah, sehingga ia menolak istihsan sebagai salah satu cara mengistinbatkan hukum
syara’

11

Muhammad Jawad Mughniyah, Fiqh Lima Mazhab, (Jakarta : Pt. Lentera Basritama, 1999).

9

Perluasan pemikiran Mazhab Syafi’i berbeza dengan Mazhab Hanafi dan Maliki.
Diawali melalui kitab usul fiqhnya Ar - Risalah dan kitab fiqhnya Al -Umm, tunjang utama
dan prinsip dasar Mazhab Syafi’i ini kemudian disebarkan secara luas dan dikembangkan
oleh para muridnya. Tiga orang anak murid Imam Ash - Syafi’i yang meluaskan Mazhab
Syafi’i adalah Yusuf bin Yahya Al - Buwaiti ( w. 231 H./846 M.), ulama besar Mesir; Abi
Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani (w. 264 H./878 M.), yang diakui oleh Imam AsySyafi ’i sebagai pendukung kuat mazhabnya; dan Ar - Rabi bin Sulaiman Al -Marawi (w.
270 H.), yang besar jasanya dalam penyebarluasan kedua kitab Imam asy-Syafi ’i
tersebut.12

4. Mazhab Hanbali
Pemikiran Mazhab Hanbali diawali oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Ia terkenal sebagai
ulama fiqh dan hadith terkemuka di zamannya dan pernah belajar fiqh Ahlurra’i kepada
Imam Abu Yusuf dan Imam Asy - Syafi’i. Menurut Ibnu Qayyim Al - Jauziah, prinsip
dasar Mazhab Hanbali13 adalah sebagai berikut:

1.

An-Nusus ( jamak dari nas ), iaitu Al - Qur’an, Sunnah Nabi S.A.W, dan Ijma’;

2.

Pandangan Sahabat

3.

Jika terdapat perbedaan pendapat para sahabat dalam menentukan hukum

yang

dibahas, maka akan dipilih pendapat yang lebih dekat dengan Al-Qur’an dan sunnah Nabi
SAW;
4.

Hadith mursal atau hadith daif yang didukung oleh qiyas dan tidak bertentangan

dengan ijma’; dan

12
13

Ibid..
M. Ali Hasan, Perbandingan Mazhab, ( Jakarta : PT. Grafindo Persada, 2002).

10

5.

Apabila dalam keempat dalil di atas tidak dijumpai, akan digunakan qiyas.

Penggunaan qiyas bagi Imam Ahmad bin Hanbal hanya dalam keadaan yang amat
terpaksa. Prinsip dasar Mazhab Hanbali ini dapat dilihat dalam kitab haditt Musnad Ahmad
ibn Hanbal. Kemudian dalam perkembangan Mazhab Hanbali pada generasi berikutnya,
mazhab ini juga menerima istihsan, sadd az-Zari’ah, ’urf; istishab, dan al-maslahah almursalah sebagai dalil dalam menetapkan hukum Islam.

Para pengembang Mazhab Hanbali generasi awal (sesudah Imam Ahmad bin
Hanbal) diantaranya adalah Al - Asram Abu Bakar Ahmad bin Muhammad bin Hani alKhurasani al-Bagdadi (w. 273 H.), Ahmad bin Muhammad bin al-Hajjaj al-Masruzi (w.
275 H.), Abu Ishaq Ibrahim al-Harbi (w. 285 H.), dan Abu al-Qasim Umar bin Abi Ali alHusain al-Khiraqi al-Bagdadi (w. 324 H.). Keempat ulama besar Mazhab Hanbali ini
merupakan murid Imam Ahmad bin Hanbal, dan masing-masing menyusun buku fiqh
sesuai dengan prinsip dasar Mazhab Hanbali di atas. Tokoh lain yang berperanan dalam
menyebar dan memperluaskan serta mengembangkan Mazhab Hanbali adalah Ibnu
Taimiyah dan Ibnu Qayyim al-Jauziah.

Perkaitan antara geografi dan budaya setempat terhadap perkembangan mazhab
fiqh

Faktor Budaya
Bangsa Arab bukanlah bangsa yang mudah dipengaruhi budaya luar. Peta geografi
menunjukkan bahawa ketika Islam datang, terdapat empat kebudayaan besar yang
menelusuri jazirah Arab iaitu kebudayaan Yunani, Romawi, Persia, dan India. Oleh sebab
itu, ia dapat dipastikan bahawa jazirah Arab pada masa awal Islam telah terjadi

11

perkembangan budaya Hindu, Kristen, dan Yahudi14 namun kerana sikap ataupun
semangat yang sangat kental pada masyarakat Arab, sehingga unsur kearaban masih tetap
dapat dijaga dari unsur-unsur luar, hal ini tetap terjaga sampai masa pemerintahan bani
Umayyah disamping nampak unsur kearaban yang sangat kental memonopolikan lapisan
elit pemerintahan.
Madinah sebagai kota kedua umat Islam yang juga tidak terlepas dari proses
perkembangan budaya Islam, Kristen dan Yahudi, proses perkembangan dan penerimaan
itu terlihat dari proses interaksi Nabi dengan beberapa kaum Yahudi. Selain itu, interaksiinteraksi itu sedikit banyak telah memberikan peluang masuknya unsur-unsur kebudayaan
Yahudi-Kristen dalam kebudayaan Arab. Fakta-fakta tentang hal itu, dapat dilihat dalam
beberapa riwayat yang kadang mengandung unsur israiliyat.
Imam Malik salah seorang tokoh dalam percaturan mazhab fiqh lahir dan
dibesarkan ditengah masyarakat Madinah yang sangat banyak dan kebudayaan masyarakat
yang menunjukkan pola pada unsur Arab dan kecenderungan kuat pada penghormatan
yang tinggi atas ulama menjadikan tradisi keilmuwan cenderung bernuansa tekstual dan
normatif.

Kota Madinah menjadi pusat perkembangan corak pemikiran ahli al-hadith, banyak
ulama yang masih berpegang teguh pada corak pemikiran tersebut ketika Imam Malik
memulai pengembaraan keilmuaannya. Oleh karena itu, kontruksi epistimologi
keilmuawan Imam Malik didominasi dan dimonopolikan corak pemikiran ahli hadith itu.15
Bukti akan pengaruh pemikiran tersebut dapat dijumpai pada kitab Al - Muattha’, kitab
fiqh yang bernuansa hadis-hadis.

14
15

Abdul Wahab Khallaf, Khulasah Tarikh Tasyri’ Islam.
Dedi Ismatullah, Sejarah Sosial Hukum Islam, ( Bandung: Pustaka Setia, 2011), 55.

12

Imam Malik kemudian memosisikan diri sebagai ulama’ ahlu al-hadith, yang berpijak
kepada tekstual dan memasukkan beberapa konsep amal ahlu Madinah serta maslahah
mursalah.Selain itu, masuknya dua teori itu dalam landasan metodologinya Imam Malik
menunjukkan adanya elaborasi penggunaan teks dengan kebergantungan kepada tradisi
yang hidup, sehingga dalam berbagai hal banyak ditemui hasil ijtihad Imam Malik yang
sumber legitimasinya dari tradisi masyarakat Madinah yang didasari pertimbangan yang
matang.
Kota Baghdad yang menjadi pusat pemerintahan bani Abbasiyah telah memberikan pengaruh yang signifikan terhadap perkembangan kebudayaan. Pada masa
pemerintahan Abbasiyah kota Baghdad menjelma menjadi kota metropolitan dengan
berbagai kemajuan dan pembangunan disegala bidang. Arabisasi yang semula
mendominasi pemerintahan bani Umayyah terganti dengan pola bukan Arab yang
menguasai pemerintahan Abbasiyah. Interaksi antara kebudayaan Arab dan bukan Arab
tentunya sangat berpengaruh terhadap perkembangan kebudayaan di Kota Baghdad. Imam
Syafi’i cukup lama tinggal di kota ini dan berinteraksi dengan kebudayaan setempat,
sehingga dalam berbagai fatwa-fatwanya dibidang fiqh juga sedikit banyak dipengaruhi
oleh kebudayaan setempat. Meskipun fatwa-fatwa itu akan mengalami perubahan ketika
beliau berdominasi di Mesir yang memiliki kebudayaan yang berbeza dengan Baghdad,
iaitu kebudayaan Mesir kuno. Sudah jelas bahawa budaya setempat mempengaruhi
perkembangan mazhab fiqh.

Faktor Geografi
Terdapat banyak mazhab di dunia ini namun yang terkenal hanya beberapa sahaja.
Terkenalnya sebuah madzhab dan terjadinya ia kerana mazhab tersebut mempunyai
pengikut yang banyak. Munculnya suatu mazhab disebabkan faktor - faktor tertentu.
Antara faktornya adalah keadaan geografi sesebuah tempat.
13

Geografi ialah faktor semakin meluasnya pengaruh Islam di negara lain. Dengan
berkembangnya Islam ke negeri - negeri tetangga dan persada dunia sehingga wujudnya
perbezaan-perbezaan dalam kaedah rumusan hukum Islam kerana pada tiap wilayah
memiliki dan mempunyai perbezaan kedudukan geografi dan lingkungan. Sebagai contoh
penggunaan jilbab di Indonesia sedikit berbeza dan di Arab juga masih banyak perbezaanperbezaan mazhab yang disebabkan faktor wilayah.

Kesimpulan

Intihanya, faktor perkembangan dan perbezaan dalam fiqh sesuatu mazhab adalah
disebabkan kedudukan geografi dan budaya berbeza, sebagai contoh fiqh bagi Mazhab
Maliki dan fiqh bagi Mazhab Hanafi ternyata berbeza dari segi fiqh dan juga kaedah yang
digunakan dalam menentukan sesuatu hukum. Mazhab Maliki lebih dikenali sebagai ahlul
hadith kerana penempatan bagi Mazhab Maliki adalah di Mekah dan Madinah manakala
Mazhab Hanafi berada di Kota Baghdad, Mekah dan Madinah adalah sumber wahyu maka
dengan itu tidak hairanlah kebanyakan daripd hukum dari Mazhab maliki dapat
dikenalpasti bahawa menggunakan ahlulhadith. Namu begitu, kaedah yang digunakan
Mazhab Hanafi dalam menentukan sesuatu hukum adalah kaedah ahlulra’i ini kerana
kedudukan geografi Kota Baghdad adalah jauh sekali daripada Kota Mekah dan Madinah.
Selain daripada kedudukan geografi, faktor kebudayaan masyakat setempat juga
mempengaruhi sesuatu hukum kerana ada kaedah dalam fiqh menyatakan bahawa al - adah
muhkamatun iaitu adat itu sebagai penentu hukum, tidaklah hukum ini lari daripada Al Quran dan As - Sunnah kerana tidak semua budaya itu bertentangan dengan ajaran islam
dan bagi memastikan kesesuaian hukum dengan masyarakat setempat.
Tambahan pula, perbezaan mazhab yang diamalkan di seluruh negara adalah
bersesuaian menurut budaya dan adat masing - masing sepertimana yg berlaku di
14

Malaysia. Secara rasminya Malaysia mengamalkan Mazhab Syafie ini kerana
mengamalkan budaya timur iaitu budaya yang bersifat pertengahan, tidak terlalu ekstrimis
pemikirannya mahupun pengamalannya secara terperinci dapat dilihat apa yg berlaku di
dalam masyakarat iaitu budaya menghormati ibu dan ayah dengan mencium tangan adalah
dibenarkan menurut Mazhab Syafie manakala budaya ini adalah budaya amat janggal
khusunya masyarakat timur tengah

dan barangkali mereka iaitu golongan arab

berpendapat bahawa itu adalah perbuatan tunduk kepada manusia selain daripada Allah
maka ini bertentangan dengan ajaran islam bagi mereka .Ini adalah contoh yang sudah
terang lagi bersuluh bagi menyatakan perbezaan budaya mempengaruhi pengamalan fiqh
di sesuatu negara.
Adapun pengamalan fiqh di sesuatu mazhab itu adalah tidak sepenuhnya bercirikan
mazhab itu sepertimana yg berlaku di Malaysia bagi pelaksanaan zakat di Malaysia adalah
melalui pemberian wang bukannya pemberian barang asasi dan menurut Mazhab Syafie
adalah tidak sah kerana zakat itu mesti diberi dalam bentuk makanan asasi dengan kadar yg
tetentu manakala menurut Mazhab Hanafi adalah sah zakat itu sekiranya diberikan dalam
bentuk wang .

15

Bibliografi

Abdul Wahab Khallaf, Khulasah Tarikh Tasyri’ Islam.
Ahmad Asy-Syarbani, Sejarah dan Biografi Empat Imam Mazhab”, Semarang : Amzah,
1991.
Dedi Ismatullah, Sejarah Sosial Hukum Islam, Bandung: Pustaka Setia, 2011.
E.A. Ackerman, Introduce Of Geography. 1967.
Hayder, Abdullah. Mazhab Fiqh, Kedudukan dan Cara Menyikapinya. Riyadh: Khalid ibn
al-waleed, 2004.
Kamus Dewan, Edisi Ke-4, Hal 147

M. Ali Hasan, Perbandingan Mazhab, Jakarta : PT. Grafindo Persada, 2002.
Muhammad Jawad Mughniyah, Fiqh Lima Mazhab, Jakarta : Pt. Lentera Basritama.
Syaltut, Mahmud. Fiqh Tujuh Madzhab. Bandung : Pustaka Setia, 2000.
http://jurnaldiktum.blogspot.com/2015/01/aspek-sosio-kultural-dalam-kitab-kitab.html
http://khazanah-keislaman.blogspot.com/2015/08/makalah-sejarah-lahirnya-mazhabfiqh.html

16