FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA semester

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER/ TAHUN 2012

HBEF2103
PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI

:

840324135924001

NO. KAD PENGENALAN

:

840324135924

NO. TELEFON


:

013-8822434

E-MEL

:

gnarzjbj@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

:

OUM SIBU

HBEF2103

ISI KANDUNGAN


MUKA SURAT

1.0 Pengenalan

1

1.1 Definisi Pertumbuhan

1

1.2 Definisi Perkembangan

2

2.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan

2-3

dan Perkembangan
2.1 Faktor Baka


4-5

2.2 Faktor Pemakanan

5-6

2.3 Faktor Keluarga

6-7

2.4 Faktor Rakan Sebaya

7

3.0 Implikasi Perbezaan Individu Kepada Proses Pengajaran

8

dan Pembelajaran

3.1 Mengambil Kira Kesediaan Belajar

8

3.2 Menyesuaikan Objektif Dan Isi Pengajaran

9

Pembelajaran
3.3 Menangani Masalah Tingkah Laku Mengganggu

10-11

Pembelajaran
3.4 Kenal Pasti Perbezaan Gaya Kognitif Dan Gaya Belajar

11

4.0 Rumusan


12

5.0 Rujukan

13-14

1.0 Pengenalan
Di dalam proses pendidikan, kajian berkaitan tahap perkembangan seseorang amat penting
kerana ia terlibat dalam disiplin yang menentukan berlakunya perubahan pada seseorang
individu tersebut. Aspek perkembangan ini meliputi aspek intelek, sosial, emosi, kerohanian
1

HBEF2103

mahupun psikomotor individu tersebut.

Artikel ini akan mengupas berkaitan ciri-ciri

pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan kognitif yang berlaku terhadap dua orang murid
berlainan jantina dan berada dalam lingkungan umur 7-12 tahun. Kajian ini turut mengupas

faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan pertumbuhan dan perkembangan tersebut serta
implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru.

1.1 Definisi Pertumbuhan
Pertumbuhan menurut Kasnani Ab Karim (2006) bermaksud perubahan yang boleh dinilai
dan diukur secara kuantitatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain. Ia
melibatkan perubahan yang merangkumi ketinggian, berat badan dan sebagainya.
Pertumbuhan turut dilihat daripada aspek perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku
dalam diri seseorang.

Contohnya tulang-tulang rangka badan yang memanjang dan

bertambah apabila individu itu membesar. Peringkat pertumbuhan ini akan terhenti apabila
seseorang menjadi matang atau mencapai usia remaja ( Ramlan Jantan & Mahani Razali,
2002 )

Setiap kanak-kanak mempunyai kelainan dan keunikan peringkat pertumbuhannya sendiri.
Oleh itu, tidak terdapat dua orang individu yang benar-benar serupa walaupun dari pasangan
kembar sekalipun.


1.2 Definisi Perkembangan
Perkembangan ialah perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur.

Ia merupakan

perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan
peringkat yang lebih awal.

Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006) menyatakan

perkembangan sebagai perubahan-perubahan sistematik yang berterusan dalam diri seseorang
individu daripada mula lahir hinggalah ke saat kematiannya.

Ini disokong kuat oleh

Kamarudin (1997), yang menyatakan jika dibandingkan dengan pertumbuhan, perkembangan
lebih bersifat berterusan daripada awal permulaan percambahan sehingga akhir hayat sesuatu
2

HBEF2103


organisma.

menerangkan perkembangan ialah proses individu mencapai kematangan.

Semua perkembangan sama ada berbentuk fizikal, tingkah laku ataupun sahsiah adalah
mengikut aturan semulajadi dan sifat-sifat sejagat.

Pertumbuhan dan perkembangan saling berhubungkait antara satu sama lain. Pertumbuhan
yang tidak stabil akan mengganggu perkembangan rohani, emosi, sosial individu tersebut.

2.0 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Perkembangan
Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia dapat
dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu faktor endogen dan faktor eksogen. Faktor
endogen adalah faktor semulajadi yang dibawa oleh seseorang individu sejak dalam
kandungan dan merupakan faktor keturunan. Manakala faktor eksogen pula merupakan
faktor luaran lain yang meliputi persekitaran seseorang individu tersebut. Ia termasuklah
pemakanan, kualiti persekitaran, rangsangan otak, hubungan kasih sayang dengan keluarga
atau ibubapa dan peluang-peluang pembelajaran. Keluarga, sekolah, masyarakat dan rakan
sebaya juga memberi kesan kepada perkembangan.


Berikut adalah jadual perbandingan antara Pelajar A dan Pelajar B.
Pelajar A
Umum:
a.
b.
c.
d.

Pelajar B
Umum:

Bilangan adik beradik: 4 orang
Anak ke: 1
Pekerjaan ibu: Surirumah
Pekerjaan bapa: Pemandu lori

a.
b.
c.

d.

Ciri-ciri fizikal
a.
b.
c.
d.
e.

Bilangan adik beradik: 6 orang
Anak ke: 6
Pekerjaan ibu: Guru
Pekerjaan bapa: Guru

Ciri-ciri fizikal

Jantina: Lelaki
Tinggi: 1.12 m
Berat: 30 kg
Warna kulit: Gelap

Kesihatan: Baik dan tidak

a.
b.
c.
d.
3

Jantina: Perempuan
Tinggi: 1.25 m
Berat: 42 kg
Warna kulit: Cerah

HBEF2103

menghadapi sebarang penyakit

e. Kesihatan: Menghidapi penyakit lelah
f. Pancaindera: Mata rabun

berbahaya.
f. Pancaindera: Baik

Ciri-ciri perkembangan kognitif/mental:
Ciri-ciri perkembangan kognitif/mental:

a. Penguasaan bahasa: Baik
b. Penguasaan angka: Baik
c. Daya ingatan: Baik

a. Penguasaan bahasa: Sederhana
b. Penguasaan angka: Sederhana
c. Daya ingatan: Sederhana

Penglibatan diri:

Penglibatan diri:

a. Kurikulum: Baik
b. Ko-kurikulum: menjadi wakil sekolah

a. Kurikulum: Sederhana
b. Ko-kurikulum: Tidak aktif

untuk pertandingan perbahasan dan
bercerita

Ciri-ciri perbezaan

pertumbuhan dan perkembangan antara kedua-dua pelajar ini akan

disentuh berdasarkan faktor-faktor berikut:

2.1 Faktor Baka
Faktor endogen yang pertama ialah baka. Baka ialah pewarisan keturunan. Ia dianggap
sebagai perhubungan genetik antara manusia. Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura
Harun (2006) faktor endogen ialah sifat yang dibawa individu sejak dalam kandungan hingga
kelahiran.

Faktor endogen juga dikenali sebagai faktor keturunan atau pembawaan.

Pengaruh baka ke atas perkembangan kanak-kanak jelas dilihat daripada ciri-ciri fizikal, ciri
fisiologi, kecacatan mental, sahsiah dan kecerdasan. Hukum keturunan juga menyatakan
bahawa anak-anak berkecenderungan menyerupai sifat salah seorang atau kedua ibubapanya.

Daripada kajian ini, didapati pelajar A banyak mewarisi sifat-sifat fizikal bapanya yang
berkulit gelap dan berbadan rendah. Di dalam pencapaian kurikulum pula, didapati keputusan
pelajar A masih berada di dalam kategori sederhana jika dibandingkan dengan pelajar B.
Sebagaimana yang diketahui umum, kecerdasan seseorang berkait rapat dengan baka
ibubapa. Hal ini dibuktikan dengan ciri-ciri perkembangan kognitif yang berlaku antara
4

HBEF2103

pelajar A dan pelajar B. Masalah perkembangan kognitif yang dihadapi oleh pelajar A boleh
dikatakan berpunca daripada baka kerana ibubapanya sendiri mempunyai sejarah pendidikan
yang kurang memuaskan. Malahan faktor ini turut memberi kesan kepada adik-beradiknya
yang lain.

Perkara ini berbeza dengan pelajar B. Lahir daripada latar belakang keluarga yang bijak dan
pintar serta berpelajaran tinggi. Ibubapanya bertugas sebagai guru dan kebanyakkan adikberadiknya melanjutkan pelajaran di institusi tinggi. Pelajar B ini juga banyak mewarisi sifat
fizikal daripada bapanya yang berbadan gempal, rendah, berkulit cerah dan berkacamata.
Pelajar B ini turut mewarisi penyakit lelah ibunya.
Melalui ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan yang dibincangkan di atas, ini
membuktikan faktor perbezaan individu tersebut berpunca daripada baka atau pewarisan.

2.2 Faktor Pemakanan
Pemakanan yang teratur dan berkhasiat amat membantu dalam perkembangan dan
pertumbuhan manusia.

Ia penting kerana kurangnya zat makanan akan menimbulkan

masalah kesihatan yang boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
contohnya kurang berat badan, daya tahan badan yang lemah dan mudah dijangkiti penyakit.
Begitulah juga sekiranya pemakanan kanak-kanak ini tidak dikawal dan berlebihan daripada
keperluan sebenar badan.

Masalah seperti kegemukan, cepat lelah malahan penyakit-

penyakit berbahaya seperti sakit jantung, kencing manis boleh timbul jika ia dibiarkan
berterusan. Masalah-masalah tersebut bukan sahaja boleh mengganggu pertumbuhan dan
perkembangan fizikal semata-mata malahan boleh menyebabkan gangguan emosi akibat rasa
rendah diri, marah, geram dan kecewa kerana kekurangan yang dihadapi.

Pelajar A umpamanya menghadapi masalah kekurangan berat badan dan mengalami masalah
anemia. Melalui soal selidik bersama pelajar A, beliau seringkali duduk di dalam kelas dan
tidak makan pada waktu rehat. Alasan yang sering diberikan adalah masalah duit untuk
membeli makanan di kantin. Melalui maklumat yang diperolehi daripada guru kelasnya,
pelajar ini berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Bilangan saraan yang ramai
amat membebankan ibubapa pelajar A ini untuk memenuhi keperluan keluarga. Masalah ini
5

HBEF2103

turut memberi kesan kepada pembelajarannya kerana seringkali dikecualikan daripada
mengikuti aktiviti lasak.

Pelajar B pula dikategorikan sebagai pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga yang
agak senang. Oleh itu, dengan wang saku yang banyak pelajar

ini mampu membeli

makanan yang dikehendakinya tanpa dikawal. Dengan berat badan yang tidak seimbang,
pelajar B seringkali mengalami masalah keletihan. Dengan ini, maka terbuktilah bahawa
pemakanan turut menjadi faktor kepada perbezaan pertumbuhan dan perkembangan fizikal
serta mental seseorang pelajar.

2.3 Faktor Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang individu. Pelajar
yang baik biasanya lahir daripada keluarga yang bahagia dan mempunyai hubungan yang
erat. Seseorang pelajar tersebut biasanya menerima pembelajaran awal secara tidak langsung
melalui pengalaman atau pendedahan yang dialaminya dalam sesebuah keluarga. Corakcorak kehidupan keluarga yang meliputi pemakanan, asuhan dan status ekonomi contohnya
akan mempengaruhi perbezaan perkembangan mental dan fizikal seseorang pelajar tersebut.

Pelajar A ialah seorang pelajar yang mempunyai sahsiah yang agak baik dan
bertanggungjawab serta mampu berdikari sendiri. Didikan keluarganya yang bersifat
otoritatif di mana ibubapa pelajar ini lebih memberi kebebasan kepadanya untuk berdikari.
Lebih-lebih lagi beliau merupakan anak sulong dalam keluarganya. Apabila pelajar ini
mampu berdikari sendiri tanpa mendapat bantuan daripada orang lain, ini akan membantu
perkembangan mentalnya kerana ia memberi pengalaman sebenar terhadap sesuatu situasi.

Situasi pelajar B pula berbeza daripada pelajar A. Pelajar B merupakan anak paling bongsu
dan manja dalam keluarga. Secara umumnya pelajar B ini agak mudah berputus asa dan
tidak suka berusaha lebih. Ini disebabkan oleh asuhan keluarga yang kurang menggalakkan
pelajar ini berusaha sendiri. Semua keperluan diberikan dengan mudah tanpa mengambilkira
kesannya terhadap sikap pelajar tersebut. Ia bukan sahaja memberi kesan terhadap sikap
6

HBEF2103

malahan ia boleh menyebabkan keadaan fizikal pelajar ini menjadi semakin lemah akibat
berat badan yang bertambah. Sikap suka mengarah dan bergantung dengan pertolongan
orang lain menyebabkan pemikiran pelajar ini menjadi sempit dan kurang daya kreatif untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.

2.4 Faktor Rakan Sebaya
Rakan sebaya merupakan salah satu komuniti penting dalam pembelajaran individu menurut
Teori Ekologi Bronfenbrenner.

Pelajar A belajar di dalam kelas yang agak lemah jika

dibandingkan dengan pelajar B.

Rakan-rakan sebaya daripada kelas pelajar A ini

kebanyakkannya terdiri daripada pelajar yang agak lemah dan bermasalah.

Sikap-sikap

seperti malas dan sambil lewa semasa belajar di kalangan rakan sebaya sedikit sebanyak turut
mempengaruhi pelajar A. Pelajar A gemar menghabiskan masa lapang bersama-sama rakan
sebayanya. Pengaruh rakan sebaya ini akan memberi kesan terhadap perkembangan pelajar
tersebut kerana apabila terjebak dengan budaya yang kurang sihat, maka amalan seperti
pemakanan dan aktiviti seharian turut terganggu.

Ini boleh menyebabkan gangguan

perkembangan fizikal dan kognitif sekaligus.

Situasi pelajar B amat berbeza kerana pelajar ini ditempatkan di dalam kelas yang berprestasi
tinggi. Oleh itu, budaya dan amalan pembelajaran di kalangan rakan sebaya pelajar B juga
berbeza jika dibandingkan dengan pelajar A. Secara umumnya, motivasi dalaman untuk lebih
berjaya di kalangan rakan sebaya akan membantu perkembangan kognitif kepada pelajar B.
Kebiasaannya pelajar-pelajar dari kelas yang pintar kurang gemar dengan aktiviti-aktiviti
yang melibatkan psikomotor. Oleh itu, pelajar B juga kelihatan kurang gemar melibatkan diri
dengan mana-mana sukan atau aktiviti lasak. Hal ini akan mempengaruhi perkembangan
fizikal pelajar tersebut di mana pelajar ini lebih cepat keletihan jika dibandingkan dengan
pelajar-pelajar yang gemar bersukan dan beriadah.

3.0 Implikasi Perbezaan Individu Kepada Proses Pengajaran dan Pembelajaran
7

HBEF2103

Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan di kalangan pelajar amat penting dan perlu
diambilkira dalam merancang proses pembelajaran yang berkesan. Sehubungan itu, guru
perlu bijak merancang pengajarannya agar bersesuaian dengan tahap perkembangan dan
perbezaan individu setiap pelajarnya. Berikut merupakan aspek-aspek implikasi perbezaan
individu terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dibincangkan:

3.1 Mengambilkira Kesediaan Belajar
Sepertimana yang telah dibincangkan di atas, perbezaan individu tersebut dipengaruhi oleh
faktor endogen dan eksogen. Kepelbagaian latar belakang pelajar menyebabkan setiap orang
daripada mereka adalah unik dan berbeza. Maka, ini turut menyebabkan tahap kesediaan
belajar para pelajar ini turut berbeza. Oleh itu guru perlu bijak menggunakan strategi dan
pendekatan yang bersesuaian contohnya melalui aktiviti berkumpulan, pemulihan, pengayaan
dan sebagainya. Perancangan rapi amat penting kepada guru agar dapat memberi layanan
yang sewajarnya kepada murid-murid sekaligus dapat mengelakkan guru bersikap pilih kasih.

Dalam keadaaan tertentu yang memaksa guru menghabiskan sukatan pelajaran, kaedah
pengajaran yang menyeluruh terpaksa digunakan bagi menjimatkan masa dan memudahkan
guru. Namun begitu, ia akan memberi kesan terhadap pelajar yang ketinggalan kerana tidak
dapat menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. Jika dibiarkan berlarutan maka pelajar ini
akan terus tercicir. Maka dalam situasi begini, guru perlu melakukan proses pemulihan
dengan serta merta bagi mengelakkan masalah-masalah pembelajaran pelajar tersebut terus
berhimpun sehingga sukar untuk dipulihkan. Guru juga boleh menggunakan pelbagai contoh,
media pengajaran, gerak kerja bertulis mahupun lisan, latih tubi dan sebagainya dalam
pengajarannya. Tindakan seperti ini akan membantu pelajar membina konsep dengan lebih
mudah dan nyata sekaligus memberi manfaat kepada pelajar yang memiliki tahap kesediaan
belajar yang berbeza.
3.2 Menyesuaikan Objektif dan Isi Pengajaran Pembelajaran
Penentuan objektif dan isi pengajaran dan pembelajaran amat penting dan memerlukan guru
tersebut menekankan pelbagai aspek antaranya pengetahuan atau pengalaman sedia ada dan
tahap perkembangan kognitif pelajar tersebut. Menurut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget,
objektif dan isi pembelajaran tersebut perlulah diorganisasikan daripada konkrit kepada
abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman
8

HBEF2103

baru, daripada mudah kepada yang lebih sukar mengikut tahap perkembangan individu
pelajar tersebut. Contohnya bagi pelajar yang baru memasuki peringkat pengolahan konkrit,
guru harus menyedari bahawa pelajar tersebut masih mengembangkan daya fikiran logik
namun masih terikat kepada keperluan idea yang konkrit dan nyata. Oleh itu guru perlu
menyesuaikan objektif dan isi pengajaran berlandaskan objek-objek konkrit atau aktivitiaktiviti nyata seperti simulasi dan amali.

Mazhab Kognitif menekankan bahawa pembelajaran kanak-kanak berlaku secara
berperingkat-peringkat. Penguasaan sesuatu maklumat utama amat penting sebelum pelajar
tersebut dapat menguasai satu peringkat yang selanjutnya. Guru harus memikirkan tahap
kemampuan berfikir pelajar, kemampuan untuk membina konsep,

keupayaannya

mewujudkan suasana yang nyata dan sebagainya bagi memastikan maklumat yang
disampaikan dapat dikuasai oleh pelajar.

Penyesuaian isi pelajaran berdasarkan faktor

kemampuan dan kematangan dalam pembelajaran amat penting kerana mengajar pelajar
tentang sesuatu yang belum sampai pada masanya akan mengambil masa yang lebih panjang
daripada mengajar pelajar yang sudah mencapai tahap kematangan kognitif dan
kemampuannya.

3..3 Menangani Masalah Tingkah Laku Mengganggu Pembelajaran
Guru perlu memahami tingkah laku pelajar agar persefahaman dan perhubungan yang baik di
antara murid dan guru dapat dicapai. Guru akan bersifat lebih bertimbang rasa terhadap
pelajar tersebut setelah memahami tingkah laku dan punca berlakunya tingkah laku tersebut.
Pelajar yang lemah contohnya memang memerlukan bimbingan dan perhatian daripada guru
kerana kebiasaannya pelajar ini kurang bermotivasi, kurang berdisiplin, tidak tahu cara
belajar, mudah berputus asa, malas berusaha dan sebagainya. Tingkah laku sebegini akan
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran jika dibiarkan berlarutan. Oleh itu guru
perlu memikirkan cara untuk mengatasi umpamanya dengan mengambil pendekatan individu,
9

HBEF2103

bimbingan dan kaunseling mahupun pemulihan.

Terdapat juga sebilangan pelajar yang

bertingkah laku positif namun dalam situasi tertentu boleh mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran.

Contohnya seperti kerap bertanya dan memberi pandangan tanpa

keperluan, cepat menghabiskan tugasan.

Menurut Teori Pelaziman Operan Skinner, peneguhan perlu diberikan secara berterusan dan
berkala terhadap tingkah laku pelajar sama ada berbentuk positif mahupun negatif. Dalam
menangani tingkah laku mengganggu pembelajaran, guru perlu menyesuaikan bentuk-bentuk
peneguhan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini tersebut.
Peneguhan perlulah berkala dan berpatutan agar menjamin tingkah laku positif dapat
dikekalkan dan menghapuskan tingkah laku negatif.

Menurut Robert Havighurst yang memperkenalkan teori pembelajaran berasaskan konsep
tugas-tugas perkembangan pula, kanak-kanak pada tahap umur 6-12 tahun akan mulai belajar
bertolak ansur dengan rakan sebaya dan mula membentuk kelompok sosial melalui
persahabatan.

Pengaruh rakan sebaya pada peringkat ini akan memberi kesan terhadap

perubahan tingkah laku seseorang pelajar.

Guru perlu memainkan peranan dalam

menerangkan konsep dan fungsi rakan sebaya dalam kehidupan seharian pelajar. Hal ini
bertujuan agar pelajar ini sedar akan kepentingan memilih rakan yang akan membawa
kebaikan mahupun sesuatu keburukan pada diri mereka. Jika guru tidak mencegah dari awal,
kemungkinan pelajar tersebut akan terjebak dengan anasir-anasir negatif amatlah besar.

3.4 Kenalpasti Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar
Guru harus menyedari setiap orang pelajar mempunyai gaya kognitif dan gaya belajar yang
berbeza. Oleh itu, penggunaan kaedah dan strategi yang pelbagai diperlukan bagi memenuhi
keperluan tersebut.

Sehubungan itu, strategi utama yang boleh membantu guru dalam

memenuhi kepelbagaian gaya belajar di kalangan pelajarnya ialah melalui strategi
berpusatkan murid dan bahan. Pembelajaran masteri merupakan salah satu strategi tersebut
yang telah dikaji dan didapati mampu mengatasi masalah kepelbagaian gaya belajar. Ia
menitikberatkan penguasaan pembelajaran secara perseorangan, berkumpulan mahupun
secara keseluruhan.

Maka dengan itu, guru perlu menguasai kemahiran pengelolaan
10

HBEF2103

pendekatan dan strategi yang bersesuaian bagi membantu keberkesanan pengelolaan sebarang
aktiviti di dalam kelas.

Penyediaan media dan bahan bantu mengajar yang boleh merangsang pelbagai deria pelajar
juga akan membantu guru memenuhi pelbagai gaya belajar dan gaya kognitif ini. Contohnya
bagi pelajar yang lebih mudah menerima maklumat melalui visual, guru boleh menggunakan
gambar, graf dan paparan video. Manakala bagi pelajar verbal pula, guru boleh menyediakan
media berbentuk teks dan suara rakaman. Perbincangan juga boleh membantu pelajar verbal
ini untuk menguasai pelajaran dengan lebih mudah namun guru perlu merangka isu-isu
tertentu yang bersesuaian untuk dibincangkan.

4.0 Rumusan
Perbezaan individu yang merangkumi tahap pertumbuhan dan perkembangan menjadikan
setiap pelajar tersebut unik dan berbeza. Kajian terhadap perbezaan individu ini mencakupi
pelbagai aspek seperti kadar perkembangan kognitif, fizikal, emosi, sosial, keperluan
motivasi, gaya belajar dan sebagainya. Perbezaan ini berpunca daripada pelbagai faktor yang
dikategorikan sebagai faktor endogen dan eksogen.

Kefahaman dan ketelitian guru dalam mengamati perbezaan individu di samping
mengenalpasti faktor-faktor penyebab perbezaan individu di kalangan pelajar ini amat
membantu dalam merancang dan memenuhi keperluan pelajarnya. Kejayaan sesuatu
pengajaran amat bergantung terhadap keprihatinan dan kegigihan guru dalam mengambil kira
perbezaan dan keperluan pelajar. Oleh itu, kajian psikologi berkaitan pembelajaran yang
merangkumi aspek perbezaan dan keunikan individu ini amat diperlukan dalam proses
pendidikan yang lebih terarah dan tidak melulu.
11

HBEF2103

( 2614 patah perkataan )

5.0 Rujukan
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan. (2009). [Online].
Available: http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/faktor-faktor-yangmempengaruhi_17.html. [2009, July 17]
Kamarudin Hj. Husin. (1997). Psikologi bilik darjah asas pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distrubutors Sdn. Bhd.
Kasnani Ab Karim (et. al.). (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya :
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Khairi. (2009). Faktor-faktor perkembangan dan pertumbuhan individu. [Online].
Available: http://khairi25.wordpress.com/2009/07/20/faktor-faktor-perkembangan-danpertumbuhan-individu. [2009, July 20].
Mok, Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan untuk pengajaran-pembelajaran.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
12

HBEF2103

Mok, Soon Sang. (2010). Kompetensi kecerdasan emosi. Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Mya Afifi. (2009). Teori pembelajaran Robert Havighurst. [Online].
Available: http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/teori-perkembangan-roberthavighurst.html. [2009, August 2]
Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn
Bhd.
Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun. (2006). Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan
Untuk Prasarjana Muda dan KPLI. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Silberman, Mel. (2004). Pembelajaran aktif. ( Penterjemah: Zainab Ahmad ).
Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

13

Kuala