BUDAYA BENDA PENGENALAN DAN PERMULAAN KE

BUDAYA BENDA: PENGENALAN DAN PERMULAAN KEPADA KAJIAN SENI DAN
BUDAYA MELAYU SARIBAS
Faridah Sahari (UNIMAS) dan Rahah Hj. Hasan (UNIMAS)
ABSTRAK
Kajian ini menyingkap penggunaan dan pengaplikasian metod kajian budaya
benda untuk mendokumentsi dan mengorginasasi koleksi budaya benda
masyarakat Melayu Saribas di Bahagian Betong, Sarawak. Kajian ini juga
cuba menyediakan garis panduan pendokumentasian yang berasaskan teori
budaya benda untuk mengekalkan dan melestarikan budaya benda, bermula
dengan pendekatan yang praktikal di mana pengaplikasian

nya boleh digunapaikai secara mudah dan efektif. Praktis ini yang bermula
dari peringkat yang paling asas hingga peringkat yang lebih tinggi akan
mampu mewujudkan satu dokumentasi yang mempunyai kesahihan yang
membolehkannya dirujuk dari sudut akademik, komersil dan koleksi antikuiti
yang bergantung sepenuhnya kepada kenadiran dan sejarah setiap satu
benda yang lahir dalam sesebuah masyarakat.
KATA KUNCI
Budaya Benda, Budaya Benda Saribas, Budaya Benda Borneo, Budaya Saribas, Melayu
Saribas, Budaya Visual Melayu Saribas.


PENGENALAN
Budaya benda (Material Culture) atau budaya material pada awalnya berasal dari
dalam lingkungan ilmu arkiologi dan etnologi sering digunakan dalam kajian berkenaan
artifak yang dijumpai dan yang terdapat dalam kesenian dan kebudyaan sesebuah
masyarakat (Prown, 1982).

Namun dalam wacana baru kajian berkenaan bahan budaya

kebelakangan ini pendekatan kajian budaya benda sering digunakan dan diperluaskan dalam
kajian lain seperti kebudayaan, antikuiti dan kesenian kerana kesuaian metod ini untuk kajian
yang berkaitan bahan budaya dan budaya visual yang dikaitkan dengan warisan dan identiti
masyarakat.
Dalam kajian ini fokus bahan budaya yang diketengahkan akan dipusatkan kepada
Melayu

Saribas

dengan

pelbagai


konotasi

terhadap

pelestarian

kemanusiaan

dan

kebudayaannya. Kajian bahan budaya masyarakat Melayu Saribas boleh dianggap kritikal
kerana hingga kini Saribas masih tidak mempunyai muzium sendiri yang mengumpulkan
koleksi-koleksi spesifik kepada masyarakat mereka yang boleh dianggap kompleks kerana
mereka mempunyai kepelbagaian dari segi sumber pendapatan, yang darinya terhasil atau
wujud atas dasar keperluan dan pelestarian kehidupan seharian pelbagai bahan budaya yang
mempunyai maksud dan kenadiran yang tersendiri.

Pastinya tanggungjawab ini terletak


pada setiap warganya yang merupakan pengamal dan ahli dalam masyarakat, di mana
mereka secara berterusan memindahkan amalan yang berkaitan budaya daripada pengamal
sebelumnya kepada pengamal baru iaitu generasi yang seterusnya.

Atau, sekiranya ada

institusi yang lebih terancang maka bolehlah diwujudkan galeri atau muzium yang khusus
kepada keperluan ini, namun sebelum semua ini boleh diwujudkan, ia memerlukan kabinet
koleksi (Cabinet Of Curiosity) dan aktiviti mengumpul koleksi yang akan membuka pintu
kepada pendefinasian terhadap antikuiti Melayu Saribas yang lebih fokus serta merangsang
penyelidikan dan kajian berterusan secara spesifik kepada bidang ini.
Seperti yang berlaku kepada kebanyakan masyarakat di dunia, modernisasi dan
globalisasi banyak mendatangkan perubahan dan pembaharuan yang menyentuh pelbagai
aspek kehidupan masyarakat secara langsung atau tidak langsung. Dalam perubahan ini
banyak perkara yang berbentuk kebendaan atau yang tidak tangible, umpamanya amalan,
adat, ritual yang ditinggalkan atau diperkecilkan kepentingannya yang lama kelamaan akan
menyebabkan ia tidak lagi signifikan kepada masyarakat secara keseluruhan, kerana
kesamaan dalam kepercayaan dan amalan amat penting untuk identiti sesebuah masyarakat
dan ini menyebabkannya tidak boleh hanya diamalkan oleh seseorang individu atau
sekelompok manusia dalam sebuah masyarakant yang besar (Lihat Gambar 1). Amalan

yang ditinggalkan sedikit demi sedikit ini bukan sahaja menghilangkan aspek intrinsik dalam
kepercayaan dan adat tetapi juga akan menghilangkan semua kebendaan fizikal yang

berkaitan, malahan akan menghapuskan sekali pembuat, kemahiran dan nilai pembuatan,
ilmu dan teknik pembuatan dan yang lebih merugikan adalah

pelbagai potensi

perkembangan dan kelestarian sesebuah kesenian. Seperti kenyataan Fiona Leiberick di
bawah yang menyatakan tentang keperluan kritikal terhadap kajian ini kepada sesebuah
kaum atau masyarakat perlu dilaksanakan demi kepentingan beberapa perkara iaitu
kesinambungan sesebuah masyarakat, keberadaan warisan masyarakat dan mempromosi
serta memartabatkan identiti masyarakat.

There is a vital need for more wide spread recognition of the imporance of
material culture ini shaping and buttressing cultural worlds, in maintaining

social continuity, in providing a sense of heritage, and in promoting and

reinforcing ethnic indentity


.Such programmes would provide an

accurate and informed foundation and for further promoting awareness and
appreciation of

..cultural heritage and ethnicity through such avenues

as publication, arts and crafts development, travelling exhibitions, regional
museums and school worckshops in traditional skills (Leibrick 1989:199)

Gambar 1: Contoh gambaran sesebuah amalan dalam masyarakat.
OBJEKTIF KAJIAN BAHAN BUDAYA
Kajian ini pastinya telah mencapai masa yang tepat untuk dimulakan memandangkan
masyarakat kita telah terlalu lama mempertanggungjawabkan aktiviti pelestarian budaya dan
warisan kepada pihak luar.

Dari zaman penjajah lagi masyarakat tempatan hanya

menyerahkan tanpa persoalan, kepada pihak pemerintah dan badan-badan kerajaan untuk

menjalankan aktiviti pemeliharaan dan pendokumentasian budaya masyarakat tempatan.
Dengan adanya ahli yang berpendidikan dalam setiap rumah pada masa kini maka telah tiba
masanya aktiviti ini boleh dijalankan secara persendirian dan dipraktikkan sebagai amalan
dan boleh dibudayakan dalam setiap rumah seperti yang dilakukan oleh masyarakat barat
yang menggarap kemodenan dari era Renaisan, Baroque dan Rococo iaitu era yang
mempunyai peninggalan bahan budaya yang sangat terperinci dan menyeluruh dalam
pelbagai aspek kehidupan masyarakatnya. Daripada bahan budaya ini juga wujudnya kajiankajian dari pelbagai sudut seperti antikuiti, budaya visual, sejarah seni, ikonologi dan
ikonografi, aestetik dan banyak lagi.
Tidak dinafikan budaya atau amalan menggumpul dan membuat koleksi bahan
budaya wujud dalam keluarga dan rumah penempatan orang Melayu, terutama golongan
aristokrat sejak dahulu, contohnya seperti barangan tembaga, tembikar, kain songket dan
bahan tenunan lain.

Tetapi malangnya aktiviti ini tidak melibatkan dokumentasi dan

perekodan seperti rekod pembelian atau pemberian yang berbentuk penulisan atau yang
berbentuk rekod yang berbentuk visual seperti fotografi, lakaran atau lukisan.
Apa-apa dokumentasi sekiranya ada tidak pernah diorganisasikan secara sistematik
dan terancang oleh pemiliknya, atau oleh pemegang amanah yang menjaga harta benda
sesebuah keluarga. Dalam setiap rumah, kewujudan koleksi ini dilihat sebagai pemandangan

lazim dalam rumah orang Melayu. Nilai yang wujud disekitar perkembangan ini juga tidak
pernah diambil kira secara serius oleh mana-mana pihak, sebagai bahan yang mempunyai
signifikasi sejarah, atau paling tidak pun setakat catatan yang paling asas iaitu nilai
sentimental pemiliknya terhadap koleksi yang dimiliki.
Penglibatan

masyarakat

itu

sendiri

dalam

aktiviti

pendokumentasian

dan


pengorganisasian ini perlu supaya bermula budaya baru yang boleh dilanjutkan kepada

generasi baru yang merupakan mekanisma penting dalam memastikan kesinambangan
budaya dan identiti masyarakat Melayu Saribas supaya tidak kabur atau dikorupsi oleh
amalan budaya yang tidak

berkenaan, lebih-lebih lagi dalam era yang sentiasa

mempermudahkan dan mengambil jalan pintas dalam melaksanakan pelbagai ritual dan adat
budaya.
Garis panduan yang diwujudkan dalam kajian ini yang didasarkan pada metod dan
teori yang telah dipermudahkan dan diperhaluskan bersesuaian dengan penggunaan
tempatan dan menjurus kepada keperluan bahan budaya yang relevan. Pengaplikasian yang
realistik dan mudah amat perlu supaya ia boleh diterima dan diguna pakai oleh setiap
golongan masyarakat Melayu Saribas, tidak kira mereka mempunyai koleksi yang pelbagai
atau hanya memiliki bahan budaya yang terhad dalam rumah mereka. Garis panduan ini
hanyalah satu permulaan yang rendah diri kerana kajian ini mengharapkan kepada siri kajian
yang panjang yang akan diteruskan hingga wujudnya pangkalan data yang lengkap dan
menyeluruh untuk rujukan setiap aspek budaya Melayu Saribas. Dalam perkembangan ini
juga dikemukakan secara berterusan dokumentasi pembangunan dan perkembangan garis

panduan ini, supaya ia sentiasa diperbaiki dan berinovasi untuk penggunaan yang
bersesuaian dengan perubahan dan keperluan semasa masyarakat Melayu Saribas itu sendiri
dan pengkaji-pengkaji akan datang dalam bidang ini.

KEPENTINGAN KAJIAN BUDAYA BENDA
Budaya benda diterjemahkan dalam pelbagai bentuk oleh para sarjana mengikut
bidang masing-masing termasuk objek, artifak dan benda. Walaubagaimanapun, para
sarjana bersependapat bahawa budaya benda adalah objek yang diperbuat dan digunakan
oleh manusia yang disesuaikan dengan konteks budaya, kepercayaan dan nilai kehidupan
yang membentuk identiti dan kelestarian sesebuah kelompok masyarakat dan bangsa itu
sendiri (Dant, 2005; Geertz, 1973; Hodder, 2012; Malinowski, 1932; Fleming, 1974).
Menurut Prown (1982), kepentingan terhadap kajian budaya benda berdasarkan
kepada empat elemen: 1) tahap kognitif

kepakaran/kearifan, 2) kegiatan aktiviti, 3)

aksesibiliti bahan dan teknologi pembuatan dan 4) nilai, kepercayaan dan kecenderungan
pilihan pembuat dan pengguna objek. Dalam kajian budaya benda, objek digunakan sebagai
data primer, mengaitkan hubungan manusia dengan kebendaan dalam memahami pelbagai
aspek budaya dan sosial, kepercayaan, nilai serta persekitaran.

Manakala dalam bidang antropologi dan arkeologi, budaya benda digunakan sebagai
bukti fizikal untuk memahami sejarah manusia dan aktiviti-aktiviti kebudayaan (Lavenda &
Schultz, 2010). Dalam aspek teknologi pula, kajian budaya benda digunakan sebagai kaedah
investigasi untuk mengesan bagaimana sesuatu objek itu digunakan, dibuat dan direka
bentuk yang seterusnya untuk mengaitkannya dengan paten dan perubahan penggunaan,
perkembangan teknologi dan inovasi (Schiffer & Skibo, 1987; Schiffer et. al, 1994; Skibo &
Schiffer, 2009; Schiffer et. al, 2010). Justeru, kajian budaya benda membantu para sarjana
mengintepretasikan pelbagai aspek ketamadunan masyarakat yang dikaji.

KAJIAN BUDAYA BENDA MELAYU SARAWAK
Kajian budaya benda masyarakat Melayu Sarawak masih lagi baru.

Walaupun

Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia, namun terdapat perbezaan yang amat ketara
dari segi kearifan lokal dan warisan antara Melayu Sarawak dan Melayu di Semenanjung
Malaysia (Awang Azman, 2010). Kajian budaya benda Melayu Sarawak yang ada kebanyakan
hanya tertumpu kepada Melayu di bahagian Kuching seperti buku oleh Hajjah Maimunah
(1999) Glimpses of Malay Life in Sarawak dan Siti Zaharah Abang Husaini (1991 cited in
Awang Azman, 2010). Kedua-dua buku tersebut memaparkan kehidupan masyarakat Melayu

Sarawak

di kampung-kampung

sekitar Kuching

secara am meliputi aktiviti-aktiviti

kebudayaan, budaya benda, bahasa, warisan dan tradisi. Manakala, kajian budaya benda
masyarakat Melayu di bahagian-bahagian lain di Sarawak adalah amat kurang.

Justeru

keperluan untuk kajian ini dilihat amat kritikal.
Oleh kerana kekurangan kajian dan hasil dapatan mengenai budaya benda
masyarakat Melayu Saribas, ia menjadi halangan dan cabaran utama para pengkaji untuk
mendapatkan data. Maka, dokumentasi dan katalog untuk

penghasilan inventori budaya

benda masyarakat Melayu Saribas dilihat langkah drastik dan tindakan jangka pendek yang
boleh dipertimbangkan. Hasil dapatan daripada kajian fundamental budaya benda ini akan
menjadi titik tolak kepada kajian-kajian lanjut berkaitan hubungan antara masyarakat Melayu
Saribas dan budaya bendanya dalam membantu memahami pelbagai aspek budaya, sosial,
ekonomi, nilai, kepercayaan, bahasa dan kearifan lokal masyarakat itu sendiri. Seterusnya,
kajian susulan seperti kajian perbandingan antara masyarakat Melayu di bahagian-bahagian
lain di Sarawak dan Melayu Semenanjung akan dapat direalisasikan.

METODOLOGI KAJIAN BUDAYA BENDA
Para sarjana dalam pelbagai disiplin telah banyak memformulasi metodologi kajian
budaya benda dalam penganalisaan objek seperti Finley (1990), Fleming (1974), Prown
(1980) dan Skibo and Schiffer (2009). Model analisa Fleming, Prown dan Skibo & Schiffer
yang menjadi asas kepada methodologi kajian dalam mendokumentasi dan pengkatalogan
yang disarankan dalam artikel ini kerana kombinasi ketiga-tiga model ini mengambil kira
hubungan objek dengan manusia, budaya, nilai dan teknologi selain daripada aspek-aspek
asas dalam kaedah penganalisaan dalam model-model sedia ada seperti pemerhatian
terhadap rekabentuk fizikal, kaedah dan bahan pembuatan dan fungsi objek.

METODOLOGI PENGKATALOGAN & PENDOKUMENTASIAN
Tujuan utama kajian ini adalah untuk menkodumentasikan budaya benda dalam kalangan
masyarakat Melayu Saribas; samada di peringkat individu ataupun komuniti kampong
sebagai satu langkah awal usaha pelestariannya. Untuk tujuan kajian ini, penggunaanj adual
disaran untuk memudahkan aktivit ipengdokumentasian dan memastikan aspek-aspek
penting telah direkodkan. Oleh kerana budaya benda merangkumi kepelbagaian objek yang
sangat luas, maka Prown (1980) menyarankan agar klasifikasi objek dilakukan mengikut
fungsi selain untuk tujuan pengkatalogan untuk kemudahan pengaksesan maklumat. Enam
kategori yang disarankan oleh Prown ialah:
1. Art (paintings, drawings, print, sculpture, photography)
2. Diversions (books, toys, games, meals, theatrical performances)
3. Adornment (jewellery, clothing, hairstyles, cosmetics)
4. Modifications of the landscape (architecture, agriculture)

5. Applied arts (furniture, furnishings, receptacles)
6. Devices (machines, vehicles, musical instruments, implements, scientific instruments)
Namun begitu, kategori-kategori ini, masih boleh dimodifikasikan mengikut keperluan kajian
dan kepentingan budaya masyarakat yang dikaji. Jadual 1 memaparkan jadual yang akan
digunakan untuk merekodkan maklumat asas objek yang dikaji untuk tujuan pengkatalogan
dan pendokumentasian.
Jadual 1 Jadual Pengkatalogan dan Pendokumentasian

Objek
Nama:
Kategori:

Maklumat Asas
Sejarah/Latarbelakang

Bahan Pembuatan

Photo/ilustrasi

Kaedah Pembuatan
Reka bentuk
Dimensi:
Struktur/bentuk/stail/ornament:
Fungsi

Maklumat Panggilan
(Klasifikasi objek)

Contoh-seramik

Catatan

JADUAL APLIKASI PENGKATALOGAN & PENDOKUMENTASIAN
Jadual 2 menunjukkan contoh jadual aplikasi pengkatalogan dan pendukementasian untuk
ingen iaitu bakul Orang Ulu.
Jadual 2 Jadual Aplikasi Pengkatalogan dan Pendokementasian

Objek
Nama: Ingen
Kategori: Bakul

Maklumat Asas
Catatan
Sejarah/Latarbelakang
Bakul yang dibuat
dan digunakan oleh Sedikit perubahan
masyarakat
Orang Ulu iaituKayan dan dari segi saiz dan
Kenyah ketika menuai padi.
penambahan
bahagian pada
ingen kerana
BahanPembuatan
Rotan Wei letikan (Calamus caesius) untuk perubahan
terhadap fungsi; i)
struktur utama bakul
Wei seringan (Daemonorops sabut) untuk sebagai bakul
pengankut muatan
rangka dan tiang
hasil tuaian dari
huma ke ruang
KaedahPembuatan
penyimpanan dan
Anyaman
ii) untuk penyimpan
padi di ruang
Rekabentuk
penyimpanan
Dimensi: Ø30cm and ↨50cm tinggi.
Struktur/bentuk/stail/ornament:
Bakul yang berbentuk silinder dan berdasar
segiempat.
Mempunyai taket (tiang) pada setiap empat
sudut bakul berfungsi untuk menyokong dan
menstabilkan struktur ketika bermuatan.

Maklumat Panggilan
(Klasifikasi objek)

Fungsi
Bakul untuk memuatkan hasil tuaian padi
Bakul rotan
(Seni gunaan)

KESIMPULAN
Kajian budaya benda penting dalam memahami pelbagai aspek penting sesebuah
kelompok masyarakat meliputi budaya, sosial, kegiatan ekonomi, kepercayaan, nilai, kearifan
dan teknologi. Memandangkan pada masa kini kajian dalam bidang ini masih ditahap yang
kurang memuaskan dan belum menyeluruh maka, kajian budaya benda Melayu Sarawak
terutamanya dari Bahagian Saribas perlu dijalankan pada kadar segera dan diberikan
keutamaan. Kajian ini juga bertujuan untuk membuat inventori budaya benda masyarakat
Melayu di Saribas sebagai titik permulaan dan langkah drastik dalam usaha pendokumentasian
objek yang masih wujud dan yang sedang diancam kepupusan dalam dunia kehidupan
masyarakat sekarang. Hasil daripada pengkatalogan dan pendokumentasian diharap dapat
membantu para penyelidik mendapatkan data dan membuat analisa, seterusnya memahami
budaya, sosial, kegiatan ekonomi, kepercayaan, nilai, kearifan dan teknologi masyarakat
Melayu Saribas daripada pelbagai situasi samada dahulu mahupun sekarang.

CADANGAN
Pusat penyelidikan yang spesifik kepada kajian budaya Melayu Saribas dalam
pelbagai sudut pengkajian yang boleh merangsang bukan sahaja dokumentasi tetapi aktiviti
ransangan seperti latihan, program kesedaran dan penerangan terhadap warisan dan identiti
Melayu Saribas dilihat sebagai satu keperluan yang harus diwujudkan. Memperbanyakkan
penerbitan dokumentasi dalam pelbagai peringkat bukan sahaja yang berbentuk akademia
tetapi yang lebih menyeluruh dan dekat dengan hati masyarakatnya iaitu Melayu Saribas itu
sendiri seperti pantun, rima dan seloka.

Mewujudkan sebuah muzium pameran, pusat

koleksi dan interpretasi yang boleh menjadi pangkalan data dan koleksi fizikal, yang
boleh menerangkan dan memberikan pemahaman secara holistik secara berterusan tentang
sejarah dan signifikasi Melayu Saribas kepada warga Sarawak dan Malaysia umumnya.

RUJUKAN
Abang Yusuf bin Abang Puteh. (1998). The Malays of Sarawak: a socio-political portrait.

Kuching: Shobra Publications.

Awang Azman Awang Pawi. (2014). Adat Istiadat Tradisi Melayu Sarawak. Wajah Melayu

Sarawak: Rampaian Ilmu Budaya. Sarawak. Institut Pengajian Asia Timur dan Universiti
Malaysia Sarawak.
Awang

Azman

Awang

Pawi.

(2014).

Sarawak Malay Material Culture and their

Weltanschauung: Some Preliminary Research Themes and Findings. Faculty of Liberal Arts,
Prince of Songkla University.

Collins, J. T. (1987). Dialek Melayu Sarawak. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Dant, T. (2005). Materiality and Society. New York: Open University Press.
Finley, Gregg. (1990). The Gothic Revival and the Victorian Church in New Brunswick:
Toward a Strategy for Material Culture Research." Material History Bulletin 32, 1-16.

Flemming, E. McClung. (1974). Artifact Study: A Proposed Model. Winterthur Portfolio 9, 153173.

Geertz, C. (1973). The Interpretation of Cultures. New York: Basic Books Inc.
Hodder, I. (2012). Entangled An Archaeology of The Relationships Between Humans and

Things. Wiley-Blackwell.

Leibrick, Fiona M. (1989). The Power Of Objects: Material Culture s Strategic Importance To

Orang Ulu Ethnicity And The Processes Of Social Change. The Sarawak Museum Journal Vol61, 1989,199-213. Kuching:Sarawak Museum Department.

Maimunah Daud. (1999). Glimpses of Malay Life in Sarawak. Kuching: Yayasan Budaya
Melayu Sarawak.

Malinowski, B. (1932). Agronauts of Western Pacific. London: George Routledge & Sons Ltd.
Lavenda, R. H., & Schultz, E. A. (2010). Core Concept in Cultural Anthropology (4th ed.).
New York: McGraw-Hill.

McCracken, Grant. (1988). Meaning and Manufacture in the World of Goods. Culture and

Consumption, 71-89. Bloomington: Indiana University Press.

Prown, Jules. (1982). Mind in Matter: An Introduction to Material Culture Theory and

Method. Winterthur Portfolio, 1-19.

Schiffer, M. B., & Skibo, J. M. (1987, December). Theory and Experimenting: The Study of
Technological Change. Current Anthropology, 28(5), 595-622.

Schiffer, M. B., Hollenback, K. L., Skibo, J. M., & Walker, W. H. (2010). Behavioral

Archaeology: Principles and Practice. London: Equinox Publishing Ltd.

Schiffer, M. B., Skibo, J. M., Boelke, T. C., Neupert, M. A., & Aronson, M. (1994). New

Perspectives on Experimental Archaeology: Surface Treatmnents and Thermal Response of
the Clay Cooking Pot. American Antiquity, 59(2), 197-217.

Skibo, J. M., & Schiffer, M. B. (2009). People and Things A Behavioral Approach to Material

Culture. New York: Springer.

Yaacob, H. F. (1983). Kedudukan Melayu Sarawak Zaman Crown Colony, 1946-1963. Latihan

Ilmiah Tidak Diterbitkan. Bangi: UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia].