KOMUNIKASI KORPORAT MENTALITI DAN BUDAYA
KOMUNIKASI KORPORAT: MENTALITI DAN BUDAYA
KERJA1
oleh:
ABDUL RAHMAN AHMAD HANAFIAH (WIRAMANJA) 2
1. MUKADIMAH
Istilah komunikasi kerap diperkatakan dan disebut apabila
individu mengaitkan sesuatu dengan perhubungan. Sama ada
perhubungan tersebut berbentuk dua hala mahupun sehala.
Selain itu, ramai yang keliru apakah sebenarnya istilah
komunikasi dalam konteks perhubungan masyarakat. Ianya
sering berkonflik dengan displin lain yang seakan mempunyai
maksud yang serupa tetapi lain pengertian. Justeru, sukar bagi
seseorang mengukur, menilai, menterjemah makna yang tepat
bagi pengertian komunikasi yang sebenar.
Umum mengetahui perhubungan sosial dalam
masyarakat terbentuk dalam komunikasi. Komunikasi juga
mempunyai pengertian yang lebih luas dan merangkumi
pelbagai aspek kehidupan. Dalam kehidupan juga terbentuk
pelbagai macam dan tatacara komunikasi bergantung pada
budaya yang dianuti oleh individu. Individu juga tidak terikat
dengan pelbagai bentuk komunikasi yang boleh membelenggui
kehidupannya.
Namun, dalam tingkat kehidupan ada hieraki tertentu
memisahkan tahaptahap komunikasi antara budaya. Budaya
juga mencorakkan bentuk komunikasi sesuatu kaum sehingga
mereka menjelmakan satu kaedah bagi memisahkan antara
komunikasi kemasyarakatan, keorganisasian dan lainlain.
Begitu juga terjadi bentuk komunikasi keagamaan yakni di
antara hamba kepada penciptanya iaitu manusia
berkomunikasi kepada tuhannya iaitu Allah s.w.t. Garis
penentu dan halangan komunikasi bergantung kepada
1
Kertaskerja dibentangkan dalam Bengkel Industri pada 15 Mac 2001 Jam 9.00 pagi di
Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah.
2
Abdul Rahman Ahmad Hanafiah (Wiramanja) adalah Pensyarah di Sekolah Pengajian Seni
UMS. Sebelum bertugas di UMS, beliau mempunyai pengalaman beberapa tahun berkhidmat
dalam sektor korporat iaitu di RENONG (Time Highway Radio) memegang jawatan Ketua
Penerbit Eksekutif dan Ketua Bahagian Melayu (1994 – 1999) Kajian Peringkat Sarjana:
Komunikasi Budaya Dalam Adat Resam Melayu Tradisional.
1
pemakaian dan cara mana diaplikasikan oleh individu tersebut
sama ada ianya berjaya mahupun sebaliknya.
Dalam komunikasi mempunyai halangan yang mana
tahaptahapnya tidak serupa tetapi tetap berlaku dan terjadi.
Ini bergantung pada cara mana ianya disampaikan dan cara
mana pula ianya disalurkan kepada khalayak. Khalayak tidak
mempunyai minda yang serupa boleh menceduk setiap
pengertian yang disampaikan melalui medium komunikasi itu.
Justeru, halangan inilah yang perlu diketahui dan dipelajari
supaya komunikasi yang dibentuk jelas, memberi manfaat dan
menemui sasarannya. Mengikut kamus Merriam Webster
mengenai komunikasi sebagai:
“a process by which information is exchanged between
individuals through a common system signs, or behavior,
or exchange of information personal rapport or a
technique for expressing ideas effectively”
Ini jelas menunjukkan komunikasi adalah satu proses
yang berterusan sebagai satu pertukaran maklumat melalui
pelbagai sistem lambang, tingkahlaku dan satu teknik
menyatakan pemikiran secara berkesan. Selain itu, komunikasi
adalah pengucapan dan mesej tulisan. Begitu juga terjadinya
pada kaedah komunikasi korporat yang mempunyai perbezaan
tertentu. Kedapatan banyak artikel dan buku menulis
mengenai budaya dalam organisasi, yang merujuk dan
menjurus ke arah budaya korporatan.
Kertaskerja ini dibentangkan hanyalah tertumpu ke arah
moral, sosial dan tingkahlaku, kepercayaan, sikap, keutamaan
terhadap ahliahlinya dalam komunikasi korporat. Bagaimana
seseorang berdepan dengan organisasi besar yang mempunyai
rentak kerja berbeza dengan sektor awam yang dimiliki
sepenuhnya oleh kerajaan. Sektor korporat yang dimiliki oleh
pemegangpemegang saham berkumpulan tetapi bukan secara
individu. Justeru, sesebuah korporat tidak akan hancur
melainkan mereka bergabung dengan organisasi korporat lain
untuk membesarkan empayar korporat supaya kukuh dan
teguh.
2. Pengertian Korporat
2
Sebuah badan korporat bebas untuk menjalani aktiviti
perniagaan yang tidak menyalahi ataupun melanggari
peraturan undangundang di mana ianya berada. Kebanyakan
organisasi tersebut menjalani perniagaan yang menguntungkan
dan dimiliki oleh tiga atau lebih penyertaan penyumbangnya
dengan mengadakan modal untuk korporat dengan menjual
share dan stock. Organisasi korporat biasanya mempunyai
pengaruh mengawal hartanah dan sebagainya. Selain itu,
mengawal dan memantau pemilikpemilik saham kecil. Ini
termasuklah menyelaras amanah stock majoriti yang secara
langsung menjadi milik korporat tersebut.
Di Malaysia, sebagai contohnya mempunyai organisasi
korporat tersebut iaitu kumpulan Renong, Simedarby dan lain
lain milik bersama tetapi didokong oleh seorang pemegang
saham yang terbesar. Namun, pengertian korporat secara luas
adalah pelbagai. Di Amerika Syarikat umpamanya, sebuah
badan korporat di miliki secara kooperative, dan juga dimiliki
oleh organisasi keagamaan contohnya Roman Catholic
Archbishops. Badanbadan korporat ini menguasai aset
pengaliran wang dan aset tetap yang banyak dalam sesebuah
negara. Seolaholah badan korporat ini sebagai kerajaan
nombor dua selain daripada kerajaan yang mentadbir badan
korporat tersebut.
Di Malaysia, penswastaan ejenejen kerajaan bertujuan
mengurangi beban dan tanggungjawab kerajaan terhadap
implikasi kewangan negara sektor pekerjaan. Sebuah badan
korporat berupaya memulihkan ekonominya kerana
mempunyai falsafah perniagaan yang berbeza dengan dasar
kerajaan yang mana lebih banyak menimpukan
keperihatinannya mengenai kebajikan rakyat dan pengguna.
Justeru, kerajaan perlu menimbang secara adil dalam
pentadbirannya yang mana tidak membabitkan kewangan
rakyat. Namun, badan korporat berusaha gigih menggunakan
rakyat sebagai pelanggannya yang mendatangkan hasil
mengguntungkan. (contoh: POS MALAYSIA, KTMB, TNB,
TELEKOM LL).
3. Budaya Korporat
Setiap organisasi mempunyai keunikan budaya atau nilai
tersendiri. Kebanyakan organisasi tidak mencipta budayanya
tersendiri melainkan ianya terjadi dengan sendiri oleh nilai
yang dibangunkan oleh pentadbir atasan ataupun pemilik
3
organisasi itu sendiri. Satu contoh sektor korporat yang
terbesar di dunia iaitu HewlettPackard mempunyai budaya
korporat tersendiri dibina tanpa sedar iaitu “The HP Way”.
Badan korporat ini telah berkerja keras mempertahankan motto
korporatnya bertahuntahun lamanya seperti perkara tersebut.
3.1. saling menghormati orang lain.
3.2. perihatin terhadap masyarakat
3.3. kerja keras dengan ikhlas.
Disebabkan budaya kerjanya telah disemai berpuluh
tahun lamanya, HewlettPackard terkenal di seluruh dunia.
Barangan komputer dan lainlain adalah berjenama syarikat
gergasi tersebut. Ini membuktikan bahawa sikap mereka yang
bekerja di bawah bumbung organisasi tersebut menyakinkan
majikannya dan para pelanggan yang menggunakan produk
HP. Sesungguhnya, manusia memilih produk HP kerana
lambangnya telah menjadi terkenal dan pelanggan benarbenar
yakin dengan barangan yang berlambangkan HewlettPackard.
Maka, sudah tentu budaya korporat organisasi ini perlu
dijadikan satu contoh dan ikutan supaya dapat
menggunakannya sebagai timbangtara kita yang akan
memasuki alam industri pekerjaan dalam sektor korporat
mahupun kerajaan.
Setiap badan korporat akan memilih stafstafnya yang
mempunyai kriteria terpilih yakni memenuhi piawaian yang
ditetapkan supaya mereka tidak membawa wabak penyakit
yang boleh melumpuh dan meruntuhkan organisasi itu dengan
jangkitan wabak penyakit yang berkekalan. Wabak penyakit
yang berkekalan iaitu berlawan dengan, moral, sosial dan
tingkahlaku, kepercayaan, sikap, keutamaan terhadap ahli
ahlinya dalam komunikasi korporat yang telah dibentuk dan
disemadikan dalam motto syarikat korporat tersebut. Oleh itu,
ujian pasti dilakukan kepada bakal staf yang memasuki dalam
arena korporat. Sebab itu, badan korporat dapat bergerak
pesat mencapai tujuan dan matlamat perniagaannya kerana
memiliki stafstaf yang cekap dan bebas daripada wabak
penyakit sosial.
4. Budaya Komunikasi Dalam Organisasi
4
Segala maklumat berkenaan perniagaan yang diperolehi oleh
individu ataupun berkumpulan perlu disampaikan kepada
pihak atasan secepat mungkin dan tepat (ASAP). Maklumat
yang diperolehi adalah daripada akhbar, warta kerajaan,
internet dan lainlain. Menerus perolehan maklumat tersebut,
maklumbalas dapat dilakukan dengan segera untuk mencapai
matlamat perniagaan yang tidak rugi tetapi menguntungkan.
Berikut adalah beberapa proses pentadbiran dalam organisasi
korporat yang bermula daripada pengaliran informasi daripada
pelbagai sumber:
4.1. Matlamat dan tujuan organisasi dari segi strategi plan,
target tahunan organisasi, pencapaian CEO secara
individu, terhadap staf bawahan dalam organisasinya.
Dan setiap orang dalam organisasi mempunyai
tanggungjawab di atas pencapaian badan korporatnya.
4.2. Sistem maklumbalas resmi pencapaian individu perlu
dinilai dan diteliti untuk meninjau kesan plan strategic
organisasi. Maklumbalas mestilah cekap, pantas dan
berkesan.
4.3. Persefahaman di antara majikan (pengurusan) dan staf
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab supaya
mengikut lunas dan piawaian yang dikehendaki.
Justeru, persefahaman bagi kedua pihak merupakan
landasan utama percapaian matlamat organisasi.
Pencapaian yang memuaskan dalam perniagaan dan
sebagainya di sektor korporat banyak bergantung kepada
hubungan komunikasi di antara staf dengan majikan.
Kesepaduan persefahaman ini boleh melahirkan rasa kasih,
mesra, saling hormat dan menghormati sesama sendiri.
Cetusan sikap keterbukaan, ikhlas, menerima teguran, dan
menganggapkan semua staf sebagai satu keluarga besar
merupakan satu titik penyebab sesebuah organisasi dapat
berjalan lancar tanpa gangguan dan halangan.
Komunikasi dua hala seharusnya mendapat kesan baik
di antara kedua belah pihak. Seseorang bos ataupun ketua
tidak seharusnya mempunyai sikap egoist pada jawatan tetapi
tanggungjawab yang dipikul adalah untuk meraihkan
pencapaian maksimum terhadap organisasi. Sikap egoist akan
menyebabkan seorang ketua tidak dapat bekerjasama dengan
orang bawahan. Staf bawahan sukar dibendung kelakuan
mereka apabila sikap egoist ketua mereka menyelubungi hati
5
sehingga menerbitkan perasaan dendam dan benci staf
terhadap ketua berlarutan. Berikut diperturunkan sepuluh
perkara yang perlu dilakukan oleh seorang ketua terhadap staf
bawahannya.
a.
Mendengar masalah yang dihadap oleh staf.
b.
Memberi arahan mengikut waktu yang sesuai, supaya
kerja lain tidak bertindan.
c.
Mendengar buah fikiran staf untuk mencapai tujuan
organisasi.
d.
Hargai setiap usaha yang dilakukan oleh staf,
walaupun ianya tidak mencapai piawaian yang
dikehendaki.
e.
Jangan menganggap staf sebagai orang suruhan dan
harus menghormati maruahnya sebagai seorang
manusia biasa.
f.
Seharusnya memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh
staf.
g.
Kurangkan memarahi mereka secara terusterang di
depan stafstaf lain.
h.
Jangan memburukburukkan staf di hadapan staf yang
lain.
i.
Mempunyai sikap bertolakansur dan berbudibicara
yang luhur terhadap semua staf.
j.
Bersabar menerima keranah staf dan cuba
menyelesaikan
setiap masalah tetapi jangan
mengeruhkan keadaan dengan bermusuhan dengan
staf yang tidak disukai.
Komunikasi dua hala tidak akan tercapai jika di sebelah
pihak atasan lebih menitikberat kehendak staf bawahan
sedangkan di pihak staf juga perlu bersedia menerima teguran
dan pandangan daripada ketua dengan rela hati dan ikhlas.
Sikap dendam dan irihati terhadap ketua perlu dikikis
samasekali apakala ditegur ataupun dikomen. Sikap terbuka
perlu ada di setiap hati staf bawahan. Jangan mengukur atau
menjaga tepi kain ketua dalam urusan harian. Staf bawahan
cuma menjalankan kerja penuh kepatuhan tanpa merungut
pada arahan yang diberikan oleh ketua. Berikut diperturunkan
sepuluh perkara yang perlu dipatuhi dan dilakukan oleh staf
bawahan dalam sesebuah organisasi bagi menjalin
perhubungan mesra dan kelicinan pentadbiran korporat.
a.
Sentiasa patuh dengan setiap arahan yang diberi oleh
ketua/majikan.
6
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.
Ikhlas dan jujur melakukan setiap tugas.
Kawal perasaan marah, percakapan dan jangan
mengumpat/memfitnah.
Hormati ketua di pejabat mahupun di luar pejabat.
Memberi kerjasama dengan staf lain.
Kikiskan sikap benci dan irihati terhadap ketua dan
lainlain staf.
Hormati hak ketua menjalankan tanggungjawabnya
dalam pejabat.
Menerima teguran dan cuba memperbaiki kelemahan.
Jadikan tugas satu keseronokkan tetapi bukan
paksaan dan deraan
Anggap menjalankan tugas sebagai satu ibadah
kepada Allah s.w.t.
5. Penutup
Sektor korporat adalah satu organisasi besar yang disokong
penuh oleh kerajaan. Kesepaduan organisasi korporat tanahair
menyebabkan kekukuhan ekonomi negara. Sekitar tahun 1980
hingga kini kerajaan memberi tumpuan ke arah penswastaan
dan pengkorporatan. Pada tahun 2000 (alaf baru)
pengabungan organisasi perbankan ke arah pengkorporatan
global dilakukan. Penyatuan ini adalah satu cubaan memberi
kekuatan organisasi korporat berkembang lebih pantas dan
drastik. Ekoran itu, ekonomi negara dapat dipulih setelah
mengalami kemesetan ekonomi di akhir tahun 1997.
Sudah tentu pengkorporatan tidak berlaku dengan
jayanya jika sikap dan tingkahlaku stafstaf yang bekerja dalam
sektor korporat memeluk tubuh ingin melihat keruntuhan
organisasi tersebut sehingga mereka sendiri hilang pekerjaan.
Negara, memerlukan rakyat berdidikasi, berinovatif dan
dinamik untuk memikul tanggungjawab bersama
membangunkan negara. Justeru, negara memerlukan rakyat
yang mempunyai jiwa sentiasa berusaha ke arah kemajuan dan
mencapai kecemerlangan sebagaimana motto Universiti
Malaysia Sabah iaitu Bertekad Cemerlang. Sesungguhnya,
untuk terdedah dalam organisasi korporat, individu perlu
memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan
semangat yang jitu dan sanggup menempuh cabaran demi
cabaran.
7
8