UNSUR UNSUR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DALAM

UNSUR-UNSUR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DALAM KARYA SENI CETAK
MALAYSIA: IMEJ SARANG PUTU TRADISI MELAYU DAN ANGKU CINA
Oleh
Mazlan bin Hj. A. Karim dan A. Rahman Mohamed
Pusat Pengajian Seni,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
mazlankarim72@yahoo.com

Abstrak
Sejak Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 dan Seminar Akar-Akar
Kesenian Peribumi 1979, pelukis-pelukis tanahair mula mengambil tema-tema
kebudayaan tempatan untuk dijadikan idea karya seni mereka. Karya seni
visual bukan sekadar medium untuk ungkapan perasaan peribadi pengkarya
(personal functions) tetapi juga boleh berperanan sebagai fungsi sosial (Social
function). Sarang kuih putu tradisi Melayu/angku Cina adalah merupakan satu
bentuk warisan tradisional yang kini semakin pupus, mendapat perhatian
beberapa pelukis seni cetak untuk diangkat sebagai tema karya seni mereka.
Objektif penulisan ini ialah untuk mengupas dan memahami secara ilmiah
‘content‟ yang merujuk kepada mesej yang diterjemahkan menerusi karya seni
visual oleh pengkarya seperti Chew Teng Beng, Chong Kam Kow dan Rosiah
Mohd. Noor untuk tatapan penghayat. Metodologi yang digunakan adalah

gabungan antara kaedah pustaka dan kerja lapangan. Asas penelitian terhadap
karya-karya pelukis adalah berasaskan pendekatan Neoformalisme yang bukan
sahaja mampu untuk penulis memahami dari segi rupanya (form) semata-mata,
tetapi juga makna (content) yang hendak disampaikan oleh pelukis seni cetak
tanahair. Data-data dari kerja lapangan diperolehi menerusi kajian kes iaitu
pemerhatian dan temu bual secara „in-depth‟. Dapatan kajian mendapati
pelukis bukan sekadar merakam penghargaan terhadap kraf kesenian
Melayu/Cina semata-mata tetapi juga mengandungi mesej berkaitan kehidupan
dan budaya masyarakat yang mereka wakili.
Kata Kunci: Karya Seni Cetak, Subjek dan Sarang Putu/Angku

Pengenalan

Bentuk dan stail karya seni visual di awal perkembangan seni lukis moden
Malaysia iaitu pada tahun 1930-an adalah bersifat universal dan kebaratan.
bagaimanapun

sejak

1970-an


dan

1980-an,

Muliyadi

Mahamood

Walau

(2001:58)

menggambarkan para pelukis tempatan mula merujuk kepada kesenian tradisi dalam
memenuhi hasrat pencarian identiti.
1

Seni tradisi seperti batik, ukiran kayu, songket,

International Conference on Humanities 2011


hikayat, sastera dan seni bina menjadi rujukan pelukis sebagai ‘subjek’ mahupun motif
dalam berkarya.

Rujukan dan kesedaran terhadap kekayaan seni tradisi semakin

memuncak selepas Seminar Akar-Akar Kesenian Peribumi yang diadakan pada tahun 1979
di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi MARA, Shah Alam. Merujuk
kertas kerja yang dibentangkan oleh Syed Ahmad Jamal (1973:313) di Kongres
Kebudayaan Kebangsaan pada 16-20 Ogos 1971 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur telah
menyarankan tentang kepentingan mewujudkan satu konsep ‘Seni Lukis Malaysia’. Pada
pandangan Syed Ahmad Jamal bahawa konsep ‘Seni Lukis Malaysia’ bukan sekadar
menggambarkan pokok kelapa, sawah padi, tepi pantai, perahu, pondok atap tetapi lebih
daripada itu. Beliau menekankan tentang sifat-sifat seni lukis Malaysia kini.

Menurut Siti Zainon Ismail (1989:65-66) pula, bahawa perkembangan awal seni
lukis tanahair yang diwakili oleh cat air menerusi Yong Mun Seng dan Abdullah Arif
(1930) masih kurang intinya dengan masalah budaya tempatan. Sekadar menyatakan idea
luaran yang diolah berdasarkan beberapa tema atau subjek yang menampakkan
pemandangan atau peristiwa di tanahair.


Tanpa rujukan khas yang dilakukan oleh

penghasil seni, sejarah seni budaya Tradisi Agung semakin mengecil tanpa menampakkan
penggarapan idea tempatan itu menyebabkan seni lukis Malaysia seperti tidak mempunyai
identiti. Beliau mengganggap ‘Kongres Kebudayaan Kebangsaan’ di awal tujuh puluhan
dan ‘Akar-Akar Kesenian Peribumi dan Perkembangan Kini’ (1979) merupakan peristiwa
yang mencabar dalam perkembangan seni rupa tanahair.

Kedua-dua peristiwa itu

merupakan satu detik penting kepada seniman atau pelukis terhadap kesedaran tentang
pembentukan seni lukis: lukisan dan cat tanahair. Muliyadi Mahamood (2001:58) juga
menganggap Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi perkembangan seni lukis moden Malaysia.

Kongres tersebut telah

membuka arah seni yang baru dengan dasar-dasarnya yang menjurus kepada
pembentukkan identiti nasional iaitu “tiga konsep penting dibina sebagai asas

Kebudayaan Kebangsaan.

Pertama, Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah

berasaskan kebudayaan asli rakyat rantau ini. Kedua, unsur-unsur kebudayaan lain yang
sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan, dan ketiga,
islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukkan kebudayaan kebangsaan itu”
(Muliyadi Mahamood, 2001:58).

2

International Conference on Humanities 2011

Latar Belakang Kajian

Karya seni cetak merupakan salah satu disiplin dalam bidang seni halus selain seni
catan, seni arca dan mempunyai keunikkan yang tersendiri berbanding disiplin seni yang
lain. Definisi seni cetak secara konvensional, lebih menekankan kepada penghasilan hasil
cetak atau impression secara tradisi yang terdiri daripada beberapa komponen iaitu
menerusi empat kaedah tradisi, penggunaan bahantara kertas dan blok. Misalnya, Carl

Zigrosser (1968:73) menyatakan bahawa ciri-ciri utama seni cetak dalam konteks seni
halus adalah terletak pada gambaran yang dicetak iaitu “the key to the method of making a
print lies in the creation of a master design on a suitable medium, such as a wood block or
copper plate, which can be inked and printed to produce a quantity of similar prints. It is
a device to produce the “multiple image” – not one but many originals.”
Karya seni mampu dijadikan medium komunikasi antara pelukis dan penghayat
sepertimana penjelasan Rosalind Ragans (2005:6) iaitu “You share your ideas and feelings
by using words. You can also communicate through the arts. Art is a language that artists
use to express ideas and feelings that everyday words cannot express.” Ianya bukan
sekadar medium untuk menjadi ungkapan perasaan peribadi pengkarya (personal
functions) tetapi juga boleh digunakan sebagai fungsi sosial (Social function): “artists may
produce art to reinforce and enhance the shared sense of identity of those in a family,
community or civilization.” (Rosalind Ragans, 2005:7).
Maksud

istilah subjek (subject) yang digunakan dalam penulisan ini merujuk

penjelasan Ocvirk, Stinson, Wigg, Bone & Cayton (2000:10) iaitu: “The subject of visual
art can be a person, an object, a theme, or an idea. Though there are many and varied
ways of presenting the subject matter, it is only important to the degree that the artist is

motivated by it.” Menurut mereka lagi bahawa selain elemen subjek (subject), dua lagi
elemen asas sebuah karya seni visual iaitu bentuk (form) dan makna (content) adalah
elemen-elemen penting dalam pembentukkan sebuah karya seni visual.

Kertas ini memfokuskan kepada perbincangan tiga karya seni cetak yang
menggunakan imej sarang kuih putu dan angku cina sebagai ‘subject‟ . Paparan imej
‘subject’ hasil cetak atau impresi daripada sarang putu dan angku cina bertujuan untuk
3

International Conference on Humanities 2011

pelukis menyampaikan mesej secara dwi-makna iaitu ‘personal function‟ dan „sosial
function‟.

Perbincangan adalah menumpukan kepada aspek „sosial function‟ yang

berkaitan kebudayaan setempat menerusi paparan karya seni visual sebagai wadah exspresi
pelukis tanahair. Disamping itu juga, aspek ‘makna’ (content) berkaitan mesej yang cuba
dikongsikan oleh pelukis kepada penghayat.


Dapatan Kajian
Penulis menggunakan kaedah „content analysis‟ yang dirumus khusus untuk
menganalisa imej visual sepertimana kenyataan Gillian Rose (2001:54) iaitu “a method of
analysis visual images that was originally developed to interpret written and spoken texts:
content analysis.” Penulis turut mendapatkan data primer iaitu menemu bual pelukis
terbabit. Selain data-data yang diperolehi menerusi kaedah „content analysis‟ yang hanya
bergantung kepada kecekapan ketika meneliti karya visual dan pandangan penulis sendiri,
pendekatan neoformalism turut digunakan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat.
Oleh itu, justifikasi penelitian karya yang menggabungkan kaedah ‘Content Analysis‟ dan
pendekatan ‘Neoformalisme‟ amat bertepatan dengan objektif kajian ini iaitu untuk
memahami makna (content) dengan tepat berkaitan mesej yang cuba disampaikan oleh
pelukis seni cetak tanahair menerusi karya seni cetak yang memaparkan ‘subject‟ sarang
kuih putu dan angku cina.

Penelitian 1:

Karya Bertajuk ‘Tujuh Bulan Setengah; (1973) dan ‘Festive Mood
85-3’ (1985).

Karya ‘Tujuh Bulan Setengah‟ (1973) merupakan hasil karya Chew Teng Beng

yang dihasilkan menerusi gabungan dua kaedah imejan iaitu kaedah cetak intaglio tanpa
dakwat atau „blind printing‟ atas kertas yang memberikan kesan emboss dan tampalan
hasil cetak kuih bulan daripada bahan kertas buatan tangan (cast paper pulp)
menggunakan angku cina. Manakala karya Choong Kam Kaw bertajuk „Festive Mood 853‟ (1992) juga menggunakan pendekatan yang sama tetapi sedikit berbeza dalam
menghasilkan kesan emboss. Kesan emboss menerusi kaedah „blind printing‟, beliau

4

International Conference on Humanities 2011

tidak menggunakan plat daripada besi tetapi menggunakan tikar mengkuang yang
diberikan tekanan ke atas kertas buatan tangan. Manakala hasil cetak kuih bulan daripada
bahan kertas buatan tangan (cast paper pulp) menggunakan angku cina, kemudiannya
diikat menggunakan tali ‘parcel‟ agar kukuh dan tahan lama.

Gambar Foto 1: (Kiri) Karya Dr. Chew Teng Beng Bertajuk
‘Tujuh Bulan Setengah’ (1973). Paper Cast dan emboss.
(Kanan) Karya Dr. Choong Kam Kow Bertajuk ‘Festive Mood 853’ (1992). Paper Cast, Twine dan Acrylic. 114 x 80 x 5 cm.

Imej kura-kura dalam bentuk hasil cetak tiga dimensi mempunyai signifikasi

terhadap ‘makna’ yang cuba disampaikan oleh kedua-dua pelukis ini. Imej kura-kura atau
tortoise dalam bentuk kuih ini merupakan simbol yang mempunyai maksud yang positif
dalam perspektif ketimuran berbanding perspektif barat. Merujuk Radhika Srinivasan
(1994:147) bahawa imej kura-kura: “Although the West looks upon the creature as slow
and dull-witted, the East views the tortoise or turtle as a symbol of strength, good fortune
and stability.”

Dalam konteks ‘personal‟, idea Choong Kam Kow (Temu bual, 27

Oktober 2010) penggunaan hasil cetak yang diperolehi daripada angku cina bermotifkan
kura-kura ialah lambang panjang usia pada masyarakat Cina. Beliau menegaskan bahawa
‘subject‟ yang dipilih iaitu hasil cetak dari kuih bermotif kura-kura, pulut panggang, tikar
mengkuang, ketupat dan chung tze adalah amat signicant kepada amalan kebudayaan di
Malaysia. Beliau membawa mesej secara simbolik melalui subjek-subjek tersebut kepada
semangat muhibbah dan kesejahteraan dalam hubungan antara kaum di Malaysia.
Manakala Chew Teng Beng (Temu bual, 28 Julai 2010) yang merupakan anak jati
Terengganu dan anak kepada pegawai perikanan di Pulau Redang, Terengganu
menjelaskan bahawa karya-karya seninya mempunyai unsur ‘lyrical‟. Karya „Tujuh Bulan
5


International Conference on Humanities 2011

Setengah‟ (1977) menurut T.K. Sabapathy (1979) bahawa ini merupakan lanjutan daripada
siri ‘Mandala‟ dan ‘Origin of Writing‟ Chew Teng Beng di penghujung tahun 1960-an
dan awal 1970-an: “Tujuh Bulan Setengah has an iconic presence, made up of number of
emblems and shapes signifying fecundity, and symbolises an advanced condition of
gestation.”

Dalam lain perkataan, hasil cetak dalam bentuk kuih bulan berimejkan kura-kura yang
diletakkan di bahagian perut ‘gesture‟ adalah simbolik kepada kesejahteraan, kekuatan dan
tuah yang baik kepada zuriat yang sedang dikandungkan oleh wanita.

Dalam konteks sosial, paparan kuih bulan berimejkan kura-kura dalam bentuk hasil
cetak daripada kertas buatan tangan yang dipadatkan ke dalam angku kuih bulan, bukan
sekadar menyampaikan mesej ‘personal‟ pelukis semata-mata. Berdasarkan beberapa
pandangan, misalnya Sujiah Salleh (1991:77) menyatakan bahawa tema tradisi yang
didokongi oleh Choong Kam Kaw: “Apart from lanscapes, Choong is also very much
preoccupied with what he calls the Malaysian Festival Series – works which depict
traditional and cultural values. He derives creative expressions from local kueh (cakes),
such as angku and pulut panggang, ketupat (another traditional food) and tikar (mats).
The series has been exhibited in Denmark. For Choong, this is his contribution to
promoting his country.” Manakala, menurut Luo Yiping (2004:13) berkenaan simbolsimbol yang digunakan oleh Chong Kam Kow iaitu: “The art symbols in Choong‟s works
reveal his thorough understanding of Eastern philosophy.

His works manifest the

profound meaning of ying-yang relation of I-Ching. All this, is the basis why his works
can have such important influence.” Menurut Sejarahwan seni tanahair, Muliyadi
Mahamood (2001:79-80) menjelaskan bahawa Choong Kam Kow telah menggunakan
motif-motif budaya pemakanan tempatan sebagai subjek kajiannya.
menggabungkan

bentuk

kuih

tradisi,

dengan

memberi

penekanan

Karyanya
kepada

pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai simbol kepada konsep kesatuan dalam
kebudayaan Malaysia. Ketupat dan pulut panggang menjadi sebahagian bentuk yang
diketengahkan.

6

International Conference on Humanities 2011

Penelitian 2:

Karya Siri ‘Putu’ Rosiah Mohd. Noor (2008-2010)

Bermula dengan karya yang simple iaitu ‘Antara Dua (Siri I-V)‟ (2008), sebuah
karya cetakan campuran potongan lino atas kertas dan „cast paper pulp‟, Rosiah Mohd.
Noor meneruskan penerokaan dengan karya-karya lebih mencabar minda penghayat
menerusi karya seperti „Antara Mug Dengan Secawan Kopi...‟ (2009), „Putu Oh Putu‟
dan ‘Instant‟ (2010).

(2009)

Dalam konteks ‘personal‟, Rosiah Mohd. Noor ingin

menyampaikan mesej melalui siri-siri karya ‘Putu’ beliau berkaitan isu ‘instant‟ menerusi
paparan imej ‘mug‟, secawan kopi dan hasil acuan kuih putu.

Paparan ‘subject’

sedemikian adalah sebagai mewakili kepekaannya terhadap kesan makanan atau barangan
dapur yang banyak berunsurkan ‘instant‟ terhadap nilai, adat dan kesantunan budaya
Melayu.

Gambar Foto 2: Karya Rosiah Md. Noor ‘Putu Oh Putu’. (2009). ‘Cast Paper Pulp’
Guna Sarang Putu dan Cetakan Kayu atas Kertas. 75 x 60 cm.

Beliau membangkitkan polimik khususnya dalam soal budaya penyediaan makanan
dan minuman dalam masyarakat Melayu yang secara tradisinya amat mementingkan
ketertiban dan kesantunan.

Beliau menganggap budaya tersebut semakin terhakis

berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya sendiri.Berdasarkan pengalaman beliau
sendiri yang pernah terlibat dengan pembuatan kuih putu ini menjelaskan bahawa kuih
putu ini merupakan ‘snek‟ yang biasa dihidang waktu minum petang dan kebiasaannya
adalah sinonim dengan kopi. Beliau bukan sekadar ingin mendokumentasikan kuih putu
tetapi dari ‘content‟ tadi beliau cuba untuk mengaitkan dengan isu ‘instant‟. Menurutnya,
kuih semakin tidak popular kerana dominasi pelbagai jenis biskut atau ‘cookies‟. Jenisjenis biskut tersebut amat mudah diperolehi hanya dengan membeli berbanding dengan

7

International Conference on Humanities 2011

menyediakan kuih putu yang mempunyai beberapa peringkat penyediaan yang meletihkan
dan memakan masa yang lama.
Dalam konteks ‘sosial‟ pula, karya-karya siri ‘Putu‟ Rosiah Mohd. Noor ini juga
turut memberikan peluang kepada penghayat untuk menghargai kembali kraf tradisi
Melayu. Jika nilai estetika seni cetak terletak kepada keunikkan unsur garisan dan jalinan
iaitu kesan kehalusan torehan atau turisan pada permukaan blok, sarang putu atau koya
daripada kayu terletak kepada ukiran di bahagian dasarnya.

Pelbagai motif tunggal

terutama berunsurkan flora sebenarnya amat menarik untuk dikaji. Secara umumnya,
hiasan yang diukir pada dasar sarang tersebut adalah untuk menambahkan lagi keindahan
keseluruhan kuih putu dan koya. Proses melakar dan mengukir adalah jenis ukiran timbul
pada dasar sarang putu atau koya ini diukir secara terbalik atau „carve in reverse‟. Ini
kerana corak yang sebenar adalah dapat dilihat pada hasil kuih putu atau koya itu.
Daripada pemerhatian penulis terhadap sarang putu di Terengganu dan Kelantan, motif
yang diukir tidak hanya terbatas kepada unsur flora tetapi juga unsur-unsur daripada objek
kesenian Melayu seperti pending dan caping. Terdapat juga motif-motif yang diilhamkan
daripada objek harian, misalnya sarang putu di Terengganu yang memaparkan objek
seperti kapak, alat muzik, pistol, teko, kaligrafi dan jam dinding. Menurut Zulkefli bin
Hanafi (2000:3) bahawa kebanyakkan orang Melayu seni ukir merupakan satu daripada
cara untuk melahirkan cita rasa naluri manusia yang sememangnya cinta akan sesuatu yang
indah kerana yang indah akan melahirkan rasa ketenangan. Walau di mana seni ukiran itu
digunakan konsep dan falsafah seni di dalam kebudayaan Melayu tetap sama. Dari segi
falsafahnya, seni ukir sebenarnya adalah ekspresi kecintaan pada keindahan. Keindahan
pula lahir dari kejujuran seni. Sedangkan sesuatu yang berseni itu hanya dapat dilahirkan
melalui kesabaran dan ketekunan. Inilah falsafah seni yang diamalkan oleh kebanyakkan
tukang dan pengukir Melayu sejak zaman-berzaman.

Berdasarkan pengalaman dan tinjauan penulis, masih ada pengusaha ukiran kayu
di Kelantan yang menghasilkan sarang putu tetapi sebagai objek hiasan dinding. Ukiran
motifnya yang tidak diberikan penekanan kepada kehalusan dan ketelitian dalam mengukir
motif sepertimana yang ditunjukkan oleh pengukir tradisi Melayu.

Kini sarang putu

daripada kayu yang berukir indah dengan pelbagai motif semakin menghilang dan hanya
menjadi objek tatapan umum di muzium tempatan. Daripada tinjauan penulis di beberapa
8

International Conference on Humanities 2011

negeri terutama Terengganu dan Kelantan, sarang kuih putu kacang kini telah menjadi
barangan antik. Penulis sendiri telah membeli sebuah sarang putu daripada sebuah kedai
antik di Kelantan dengan harga RM350.

Sukar untuk menjejak seniman yang

menghasilkan sarang tersebut atau warisnya dan maklumat bertulis juga amat terbatas.
Justeru itu, kajian terhadap sarang putu ini mampu memberikan sumbangan berharga
terhadap banyak pihak seperti pihak muzium untuk memelihara khazanah tradisi rakyat
yang kini semakin pupus dan digantikan dengan bahan acuan daripada plastik.

Kesimpulan
Dapatlah dirumuskan bahawa karya seni visual juga mampu dijadikan sebagai
wadah untuk merakam penghargaan terhadap imej-imej budaya setempat menerusi
kebijaksanaan pelukis memilih ‘subjek’ (subject) yang relevan dengan makna (content)
yang hendak dipaparkan melalui bentuk (form) seni. Dalam konteks falsafah seni, penulis
melihat bahawa ketiga-tiga pelukis ini telah memainkan peranan mereka sebagai mewakili
masyarakat kaum Cina dan Melayu sepertimana kenyataan Georgio Vasari, seorang ahli
sejarahwan seni dunia telah menegaskan bahawa ilmu pengetahuan yang lalu adalah
penting bagi menentukan kejayaan dan kemajuan seni. Pelukis juga boleh berperanan
untuk memperkenalkan bentuk seni yang mewakili nilai estetika masyarakat yang
diwakilinya berdasarkan tinggalan masyarakat silam. Merujuk dapatan kajian ini, penulis
percaya bahawa mereka telah berjaya mengangkat nilai budaya dan kesenian tempatan
sebagai ‘subjek’ dalam penghasilan karya seni moden mereka. Transformasi daripada
hasil kraf seni untuk tujuan makanan yang diterjemahkan kepada konteks seni halus dalam
bentuk karya seni visual amat berkesan dan berjaya.

Penghayat bukan sahaja dapat

merasai mesej ‘personal‟ yang hendak dikongsikan oleh pelukis tetapi juga turut
menghargai keunikkan dan kehalusan nilai budaya setempat yang mungkin tidak diketahui
sebelum ini.

9

International Conference on Humanities 2011

Bibliografi
Rose, Gillian. (2001) Visual Methodologies. London: SAGE Publication.
Ragans, Rosalind. (2005). Arttalk. United States of America: McGraw Hill.
Salleh, Sujiah. (1991). Eartly Visions. In Malaysian Tatler. April. Kuala Lumpur.
Sabapathy, T.K. (1979). Material, Medium...And So Forth. Dalam Artscene. Majalah
The National Echo, Bertarikh 13 Februari 1979. Pulau Pinang.
Srinivasan, Radhika. (1994) The Lotus Unfolds: A Study of Asian Art and Thought.
Singapura: Printworld Services Pte. Ltd.
Hanafi, Zulkefli. (2000). Perkembangan Seni Hiasan Dalam Kebudayaan Melayu. Dalam
Pola-Pola Hiasan Di dalam Bangunan Tradisional Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ismail, Siti Zainon. (1989). Seni Rupa: Tradisi dan Sezaman. Dalam Percikan Seni.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jamal, Syed Ahmad. (1973). Syor-Syor Bagi Mencapai Objektif-Objektif Seni Dalam
Perkembangan Kebudayaan Malaysia. Dalam Asas Kebudayaan Kebangsaan. Kuala
Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. (1980). Serian Ukiran. Kuala Lumpur:
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Mahamood, Muliyadi. (2001). Era Pencarian Identiti Dalam Seni Moden Malaysia.
Dalam Seni Lukis Moden Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Ocvick & Stinton & Wigg & Bone & Cayton (2009). Art Fundamental. Eleven Edition.
New York: McGraw-Hill International Edition.
Yiping, Luo. (2004) Reading The Works of Chong Kam Kow. Dalam Katalog Pameran
The Art of Choong Kam Kow: Manifestation of Culture and Nature. Taiwan:
Guangdong Museum of Art.
Zigrosser, Carl. (1968) Prints. Dalam Forum Lecturers: The Visual art. United States:
The Voice of America.

10

International Conference on Humanities 2011

Rujukan Temu Bual
Temu bual bersama Dr. Chong Kam Kow pada 27 Oktober 2010 di 25, Jln. SS1/35,
Petaling Jaya, 47300 Selangor.
Temu bual bersama Dr. Chew Teng Beng pada 28 Julai 2010 di No. 6, Solok Brook, Pulau
Pinang.
Temu bual bersama Rosiah Md. Noor pada 13 Oktober 2010 di Pejabat Pensyarah,
Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

11

International Conference on Humanities 2011