SISTEM SAPAAN DALAM BAHASA MELAYU DECEMB

SISTEM SAPAAN DALAM BAHASA
MELAYU
DECEMBER 4, 2012 DARIHAL BAHASA LEAVE A COMMENT

Oleh AWANG SARIYAN
Sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat
atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang, baik dalam konteks
rasmi mahupun tidak rasmi. Sistem sapaan berperanan sebagai penghubung
langsung antara pihak yang menyapa dengan pihak yang disapa. Bentuk
sapaan menjadi unsur wacana yang penting dalam pelbagai komunikasi
manusia dan perlu digunakan dengan tepat menurut sistem yang diterima
oleh masyarakat atau oleh pihak yang diberi wibawa menentukannya.
Amat Juhari Moain dalam bukunya Sistem Panggilan dalam Bahasa
Melayu membahagikan sistem sapaan dalam bahasa Melayu seperti yang
berikut:
1. Susunan kata yang digunakan pada masa membuat sapaan dan
panggilan, iaitu (a) sapaan yang lengkap dengan kata rujukan kehormat,
gelaran atau pangkat yang disandang dan nama peribadi yang lengkap; dan
(b) sapaan ringkas yang menyebut nama gelaran dan/atau pangkat dengan
atau tanpa nama peribadi.
2. Sebutan senarai orang yang disapa daripada peringkat yang paling kanan

hingga peringkat yang di bawahnya.
3. Penggunaan kata ganti nama diri.
Kata ganti nama diri merupakan bentuk yang lebih umum dan lebih kerap
digunakan, serta kurang kompleks berbanding dengan bentuk sapaan yang
lain. Kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu
“kata ganti nama diri pertama”, “kata ganti nama diri kedua” dan “kata
ganti nama diri ketiga”.
Bentuk kata ganti nama diri bergantung pada kata ganti nama diri itu
digunakan, sama ada dalam suasana dan urusan rasmi atau dalam suasana
dan urusan tidak rasmi. Jumlah kata ganti nama diri yang digunakan untuk
suasana dan urusan rasmi agak kecil, misalnyasaya, kami, kita, tuan,
puan, beliau, dia, ia dan mereka. Sebaliknya, kata ganti nama diri yang
digunakan dalam suasana dan urusan tidak rasmi amat banyak. Hal ini
disebabkan oleh banyaknya dialek yang ada dalam bahasa Melayu dan

dapat dikatakan bahawa dalam setiap dialek terdapat kata ganti nama diri
yang tersendiri.
___
Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Disember 2012.


KESANTUNAN BAHASA- MUKA 3
Lingkungan Penggunaan Kesantunan Bahasa
Suasana dan Urusan Rasmi
Urusan

rasmi merujuk

dengan pentadbiran

kepada

kerajaan atau

sesuatu

majlis

atau

mana-mana pihak


urusan

yang

berkaitan

berkuasa

dan

institusi,

termasuk swasta dan pertubuhan.
Suasana rasmi merujuk kepada apa-apa sahaja bentuk majlis yang diadakan oleh atau
berkaitan dengan pihak-pihak yang disebut di atas. Antara majlis rasmi yang lazim termasuklah:

1. Majlis perasmian (pembukaan dan penutupan)
2. Majlis pelancaran
3. Majlis sambutan / keraian

4. Majlis santapan diraja
5. Majlis jamuan
6. Majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong / Raja / Sultan
7. Majlis pengurniaan dan bintang kehormat
8. Majlis mendatangani perjanjian
9. Majlis pengisytiharan
10.
Majlis konvokesyen
Urusan rasmi pula lazimnya berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu tugas yang berkaitan
dengan pihak-pihak yang disebut tadi. Antara urusan rasmi yang lazim ialah:

1. Surat-menyurat rasmi
2. Pemakluman
3. Mesyuarat (menyuarat agung, mesyuarat berkala, mesyuarat
khas)
4. Seminar dan persidangan
5. Ceramah
6. Dialog

7. Pengiklanan pentadbiran / pengurusan

8. Kuliah / pengajaran
9. Taklimat
10.
Forum.
Dalam semua suasana dan urusan rasmi seperti yang dinyatakan di atas, kesantunan
bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara
maksimumnya

mematuhi

peraturan-peraturan

sosiolinguistik

mahupun

pragmatiknya.

bahasa


Penutur

baik

atau

daripada

penulis

sudut

untuk

linguistik,

majlis

rasmi


perlu menggunakan bahasa yang baik susunannya serta mematuhi sistem bahasa.
Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adap sopan yang berkaitan dengan sistem
sosial. Sebagai contoh, penggunaan kata ganti dankata panggilan hormat serta
pangkathendaklah menurut sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa. Pemilihan kata,
ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis
atau urusanyang berkenaan. Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis
atau urusan agartujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan
bahasa tetap terpelihara.
Suasana dan Urusan Tidak Rasmi.
Suasana tidak rasmi berkaitan dengan sesuatu yang lebih bersifat persendirian, peribadi
dan tidak berkaitan dengan kepentingan kerajaan dan instirusi lain.Antara suasana dam urusan
tidak rasmi yang lazim termasuklah:

1.
2.
3.
4.
5.

Perbualan (bersemuka atau melalui alat seperti telefon)

Perbincangan biasa
Jual beli biasa
Gurau senda
Catatan peribadi

Komunikasi dalam suasana dan urusan tidak rasmi lazimnya tidak tertakluk terlalu ketat
kepada peraturan linguistik. Yang dipentingkan ialah kesalingfahaman. Bahasa badan dan
isyarat tangan boleh digunakan untuk menyampaikan maksud.
Namun demikian, peraturan daripada sudut sosiolinguistik dan pragmatik masik tetap
dipentingkan dalam komunikasi yang tidak rasmi. Contohnya penggunaan kata sapaan atau
kata

panggilan

yang

menepati

sistem


masyarakat,

misalnya

sistem

kekeluargaan.

Ianya berkaitan taraf atau kedudukan dalam keluarga, faktor usia atau faktor lain.

Begitu juga untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga
kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa. Dalam keadaan itu lebih baik digunakan
sahaja sapaan yang neutral seperti `cik’ atau `saudari’, `encik’ dan `saudara’. Orang tua
pula belum tentu sesuai disapa dengan panggilan `pak cik’ atau `mak cik’ kerana ia
mungkin tidak gembira disapa dengan cara itu. Maka `encik’ dan `puan’ lebih wajar
digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.
Pernah terjadi sorang profesor wanita yang agak berumur disapa oleh seorang pelajar di
kawasan kampus dengan panggilan `mak cik’ dan profesor itu berasa tersinggung sehingga
komunikasi yang berlaku sesudahnya antara mahasiswa itu dengan beliau menjadi kurang
mesra.

Ada pula kisah seorang pegawai kanan yang disapa oleh seorang gadis yang menjual
makanan di sebuah restoran dengan panggilan `abang’terus meninggalkan restoran itu kerana
tidak selesa dengan sapaan begitu.
Panggilan nama kepada orang yang tidak atau kurang akrab dengan kita, sekalipun dalam
suasana tidak rasmi, pun tidak manis, terutama jika orang itu lebih tua dan lebih tinggi
kedudukannya daripada kita. Panggilan nama mungkin sesuai hanya dalam kalangan teman
yang cukup akrab. Budaya Barat mungkin membenarkan keadaan sebegitu, tetapi budaya kita
mempunyai asas norma yang lain. Kata pepatah Melayu, ``Yang tua dihormati, yang muda
disayangi”

KESANTUNAN BERBAHASA

DEFINISI KESANTUNAN BAHASA

Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan
hormat dan ganti nama.

Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata
dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur,
dan keakraban hubungan.


Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya
dan ragam.

Pemilihan kata mesti sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan
antara penutur dengan pendengar.
Nada mestilah rendah dan lembut. "Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa
ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan."
KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA

Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan

Timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita.

Contoh: Bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa
mengecilkan hatinya.

Cara sapaan lisan/ bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun
supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.

Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau
kesopanan ketika menggunakan bahasa.

Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan
panggilan yang tersendiri.


Gerak laku haruslah lemah lembut

Gaya dan ragam mestilah tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak.

Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus,
termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah
patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli, dan
sebagainya.

Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.
Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan
keakraban hubungan.

TAKRIFAN KESANTUNAN DARIPADA TOKOH-TOKOH DUNIA

Perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
(Lukoff,1975: 64)

Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik. (Fraser dan Nolan,
1981: 96)

Perlakuan yang mewujudkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial
(Leech, 1983: 104)

Kesantunan ialah usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka.
(Brown&Levinson, 1987: 62)

Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan
dan rasa tersinggung (Asmah, 2000: 88)

Perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman. (Bayraktaroglo,
1997: 5)
Takrifan lain tentang kesantunan bahasa:

Held- kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara
empirikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan melibatkan interaksi
bersemuka antara penutur dengan pendengar.

Watts et.al- kesantunan ialah perlakuan bahasa yang digunakan untuk
mengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan sosial.

Awang Sariyan (2007)- kesantunan bahasa ialah penggunaan bahasa yang
baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan
kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009)- kesantunan bahasa ialah cara penggunaan kata
dan ujaran secara sopan dan beradab.
RUMUSAN KONSEP KESANTUNAN
Kesantunan merupakan kata-kata atau perlakuan yang:

sesuai

tidak menimbulkan konflik

sentiasa menjaga air muka pendengar

ikhlas

merangkumi hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan
khalik.
Pada umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk
menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan seperti ibarat kata bijak pandai;

“Yang korik itu kendi,

Yang merah itu saga;

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

KONSEP MUKA
Konsep Muka Goffman:

Muka sebagai nilai sosial yang positif yang dituntut oleh seseorang daripada
pihak lain dalam sesuatu interaksi.

Muka ialah imej yang menggambarkan penerimaan sosial yang dikongsi apabila
seseorang mempamerkan sesuatu tindakan dan perlakuan yang baik.

Dalam hal ini, peraturan sosial dapat dikekalkan sekiranya setiap individu
menghormati hak orang lain seperti kehendaknya menjaga hak sendiri.

Goffman telah mengemukakan pembahagian tugas seseorang untuk menjaga
muka kepada dua tugas, iaitu tanggungjawab menjaga muka sendiri dan
tanggungjawab menjaga muka orang lain.

Bagi menunaikan tanggungjawab tersebut, setiap orang boleh bertindak dengan
mengelakkan sesuatu keadaan yang mengancam muka. Antara caranya:
(a) Elakkan daripada terlibat dalam sesuatu topik yang akan memalukan sendiri
kerana
tidak pasti tentang topik tersebut.
(b)Selalu membuat timbang tara bagi mengelakkan malu sendiri ataupun pihak
lain.

(c)Tarik diri dan berpura-pura tidak perasan dengan keadaan yang memalukan
itu.

Konsep Muka B & L

Memberatkan kehendak muka individu

Muka ialah kehendak asas setiap individu dan kehendak tersebut turut difahami
oleh pihak lain.

Kehendak muka positif atau kehendak muka negatif ialah kehendak asas
seseorang dan berbentuk universal.

Konsep Muka Cina

Moa (1994) telah mengetengahkan konsep mianzi dan lian yang menjadi asas
pemilihan strategi kesantunan China.

Gu (1988) dan Moa (1989) sependapat dengan Ide dan Matsumoto yang
mendedahkan bahawa di kalangan masyarakat Timur, muka itu bukan menjadi hak
individu seperti yang diperkatakan oleh B & L.

Mereka berpendapat bahawa muka sama ada di kalangan orang China mahupun
orang Jepun menjadi identiti kumpulan sosial dan pendapat tersebut telah menolak
pendapat B & L yang menekankan individualisme.
Konsep muka dalam masyarakat Melayu

Muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air muka (Asmah, 2000: 101)

Menjangkau ruang lintup melampaui masa berlangsung sesuatu perbualan.

Melibatkan anggota keluarga/ masyarakat.

Merujuk kepada hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan
Tuhan.

Dalam sembahyang dibaca doa:
"Sesungguhnya aku menghadap wajahku (mukaku) kepada zat Allah yang menitahkan
semua yang ada di langit dan di bumi dengan kecondongan hati serta menyerahkan
diri."
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah
Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada
fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan tidak mengetahui."
(al-Ruum: 30)

"Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap, di
situlah wajah Allah. Sesungguhnya, Allah maha luas (rahmat-Nya) lagi maha
mengetahui."
(al-Baqarah: 115)

MODEL KESANTUNAN BAHASA
Model Kesantunan Lakoff (1975)

Jangan memaksa

Berikan pilihan

Jadikan pendengar selesa
Model Kesantunan Asmah (2000)

Kesantunan Asas: Kesantunan yang sedia ada - sikap berbaik-baik dalam
masyarakat.

Kesantunan Berkendala: Usaha yang dilakukan dalam sesuatu interaksi.

Kesantunan Berkendala






Siapa yang bercakap?
Apa yang dicakapkan?
Di mana percakapan berlaku?
Mengapa percakapan berlaku?
Bagaimana cara percakapan disampaikan?

STRATEGI KESANTUNAN ORANG MELAYU
Kategori Strategi Budiman

Strategi ikhlas

Strategi memudahkan

Strategi merendah diri

Strategi maaf
Kategori Strategi Kerjasama

Strategi penyelesaian

Strategi persetujuan

Strategi muafakat

Strategi memberi peluang
Kategori Strategi Menyenangi
Kategori Strategi Kiasan
Kategori Strategi Berhemah
Kategori Rujukan Sumber (merujuk sunah)
Kategori Strategi Ungkapan Rabbani

Ungkapan salam

Bismillah
Kategori Strategi Bukan Bahasa





Senyum
Bersalam
Duduk
Artifak

KESANTUNAN BAHASA DALAM KURIKULUM BAHASA MELAYU
Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

"Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harminis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

CONTOH KESANTUNAN DALAM TEKS KOMSAS

Sehijau Warna Daun
(a) Perlakuan bahasa

Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan.
"Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu,
nak."

Kata-kata pujian
"...Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,"

Kata panggilan yang sesuai
"Rizal nak nasi lagi?" tanya Ramli.
"Tak nak, bang. Ijai dah kenyang," jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama
timang-timangan.

(b) Bukan perlakuan bahasa

Empati
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan.

Air muka/ raut wajah
...wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha
benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya.

Menunjukkan sikap bertanggungjawab
Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk
melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.

Kerusi

"Tapi hakikatnya kita tetap berbeza Jun. Setidak-tidaknya kau guru tetap,
lepasan maktab."

"Jun tak suka Fuad merendah diri begitu. Jadilah seorang laki-laki yang berani
dan Jun akan mengagumi keberanian itu."

"Aku memang selalu cuba jadi berani, Jun. Kalau aku tak berani, aku tak akan
berdepan dengan kau sekarang, anak majikan aku sendiri."

Senyum Junainah mekar dan segar.


"Ya, Allah, pandulah saya menghadapi musibah ini,"

"Insya Allah, saya akan datang!"

"Tak mengapa, nak. Engkau sudah sedar, kesatkan air matamu. Lupakan tragedi
tu. Tidak ada sebesar huma pun rasa dendam di dalam jiwa saya, nak."
KONSEP PENJAGAAN MUKA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN

Merujuk kepada air muka

Berkait rapat dengan maruah diri.

Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka seperti muka
tembok, muka papan dan sebagainya. Ini menunjukkan orang Melayu mementingkan
malu dan air muka.

Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imej
sendiri dan juga keluarga.

Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan
peribadi seseorang.

Penggunaan bahasa dan perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun,
tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun
yang dihujah itu benar.

Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu,
penggunaan mulut perlulah dikawal.

Penjagaan lidah juga penting kerana terdapat peribahasa yang berkaitan dengan
lidah seperti lidah bercabang, lidah buaya, dan lidah tidak bertulang.

Percakapan juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan
kebosanan orang lain.

Kata-kata menggambarkan hati. Hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan
yang ditugaskan kepada lidah dan mulut. Oleh itu, hati yang baik akan mengungkapkan
bahasa yang santun dan sebaliknya.
Konsep Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan Dalam Cerpen:

Cerpen 'Memori Seorang Tua' karya Zahari Affandi, antologi Harga Remaja
"Pak, cantik tak?" laung Jali kepada Pak Itam yang masih terjenguk di jendela.

Penggunaan kata 'pak' menunjukkan Jali menghormati dan menjaga status Pak
Itam sebagai seorang yang lebih tua daripadanya.
Cerpen 'Idola' , antologi Harga Remaja
"Saudara berhentilah memuji saya. Sau... saudara pujilah diri saudara sendiri," sambut
si hero sambil menancapkan sorot matanya kemas-kemas ke wajah si penjaga
panggung.

Perbualan di atas menggambarkan si hero menjaga muka si penjaga panggung
apabila bertutur dengannya dengan menyuruhnya berhenti memuji si hero, sebaliknya
memuji dirinya sendiri.

Cerpen 'Israk' karya Erda Roslan Khairi, antologi Harga Remaja
"Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat
nanti," kata Mikraj.
"Tak perlu!" Israk menghayun kata-kata.
"Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik?
Mengapa abang terlalu berlagak akhir-akhir ini?" Suara Mikraj semakin lama semakin
meninggi.
Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, "Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain
orang?"

Perbualan di atas menggambarkan Israk seorang yang tidak menunjukkan
kesantunannya ketika bertutur dengan adiknya, Mikraj.
"Jering tempoyak lagi!" rungut Israk.
Terkedu Wah mendengarnya. Hati Wah luruh sedikit. Wah berasa rendah diri,
serendah mutiara di lautan. Dipandangnya al-Maidah di atas meja. Itulah yang
dimakannya hampir saban hari. Israk sahaja yang tidak mengerti.

Pertuturan di atas menunjukkan Israk tidak menjaga maruah neneknya, Wah
kerana dia mengkritik makanan yang disediakan oleh Wah secara terus-terang.
KONSEP KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA
Pengenalan:

Budaya= Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah,
yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau
akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia.

Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat.

Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu
yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh
ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri.

Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang
diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut
sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik).

Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, norma, ilmu
pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan
seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.

Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh
yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila,
undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi
oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Kesantunan= aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh
suatu masyarakat tertentu sehingga kesantunan sekaligus menjadi prasyarat yang
disepakati oleh perilaku sosial.


Ketika dia dikatakan santun, masyarakat memberikan nilai kepadanya, baik
penilaian itu dilakukan secara mendadak mahupun secara konvensional (panjang,
memakan waktu lama)

Penilaian kesantunan= bergantung kepada budaya atau perbuatan yang
ditakrifkan santun dalam masyarakat masing-masing (KESANTUNAN MERENTAS
BUDAYA)
KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA

Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja

Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai

Pemahaman tentang apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya
harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi.

Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya= KOMUNIKASI SILANG
BUDAYA

Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan pandangan terhadap dunia,
kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.

Pandangan terhadap dunia ialah kepercayaan terhadap alam semula jadi atau
nilai yang dipegang dan ia adalah sukar diubah.

Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul
atau salah.
Contoh Kesantunan Merentas Budaya

CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina
Malaysia tentang projek perniagaan mereka.

Seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn. Bhd bermesyuarat dengan ahli
lembaga pengarah Hicom Sdn. Bhd. Lembaga mesyuarat terdiri daripada orang
Malaysia, orang Jepun, orang Kanada dan orang UK.
Segala komunikasi terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang
maksimum jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat

lisan/bahasa

pergerakan/tingkah laku

mimik muka
KESANTUNAN MELALUI ADAT PERKAHWINAN

ADAT PERKAHWINAN MELAYU
Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat:

Peringkat pertama



Merisik atau menengok
Meminang atau bertunang


Menghantar belanja dan akad
Peringkat kedua

Berandam dan berasah gigi

Berinai
Peringkat ketiga

Bersanding

Mandi limau

Sambut-menyambut

ADAT PERKAHWINAN INDIA
Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal
dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian.
Langkah-langkah:
















Merisik
Kunjungan ke rumah pengantin
Ikat janji
Kad jemputan
Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)
Mukuurtta Kaal
Thirumanan
Pengantin dijemput ke dewan perkahwinan dengan meniris 'panir' (air mawar)
Ditandakan photu
Dibawa naik ke atas pelamin
Penerusan upacara
Kalungan bunga malai
Ikat thali
Keliling api
Mohon restu ibu bapa (mencium kaki kedua ibu bapa)

ADAT PERKAHWINAN CINA


Kedua-dua ibu bapa diberikan tempat duduk.

Pinangan: Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan bakal menantu
perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk
mengurangkan konflik.

Pembandingan Hari Jadi: Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak
membantah terhadap pinangan, tukang risik akan akan membandingkan hari jadi
pasangan tersebut.

Harga Pengantin Perempuan (Hadiah Pertunangan): Keluarga anak lelaki
akan mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan (hadiah
pertunangan) termasuk surat pertunangan kepada keluarga bakal pengantin
perempuan.

Penyampaian Hadiah Perkahwinan: Hadiah perkahwinan berbeza-beza,
bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga.