TAJUK 4 LANGKAH LANGKAH KHUSUS DALAM PEN

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 4

LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI
PEMULIHAN

Sinopsis
Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan. Terdapat
enam langkah utama dalam pengelolaan sesi pemulihan di dalam kelas biasa. Langkah
pertama adalah mengenal pasti murid; langkah yang kedua adalah menganalisis masalah,
langkah yang ketiga adalah membuat perancangan, langkah yang keempat adalah
melaksanakan pengajaran, langkah yang kelima adalah membuat penilaian dan akhir sekali
langkah membuat tindakan susulan. Melalui langkah-langkah yang khusus ini, objektif, bahan
bantu mengajar, dan aktiviti khusus yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh
murid hendaklah disediakan oleh guru untuk melaksanakan pemulihan terhadap murid-murid
yang menghadapi masalah pembelajaran pada sesuatu kemahiran bahasa yang diajarkan di

dalam kelas biasa.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
i.

Mengenal pasti masalah murid

ii.

Menganalisis masalah pembelajaran dan membuat perancangan pengajaran

iii.

Melaksanakan pengajaran pemulihan di dalam bilik darjah, menilai dan membuat
tindakan susulan.

4.1

Mengenal Pasti Masalah Murid
Murid-murid pemulihan ialah murid-murid di kelas biasa yang menghadapi masalah

pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis, atau mengira. Mereka menunjukkan
ciri-ciri tertentu daripada aspek mental, fizikal, sosial dan emosi (Syed Abu Bakar Syed
Akil, 1997). Pada umumnya murid-murid pemulihan tidak mempunyai masalah
kecacatan akal atau terencat akal. Walau bagaimanapun, murid-murid dalam sesebuah
bilik darjah berbeza-beza daripada segi pengetahuan sedia ada, kebolehan, minat,
bakat dan latar belakang. Kewujudan pelbagai perbezaan ini, menyebabkan terdapat
situasi kelas yang mengandungi murid yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza.
Terdapat murid yang maju, sederhana dan ada yang lemah dan sukar menguasai
pembelajaran berbanding dengan murid-murid lain. Murid yang lemah adalah murid
yang kurang berjaya atau gagal mencapai tahap pembelajaran yang ditentukan dalam

2

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

mata pelajaran selepas proses pembelajaran berbanding dengan murid-murid lain di
dalam kelasnya.
Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia hendaklah mengetahui teknik dan langkahlangkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan bagi membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran kemahiran bahasa atau tahap pencapaian di bawah
tahap pencapaian murid normal. Melalui teknik, aktiviti, langkah-langkah yang khusus

ini, serta penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan masalah yang
dihadapi oleh murid, guru dapat melaksanakan aktiviti pemulihan terhadap murid-murid
tersebut.
Faktor-faktor yang berikut dipercayai sebagai punca risiko tinggi untuk melahirkan anak
yang bermasalah dalam pembelajaran (Syed Abu Bakar Syed Akil, 1997).










Hubungan kekeluargaan suami isteri yang tidak rapat
Mewarisi baka yang tidak dominan atau gen resesif
Jangka masa kandungan yang pendek atau melebihi tempoh
Kesan setengah-setengah penyakit
Kesan sinar-X yang berlebihan

Kesan dadah atau ubatan
Kekerapan ibu yang mengandung
Kecederaan yang berlaku semasa mengandung
Kelahiran yang kompleks

3

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4.2

Ciri-ciri Murid Lemah
Murid pemulihan menunjukkan ciri-ciri yang berikut:
Ciri-Ciri Murid Lemah

Aspek mental
Koordinasi fizikal
kurang baik iaiatu
cara menulis, cara
berjalan dan cara

berlari
Lampau aktif
Suka mengggangu
rakan lain
Tidak menyiapkan
kerja sekolah
Sakit/ atau pening
kepala

Aspek fizikal
Selalu lupa isi
pelajaran yang
diajar
Menghala telinga ke
arah guru
Kerap meminta guru
mengulang soalan
Cepat letih

Aspek sosial

Rendah diri
Sensitive dan mudah
tersinggung
Malu dan menarik diri
Suka berkelahi
Suka mengganggu
Suka berlagak sebagai
ketua

Aspek emosi
Berasa kurang selamat
Tidak memberi
penumpuan terhadap
pengajaran
Suka menonjol diri
Enggan memberikan
kerjasama
Pendiam dan pemalu
Tidak yakin
Estem kendiri rendah

Cepat marah

Setiap murid yang yang lemah akan menunjukkan tanda-tanda yang nyata yang dapat
dikesan oleh seseorang guru. Sebagai contoh, murid yang mempunyai kecacatan fizikal,
iaitu cacat pendengaran biasanya mundur dalam aspek sebutan dan pertuturan, lemah
dalam perkembangan bahasa amnya, serta amat lemah dalam aspek tatabahasa, ejaan,
perbendaharaan kata dan dalam pengetahuan am (Kirk, 1972 dipetik daripada Aziz Abd
Talib, 2000).
4.3

Jenis-jenis Kecacatan Fizikal
Jenis-jenis kecacatan fizikal yang lazim adalah seperti yang berikut:
i.
Kecacatan pertuturan seperti sengau, pelat, dan bisu.
ii.
Kecacatan penglihatan seperti tidak boleh melihat jauh, rabun atau buta.
iii.
Kecacatan pengamatan seperti melihat huruf terbalik, iaitu masalah pembalikan
iv.
v.


huruf.
Kecacatan pendengaran seperti kurang dengar atau pekak.
Kecacatan tangan yang boleh menimbulkan masalah untuk menulis.

Antara tanda-tanda khusus yang berpunca daripada aspek fizikal adalah sperti di
bawah:

4

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Tanda-tanda lemah penglihatan
















Selalu mengerutkan muka
Memegang buku secara terlalu dekat
dengan mata
Menyengetkan kepala
Menonjolkan kepala ke hadapan
Menggerakkan kepala secara berlebihan
ketika membaca
Menegangkan kelopak mata atau
membuka mata sebesar-besarnya semasa
melakukan tugasan
Mengecilkan mata untuk melihat atau
membaca yang berada agak jauh.

Tidak selesa di tempat duduk
Kerap bertanya guru
Bahagian tepi mata merah
Mata berair
Mata bengkak
Sentiasa menggosok mata
Tahi mata yang berlebihan

Tanda-tanda lemah pendengaran















Bacaan mendatar
Sebutan yang salah
Ejaan yang lemah
Menghalakan telinga ke arah guru
Kerap meminta guru mengulang
sesuatu.
Selalu menekap telinga
Mengadu sakit kepala
Tidak dapat menumpukan perhatian
Sukar memahami arahan
Lambat bertindak terhadap bunyi
Bersuara degan nada yang tidak
semula jadi.
Tidak
dapat
menganalisis
percakapan orang lain
Lambat bertindak terhadap bunyi

Latihan:
Anda dikehendaki membuat pembacaan tambahan tentang tanda-tanda masalah
pembelajaran mengikut aspek di atas. Analisis tanda-tanda aspek mental, sosial dan
emosi. Berdasarkan pengalaman di dalam bilik darjah anda, kenal pasti tanda-tanda
masalah pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid-murid anda.

Apakah kesan

terhadap pembelajaran mata pelajaran bahasa Malaysia?.

4.4

Strategi Mengesan Masalah
Guru mata pelajaran Bahasa hendaklah mengesan masalah pembelajaran murid seawal
yang mungkin, iaitu pada semester pertama persekolahan. Terdapat beberapa strategi
yang dapat digunakan oleh guru bagi mengesan murid-murid yang

bermasalah di

dalam kelas.
Strategi mengesan murid yang bermasalah

5

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Pemerhatian
Secara tidak langsung
gambaran wajah dan
aspek fizikal
Pemerhatian tingkah
laku
Pemerhatian secara
berterusan
Teknik senarai semak
Pemerhatian di dalam
dan di luar kelas

Pentafsiran
rekod prestasi
Rekod pencapaian
akademik
Rekod prestasi
kemahiran
Rekod lengkap
tentang
pencapaian di
dalam kelas
Rekod diberikan
kepada ibu bapa

Pentafsiran
rekod profil
Rekod maklumat
pencapaian semua
mata pelajaran
Pencapaian
mengikut markah
dan gred
Rekod berdasarkan
ujian sumatif
Rekod diberikan
kepada ibu bapa

Ujian kertas
dan pensil
Ujian objektif dan
ujuan subjektif
Murid membaca,
meneliti,
mengkaji dan
menulis jawapan

Temu bual dengan
ibu bapa/guru darjah
Ibu bapa
Latar belakang
keluarga
Aspek kesihatan
Aspek pemakanan
Aspek kemudahan
pembelajaran
Kemudahan asas
Guru darjah
Rekod kedatangan
Ketepatan masa
Pencapaian akademik
Tingkah laku
Perbezaan individu

Setiap murid yang lemah akan menunjukkan tanda-tanda yang nyata yang dapat
dikesan oleh seseorang guru. Setelah guru mengecam murid yang menunjukkan tanda
murid yang lemah, guru hendaklah mengenal pasti strategi mengesan masalah. Guru
hendaklah membina atau memilih alat yang sesuai untuk mengesan masalah
pembelajaran murid. Contoh cara mengesan murid yang bermasalah melalui
pemerhatian adalah seperti yang di bawah,
4.4.1

Mengesan masalah melalui pemerhatian
Pengesanan masalah melalui pemerhatian

membantu guru memperoleh

pelbagai maklumat tentang seseorang murid. Panduan membina alat mengesan
masalah melalui pemerhatian adalah dengan,
i.

Tentukan objektif pemerhatian

ii.

Tentukan item-item utama pemerhatian

iii.

Sediakan senarai semak

iv.

Tentukan masa (belajar, bermain, kokurikulum)

Senarai semak pemerhatian membaca dan memahami cerita
Nama murid :
Darjah
:

Tahun :

6

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Sekolah
:
Umur
:
Jantina :
Tandakan [ / ] Ya atau [ X ] Tidak
Bil
Aspek
1
Menghubung kait maklumat dengan pengetahuan sedia ada
2
Meramal isi cerita
3
Menyedari ketepatan ramalan
4
Menggunakan klu konteks
5
Membauat gambaran awal sebelum membaca
6
Membuat inferens
7
Mengatasi masalah kegagalam memaham
8
Menjawab soalan bertumpu
9
Menjawab soalan bercapah

Ya

Tidak

Skor
7 - 9 Baik
4 – 6 Sederhana
1 - 3 Lemah
Aspek kelemahan
1.
2.
4.4.2

----------------------------------------------------------------------------------------------

Menganalisis masalah dan membuat perancangan
Langkah menganalisis masalah adalah langkah bagi mengesan masalah dengan
tepat. Langkah ini dilaksanakan selepas guru mentadbir alat bagi mengesan
masalah pembelajaran. Setelah menganalisis masalah, guru juga perlu
menganalisis punca masalah.

4.4.2.1 Masalah membaca mekanis
i.

Membatang suku kata sebelum menyebut seluruh perkataan.

ii.

Bacaan tersekat-sekat – tidak lancar

iii.

Teragak-agak – berhenti sejenak kerana tidak pasti.

iv.

Membaca terlalu cepat dan gopoh tanpa menghirau tanda bacaan

v.

Membaca terlalu lambat/merangkak-rangkak.

vi.

Hilang tempat, melangkau perkataan atau baris ayat

vii.

Membaca dalam cahaya kurang terang

viii.

Menunjuk perkataan dengan jari

7

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

ix.

Mengelip-ngelip mata, mengerut dahi, menggeleng kepala

x.

Suara yang terlalu perlahan/blurring

xi.

Kedudukan mata yang terlalu dekat dengan bahan bacaan

xii.

Mengelak daripada membaca

xiii.

Tidak mengikut tanda bacaan

xiv.

Tidak mengikut unit makna

xv.

Tidak mengguna sebutan baku

xvi.

Bacaan tersekat-sekat

xvii.

Mengeja sebelum menyebut

xviii.

Tekanan tidak tepat - sung-ai

xix.

Meninggalkan,

mengganti,

menokok

tambah,

mengulang,

pembalikan, tidak kenal huruf, membuang, mengganti, sebutan
mengikut pengaruh dialek

xx.

Tidak boleh membaca secara mekanis

4.4.2.2 Masalah membaca dan memahami
Masalah membaca dan memahami boleh berlaku pada empat peringkat
iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.

Peringkat perkataan
Peringkat ayat
Peringkat perenggan
Peringkat teks

Pada peringkat perkataan, masalah kefahaman adalah kegagalan murid
memahami perkataan baharu atau tidak memahami makna mengikut makna
teks, iaitu memahami makna secara terpencil atau terasing daripada makna
yang dihajati oleh penulis. Kegagalan memahami pada peringkat ayat berlaku
apabila murid tidak dapat mentafsir makna ayat dengan tepat, tafsiran makna
ayat adalah kabur atau tidak spesifik atau murid memberikan beberapa tafsiran
yang berbeza makna. Murid yang gagal memahami hubungan antara ayat atau
memahami kohesi ayat, menunjukkan masalah mengenal pasti hubungan makna
antara ayat-ayat dan membuat beberapa kemungkinan tafsiran tentang
hubungan antara ayat. Murid yang lemah juga akan menghadapi masalah
memahami pada peringkat teks. Pada peringkat ini kelemahan murid berlaku

8

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

apabila gagal memahami hubungan antara bahagian-bahagian dalam teks, tidak
memahami motif atau tujuan penulis, serta tidak memahami bahagian-bahagian
teks dan makna keseluruhan teks.
4.4.2.3 Masalah Menulis mekanis
i.

Tulisan ‘cakar ayam’ – tidak dapat dibaca

ii.

Tidak tekal – campur dengan tulisan berangkai, huruf kecil huruf
besar, saiz, sendeng/tegak

iii.

Tidak tekal - atas garisan antara garisan, ruang antara perkataan
dan antara ayat.

iv.

Kesilapan ejaan (terbalik, tertinggal huruf, silap huruf)

v.

Kesilapan tatabahasa/sintaksis

vi.

Tulisan terlalu rapat

vii.

Bercakap kepada diri sendiri sambil menulis

viii.

Menulis terlalu lambat

ix.

Alat tulis dipegang terlalu rapat dengan kertas

x.

Ibu jari ditindih dengan jari telunjuk dan jari hantu

xi.

Cara duduk yang tidak betul

xii.

Lambat dan bersusah payah menyalin

xiii.

Perbezaan yang besar antara kebolehan menulis dengan bertutur

4.4.2.4 Punca masalah (mekanis dan pelahiran)
i.

Kecacatan fungsi otak

ii.

Masalah fizikal – penglihatan dan pendengaran

iii.

Masalah pengamatan penglihatan dan pendengaran

iv.

Masalah keselarasan motor : mata, telinga dan tangan

v.

Pengajaran yang tidak berkesan

vi.

Masalah kesihatan dan emosi

vii.

Daya intelek

Contoh analisis masalah membaca mekanis, punca masalah, dan
cadangan tindakan pemulihan

9

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Pemerhatian

Punca

 Membaca terlalu lambat/ merangkakrangkak.
 Hilang tempat, melangkau perkataan atau
baris ayat
 Kedudukan mata yang terlalu dekat dengan
bahan bacaan
 Mengelak daripada membaca
 Tidak mengikut tanda bacaan
 Tidak mengikut unit makna
 Tidak mengguna sebutan baku
 Bacaan tersekat-sekat
 Mengeja sebelum menyebut
 Menunjuk perkataan dengan jari

Cadangan Tindakan

 Penglihatan
 Pendengaran
 Perkembangan
kognitif yang
lambat

 Rujuk kepada ibu
bapa
 Sesuaikan aktiviti
membaca
mekanis dengan
masalah

Contoh analisis masalah menulis, punca masalah,

dan cadangan tindakan pemulihan
Masalah

 Tulisan ‘cakar ayam’ - tidak dapat
dibaca
 Tidak tekal – campur dengan tulisan
berangkai, huruf kecil huruf besar, saiz,
sendeng/tegak
 Tidak tekal - atas garisan antara
garisan, ruang antara perkataan dan
antara ayat.
 Kesilapan ejaan (terbalik, tertinggal
huruf, silap huruf)

4.5

Cadangan Tindakan Pemulihan
Membuat aktiviti pratulisan
Latihan memegang pensel / pen yang
betul dan berada dalam posisi tubuh
yang betul semasa menulis
Latihan menulis dalam buku latihan
yang mempunyai dua garisan
Menulis di udara, latihan menulis di
atas pasir dengan jari, permainan teka
huruf







Melaksanakan Pengajaran, Menilai, dan Membuat Tindakan Susulan
Langkah-langkah selepas mengesan masalah dan punca masalah ialah merancang
pengajaran berdasarkan aktiviti pemulihan yang dirancang, melaksanakan aktiviti,
menilai keberkesanan pelaksaaan aktiviti, dan mengambil tindakan susulan yang sesuai.
Guru

hendaklah

menentukan

objektif

pembelajaran

bagi

mengatasi

masalah

pembelajaran yang khusus. Contonya, pada akhir pelajaran murid dapat menyebut
bunyi ‘r’ dan bunyi ‘d’ dengan betul. Objektif pembelajaran haruslah realistik dan sejajar
dengan dengan kebolehan serta minat murid.

10

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4.6

Merancang pengajaran
Pengajaran yang dirancang haruslah berdasarkan masalah yang hendak diatasi oleh
guru selepas selesai proses penilaian. Aktiviti yang dirancang juga haruslah memenuhi
keperluan kanak-kanak yang ingin diberikan pemulihan. Tahap kesukaran aktiviti juga
perlulah pada aras yang mudah.

4.7

Merancang objektif
Objektif pelajaran hendaklah dibina mengikut prinsip-prinsip seperti yang berikut,
i.
ii.
iii.
iv.
v.
4.7.1

Daripada yang mudah kepada yang kompleks
Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui
Daripada yang konkrit kepada yang abstrak
Daripada yang dekat kepada yang jauh
Daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman
Bahagian-bahagian objektif
Objektif pembelajaran perlu mengandungi tiga bahagian utama iaitu,

i.
ii.
iii.

Hasil / outcomes
Syarat / conditions
Kriteria / criteria

Penyataan objektif tidak jelas jika tidak tidak ada ketiga-tiga bahagian di atas.
PERLAKUAN : menghuraikan perkara yang dijangkakan murid boleh BUAT iaitu
sesuatu tingkah laku atau penghasilan sesuatu produk yang dapat diperhati.
HASIL

PERLAKUAN

KATA KERJA

Spesifik

boleh diukur

Contoh perlakuan
i.
ii.
iii.

Membatangkan suku kata kvkk dan kvkvk
Menyebut pasangan minimal
Membaca ayat mudah

11

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SYARAT : penyataan yang menghuraikan syarat/keadaan yang diperlukan untuk
membolehkan perlakuan murid.






SYARAT

Peralatan
Bahan
Masa
Latar
Perkara yang
disediakan

 Membolehkan
perlakuan

Contoh syarat
i.
ii.

iii.

Tanpa merujuk kepada teks ………………
Berdasarkan teks yang dibaca………………….....
Dalam tempoh masa 10 minit............

KRITERIA : memberitahu sebaik mana murid perlu laksanakan sesuatu tugasan
supaya dapat dianggap mencapai objektif. Kriteria boleh dikaitkan dengan had
sebenar dan menghuraikan had tertentu kepada perlakuan tersebut.
KRITERIA

 Menilai
pencapaian
murid



Peratus pencapaian




Bilangan yang dicapai

Bilangan kesilapan yang
dibenarkan
Contoh kriteria
 Tempoh masa yang
Menyalin 10 ayat dengan kemas dalam tempoh
ditentukan
masa 10 minit
 Tahap

12

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

13

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 5

PENYEDIAAN
RANCANGAN
PENGAJARAN
PENDIDIKAN
PEMULIHAN KEMAHIRAN LISAN,MEMBACA DAN MENULIS

Sinopsis
Tajuk ini menjelaskan cara menyediakan rancangan pengajaran pendidikan pemulihan
berdasarkan masalah pembelajaran murid yang telah dikenal pasti semasa pengajaran di bilik
darjah. Pelbagai simptom kesulitan murid dalam kemahiran bahasa dijelaskan untuk tindakan
guru memilih strategi yang sesuai untuk pemulihan. Perancangan strategi, aktiviti dan langkah
pengajaran perlu disesuaikan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid
mengikut bidang-bidang kemahiran bahasa.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
i.

Mengenal pasti masalah pembelajaran murid pemulihan

ii.

Merancang objektif dan langkah pengajaran dan pembelajaran pemulihan

iii.

Menentukan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan

5.1

Mengenal Pasti Masalah Pembelajaran Murid Pemulihan
Murid-murid yang memerlukan pemulihan adalah murid-murid yang mengalami
kesulitan dalam pembelajaran kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Pencapaian pembelajaran murid-murid tersebut biasanya berada di bawah tahap
pencapaian murid biasa. Mereka menghadapi kesulitan untuk membaca, menulis,
mengira, mendengar, mengingati kembali dan bertutur dengan lancar, yakin dan betul.
Mereka menghadapi

masalah apabila membuat kerja sekolah dan biasanya

memperoleh keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan. Di samping itu,
mereka juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin diri, rendah konsep diri,
pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.

14

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Secara khusus, murid-murid pemulihan boleh dikenali berdasarkan pelbagai
kelemahan yang boleh dilihat melalui perlakuan pada aspek tertentu dalam kemahiran
bahasa. Antara simptom kelemahan dan kesulitan murid pemulihan yang boleh dilihat
adalah seperti yang berikut:
a. Kemahiran mendengar dan bertutur
o

Kosa kata yang terhad

o

Menggunakan dialek dalam pertuturan

o

Menggunakan bahasa pasar dalam lisan

o

Tidak dapat membina ayat mudah

o

Tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan lancar

o

Menyebut nama huruf mengikut loghat bahasa ibunda

o

Gagal mematuhi arahan

o

Tidak boleh menghuraikan gambar yang ditunjukkan

o

sukar bertutur dan menyebut perkataan

o

tidak lancar dan kurang fasih dalam sebutan

o

sukar menerima dan memahami arahan secara lisan dan tidak dapat
bertindak balas

o

lemah dalam memberi maklumat secara lisan daripada bahan yang
ditunjukkan

b. Kemahiran membaca
Antara contoh masalah dalam kemahiran membaca:
o

Keliru dengan nama, bentuk dan bunyi huruf

o

Keliru pada huruf yang hampir sama: b – d; m – w

o

Keliru pada bentuk huruf-huruf besar dan kecil yang berubah; a - A; b – B

o

Keliru dengan orientasi, kedudukan dan saiz huruf

o

Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup

o

Keliru menyebut perkataan yang akan seakan-akan sama

o

Meninggalkan suku kata dalam perkataan

o

Tidak dapat membatangkan perkataan lebih daripada dua suku kata

o

Membaca secara berlagu dan intonasi yang membosankan

o

Masalah disleksia: [kail] dibaca [ kali ]; [dada] dibaca [baba]

15

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

o

Mengeja sebelum membaca menyebabkan bacaan terhenti-henti

o

Keliru

apabila

membatang

perkataan

yang

mengandungi

vocal

berganding
o

Tidak dapat membunyikan perkataan yang mengandungi konsonan
berganding

o

Membaca secara menghafal

o

Tidak memahami bahan yang dibaca

o

Mengulang-ulang dan merangkak-rangkak ketika membaca

o

Sukar membuat hubung kait

o

Tidak dapat membuat urutan

o

Kesukaran mencari maklumat daripada bahan yang dibaca

o

Tidak dapat menjawab soalan kefahaman dengan ayat yang lengkap

c. Kemahiran menulis
Antara contoh masalah dalam kemahiran menulis
o

Tulisan yang buruk dan tidak boleh dibaca

o

Bentuk dan condong huruf yang tidak menentu

o

Saiz huruf yang tidak seragam

o

Menulis terbalik –bermula dari kanan dan bergerak ke kiri. Contoh: s
ditulis ƨ

o

Tulisan tidak selari dengan garisan

o

Salah urutan dan arah ketika menulis

o

Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk

o

Jarak antara huruf atau antara perkataan yang tidak menentu

o

Tidak

boleh

melakukan

latihan

koordinat

mata

dengan

tangan

menyebabkan murid menyalin dengan lambat dan perkataan yang disalin
salah ejaan
o

Masalah menggunakan huruf besar dan huruf kecil di tempat yang tidak
sesuai

o

Tidak dapat membina ayat mudah

o

Kosa kata yang terhad

o

Ayat tidak gramatis

16

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

5.2

o

Lemah dalam penggunaan tanda baca

o

Lupa format penulisan

o

Lemah dalam penyampaian idea

Merancang Objektif, Langkah-Langkah Pengajaran, dan Pembelajaran Pemulihan
a.

Perancangan objektif
Objektif pembelajaran pemulihan hendaklah dibuat secara lebih khusus. Objektif
pembelajaran haruslah realistik dan sejajar dengan kebolehan serta minat muridmurid. Guru perlu membantu murid mengatasi masalah pembelajaran sesuatu
kemahiran tertentu dengan khusus. Selain itu guru juga perlu mengubah sikap
negative dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran. Sikap yakin diri juga
perlu dibina pada murid yang mengikuti pemulihan.
Objektif yang khusus akan membolehkan murid-murid menguasai kemahiran
melalui aktiviti alternative. Murid akan mendapat layanan dan kemudahan belajar
yang sesuai dengan kemampuan mereka dan seterusnya peluang pembelajaran
yang sama dengan murid-murid lain. Dengan itu, mereka dapat meneruskan
pembelajaran dalam sistem persekolahan.
Objektif pembelajaran haruslah dibentuk mengikut prinsip-prinsip yang berikut:
i.

Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui

ii.

Daripada yang mudah kepada yang kompleks

iii.

Daripada yang konkrit kepada yang abstrak

iv.

Daripada yang dekat kepada yang jauh

v.

Daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman

Objektif yang baik harus memenuhi kriteria yang berikut:
i.

Menggunakan kata kerja tindakan khusus yang menerangkan objektif
guru.

ii.

Menggunakan bahasa yang menghuraikan tingkah laku yang boleh
dilihat.

iii.

Menggunakan bahasa yang boleh menghuraikan tingkah laku yang boleh
dinilai.

17

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

b.

Langkah-langkah menjalankan Sesi Pemulihan
i. Kenal pasti dan buat analisis:
ii. Murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian
iii. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian saringan
dan Diagnostik
iv. Punca masalah daripada aspek fizikal, intelek, dan emosi yang
mengganggu pembelajaran
v. Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang
dihadapi.
vi. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.
vii. Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang.
viii. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai.

ix. Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid
berkenaan ke dalam kumpulan murid biasa atau merancang semula
aktiviti pemulihan yang baharu sekiranya murid berkenaan belum pulih.
5.3

Langkah-langkah Pelaksanaan Sesi Pemulihan
Langkah-langkah pelaksanaan sesi pemulihan boleh digambarkan melalui rajah yang
berikut:
Kenal pasti murid

2. Analisis
Masalah

3. Membuat
perancangan

4. Melaksanakan
pengajaran

5.3

5. Membuat
penilaian

6. Tindakan
susulan

Menentukan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan
Setelah dikenal pasti murid yang perlu diberikan pemulihan, guru perlu merancang
aktiviti pemulihan yang sesuai dengan masalah. Guru perlu menentukan objektif dan

18

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

kemahiran khusus yang hendak dipulihkan, membina dan menyediakan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai, merangsang pelbagai pancaindera
(multisensory) dan berbentuk konkrit. Guru memilih teknik pengajaran yang mengambil
kira gaya belajar, menggunakan latih tubi, dan berunsurkan permainan. Strategi
pelaksanaan pemulihan boleh dijalankan dalam bentuk kumpulan atau secara individu.
1. Strategi Kumpulan
Strategi kumpulan digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi
masalah pembelajaran yang sama. Guru boleh merancang dan menjalankan
pengajaran pemulihan untuk murid-murid bermasalah. Murid-murid lain akan
menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru
2. Strategi individu
Strategi ini digunakan apabila murid menghadapi masalah pembelajaran yang
berlainan dan khusus. Guru boleh membetulkan kesalahan murid secara individu
sementara murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan. Guru juga boleh
menggalakkan murid cerdas mengajar atau membimbing murid-murid bermasalah
secara individu (rakan sebaya).
5.4

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan
Kaedah dan pengurusan aktiviti pemulihan boleh dijalankan dengan menggunakan
pelbagai cara. Aktiviti boleh dijalankan secara langkah-langkah kecil, berfokus pada
sesuatu kemahiran bahasa atau mengikut sesuatu konsep yang berkaitan dengan
masalah pembelajaran murid berkenaan. Setiap aktiviti pemulihan yang dijalankan
perlulah menepati objektif kemahiran bahasa yang menjadi masalah dan tidak dapat
dikuasai oleh murid yang berkenaan. Aktiviti pemulihan perlulah dijalankan mengikut
keperluan dan bidang kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, bacaan dan
kefahaman termasuk bacaan mekanis, kemahiran menulis termasuk tulisan mekanis.
Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran
pemulihan. Antara pendekatan dan kaedah yang sesuai dijalankan dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah seperti yang berikut:
i.

Kaedah fonik

ii.

Kaedah abjad

19

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

iii.

Kaedah pandang sebut

iv.

Kaedah prabacaan

v.

Kaedah suku kata

vi.

Kaedah seluruh perkataan

vii.

Kaedah pratulisan

viii.

Kaedah mekanis

ix.

Pendekatan cerakinan

x.

Pendekatan binaan

xi.

Multisensori

Selain itu, penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai, menarik dan pelbagai
rangsangan perlu disediakan untuk membantu menjayakan penguasaan kemahiran
yang ditetapkan. Sebagai contohnya, guru hendak menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran pemulihan membaca perkataan dua suku kata. Guru boleh menggunakan
kaedah binaan iaitu menggunakan bahan bantu belajar kad suku kata dan meminta
murid membina perkataan daripada suku kata. Murid diminta mengeja dan membaca
perkataan yang dibina. Guru boleh menggunakan teknik permainan untuk meningkatkan
motivasi dan keseronokan dalam pembelajaran. Contoh aktiviti lain bagi membina
kemahiran membaca perkataan adalah suai padan suku kata

dan membentuk

perkataan. Murid membaca kuat perkataan yang dihasilkan daripada suai padan suku
kata.
Antara aktiviti pemulihan untuk membina pelbagai kemahiran bahasa adalah seperti
yang berikut:
i.

Menekap huruf

ii.

Menulis di pasir

iii.

Menyalin huruf atau perkataan

iv.

Mencari gambar tersembunyi

v.

Menulis urutan huruf atau perkataan

vi.

Penggunaan warna untuk membuat diskriminasi huruf

vii.

Mencari perkataan tersembunyi

viii.

Mencari jalan keluar

ix.

Latihan membaca nyaring-rakam dan perdengarkan semula

x.

Pandang dan sebut

20

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

xi.

Latihan mengeja-imlak

xii.

Kaedah Gabungan Bunyi Kata

xiii.

Buku Besar (Bigbook)

xiv.

Aktiviti Latih tubi
a. Pemintal lidah
b. Pasangan minimal
c. Bersambut
d. Rajah tukar ganti
e. Padanan

xv.

5.5

Teka silang kata

xvi.

Jigsaw

xvii.

Permainan menyampaikan pesanan-uji ingatan dan pendengaran

xviii.

Permainan Kim- menguji ingatan dan pendengaran

xix.

Membuat diskriminasi bunyi

xx.

Karangan berpandu

xxi.

Bercerita berdasarkan gambar

xxii.

Menyusun ayat atau perenggan atau gambar mengikut urutan

xxiii.

Membaca kuat atau membacakan kepada (reading to)

xxiv.

Berkongsi membaca (Shared reading)

xxv.

Membuat perkaitan

Pengelolaan Pengajaran Pemulihan di Kelas Biasa
Pengajaran pemulihan dalam kelas hendaklah dijalankan secara bersistematik agar
murid memperoleh faedah yang maksimum. Pengelolaan pengajaran pemulihan
melibatkan empat langkah:
i.

Penentuan objektif

ii.

Perancangan

iii.

Pengajaran

iv.

Penilaian

21

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Penentuan objektif
Sebelum pengajaran pemulihan, objektif pengajaran hendaklah ditentukan. Aras objektif
seharusnya sejajar dengan masalah pembelajaran murid.

Contoh perancangan satu pengajaran dan pembelajaran pemulihan:
Masalah: murid tidak boleh melakukan arahan yang didengar
Objektif: pada akhir pelajaran, murid-murid dapat melakukan sesuatu mengikut arahan
yang

diberikan.

Perancangan :
i.

Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran secara individu atau
kumpulan atau rakan sebaya.

ii.

Menentukan bahan bantu belajar yang hendak digunakan mengikut aras
kesukaran, jenis,kegunaan dan daya penarik.

iii.

Menentukan aktiviti-aktiviti yang memberikan peluang kepada murid melibatkan
diri dengan aktif dalam pelajaran

iv.

Menentukan jenis penilaian yang akan digunakan untuk menilai pencapaian
murid

Pengajaran
i.

Pengajaran normal dijalankan seperti biasa kepada semua murid dalam bilik
darjah. Pengajaran pemulihan dijalankan selepas sesuatu langkah pengajaran
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

ii.

Guru akan mengajar seorang atau beberapa orang murid yang lambat yang
menghadapi masalah yang sama.

iii.

Murid yang cerdas juga boleh diminta untuk membantu murid yang menjalani
aktiviti pemulihan.

iv.

Pada masa yang sama, murid-murid cerdas dan sederhana akan membuat
aktiviti atau lembaran kerja atau aktiviti pengayaan.

22

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Penilaian
i.

Penilaian dijalankan bagi memastikan objektif dicapai atau tidak.

ii.

Guru membuat pemerhatian terhadap perlakuan murid.

iii.

Selepas penilaian, murid–murid yang telah menguasai kemahiran tersebut akan
mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan normal.

iv.

Murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran tersebut akan dirujuk
kepada guru pemulihan.

Contoh aktiviti pemulihan mengikut

masalah kemahiran bertutur, membaca dan

menulis.
i.

Latih tubi pasangan minimal:
Murid didapati tidak dapat menyebut atau membaca perkataan dengan betul.
Murid tidak dapat membezakan bunyi yang paling minimum dalam perkataan
sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh. Contoh perkataan :
dari – lari; ladang – lalang; lada – lala; dada – lada

ii.

Latih tubi pemintal lidah:
Murid didapati tidak boleh menyebut bunyi yang menggunakan huruf ‘p’ dengan
betul. Contoh : Murid menyebut pemintal lidah seperti: pandang pandan tepi
pagar depan padang. Contoh : Murid bermasalah menyebut /ny/. Murid
menyebut pemintal lidah seperti : nyonya nyanyuk nyanyi nyamuk.

iii.

Latih tubi gantian:
Murid tidak dapat menulis ayat dengan lengkap dan betul. Sebagai contoh:
Pokok itu tinggi.
Murid menulis dengan menggantikan perkataan tinggi dengan perkataan lain
berdasarkan gambar dan perkataan yang ditunjukkan oleh guru seperti gambar
dan perkataan: rendah; subur; renek. Murid perlu menghasilkan ayat seperti :
Pokok itu rendah.

23

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

24

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 6

PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR AKTIVITI PEMULIHAN

Sinopsis
Tajuk ini menjelaskan cara menyediakan bahan bantu mengajarn aktiviti pemulihan
komputer

Gambar bersiri

Nyanyian /lirik lagu

Seni kraf

Permainan bahasa

Boneka

Iklan

Permainan rekreasi

Kad ucapan

Bahan Maujud

Carta

karton

Kad huruf

Plastesin

Bahan replika

filem

berdasarkan masalah pembelajaran murid yang telah dikenal pasti semasa pengajaran di bilik
darjah. Pelbagai simptom kesulitan murid dalam kemahiran bahasa dijelaskan untuk tindakan
guru memilih strategi yang sesuai untuk pemulihan dan menyediakan bahan bantu mengajar
yang sesuai. Perancangan teknik, pelaksanaan aktiviti dan penyediaan bahan bantu mengajar
perlu disesuaikan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid mengikut bidangbidang kemahiran bahasa yang diajarkan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat menyediakan Bahan Bantu Mengajar aktiviti Pemulihan:
i.

Kemahiran lisan

ii.

Kemahiran Membaca

iii.

Kemahiran Menulis

6.1

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar untuk Aktiviti Pemulihan Kemahiran Lisan
Contoh aktiviti dan bahan:
 mendengar bunyi dan menyatakan nama
 melihat rangsangan dan memberi respons yang sesuai
 mendengar arahan dan memberi respons yang betul
 mendengar bunyi dan mengajuk bunyi
 permainan bahasa
 bersoal jawab berdasarkan bahan rangsangan
 menyanyi dan membuat pergerakan kreatif
 latih tubi sebutan atau pengucapan

Contoh bahan bantu mengajar:

25

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

6.2

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Pemulihan Kemahiran Membaca
Contoh aktiviti dan bahan pemulihan membaca:
 Membentuk perkataan dan mengeja
 Mengeja perkataan yang disebutkan
 Mengeja perkataan yang ditunjukkan
 Membaca arahan mudah
 Membaca carta alir mudah
 Membaca pantun dua kerat
 Membaca baris dalam lirik lagu
 Membaca dialog kartun atau komik
 Membaca cerita mudah
 Membaca petikan pendek dan menjawab soalan mudah
Contoh bahan bantu mengajar:
Kad Abjad

Kad Domino

Buku Besar

Label objek

Kad Suku Kata

Carta Suku Kata

Buku Cerita

Permainan bahasa

Kad Perkataan

Kad Lipat Suku Kata

Jadual

Carta

Peta

Cogan kata

Kad Frasa

6.3

Kad Cantum Suku
Kata

Kad Ayat

Kad Tingkap

Gambar Rajah

Kartun

Kad Gambar

Kad Padanan

Lirik lagu

Surat khabar

Kad Arahan

Gambar Bersiri

Iklan

pantun

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Pemulihan Kemahiran Menulis
Contoh aktiviti dan bahan pemulihan menulis:
 Menulis huruf atau suku kata bagi membentuk perkataaan
 Menulis perkataan yang disebut
 Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang betul
 Melengkapkan ayat berdasarkan perkataan yang disediakan
 Menulis cerita berdasarkan gambar bersiri
 Menulis ayat berdasarkan kad perkataan
 Menulis ayat berdasarkan gambar
 Menyambung dialog mudah
 Menulis dialog yang sesuai pada gambar
 Menulis kad ucapan
 Menulis pesanan mudah
 Menulis ayat huraian mengikut ayat topik
 Menulis perenggan mengikut peta minda
Contoh bahan bantu mengajar:

26

BMM3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

kad suku kata
Kad perkataan
Kad ayat
Rajah tukar ganti
Permainan bahasa

Komik
Katalog
Gambar bersiri
Gambar tunggal
Akhbar

carta alir
Peta lokasi
Jadual perjalanan
Diari harian
Peta minda

Kad arahan
Buku cerita
Dialog mudah
Silang kata
Lirik lagu/nyanyian

Aktiviti
Pengajaran sesuatu kemahiran sangat memerlukan bahan bantu mengajar sebagai
alat untuk memudahkan murid menguasai konsep, maklumat dan kemahiran tersebut.
Bina bahan bantu mengajar yang sesuai dan memudahkan murid untuk menguasai
kemahiran menulis sekurang-kurang lima ayat yang betul dan lengkap tentang suatu
tajuk. Tunjukkan langkah pelaksanaan aktiviti menulis ayat dengan menggunakan
bahan bantu mengajar tersebut.

27