NILAI MORALISME DALAM KESENIAN tari

NILAI MORALISME DALAM KESENIAN1
Wiramanja @ A. Rahman A. Hanafiah

K

esenian adalah satu istilah yang sangat luas
untuk dibincang dan dikaji. Perbincangan dan
kajian yang dibuat tidak semestinya memberi
jawapan tepat mengenai kesenian yang bersifat
global. Para sarjana juga boleh membuat takrifan
pelbagai mengenai kesenian dan tidak ada siapa yang
boleh mendakwa takrifan tepat mengenai kesenian.
Justeru, bagi menilai dan menghayati karya kesenian
sesuatu kaum dan masyarkat, seseorang perlu
memperlihat yang seadanya.
Kesenian boleh dinilai pada dua penjenisan iaitu
nilai eksrinsik dan nilai intrinsik. Nilai eksrinsik
adalah penghayatan kesenian bagi memperlihat
kebagusannya dari segi moral, manakala nilai
intrinsik adalah penghayatan kebendaan. Bagi
penghayatan nilai kesenian, seseorang perlu

pengetahuan dan pengukuran berdasarkan keilmuan
yang bersandarkan teori-teori nilai kesenian itu
sendiri. Karya seni yang muncul pada setiap zaman
mewakili nilai moralnya tersendiri. Kehalusan setiap
1

Artikel ini sebahagiannya telah diterbitkan dalam Majalah Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka,
pada bulan Oktober, 2002. hlm. 40-41

1

karya seni tersebut menunjukkan betapa seni dan
halus ketertiban penghasilannya. Kehalusan seni
tersebut sebagai memperlihatkan nilai moralnya
yakni pengarapannya memerlukan kesabaran dan
ketelitian.
Dalam kehidupan orang yang sentiasa tertib dan
teliti dalam kerja-kerja seni sebagai memperlihatkan
realiti peribadinya bermoral yang tinggi. Lantaran
itu, hasilan kesenian tersebut melambangkan nilai

budaya bangsanya sendiri iaitu halus, mulia dan
penuh kesucian. Contoh Lambang-lambang seni
yang menampakkan nilai kesucian terdapat pada
kubah dan mihrab masjid. Seseorang akan tenang
memandangnya sambil beribadat kepada Allah s.w.t.
Keindahan ukiran seni tersebut melambangkan nilai
moral yang tinggi terdapat dalam jiwa manusia.
Leo Tolstoy dalam buku What is Art (1896)
memperkatakan keunikan kesenian mengikut
pendekatan ekstrinsik yakni menilai melalui
pengalaman individu. Ini dapatlah ditakrifkan
bahawa kesenian telah bertunjang dalam diri
seseorang
melalui
kehidupan
sekelilingnya.
Hamparan dunia ini dapat mengajar manusia
mengenali keindahan dan kesenian daripada kejadian
Allah s.w.t. Allah s.w.t memberi ruang dan masa
kepada manusia untuk berfikir ciptaan maha besarnya

2

iaitu laut luas terbentang, langit yang tidak bertiang,
awan-germawan yang indah mengikut paksi masa
penukaran warnanya. Malam dan siang bertukar
warna seadanya yang mengasyikkan sebagai satu
simbol kehidupan yang sentiasa berubah dan silih
berganti. Di sini manusia perlu memikirkan nilai
moral kehidupan yang boleh disamaertikan dengan
malam gelap yang menakutkan, manakala siang
indah, meleka tetapi satu perbandingan yang telus
tetapi bersifat sementara.
Walter Pater dan Oscar Wilde pernah memberi
slogan “seni untuk seni”
bagi memartabatkan
kesenian.
Kesenian
setiap
kaum
boleh

memartabatkan sesuatu bangsa yang memiliki nilai
kebaikan. Setiap bangsa di dunia ini berhemah tinggi
mengikut anutan dan adat masing-masing. Tidak ada
bangsa dalam dunia ini yang ingin mencipta
keburukan kepada nilai adat kehidupan mereka.
Kehidupan mereka berinteraksi dengan kesenian
milik mereka bagi menyatupadukan di antara kaum
keluarga, jiran tetangga dan sebagainya.
Justeru, pengertian kesenian secara umum adalah
sesuatu yang mempunyai nilai kebaikan dan
mempunyai fungsi dan kepentingan bagi masyarakat
dan boleh dijadikan satu kebanggaan dari segi nilai
budaya. Nilai budaya sebuah masyarakat itu juga
3

memperlihatkan keseniannya tersendiri. Kesenian
juga tidak hanya menjurus pada bentuk hiburan
semata-mata dan ianya bukan sesuatu yang boleh
dijualbeli dan ditukarkan dengan material.
Bentuk kesenian secara kasar boleh diklasifikasi

pada nilai material dan non-material. Ini merujuk
bahawa kesenian sama ada boleh dilihat, diteliti,
dinilai, diuji dan dibincangkan tergolong dalam
bentuk material dan non-material.
Contohnya
apabila seseorang melihat sebuah tarian, tidak
semestinya ia menilai dari segi persembahan tarian
dengan pakaian yang menarik dan penari yang manis
jelita. Barangkali ia menilai apakah moral dan
pendidikan yang dipersembahkan melalui tarian
tersebut. Apakah yang dipamerkan melalui busana
penari tersebut, corak, warna, fesyen dan lain-lain.
Corak busana, pemilihan warna dan fesyen yang
dipakai penari memberi satu identiti dan mesej yang
mengklasifikasikan budaya keseniannya. Budaya
kesenian yang dipamerkan tersebut mewakili kaum
dan masyarakat tertentu. Setiap masyarakat juga tidak
boleh menirucipta kesenian kaum lain menjadi
budaya mereka. Budaya itu sendiri dapat
memperlihatkan kesenian tersebut milik siapa dan

bagaimana asimilasi berlaku. Sebagai contoh tarian
maggalang adalah upacara perayaan kaum Murut di
4

Nabawan, Sook, Keningau, Tenom iaitu bahagian
pedalaman Sabah. Tarian tersebut bukan hanya untuk
tujuan hiburan semata tetapi mempunyai nilai moral
dan makna tersendiri kepada kaum Murut. Begitu
juga dengan tarian mangunatip iaitu meraikan
kepulangan pahlawan Murut daripada memburu dan
berperang menentang kejahatan.
Apabila seseorang membuat penelitian kesenian
dari sudut ilmu boleh memperlihatkan kesenian
mencorakkan kehidupan masyarakat. Masyarakat
dapat dikenalpasti memiliki budaya dan kesenian
tertentu melalui proses kehidupan sosial antropologi
mereka. Kesenian sesebuah masyarakat pula boleh
didengari dan diteliti melalui nyanyian dan seseorang
dapat menilai senikata dan melodinya memiliki
zaman bila. Sesebuah ketamadunan dapat dinilai dan

diuji melalui material iaitu alatan yang digunakan
dan non-material yakni kesan subjektif yang terdapat
dalam corak kesenian tersebut.
Namun, jika kita bincangkan kesenian tersebut
dalam bentuk material dan non-material ianya boleh
digolongkan bahawa kesenian amat menyeluruh
definisinya dalam konteks kehidupan masyarakat
manusia. Kehidupan masyarakat manusia secara
umum mempunyai kebudayaan yang di dalamnya
terdapat pelbagai komponen yang termasuklah
5

kesenian.
Sesungguhnya, kesenian itu sendiri
tidaklah menjurus pada hiburan dan persembahan
semata-mata tetapi ianya dilihat dari pelbagai sudut
penelitian, penilaian dan kajian. Penelitian, penilaian
dan kajian dibuat perlulah bersandarkan masyarakat
tersebut dari gugusan keturunan, bangsa, anutan
agama,

kedudukan,
geografi
dan
sosial
antropologinya. Apabila segala-gala dibincang dan
dibahaskan, ternyata kesenian dalam konteks
masyarakat terlalu luas dan global.
Keturunan manusia membezakan kesenian yang
dianuti dan dimiliki.
Secara langsung ataupun
sebaliknya kesenian tersebut lahir bersama genetik
manusia itu sendiri. Contohnya seorang pelukis akan
mempunyai zuriatnya yang berkebolehan melukis.
Walaupun tidak daripada anaknya sendiri tetapi
barangkali cucu dan cicitnya. Umpamnya, seniman
Tan Sri P. Ramlee, waris terdekatnya ialah Nasir. P.
Ramlee yang mempunyai bakat seakan-akan ayahnya
walaupun tidak keseluruhannya. Namun, ini sudah
cukup membuatkan penelitian dan pengujian bahawa
kesenian itu teruji dari sudut ilmu yakni

memperlihatkan bahawa kesenian mencorakkan
kehidupan masyarakat.
Sebagaimana kemasyarakatan, kesenian tidak
dapat dipisahkan daripada ajaran agama ini. Sifatnya
6

sebagai agama syumul membenarkan imaginasi dan
kreativiti yang sememangnya ada dalam pemikiran
umat.
Seniman-seniman Islam menggunakan
kekuatan imaginasi dan kreativiti tersebut sebagai
anugerah dan amanah Allah s.w.t. yang perlu dijaga,
disubur dan disemai dalam ruang dari batasan yang
dibenarkan oleh syariat (Manja, 1995).
Anutan agama boleh juga memperlihatkan
kesenian yang tersembunyi.
Penyembunyian
kesenian dalam agama dapat diperlihatkannya dalam
nilai moral dan keperibadian keagamaan itu sendiri.
Nilai moral dan keperibadian agama amat

tersembunyi, namun pengamalnya sahaja yang lebih
arif mengetahui. Ianya juga amat subjektif untuk
diperkatakan yang mana memberi takrifan yang
berbeza oleh seseorang mengikut sosial-budaya
kehidupannya.
Sebagaimana di kepulauan nusantara Melayu.
amalan adat terlebih dahulu meresapi dalam budaya
manusia sebelum agama muncul. Contohnya
kedatangan agama Islam yang disebar melalui
pedagang Arab Parsi. Suntikan pelbagai budaya
merubah dan meresapi tanpa sedari. Kehadiran
kesenian tersebut kadangkala menerbitkan secara
kekal pengamalannya dan seterusnya sesebuah
masyarakat mengakui milik mereka.
7

Tradisi kesenian Islam yang awal lebih
cenderung ke arah menyatakan bukan semata-mata
ruang dalam penjelamaan motif-motif hiasan,
malahan konsep dan falsafah yang berteraskan pada

prinsip tauhid.
Kepekaan terhadap prinsip ini
bukanlah tidak berasas. Seniman-seniman Islam
memang menyedari hakikat nilai estetik adalah
sebagian padu dari pancaran fahaman keagamaan
(Manja: 95: 1995).
Barangkali kesenian yang diperlihatkan di zaman
alaf baru ini
mempunyai ciri-ciri bermotifkan
universal. Kesenian merujuk pada satu keindahan
sebagaimana matlamat Kung Fu Tze (Confucius)
ialah untuk meninjau dan menyelidiki fungsi
penilaian keindahan dan seni masyarakat di dalam
kehidupan.
Penilaian keindahan dan seni
mengkhususkan peranan khas bagi membantu
manusia mencapai kedudukan (Hamidah, 1995:42).
Justeru, kesenian sesuatu kaum dan masyarakat
dapat memperlihatkan keunggulan budaya masingmasing. Budaya tersebut terus dipelihara sebaik
mungkin supaya tidak dicerobohi dan diciplak
keasliannya. Dalam ertikata lain menciplakan idea
seni contohnya, lengok-lengok tarian dan busananya
dan mendakwa ianya milik budaya bangsa sendiri
adalah tidak wajar. Kewajaran mendakwa sesuatu
8

kesenian itu perlu dibuktikan dengan fakta sejarah
dan jumpaan-jumpaan kajian sahih. Kesahihan
sesuatu kesenian milik sesuatu masyarakat boleh
diusahakan dengan kajian akelogi sebagaimana
jumpaan pertempatan orang mesoliti seperti di gua
Cha, Kelantan, Gua Niah di Sarawak, Guar Kepah di
Kedah.
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan senimanseniman Islam telah memberikan sumbangan yang
besar kepada perkembangan kesenian dan tamadun
dunia. Hal ini bukan sahaja diakui oleh sarjanasarjana Islam malahan ia juga turut diakui oleh
sarjana-sarjana barat (Manja, 1995). Pengukuran
moral kesenian tersebut dapat dinilai daripada
kebagusan yang dimartabatkan dalam karya-karya
yang dihasilkan oleh para seniman Islam yang
menjadi ikutan dan peniruan barat, dengan lantang
pula mendakwa kesenian tersebut milik mereka.
Mereka boleh menipu sejarah, namun sejarah
tetap mencatat perkara-perkara benar dan jitu
sebagaimana bahtera Nabi Nuh menjadi peniruan
penciptaan kapal untuk orang barat bangga
mengelilingi dunia. Makanya, kesenian sesuatu
bangsa dan anutan agama dapat diperjelaskan melalui
sudut penelitian, penilaian dan kajian yang tidak
dapat dicemari dengan pengakuan dan dakwaan yang
9

palsu tidak mengikut pertimbangan akal mengikut
factual knowledge.
RUJUKAN
1. Abdul Rahman Haji Ismail, 2001. China
Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2. V.I.Braginsky, 1994. Erti Keindahan dan
Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu
Klasik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
3. Manja Mohd Ludin & Ahmad Suhaimi Hj. Mohd
Nor, 1995. Aspek-Aspek Kesenian Islam, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
4. Hamidah Abdul Hamid, 1995. Pengantar Estetik,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
5. Encyclopedia Britannica, Inc. 1994 – 2000.

10