PUSAT RAWATAN ISLAM DI MALAYSIA ANTARA T
PENYELIDIKAN
PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA
dT
oo
ls
PROSIDING SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN
SE K TO R PE NGAJIA N TI NGGI KE- 3
2013
PD
Fil
l
PD
FE
dit
or
wi
th
Fr
ee
W
rit
er
an
Sains Sosial dan Kemanusiaan
Jilid I
disunting oleh
ABDUL GHAFAR ISMAIL • ROOSFA HASHIM
Jilid I | Sains Sosial dan Kemanusiaan
44
Pusat Rawatan Islam di Malaysia:
Antara Tanggungjawab dan Keuntungan
Khadher bin Ahmad & Mohd Farhan Md Ariffin
ABSTRAK
dit
or
wi
th
Fr
ee
W
rit
er
an
dT
oo
ls
Dalam perkembangan semasa kini, didapati bahawa pertumbuhan pusat rawatan alternatif berteraskan
“rawatan Islam” semakin berkembang dengan pesat sekali sejajar dengan perkembangan teknologi arus
perdana. Hal ini memperlihatkan permintaan terhadap khidmat rawatan berasaskan “tibb nabawi”
kian mendapat perhatian ramai. Persoalannya, apakah sebab utama di sebalik tabir yang mendorong
para perawat-perawat Islam menubuhkan pusat rawatan Islam?. Namun, setelah berkembangnya pusat
rawatan Islam, terdengar pula di telinga rungutan-rungutan, cemuhan-cemuhan dan nada sinis tentang
pusat rawatan Islam, sama ada dari pesakit dan perawat seangkatan. Jadi, apakah permasalahan yang
harus ditempuhi dalam penubuhan sesebuah institusi pusat rawatan Islam?. Justeru, melalui kajian di
60 pusat rawatan Islam di Malaysia, pengkaji telah menyimpulkan berbagai sebab yang mendorong
penubuhan dan permasalahan serta cemuhan yang wujud berkaitan pusat rawatan Islam itu sendiri
agar ia dapat diketahui oleh anggota masyarakat seluruhnya dan dapat menilai cabaran kaitan rapat
antara penubuhan sesebuah pusat rawatan Islam dengan cabaran dan cemuhan yang harus ditempuh
oleh “seorang perawat Islam”.
PENGENALAN
PD
Fil
l
PD
FE
Kata Kunci: Pusat Rawatan Islam, Tanggungjawab, Keuntungan.
Sambutan terhadap rawatan alternatif di Malaysia kini dilihat semakin menggalakkan sejajar
dengan pertumbuhan pusat-pusat rawatan alternatif yang tidak lagi berteraskan klinikal sematamata seperti hospital dan klinik. Namun, pusat-pusat rawatan alternatif tersebut menggunakan
pelbagai pendekatan dalam rawatan yang ditawarkan. Antaranya perubatan berasaskan doadoa yang disebutkan rawatan Islam, perubatan homeopathy, perubatan aura (reiki), perubatan
berasaskan warna (terapi warna), perubatan herba dan lain-lain lagi.
Demikian juga perubatan bertunjangkan kepada “rawatan Islam” yang didapati berkembang
dengan pesat dengan pertumbuhan pusat-pusat rawatan Islam. Pertumbuhan pusat rawatan
Islam ini menunjukkan bahawa sambutan terhadap rawatan berasaskan kepada pendekatan
rawatan Islam semakin mendapat perhatian masyarakat. Dalam isu ini, apakah faktor sebenar
yang mendorong penubuhan dan pertumbuhan besar-besaran pusat rawatan masa kini?. Hal
ini perlu diperhatikan agar setiap pusat rawatan dapat menepati kriteria sebenar “pusat rawatan
Islam” yang bertunjangkan maqasid syariah dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan umat
manusia serta menghindari dari segala permasalahan yang boleh menghilangkan keyakinan
masyarakat terhadap ilmu perubatan Islam.
461
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi 2013
SKOP DAN METODOLOGI
PD
Fil
l
PD
FE
dit
or
wi
th
Fr
ee
W
rit
er
an
dT
oo
ls
Artikel ringkas ini tidak akan menjelaskan secara terperinci dari segenap aspek akan faktor
penubuhan sesebuah pusat rawatan Islam. Fokus utama perbahasan adalah perbincangan terhadap
faktor utama penubuhan sesebuah pusat rawatan Islam sahaja dan permasalahan yang berlaku
di dalam lapangan ilmu perubatan Islam.
Oleh itu, hanya faktor utama penubuhan pusat rawatan Islam diambil kira di samping
permasalahan dan cabaran yang terdapat di dalamnya. Hal ini dilakukan kerana anggota
masyarakat perlu sedar bahawa faktor dan sebab penubuhan sesuatu pusat rawatan adalah berkait
rapat dengan permasalahan yang bakal dihadapi sesebuah pusat rawatan Islam di masa hadapan.
Justeru, apabila salah matlamat penubuhan sesebuah pusat rawatan, maka bermacam-macam
dugaan yang perlu dihadapinya nanti.
Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini adalah penelitian dan pemerhatian secara
lapangan (ield work) terhadap 60 pusat rawatan Islam yang terdiri daripada pusat rawatan ruqyah
syar‘iyyah, bekam, dan aura (batin).
Daripada penelitian yang dijalankan, pusat rawatan yang dijalankan kajian ialah seperti pusat
rawatan Islam yang diasaskan melalui sesuatu pertubuhan atau persatuan seperti Darussyifa’,
Persatuan Perubatan Islam Darussalam dan Pusat Rawatan Islam al-Manarah (PRIM), atau
berteraskan syarikat perniagaan, atau premis tertentu, atau di kediaman peribadi dan ada yang
bergerak secara solo dan berkumpulan tanpa sebarang premis. Antaranya seperti Perubatan
Islam al-Hidayah, Sinar Zamdurrani, Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Pusat Rawatan Sinar
Nur, Pusat Rawatan Terapi Hikmah (Kedai Bekam dan Resdung), Kartika Buana: Pusat Rawatan
Tradisional Islam Berasaskan al-Quran dan Pusat Rawatan Qalbun Sakinah yang bergerak dalam
sebuah premis khusus. Manakala Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE), Pusat Rawatan
Islam Gshahmisteri, Rawatan Islam Darul Manzil (RIDAM), Pusat Rawatan Ikhtiar Darul Syifa’
(PURIDAS), Pusat Rawatan Islam al-Madani (PRIA), Pusat Rawatan Teknologi al-Quran dan
Asma al-Husna, Perubatan Islam 7 Puteri, dan Pusat Rawatan Islam al-Mustaqim yang merupakan
antara pusat rawatan Islam yang beroperasi berhampiran dengan kediaman pengasasnya.
HASIL DAN DAPATAN KAJIAN
Faktor Penubuhan Pusat Rawatan Islam
Khidmat Kepada Masyarakat
Permintaan Masyarakat
Dakwah
Kesedaran Kendiri
Peristiwa Silam
Minat Mendalam
Salasilah Keturunan
Amanat
Pembiayaan Sosial
Kepuasan Diri
Jumlah
17
9
8
7
7
4
4
2
1
1
Daripada 60 pusat rawatan Islam yang menjadi lokasi kajian, faktor utama penubuhan pusat
rawatan Islam yang paling utama ialah untuk membantu anggota masyarakat menderita kesakitan,
penyakit, gangguan dan lain-lain, iaitu sebanyak 17 pusat rawatan. Pusat-pusat rawatan ini
462
Jilid I | Sains Sosial dan Kemanusiaan
PD
Fil
l
PD
FE
dit
or
wi
th
Fr
ee
W
rit
er
an
dT
oo
ls
merasa terpanggil untuk menubuhkan pusat rawatan Islam oleh kerana berleluasanya sihir dan
konco-konconya pada masa kini. Pada masa kini, walaupun pusat rawatan Islam makin banyak
dan tumbuh bagaikan cendawan, namun gangguan dan masalah yang berkaitan dengan bidang
perubatan Islam juga makin banyak seiring dengan pertumbuhannya.
Di samping itu, permintaan anggota masyarakat yang semakin hari semakin ramai juga
menggalakkan pertumbuhan pusat rawatan Islam. Sebanyak 9 pusat rawatan Islam ditubuhkan
atas permintaan anggota masyarakat. Perawat Islam yang pada dasarnya merawat orang ramai atas
dasar suka-suka dan ingin membantu, akan tetapi mempunyai “skil” dan kaedah rawatan yang
tinggi dan terbukti mujarab, golongan inilah yang selalunya didorong oleh kehendak masyarakat
agar membuka sebuah pusat rawatan Islam khusus untuk menyenangkan proses rawatan tanpa
perlu pesakit bersesak-sesak ke rumah perawat.
Faktor utama ketiga yang mendorong penubuhan pusat rawatan Islam ialah untuk berdakwah
kepada semua anggota masyarakat. Dakwah yang dinyatakan di sini ialah demi untuk menjaga
akidah perawat dan akidah pesakit agar tidak terjerumus ke arah kesesatan dan mencari perubatan
yang berkonsepkan Islam, yang terbukti lebih selamat dan diredhai kesembuhannya dengan izin
Allah SWT.
Seterusnya, faktor utama keempat penubuhan pusat rawatan Islam ialah disebabkan kesedaran
sendiri perawat. Kesedaran untuk mendekatkan diri dengan ilmu agama dan tasawuf yang tersirat
di sebalik ilmu perubatan Islam, melarikan diri dari itnah dan godaan dunia, serta mencari
inisiatif kaedah rawatan lain daripada kaedah rawatan Barat (orthodox) yang terbukti mempunyai
kesan sampingan buruk hasil penggunaan ubat-ubatan berasaskan dadah (drug) serta perlu
bergantung dengan ubat-ubatan sepanjang hidup bagi yang menghidap penyakit kronik.
Peristiwa silam dan sejarah hitam para perawat juga mendorong mereka untuk menubuhkan
pusat rawatan Islam sendiri. Para perawat yang rata-ratanya pernah diserang dengan sibir,
diganggu atau mempunyai ahli keluarga yang sakit yang kemudiannya sembuh dengan kaedah
rawatan Islam, telah membuka pusat rawatan Islam. Mereka ini cukup yakin dengan kaedah
rawatan Islam sehingga terdorong untuk membantu orang lain yang pernah menderitai penyakit
dan kepayahan yang sama.
Minat dalam ilmu perubatan Islam juga memainkan peranan penting yang menggalakkan
pertumbuhan pusat rawatan Islam. Minat yang disemai dengan proses pembelajaran dengan
guru-guru perubatan Islam yang berkelayakan pasti akan subur dan bercambah ilmu serta
pengalaman. Hal inilah yang medorong 4 buah pusat rawatan Islam untuk menubuhkan pusat
rawatan mereka sendiri. Mereka biasanya akan merawat pesakit dan kemudiannya akan merekrut
perawat-perawat muda yang mempunyai minat yang sama agar dapat seiring dalam membantu
mereka yang dalam kesusahan.
Ketujuh, elemen keturunan dan mempunyai salasilah keluarga yang mahir merawat juga
mendorong para perawat yang terkemudian untuk membuka pusat rawatan Islam. Ilmu perubatan
yang diwarisi daripada ayah, ibu, datuk dan nenek lantas mempengaruhi generasi terkemudian
yang ingin meneruskan legasi keluarga mereka.
Selanjutnya, amanat dari para guru, ibu bapa serta alim ulama’ juga menjadi punca penubuhan
sesebuah pusat rawatan. Namun, elemen ini tidak begitu banyak, akan tetapi ia tetap dipuji kerana
menunaikan dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh sabar dan tabah.
Selain itu, pusat rawatan Islam juga ditubuhkan khusus untuk membiayai elemen sosial dalam
masyarakat. Hal ini termasuklah untuk membiayai biaya sekolah anak-anak yatim dan pondok.
463

Hal ini dilakukan dengan menyalurkan wang yang diperolehi daripada rawatan yang dijalankan
di pusat rawatan digunakan untuk kesenangan dan manfaat orang lain.
Akhirnya, faktor terakhir penubuhan pusat rawatan Islam ialah kepuasan diri. Manusia
ialah makhluk yang cukup indah yang diciptakan dengan berbagai bagai citarasa dan kehendak.
Malah, hal ini jualah yang menjadi faktor utama penubuhan pusat rawatan Islam. Pusat rawatan
Islam yang diasaskan atas dasar kepuasan kendiri ini ialah daripada pusat rawatan yang mahu
menegakkan cara rawatannya yang tersendiri dan mahu meluaskan pengaruhnya dalam bidang
rawatan Islam sekaligus ia dapat merawat dengan caranya tersendiri.
Permasalahan Dalam Rawatan Islam
dT
oo
ls
Dalam keghairahan para perawat Islam yang masih baru mahupun lama untuk menubuhkan
sesebuah pusat rawatan Islam. Mereka harus sedar akan dugaan yang akan ditempuhi. Masalah
yang dibawakan ini memang nampak remeh temeh, namun jika dibiarkan, ia mampu membuka
pintu perpecahan umat Islam sekaligus menghilangkan keperrcayaan masyarakat terhadap bidang
perubatan Islam.
an
Pertama: Peribadi Dan Etika Perawat
PD
Fil
l
PD
FE
dit
or
wi
th
Fr
ee
W
rit
er
Isu yang sering diputarkan dalam aspek rawatan Islam ialah semestinya berkaitan peribadi dan
akhlak seseorang perawat itu sendiri. Peribadi dan akhlak perawat Islam amat penting bagi
perawat. Pemerhatian “irst sight” terhadap seseorang perawat itu akan menentukan persepsi
pesakit kepadanya.
Jika dilihat kepada title dan gelaran yang diberikan kepada seseorang perawat Islam,
kebanyakkan daripada mereka digelar sebagai “ustaz” dan “ustazah”. Gelaran “ustaz” dan
“ustazah”sememangnya amat mulia dan ia menggambarkan mereka yang berilmu tinggi dalam
agama dan berpekerti mulia.
Daripada pemerhatian pengkaji, masih terdapat 6 pusat rawatan Islam daripada 60 pusat
rawatan Islam yang memaparkan percakapan, perbuatan dan gambaran luaran perawat yang
tidak mencerminkan ciri-ciri seorang perawat Islam. Antara kesilapan yang dilakukan perawat
ialah menghisap rokok, tidak menjaga aurat bagi perawat wanita, menyentuh wanita bukan
muhrim tanpa lapik ketika merawat, tidak menjaga selok belok percakapan dan berpakaian yang
compang-camping dan tidak menggambarkan etika seorang ustaz. Hal ini perlu disebutkan oleh
kerana ia melibatkan kepercayaan dan persepsi masyarakat umum tentang sesebuah institusi
rawatan Islam. Janganlah disebabkan “nila setitik, rosak susu sebelanga.”
Kedua: Sumber Ilmu Perawat
Masalah kedua terbesar dan sering menjadi perbahasan di antara perawat dan pesakit ialah sumber
ilmu perubatan yang dipraktikkan. Hal ini merupakan perkara utama yang diperhatikan apabila
sesebuah pusat rawatan itu ditubuhkan. Hal ehwal berkaitan ilmu perubatan inilah yang akan
menjadi dasar persepsi para perawat lain dan anggota masyarakat terhadap kaedah dan rawatan
yang diberikan. Ini termasuklah sama ada perawat tersebut memperolehi ilmu dengan berguru,
mimpi, kebolehan yang datang sendiri dan sebagainya.
464
Jilid I | Sains Sosial dan Kemanusiaan
Daripada kajian pengkaji, daripada 60 pusat rawatan, terdapat 44 pusat rawatan Islam yang
mengasaskan pusat rawatan sendiri setelah berguru (dengan cara talaqqi khusus) dan menjalani
kursus, seminar dan sebagainya. Manakala, 4 pusat rawatan Islam mula menjalankan rawatan
setelah didatangi mimpi misteri, dan 7 pusat rawatan Islam berasaskan kebolehan sendiri. Di
samping itu, terdapat juga 2 pusat rawatan Islam berasaskan mimpi dan kemudiannya berguru
serta masing-masing 1 pusat rawatan yang berasaskan gabungan ilham dan mimpi, 1 pusat
rawatan Islam secara berguru dan kebolehan sendiri, dan 1 secara berguru dan ilham.
Kesimpulannya, daripada data sumber ilmu perubatan Islam di pusat-pusat rawatan Islam
yang dikumpulkan, hanya 11 pusat rawatan yang menjalankan pusat rawatan dengan secara
“amalan terus” daripada mimpi, kebolehan sendiri (anugerah) dan ilham. Manakala 49 yang lain
adalah secara “belajar terus” dari guru-guru perubatan Islam, dan tidak kurang yang merujuk
mimpi, ilham dan anugerah yang datang kepada guru yang berkelayakan sama ada ia benar atau
tidak serta sedikit sebanyak turut belajar ilmu perubatan daripadanya.
oo
ls
Ketiga: Kaedah Dan Teknik Rawatan
PD
Fil
l
PD
FE
dit
or
wi
th
Fr
ee
W
rit
er
an
dT
Teknik dan kaedah rawatan amat penting dalam lapangan ilmu perubatan Islam. Kaedah dan
teknik dalam rawatan yang digunakan adalah bertitik tolak daripada mana sumber ilmu perubatan
diperoleh. Kaedah dan cara rawatan yang dilakukan perawat merupakan “praktikal” kepada ilmu
yang diperolehi. Jika benar sumber ilmu yang didapati, maka jelaslah dan baiklah cara rawatan
yang dipraktikkan.
Daripada kajian yang dilakukan, sebanyak 36 buah pusat rawatan Islam menggunakan kaedah
ruqyah, doa-doa dan zikir dalam rawatan. Inilah teknik yang paling popular dalam bidang rawatan
Islam. Manakala, 8 pusat rawatan menggunakan cara bekam dan turut ditambah ruqyah dalam
rawatan selain 8 buah pusat rawatan lain hanya khusus menggunakan bekam dalam merawat.
Manakala bagi kaedah rawatan ghaib, sebanyak 6 buah pusat rawatan mempraktikkannya dan
hanya 1 pusat rawatan yang menggunakan gabungan teknik ghaib (aura batin) dan ruqyyah.
Jadi, apa yang dapat dinyatakan di sini ialah perawat yang mendapat ilmu perubatan dari
guru atau merujuk kepada guru (secara belajar berguru) majoritinya menggunakan kaedah
yang thabit dengan merawat secara amalan ruqyah, bekam dan doa zikir. Manakala perawat
yang mendapatkan ilmu secara mimpi dan ilham atau dari sumber yang tidak dapat dipastikan
kebenarannya, mereka majoritinya melakukan rawatan secara kaedah rawatan ghaib dan batin.
Kesimpulannya, kaedah rawatan merupakan perkara yang penting dalam cara rawatan Islam.
Hal ini merupakan perkara yang banyak dipertikaikan oleh sesama pihak pusat rawatan Islam.
Dalam menyebut tentang rawatan Islam, tidak semua rawatan yang dipraktikkan tersebut
menepati ciri-ciri rawatan Nabi SAW. Sebahagian daripada kaedah rawatan yang dipraktikkan
tersebut adalah yang bercanggah dengan syariat Islam, ada yang meragukan dan ada juga
yang memerlukan penelitian dan perbincangan yang lebih terperinci untuk mengetahui status
pengamalannya dalam rawatan penyakit.
Seseorang perawat Islam sepatutnya mengenalpasti cara dan kaedah rawatannya terlebih
dahulu dengan merujuk kembali kepada al-Quran dan al-Hadith atau merujuk kepada ulama’ agar
kaedahnya tidak meragukan dan tidak mengandungi tipudaya jin yang boleh membuatkannya
terbabas dari landasan syara’. Malah, yang paling penting, selagimana teknik rawatan tidak
bercanggah dengan matlamat al-Quran dan al-Hadith, mereka perlu saling bertolak ansur antara
satu sama lain meskipun berbeza teknik dalam rawatan. .
465

Keempat: Bayaran Perkhidmatan Rawatan
PD
Fil
l
PD
FE
dit
or
wi
th
Fr
ee
W
rit
er
an
dT
oo
ls
Mengambil bayaran dan duit upah bagi rawatan adalah diharuskan di dalam Islam. Setiap perawat
berhak menetapkan kadar bayaran bagi setiap rawatannya. Namun, bayaran yang dikenakan
perlulah sepadan dengan rawatan yang diberikan, adalah tidak patut apabila rawatan yang hanya
dilakukan tidak sampai dua minit, akan tetapi, casnya lima puluh ringgit dan bahkan boleh
mencapai ratusan dan ribuan ringgit demi mengaut keuntungan atas kesusahan orang lain.
Perkara “bayaran rawatan” ini yang sering dipertikaikan. Perkara inilah sekarang yang dalam
diam mampu meruntuhkan keyakinan mayarakat terhadap bidang perubatan Islam.
Sepanjang kajian dilakukan, pandangan yang diberikan oleh para pengasas dan pengamal
perubatan Islam adalah majoriti berkaitan dengan cas rawatan yang dikenakan. Hampir 90%
daripada para perawat tidak bersetuju dengan kos rawatan tinggi yang dikenakan pada pesakit
yang rata-ratanya orang yang miskin, tidak berkemampuan dan menderita kesakitan sekian lama.
Daripada 60 buah pusat rawatan Islam yang dikaji, sebanyak 31 buah pusat rawatan Islam
mengenakan kadar bayaran yang telah ditetapkan bagi setiap rawatan. Daripada 31 buah pusat
rawatan itu, 22 buah pusat rawatan Islam merawat secara sepenuh masa dan 9 lagi secara separuh
masa.
Di samping itu, 18 buah pusat rawatan Islam lain hanya menjalankan rawatan secara
sumbangan dan derma ikhlas dari pesakit, yang mana ianya terdiri daripada 13 buah pusat
rawatan yang menjalankan rawatan sepenuh masa dan hanya 5 secara separuh masa.
Selain itu, 11 buah pusat rawatan lagi hanya mengambil bayaran dan sumbangan ikhlas.
Daripada 11 buah pusat rawatan tersebut, 6 buah pusat rawatan Islam merawat secara sepenuh
masa dan hanya 5 merawat secara separuh masa.
Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa perawat yang menjalankan rawatan secara sepenuh
masa perlu menetapkan kadar bayaran untuk menampung kos yang sedua ada oleh kerana
tiada komitmen kerja yang lain. Golongan perawat sepenuh masa inilah yang paling banyak
menertapkan harga bayaran berbanding perawat yang bergerak secara separuh masa. Perawat
sepenuh masa menetapkan harga rawatan oleh kerana ingin menampung kos sedia ada, manakala
perawat separuh masa mahu meningkatkan pendapatan. Rata-rata pusat rawatan ini adalah
berbentuk bekam dan urutan, namun bagi perkhidmatan ruqyah dan gangguan, majoriti hanya
pusat rawatan di kawasan bandar-bandar mengambil bayaran demi menampung kos yang tinggi
bagi premis dan perjalanan rawatan.
Bagi perawat yang melakukan rawatan sepenuh masa dan memperoleh sumbangan ikhlas
daripada pesakit pula, golongan ini majoriti daripada perawat-perawat yang sudah lama dalam
bidang rawatan Islam dan mempunyai anak murid yang membantu. Namun, bagi yang melakukan
rawatan secara separuh masa dan mengambil upah dengan cara ini, majoriti mereka mempunyai
pendapatan dari sumber yang lain seperti sebagai kakitangan kerajaan, swasta dan sebagainya.
Akhirnya, berkaitan dengan perawat yang merawat dan memperoleh pendapatan dengan bayaran
ditetapkan dan sumbangan ikhlas, mereka biasanya menetapkan harga bagi produk, urutan dan
bekam sahaja, dan sudah mendapat pendapatan tetap dari situ dan bagi masalah rohaniah dan
spiritual, hanya berdasarkan sumbangan ikhlas sahaja.
Namun, segalanya adalah bergantung kepada niat dan komitmen perawat. Perawat yang
meletakkan harga. Dengan menimbangkan di antara kos perjalanan perniagaan dan hasrat
murni membantu orang di dalam kesusahan, para perawat perlulah bijak agar harga dan cas
466
Jilid I | Sains Sosial dan Kemanusiaan
yang dikenakan sepadan dengan kadar rawatan yang diberikan. Bayaran yang terbaik bukanlah
bayaran yang seikhlas hati dari pesakit, tetapi bayaran yang setimpal dengan kerja perawat
dan tidak menekan para pesakit. Bak kata pepatah, “tarik benang dalam tepung, tepung jangan
berselerak, benang jangan putus.”
Kelima: Perpaduan Antara Pusat Rawatan Islam
PD
Fil
l
PD
FE
dit
or
wi
th
Fr
ee
W
rit
er
an
dT
oo
ls
Perpaduan dan kesatuan antara pusat rawatan Islam adalah suatu aspek yang amat kompleks dan
banyak lagi penelitian yang perlu dilakukan. Menurut pemerhatian dan penyelidikan pengkaji, isu
persatuan memainkan peranan penting dalam suasana terkini pusat rawatan Islam. Semua pusat
rawatan Islam seperti contoh perlu berdatar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
atau persatuan yang diiktiraf, atau jika tidak akan dikenakan sejumlah denda oleh pihak berkuasa.
Jadi, pendataran semua pusat rawatan Islam di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
adalah bagus. Namun proses untuk mendatarkan pusat rawatan Islam juga amat rumit dan pusat
rawatan Islam kini lebih terdedah dengan pelbagai kekangan. Bagi yang mahu berdatar dan
berpesatuan, antara kekangan yang diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
sendiri, ialah pengasas sesebuah pusat rawatan Islam mesti mempunyai murid yang banyak
mempraktikkan amalan dan kaedah rawatannya dan berkelayakan dalam merawat, yakni perlu
menjadi guru ilmu perubatan Islam kepada sekalian anak murid sebelum layak untuk berdatar
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagi yang sudah berpersatuan pula, mereka perlu menghadirkan diri beberapa kali sebulan
untuk menghadiri mesyuarat di ibu kota, dan jika tidak hadir sekian lama, maka keanggotaan
sesebuah pusat rawatan itu akan dilucutkan. Hampir 30% daripada pengamal pusat perubatan
Islam merungut akibat tekanan kerja merawat yang tidak mengenal masa dan aktiviti persatuan
yang padat pada setiap bulan. Sesungguhnya, dengan wujudnya sebuah persatuan dan pertubuhan
khusus untuk semua para pengamal perubatan adalah bagus, namun mengapa perlu dirumitkan
perkara yang remeh. Hal ini perlu dinyatakan oleh kerana bukan semua para pengamal perubatan
tinggal berdekatan dengan ibu kota selain jadul mengubati pesakit yang semakin ramai dari hari
ke hari dan cukup padat.
Di samping itu juga, persatuan yang cuba diwujudkan untuk mengumpulkan kesemua
pengasas dan pengamal pusat perubatan Islam Malaysia, seperti contoh Gabungan PengamalPengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) juga amat baik dalam memastikan kesatuan
semua pusat-pusat rawatan alternatif Islam di Malaysia. Gabungan Pengamal-Pengamal Perubatan
Islam Malaysia (GAPPIMA) juga boleh menjadi tulang belakang dan wakil atau perantaraan yang
bagus kepada semua pusat rawatan Islam dalam mengharungi apa-apa jua permasalahan yang
mendatang.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, dalam satu-satu organisasi pusat perubatan Islam, ia mestilah telus dan
ditubuhkan atas dasar berkhidmat untuk Allah SWT. Bak kata pepatah, “Jikalau kita mencari
dunia, belum tentu kita akan berhasil mendapatkannya, akan tetapi, jika kita mencari akhirat,
sudah pasti kita akan mendapat kedua-duanya sekali, dunia dan akhirat.”
467

Jikalau diimbas akan penubuhan sesebuah pusat perubatan Islam, memang mengandungi
banyak punca dan berbagai sumber ilmu perubatan, akan tetapi, para perawat mestilah bijak dalam
menilai dan mempraktikkan ilmu perubatan yang dimiliki dan dipelajari mahupun diwarisi, agar
ia terhindar dari sebarang salah faham dan kemusykilan serta kehendak duniawi semata-mata.
RUJUKAN
FE
dit
or
wi
th
Fr
ee
W
rit
er
an
dT
oo
ls
Ibn Taymiyyah, Taqiy al-Din Ahmad bin ‘Abd al-Halim bin Taymiyyah al-Harrani (1426H/2005M),
Majmu‘ al-Fatawa, ditahqiqkan oleh Anwar al-Baz dan ‘Amir al-Jazzar, al-Mansurah: Dar al-Wafa’.
_____________ (t.t) Idah al-Dalalah i ‘Umum al-Risalah, al-Riyad: Maktabah al-Riyad al-Hadithah.
Jazari, Abu al-Sa‘adat al-Mubarak bin Muhamad al- (1399H/1979M), al-Nihayah i Gharib al-Hadith wa
al-Athar, ditahqiq oleh Tahir Ahmad al-Zawi dan Mahmud Muhammad al-Tanahi, Beirut: al-Maktab
al-‘Ilmiyyah
Khadher Ahmad & Rushdi Ramli, “Hukum Semasa Dalam Rawatan Islam: Isu Terhadap Pengamalan
Kaedah “Scanning” Dalam Rawatan Penyakit Gangguan Makhluk Halus”, (Kertas Kerja dibentangkan
dalam Seminar Hukum Islam Semasa VII, 14 & 15 Disember 2011).
Khadher Ahmad (2012), “Analisis Hadith-Hadith Mengenai Rawatan Sihir Dalam Al-Kutub Al-Sittah:
Aplikasi Di Pusat Rawatan Islam Di Malaysia” (Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan al-Quran dan
al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Khadher Ahmad dan Ishak Suliaman (2011), “Hadith-Hadith Mengenai Sihir dan Rawatannya Dalam
al-Kutub al-Sittah: Satu Analisis Kualitatif ” dalam al-Bayan: Jurnal of al-Quran & al-Hadith, Kuala
Lumpur: Jabatan al-Quran & al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Musa bin Muhammad bin Jabir al-Fii, (t.t), Ahadith al-Sihr wa al-Ruqiyyah i al-Kutub al-Sittah: Riwayah
wa Dirayah, (Tesis di al-Jami‘ah al-‘Alamiyyah al-Amrikiyyah (American’s International University),
Beirut dibawah penyeliaan al-Husayn bin Muhammad Shawat.
PD
Fil
l
PD
Khadher bin Ahmad
Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan al-Hadith Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur.
Mohd Farhan Md Ariin
Pelajar Jabatan al-Quran dan al-Hadith Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur.
468