PERANAN WANITA DALAM INSTITUSI KELUARGA

PERANAN WANITA DALAM INSTITUSI KELUARGA
Ismahalil Ishak
1.0

PENDAHULUAN

Wanita merupakan golongan yang memainkan fungsi yang penting di dalam
sesebuah struktur masyarakat. Fungsi tersebut merujuk kepada melangkaui peringkat
negara mahupun di peringkat unit terkecil di dalam sesebuah masyarakat iaitu institusi
keluarga. Pengiktirafan ini dapat dilihat menerusi satu proses yang telah bermula sejak
berabad-abad dahulu di mana terdapat kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang
terdapatnya keperluan oleh golongan wanita dalam bersama-sama memberi sumbangan
dalam pelbagai bentuk bersama-sama golongan lelaki.

Menurut pakar antropologi Perancis iaitu Claude Levi-Strauss, keluarga merujuk kepada
sebuah organisasi yang terdiri daripada struktur yang nyata (manifest) iaitu merangkumi
proses perkahwinan, terdiri daripada suami dan isteri serta masing-masing melaksanakan
fungsi mereka yang tersendiri (Coser 1974) Fungsi manifest di sini merujuk kepada
fungsi nyata yang dimainkan oleh suami, isteri, anak-anak serta ahli-ahli di dalam
sesebuah keluarga tersebut. Dalam konteks peranan nyata seorang wanita di dalam
keluarga, peranan golongan ini merupakan antara tunjang penting dalam memastikan

keharmonian keluarga. Menurut Rahimah (2003).Peranan ini boleh dilihat di hampir
keseluruhan bentuk masyarakat dan budaya di mana antara fungsi wanita dalam keluarga
adalah menjaga keperluan suami, pengurusan isi rumah dan mendidik anak-anak

Peredaran masa dan zaman telah banyak merubah peranan wanita di dalam institusi
kekeluargaan. Konteks modenisasi, urbanisasi dan globalisasi telah membawa banyak
kepada perkembangan dan pengaruh di dalam masyarakat industri antara elemen penting
yang membawa kepada perubahan landskap peranan wanita dalam keluarga. Dalam
membincangkan peranan wanita dalam keluarga, perubahan telah berlaku pada peranan
wanita sebagai isteri di dalam rumahtangga moden hari ini. Secara tradisional, peranan
isteri adalah untuk mentadbir hal-ehwal rumahtangga dan keluarga tetapi dengan

1

timbulnya cara hidup baru dan berlakulah perubahan tertentu yang meluaskan lagi
peranan para isteri.

Esei yang disediakan ini akan membincangkan perubahan peranan wanita dalam institusi
keluarga dengan mengambil kira faktor-faktor penyumbang yang membawa kepada
perubahan ini. Perbincangan akan menjurus kepada pengalaman Malaysia serta

khususnya dan pengalaman negara-negara lain secara amnya. Di peringkat awal
penulisan, faktor-faktor yang mendorong kepada perubahan peranan wanita dalam
keluarga akan dibincangkan dan seterusnya status dan peranan wanita di dalam institusi
keluarga.

2.0

FAKTOR UTAMA YANG MENDORONG KEPADA PERUBAHAN
PERANAN WANITA DALAM INSTITUSI KELUARGA

Keluarga adalah unit asas sosial terkecil di dalam sistem masyarakat kerana ianya
merupakan sebuah institusi yang membekalkan sumber manusia untuk pembangunan
serta menjamin kesinambungan insan sebagai generasi akan datang. Mengikut peruntukan
dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (1948), the family is the natural and
fundamental group unit of society and is entitled to protection by society and State.

Peranan wanita dalam institusi keluarga adalah sangat signifikan dalam memastikan
kesejahteraan keluarga akan terus terpelihara. Namun begitu, dengan arus pemodenan
semasa dan tuntutan kehidupan masa kini, peranan wanita dilihat telah berubah daripada
pelbagai perspektif. Di antara faktor-faktor yang membawa kepada perubahan peranan

wanita dalam keluarga yang akan dibincangkan adalah penglibatan wanita dalam sektor
pendidikan dan pekerjaan serta dasar dan program yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Perbincangan ini majoritinya akan membincangkan pengalaman Malaysia dan
pengalaman negara-negara juga turut diambil kira.

Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah menitik beratkan
aspek pendidikan kepada masyarakat. Penekanan ini pada suatu ketika dahulu adalah
untuk memastikan negara dapat menyediakan tenaga-tenaga mahir dalam segenap bidang.

2

Di samping itu, dengan perancangan yang rapi, aspek pendidikan ini juga berupaya untuk
mengeluarkan masyarakat daripada isu kemiskinan pada masa dahulu.
Berdasarkan daripada analisa yang dilakukan Tey (2006) berdasarkan data Banci
Penduduk 2000, tahap pendidikan penduduk Malaysia telah meningkat terutama di
peringkat pengajian tinggi terutamanya dalam kalangan wanita. Data daripada
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia pada tahun 2008 (Jadual 1) menunjukkan
bahawa golongan wanita merangkumi 60 peratus daripada pendaftaran pelajar di
peringkat pengajian tinggi secara keseluruhan dan golongan ini lebih mendominasi
berbanding golongan lelaki. Dominasi golongan wanita dapat juga dilihat untuk ke semua

peringkat pengajian kecuali di peringkat PhD dan 70 peratus daripada mereka mendaftar
di bidang pendidikan, sastera dan sains sosial serta sains.

Jadual 1: Peratusan Wanita Yang Mendaftar di Institusi dan Pusat Pengajian Tinggi
Mengikut Tahap dan Bidang Pengajian, 2008

Peringkat
Pengajian

Jumlah
Pendaftaran

Peratus (%)
Wanita

Matrikulasi

10,242

58.4


Sijil

1,349

57.7

Diploma
Ijazah Sarjana
Muda
Diploma
Lanjutan
Sarjana

83,833

59.5

Bidang Pengajian
*Ijazah Sarjana

Muda
Pendidikan
Sastera dan Sains
Sosial
Sains

270,156

62.3

2,956

Jumlah
Pendaftaran

Peratus (%)
Wanita

31,538


71.1

115,200

70.6

47,137

68.2

Teknikal

61,960

39.1

65.9

ICT


14,231

58.1

36,094

52.7

Lain-lain

30

60.0

PhD

12,223

38.5


Profesional

1,249

62.4

Jumlah

270,176

62.4

Lain-lain

1,212

35.9

Jumlah


419,334

60.1

Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, 2008

3

Peranan wanita dalam keluarga masa kini amat berkait rapat dengan perkembangan
pemodenan yang berlaku dalam masyarakat hari ini (Shanti Thambiah 2003).
Perkembangan ini telah menuntut golongan wanita yang jika dilihat ketika era Malaysia
sedang membangun sekitar tahun 1980an keluar daripada gaya hidup tradisional dengan
penghijrahan ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Baharu untuk
bekerja.

Berdasarkan statistik Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) dalam kalangan wanita
yang diperoleh daripada Penyiasatan Tenaga Buruh yang dikeluarkan oleh Jabatan
Statistik Malaysia, di sepanjang 45 tahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan,
bilangan wanita yang memasuki alam pekerjaan semakin meningkat. Pada tahun 1957,
KPTB dalam kalangan wanita hanyalah 30.8 peratus sahaja dan angka ini telah meningkat

kepada 47.8 peratus pada tahun 1991 namun peratusan ini kekal sekitar 45 dan 48 peratus
(Jadual 2). Peningkatan ini menunjukkan bahawa peningkatan KPTB dalam kalangan
wanita meningkat sekitar tahun 1980an dan 1990an ekoran daripada perkembangan
ekonomi yang baik dan bilangan wanita yang berpelajaran semakin bertambah
(Noraini Mohd Noor 2009).
Jadual 2: Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Mengikut Jantina, Malaysia, 1957-2000
Tahun

1957

1970

1980

1991

1995

2000

Lelaki

88.7

79.3

84.8

85.3

84.3

83.3

Wanita

30.8

37.2

42.2

47.8

44.7

46.7

KPTB (%)

Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, 2003

Jika dilihat daripada aspek pengalaman negara-negara lain,Swenden turut menempuh
senario yang sama seperti di Malaysia. Menurut Trost (1983) negara Scandinavian seperti
Sweden telah menyaksikan perubahan tren dalam kalangan wanita yang terlibat dalam
sektor pekerjaan. Peningkatan peratusan penglibatan wanita dalam tenaga buruh di
Sweden telah meningkat dengan drastik terutama sekali sebaik sahaja perang dunia kedua
tamat. Keadaan ini turut diperhatikan di dalam masyarakat di Amerika Syarikat. Menurut
Harrison (1997), status pendidikan dan peningkatan wanita dalam sektor pekerjaan antara

4

faktor-faktor yang menjadi elemen penting di dalam memahami perubahan wanita dalam
masyarakat

di Amerika Syarikat. Beliau turut membincangkan berkenaan pengaruh

pergerakan feminisme di Amerika Syarikat sekitar tahun 1970an yang meningkatkan
kesedaran majoriti golongan wanita untuk bersama-sama menuntut hak-hak mereka agar
dapat bersama-sama kaum lelaki dalam membina dan menyumbang kepada negara

3.0

PERUBAHAN STATUS DAN PERANAN WANITA DALAM KELUARGA

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, institusi keluarga di
Malaysia telah melalui satu fasa perubahan yang drastik yang mana perubahan ini jelas
ketara dalam tiga dekad kebelakangan ini hasil daripada industrialisasi, urbanisasi dan
globalisasi (Noraini Mohd Noor 2009). Perubahan yang berlaku dalam struktur
masyarakat di peringkat makro ini telah memberi kesan kepada struktur keluarga,
bilangan isi rumah, pandangan terhadap perkahwinan dan kelangsungan institusi
kekeluargaan.

3.1

Perubahan daripada aspek perkahwinan

Perkahwinan merupakan titik tolak pertama kepada wujudnya sebuah keluarga.
Oleh itu perlu juga dilihat status perkahwinan dalam kalangan wanita dalam
menggambarkan status semasa wanita dalam keluarga. Berdasarkan Laporan Banci
Penduduk pada tahun 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, didapati
Kadar Perkahwinan Kasar1 (Crude Marriage Rate) dalam kalangan wanita adalah 379
daripada 1000 penduduk di mana terdapat peningkatan daripada 347 wanita berkahwin
daripada 1000 penduduk pada tahun 1980. Sungguhpun demikian, daripada aspek status
perceraian dalam kalangan wanita, terdapat penurunan dalam Kadar Perceraian Kasar2
(Crude Divorce Rate) di mana pada tahun 2010, kadar perceraian kasar dalam kalangan
wanita adalah 5 daripada 1000 penduduk dan kadar ini telah menurun daripada 8 daripada
1000 perceraian pada tahun 1980.

1
2

Kadar Perkahwinan Kasar: Jumlah wanita berkahwin pada tahun tertentu/Jumlah penduduk pada tahun tertentu x 1,000
Kadar Perceraian Kasar: Jumlah wanita bercerai pada tahun tertentu/Jumlah penduduk pada tahun tertentu x 1,000

5

Menurut Abdul Rahman (2000) pendidikan telah merubah sikap dan aspirasi golongan
wanita terhadap perkahwinan dan semakin cenderung untuk melewatkan perkahwinan
kerana golongan wanita kini lebih bebas dalam menentukan masa hadapan dan pemilihan
pasangan. Berpandukan penemuan Banci 1990, 2000 dan 2010, min umur perkahwinan
pertama3 bagi wanita telah meningkat daripada 24.7 tahun kepada 25.1 tahun dan 25.7
tahun pada 2010. Sebaliknya, min umur perkahwinan pertama bagi lelaki telah terdapat
sedikit peningkatan iaitu daripada 28.2 tahun pada tahun 1991 kepada 28.6 tahun pada
tahun 2000 dan telah menurun sedikit kepada 28.0 tahun pada tahun 2010
(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011). Terdapat pelbagai faktor yang mendorong
golongan muda kini melewatkan perkahwinan mereka. Dalam kalangan lelaki yang
berumur 25-49 tahun dan masih bujang, faktor utama yang dinyatakan adalah masalah
kewangan manakala wanita bujang dalam kumpulan sama menyatakan tiada calon yang
sesuai (Jadual 3).
Jadual 3: Sebab Utama Penduduk Bujang Berumur 25-49 Tahun Masih Belum Berkahwin,
2004
Jantina
Jumlah
Lelaki
Perempuan
Masalah kewangan
44.8
14.0
32.3
Tiada calon yang sesuai
19.4
40.0
27.8
Kemajuan kerjaya
12.6
8.4
10.9
Komitmen terhadap keluarga
6.3
7.2
6.7
Selesa hidup membujang
3.6
8.4
5.5
Bimbang dengan komitmen perkahwinan
3.6
2.8
3.2
Faktor umur
0.8
3.6
1.9
Masalah kesihatan
1.6
1.6
1.6
Lain-lain
7.4
14.0
10.1
JUMLAH
100.0
100.0
100.0
Sumber: Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat (KPKM 4), LPPKN
Sebab Belum berkahwin

Melewatkan perkahwinaan dalam kalangan wanita turut memberi kesan sampingan
kepada senario demografi dan struktur sosial negara (Shanti Thambiah 2003).
Melewatkan perkahwinan bermakna golongan wanita melewatkan proses kelahiran anak
dan menyingkatkan tempoh reproduksi terutama daripada aspek kesuburan. Secara tidak
3

Umur min perkahwinan pertama yang digunakan di dalam penulisan ini merujuk kepada umur min singulate perkahwinan yang
merupakan satu kaedah tidak langsung untuk mengukur umur min perkahwinan pertama bagi mereka yang akan berkahwin. Ia diperoleh
daripada perkadaran mereka yang belum pernah berkahwin dalam kumpulan umur yang berbeza.Umur min perkahwinan pertama juga
digunakan sebagai salah satu indikator untuk melihat tren demografi penduduk di sesebuah negara.

6

langsung, keadaan ini akan menyumbang kepada penurunan kadar suburan dan
mempercepatkan proses penuaan penduduk (Noraini Mohd Noor 2009).

Jelas di sini bahawa, perubahan peranan wanita telah bermula sejak proses pertama
pembentukan keluarga itu sendiri. Dahulunya wanita yang sering dikaitkan dengan fungsi
utama dalam pembiakan manusia daripada aspek biologi, kini peranan tersebut telah
berubah diakibatkan oleh tuntutan semasa.

3.2

Peranan Wanita Sebagai Isteri, Ibu dan Pekerja

Sejak akhir-akhir ini, kajian berkenaan wanita sering dikaitkan dengan peranan
golongan ini sebagai isteri, ibu dan juga pekerja. Ini dapat dilihat menerusi kajian yang
dijalankan oleh Nobaya Ahmad dan Haslinda Abdullah (2013) di mana mereka
mendapati bahawa wanita kontemporari perlu mengimbangi pelbagai peranan pada suatu
masa yang sama di mana peranan asas wanita kini adalah sebagai isteri, ibu dan juga
pekerja. Tambahan pula, dalam kajian mereka yang dilakukan ke atas 150 orang wanita
bekerja mendapati bahawa terdapat juga wanita yang perlu menanggung beban menjaga
ibu dan bapa mereka di samping sebagai isteri, ibu dan pekerja. Senario ini juga mendapat
perhatian oleh Noraini Mohd Noor (2006) menerusi kajian beliau di mana wanita kini
menjadi penjaga utama di dalam keluarga dan tanggungjawab tersebut juga tiada batasan
sehingga ke seluruhan kitaran keluarga termasuklah penjagaan suami, anak dan ibu bapa
dan dalam kes-kes tertentu wanita perlu menjaga adik-beradik serta saudara mara lain.

Dalam masyarakat kini, seorang isteri tidak lagi dilihat sebagai seorang yang lazimnya
tinggal di rumah dan melakukan kerja-kerja harian di rumah. Peningkatan tahap
pendidikan dalam kalangan wanita hari ini telah mendorong golongan isteri hari ini keluar
bekerja dan menjadi tulang belakang kepada suaminya dan keluarga. Oleh kerana taraf
hidup kini yang semakin menuntut keluarga untuk mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi, setiap keluarga memerlukan isteri untuk membantu suami daripada aspek
ekonomi agar keperluan keluarga dapat dipenuhi. Pandangan ini mempunyai asas keranan
berdasarkan dapatan daripada Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke Empat
(KPKM 4) mendapati bahawa 84 peratus daripada wanita tidak bekerja sebelum

7

berkahwin dan 70 peratus daripada mereka bekerja sebaik sahaja berkahwin dan ini
menggambarkan bahawa keperluan wanita dalam membantu suami untuk meningkatkan
pendapatan keluarga (LPPKN 2008).

Peranan wanita sebagai ibu kepada anak-anak dalam menjaga dan mendidik merupakan
antara fungsi utama yang perlu dimainkan oleh mereka. Menurut Rahimah Abdul Aziz
(2003), dalam hampir ke semua budaya menunjukkan bahawa peranan tradisional wanita
adalah melibatkan penjagaan dan mendidik anak, memenuhi keperluan suami dan
keluarga. Dalam masyarakat kini, pertentangan peranan yang dimainkan oleh para ibu
banyak menimbulkan pelbagai masalah di mana kepercayaan tradisional sedang diuji
kerana kepelbagaian tugas dan peranan yang perlu dimainkan oleh wanita terutama dalam
perkembangan dan kehidupan anak-anak (Nobaya Ahmad&Haslinda Abdullah 2013).
Sungguhpun demikian, tuntutan terhadap wanita sebagai seorang ibu masih kekal sebagai
tanggungjawab tradisionalnya iaitu sebagai seorang insan yang menguruskan hal ehwal
keluarga daripada segenap sudut.

Dalam konteks yang lebih luas, proses urbanisasi dan industrialisasi turut memberi impak
kepada perubahan peranan yang dimainkan oleh seorang wanita. Penyertaan wanita di
dalam sektor pekerjaan adalah antara kesan perubahan dalam kehidupan keluarga, sama
ada bekerja dalam sektor formal atau tidak formal. Jika dilihat daripada lipatan sejarah,
perubahan ini telah bermula semenjak era penjajahan oleh penjajah-penjaja di mana
sistem pasaran ketika itu telah mula diperkenalkan dengan sistem pasaran kapitalis
daripada Barat (Rahimah Abdul Aziz 2003) dan secara tidak langsung memberi corak
baru kepada struktur masyarakat ketika itu.

Senario ini turut berlaku dalam kalangan wanita di sekitar benua Eropah. Perbincangan
berkenaan perubahan ini telah digarap kan oleh Alessandro Cavelli (1983) di dalam
penulisan beliau yang bertajuk The Changing Role of Women: The Case of Italy. Di
dalam analisis beliau, perubahan ini bermula selepas tamatnya Perang Dunia Ke Dua
apabila masyarakat di Itali ketika itu sedang membentuk semula struktur masyarakat dan
kehidupan mereka. Wanita berkahwin perlu keluar bekerja untuk membantu suami dalam
mencari nafkah tambahan dalam memastikan kelangsungan keluarga dapat diteruskan.
8

Dengan kegawatan ekonomi ketika itu, wanita banyak menghabiskan masa di kilang,
pejabat dan kawasan pertanian berbanding di rumah. Perubahan ini terus berlanjutan
sehingga ke hari ini di mana pada kebanyakan keluarga di Eropah terutama Itali telah
memperlihatkan peningkatan bilangan keluarga yang terdiri daripada suami dan isteri
yang bekerja.

3.2

Wanita Sebagai Ketua Isi Rumah

Di Malaysia, lazimnya isi rumah atau keluarga diketuai oleh suami dan hanya
segelintir dalam masyarakat di mana keluarga diketuai oleh wanita. Di samping itu juga,
golongan lelaki merupakan pencari nafkah yang utama dan jarang sekali di lihat dalam
masyarakat Malaysia golongan wanita mengambil alih peranan tersebut daripada
golongan lelaki. Untuk memahami senario ini dengan lebih terperinci, penulis telah
merujuk kepada dua laporan utama iaitu Kajian Pelan Strategik Kependudukan Kedua
(KPSK-2) dan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke Empat (KPKM-4) yang telah
dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
beberapa kajian yang lain. Kajian Pelan Strategik Kependudukan Kedua (KPSK-2)
mendapati bahawa isi rumah yang diketuai oleh wanita pada tahun 2000 adalah 13.9
peratus dan angka ini didapati telah menurun daripada 18.5 peratus pada tahun 1991
(LPPKN 2012).

Keadaan ini turut diperhatikan di Amerika Syarikat. Menurut Harrison (1997), wanita
sebagai ketua isi rumah di Amerika Syarikat dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya
adalah bercerai dan berpisah. Dalam sejarah Amerika Syarikat, beliau menjelaskan
tentang perubahan komposisi ketua isi rumah yang paling ketara adalah sebaik sahaja
Perang Dunia Kedua tamat di mana kebanyakan wanita yang kehilangan suami perlu
mengendalikan keluarga mereka sebatang
membesarkan

anak-anak

mereka.

Namun,

kara dalam meneruskan kehidupan
dengan

keadaan

yang

semakin

membimbangkan, pihak kerajaan ketika itu telah memperkenalkan beberapa dasar dan
peraturan yang banyak memberi faedah kepada golongan ibu tunggal dalam
membesarkan anak mereka. Dasar yang diperkenalkan memfokuskan kepada aspek
ekonomi keluarga dan pendidikan anak (Harrison 1997).
9

4.0

PENUTUP

Peranan wanita sebagai pengurus rumahtangga telah mengalami perubahan
terutamanya dengan bantuan daripada pembantu rumah asing, pengetahuan sains dan
teknologi yang telah mencipta pelbagai perkakas rumahtangga untuk memudahkan kerja
seharian mereka. Peranan wanita yang dilihat sebagai agen sosialisasi utama dalam
keluarga selepas suami kini telah tercabar dengan perubahan nilai dan norma dalam
kalangan wanita yang mempunyai pendidikan yang baik dan penglibatan dalam sektor
pekerjaan yang mencabar. Dengan kedua-dua faktor utama ini, wanita kini lebih moden
dan lebih mengutamakan kehidupan moden yang menuntut mereka perlu mengimbangkan
peranan mereka sebagai isteri, ibu dan pekerja.

Hari ini para wanita moden mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap
kebajikan suami berbeza dengan masa dahulu. Mereka tidak lagi memegang peranan
hanya sebagai tukang masak dan pengasuh kanak-kanak sahaja, malah mereka harus
pada waktu yang sama menjadi penyambut tetamu yang baik, setiausaha yang cekap,
pengarah yang tegas dan menteri yang berkaliber dan sebagainya. Sekiranya diteliti
peranan itu wanita sebagai ibu di dalam system kekeluargaan bukanlah semata-mata
untuk menjaga makan-minum, kesihatan dan keselesaan hidup anak-anak tetapi juga
yang terpenting ialah untuk mendidik, mengasuh dan membimbing. Ini kerana kesan
kepada didikan pada anak-anak itu akan memberikan manfaat kepada diri, keluarga,
masyarakat dan Negara secara keseluruhannya. Sesungguhnya watak, keperibadian anakanak terletak sebahagian besar di atas isi dan cara pendidikan yang diberikan oleh ibu
bapa.

10

RUJUKAN
Abdul Rahman. 2000. Social and Economic Determinats of Age at First Marriage
among Women in Peninsular Malaysia. Tesis Faculty of Economics and
Administration, University of Malaya.Dlm. Tey, N.P. 2006. Gender Differentials
in Educational Attainment. Dlm. Shyamala, N., Goh, K.L. & Tey, N.P. (pynt).
Statistics in Action. University of Malaya Press
Cavalli, A. 1983. The Changing Role of Women: The Case of Italy. Dlm. Lupri, E.
(pnyt.). The Changing Position of Women in Family and Society. A CrossNational Comparison hlm. Hungary: Leiden.
Coser, L. A. 1974.

Patterns of Undivided Commitment. New York: The Free Press.

Harrison, C. 1997. The Changing Role of Women in American Society.The Changing
Role of Women in the United States. 2 (2): http://shenyang.usembassychina.org.cn/uploads/images/KYFFp59L1dwF5zj84P2KNg/women-role.pdf
[20 April 2014].
Nobaya Ahmad & Haslinda Abdullah. 2013. Malaysian Women and Their Role as the
Sandwiched Generation. PERTANIKA 21(147-162.
Noraini Mohd Noor. 2006. Malaysian Women's State of Psychological Well-Being:
Empirical Validation of a Conceptual Model. The Journal of Social Psychology
146(95-115.
Noraini Mohd Noor. 2009. Post-Independence Malaysian Women: Introduction. Dlm.
Noraini Mohd Noor (pnyt.). An Insight into Post-Independence Malaysian
Women's Well-Being, hlm. 1-11. Selangor Darul Ehsan: IIUM Press, IIUM.
Rahimah Abdul Aziz. 2003. Now You See Her, Now You Don't: Women, Work and
Family Life. Dlm. Ariffin, J. (pnyt.). Facing up to Global Challenges: Building
Resilient Families and Caring Communities in a Troubled World, hlm. Johor
Bahri: Asia Pacific Forum on Families (APFAM) Malaysia.
Shanti Thambiah. 2003. Work, Family and Gender in Malaysia: Women's Employment
and Its Consequences for the Economy and the Family. Dlm. Ariffin, J. (pnyt.).
Facing up to Global Challenges: Building Resilient Families and Caring
Communities in a Troubled World, hlm. Johor Bahri: Asia Pacific Forum on
Families (APFAM) Malaysia.
Tey, N.P. 2006. Gender Differentials in Educational Attainment. Dlm. Shyamala, N.,
Goh, K.L. & Tey, N.P. (pynt). Statistics in Action. University of Malaya Press

11

Trost.J 1983. The Changing Role of Swedish Women in Family and Society. Dlm.
Lupri, E. (pnyt.). The Changing Position of Women in Family and Society. A
Cross-National Comparison hlm. Hungary: Leiden.
United Nations. (1948). The Universal Declaration of Human Rights. Retrieved April 2,
2014 from http://www.un.org/en/documents/udhr/.

12