SEJARAH PERKEMBANGAN PELABURAN JEPUN DI

1

SEJARAH PERKEMBANGAN PELABURAN JEPUN DI MALAYSIA 1971-1980

THE HISTORICAL DEVELOPMENT OF JAPANESE INVESTMENT IN
MALAYSIA 1971-1980

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan sejarah perkembangan pelaburan Jepun di
Malaysia antara tahun 1971 hingga 1980. Kaedah kajian yang digunakan
adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang
diperolehi di perpustakaan dan Arkib Negara Malaysia.

Objektif kajian

ialah menganalisis faktor-faktor tolakan dan tarikan yang menyumbang
kepada

kemasukan


pelaburan

Jepun

di

Malaysia

semasa

tempoh

pentadbiran Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Selepas tahun 1970,
pelabur Jepun mula melabur melalui usahama dengan organisasi kerajaan
seperti Perbadanan Nasional Bhd. (PERNAS), Majlis Amanah Rakyat
(MARA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Ini selaras
dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menekankan kepada penglibatan
golongan Bumiputera. Agensi-agensi ini mewakili penyertaan Bumiputera.
Hubungan Malaysia dan Jepun terus berkembang pada tahun 1977 melalui penubuhan
MAJECA di Malaysia dan JAMECA di Jepun. Pelaburan Jepun dalam tempoh ini

adalah dalam industri berintensif buruh yang mengambil tenaga buruh
murah,

pemprosesan

perdagangan.

bahan

mentah

dan

pelaburan

berkaitan

2

Katakunci: Faktor Tarikan, Faktor Tolakan, Jepun, Malaysia, Pelaburan


ABSTRACT

This study discusses the historical development of Japanese investment in
Malaysia between 1971 and 1980. The research is based on the
examination method of the resources available in the library and the
National Archives of Malaysia. The objective of the study was to analyze
the push and pull factors that contribute to the entry of Japanese
investments in Malaysia during Tun Abdul Razak and Tun Hussein Onn
administration. After 1970, Japanese investors began investing through a
joint venture with government organizations such as the National
Corporation Limited (Pernas), Majlis Amanah Rakyat (MARA) and the
Federal Land Development Authority (Felda). This is in line with the NEP
policy that emphasizes the participation of Bumiputera. These agencies
represent Bumiputera participation. Relations between Malaysia and Japan
continue to grow in 1977 through the formation of MAJECA in Malaysia and
JAMECA in Japan. Japanese investment in this period was in labourintensive industries that involves cheap labour, raw material processing
and trade-related investment.

Keywords: Investment, Japan, Malaysia, Push Factor, Pull Factor


PENGENALAN

3

Hubungan ekonomi Malaysia dan Jepun diteruskan semasa zaman pentadbiran Tun Abdul
Razak apabila Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA)1 Jepun disalurkan ke Malaysia bagi
membiayai sebahagian besar projek pembangunan negara.2 Hubungan
ekonomi

Malaysia

dan

Jepun

diperkukuhkan

lagi


semasa

zaman

pentadbiran Tun Hussein Onn.3 Salah satu perkembangan signifikan
adalah penubuhan Malaysia-Japan Economic Association (MAJECA) dan
Japan-Malaysia Economic Association (JAMECA)4 yang diusahakan oleh
Raja Mohar Raja Badiozaman,5 penasihat khas ekonomi kepada Tun
Hussein Onn.

Mengenai pelaburan Jepun di Malaysia dari tahun 1971 hingga 1980,
terdapat lapan belas kajian ekslusif mengenainya. Kajian pertama ialah
Chee Peng Lim & Lee Poh Ping dalam buku The Role of Japanese Direct
Investment in Malaysia.6 Kajian kedua ialah Chee Peng Lim & Lee Poh Ping
dalam artikel Japanese Direct Investment in Malaysia, with Special
Reference to Japanese Joint Ventures.7 Kajian ketiga ialah Mehmet Sami
Denker dalam tesis Internationalization of the Malaysian Economy: Role of
Japan.8 Kajian keempat ialah Mehmet Sami Denker dalam artikel The
Evolution of Japanese Investment in Malaysia.9 Kajian kelima ialah
Fumitaka Furuoka dalam tesis Japanese Direct Investment in Kedah

State.10 Kajian keenam ialah Swee Ean Tan dalam tesis Pelaburan Terus
Asing Negara Jepun dalam Sektor Pembuatan di Malaysia: Satu Kajian Kes
di Negeri Pulau Pinang.11

4

Kajian ketujuh ialah Foo Lai-Reen Joanne dalam tesis Pelaburan Langsung Teknologi
Tinggi Jepun di Malaysia.12 Kajian kelapan ialah Woon Yoke Sun dalam tesis The
Role

of

Japanese

Direct

Foreign

Investment


in

the

Malaysian

Manufacturing Sector.13 Kajian kesembilan ialah Sukadevan Prakash
Lachmanan dalam tesis The Role of Japanese Direct Investment in
Malaysian Manufacturing Sector.14 Kajian kesepuluh ialah Swee Ean Tan
dalam tesis Dynamics of Japanese Foreign Direct Investment (JFDI) in
Electronic and Electrical (E&E) Manufacturing Sector in Malaysia.15 Kajian
kesebelas ialah Makoto Anazawa dalam artikel Japanese Manufacturing
Investment in Malaysia.16 Kajian kedua belas ialah Anuwar Ali dalam
artikel Japanese Industrial Investments and Technology Transfer in
Malaysia.17 Kajian ketiga belas ialah Yong Ee Chin dalam tesis JapanMalaysia Relations: The Impact of Japanese Investment on Malaysia.18
Kajian keempat belas ialah Ooi Loy Mui dalam tesis Sejarah Ekonomi
Malaysia-Jepun: Kecenderungan Dasar Pandang Ke Timur Sehingga
Membawa Kepada Penerapan Sistem Penglibatan Gaya Jepun di Malaysia
Dari Tahun 1957-1980an.19 Kajian kelima belas ialah Ahmad Ali Seman
dalam artikel Hubungan Ekonomi Malaysia-Jepun: 1980-1990.20 Kajian

keenam

belas

ialah

Roszaima

binti

Rosdi

dalam

tesis

Sejarah

Perkembangan Kegiatan Pelaburan Jepun di Malaysia: Satu Penilaian.21
Kajian


ketujuh

belas

ialah

Sumanthy

a/p

Murugaiah

dalam

tesis

Perdagangan Dan Pelaburan Jepun Di Negeri Sembilan 1957-1990.22 Kajian
kelapan belas ialah Siow Yuen Tow dalam tesis Perdagangan dan Pelaburan Jepun Di
Malaysia Selepas Perang Dunia Kedua.23


5

FAKTOR TARIKAN DARI MALAYSIA

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengamalkan dasar
berkecuali. Dasar ini menegaskan Malaysia tidak akan memihak kepada mana-mana blok dan
akan bekerjasama untuk mendapatkan pengiktirafan bagi mengecualikan Asia Tenggara
sebagai rantau aman, bebas dan berkecuali selaras dengan motif penubuhan Zone of Peace,
Freedom and Neutrality (ZOPFAN) pada tahun 1971.24 Sejajar dengan itu, beliau telah
mengadakan lawatan ke negara-negara di Blok Timur yang sebelum ini tidak pernah
dikunjunginya. Ini termasuklah lawatannya ke Soviet Union dan menamatkan sikap
memusuhi China pada tahun 1974.25

Bermula dari awal tahun 1970-an, polisi kerajaan telah ditetapkan untuk menarik lebih
ramai pelabur Jepun.26 Contohnya melalui penyertaan kerajaan di dalam pameran selama
seminggu yang ditaja oleh Southeast Asian Promotion Centre for Trade, Investment and
Tourism, dengan kemudahan fasiliti disediakan oleh Japanese External Trade Organization
(JETRO).27 Pameran ini adalah yang pertama bagi Malaysia dan yang ketiga dianjurkan oleh
Centre for Individual Southeast Asian Countries.28 Timbalan Menteri Perdagangan dan

Industri ketika itu, Musa Hitam, menyatakan bahawa beliau berharap untuk membincangkan
kemungkinan kerjasama industri antara golongan usahawan Malaysia dan Jepun. Beliau
yakin bahawa kempen ‘Sell Malaysia’ akan membuatkan pelabur Jepun sedar akan iklim
pelaburan yang menarik di Malaysia.29

Pada 11 Julai 1972, satu seminar pelaburan telah diadakan di Osaka untuk menarik
lebih ramai pelabur Jepun ke Malaysia.30 Malaysian Investment Centre telah dibuka di Tokyo
oleh Federal Industrial Development Authority (FIDA),31 dengan sokongan kuat dari Musa

6

Hitam.32 Usaha menarik pelaburan Jepun ke Malaysia adalah disebabkan persaingan
antarabangsa yang sedang dihadapi oleh kerajaan dari negara-negara membangun yang lain
dalam usaha menarik pelaburan dari negara-negara maju. Kerajaan berpendapat bahawa
usaha perlu ditingkatkan untuk mencapai matlamat ini.33 Tindakan yang diambil oleh
kerajaan dalam menarik pelaburan Jepun kemudiannya membawa hasil, dengan rombongan
delegasi Jepun tiba satu demi satu ke Malaysia. 34

Pada tahun 1974, kerajaan Jepun telah mengadakan ekspo Jepun di Malaysia. 35 Ekspo
ini bertujuan meningkatkan kerjasama, memberi galakan kepada industri di Malaysia,
menyumbangkan pelaburan dan kerjasama teknikal sesuai dengan dasar pembangunan
kerajaan Malaysia.36 Pada lewat tahun 1974, satu delegasi industri Jepun seramai 16 orang
tiba di Malaysia. Timbalan ketuanya, Takutaro Nishijma menyatakan matlamat mereka untuk
melabur secepat mungkin di Malaysia, tetapi ia agak sukar pada masa itu untuk menetapkan
masanya. Walau bagaimanapun, mereka mahu ini menjadi kenyataan dalam bentuk tertentu
pada tempoh satu atau dua tahun yang akan datang.37 Matlamat pasukan ini pada asasnya
adalah untuk menyiasat iklim Malaysia bagi pelaburan Jepun. Pemimpinnya merasa
terpanggil untuk menggesa kerajaan Jepun bahawa sentimen anti Jepun hasil legasi Perang
Dunia Kedua tidak seharusnya menjadi faktor penentu dalam menentukan pelaburan
mereka.38

Tujuan sebenar delegasi ini adalah untuk mengetahui sama ada kerajaan Malaysia stabil,
dan sama ada terdapat tenaga buruh yang murah dan berkemahiran tinggi untuk membantu
pelabur Jepun mengurangkan kos mereka. Isamu Sakamoto, ketua delegasi dan Naib
Pengerusi Yayasan Sains dan Teknologi Osaka, menyatakan kestabilan politik Malaysia,
infrastruktur dan sumber manusia adalah lebih baik daripada negara-negara lain.39 Beliau

7

berpendapat ramai usahawan Jepun akan berminat untuk melabur di Malaysia. Ini kerana
struktur gaji telah naik dengan ketara di kebanyakan negara maju. Di Jepun, kadar gaji
mereka jauh melebihi kadar gaji di Itali, Perancis dan British.40 Beliau juga menyatakan
bahawa tenaga buruh yang murah adalah satu sumber tersedia yang boleh digunakan dalam
industri intensif buruh, yang seterusnya mungkin akan digunakan untuk menyokong industri
lain yang lebih maju.41

Pada tahun 1975, kepelbagaian pelaburan Jepun di luar negara telah menyediakan
peluang baru untuk perniagaan di Malaysia.42 Menurut Goh Cheng Teik, Setiausaha Parlimen
di Jabatan Perdana Menteri, beliau melihat ia sebagai peluang untuk mendapatkan sumber
modal Jepun bagi membiayai Rancangan Malaysia Ketiga dan menolak ekonomi Malaysia ke
peringkat lebih tinggi.43 Beliau menasihatkan badan-badan berkanun kerajaan dan sektor
swasta agar tidak kehilangan peluang ini dan menggunakan keadaan untuk merebut seberapa
banyak pelaburan dari Jepun.44 Situasi baru ini telah membawa kepada beberapa misi
perdagangan ke Jepun,45 satu daripadanya di bawah Timbalan Perdana Menteri ketika itu,
Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.46 Beliau berpendapat oleh kerana import dari Jepun akan
menjadi lebih mahal akibat kenaikan nilai yen, penubuhan lebih banyak industri yang
menggalakkan di Malaysia perlu disokong.47

Dapat dilihat bahawa dasar kerajaan dalam menarik pelaburan Jepun telah membuahkan
hasil yang positif pada tahun 1970-an.48 Terdapat peningkatan besar dalam pelaburan Jepun,
terutamanya dalam sektor tekstil, elektrik dan elektronik. Kedua-duanya adalah industri yang
memerlukan buruh murah. Selain daripada sektor pembuatan, firma-firma Jepun juga terlibat
dalam sektor pembinaan, perdagangan, kewangan dan insurans.49 Modal kewangan Jepun,
iaitu modal perbankan, menjadi lebih penting dalam tempoh ini. Pertumbuhan dalam sektor

8

pembinaan telah menyumbang kepada perlaksanaan Rancangan Malaysia Kedua dan Ketiga
bagi projek-projek seperti lebuh raya, lapangan terbang, pelabuhan, bandar-bandar baru dan
perkembangan infrastruktur lain.50 Semua infrastruktur ini bertujuan mewujudkan suasana
yang menarik bagi pelaburan asing.51

Pada tahun 1970-an, kerajaan memberi penekanan kepada pengeluaran pelbagai
barangan eksport52 seperti alat-alat elektronik, perabot, dan buah-buahan dalam tin. Satu
perkara yang menjadi perhatian kerajaan ketika itu ialah untuk memperoleh sumber modal
dan teknologi bagi membantu Malaysia dalam program industrialisasinya, juga mencapai
perlaksanaan DEB. Kepelbagaian ekonomi Malaysia terutamanya dalam sektor pembuatan,53
menjadi satu agenda penting kerajaan sebagai sumber pertukaran wang asing serta
menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk rakyat.54

Salah satu objektif penting DEB adalah membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dan
struktur antara wilayah di Malaysia.55 Memandangkan jurang serantau tersebut, kerajaan telah
membuat usaha intensif untuk memperbaiki kedudukan relatif negeri-negeri miskin, iaitu
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.56 Salah satu strategi yang digunakan untuk
mencapai matlamat ini adalah peruntukan insentif khas fiskal kepada firma-firma Jepun yang
bersedia untuk menempatkan operasi mereka di kawasan-kawasan yang kurang maju.57 Walau
bagaimanapun, kebanyakan firma-firma Jepun masih memilih untuk menempatkan operasi
mereka di negeri-negeri yang lebih maju, khasnya Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Perak.58

Pemilihan operasi firma-firma Jepun di kawasan Pantai Barat adalah kerana dari segi
sejarah, kawasan Pantai Barat terlebih dahulu dimajukan oleh pihak British. Ini diikuti oleh
perkembangan kegiatan perlombongan yang berpusat di Pantai Barat. Dengan itu kawasan

9

Pantai Barat telah pun menerima masuk para pelabur asing untuk mengusaha dan memajukan
kegiatan ekonomi mereka sejak zaman British lagi. Kemudahan infrastruktur yang lebih maju
di kawasan Pantai Barat turut membantu menarik minat pelabur asing. Di Malaysia,
kebanyakan penduduknya lebih suka berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Ini menyebabkan kawasan bandar menjadi sesak dengan lebihan penduduk. Oleh kerana
lokasi perindustrian hampir dengan bandar-bandar besar, ia memberi kelebihan kepada
pelabur untuk mendapatkan tenaga buruh yang murah.

Pengenalan Zon-Zon Perdagangan Bebas (FTZs)59 dan insentif khas untuk industri
elektronik dan industri berintensif buruh yang lain telah mewujudkan suasana baik bagi
firma-firma berorientasikan eksport.60 Pada awal tahun 1970-an, firma-firma elektrik dan
elektronik yang berorientasikan eksport menempatkan operasi mereka dalam Zon
Perdagangan Bebas, terutamanya di Selangor.61 Melalui Rancangan Malaysia Pertama62 dan
Kedua, kilang-kilang Jepun telah diberikan peluang untuk mengalihkan operasi mereka ke
kawasan-kawasan baru yang dibangunkan. Sebelum ini, kilang-kilang Jepun hanya terhad di
Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

63

Kerajaan telah membuka dan merancang kawasan

perusahaan baru di Seremban, Melaka, Ipoh dan Kuala Kangsar.64

Terdapat tiga sebab utama industri elektronik diberi keutamaan oleh kerajaan pada masa
ini. Pertama, sejak awal tahun 1970-an industri elektronik begitu tinggi permintaannya di
negara-negara membangun kerana kemampuannya untuk menyediakan peluang pekerjaan.
Negara-negara seperti Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Singapura, India dan Sri Lanka
menawarkan tempat kepada industri elektronik kerana mereka menghadapi masalah
pengangguran. Malaysia juga mencontohi tindakan ini. Kedua, oleh kerana industri
elektronik membuka peluang pekerjaan yang lebih kepada kaum wanita, kerajaan merasakan

10

ini dapat menyeimbangkan peluang pekerjaan untuk kedua-dua jantina. Ketiga, industri
elektronik juga boleh menawarkan banyak pekerjaan dibandingkan dengan perusahaan
ekstraktif.

Dari tahun 1970-an, firma-firma penggantian import Jepun pada umumnya tidak
dibenarkan oleh kerajaan untuk menubuhkan subsidiari pemilikan asing sepenuhnya.65
Mereka melabur bagi mengembangkan dan melindungi pegangan pasaran mereka di sebalik
tarif. Firma-firma Jepun yang mengeksport produk mereka mempunyai hubungan perniagaan
secara langsung dengan pemborong tempatan atau kenalan tidak langsung melalui Sogo
Shosha.66 Sebelumnya, mereka hanya menubuhkan perkongsian dengan rakan kongsi
tempatan dan selepas itu dengan Sogo Shosha dan rakan kongsi tempatan. Firma-firma
penggantian import Jepun yang mempunyai rakan kongsi tempatan telah mendapat faedah
dan manfaat dari segi jaringan kenalan perniagaan mereka, mengurangkan pendedahan
kewangan, dan mengurangkan risiko pengurusan.67

Di antara tahun 1973 dan 1974, terdapat penurunan mendadak dalam pelaburan Jepun.68
Ini dijelaskan oleh Setiausaha Pertama Kedutaan Jepun, S. Wakaboyashi, yang mendakwa
bahawa pelabur Jepun secara amnya keberatan untuk terlibat dalam komitmen di luar negara.
Beliau juga menegaskan bahawa peraturan pelaburan di Malaysia semakin ketat. Pelaburan
Jepun di Malaysia menurun sedikit pada tahun 1975 akibat pengenalan Akta Koordinasi
Industri (ICA) dan Akta Pembangunan Petroleum (PDA).69

Akta Koordinasi Industri adalah instrumen yang digunakan kerajaan untuk mencapai
objektif DEB dalam sektor perindustrian. Matlamat Akta Pembangunan Petroleum pula
adalah memastikan kerajaan mempunyai sedikit kawalan ke atas industri petroleum

11

memandangkan ia adalah sumber yang semakin berkurangan dan simpanan minyak Malaysia
dijangka akan bertahan sehingga tahun 1980-an berdasarkan pengeluaran kadar semasa.
Kedua-dua akta ini memberikan kuasa kepada kerajaan untuk campur tangan dalam operasi
firma pembuatan.70 Akta-akta ini mendapat bantahan daripada pelabur Jepun. Ini mendorong
beberapa pelaburan Jepun dialihkan ke negara-negara lain yang lebih menarik di Asia
Tenggara. Kritikan Jepun terhadap peraturan pelaburan Malaysia boleh dikaitkan dengan
peningkatan nasionalisme ekonomi Malaysia pada pertengahan tahun 1970-an.71 Walau
bagaimanapun, K. Senoo, wakil ketua dari Mitsui United Bank, menyatakan pelabur Jepun
dijangka akan masuk ke Malaysia sebaik sahaja situasi ekonomi Jepun bertambah baik.72

Kemelesetan ekonomi Jepun yang disebabkan oleh keruntuhan sistem Bretton Woods
pada tahun 197173, diikuti hubungan defisit dagangan dengan Amerika Syarikat 74 dan krisis
minyak dunia pada tahun 197375 adalah sebab yang dikenalpasti terhadap kekurangan
pelaburan di luar negara oleh firma-firma Jepun pada tempoh itu.76 Penurunan ketara
pelaburan Jepun di Malaysia pada pertengahan tahun 1970-an adalah disebabkan krisis
minyak yang begitu kuat dirasai di Jepun pada masa itu.77 Krisis minyak ini juga
menyebabkan Jepun mula mempelbagaikan pelaburan perindustrian mereka.

Hubungan Malaysia dan Jepun terus berkembang pada tahun 1977 melalui penubuhan
MAJECA di Malaysia78 dan JAMECA di Jepun. Selain itu terdapat juga institusi-institusi
sokongan kerajaan bagi menggalak kemasukan pelabur asing, seperti Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia (MIDA). Ia akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pelaburan Modal
(CIC) yang diketuai oleh seorang Menteri. Di bawahnya ada wakil pengilang dan pelabur luar
dan dalam yang mewakili Panel Penasihat Sektor Swasta (PSAP) untuk menasihat CIC.
Adanya hubungan rapat ini membolehkan kerajaan sentiasa mengetahui pertumbuhan industri

12

sesuai dengan kehendak sektor swasta. Malaysian Industrial Development Finance Berhad
(MIDF) juga telah ditubuhkan bagi membantu syarikat yang menghadapi kesulitan
kewangan. Pada tahun 1963 ia telah bekerjasama dengan Bank Dunia untuk meluaskan
perkhidmatannya. Selain dari itu di Malaysia ada paling kurang 40 buah bank komersial dan
pasaran saham berkembang dengan baik. Sementara Kementerian Perdagangan dan Industri
telah menempatkan pejabatnya di 24 buah negara asing juga telah memainkan peranan untuk
membawa masuk pelabur asing.79

Satu kajian lain mendapati Jepun melabur di Malaysia kerana terdapat tenaga buruh
murah.80 Kepentingan modal Jepun dalam industri penggantian import menyebabkan ia
mengambil peluang ke atas polisi orientasi eksport Malaysia. Jepun mengeksploitasi
'kelebihan perbandingan' (dalam bentuk tenaga buruh murah) untuk menghasilkan barangan
industri intensif buruh seperti produk elektronik. Kaedah operasi luar pesisir itu adalah untuk
mengimport 100 peratus input mereka daripada syarikat induk dan mengeksport 100 peratus
output yang dipasang atau dihasilkan di Malaysia kepada syarikat induk untuk fabrikasi lanjut
dan eksport semula. Penambahan nilai dalam negeri (sumbangan ekonomi) dan jaringan
perniagaan (integrasi ekonomi dalaman) adalah minimum.81

Sementara kestabilan ekonomi Malaysia sering dilihat sebagai jaminan keuntungan,
kestabilan politiknya juga dianggap amat penting bagi melindungi aset firma-firma Jepun,
menyediakan jaminan daripada pengambilalihan dan nasionalisasi, serta pergolakan pekerja
dan lain-lain. Di Malaysia, undang-undang kerajaan yang meletakkan had ke atas kegiatan
persatuan perdagangan, usaha rasmi untuk menentukan tahap gaji pekerja,82 dan hak kerajaan
untuk campur tangan dalam perselisihan antara majikan dan pekerja telah diberikan penilaian
tinggi dalam keputusan firma-firma Jepun untuk bertapak di Malaysia. Dua bidang yang

13

menjanjikan pelaburan Jepun di Malaysia adalah industri untuk membangun dan memproses
sumber-sumber bahan mentah dan jenis berorientasikan eksport. Secara umumnya, tempoh
pentadbiran Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn menyaksikan lebih banyak pelaburan
baru Jepun daripada tempoh pentadbiran Tunku Abdul Rahman.83

FAKTOR TOLAKAN DARI JEPUN

Dalam tempoh tahun 1970 hingga 1980, kerajaan Jepun bertanggungjawab secara langsung
bagi pelaburan Jepun di Malaysia. Menjelang awal tahun 1970-an, Jepun mengalami
kekurangan tenaga buruh, kenaikan gaji sebanyak 25% di antara tahun 1971-1972,
kekurangan pengeluaran bahan mentah dan kenaikan kos pengangkutan. Di samping itu
berlaku juga perubahan dasar kerajaan terhadap pelaburan Jepun ke luar negeri dan Revolusi
Yen telah menyebabkan kesukaran perdagangan dan pasaran antarabangsa. Oleh itu adalah
menjimatkan bagi pengusaha-penguasaha Jepun untuk mendirikan kilang-kilang di Asia
Tenggara.84

Pada tahun 1972, pelaburan Jepun dipindahkan mengikut pelan Tanaka. 85 Pelan ini
menggalakkan pemindahan industri tertentu ke luar negara dan industri-industri ini pada
dasarnya melibatkan tanah, buruh, intensif pencemaran86 dan industri-industri yang
menggunakan tenaga kerja berkemahiran rendah, seperti sektor tekstil. 87 Sementara industriindustri ini digalakkan ke luar negara, kerajaan Jepun menggalakkan pertumbuhan industri
berteknologi tinggi di Jepun.88 Satu kajian mendapati pada awal tahun 1970-an, majlis
perniagaan yang paling berprestij di Jepun telah mencadangkan penyusunan strategik
ekonomi Jepun dalam dekad itu. Proses pembuatan yang rendah nilai dan pencemaran tinggi
akan dieksport manakala industri yang bersih dan berteknologi tinggi akan dibangunkan di

14

Jepun.89 Tambahan pula, krisis minyak tahun 1973-74 telah mempercepatkan pelaburan Jepun
ke luar negara dan kebergantungannya terhadap negara-negara lain bagi input industri dan
komoditi pertanian.

Peningkatan nilai tanah di Jepun adalah satu lagi faktor yang menolak industri Jepun ke
luar negara. Firma pembuatan di Jepun perlu bersaing untuk mendapatkan tanah dengan
sektor kediaman dan perkhidmatan yang berkembang pesat. Tambahan pula, terdapat
spekulasi tanah yang meluas, ini menaikkan lagi nilai harga tanah. Hasilnya, sejumlah besar
wang diperlukan untuk memperoleh tanah bagi pengembangan operasi syarikat. Sementara
itu, pelaburan berorientasikan sumber adalah lebih ketara memandangkan terdapat sumber
bahan mentah yang banyak di Malaysia. Jenis pelaburan ini diambil untuk meningkatkan
pengeluaran sumber bahan mentah yang diperlukan oleh Jepun, dan dengan itu membantu
untuk memastikan aliran masuk input bahan untuk industri Jepun. Jenis pelaburan ini
umumnya berlaku dalam sektor pertanian, perlombongan, perhutanan, dan perikanan.
Memandangkan kepentingan sumber asli terhadap negara yang kekurangan sumber seperti
Jepun, pelaburan Jepun dalam sektor ini dijangka akan terus meningkat.90

Perubahan dalam dasar luar Jepun terhadap ASEAN juga mempengaruhi kemasukan
pelaburannya ke rantau ini. Masalah utama yang sudah berlarutan lama antara kedua pihak
ialah hubungan perdagangan yang tidak seimbang, di mana barangan dari negara-negara Asia
Tenggara tidak mudah menembusi pasaran Jepun. Usaha membina hubungan diplomatik
yang rasmi dengan ASEAN sudah bermula pada tahun 1957. Ketika itu, Perdana Menteri
Kishi Nobusuke mengusulkan penubuhan Dana Pembinaan Asia. Dana ini bertujuan
menyatukan Jepun, Amerika Syarikat dan ASEAN. Namun, Asean tidak menyambut inisiatif
itu kerana ia tidak bersetuju dengan perang Vietnam yang dilakukan Amerika Syarikat (1955-

15

1975). Dari tahun 1960-an hingga 1970-an, Jepun berusaha mendekati ASEAN lagi kerana
pertumbuhan ekonominya melonjak dan ekonomi Asean juga menaik.

Jepun yakin akan kelancaran hubungan dua hala ini sehinggalah tahun 1972 apabila
Thailand memboikot barang-barang Jepun. Malaysia juga membantah pengeluaran getah
sintetik (plastik) Jepun.91 Dari tahun 1973 hingga 1975, demonstrasi anti Jepun berlaku di
universiti-universiti di ASEAN. Ketika Perdana Menteri Kakuei Tanaka melawat Thailand
dan Indonesia pada Januari 1973, terjadilah kekacauan. 92 ASEAN akhirnya mahu menerima
lawatan Jepun selepas Amerika Syarikat menarik balik tenteranya dari Vietnam pada tahun
1975.

Apabila Perdana Menteri Takeo Fukuda melawat Malaysia pada tahun 1977, beliau
menjanjikan bantuan pinjaman ekonomi sebanyak US$ 1 bilion untuk pembangunan projekprojek ekonomi ASEAN. Fukuda juga menjanjikan peningkatan import dari Asia Tenggara.
Di Manila yang merupakan persinggahan terakhirnya, beliau mengumumkan tiga perkara.
Pertama ialah Jepun tidak akan menjadi sebuah kuasa tentera, kedua Jepun akan menjalinkan
hubungan erat yang jujur negara-negara Asia Tenggara, dan ketiga Jepun akan menjalinkan
kerjasama seimbang dengan negara-negara Asia Tenggara.93 Polisi ekonomi Fukuda ini
kemudiannya dikenali sebagai Doktrin Fukuda pada tahun 1977.94

Di bawah Doktrin Fukuda, Jepun lebih menekankan komitmennya untuk mencapai
keamanan dan tidak sesekali akan memunculkan diri sebagai kuasa ketenteraan semula.
Doktrin Fukuda memberikan imej baru kepada Jepun, di mana Takeo Fukuda pada masa
tersebut secara terbuka memohon maaf di atas kekejaman yang dilakukan tentera Jepun
sewaktu Perang Dunia Kedua. Seterusnya ia telah menjadi pemangkin kepada usaha

16

membina hubungan baik secara diplomasi di antara Jepun dan negara serantau.95 Penekanan
ASEAN sebagai teras polisi Jepun di Asia Tenggara menjadikan Doktrin Fukuda sebagai titik
peralihan hubungan Jepun-ASEAN. Doktrin Fukuda juga menandakan pengesahan rasmi
Jepun terhadap ASEAN sebagai satu organisasi serantau dan aktor utama rantau Asia
Tenggara. Hubungan khas Jepun-ASEAN dianggap sebagai faktor penentu kepada kestabilan
dan kemakmuran serantau.96

Mekanisme yang disandarkan oleh Doktrin Fukuda ialah membantu pembangunan dan
kerjasama ekonomi ASEAN. Doktrin Fukuda juga bertindak sebagi satu rangka kerja
serantau Jepun yang baru untuk mengurus hubungan antara negara-negara Asia Tenggara. 97
Jepun mula memainkan peranan politiknya sebagai orang tengah berhubung konflik
Indochina (1978-1994).98 Jepun berharap dapat mengalakkan hubungan peaceful coexistence
antara ASEAN-Indochina.99 Doktrin Fukuda bertindak sebagai satu rangka kerja bagi Jepun
untuk terlibat dalam politik serantau.100 Peranan politik Jepun ini diselaras dan dilaksanakan
melalui rangka kerja hubungan Jepun-ASEAN. Dengan itu, Jepun dapat dielakkan daripada
kritikan politik. Ini akan menguntungkan Jepun kerana pengaruhnya dapat berkembang di
rantau ini. Ini menyebabkan ASEAN bergantung kepada Jepun bukan sahaja sebagai sumber
pembangunan ekonomi tetapi juga sebagai sumber politik untuk memastikan kestabilan
politik serantau. Maka ini seolah-olah menggambarkan satu Lingkaran Kesemakmuran
Bersama Asia Timur Raya yang wujud di rantau ini di mana seluruh aspek ekonomi, politik,
keselamatan dan kebudayaan rantau Asia Tenggara diletakkan di bawah lingkungan pengaruh
Jepun.101

Dalam meningkatkan hubungan perdagangan Jepun dengan Malaysia, Jepun telah
mengadakan badan perdagangan di Kuala Lumpur dan di kawasan lain di Malaysia.

17

Antaranya ialah Japan External Trade Organisation (JETRO), Malayan-Japan Industrial and
Technical Consulting Bureau dan The Industrial and The Industrial Co-operation Office. 102
Objektif utama JETRO ialah mewujudkan perusahaan yang dapat meningkatkan perdagangan
asing Jepun. Malayan-Japan Industrial and Technical Consulting Bureau pula bertujuan
meningkatkan penjualan mesin berat dan peralatan industri. Manakala peranan The Industrial
and The Industrial Co-operation Office ialah membantu para pengusaha Malaysia
menghubungi para pengusaha di Jepun serta memberi nasihat tentang import dan eksport.103

KESIMPULAN

Terdapat beberapa faktor-faktor tarikan yang dilihat menyumbang kepada kemasukan
pelaburan Jepun di Malaysia semasa tempoh pentadbiran Tun Abdul Razak dan Tun Hussein
Onn. Pertama ialah polisi-polisi kerajaan Malaysia yang telah ditetapkan sejak awal tahun
1970-an untuk menarik lebih ramai pelabur Jepun. Misalnya pengenalan Zon-Zon
Perdagangan Bebas (FTZs) dan insentif khas untuk industri elektronik dan industri
berintensif buruh yang lain telah mewujudkan suasana baik bagi firma-firma berorientasikan
eksport. Kedua ialah penubuhan MAJECA di Malaysia. Ketiga ialah bekalan tenaga buruh
murah. Keempat ialah pembinaan infrastruktur yang lebih lengkap di Malaysia bagi
menggalakkan kemasukan pelaburan asing. Kelima ialah faedah yang didapati oleh pelabur
Jepun hasil usahama dengan usahawan tempatan mengikut rancangan DEB. Keenam ialah
peranan penting yang dimainkan oleh cawangan bank-bank Jepun dan syarikat-syarikat
insurans Jepun yang bertapak di Malaysia dalam membantu pengembangan pelaburan Jepun.

Terdapat juga beberapa faktor-faktor tolakan yang dilihat menyumbang kepada
kemasukan pelaburan Jepun di Malaysia semasa tempoh pentadbiran Tun Abdul Razak dan

18

Tun Hussein Onn. Pertama ialah pengiktirafan Jepun terhadap ASEAN yang mewujudkan
Doktrin Fukuda. Kedua ialah masalah peningkatan kos pengeluaran di Jepun akibat kenaikan
gaji yang seterusnya diburukkan lagi oleh kenaikan nilai yen Jepun pada tahun 1971. Ketiga
ialah peranan pelan Tanaka dalam membantu pemindahan industri Jepun yang tidak penting
ke luar negara. Keempat ialah masalah krisis minyak tahun 1973-1974 yang telah
mempercepatkan pelaburan Jepun ke luar negara kerana kebergantungannya terhadap negaranegara lain bagi input industri dan komoditi pertanian. Kelima ialah peningkatan nilai tanah
di Jepun adalah satu lagi faktor yang menolak industri Jepun ke luar negara. Keenam ialah
penubuhan JAMECA di Jepun.

RUJUKAN

Ahmad Ali Seman. 1996. Hubungan Ekonomi Malaysia-Jepun: 1980-1990. Dlm. Badriyah
Haji Salleh & Tan Liok Ee (pnyt.). Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif, hlm.
333-351. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anuwar Ali. 1994. Japanese Industrial Investments and Technology Transfer in Malaysia.
Dlm. Jomo K.S. (pnyt.). Japan and Malaysian Development: In The Shadow of the
Rising Sun, hlm. 102-126. London: Routledge.

Balassa, B. 1991. Economic Policies in the Pacific Area Developing Countries. Hampshire:
Macmillan Academic and Professional Ltd.

19

Chamil Wariya. 1984. Pergolakan Antarabangsa: Perkembangan dan Isu Utama Sejak 1945.
Kuala Lumpur: AMK Interaksi Sdn. Bhd.

Chee Peng Lim. 1977. An Analysis of the Government’s Industrial Policy in Malaysia with
Special Reference to the Petroleum Development Act 1974 and the Industrial
Coordination Act 1975. Paper presented at the Fourth Malaysia Economic Convention.
Anjuran Malaysian Economic Assosication. Kuala Lumpur, 19-21 Mei.

Chee Peng Lim & Lee Poh Ping. 1979. The Role of Japanese Direct Investment in Malaysia.
Occasional Paper No. 60. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Chee Peng Lim & Lee Poh Ping. 1983. Japanese Direct Investment in Malaysia, with Special
Reference to Japanese Joint Ventures. Dlm. Sueo Sekiguchi (pnyt.). ASEAN-Japan
Relations Investment. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Chou, K.R. 1966. Studies on Saving and Investment in Malaya. Hong Kong: Academic
Publications.

Chua Wee Meng. 1975. Comments on Professor Ichimura’s Paper. Dlm. Institute of Southeast
Asian Studies. The Future Pattern of Japanese Economic and Political Relations with
Southeast Asia. Current Issues Seminar Series No. 5, hlm. 36-48. Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies.

Coox, Alvin D. 1981. Japan and the South East Asia Configuration. New York: Praeger.

20

Doherty, E.M. 1987. Japan's Expanding Foreign Aid Program. Asian Affairs 14 (3): 129-149.

Far Eastern Economic Review. 1970. 19 Februari.

Fong Chan Onn. 1986. Technological Leap: Malaysian Industry in Transition. Singapore:
Oxford University Press.

Foo Lai-Reen Joanne. 2003. Pelaburan Langsung Teknologi Tinggi Jepun Di Malaysia. Tesis
Sarjana Falsafah. Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fumitaka Furuoka. 1995. Japanese Direct Investment in Kedah State. Disertasi Sarjana
Ekonomi. Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya.
Hardev Kaur. 1997. Official missions abroad reflect on country. New Straits Times, 23 Jun.

Hideki Imaoka. 1985. Japanese Management in Malaysia. Southeast Asian Studies 22 (4):
339-356.

Irene Tay Ying Chee. 1995. Hubungan Jepun-ASEAN 1967-1994. Tesis Sarjana Muda Sains
Politik. Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Johan Saravanamuttu. 1988. The Look East Policy and Japanese Economic Penetration in
Malaysia. Dlm. Jomo, K.S. (pnyt.). Mahathir’s Economic Policies, hlm. 4-28. Kuala
Lumpur: INSAN.

21

Junichi Yamada. 1996. Role of Japanese Official Development Assistance in Southeast Asia:
Special Reference to Malaysia. Tesis Ph.D. Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran,
Universiti Malaya.

Kei Wakaizumi. 1974. Japan’s Role In International Society: Implications For Southeast Asia.
Dlm. Sandhu, Kernial S. & Tang, Eileen P.T. (pnyt.). Japan As An Economic Power
And Its Implications For Southeast Asia. Papers presented at a conference organized by
the Institute of Southeast Asian Studies, hlm. 75-87. Singapore: Institute of Southeast
Asian Studies.

Khadijah Md. Khalid & Lee Poh Ping. 2003. Whither The Look East Policy. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kiyoshi Kojima. 1966. Reorganisation of North-South Trade: Japan’s Foreign Economic
Policy for the 1970s. Hitotsubashi Journal of Economics 6 (2): 45-60.

Kiyoshi Kojima. 1973. Reorganisation of North-South Trade, Japan’s Foreign Economic
Policy for the 1970s. Hitotsubashi Journal of Economics 13 (2): 1-28.

Lembaga Kemajuan Perusahaan Persekutuan. t.th. Malaysia: Your Profit Centre in Asia. t.tp.:
t.pt.

Leo Ching. 2007. Japan in Asia. Dlm. Tsutsui, William M. (pnyt.). A Companion to Japanese
History, hlm. 407-420. Malden, MA: Blackwell Publishing Ltd.

22

Makoto Anazawa. 1994. Japanese Manufacturing Investment in Malaysia. Dlm. Jomo, K.S.
(pnyt.). Japan and Malaysian Development: In the shadow of the rising sun, hlm. 75101. London: Routledge.

Makoto Sakurai. 1995. East Asian Trade and Investment Policies. Dlm. Toshihiko Kawagoe
& Sueo Sekiguchi (pnyt.). East Asian Economies: Transformation and Challenges.
Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Malaysian Business. Disember 1973.

Malaysian Business. April 1974.

Md. Ali Hasan. 1996. Pelaburan Langsung Jepun di Malaysia. Kertas kerja Kongres Sejarah
Malaysia II - Sejarah dan Proses Pemantapan Negara Bangsa. Anjuran Persatuan
Sejarah Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sejarah UKM. Bilik Jumaah UKM, Bangi.
26-28 November.

Md Nasrudin Md Akhir, Asmadi Hassan & Rohayati Paidi. 2008. Organisasi dan Institusi
Jepun. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Asia Timur, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya.

Md. Shukri Shuib. 2007. Pemilihan Fukuda Mampu Baiki Imej Jepun. Utusan Malaysia, 25
September.

23

Mehmet Sami Denker. 1990. Internationalization of the Malaysian Economy: Role of Japan.
Tesis Ph.D. Universiti Malaya.

Mehmet Sami Denker. 1994. The Evolution of Japanese Investment in Malaysia. Dlm. Jomo,
K.S. (pnyt.). Japan and Malaysian Development: In the shadow of the rising sun, hlm.
44-74. London: Routledge.

Mohd. bin Samsudin. 1988. Perhubungan Malaysia-Jepun 1957-1982. Tesis Sarjana. Jabatan
Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Narongchai Arkrasanee. 1983. ASEAN-Japan Relation Trade and Development. Singapore:
ISEAS.

New Straits Times. 1973. 12 Julai.

New Straits Times. 1974. 21 Oktober.

New Straits Times. 1974. 23 Oktober.

New Straits Times. 1975. 29 Disember.

New Straits Times. 1978. 26 Ogos.

24

Nooriah Yusof. 2011. Pelaburan Langsung Asing dan Pembangunan Industri Barangan
Elektrik dan Elektronik di Negeri Pulau Pinang, 1970-2007. Kemanusiaan 18 (2): 4374.

Ooi Loy Mui. 1997/1998. Sejarah Ekonomi Malaysia-Jepun: Kecenderungan Dasar
Pandang Ke Timur Sehingga Membawa Kepada Penerapan Sistem Penglibatan Gaya
Jepun di Malaysia Dari Tahun 1957-1980an. Tesis Sarjana Muda Sastera. Jabatan
Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Raitaro Nagai. 1993. Japanese Manufacturing Studies in Malaysia. ISIS Focus 101: 24.

Roszaima binti Rosdi. 2011. Sejarah Perkembangan Kegiatan Pelaburan Jepun di Malaysia:
Satu Penilaian. Tesis Sarjana Muda Sejarah. Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Ryokichi Hirono. 1974. Japanese Private Investment in Asia. Dlm. Sandhu, Kernial S. &
Tang, Eileen P.T. (pnyt.). Japan As An Economic Power And Its Implications For
Southeast Asia. Papers presented at a conference organized by the Institute of Southeast
Asian Studies, hlm. 1-18. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Saravanamuttu, J. 1983. The Role and Impact of Japanese Direct Investment in Malaysia.
Paper presented at the Seminar Japanese Experience: Lessons for Malaysia. Anjuran
Ministry of Foreign Affairs. Pulau Pinang: 28-31 Mei.

25

Shum Yu Wen. 1997/1998. Dasar Luar Jepun Terhadap Negara-Negara ASEAN Selepas
Perang Dunia Kedua Sehingga 1990. Tesis Sarjana Muda. Jabatan Sejarah, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Siow Yuen Tow. 1991. Perdagangan dan Pelaburan Jepun Di Malaysia Selepas Perang
Dunia Kedua. Latihan Ilmiah. Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Muhaza binti Sh. Zainal. 1994. Hubungan Ekonomi Bilateral Malaysia-Jepun: 19811991, Ancaman Atau Peluang?. Tesis Sarjana. Jabatan Sains Politik, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Straits Echo. 1974. 23 Oktober.

Sukadevan Prakash Lachmanan. 1999. The Role of Japanese Direct Investment in Malaysian
Manufacturing Sector. Dissertation Master of Economics. Fakulti Ekonomi dan
Pentadbiran, Universiti Malaya.
Sumanthy a/p Murugaiah. 1997/1998. Perdagangan Dan Pelaburan Jepun Di Negeri
Sembilan 1957-1990. Tesis Sarjana Muda. Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Susumu Awanohara. 1978. Working on the yen shift. Far Eastern Economic Review. 17
November: 77-78.

26

Swee Ean Tan. 2004. Pelaburan Terus Asing Negara Jepun dalam Sektor Pembuatan di
Malaysia: Satu Kajian Kes di Negeri Pulau Pinang (1991-2000). Tesis Sarjana Sastera.
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Swee Ean Tan. 2011. Dynamics of Japanese Foreign Direct Investment (JFDI) in Electronic
and Electrical (E&E) Manufacturing Sector in Malaysia. Tesis Ph.D. Pusat Pengajian
Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Takafusa Nakamura & Grace, Bernard R.G. 1985. Pembangunan Ekonomi Negeri Jepun
Moden. Terj. Prof Madya Dr. M. Rajendran. Jepun: Kementerian Hal Ehwal Luar
Negeri.

Tan Sock Cheong. 1994. Bantuan Luar Amerika Syarikat dan Jepun Kepada Malaysia: Satu
Perspektif Sejarah Perbandingan (1957-1980). Tesis Sarjana Muda. Jabatan Sejarah,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tatsuya Watanabe. 2005. History of Japan’s ODA in Brief. Dlm. Reality of Aid Asia-Pacific
& IBON Foundation. Reality of Aid Asia-Pasific, Fifty Years of Japan ODA: A Critical
Review of ODA Reform, hlm. 3-60. Manila: Ibon Books.

The Star. 1973. 14 Mac.

The Straits Times. 1964. 27 September.

Trade Abroad. 1976. Issue No. 5.

27

Woon Yoke Sun. 1990. The Role of Japanese Direct Foreign Investment in the Malaysian
Manufacturing Sector. Dissertation Master of Economics. Fakulti Ekonomi dan
Pentadbiran, Universiti Malaya.

Yong Ee Chin. 2000. Japan-Malaysia Relations: The Impact of Japanese Investment on
Malaysia. Tesis Master of Arts in Strategy and Diplomacy. Strategic and Security
Studies Unit, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yoshi Tsurumi. 1976. The Japanese are Coming: A Multinational Interaction of Firms and
Politics. Massachusetts: Ballinger Publishing Company.

Nota Hujung

1
Untuk maklumat lebih lanjut tentang sejarah ODA Jepun ke Malaysia, sila lih. Tatsuya Watanabe, History of Japan’s
ODA in Brief dlm. Reality of Aid Asia-Pacific & IBON Foundation, Reality of Aid Asia-Pasific, Fifty Years of Japan ODA:
A Critical Review of ODA Reform, Manila, Ibon Books, 2005, hlm. 3-60. Lih. juga E.M.

Doherty, Japan's Expanding Foreign Aid Program dlm. Asian Affairs 14 (3), 1987, hlm. 129-149. Lih. juga Tan Sock
Cheong, Bantuan Luar Amerika Syarikat dan Jepun Kepada Malaysia: Satu Perspektif Sejarah Perbandingan (1957-1980),
Tesis Sarjana Muda, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1994, Bab 3.

2

Siti Muhaza binti Sh. Zainal, Hubungan Ekonomi Bilateral Malaysia-Jepun: 1981-1991, Ancaman Atau Peluang?,

Tesis Sarjana, Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1994, hlm. 49. Lih. juga Narongchai Arkrasanee,
ASEAN-Japan Relation Trade and Development, Singapore, ISEAS, 1983, hlm. 1. Lih. juga Mehmet Sami Denker,
Internationalization of the Malaysian Economy: Role of Japan, Tesis Ph.D., Universiti Malaya, 1990, hlm. 609-615. Lih.
juga Junichi Yamada, Role of Japanese Official Development Assistance in Southeast Asia: Special Reference to Malaysia,
Tesis Ph.D., Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, 1996, hlm. 127-129. Lih. juga Ahmad Ali Seman,
Hubungan Ekonomi Malaysia-Jepun: 1980-1990 dlm. Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee (pnyt.), Alam Pensejarahan:
Dari Pelbagai Perspektif, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 336. Perjanjian pinjaman kredit yen yang kedua
ialah 36,000 juta yen dari tahun 1972 hingga 1976.

3

Untuk maklumat lanjut mengenai dasar luar Malaysia di bawah pimpinan Tun Abdul Razak, sila lih. Ooi Loy Mui,

Sejarah Ekonomi Malaysia-Jepun: Kecenderungan Dasar Pandang Ke Timur Sehingga Membawa Kepada Penerapan
Sistem Penglibatan Gaya Jepun di Malaysia Dari Tahun 1957-1980an, Tesis Sarjana Muda Sastera, Jabatan Sejarah,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997/1998, hlm. 48-52.

4

Md Nasrudin Md Akhir, Asmadi Hassan & Rohayati Paidi, Organisasi dan Institusi Jepun, Kuala Lumpur, Jabatan

Pengajian Asia Timur, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 2008, hlm. 197.

5

Khadijah Md. Khalid & Lee Poh Ping, Whither The Look East Policy, Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia, 2003, hlm. 69

6

Chee Peng Lim & Lee Poh Ping, The Role of Japanese Direct Investment in Malaysia, Occasional Paper No. 60,
Singapore, Institute of Southeast Asian Studies, 1979.

7

Chee Peng Lim & Lee Poh Ping, Japanese Direct Investment in Malaysia, with Special Reference to Japanese Joint

Ventures dlm. Sueo Sekiguchi (pnyt.), ASEAN-Japan Relations Investment, Singapore, Institute of Southeast Asian Studies,
1983.

8

Mehmet Sami Denker, Internationalization of the Malaysian Economy: Role of Japan, Tesis Ph.D., Universiti

Malaya, 1990.

9

Mehmet Sami Denker, The Evolution of Japanese Investment in Malaysia dlm. K. S. Jomo (pnyt.), Japan and

Malaysian Development: In the shadow of the rising sun, London, Routledge, 1994, hlm. 44-74.

10

Fumitaka Furuoka, Japanese Direct Investment in Kedah State, Disertasi Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan

Pentadbiran, Universiti Malaya, 1995.

11

Swee Ean Tan, Pelaburan Terus Asing Negara Jepun dalam Sektor Pembuatan di Malaysia: Satu Kajian Kes di

Negeri Pulau Pinang, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 2004.

12

Foo Lai-Reen Joanne, Pelaburan Langsung Teknologi Tinggi Jepun Di Malaysia, Tesis Sarjana Falsafah, Fakulti

Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003.

13

Woon Yoke Sun, The Role of Japanese Direct Foreign Investment in the Malaysian Manufacturing Sector,

Dissertation Master of Economics, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, 1990.

14

Sukadevan Prakash Lachmanan, The Role of Japanese Direct Investment in Malaysian Manufacturing Sector,
Dissertation Master of Economics, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, 1999.

15

Swee Ean Tan, Dynamics of Japanese Foreign Direct Investment (JFDI) in Electronic and Electrical (E&E)

Manufacturing Sector in Malaysia, Tesis Ph.D., Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 2011.

16

Makoto Anazawa, Japanese Manufacturing Investment in Malaysia dlm. K. S. Jomo (pnyt.), Japan and Malaysian

Development: In the shadow of the rising sun, London, Routledge, 1994, hlm. 75-101.

17

Anuwar Ali, Japanese Industrial Investments and Technology Transfer in Malaysia dlm. K. S. Jomo (pnyt.), Japan

and Malaysian Development: In the shadow of the rising sun, London, Routledge, 1994, hlm. 102-126.

18

Yong Ee Chin, Japan-Malaysia Relations: The Impact of Japanese Investment on Malaysia,

Tesis Master of Arts in Strategy and Diplomacy, Strategic and Security Studies Unit, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2000.

19

Ooi Loy Mui, Sejarah Ekonomi Malaysia-Jepun: Kecenderungan Dasar Pandang Ke Timur Sehingga Membawa

Kepada Penerapan Sistem Penglibatan Gaya Jepun di Malaysia Dari Tahun 1957-1980an, Tesis Sarjana Muda Sastera,
Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997/1998.

20

Ahmad Ali Seman, Hubungan Ekonomi Malaysia-Jepun: 1980-1990 dlm. Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee

(pnyt.), Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 333-351.

21

Roszaima binti Rosdi, Sejarah Perkembangan Kegiatan Pelaburan Jepun di Malaysia: Satu Penilaian, Tesis

Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011.

22

Sumanthy a/p Murugaiah, Perdagangan Dan Pelaburan Jepun Di Negeri Sembilan 1957-1990, Tesis Sarjana Muda,

Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997/1998.

23

Siow Yuen Tow, Perdagangan dan Pelaburan Jepun Di Malaysia Selepas Perang Dunia Kedua, Latihan Ilmiah,

Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1991.

24

Irene Tay Ying Chee, Hubungan Jepun-ASEAN 1967-1994, Tesis Sarjana Muda Sains Politik, Jabatan Sains Politik,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 1995, hlm. 26.

25

Sumanthy a/p Murugaiah, Perdagangan Dan Pelaburan Jepun Di Negeri Sembilan 1957-1990, Tesis Sarjana

Muda, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997/1998, hlm. 87. Lih. juga Chamil Wariya, Pergolakan
Antarabangsa: Perkembangan dan Isu Utama Sejak 1945, Kuala Lumpur, AMK Interaksi Sdn. Bhd., 1984, hlm. 199.

26

Mehmet Sami Denker, Internationalization of the Malaysian Economy: Role of Japan, Tesis Ph.D., Universiti

Malaya, 1990, hlm. 447.

27

Mehmet Sami Denker, The Evolution Of Japanese Investment In Malaysia dlm. Jomo K.S. (pnyt.), Japan and

Malaysian Development: In the shadow of the rising sun, London, Routledge, 1994, hlm. 47. Lih. juga Foo Lai-Reen
Joanne, Pelaburan Langsung Teknologi Tinggi Jepun Di Malaysia, Tesis Sarjana Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia,
2003, hlm. 14. Lih. juga Irene Tay Ying Chee, Hubungan Jepun-ASEAN 1967-1994, Tesis Sarjana Muda Sains Politik,
Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1995, hlm. 64.

28

Mehmet Sami Denker, Internationalization of the Malaysian Economy: Role of Japan, Tesis Ph.D., Universiti

Malaya, 1990, hlm. 448.

29

The Star, 14 Mac 1973. Lih. juga Mehmet Sami Denker, Internationalization of the Malaysian Economy: Role of
Japan, Tesis Ph.D., Universiti Malaya, 1990, hlm. 448.

30

Mehmet Sami Denker, The Evolution Of Japanese Investment In Malaysia dlm. Jomo K.S. (pnyt.), Japan and

Malaysian Development: In the shadow of the rising sun, London, Routledge, 1994, hlm. 47. Lih. juga Foo Lai-Reen
Joanne, Pelaburan Langsung Teknologi Tinggi Jepun Di Malaysia, Tesis Sarjana Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia,
2003, hlm. 14.

31

Kemudiannya dirujuk sebagai MIDA, FIDA adalah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menasihati

kerajaan persekutuan dan negeri mengenai dasar-dasar pembangunan perindustrian, menasihati perusahaan tempatan dan
asing mengenai sektor industri Malaysia, menguruskan pelesenan perniagaan dan pengecualian daripada tarif atau duti
import, dan menyelaraskan pembangunan perindustrian Malaysia.
32
New Straits Times, 12 Julai 1973. Lih. juga Alvin D. Coox, Japan and the South East Asia Configuration, New York,
Praeger, 1981, hlm. 86. Lih. juga Ahmad Ali Seman, Hubungan Ekonomi MalaysiaJepun: 1980-1990 dlm. Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee (pnyt.), Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 337.

33

New Straits Times, 12 Julai 1973. Lih. juga Mehmet Sami Denker, Internationalization of the Malaysian Economy:

Role of Japan, Tesis Ph.D., Universiti Malaya, 1990, hlm. 448.

34

Lih. juga Anon, The Malaysian Business Interview: Mr Shigeru Hiroto, Ambassador of Japan dlm. Malaysian

Business, Disember 1973, hlm. 43. Dalam ucapannya, beliau menyatakan Malaysia adalah penting kepada peniaga Jepun
untuk meluaskan operasi ke luar negara. Ini kerana suasana Malaysia yang positif untuk pelaburan asing dan juga pasaran
dalaman yang tersedia.

35

Tan Sock Cheong, Bantuan Luar Amerika Syarikat dan Jepun Kepada Malaysia: Satu Perspektif Sejarah
Perbandingan (1957-1980), Tesis Sarjana Muda, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1994, hlm. 98.

36

37

Malaysian Business, April 1974, hlm. 48.

New Straits Times, 21 Oktober 1974. Lih. juga Mehmet Sami Denker, Internationalization of the Malaysian

Economy: Role of Japan, Tesis Ph.D., Universiti Malaya, 1990, hlm. 449.

38

Lih. Ooi Loy Mui, Sejarah Ekonomi Malaysia-Jepun: Kecenderungan Dasar Pandang Ke Timur Sehingga

Membawa Kepada Penerapan Sistem Penglibatan Gaya Jepun di Malaysia Dari Tahun 1957-1980an, Tesis Sarjana Muda
Sastera, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1997/1998, hlm. 48. Pada tahun 1971, kerajaan Jepun telah
memberikan dua buah kapal seberat 12,000 tan setiap satu kepada Malaysia sebagai pembayaran hutang darah. Lih. jug Far
Eastern Economic Review, 19 Februari 1970, hlm. 47. Lih. juga Mehmet Sami Denker, Internationalization of the
Malaysian Econo