FAKTOR PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KA

123 | Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Dan Sastera Arab 2014

FAKTOR PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN
ORANG AWAM DI MALAYSIA
Nur Afifah Fadzil1 & Suhaila Zailani @ Hj Ahmad2
1,2

island_ilmi@yahoo.com,suzail@ukm.my
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Fakulti Pengajian Islam, UKM

Abstrak
Apabila disebut perkataan bahasa Arab, minda para pendengar secara tidak
langsung akan mengaitkan bahasa ini dengan agama Islam. Dua sumber
utama agama Islam, Al-Quran dan hadis telah diturunkan dan diriwayatkan
dalam bahasa Arab. Namun begitu, tidak semua golongan masyarakat
berminat untuk mempelajari bahasa Arab. Terdapat golongan yang
mempelajari bahasa Arab semata-mata hanya kerana profesion kerjaya.
Walaupun begitu, ada juga yang mempelajari bahasa Arab disebabkan
kurikulum atau subjek wajib institusi dan ada yang belajar bertujuan
memenuhi tuntutannya sebagai umat Islam. Kertas kerja ini akan

mengetengahkkan faktor orang awam mempelajari dan tidak mempelajari
bahasa Arab. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik untuk
mendapatkan data. Data kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Dapatan
kajian menunjukkan faktor yang dikaitkan dengan hal ehwal agama Islam
merupakan faktor utama orang awam mempelajari bahasa Arab. Berbeza
dengan faktor orang awam tidak mempelajari bahasa Arab, ia disebabkan
ketiadaan peluang dan ruang untuk orang awam mempelajari bahasa Arab.
Kata kunci: Faktor, pembelajaran, bahasa Arab, orang awam
Pengenalan
Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang diiktiraf dan diguna pakai
sebagai bahasa perantaraan dan komunikasi antarabangsa. Hampir 1500
tahun yang lampau, bahasa Arab sudah digunakan khususnya dalam ibadat
umat Islam. Apa yang membezakan antara bahasa Arab dengan bahasa lain
ialah bahasa ini sering dikaitkan dengan agama Islam sekaligus dianggap
sebagai bahasa untuk umat Islam. Di Malaysia, walaupun kemampuan orang
awam dalam berbahasa Arab berada di tahap yang rendah dan sebilangan

124 | Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Dan Sastera Arab 2014

besar masyarakat Islam tidak memahami bahasa Arab, namun mereka tetap

menyedari peri pentingnya bahasa Arab dalam kehidupan seharian. Rata-rata
fokus utama orang awam mempelajari bahasa Arab adalah disebabkan
keperluan agama.
Status bahasa Arab yang hanya dianggap sebagai bahasa yang berkait
khusus dengan ibadat dan hal ehwal agama Islam dapat diubah jikalau
bahasa Arab mengalami satu proses anjakan paradigma yang baru.
Perubahan persepi orang awam yang menganggap bahasa Arab sebagai
bahasa agama semata-mata kepada satu bahasa ekonomi dan perdagangan
dapat memberikan nilai yang tinggi kepada bahasa Arab. Natijahnya, bahasa
Arab akan dianggap sebagai bahasa kedua dan perantaraan yang penting
terutamanya dalam bidang pelancongan dan diplomatik.
Ahmad Kilani (2001: 2) telah menggariskan beberapa tujuan
mempelajari bahasa Arab, antaranya melahirkan pelajar dan orang awam
yang memahami isi kandungan al-Quran serta hadis-hadis yang diriwayatkan
oleh baginda Nabi SAW. Aspek sintaksis, semantik, morfologi dan retorik
bukanlah aspek utama yang perlu ditekankan dalam pembelajaran bahasa
Arab terhadap orang awam (Mohd Puzhi 2007). Namun begitu, tidak dapat
dinafikan terdapat pelbagai keperluan, kehendak dan tujuan orang awam
dalam mempelajari bahasa Arab.
Pernyataan Masalah

Kajian berkaitan sikap dan motivasi terhadap golongan profesional Melayu
muslim (GPMM) berkaitan bahasa Arab untuk tujuan agama telah dijalankan
oleh Anzaruddin Ahmad (2004). Menerusi kajian ini, beliau berpendapat
bahawa golongan GPMM hanya akan menganggap bahasa Arab sebagai
bahasa yang penting untuk dikuasai apabila ia dikaitkan dengan profesion
kerjaya mereka. Kenyataan ini menjadi lebih kukuh apabila golongan ini
menyedari bahawa penguasaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris
membawa banyak kelebihan dan hanya segelintir sahaja yang berminat untuk
mempelajari bahasa Arab standard. Beliau berpandangan, sikap GPMM
dalam mempelajari bahasa Arab akan menjadi lebih positif sekiranya
mereka sedar tentang keperluan dan kelebihan bahasa Arab sekiranya ia
dipelajari dan dikuasai (2004: 80).
Lazim Omar (2000) hanya memfokuskan kajiannya terhadap
golongan terpelajar dan golongan pegawai dan Kementerian Luar Negeri di

125 | Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Dan Sastera Arab 2014

Malaysia dalam mempelajari bahasa Arab. Terdapat beberapa faktor dan
tujuan khusus yang diletakkan oleh mereka untuk mempelajari bahasa Arab.
Majoriti fokus mereka dalam mempelajari bahasa Arab adalah memenuhi

profesion kerjaya khususnya dari aspek komunikasi. Namun begitu, fokus
pembelajaran bahasa Arab ini berbeza dengan kehendak dan keperluan
kebanyakan orang awam. Perkara ini disokong oleh dapatan kajian Ummu
Hani et al. (2012) yang meninjau persepsi orang awam terhadap
pembelajaran bahasa Arab menerusi al-Quran di Malaysia. Hasil kajian
tersebut mendapati, majoriti responden menyatakan tujuan mereka
mempelajari bahasa Arab adalah memahami al-Quran dan bacaan solat.
Menerusi tiga kajian tersebut, pengkaji ingin mengemukakan
beberapa faktor orang awam dalam mempelajari dan tidak mempelajari
bahasa Arab. Pengkaji berpandangan, faktor-faktor tersebut mampu
mempengaruhi minat dan sikap masyarakat dalam mempelajari bahasa Arab.
Hal ini kerana, minat dan sikap seseorang dalam menghadapi apa jua
keadaan, adalah berasaskan kepada sebab dan matlamat yang hendak
dicapai.
Persoalan Kajian
1. Apakah faktor orang awam mempelajari bahasa Arab?
2. Apakah faktor orang awam tidak mempelajari bahasa Arab?
Objektif Kajian
1. Mengenalpasti faktor orang awam mempelajari bahasa Arab.
2. Mengenalpasti faktor orang awam tidak mempelajari bahasa Arab.

Metodologi Kajian
Kajian ini menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kajian kualitatif
melibatkan data berbentuk kepustakaan. Manakala, kajian kuantitatif telah
dijalankan menggunakan instrumen soal selidik. Satu set soal selidik telah
diedarkan kepada 162 responden. Kajian telah dilakukan terhadap orang
awam seluruh Malaysia. Satu set soal selidik telah digunakan untuk
mengumpul maklumat daripada responden. Setiap responden telah diminta
untuk mengisi borang soal selidik dengan lengkap. Sebanyak 200 set soal
selidik telah diedarkan ke seluruh negeri melalui wakil setiap negeri.
Bagaimanapun, hanya 162 set soal selidik sahaja yang dijawab dan dihantar

126 | Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Dan Sastera Arab 2014

semula kepada pengkaji. Seterusnya, pengkaji menggunakan analisis
deskriptif dalam menganalisis data yang diperoleh. Secara keseluruhannya,
bilangan orang awam yang menjawab soal selidik mengikut negeri
dijelaskan dalam jadual di bawah.
Bil

Negeri


Jumlah

1

N.Sembilan

30

2

Kuala Lumpur

25

3

Sarawak

19


4

Kelantan

19

5

Sabah

10

6

Terengganu

10

7


Selangor

11

8.

Kedah, Pulau Pinang

11

9.

Melaka

7

10.

Pahang


7

11.

Johor

6

12.

Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Labuan)

7

Jumlah

162

Jadual 1: Maklumat Responden Berdasarkan Negeri

Sumber data: Soal Selidik 2011
Dapatan Kajian
Dapatan kajian bagi kertas kerja ini dibahagikan kepada dua skop mengikut
kepada objektif dan persoalan yang telah diketengahkan dalam kertas kerja.
Skop dapatan kajian adalah seperti berikut :
A. Dapatan kajian berkaitan faktor orang awam mempelajari bahasa Arab.
B. Dapatan kajian berkaitan faktor orang awam tidak mempelajari bahasa
Arab.

127 | Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Dan Sastera Arab 2014

A. Dapatan Kajian Berkaitan Faktor Orang Awam Mempelajari
Bahasa Arab
Minat dan sikap seseorang dalam melibatkan diri untuk mempelajari bahasa
Arab adalah disebabkan faktor dan alasan tertentu. Seperti mana
pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan para pelajar, minat dan sikap
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) amat berkait rapat
dengan fokus utama silibus pembelajaran. Andainya pelajar berminat untuk
menguasai aspek komunikasi, namun pendekatan yang digunakan
bertentangan dengan kehendak mereka, ia akan mengakibatkan keresahan

dan hilangnya tumpuan pelajar dalam proses P&P.
Menerusi kajian Lazim Omar (2000), matlamat utama program
bahasa Arab di Malaysia didapati banyak difokuskan kepada tujuan
memahami dan menghayati agama Islam sahaja. Matlamat ini bertepatan
dengan kehendak orang awam dalam mempelajari bahasa Arab. Tujuan dan
matlamat orang awam dalam mempelajari bahasa Arab adalah disebabkan
faktor yang tertentu. Perkara ini disokong apabila hasil dapatan kajian
Ahmad Saaduddin (2010) berkaitan aspek kesedaran bahasa Arab amat
penting untuk dipelajari dalam melaksanakan urusan berkaitan agama telah
dipersetujui oleh 96.3% daripada responden beliau.
Menerusi pengedaran soal selidik yang dijalankan, terdapat beberapa
faktor orang awam mempelajari bahasa Arab. Pembahagian faktor tersebut
dapat dilihat dalam jadual berikut:
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Item
Kekerapan Peratus
Untuk memahami Al-Quran
103
63.6
Untuk memahami bacaan solat
97
59.9
Kesedaran sendiri
93
57.4
Keinginan komunikasi
89
54.9
Keperluan bidang pengajian
74
45.7
Terpengaruh dengan iklan media massa
62
38.3
Keperluan bidang pekerjaan
61
37.7
Ajakan kawan
52
32.1
Jadual 2: Faktor Orang Awam Mempelajari Bahasa Arab
Sumber data: Soal Selidik 2011

128 | Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Dan Sastera Arab 2014

Berdasarkan jadual tersebut, dapat dikatakan bahawa faktor utama
orang awam dalam mempelajari bahasa Arab adalah untuk memahami alQuran (63.6 %) dan diikuti untuk memahami bacaan solat (59.9%). Dua
faktor ini jelas menunjukkan perkaitan yang erat antara urusan agama dengan
pembelajaran bahasa Arab. Justeru itu, orang awam perlu diberi perhatian
agar dapat turut serta dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab
khususnya bagi tujuan ibadah (Mohd Shahrizal et. al 2013).
Selain itu, aspek kesedaran sendiri (57.4 %) turut menjadi faktor
kepada pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan orang awam. Alasan lain
yang membuatkan orang awam berminat untuk mempelajari bahasa Arab
adalah mereka berkeinginan untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab (54.9
%). Pengkaji berpandangan, faktor ini akan memuncak apabila komunikasi
dikaitkan dengan ibadah mengerjakan umrah dan haji. Selain itu, komunikasi
akan menjadi antara faktor utama dalam mempelajari bahasa Arab apabila ia
dikaitkan dengan profesion kerjaya. Golongan diplomatik atau individu
khusus yang ditugaskan untuk ke luar negara khususnya ke negara Arab pasti
akan memilih aspek komunikasi sebagai tujuan utama mempelajari bahasa
Arab.
Manakala faktor keperluan bidang pengajian (45.7 %) bukanlah
merupakan faktor utama orang awam dalam mempelajari bahasa Arab. Pada
pandangan pengkaji, keperluan bidang pengajian khususnya dalam bahasa
Arab hanya dipelopori oleh golongan pelajar tertentu antaranya golongan
Pengajian Islam. Walaupun terdapat institusi yang menjadikan bahasa Arab
sebagai bahasa ketiga untuk kursus pengajian, namun ia tetap dianggap
sebagai satu subjek pilihan. Faktor pembelajaran ini lebih tertumpu kepada
golongan pelajar bukanlah orang awam secara keseluruhannya. Seterusnya,
pengaruh iklan media massa (38.3 %) turut menjadi faktor orang awam
dalam mempelajari bahasa Arab.
Sepertimana keinginan berkomunikasi menjadi faktor orang awam
mempelajari bahasa Arab, begitu juga dengan keperluan bidang pekerjaan
turut menjadi faktor orang awam mempelajari bahasa Arab. Pada pandangan
pengkaji, profesion kerjaya yang melibatkan komunikasi dalam bahasa Arab
akan menjadikan seseorang individu lebih berminat untuk mempelajari
bahasa Arab. Jikalau responden kajian Anzaruddin Ahmad (2004) menyedari
penguasaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris membawa banyak

129 | Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Dan Sastera Arab 2014

kelebihan, pasti mereka turut akan menyedari kepentingan bahasa Arab
apabila ia dikaitkan dengan prospek kerjaya mereka.
Akhir sekali, faktor pembelajaran bahasa Arab yang turut menjadikan
orang awam berminat untuk mempelajari bahasa Arab ialah ajakan rakan
(32.1 %). Pada pandangan pengkaji, faktor ini muncul apabila sesebuah
komuniti masyarakat menganjurkan program pengajian bahasa Arab. Maka,
penduduk setempat akan saling ingat mengingati untuk hadir ke program
sebegini. Pengaruh dan ajakan rakan juga tidak kurang pentingnya dalam
mewujudkan masyarakat yang berkehendakkan kepada pembelajaran bahasa
Arab.
Dapatan Kajian Berkaitan Faktor Orang Awam Tidak Mempelajari
Bahasa Arab.
Skop kedua dapatan kertas kerja ini berkaitan faktor orang awam tidak
mempelajari bahasa Arab. Dapatan ini dapat dilihat dalam jadual di bawah :
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Item
Kekerapan Peratus
Tiada Peluang Untuk Belajar
18
11.1
Tiada Masa Untuk Belajar
8
4.9
Tiada Keperluan Untuk Belajar
3
1.9
Tidak Berminat Untuk Belajar
1
0.6
Tidak Tahu Ia Penting
5
3.1
Kurang Penting Berbanding Bahasa Lain
2
1.2
Jadual 2: Faktor Orang Awam Tidak Mempelajari Bahasa Arab
Sumber data: Soal Selidik 2011

Daripada 162 responden yang menjawab soal selidik, hanya 37 orang
sahaja yang tidak pernah mempelajari bahasa Arab. Pelbagai alasan
diberikan oleh mereka sebagaimana dijelaskan dalam jadual di atas.
Ketiadaan peluang mereka untuk mempelajari bahasa Arab merupakan faktor
utama mereka tidak mempelajari bahasa Arab, iaitu dengan peratusan
tertinggi 11.1%. Pada pandangan pengkaji, besar kemungkinan ia disebabkan
kurangnya pendedahan dan peluang untuk orang awam mempelajari bahasa
Arab. Hal ini disokong dengan kenyataan Anzaruddin Ahmad (2004) yang
berpandangan, kebanyakan kajian berkaitan P&P bahasa Arab hanya

130 | Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Dan Sastera Arab 2014

memfokuskan kepada kepada golongan pelajar. Golongan bukan pelajar
seolah-olah tertinggal atau ditinggalkan secara tidak sedar daripada arus
perdana gelombang galakan mempelajari bahasa Arab. Justeru itu, hal ini
dapat dikaitkan dengan peluang untuk para pelajar mempelajari bahasa Arab
lebih terbuka berbanding peluang untuk orang awam mempelajarinya.
Selain itu, faktor masa juga merupakan antara sebab orang awam
tidak mempelajari bahasa Arab. Faktor ketiadaan masa menjadi faktor kedua,
iaitu 4.9 % daripada orang awam gagal mempelajari bahasa Arab adalah
disebabkan mereka mempunyai komitmen yang lebih besar untuk diuruskan.
Pada pandangan pengkaji, faktor masa ini antara faktor yang tidak dapat
dielakkan. Hal ini kerana, kelas bahasa Arab yang dianjurkan mungkin
sahaja diadakan pada hujung minggu. Bagi segelintir orang awam, hujung
minggu ialah masa berhaga yang diperuntukkan untuk bersama keluarga.
Pada sesetengah orang awam pula, mereka berasa mempelajari bahasa Arab
bukanlah satu keperluan (1.9 %). Namun begitu, faktor ini ialah faktor
minoriti yang dipersetujui oleh orang awam. Minat juga memainkan peranan
yang penting dalam menarik orang awam untuk mempelajari bahasa Arab.
Hanya seorang dengan nilai peratusan 0.6% sahaja yang tidak berminat
untuk mempelajari bahasa Arab.
Kepentingan bahasa Arab dalam kehidupan seorang muslim
sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Bacaan-bacaan dalam solat dan
ibadah umat Islam adalah dalam bahasa Arab hinggakan sumber rujukan
agama Islam diturunkan dan diriwayatkan dalam bahasa Arab. Namun
begitu, seramai 2 responden (1.2 %) yang berpandangan bahasa Arab kurang
penting berbanding bahasa lain. Pengkaji berpendapat faktor ini muncul
apabila bahasa Arab tidak dianggap sebagai bahasa perantaraan sedunia.
Justeru itu, dari sudut pentingnya bahasa Arab di mata dunia menjadi kurang
berbanding bahasa Inggeris. Manakala, seramai 3.1 % bersamaan 5
responden yang menyatakan mereka tidak mengetahui bahasa Arab itu
penting buat mereka. Faktor ini dapat dikaitkan dengan sebab ketiadaan
peluang dan masa untuk mempelajari bahasa Arab.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kertas kerja ini telah membincangkan faktor-faktor orang
awam mempelajari dan tidak mempelajari bahasa Arab. Sepertimana yang
telah dinyatakan, apabila bahasa Arab dikaitkan dengan agama Islam, ia

131 | Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Dan Sastera Arab 2014

dapat menarik minat orang awam dalam mempelajari bahasa Arab. Namun
begitu, cara penyampaian, objektif dan pengajaran yang disampaikan oleh
tenaga pengajar haruslah bertepatan dengan kehendak orang awam dalam
mempelajari bahasa Arab.
Selain itu, para penganjur program bahasa Arab, haruslah membuka
ruang seluas-luasnya kepada orang awam untuk turut serta dalam
pembelajaran bahasa Arab disamping memupuk rasa cintakan bahasa Arab
dalam diri mereka. Penekanan yang mendalam dan penerapan aspek
tatabahasa Arab hanya dapat menjauhkan orang awam dari terus
mempelajari bahasa Arab. Oleh itu, para penganjur dan tenaga pengajar
bahasa Arab harus bijak dalam mengatur silibus pembelajaran khususnya
apabila melibatkan orang awam agar mereka tidak lari dan menjauhkan diri
dari bahasa Arab.
Rujukan
Ahmad Kilani Mohamed. 2001. Teori Pengajaran Dan Pembelajaran
Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama Di Malaysia. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.
Anzaruddin Bin Ahmad. 2004. Bahasa Arab Untuk Tujuan Agama: Kajian
Terhadap Sikap Dan Motivasi Golongan Profesional. Disertasi
Sarjana, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
Lazim Bin Omar. 2000. Pengajaran Dan Pemelajaran Bahasa Arab Untuk
Tujuan-Tujuan Khas: Analisis Keperluan Di Malaysia. Tesis Phd,
Fakulti Pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Puzhi Bin Usop. 2007. Modul Asas Bahasa Arab Untuk Tujuan
Ibadah: Satu Analisis dan Penilaian. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti
Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
Ummu Hani Hj. Hashim,Suhaila Zailani@ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani,
Khazri Osman, Zainuddin Ismail, dan Hakim Zainal. 2012. Rumusan
Kajian Persepsi Orang Awam Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab
Menerusi Al-Quran di Malaysia. Persidangan Kebangsaan
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Anjuran Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.