ISU PENDATANG PELARIAN DAN SIKAP MASYARA
ISU PENDATANG, PELARIAN DAN SIKAP MASYARAKAT
BERDASARKAN TASAWUR ISLAM
1.0 PENGENALAN
Isu pendatang banyak dibincangkan dalam topik migrasi dan menjadi antara subjek di
bawah kajian geografi. Migrasi merupakan perpindahan dari suatu wilayah asal ke
wilayah tujuan yang dilakukan oleh seseorang maupun kelompok orang. Orang
melakukan migrasi ke tempat tujuan karena tempat tujuan tersebut memiliki daya tarik
tersendiri, orang yang bermigrasi ke tempat tujuan itu seringkali disebut dengan
”Pendatang/ Orang asing”, adanya pendatang bererti juga adanya ”penduduk asli”.
Penduduk pendatang tersebut maka secara sengaja maupun tidak sengaja pasti akan
melakukan kontak atau berhubungan dengan penduduk asli, terdapat dua kemungkinan
yang akan terjadi iaitu: hubungan tersebut boleh menjadi ramah tamah (saling
menghargai budaya masing-masing sehingga akan menimbulkan keberagaman budaya
yang harmonis) atau malah menimbulkan konflik (terjadi adanya pihak yang
mendominasi dan yang terdominasi).
Migrasi boleh terbahagi kepada dua kategori iaitu migrasi setempat dan antarabangsa.
Terdapat juga migrasi yang terjadi atas faktor keselamatan sehingga menjadikan
pendatang sebagai pelarian. Antara sebab lain kehadiran pendatang asing ke sesebuah
negara kebiasaanya atas dasar untuk mencari peluang pendapatan yang lebih lumayan
dan persekitaran yang lebih kondusif untuk membina kehidupan. Oleh itu negaranegara seperti Amerika, Britian, Jerman, negara-negara di Eropah, Australia, Arab
Saudi, Singapura termasuk Malaysia sering menerima pendatang yang melihat
“rumput yang lebih hijau” di negara-negara tersebut.
Di Malaysia, dasar kerajaan yang membuat perjanjian dengan negara-negara jiran
seperti Indonesia, Bangladesh dan juga Myammar antara faktor kehadiran rakyat
1
negara itu ke sini. Sikap terbuka kerajaan menerima kedatangan pekerja asing ini
menjadikan Malaysia salah satu destinasi yang penting untuk penghijrahan manusia
mencari kerja. Wujud pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak Malaysia dan
negara pendatang seperti pemeriksaan kesihatan dan pemberian permit kerja
menjadikan negara ini syurga buat mereka.
Ironinya, apabila timbul isu pelarian Rohingya, Kerajaan Malaysia seperti juga negaranegara jiran yang lain tidak dapat menerima kedatangan mereka yang memerlukan
penempatan dan perlindungan daripada mangsa kekejaman puak pelampau Mynmar.
Inilah kesan kemanusiaan yang timbul apabila sistem kapitalis menguasai dunia dan
apabila manusia dilihat sebagai makhluk ekonomi bukan sebagai hamba dan khalifah
Allah.
2.0 TUJUAN
Esei ini ditulis bertujuan meninjau sikap masyarakat terhadap pendatang dan pelarian
baik pada peringkat global mahupun lokal dan menganalisis sikap tersebut dari sudut
tasawur Islam. Ini kerana secara lazimnya tasawur yang betul akan membentuk sikap
yang betul.dan tasawur yang salah akan membentuk sikap yang salah. Analisis
berdasarkan tasawur Islam pula bertujuan untuk meletakkan semula kedudukan isu
yang diperkatakan pada kedudukannya yang sebenar agar pada penghujung
perbincangan satu sikap yang betul dapat dibentuk apabila berhadapan dengan isu
pendatang dan pelarian ini.
3.0 METODE PENGUMPULAN DATA
Isu yang dibincangkan dalam penulisan esei ini merupakan isu yang telah banyak
dibincangkan secara ilmiah di bawah tajuk migrasi dan sejak kebelakangan ini isu ini
mula menjadi perhatian setelah Kerajaan Britian, Amerika dan Eropah mula
menunjukkan reaksi terhadap isu pendatang dan pelarian yang majoritinya terdiri
2
daripada orang Islam. Isu ini menarik minat untuk dibincangkan dalam konteks
semasa menggunakan maklumat-maklumat sedia ada baik secara ilmiah ataupun
secara picisan dan yang lebih menariknya dibincangkan berdasarkan tasawur Islam.
Oleh kerana itu, perbincangan dalam esei ini banyak mengutip data dan bahan
perbincangan melalui buku, jurnal dan berita-berita semasa menggunakan kata kunci
migrasi, pendatang dan hijrah.
4.0 PEMBAHAGIAN ESEI
Bagi mengupas isu pendatang dan pelarian ini dan melihat permasalahannya, esei ini
seterusnya akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu huraian berkenaan isu dari
perspektif semasa, perspektif hijrah dan kemudiannya menganalIsis perspektif isu
berdasarkan Tasawur Islam.
5.0 ISU PENDATANG DAN PELARIAN DARI PERSPEKTIF SEMASA
Baru-baru ini dunia digemparkan dengan isu keluarnya Great Britian dari European
Union(EU). Isu ini amat mengejutkan dunia dengan tindakan drastik Kerajaan Britian
mengambil keputusan keluar dari EU setelah majoriti rakyatnya mengundi ke arah itu.
Fenomena itu telah dikenali dengan BREXIT. Sekiranya dilihat kenapa fenomena ini
muncul, ia dikatakan berpunca daripada dasar EU yang tidak menyebelahi Great
Britian kerana memberi laluan mudah kepada pendatang melakukan migrasi ke
negara-negara yang bernaung di bawah EU. Pada fikiran kebanyakan rakyat Britian
perkara ini amat merugikan mereka kerana negara itu telah dihujani pendatang yang
datang untuk berkerja dan menetap di situ. Mereka bimbang pendatang-pendatang ini
akan menikmati pelbagai kekayaan dan kemakmuran negara tersebut dan
mengakibatkan penduduk asal tempatan tergugat dari beberapa segi kehidupan. Antara
3
hujah yang dikemukakan pada parti yang memilih untuk meninggalkan atau tetap
bersama EU seperti di bawah:
“Pro-Brexit advocates have framed leaving the European Union as
necessary to protect, or perhaps restore, the country’s identity: its culture,
independence and place in the world. This argument is often expressed by
opposition to immigration.
“Remain” supporters typically argue that staying in the union is better for
the British economy and that concerns about migration and other issues
are not important enough to outweigh the economic consequences of
leaving.”
Maksudnya: “Penyokong-Brexit membuat dakwaan bahawa meninggalkan
Kesatuan Eropah perlu untuk melindungi, atau barangkali mengembalikan
identity negara: budayanya, kebebasan dan tempat di dunia. Hujah ini
biasanya disuarakan oleh penentang kepada pendatang.”
“Penyokong yang menyokong untuk tetap dalam EU berhujah tetap berada
dalam Kesatuan adalah lebih baik kepada ekonomi British dan isu
pendatang serta lain-lain isu tidaklah terlalu penting jika dibandingkan
kesan ekonomi setelah meninggalkan Kesatuan.”
Isu berkaitan pendatang asing berlarutan hingga ke Amerika Syarikat. Kemenangan
Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru telah menimbulkan
ketakutan di kalangan rakyat Amerika yang kebanyakannya merupakan pendatang.
Dalam satu temubual rancangan telivesyen, perkara pertama yang akan dilakukanya
setelah menjawat jawatan Presiden ialah menghantar pulang sejumlah pendatang ke
negara asal mereka. Donald Trump bertegas akan mengotakan janjinya menghantar
pulang berjuta-juta pendatang haram di Amerika Syarikat. Trump berkata, seramai tiga
juta pendatang akan dihantar pulang sebaik saja beliau mula bertugas secara rasmi di
Rumah Putih nanti. "Apa yang akan kita lakukan adalah mencari penjenayah dan
mereka yang mempunyai rekod jenayah, ahli kumpulan samseng dan pengedar dadah.
Jumlah mereka ramai, mungkin dua juta, mungkin tiga juta. "Kita akan keluarkan
mereka dari negara ini atau penjarakan mereka," kata Trump dalam satu petikan
temuramah beliau dalam program '60 Minutes' yang disiarkan di stesen televisyen
CBS pada Ahad lalu.
4
Isu pendatang ini bukan sahaja bertitik tolak daripada faktor ekonomi tetapi juga atas
faktor keselamatan. Negara yang terlibat dalam kancah peperangan seperti di Syria
baru-baru ini menyaksikan apa yang dikenali sebagai “forced migration’ secara besarbesaran rakyat Syria ke negara-negara Eropah berdekatan. Hal ini telah menimbulkan
pelbagai reaksi di kalangan negara penerima tambahan pula pelarian dari Syria
majoritinya terdiri daripada orang Islam. Pelarian ini kebanyakan memilih negara
Eropah yang berdekatan sebagai tempat berhijrah walaupun negara-negara tersebut
tidak bersikap terbuka dalam menerima kedatangan mereka dan mempersoalkan
peranan dan tanggungjawab negara Islam yang lain. Hakikatnya, ada di antara negaranegar Islam yang menyediakan penempatan kepada pelarian ini seperti Turki dan
negara Teluk tetapi kurang mendapat liputan dunia.
Antara reaksi kontroversi yang timbul yang mencetuskan kritikaan ialah kenyataan
daripada Menteri Migrasi dan Integrasi Norway, Sylvi Listhaug, selepas mengeluarkan
arahan tegas kepada pendatang Islam yang baru tiba di negara itu, tetapi mendakwa
beliau ingin membantu mereka lebih selesa di negara Scandinavia itu. "Saya rasa
mereka yang datang ke Norway perlu menyesuaikan diri dengan masyarakat di sini.
"Di sini, kami makan daging babi, minum alkohol dan menunjukkan wajah. Anda
perlu mematuhi nilai, undang-undang dan peraturan di Norway apabila datang ke sini,"
mhmmenurut kenyataan Facebook oleh menteri Parti Progres berkenaan, yang menjadi
viral dengan memperoleh 19,000 likes dan 4,500 perkongsian. Kenyataan itu
mengandungi pautan kepada artikel dalam akhbar Dagbladet, yang menghuraikan
pandangan ahli politik berhaluan kanan berusia 38 tahun itu, yang dilantik ke jawatan
berkenaan pada Disember tahun lalu. "Bukan tugas masyarakat menyesuaikan diri
dengan pendatang, dan adalah penting kita menunjukkan isyarat jelas kepada mereka,"
kata Listhaug, yang berucap menjelang sidang kemuncak mengenai integrasi,
menambah 'perkara utama adalah pendatang perlu belajar bahasa dan mendapatkan
pekerjaan, supaya boleh menampung kehidupan sendiri.
5
Listhaug, yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Pertanian, juga menyelar
institusi awam yang tidak lagi menghidangkan daging babi bagi menghormati
penduduk Islam. Tidak sampai setahun, bilangan pendatang baru di Norway jatuh
daripada rekod tertinggi iaitu 32,000, kepada 3,550 ketibaan baru menjelang akhir
2016. Ia dikatakan ada kaitan dengan sistem ketat yang dipantau Listhaug, termasuk
bayaran kepada mereka mahu pulang ke negara asal.
Bagaimanapun, beliau berkata pendatang yang sudah tiba turut menimbulkan beberapa
isu. "Apabila pergi menemuduga kerja, anda tidak akan memakai seluar longgar dan
topi. Jadi, jangan pakai niqab atau burqa. "Di negara kami, alkohol dibolehkan, jadi,
jika bekerja di tempat yan menyediakannya, anda tidak boleh memilih untuk tidak
menghidangkan bir, wain atau minuman lain. Ada antaranya yang enggan
menghidangkan daging babi," katanya. Komen Listhaug segera mendapat reaksi pedas
dengan ramai menggesa beliau meletak jawatan yang disampaikan menerusi ruangan
editorial dan temubual media. "Listhaug terlalu mengambil mudah jika menyangka
pemakaian, daging babi dan alkohol adalah punca utama pendatang wanita gagal
bercampur gaul. "Adalah lebih penting mencari apa yang mereka boleh lakukan dan
memberikan latihan kepada mereka," kata ketua Pertubuhan Pemohon Suaka Norway
(NOAS),Ann-Magritt Austena.
Majoriti penduduk Eropah bimbang kehadiran ramai pelarian baru-baru ini
meningkatkan risiko serangan pengganas dan negara mereka terpaksa menyediakan
kerja dan faedah sosial kepada golongan itu. Tinjauan oleh Pusat Penyelidikan Pew di
seluruh negara Eropah menunjukkan peningkatan kebimbangan mengenai kebanjiran
bersejarah lebih sejuta pemohon suaka tahun lalu dan integrasi kumpulan minoriti,
umat Islam terutamanya. Di lapan daripada 10 negara yang dikaji, mewakili 80 peratus
penduduk
Eropah,
sekurang-kurangnya
separuh
percaya
kehadiran
pelarian
meningkatkan kemungkinan keganasan di negara mereka. Pandangan itu dipegang
kuat, oleh 76 peratus responden, di Hungary dan 71 peratus di Poland, kedua-dua
6
negara menerima tidak ramai pendatang kerana pendirian tegas kerajaan masingmasing terhadap pelarian. Di Jerman, ekonomi terbesar EU yang menerima kumpulan
pendatang dan pelarian terbesar, 61 peratus penduduk berkongsi kebimbangan itu,
manakala 60 peratus rakyat Itali dan 52 peratus penduduk Britain meluahkan
kebimbangan sama. Bagaimanapun di Perancis, negara yang digegarkan dengan
serangan militan pada 2015, cuma 46 peratus berasakan bahaya serangan akan
meningkat. Secara umum, Pusat Pew mendapati ramai penduduk Eropah mengaitkan
krisis pelarian dan ancaman keganasan.
Di Malaysia keadaan ini juga turut dirasai kerana Malaysia antara negara yang
memberi ruang dan peluang kepada pendatang asing untuk berkongsi kekayaan negara
dan bagi mengatasi masalah keperluan buruh dalam beberapa sektor pekerjaan yang
bergaji rendah. Walaupaun ada yang mengaitakan kebanjiran pendatang asing
meningkatkan kadar jeneyah, dakwaan ini tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Walau
bagaimanapun, kemasukan pendatang asing samada secara sah atau tanpa izin sentiasa
dipantau melalui mekanisma sedia ada dengan usahasama antara pihak tentera, polis,
kastam.dan Jabatan Imigresen.Ini kerana, kemudahan pengambilan pekerja asig sering
disalah guna oleh pihak-pihak tertentu yang bekepentingan dan memikirkan
keuntungan semata-mata sahaja sehingga terjadinya isu pemerdagangan manusia.
Apakah wajar pendatang dan pelarian yang menjadi mangsa keadaan dan eksploitasi
ini disalahkan pula?
Selain dikaitkan dengan kadar jenayah, penduduk asal juga khuatir monopoli
pekerjaan dan bidang perniagaan oleh kaum pendatang. Pendatang asing dilihat mudah
beradpatasi dan berasimilasi dengan budaya setempat menjadikan mudah bagi mereka
untuk bekerja dalam persekitaran masyarakat setempat. Lebih daripada itu, ada yang
berjaya memikat dan mengahwini rakyat tempatan. Ini telah menimbulkan kerisauan
di kalangan masyarakat Malaysia yang anti pendatang kerana merasakan pendatang
7
menyekat peluang dan rezeki mereka.
Kumpulan anti-pendatang ini mempunyai
andaian negatif dan sikap menyalahkan kehadiran mereka.
Ada juga yang berpendapat, pengaliran wang negara ke luar boleh mengakibatkan
kerugian kepada negara. Pendatang asing yang berkerja akan membawa pulang hasil
kekayaan dan mata wang Malaysia keluar dengan mudah. Ini secara tidak langsung
menyalur kekayaan negara ke negara pendatang dan membantu ekonomi negara
pendatang untuk berkembang maju. Mengambil kira semua pandangan di atas, sudah
pastinya ramai akan mengambil sikap sebagai kumpulan yang anti-pendatang.
Persoalannya di sini benarkah semua pandangan dan dakwaan di atas? Bagi memberi
gambaran yang sebenar topik selanjutnya akan membincangkan pendatang dan
pelarian dari perspektif hijrah dalam Islam kemuadian akan di analisis berdasarkan
Tasawur Islam. Persoalan mengapa isu pendatang dan pelarian ini perlu dilihat dari
perspektif hijrah ialah kerana dalam peristiwa hijrah terdapat hikmah dan pelajaran
penting dalam memahami isu pendatang dan pelarian ini.
6.0 PENDATANG DAN PELARIAN DARI PERSPEKTIF HIJRAH
Dalam Islam, isu pendatang boleh dijejaki sejak sejarah awal Mekah dan juga
Madinah. Perintah hijrah yang mula-mula sekali berlaku pada masa Nabi Ibrahim a.s
seperti yang terdapat dalam Al-Quran. Allah berfirman dalam surah Ankabut ayat 26
Artinya: Maka Luth membenarkan (kenabian)nya. dan berkatalah Ibrahim:
"Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat yang diperintahkan)
Tuhanku (kepadaku); Sesungguhnya Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.
Daripada ayat Al-Quran di atas, dapat difahami hijrah merupakan satu perintah daripada
Allah Mengapa ia merupakan satu perintah? Ini kerana dalam kehidupan manusia, ada
masanya dan ketikanya kita perlu keluar berpindah ke satu tempat yang lain. Oleh itu,
8
menjadi pendatang atau pelarian bukanlah satu perkara yang negatif. Ia merupakan satu
keperluan dalam kehidupan malah mereka yang tidak berhijrah setelah terdapat petunjuk
perlunya melakukan penghijrahan akan disoal. Perintah hijrah ini walau bagaimanapun
terdapat pengecualiannya seperti Firman Allah:
“Sesungguhnya, orang-orang yang diwafatkan malaikat, dalam keadaan
menganiaya diri sendiri (kepada mereka) malaikat bertanya: Dalam
keadaan bagaimana kamu ini.” Mereka menjawab: “Adalah kami ini oangorang yang tertindas di negeri(Mekah)'. Para malaikat berkata: 'Bukankah
bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu'. Orangorang itu tempatnya neraka Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruknya
tempat kembali.Kecuali mereka yang tertindas baik laki-laki atau wanita,
ataupun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya, dan tidak
mengetahui jalan (untuk hijrah)," – (QS.4:97-98)
Peristiwa hijrah telah memberi impak yang besar dalam sejarah Islam malah peristiwa
tersebut telah diangkat sebagai permulaan dalam kalendar Islam. Di situlah
bermulanya sebuah tamadun manusia yang penuh kegemilangan. Rasulullah s.a.w juga
pernah berstatus pendatang dan pelarian. Terdapat dua peristiwa hijrah yang berlaku
semasa awal zaman kenabian iaitu hijrah atau perpindahan Rasulullah ke
Habsyah(Ethopia) dan yang keduanya ke Madinah. Kedua-dua hijrah itu berlaku
menunjukkan terdapat keperluan hijrah ke negara atau ke daerah lain apabila
terjadinya keadaan yang mendesak seperti yang telah dibincangkan oleh para ulama.
Para ulama (Ibnul Arabi, Ibnu Hajar al Asqalani dan Ibnu Taimiyah), mengemukakan
makna hijrah adalah perpindahan dari negeri kaum kafir atau kondisi peperangan
(Daarul kufri wal harbi) ke negeri muslim (Daarul Islam). Begitu juga pandangan Ibnu
Arabi yang menyatakan bahwa Hijrah dengan makna lebih luas iaitu:
9
1. Meninggalkan negeri yang diperangi (Daruul Harbi) menuju negeri Islam (Darul
Islam).
2. Meninggalkan negeri yang dihuni oleh ahli bid’ah.
3. Meninggalkan negeri yang dipenuhi oleh hal-hal yang haram sementara mencari
sesuatu yang halal merupakan kewajiban setiap Muslim.
4. Melarikan diri demi keselamatan jiwa
Walaupun pendatang dan pelarian sering dikaitkan dengan impak yang negatif,
hakikatnya ia boleh menjadi impak yang postif sekiranya ditangani dengan baik oleh
negara dan masyarakt penerima. Semangat hijrah ini juga jika dihayati dengan baik
mampu membentuk sikap dinamik dan progresif. Sikap ini adakalanya menjadikan
kaum pendatang dan pelarian sebagai kaum yang mendominasi dan memberi sedikit
ancaman kepada penduduk asal yang rendah daya saing dan survivalnya. Bagi
sesebuah negara, mempunyai penduduk yang mempunyai daya saing dan sikap
progresif merupakan kunci kepada kejayaan negara tersebut. Penduduk asal yang
berinteraksi dengan kaum pendatang sepatutnya boleh mempelajari banyak perkara
daripada kaum pendatang dan pelarian. Mereka tidak perlu merasa tergugat tetapi
bersaing secara sihat dengan kaum pendatang.
Hijrah adalah kata isim (nama) dan dari sudut bahasa membawa maksud
memutuskannya dan saling meninggalkan apabila kata nama itu dihuraikan menjadi
kata kerja. Orang yang berhijrah dikenali sebagai muhajirin(kata nama kerja) dan
sinonim dengan perkataan pendatang. Jailani( 2012) dalam Planologi Hijrah Nabi
Muhammad Dalam Perspektif Al-Quran menjelaskan Hijrah Rasullullah sebagai satu
bentuk perencanan yang mantap dan tersusun yang telah mengambil kira faktor masa,
tempat, orang dan keadaan yang bertujuan untuk keluar daripada satu keadaan buruk
kepada yang lebih baik. Perencanaan ini memerlukan strategi, organisasi, pelaksanaan
dan pemantauan dari mula perencanaan hingga ke akhir tujuan.
10
Hijrah sememangnya menuntut kepada sebuah perencanaan. Kebiasaanya orang yang
mempuyai maksud untuk berhijrah perlu ada persiapan fizikal, mental, spiritual dan
material. Ini secara tidak langsung mengajarnya menjadi seorang manusia yang
mempunyai perancangan dalam hidup. Maka tidak hairanlah mereka yang
berhijrah/golongan pendatang ini lebih mempunyai daya survival dan daya saing yang
tinggi yang membantu mereka lebih berjaya di tempat baru. Orang yang berhijrah
sanggup keluar dari zon selesa menuju ke satu zon yang penuh ketidak tentuaan dan
berisiko kerana dalam proses penghijrahan tersebut mereka terpaksa menempuh
pelbagai cabaran, rintangan, dugaan dan berkemungkinan ditimpa musibah dalam
perjalanan. Mereka terpaksa mengambil dan menghitung risiko apabila memilih untuk
berhijrah secara pilihan atau keterpaksaan.
Di dalam hadith 40 yang pertama diperkatakan adalah mengenai penetapan niat
sebelum melakukan sesuatu dan ada juga dalam mantan hadith tersebut meyentuh
tentang hijrah. Daripada Umar Al-Khatab (r.a) Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat dan sesungguhnya
bagi setiap seseorang itu (ia akan memeperoleh berdasarkan) untuk apa
diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya dan
barangsiapa hijrahnya untuk maksud dunia, maka maksudnya kerana
seorang wanita, maka ia akan mengahwininya. Oleh yang demikian,
hijrahnya berdasarkan kepada maksud apa hijrah itu dilakukan.”
Menurut Imam Abu Daud Rahimatullah“hadith ini sesungguhnya adalah setengah
daripada agama Islam, justeru agama itu samada zahir yang merupakan amalan atau
batin yang merupakan niat”.
Imam As-Syafi’I dan Imam Ahmad Rahimatullah pula mengatakan “masuk ke dalam
hadith ini sepertiga daripada ilmu”
11
Justeru, peri pentingnya kaitan antara niat dan hijrah ditekankan dalam hadith ini.
Hijrah diberi penekanan berbanding perbuatan yang lain kerana hijrah merupakan
suatu perbuatan yang besar implikasinya ke atas kehidupan baik di dunia maupun di
akhirat. Berdasarkan maksud dan keterangan di atas dapatlah disimpulkan dalam
hijrah keimanan dan kebijaksanaan seseorang itu diuji melalui persoalan yang timbul
daripada tujuan hijrah. Maka, sebagai Muslim kita dituntut untuk berhijrah, bermusafir
dan melakukan ziarah kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi dari segi
pengalaman, jalianan silaturrahim dan yang lebih pentingnya sekiranya hijrah
dilakukan demi Allah dan Rasul-Nya pasti hasilnya lebih menguntungkan. Jadi, tidak
hairanlah apabila kita melihat kaum pendatang lebih beruntung dalam mendapat
penghasilan yang lebih lumayan berbanding penduduk asal. Wajarkah pula penduduk
asal mempunyai sikap iri-hati dan bersikap negatif terhadap kaum pendatang?
Persoalan ini akan dikupas berdasarkan analisis tasawur Islam yang lebih menyeluruh.
7.0 ANALISIS ISU PENDATANG,PELARIAN DAN SIKAP MASYARAKAT
BERDASARKAN TASAWUR ISLAM
7.1 ALLAH SEBAGAI PENCIPTA
Allah sebagai pencipta dalam hikmah penciptaannya telah menjadikan manusia ini
terdiri daripada berlainan jenis, berbilang bangsa dan berbagai bentuk rupa bukanlah
untuk manusia saling berbalah dan bermusuhan.tetapi untuk saling mengenal. Firman
Allah dalam surah Al-Hujurat:13
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lakilaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang
12
yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi
MahaMengenal".
Oleh itu, tidak wajarlah sekiranya manusia bersikap buruk sesama manusia dan
menganggap mereka lebih utama berbanding kaum pendatang. Sikap anti-pendatang
seperti yang dibincangkan sebelum ini berpunca daripada sikap tidak puas hati, iri hati,
riya, takabur dan merasakan diri lebih besar dan berkuasa ke atas sesuatu. Bersikap
dengan sifat ‘kibriya’ dan berkuasa hanya layak untuk Allah sebagai Pencipta. Sikap
merasa lebih atau ‘over protective’ ini biasanya ditunjukkan oleh penduduk asal ke
atas kaum pendatang. Sekiranya manusia kembali menyedari hakikat penciptaan
manusia, maka tidak timbul masalah untuk menerima kaum pendatang yang berlainan
agama dan bangsa malah menggunakan peluang itu untuk meningkatkan interaksi baik
sesama manusia seterusnya menyumbang kepada peradaban manusia.
Manusia yang bersikap negatif dengan kaum pendatang seharusnya berasa malu
kerana Allahlah yang menyediakan penempatan bagi manusia.seperti dalam
firmanNya:
"Yang menjadikan bumi untuk kamu, sebagai tempat menetap, dan Dia
membuat jalan-jalan di atas bumi untuk kamu, supaya kamu mendapat
petunjuk." – (QS.43:10)
Allah bukan sahaja mencipta manusia tetapi seluruh alam dan semua isinya , seperti
Firman Allah:
"Dan sungguh, jika kamu tanyakan kepada mereka: 'Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi', niscaya mereka akan menjawab: 'Semuanya
diciptakan oleh Yang Maha Perkasa, lagi Maha Mengetahui'." – (QS.43:9)
13
Serkiranya manusia mengetahu hakikat ini seharusnya manusia lebih merasa malu
untuk mendabik dada dan sudah pastinya manusia akan lebih bersikap terbuka dan
menganggap pendatang sebagai seorang tetamu.dan diberikan hak sebagai seorang
tetamu.
4.2 MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH
Allah bukan sahaja mencipta manusia, seluruh alam dan isinya secara sia-sia tetapi
dengan tujuan dan maksud yang jelas. Manusia dijadikan khalifah iaitu sebagai
pentadbir kepada alam dan dijadikan seluruh makhluk yang lain untuk berkhidmat
kepada manusia. Selain menjadi khalifah, tujuan penciptaan manusia hanyalah untuk
beribadah kepada Allah.seperti dalam surah……… yang bermaksud “tidaklah aku
jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah” Manusia dalam posisi sebagai
khalifah dan hamba ini dilihat sebagai sebuah paradoks. Ini kerana khalifah seharusnya
mempunyai sifat-sifat kemuliaan Allah manakala hamba seharusnya mempunyai sifat
kelemahan dan kedhaifan
Manusia yang diambil daripada perkataan insan dan berasal daripada perkatan ‘uns’
yang bererti senang dan harmonis. Pada dasarnya manusia selalu merasa senang dan
memiliki potensi untuk menjalin hubungan antara sesamanya. Dengan melakukan dosa
terhadap sesama manusia, hubungan tersebut menjadi terganggu dan tidak harmonis
lagi. Namun, manusia akan kembali ke posisi semula(harmonis) pada saat ia
menyedari kesalahannya, dan berusaha mendekat kepada sesiapa yang ia pernah lukai
hatinya(Sihab, 2007).
Dalam isu pendatang, manusia sebagai khalifah dan hamba Allah diberi tanggung
jawab untuk membantu dan segera memohom keampnan kepada Allah sebagai hamba
sekiranya melakukan kesalahan dalam menyantuni manusia yang memerlukan bantuan
seperti dalam friman Allah dalam Surah AnNur ayat 24:
14
Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di
antara kamu, bersumpah, bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan)
kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang
yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan
berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?. Dan
Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang." – (QS.24:22)
Dalam ayat yang lain pula ditekankan sikap yang seharusnya ditonjolkan terhadap
kaum pendatang terutama kaum pendatang yang diketahui niat baiknya. Firman Allah:
"Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah, dan telah beriman
(Anshar), sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai
orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh
keinginan dalam hati mereka, terhadap apa-apa yang diberikan kepada
mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang
Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa
yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran
dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung." – (QS.59:9)
4.3 ALAM SEMESTA SEBAGAI MAKHLUK
Alam semesta merupakan makhluk yang dijadikan oleh Allah dari sekecil-kecil zarah
hingga sebesar-besar galaksi. Semuanya merupkan makhluk Allah yang hidup,
sentiasa bertasbih mumuji kebesaran Allah dan menurut perintah Allah. Allah telah
memerintahkan makhluk-makhluk yang lain untuk berkhidmat kepada manusia
samada sebagai tunggangan, makanan, perhiasan, permainan dan tempat tinggal.
15
Kesemua yang dicipta oleh Allah kepada manusia cuma sebagai pinjaman dan bersifat
sementara seperti yang tersebut dalam Al-Quran:
"Kami tiada menciptakan langit dan bumi, dan apa yang ada di antara
keduanya, melainkan dengan (tujuan) yang benar, dan dalam waktu yang
ditentukan. Dan orang-orang yang kafir berpaling, dari apa yang
diperingatkan kepada mereka." – (QS.46:3)
Allah menjadikan alam semesta ini berserta manfaatnya seperti yang
terdapat dalam ayat 43:12-13 sebagai pinjaman kepada manusia dan
bukannya milik mutlak orang peseorangan. Manusia yang dibekalkan
dengan akal dan ilmu berkenaan alam telah mencipta sempadan dan
nama-nama tertentu bagi membezakan setiap sesuatu yang bertujuan
memudahkan pentadbiran terhadap alam. Tetapi itu tidak seharusnya
dijadikan sebab
untuk
manusia bermegah-megah
dan
menghadkan
manfaat alam ini hanya untuk kepentingan manusia-manusia tertentu.
Manfaat yang banyak dari alam seharusnya dapat dinikmati bersama dan
manusia tidak perlu risau akan kekurangan sumber alam tersebut. Jadi,
apabila mengarapi isu pendatang, manusia adakalanya tersasar daripada
tujuan sebenar fungsi alam dengan menjadikan penguasaan terhadap
alam sebagai matlamat bukan alat. Oleh itu, kehadiran pendatang sering
dikaitakan sebagai punca kemiskinan penduduk asal dan terjejasnya
kepentingan mereka dari sudut ekonomi dan sosial. Hukum alam telah
menetapkan sesiapa yang berusaha maka merekalah yang akan berjaya.
Sepatutnya, persaingan dan usaha gigih kaum pendatang boleh dijadikan
sebagai satu bentuk persaingan yang sihat.dan peringatan terhadap
penduduk asal yang berada di zon selesa dan selamat. Tidak mustahil
mereka boleh ditarik nikmat yang sementara itu dan tidak perlulah
bersikap bermegah-megah dengan apa yang mereka miliki saat ini.
16
Surah At takathur adalah suatu surah di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang
keburukan sikap bermegah-megah manusia dalam hal dunia seolah-olah mereka lupa
semua yang diperolehi dalam dunia adalah pinjaman Allah kepada manusia dan
mereka pasti akan ditanya tentang apa yang mereka pinjam. Firman Allah:
"Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu, tentang kenikmatan
(yang kamu megah-megahkan di dunia itu)." – (QS.102:8)
Alam semesta ini merupakan makhluk Allah dan tanpa bantuan-Nya nescaya manusia
tidak akan mampu menundukkan dan menguasainya. Allah jua yang akan memberikan
kekuasaan kepada sesiapa yang disukai-Nya.dan menarik balik kekuasaan daripada
golongan yang dibenci-Nya. Sikap yang adil itu akan mengundang rahmat dari Allah
manakala sikap zalim itu mengundang bencana dari-Nya. Daripada Allah kita datang
dan kepada-Nya jualah kita kembali.
8.0 KESIMPULAN
Daripada analisis tasawur Islam yang telah dibuat ke atas sikap masyarakat terhadap
kaum pendatang dan pelarian ini, didapati andaian, dakwaan dan ketakutan yang
wujud di kalangan penduduk asal terhadap kaum pendatang bertitik-tolak daripada
hujah yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya dan besikap prejudis malah
mengenepikan dasar kemanusian. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan interaksi
dan asimilasi yang baik di anatara pendatang dan penduduk asal membantu
mempercepatkan pembanguanan dan memacu sesebuah negara itu mencapai tingkat
peradaban manusia yang lebih tinggi.
17
RUJUKAN
Al-Quran al Karim
Quran Tafsir Ibn Kathir http://www.qtafsir.com/index diakses pada 3 Disember 2016
Ar-Raniry, F. D. I., & Aceh, K. D. K. B. PLANOLOGI HIJRAH NABI
MUHAMMAD DALAM PERSPEKTIF AL-QUR’AN. Vol. 10, Nomor 2, Juli 2013,
192
Berita Harian Online (2016). Penduduk Eropah Bimbang Pertambahan Jumlah
Pendatang. Diakses daripada http://www.bharian.com.my/node/172922
Berita Harian Online (2106). Trump Janji Akan Segera Hantar Pulang 3 Juta
Pendatang. Diakses
pada
20
November
2016
daripada
http://www.bharian.com.my/node/212578
Berita Harian Online(2016). “Kami Makan Babi, Minum Arak, Pendatang Asing Perlu
Sesuaikan Diri”. Diakses daripada http://www.bharian.com.my/node/204392
Fakta Mengenai Jerman. Diakses pada 20 November 2016 daripada
https://www.tatsachenueber-deutschland.de/id/kategori/masyarakat/menanganiarus-pendatang
Hadith 40 Imam Nawawi
Muhammad Syukri Salleh (2003). 7 prinsip Pembangunan Berteraskan Islam, Zebra
Edition, Kuala Lumpur
Shihab, M. Q. (2007). " Membumikan" Al-Quran: fungsi dan peran wahyu dalam
kehidupan masyarakat. Mizan Pustaka.
The New York Times (2016). Brexit, Explained: 7 Questions About What It Means
And Why It Matters diakses pada 13 November 2016
18
Wan Norhaniza Wan Hassan (2013). Ukuran Pembangunan:Pendekatan Kapitalis dan
Islami, Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Berita Harian Online (2016) Menangani isu Lambakan Pekerja Asing diakses pada 5
Disember 2016 daripada wwwharian.com.my.b/node/1377 36
Ahmad, Z. I., Ngah, K., & Mustaffa, J. (2015). Satu tinjauan-Isu dan masalah
pendatang asing dalam aspek keselamatan awam di Malaysia.
Ismail, B., & Sualman, H. I. (2007). Isu Pendatang Tanpa Izin: Peranan Media
Terhadap Kesedaran, Pengetahuan Dan Sikap Di Kalangan Masyarakat Di Malaysia.
Juwita, N., & Lampung, B. Persepsi Masyarakat Pendatang Terhadap Sikap Bela
Negara Di Kampung Panaragan Jaya Indah Kabupaten Tulang Bawang Barat Tahun
2015.
Salt, J. (1987). Contemporary trends in international migration study. International
Migration, 25(3), 241-251.
19