FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN HUBUNGANNY

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN HUBUNGANNYA
DENGAN PENDEKATAN PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

Tengku Sarina Aini binti Tengku Kasim1, Robiatul Adawiah binti Jamali2, Yusmini Md Yusoff3,
Fadillah binti Mansor4, Zaharah binti Hussin5

Abstrak: Bertepatan dengan era globalisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, Malaysia turut mengalami anjakan paradigma dalam beberapa aspek kehidupan,
termasuk sektor pendidikan yang telah memperkenalkan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang baru iaitu pengajaran berpusatkan pelajar. Perubahan pendekatan ini
adalah daripada pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan pelajar,
yang bertujuan untuk memaksimumkan kemampuan dan kemahiran domain kognitif, psikomotor
dan afektif di dalam kelas. Pendekatan pengajaran ini seiring dengan saranan yang dinyatakan
di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam. Kertas kerja ini
akan membentangkan hasil dapatan daripada kajian berbentuk kualitatif mengenai pendekatan
pengajaran para pensyarah dari beberapa Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.
Kajian ini melibatkan temubual semi-struktur dan pemerhatian di dalam kuliah.

Kata Kunci: Falsafah Pendidikan Islam, pendekatan pengajaran, pengajaran berpusatkan
pelajar.


1

Pensyarah, Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Pelajar Pascasiswazah Sarjana Pengajian Islam (Pendidikan Islam), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur.
3
Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603
Kuala Lumpur.
4
Pensyarah, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
5
Pensyarah Kanan, Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, 50603
Kuala Lumpur.
2

PENDAHULUAN

Secara umumnya, Islam sangat mementingkan dan mengangkat tinggi kedudukan pendidikan. Ini
dibuktikan dalam wahyu pertama yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang mana
menyuruh baginda untuk membaca seperti yang dinyatakan dalam firman Allah s.w.t yang

bermaksud:
Maksudnya: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk). Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena
dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Surah Al ‘Alaq (96): 1-5)

Di samping itu, wahyu ini juga mengandungi suruhan dan perintah untuk mengenali Allah s.w.t
memahami fenomena alam serta mengenali diri yang merangkumi prinsip-prinsip aqidah, ilmu
dan amal. Ketiga-tiga prinsip ini merupakan teras kepada Falsafah Pendidikan Islam (FPI).
Pendidikan juga boleh dijustifikasikan sebagai merubah dan memindahkan nilai-nilai
kebudayaan kepada masyarakat melalui tiga proses iaitu pengajaran, latihan dan indoktrinasi.
Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari individu kepada
individu yang lain; latihan ialah membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh
kemahiran, sementara indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan
oleh orang lain.6 Ketiga-tiga proses ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden.
Sementara Dr. Yusuf al-Qardawi pula mendefinisikan pendidikan sebagai satu proses mendidik
dalam segala aspek kehidupan termasuklah akal, rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku bagi
menyediakan manusia menghadapi masyarakat yang penuh dengan cabaran dan mehnah
globalisasi.7


6
7

Hassan Langgulung, Pendidikan Menghadapi Abad Kedua Puluh Satu (Bangi: Penerbitan UKM, 1987), p. 65.
Yusuf Al Qardawi, Pendidikan Islam Dan Madrasah Hassan Al Banna (Jakarta: Bulan Bintang, 1980), p. 34.

Oleh itu, pengkaji memahami bahawa pendidikan menurut Islam ialah satu proses berterusan
untuk merubah, melatih, dan mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia dengan berasaskan
nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan
mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat.
Konsep pendidikan juga seringkali menampakkan perbezaan dalam kalangan sarjana Barat. Ahli
falsafah Amerika, John Dewey menyatakan bahawa pendidikan adalah:8
“The process of forming fundamental dispositions, intellectual and emotional forwards nature
and fellow men”
Ahli falsafah Yunani yang terkenal, Plato, mengatakan pendidikan boleh didefinisikan sebagai
memberi keindahan dan kesempurnaan kepada jasmani dan rohani.9 Maka, pengkaji
menyimpulkan bahawa pendidikan mengikut sarjana Barat merupakan proses melatih akal,
jasmani dan moral dalam membentuk manusia dan warganegara yang baik dan harmonis.
Selain itu, Syed Muhammad Naquib al-Attas pernah menghuraikan dalam kajiannya dengan
menyatakan bahawa proses pendidikan mempunyai 3 unsur fundamental yang penting iaitu

proses, kandungan dan penerima. Beliau menjustifikasikan proses sebagai pendekatan atau
metodologi pengajaran, manakala kandungan dan penerima merujuk kepada isi pengajaran serta
pelajar.10 Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa strategi pengajaran yang terdiri daripada
pendekatan, kaedah dan teknik merupakan salah satu indikator penting dalam menghasilkan satu
proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan bermakna.
Strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi
juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan- pendekatan dan kaedah-kaedah untuk
mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara
optimum.11 Maka strategi pengajaran bermaksud perancangan guru yang penuh sistematik bagi
memastikan semua objektif pengajaran yang telah digariskan akan dapat dicapai dengan
sebaiknya.

8

John Dewey, Educational Theory (Urbana: University of Library, 2004).
Al Abrasyi, Dasar-Dasar Pokok Pendidikan Islam (Jakarta: Bulan Bintang, 1974).
10
Syed Muhammad Naquib al Attas, The Concept of Education in Islam: A Framework for An Islamic Philosophy
of Education (Kuala Lumpur: ISTAC, 1999).
11

Kamus dewan, ed. Ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahsa Dan Pustaka, 2005),1525, entri “strategi”.

9

Strategi pengajaran melibatkan pendekatan dan kaedah pengajaran yang pelbagai yang menuntut
daya kreativiti dan kemahiran guru untuk disesuaikan dengan keperluan dan potensi murid. Ini
adalah kerana tahap penerimaan murid terhadap bahan/kandungan pengajaran yang disampaikan
berbeza-beza mengikut tahap kecerdasan dan psikologi pelajar.

Berdasarkan pengalaman

pengkaji dalam penyelidikan mengenai pedagogi pendidikan, faktor kecerdasan dan psikologi
pelajar boleh mempengaruhi bentuk penerimaan mereka terhadap kandungan pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Justeru, setiap guru seharusnya mengaplikasikan strategi dan kaedah
pengajaran yang berkesan agar murid dapat belajar secara lebih efektif dan efisien dengan
mewujudkan iklim dan suasana pembelajaran yang mementingkan ketiga-tiga domain, iaitu
domain kognitif, psikomotor dan afektif di dalam kelas. Salah satu strategi pengajaran yang
semakin banyak diaplikasikan oleh kebanyakan guru di sekolah mahupun di Insitusi Pengajian
Tinggi (IPT) pada mutakhir ini ialah pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar.


Kebanyakan institusi pendidikan di Malaysia telah melakukan anjakan paradigma dalam
pedagogi pendidikan iaitu dengan memperkenalkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang baru iaitu pengajaran berpusatkan pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga
telah mengakui kepentingan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dan memberi sokongan
padu untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah serta Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.
Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar meletakkan pelajar di tengah-tengah proses
pembelajaran dan secara umumnya bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan autonomi bagi
membina suasana aktif dan responsif dalam pembelajaran mereka.12 Pendekatan berpusatkan
pelajar ini juga memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu;
memberi pilihan kepada pelajar tentang jenis pengetahuan dan perkara yang ingin dipelajari;
mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif; melibatkan pelajar
dalam penilaian berterusan; dan guru bersikap lebih terbuka dalam mendengar idea dan
pandangan pelajar.

Hamdan Said dan Nashrudin Talib, “Cabaran Era Globalisasi Ke Atas Warga Pendidikan Di Malaysia,” Jurnal
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2 (2000), 35.
12

FALSAFAH PENDIDIKAN DAN PENDEKATAN PEMUSATAN PELAJAR


Setelah dikaji dengan mendalam, pengkaji mendapati bahawa pendekatan pengajaran
berpusatkan pelajar mempunyai kaitan dan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI).

Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi dalam bidang pendidikan kerana
sikap manusia yang hendak dibentuk adalah bergantung kepada falsafah yang digariskan melalui
pendidikan.
Oleh sebab itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk dijadikan dasar dan tunjang utama pendidikan di Malaysia:
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan,berketrampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga,masyarakat dan negara”13

Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
menekankan pendidikan sepanjang hayat dengan meletakkan matlamat khusus dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) iaitu untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman,

berakhlak mulia, berketrampilan dan berakhlak mulia.

Oleh yang demikian, guru

bertanggungjawab memilih dan mengaplikasikan metodologi pengajaran dan pembelajaran yang
efektif yang boleh menyumbang kepada keseimbangan pembinaan domain potensi pelajar, iaitu
intelek, rohani, emosi dan juga jasmani.

13

Kementerian Pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Dan Misi Kementerian
Pendidikan Malaysia (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara, 2001).

Pemfokusan ini juga turut ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Islam (FPI). FPI
bermatlamatkan proses pembinaan individu masyarakat secara holistik dengan menghayati cara
hidup Islam yang bertunjangkan al Qur’an dan as Sunnah. Begitu juga penekanan objektif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di kelas, iaitu untuk membina potensi pelajar yang
seimbang dari sudut spiritual, fizikal, intelek, emosi dan sosial demi mencapai kebahagiaan di
dunia dan di akhirat. Falsafah Pendidikan Islam menekankan:
“Usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan

Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup
sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam
sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”14

Melalui dua falsafah ini, pengkaji dapat merumuskan bahawa bagi melahirkan pelajar-pelajar
yang berkemahiran, berketrampilan dan berperibadi mulia, guru dan pelajar perlu saling
bertanggungjawab dalam memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Guru digalakkan untuk menggunakan metodologi pengajaran yang
sesuai dengan psikologi, keperluan dan keadaan semasa pelajar agar dapat mencapai objektif
pengajaran yang telah ditetapkan. Manakala, pelajar pula perlu mempunyai semangat juang yang
tinggi, aktif dan berinisiatif di dalam kelas agar pembelajaran memberikan impak yang lebih
positif kepada diri mereka. Oleh yang demikian, konsep yang ditekankan dalam dua falsafah ini
adalah sangat berkait rapat dan mempunyai hubungan dengan pendekatan pengajaran
berpusatkan pelajar. Pendekatan pengajaran ini mampu mengutamakan pembinaan potensi dan
akhlak individu pelajar; membina kemahiran insaniah dan kemahiran sosial; di samping
meningkatkan kecemerlangan akademik dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk
mencipta corak pembelajaran mereka dengan pantauan guru.

Supyan Husin, “Definisi Falsafah Pendidikan Islam Dan Falsafah Pendidikan Di Malaysia,” dicapai 16 Januari
2014, http://supyanhussin.wordpress.com/2014/01/16/definisi-falsafah-pendidikan-islam/.

14

LATAR BELAKANG MASALAH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju dan menyokong padu pendekatan
pengajaran berasaskan pelajar untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian
Tinggi (IPT). Walau bagaimanapun, kajian-kajian lepas di Malaysia banyak menunjukkan
perdebatan tentang pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Jika diamati dari sudut sejarahnya, pelajar-pelajar sekolah di Malaysia telah sekian lama
didedahkan dan diterapkan dengan pendekatan pembelajaran berpusatkan guru. Pendekatan
pengajaran berpusatkan guru merupakan kaedah pengajaran secara tradisional yang memberi
sepenuh tumpuan kepada guru sebagai pakar dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.15
Pembelajaran berpusatkan guru ini juga merupakan satu strategi di mana guru mengawal
keadaan sepenuhnya dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti juga
dimonopoli oleh guru. Guru bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan objektif
pembelajaran, dengan merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi
muridnya.16 Kajian lepas banyak membuktikan bahawa pendekatan pengajaran yang berpusatkan
guru kurang mendorong pelajar dalam membangunkan pelbagai jenis kemahiran mereka di
dalam kelas, malah pendekatan ini dilihat sebagai jalan pintas untuk lulus dan cemerlang dalam

peperiksaan dengan cara menghafal fakta.17 Malah pelajar didapati kurang berpeluang untuk
mempertingkatkan kemahiran insaniah yang penting seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan,
pemikiran secara kreatif dan kritikal, juga keupayaan untuk memberikan maklum balas secara
efektif.
Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa pendekatan ini menjadi semakin serasi dan
disukai dalam kalangan guru, dan dianggap sebagai satu alternatif dalam memenuhi hasrat
masyarakat dan ibu bapa yang lebih mementingkan keputusan dan prestasi peperiksaan
berbanding kesan insaniah dalam diri anak-anak mereka. Malahan sistem pendidikan di Malaysia
15

Estes, C. A. ,Promoting student-centered learning in experiential education. The Journal of Experiential
Education, 27(2), 2004,141-160.
16
G. Gibbs, Assessing Student Centred Courses (Oxford, England: Oxford Centre for Staff Learning and
Development, 1995).
17
M. N. N. Lee, “The Development of Teacher Education in Malaysia: Problems and Challenges,” Asia-Pacific
Journal of Teacher Education and Development, 3 (2000), 1–16.

yang berorientasikan peperiksaan di sekolah-sekolah selama 6 tahun di sekolah rendah dan 7
tahun di sekolah menengah telah mendorong guru-guru untuk memilih pendekatan berpusatkan
guru dalam proses pengajaran mereka. Guru lebih selesa menggunakan pendekatan tradisional
dalam proses pengajaran seperti memberikan ceramah secara rasmi, mengadakan seminar, dan
menilai pelajar menggunakan sistem penggredan seperti peperiksaan, ujian, dan tugasan.

OBJEKTIF KAJIAN

Satu kajian telah dilakukan berkaitan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
diaplikasikan oleh pensyarah-pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia,
dan kaitan pendekatan yang dipilih dengan kefahaman dan pengetahuan mereka. Berikut
merupakan objektif kajian:
a) Mengetahui bentuk kefahaman dan pengetahuan dalam kalangan pensyarah di Insitusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengenai pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
b) Mengenalpasti pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasi oleh pensyarah
di Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
c) Mengaitkan hubungan di antara kefahaman dan pengetahuan pensyarah berkaitan
pendekatan pengajaran dengan realiti pengajaran mereka di dalam kelas.

METODOLOGI

Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif bagi mengkaji kefahaman dan pengetahuan
pendekatan pengajaran dalam kalangan pensyarah IPTA. Pengumpulan data penyelidikan
menggunakan soalan temubual semi berstruktur, penelitian dokumen dan pemerhatian di dalam
kelas. Kaedah ini melibatkan kajian kes ke atas sesuatu situasi dan individu, melalui proses

inkuiri interpretatif untuk memahami isu atau masalah sosial dengan menonjolkan keunikan
persekitaran kajian.18
“Qualitative research involves the studied use and collection of a variety of empirical materials
– case study, personal experience, introspective, life story, interview, observational, historical,
interact ional and visual text-that, describe routine and problematic moments and meanings in
individual’s lives. Accordingly, qualitative researchers deploy a wide range of interconnected
methods, hoping always to get a better fix on the subject matter at hand.”19

Pendekatan kualitatif dipilih memandangkan pendekatan ini amat sesuai dilakukan dalam
penyelidikan berbentuk memperolehi maklumat secara terperinci berdasarkan peristiwa, proses
dan struktur kehidupan manusia. Kajian ini juga cenderung ke arah memahami secara lebih
mendalam sesuatu fenomena dan keadaan manusia dari sudut idea, perasaan, motif dan
kepercayaan mereka di sebalik tindakan dan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang
demikian, penyelidikan secara holistik adalah bertepatan bagi memaparkan elemen yang dikaji
dalam persekitaran menurut perspektif pengkaji. Ini adalah kerana penyelidik secara kualitatif
percaya bahawa:
“Penyelidik hanya boleh berperanan bagi memahami dunia sosial melalui tafsiran responden”20

Dalam penyelidikan ini, soalan temu bual yang dijalankan adalah dalam bentuk semi – struktur.
Temu bual digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan,
kehendak mengikut keperluan persoalan penyelidikan.21
Kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian di bilik kuliah melalui pemerhatian semi
berstruktur. Pemerhatian semi berstruktur ini menggunakan senarai semak pemerhatian yang
mana ianya lebih mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada penyelidik untuk membuat
pemerhatian dengan lebih berkesan. Selain itu, penyelidikan ini juga menggunakan kaedah
18

R.E Stake, The Art of Case Study Research (Thousand Oaks, CA: Sage, 1995).
Keith Morrison Louis Cohen, Lawrence Manion, Research Methods in Education (London: Routledge Falmer,
2003).
20
Ibid.
21
Mohamad Najib Abdul Ghafar, Penyelidikan Pendidikan (Skudai: Penerbit UTM, 1999), p. 61.

19

penilitian dokumen. Dokumen diperlukan apabila penyelidik ingin mendapatkan data yang
berkaitan. Tujuannya adalah untuk menyokong dapatan yang sedia ada.
Dalam kajian ini, pendekatan ontologi dan epistemologi adalah berdasarkan kepada teori
kontruktivisme. Guba dan Lincoln menyifatkan konsep paradigma konstruktivis merujuk kepada
paradigma tafsiran22. Konsep mereka adalah berdasarkan idea-idea bahawa tindakan manusia
pada hakikatnya adalah bertentangan dengan uji kaji. Dari perspektif ontologi mereka, realiti
adalah suatu fenomena luar yang dikenal pasti oleh penyelidik; dan realiti ditakrifkan sebagai
pengalaman individu yang boleh membantu dalam pembinaan pengetahuan. Mereka
menekankan bahawa masyarakat dan nilai-nilai serta norma-norma adalah penting kepada
pembangunan pengetahuan yang dibina secara sosial. Paradigma konstruktivis melihat
pengetahuan sebagai suatu yang subjektif, pelbagai, berbilang, dan dibina secara sosial serta
dihantar melalui interaksi antara individu dan dunia mereka.23Ini jelas menunjukkan bahawa
kajian secara kualitatif menurut pandangan konstruktivisme ialah suatu ilmu yang dibina
berdasarkan kepada pengalaman dan kecenderungan individu tersebut. Pengalaman individu
yang berlainan akan menghasilkan realiti kehidupan yang berbeza; dan ini membuahkan konsep
realiti lebih dari satu (multiple realities).
Kajian ini melibatkan seramai 12 orang informan dari Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Malaysia. Kriteria untuk pemilihan informan ialah di mana mereka merupakan pensyarah yang
mempunyai latar belakang Pengajian Islam sama ada di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana
Muda, Ijazah Sarjana ataupun Doktor Falsafah. Informan juga telah dipilih berdasarkan tempoh
pengalaman mengajar yang di kategorikan kepada: i) kurang daripada 5 tahun; ii) 6 hingga 10
tahun; dan iii) melebihi 11 tahun.

22

Guba, E. G., & Lincoln, Y. S., Competing paradigms in qualitative research. In N. K. Denzin & Y. S. Lincoln
(Eds.), Handbook of qualitative research (pp. 105-117). Thousand Oaks, CA: Sage,1994.
23
Creswell, J. W. Qualitative inquiry & research design: Choosing among five approaches (2nd Ed.). Thousand
Oaks, CA: Sage, 2007.

HASIL PENYELIDIKAN

Beberapa penemuan awal dari hasil penyelidikan ini mendapati bahawa:
1. Sebahagian para pensyarah di Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah memilih dan
menerima pakai kaedah pengajaran yang menggabungkan dua pendekatan, iaitu
pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Hal ini kerana mereka berpendapat
penggabungan kedua-dua pendekatan tersebut mempunyai manfaat dan kelebihan, serta
mampu memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran pelajar.

2. Data kajian membuktikan bahawa pensyarah yang telah menjadi informan dalam kajian
ini percaya bahawa penggabungan kedua-dua pendekatan dapat:


meningkatkan rasa tanggungjawab dalam kalangan guru dan pelajar terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran mereka.



memberikan penekanan yang lebih kepada pemahaman pelajar.



mendorong sikap aktif dalam kalangan pelajar untuk membina pengetahuan dan
kemahiran kendiri.



melahirkan sikap saling tolong-menolong dan hormat-menghormati antara guru
dan para pelajar.



mewujudkan pendekatan reflektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Kepercayaan dan kefahaman dalam kalangan informan yang merupakan pensyarah di
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terhadap pendekatan pengajaran dan
pembelajaran adalah seiring dengan Falsafah Pendidikan Islam. Mereka percaya dan
memahami bahawa proses pengajaran di dalam kelas menuntut mereka sebagai guru
untuk membimbing pelajar ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat, keseimbangan antara

kecemerlangan akademik dan akhlak, dan membentuk personaliti yang positif dan mulia
berasaskan kepada dua sumber yang utama; iaitu al Quran dan as sunnah. Bentuk
kefahaman mereka boleh dibahagikan kepada:


Kepercayaan terhadap konsep ilmu



Kepercayaan tentang matlamat pengajaran



Kepercayaan terhadap peranan guru dan pelajar



Kepercayaan mengenai peranan pengajaran guru



Kepercayaan terhadap aktiviti pembelajaran pelajar

PERBINCANGAN DAN PERBAHASAN

Penyelidikan ini mendapati bahawa pensyarah-pensyarah daripada beberapa Insitusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia percaya bahawa pendekatan pengajaran yang efektif bukan
hanya sekadar berpusatkan atau berfokuskan guru semata-mata, tetapi pendekatan berpusatkan
pelajar juga haruslah diimplimentasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
universiti. Mereka juga faham bahawa kedua-dua pendekatan tersebut menyokong dan
membantu menjayakan maksud yang tersirat di bawah Falsafah Pendidikan Negara. Mereka juga
menjelaskan bahawa peranan guru yang mendokong kedua-dua pendekatan tersebut adalah tidak
bercanggah dengan Falsafah Pendidikan Islam. Ini adalah kerana menurut Islam, peranan guru
yang sebenarnya bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga untuk mendidik dan
membentuk akhlak di kalangan pelajar. Selain dakwaan dan pendedahan yang diberikan
menerusi sesi temu bual individu yang dijalankan, pemerhatian ke atas proses pengajaran mereka
juga turut menyokong. Mereka menjelaskan bahawa kepercayaan mereka tentang peranan
mereka sebagai pendidik menurut Islam, telah banyak mempengaruhi corak dan bentuk
pemilihan kaedah dan teknik pengajaran. Data kajian ini menyokong pendapat Bandura yang
menegaskan bahawa bentuk perubahan dalam amalan pengajaran guru adalah kesan dari

perubahan kepercayaan dan kefahaman mereka terhadap tujuan pendidikan.24 Ini bersesuaian
dengan pendapat Pratt yang menegaskan bahawa setiap keputusan individu dalam kehidupan
adalah sangat dipengaruhi oleh kepercayaan dan fahaman mereka.25
Rajah di bawah menunjukkan analisis dapatan kajian mengenai kefahaman dan pengetahuan
informan kajian terhadap persamaan dan perbezaan di antara pendekatan pengajaran berpusatkan
pelajar dan pendekatan berpusatkan guru.

Rajah 1.1. Persamaan Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Pelajar dan Pendekatan Berpusatkan
Guru

BERPUSATKAN
GURU

PERSAMAAN

BERPUSATKAN
PELAJAR

Pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah
seiring dengan objektif
yang jelas

Rajah 1.2. Perbezaan Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Pelajar dan Pendekatan Berpusatkan
Guru
BERPUSATKAN
GURU

PERBEZAAN

Guru menentukan tajuk

CARA

bersendirian tanpa
perbincangan dengan pelajar

PENENTUAN
TAJUK

BERPUSATKAN
PELAJAR

Pelajar berbincang sesama pelajar
mengenai sesetengah tajuk,
kemudian mendapatkan bantuan
dan tunjuk ajar daripada guru.

24

Bandura, A. , Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. (Englewood Cliffs, NJ:
Prentice-Hall, 1986)
25
Pratt, D., Alternative frames of understanding. Five perspectives on teaching and learning in adult and higher
education. Malabar, (FL: Krieger Publishing Co., 1998)

Guru menyampaikan isi

CARA

Pelajar membina isi kandungan

pengajaran di papan tulis

PENGUMPULAN

selepas perbincangan dengan

atau daripada buku teks

MAKLUMAT

rakan dan bimbingan daripada
guru

Pelajar Kurang Aktif, guru
aktif

TAHAP

Pelajar Aktif, guru kurang aktif

PENYERTAAN
PELAJAR

Guru kurang melakukan
penilaian kendiri

PENILAIAN

Penilaian kendiri dilakukan

KENDIRI

dengan aktif bersama rakan

PESERTA

Berdasarkan kefahaman dan pengetahuan di atas, data dari penyelidikan ini jelas menunjukkan
sebahagian pensyarah telah mengambil pendekatan untuk menggabungkan dua pendekatan ini
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini adalah kerana mereka berpandangan
bahawa mereka perlu menyesuaikan diri dengan kedua-dua peranan mengikut masa, tajuk
pengajaran, kelas dan kaedah yang ingin digunakan.

Rajah di bawah merupakan analisis cadangan berkaitan peranan yang perlu dipandang serius
oleh pensyarah dan pelajar.

Rajah 2.1. Peranan Guru dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
PERANAN GURU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (P&P)
KESIGNIFIKANAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN
Kedua-dua pendekatan pengajaran menunjukkan terdapat perbezaan strategi yang
digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar banyak memberikan
impak positif kepada keaktifan pelajar dalam kelas jika dibandingkan dengan pendekatan
berpusatkan guru. Hal ini seiring elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI). Melalui perkaitan ini jelas
membuktikan bahawa pendekatan berpusatkan pelajar ini membantu membina potensi
kendiri pelajar dengan kemahiran insaniah yang pelbagai. Namun begitu, dalam beberapa
keadaan dan situasi dalam proses P&P, guru boleh menggabung jalinkan dan
mengharmonikan dua pendekatan ini agar menghasilkan kesan yang lebih seimbang kepada
guru dan pelajar.

BERPUSATKAN GURU

BERPUSATKAN
PELAJAR

Guru sebagai penyebar ilmu.
Pelajar kurang peranan

GAYA
PENYAMPAIAN

dalam proses pembelajaran.

Guru aktif

Guru melakukan ujian dan

Guru sebagai fasilitator.
Pelajar terlibat dalam proses
Pembelajaran

PENYERTAAN

PENILAIAN

Pelajar aktif

Pemantauan tidak formal

penilaian formal secara

secara berterusan

berkala

Guru terhad dalam bilik

TEMPAT

Tidak terhad

KADAR

Pengamal reflektif yang

darjah

Pemikiran lebih tertumpu
pada bahan pengajaran dan

REFLEKTIF

pembelajaran

peka terhadap situasi bilik
darjah

Rajah 2.2. Peranan Pelajar dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
PERANAN PELAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (P&P)

BERPUSATKAN GURU

BERPUSATKAN PELAJAR

Pasif, terhad pada ingatan
dan latihan

Aktif, pembelajaran tertumpu
PENYERTAAN

pada teknik penemuan
(discovery techniques)

Ekstrinsik, Ganjaran dan
denda digunakan

Intrinsik. Menekankan minat,
MOTIVASI

keseronokan dan
pencapaian pelajar.

Menekankan pencapaian

Menekankan potensi

akademik, terhad kepada

individu, sosial dan

pertandingan dan perlakuan
yang betul.

PEMBERATAN

akademik, menumpu kada
kerjasama kumpulan dan
perlakuan kreatif

KESIMPULAN DAN SARANAN

Data kajian ini menunjukkan terdapat usaha dalam kalangan pensyarah di Insitusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia untuk mengintegrasikan kedua-dua pendekatan pengajaran,
iaitu pendekatan pengajaran berpusatkan guru (tradisional) dengan pendekatan berpusatkan
pelajar (aktif). Kajian ini membuktikan bahawa pensyarah IPTA telah berusaha untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan tuntutan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan juga Falsafah PendidikanIslam. Mereka didapati dapat memainkan
peranan sebagai penyampai ilmu pengetahuan mengenai topik-topik yang diajar, dan dalam masa
yang sama juga dapat berfungsi sebagai pembimbing dan fasilitator yang baik kepada pelajar.
Mereka jelas tidak kekok untuk berkongsi idea sesama pelajar dan memberikan peluang yang
banyak kepada pelajar untuk turut terlibat di dalam proses pembelajaran di dalam kelas.
Pengkaji mendapati bahawa perubahan amalan pengajaran dalam kalangan sesetengah pensyarah
adalah dipengaruhi oleh keterbukaan dalam pemikiran dan kepercayaan mereka terhadap sistem
pendidikan sekarang, yang menuntut kekreatifan para pensyarah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Hal ini dapat membantu merealisasikan objektif pengajaran dengan lebih
progresif.

BIBLIOGRAFI
Al Abrasyi, Dasar-Dasar Pokok Pendidikan Islam (Jakarta: Bulan Bintang, 1974)
Bandura, A. , Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. (Englewood
Cliffs, NJ: Prentice-Hall, 1986)
Creswell, J. W. Qualitative inquiry & research design: Choosing among five approaches (2nd
Ed.). Thousand Oaks, CA: Sage, 2007.
Estes, C. A. ,Promoting student-centered learning in experiential education. The Journal of
Experiential Education, 27(2), 2004.
Gibbs, G., Assessing Student Centred Courses (Oxford, England: Oxford Centre for Staff
Learning and Development, 1995)
Guba, E. G., & Lincoln, Y. S., Competing paradigms in qualitative research. In N. K. Denzin &
Y. S. Lincoln (Eds.), Handbook of qualitative research (pp. 105-117). Thousand Oaks, CA:
Sage,1994.
John Dewey, Educational Theory (Urbana: University of Library, 2004)
Kementerian Pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Dan Misi
Kementerian Pendidikan Malaysia (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara, 2001)
Hassan Langgulung, Pendidikan Menghadapi Abad Kedua Puluh Satu (Bangi: Penerbitan UKM,
1987).
Kamus Dewan. Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005.
Lee, M. N. N., “The Development of Teacher Education in Malaysia: Problems and Challenges,”
Asia-Pacific Journal of Teacher Education and Development, 3 (2000).
Louis Cohen, Lawrence Manion, Keith Morrison, Research Methods in Education (London:
Routledge Falmer, 2003)

Mohamad Najib Abdul Ghafar, Penyelidikan Pendidikan (Skudai: Penerbit UTM, 1999).
Pratt, D., Alternative frames of understanding. Five perspectives on teaching and learning in
adult and higher education. Malabar, (FL: Krieger Publishing Co., 1998)
Stake, R.E, The Art of Case Study Research (Thousand Oaks, CA: Sage, 1995)
Supyan Husin, “Definisi Falsafah Pendidikan Islam Dan Falsafah Pendidikan Di Malaysia,”
dicapai 16 Januari 2014, http://supyanhussin.wordpress.com/2014/01/16/definisi-falsafahpendidikan-islam/.
Syed Muhammad Naquib al Attas, The Concept of Education in Islam: A Framework for An
Islamic Philosophy of Education (Kuala Lumpur: ISTAC, 1999)
Hamdan Said dan Nashrudin Talib, “Cabaran Era Globalisasi Ke Atas Warga Pendidikan Di
Malaysia,” Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2 (2000).
Yusuf Al Qardawi, Pendidikan Islam Dan Madrasah Hassan Al Banna (Jakarta: Bulan Bintang,
1980).