KEPENTINGAN PENGLIBATAN IBU BAPA DI TADI

DRAF KEPENTINGAN PENGLIBATAN IBU BAPA DI TADIKA

1.0

PENDAHULUAN


2.0

Penerangan mengenai kurikulum kanak-kanak
ISU DAN PERMASALAHAN






3.0

Kesukaran penglibatan ibu bapa
Ibu bapa kurang memahami kurikulum tadika

Ibu bapa kurang pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak
Ibu bapa kurang memberikan idea kepada guru-guru.
Ibu bapa kurang memberi kerjasama.
PERBINCANGAN ( cadangan dan penyelesaian masalah)
3.1 Jenis Penglibatan Ibu Bapa Yang Dapat Membantu Dalam Perkembangan KanakKanak






4.0

Kebaikan penglibatan ibu bapa :
o Dapat melihat sendiri tingkah laku anak mereka.
Guru boleh mendapatkan idea daripada ibu bapa mengenai perkembangan kanakkanak
Ibu bapa perlu berfikiran positif.
Cadangan :
o Perjumpaan antara ibu bapa dan guru
o Jemputan melawat ke tadika

o Bergotong-royong
o Hari terbuka tadika
o Dan lain-lain
KESIMPULAN




Penglibatan ibu bapa sangat penting untuk perkembangan kanak dan dapat memberi
kesan yang positif dalam kehidupan anak-anak.
Penglibatan ibu bapa dapat menyokong kejayaan kanak-kanak.

1

1.0

PENDAHULUAN
Kurikulum merupakan satu set aktiviti yang memenuhi matlamat dan objektif yang

dirangcang, rangka kerja untuk membuat keputusan berkenaan pemilihan bahan dan aktiviti,

ataupun pendekatan komprehensif untuk memupuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
Catron dan Allen (1999:4). Selain itu menurut Feldman (1991:53) kurikulum sebagai senarai
matlamat dan objektif tingkah laku untuk pelbagai tahap ataupun perancangan pelajaran dan
aktiviti harian. Terdapat juga pendapat lain menyatakan kurikulum ini hanya akademik
ataupun segala yang berlaku di sekolah. Pada asasnya, kurikulum merupakan rancangan
pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan.
Kurikulum di Malaysia berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu :


Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha


berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat

Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,


berketrampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawap dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. Masyarakat dan negara. “
Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak ini melibatkan penglibatan ibu bapa.
Penglibatan ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-mambantu antara dua
pihak ataupun lebih. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak dapat
meneguhkan

pertumbuhan

dan

perkembangan

kanak-kanak


dan

membantu

untuk

meningkatkan kejayaan kanak-kanak dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Menurut Morrison (1978) pengertian penglibatan ibu bapa yang komprehensif adalah
proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa mencari bakatnya
serta menggunakan bagi diri mereka sendiri dan keluarga. Penglibatan ibu bapa sangat
menentukan pencapaian kanak-kanak dalam matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak
prasekolah manakala menurut Conway (2003) menyatakan penglibatan ibu bapa perlu lagi
digalakkan kerana memberi kesan yang mendalam teradap perkembangan sosial dan kejayaan
akademik kanak-kanak.
Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang dianjurkan oleh tadika ataupun taska untuk
perkembangan kanak-kanak sedikit sebanyak memberi kesan terhadap anak-anak mereka.
2

Dalam keadaan masyarakat kita sekarang, sebahagian besar ibu bapa bekerja dan mempunyai

waktu yang sangat terhad untuk memberangsangkan perkembangan kanak-kanak di rumah.
Kanak-kanak daripada latar belakang keluarga yang kurang bernasib baik kurang mendapar
perhatian tentang stimulasinya daripada ibu bapa mereka. Menurut Rohaty (2003) dalam
kajiannya di Malaysia, seringkali keadaan di rumah kurang merangsangkan pembelajaran di
persekitaran mereka. Sedangkan ibu bapa daripada golongan berada biasanya sibuk bekerja
dan kurang dapat meluangkan masa bagi melayan anak-anak mereka ke arah penyediaan
pengetahuan dan kemahiran yang menjadi syarat kejayaan di sekolah. Akhirnya ibu bapa
kehilangan peluang untuk mengembangakan perkembangan anak-anak secara maksimum.
Pendidikan prasekolah boleh menjadi institusi yang membantu ibu bapa menyelesaikan
permasalahan ini.
Perkembangan mempunyai beberapa ciri yang boleh dilihat antaranya ialah proses
perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani
dengan pembelajaran. Keduanya ialah perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani,
emosi, mental dan sosial. Ketiganya ialah perubahan dari segi fungsi dan yang keempat ialah
proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut
aturan semula jadi. Yang kelima ialah proses perkembangan berterusan sepanjang hayat
seseorang individu. Keenam ialah perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang
berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Ketujuhnya ialah
peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju kearah tertentu serta
dijangkakan. Dan akhir sekali ialah kelapan, perkembangan dipengaruhi oleh baka dan

persekitaran. Bala menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong
perkembangan mencapai tahap yang maksimum.

3

2.0

ISU DAN PERMASALAHAN
Setiap tadika dan taska tidak terlepas daripada isu dan permasalahan yang dihadapi.

Permasalahan terjadi daripada beberapa faktor antaranya ialah faktor persekitaran, ibu bapa,
kanak-kanak itu sendiri, orang luar dan pihak-pihak tertentu. Faktor paling utama yang
menyebabkan isu dan permasalahan di tadika dan taska ialah melibatkan antara ibu bapa,
kanak-kanak dan guru.
2.1

Kesukaran Penglibatan Ibu Bapa

Faktor-faktornya adalah kesukaran ibu bapa untuk melibatkan diri dengan aktivitiaktiviti yang dianjurkan oleh pihak tadika atau taska. Ibu bapa merupakan individu yang
paling rapat dengan kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di tadika membuatkan

anak-anak mereka lebih bersemangat sama ada terhadap aktiviti yang dilakukan mahupun
dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika.
2.2

Ibu Bapa Kurang Memahami Kurikulum Tadika

Ibu bapa yang kurang peka terhadap kurikulum kanak-kanak di sekolah juga menjadi
masalah terhadap perkembangan kanak-kanak kerana setiap kanak-kanak perlu perhatian dan
bimbingan ibu bapa juga selain daripada guru. Guru hanya memberi perhatian semasa di
tadika sahaja dan selebihnya dibimbing oleh ibu bapa sendiri untuk mencapai perkembangan
kanak-kanak secara optimum.

2.3

Ibu Bapa Kurang Pengetahuan Tentang Perkembangan Kanak-Kanak

Selain daripada itu, ibu bapa kurang berpendidikan dan kurang berpengetahuan dalam
perkembangan kanka-kanak. Begitu juga ibu bapa kurang peka terhadap keperluan kanakkanak dari segi sosial, emosi, fizikal dan kognitif. Kanak-kanak akan jadi terbantut
perkembangan mereka jika ibu bapa mereka tidak endah dan peka terhadap keperluan anakanak.
Selain daripada itu, ibu bapa yang kurang pengetahuan ini suka mengongkong anakanak mereka kerana bagi mereka itulah cara untuk mendidik anak-anak dan mengajar kanakkanak agar tingkah laku dapat dikawal. Hal ini membuatkan kanak-kanak memberontak,

sedangkan bermain dan mempunyai kebebasan dengan diperhatikan itu lebih baik daripada
dikawal dan dikongkong sepenuhnya. Ramai ibu bapa di luar sana mengatakan kerana sayang
mereka mengongkong anak-anak mereka sehingga kanak-kanak merasakan diri mereka takut
4

untuk berhadapan dengan orang lain keran kurang bersosial dan bermain bersama rakanrakan. Dalam hal ini, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk meningkatkan
pengetahuan tentang mendidik dan menjaga anak-anak supaya suatu hari kelak anak-anak
yang kita didik menjadi manusia yang berguna dan dapat menjaga kita apabila sudah tua.

2.4

Ibu Bapa Kurang Memberikan Idea Kepada Guru-Guru.

Selain itu, ibu bapa kurang memberi idea untuk memperkembangkan kurikulum
kanak-kanak. Mereka lepas tangan kepada pihak tadika untuk menguruskan segala hal
berkaitan kurikulum kanak-kanak. Dalam hal ini, jika berlaku sesuatu terhadap pembelajaran
anak-anak mereka, guru-guru tadika juga yang akan dipersalahkan disebabkan oleh kurikulum
yang tidak berkesan atau tidak sesuai untuk kanak. Di sini, peranan ibu bapa dalam
penglibatan terhadap aktiviti-aktiviti tadika memberi kesan kepada kanak-kanak. Ibu bapa
harus memberikan dan berkongisi idea dengan guru-guru untuk meningkatkan kualiti

kurikulum kanak-kanak.

2.5

Ibu Bapa Kurang Memberi Kerjasama.

Tidak ramai ibu bapa dapat memberi kerjasama dengan pihak tadika baik dari segi
melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti sekolah mahupun meningkatkan kualiti tadika anakanak mereka. Ada juga ibu bapa yang sukar menerima pandangan guru terhadap kurikulum
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Bagi mereka kurikulum tersebut tidak memberi
kesan kepada perkembangan anak-anak mereka.
Selain daripada ibu bapa, terdapat juga guru-guru yang kurang senang apabila ibu bapa
sering bertanyakan dan ingin tahu mengenai anak-anak mereka di tadika. Guru juga kurang
memberi kerjasama dengan ibu bapa, bagi mereka penglibatan ibu bapa melambatkan lagi
proses kurikulum mereka apabila ibu bapa sering memberi pandangan dan idea tentang
kurikulum mahupun aktiviti kanak-kanak.

3.0

PERBINCANGAN ( Cadangan dan Penyelesaian Masalah)
5

3.1 Jenis Penglibatan Ibu Bapa Yang Dapat Membantu DalamPerkembangan
Kanak-Kanak
Pelbagai jenis penglibatan yang dapat disertai oleh ibu bapa antaranya ialah derma,
melibatkan diri dengan penglibatan sekolah, membantu kepakaran kepada guru, guru
sukarela, dan kegiatan luar.
Ibu bapa boleh melibatkan diri dengan prasekolah ataupun tadika memlalui
memberikan derma atau sumbangan. Dengan cara ini, ibu bapa akan lebih dapat mendekatkan
diri dengan pihak tadika. Pelbagai jenis sumbangan yang boleh diberikan kepada pihak tadika
seperti dalam bentuk kewangan, makanan, pakaian, buku dan lain-lainnya. Antara sumbangan
yang dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak ialah berkaitan dengan sukan contohya
alatan sukan kanak-kanak. Disini, secara tidak langsung ianya membantu dari segi
perkembangan fizikal kanak-kanak dimana kanak-kanak yang kurang mampu dalam membeli
alatan sukan akank dapaat bersama-sama bermain apabila alatan sukan mencukupi. Selain itu,
ibu bapa boleh menderma dari segi buku untuk perkembangan kognitif mereka dan lainlainnya.
Keduanya ialah melibatkan diri dengan penglibatan sekolah. Ibu bapa perlu
mendekatkan diri dengan penglibatan di sekolah. Hal ini ternyata dapat memberikan
sumbangan atau idea yang bernas demi menjamin perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa
haruslah melibatkan diri dengan kegiatan di tadika seperti bergotong-royong, sukaneka, hari
keluarga, berkebun dan sebagainya. Sumbangan ibu bapa dari segi tenaga bergotong-royong
mampu mengembangkan fizikal, sosial dan emosi dikalangan kanak-kanak itu melakukan
aktiviti mengutip sampah dan dengan cara itu ia dapat meningkatkan perkembangan fizikal
kanak-kanak. Selain daripada itu, kanak-kanak dapat bersosial dengan rakan-rakan dan ibu
bapa kepada rakan-rakan mereka. Dan ini dapat perkembangan sosial kanak-kanak dan
seterusnya ialah ibu bapa juga boleh menghadiri hari keluarga, hal ini dapat meningkatkan
perkembangan emosi kanak-kanak secara tidak langsung.
Ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak-anak akan cuba memberi bantuan
kepakaran kepada guru sekiranya ibu bapa kanak-kanak mempunyai kepakaran dalam bidang
doktor, jururawat, atau lain-lain. Hal ini memberi faedah kepada guru dan kanak-kanak.
Contohnya, kepakaran seorang jururawat mengajar kanak-kanak itu memberus gigi,
membasuh tangan selepas makan dan sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan perkembangan
6

fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak tersebut. Mereka dapat bertanya kepada jururawat dan
melakukan pergerakan yang di ajar oleh jururawat tersebut.
Selain itu, jenis penglibatan ibu bapa yang seterusnya ialah ibu bapa menjadi guru
sukarela terhadap kanak-kanak. Ibu bapa juga boleh memberi ilmu dan juga boleh
meningkatkan perkembangan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak. Sumbangan
yang boleh diberikan oleh ibu bapa adalah seperti mengajar mengenai bahasa, mengajar
bersenam, mengajar bermain bola dan sebagainya. Penglibatan ibu bapa bermaksud
melibatkan aktiviti di biik darjah secara sukarela, membantu guru menyediakan bahan dan
menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak. Pihak tadika sangat menggalakkan penglibatan
ibu bapa dalam memberikan bantuan secara sukarela khususnya dalam memberikan bantuan
secara sukarela khususnya dalam aktiviti kemahiran akademik seperti membaca dan menulis.
Ibu bapa juga membantu guru menyediakan bahan bantu mangajar untuk digunakan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya jenis penglibatan ibu bapa ialah kegiatan luar. Pihak institusi boleh
menganjurkan seminar keibubapaan dan perkembangan kanak-kanak. Ia bertujuan
mendedahkan ibu bapa cara-cara menguruskan dan mendidik anak di rumah terutama dalam
meningkatkan perkembangan pemikiran anak-anak.
Ibu bapa juga boleh menjadi pengajur untuk sesuatu aktiviti, contohnya seperti
berkelah, mengadakan hari membuat latihan berfikir, mengadakan lawatan, membuat hari
keluarga dan guru bersama-sama. Dengan cara ini dapat kita lihat perkembangan sosial
kanak-kanak dapat di pertingkatkan. Selain itu, dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ibu
bapa itu juga boleh meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak dimana mengadakan
hari membuat latihan berfikir itu adalah aktiviti seperti diberi satu kertas bergambar dan harus
kanak-kanak tersebut mencari gambar yang ada didalam kertas tersebut. Aktiviti tersebut
diadakan diluar pusat institusi, contohnya seperti zoo.
Penglibatan ibu bapa memberi kebaikan kepada kanak-kanak, guru-guru dan ibu bapa
sendiri. Banyak faedah yang dapat dikongsikan bersama antaranya ialah kebaikan yang dapat
kepada kanak-kanak. Mereka dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza dengan guru-guru
dan mereka dapat suai kenal dan bersoal jawap dengan orang dewasa mengenai pengalaman
dan pengetahuan berdasarkan berbagai latar belakang orang dewasa yang mereka temui.
Selain itu, kanak-kanak juga dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika menjalankan
aktiviti kerana mereka lebih kecil dan fokus orang dewasa lebih kepada mereka.
7

Kebaikan penglibatan ibu bapa ini ialah mereka sendiri dapat melihat tingkah laku
anak-anak mereka dengan lebih dekat. Mereka juga boleh mempelajari cara dan kaedah guru
mengatasi masalah tingkah laku anak-anak mereka dan mereka dapat memahami apa yang
telah dipelajari, sedang dipelajari dan akan dipelajari oleh anak mereka semasa berada di
tadika. Ibu bapa juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kanak-kanak inni secara
tidak langsung.
Penglibatan ibu bapa juga memberi kebaikan kepada guru juga sama ada dari segi guru
boleh mendapatkn idea-idea baru dan maklum balas secara langsung daripada ibu bapa kanakkanak mengenai kurikulum kanak-kanak ini. Mereka pun dapat berkongsi masalah dan boleh
berbincang bersama-sama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Disini ada kebaikan
dalam perbincangan antara guru dan ibu bapa dimana ibu bapa tidak boleh menyalahkan guru
dan sebaliknya jika berlaku perkara yang tidak diingini berlaku kepada kanak-kanak. Selain
itu juga, guru-guru di sekolah tadika dapat meningkatkan ilmu pengetahuan secara langsung
daripada ibu bapa hasil interaksi antara mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang dan
pekerjaan dan yang paling utama, guru-guru senang untuk bekerjasama dengan ibu bapa
dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya melibatkan tenaga dan kewangan.
Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih belajar di tadika, mereka
perlulah berfikiran positif dan fokus, berfikiran terbuka, ikhlas dalam melakukan perkara
berkaitan dengan tadika, dan berbudi bahasa dengan orang sekeliling.
Ibu bapa perlulah sentiasa berfikir dengan positif dan fokus supaya matlamat yang
hendak dicapai dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setiap perbincangan antara dua pihak,
guru dan ibu bapa akan memberi kesan yang positif juga apabila semua orang berfikiran
positif. Selain itu juga, ibu bapa hendaklah berfikiran terbuka dengan setiap cadangan yang
dikemukan oleh guru-guru. Begitu juga guru-guru, perlu berfikiran terbuka dengan setiap
cadangan yang disuarakan oleh ibu bapa untuk meningkatkan prestasi kurikulum kanak-kanak
di tadika dimana anak mereka belajar. Keikhlasan perlu wujud dalam jiwa ibu bapa agar
setiap aktiviti yang dilakukan teratur dan sempurna. Keikhlasan juga membuatkan ibu bapa
tidak mengharapkan sebarang pemberian atau hadiah. Ibu bapa juga perlu berbudi bahasa
dengan orang sekeliling mereka tanpa mengira taraf dan ini merupakan contoh yang baik yang
perlu ditunjukan kepada anak-anak kita.
Antara cadangan aktiviti yang boleh melibatkan ibu bapa ialah perjumpaan antara guru
dan ibu bapa. Perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara pihak sekolah dan
8

ibu bapa kanak-kanak. Perjumpaan ini juga membolehkan kedua-dua pihak untuk
menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi secara damai dan saling berkongsi idea untuk
memantapkan lagi kurikulum kanak-kanak di tadika tersebut. Selain itu, menganjurkan
seminar dan bengkel. Ibu bapa juga boleh terlibat dalam seminar ini untuk menambahkan lagi
pengetahuan tentang kurikulum yang dijalankan di tadika berkenaan dan cara-cara untuk
membantuk perkembangan kanak-kanak secara optimum. Kedua-dua pihak antara ibu bapa
dan pihak tadika boleh saling berhubung dengan membuat panggilan telefon atau e-mel. Hal
ini membolehkan ibu bapa mengetahui setiap perkembangan anak-anak mereka secara cepat
apabila ibu bapa tiada masa untuk berjumpa dengan guru kepada anak mereka.
Seterusnya,

jemputan melawat ke tadika. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa

menerima jemputan untuk melawat ke tadika anak mereka, banyak kelebihan ibu bapa apabila
melawat ke tadika antaranya ialah mereka dapat melihat sendiri suasana dan keadaan tadika
untuk anak-anak mereka belajar dengan tenang dan berkembang secara holistik. Ibu bapa juga
boleh berbincang dan menyelesaikan masalah dan memberi cadangan kepada pihak sekolah.
Di samping itu juga, bergotong-royong semua pihak yang terlibat antaranya ibu bapa,
guru dan kanak-kanak. Bergotong-royong ini adalah untuk membersihkan kawasan tadika dan
yang paling penting ialah merapatkan silaturrahim antara satu sama lain. Sikap bergotongroyong ini dapat memberi contoh kepada kanak-kanak antara nilai murni yang dapat
diterapkan ialah bekerjasama, beramah mesra, rajin dan hormat-menghormati. Semua aktivitiaktiviti ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Kejayaan hidup seseorang tidak sempurna melainkan hasil daripada peranan ibu bapa.
Kasih sayang, didikan, nasihat dan doa yang dipanjatkan kedua-duanya sangat penting dalam
pembentukan karakter anak-anak.

4.0

KESIMPULAN
9

Penglibatan ibu bapa dan perhatian pihak sekolah amat penting bagi menyokong
kejayaan kanak-kanak. Pendidikan untuk masa depan kanak-kanak perlu diambil kira, ibu
bapa harus memahami kepentingan pendidikan ini kepada mereka kerana pendidikan inilah
yang akan menjadikan mereka individu yang berilmu dan berguna pada masa akan datang.
Oleh yang demikian, ibu bapa dan komuniti seharusnya mengambil pendekatan yang
serius dalam membimbing kanak-kanak seawal usia lagi kerana mereka bakal menerajui
pentadbiran dunia kelak. Penglibatan ibu bapa, penjaga dan komuniti adalah sangat
digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalam pelaksanaan kurikulum prasekolah.
Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, penjaga dan komuniti dapat membantu dalam
perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang
celik akal dan berintegriti.
Maka, ibu bapa dan guru harus bekerjasama bagi membentuk anak-anak sejak dari
awal kanak-kanak lagi supaya menjadi insan yang berguna untuk masa depan mereka,
masyarakat dan negara.

10

Bibliografi
Dr. Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2004), Panduan Pendidikan Prasekolah.
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam
pengajaran bahasa, Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Azizah Lebai Nordin. 2002. Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Dan Amali. Penerbitan
Universiti Malaya.
Choong Lean Keow. (2011). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
http://www.slideshare.net/arranaim/penglibatan-ibu-bapa
http://generasiglobal.wordpress.com/2011/12/29/penglibatan-ibu-bapa-dalam-pendidikanawal-anak/

11