CIRI KESENIAN ISLAM DALAM SERAMIK JEPUN

PPPJ3633 SEJARAH KESENIAN ISLAM
SEMESTER 1, SESI PENGAJIAN 2016/2017

TAJUK TUGASAN:
CIRI KESENIAN ISLAM DALAM SERAMIK JEPUN

DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR. ROZIAH BINTI SIDEK @ MAT SIDEK

DISEDIAKAN OLEH:
AMIRUL MUKMIN BIN MD. DERUS
(A149553)
WAN MOHD AMIROL ASHRAF BIN WAN MOHD BADRUDDIN
(A150026)
MOHAMMAD ARIFF SYAZWAN BIN MASLAN
(A150792)
MUHAMMAD SYAMIL BIN MOHD HATTA
(A150868)

JABATAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2016

KANDUNGAN
HALAMAN
ABSTRAK

1

1.0

PENGENALAN

2

2.0

KESENIAN ISLAM


3

2.1

Definisi Kesenian Islam

3

2.2

Pengaruh Kesenian Islam

3

2.3

Teras Kesenian Islam

5


3.0

PENCIPTAAN SERAMIK JEPUN PADA ABAD KE-16
HINGGA KE-20 MASIHI

8

3.1

Sejarah Penciptaan Seramik di Jepun

8

3.2

Penciptaan Seramik pada Abad ke-20

9


3.3

Ciri Kesenian Seramik mengikut Kawasan di Jepun

13

4.0

UNSUR KESENIAN ISLAM PADA SERAMIK JEPUN

17

5.0

KESIMPULAN

20

RUJUKAN


21

1

Ciri Kesenian Islam Dalam Seramik Jepun
AMIRUL MUKMIN BIN MD. DERUS
WAN MOHD AMIROL ASHRAF BIN WAN MOHD BADRUDDIN
MOHAMMAD ARIFF SYAZWAN BIN MASLAN
MUHAMMAD SYAMIL BIN MOHD HATTA
ABSTRAK
Seramik di Jepun semasa zaman Kakiemon yang dibangunkan oleh keluarga beliau
adalah diperbuat daripada tembikar. Kebanyakan seramik biasanya menggunakan motif
yang bercirikan haiwan dan tumbuhan seperti burung di pokok-pokok berkembang,
rumput tinggi atau singa, buluh yang digambarkan dalam ruang terhad berserta warna
biru, hijau, coklat dan merah, di mana asas seramik tersebut adalah berwarna putih.
Tambahan lagi, seramik di Jepun juga sering dibentuk menggunakan bentuk-bentuk
geometri yang dikaitkan dengan tumbuhan seperti bentuk daun kekwa. Objektif kajian ini
adalah untuk mengkaji asal-usul dan perkembangan seramik di Jepun pada abad ke-16
hingga ke-20 serta unsur kesenian Islam yang ada dalam penciptaan seramik di Jepun.
Kaedah kajian ini telah menggunakan kajian sejarah dan perpustakaan untuk memperoleh

maklumat mengenai asal-usul dan penciptaan seramik di Jepun pada abad ke-16 hingga
ke-20. Dapatan kajian menunjukkan persamaan kesenian Islam dalam kesenian seramik
di Jepun yang mana banyak mengenengahkan motif flora dan fauna dalam dekorasi
seramik.

2

PENGENALAN
Seramik membawa maksud kepada bahan keras dan rapuh yang dibuat dengan membakar
tanah liat malah merujuk kepada barang seperti kepingan lantai yang dihasilkan daripada
tanah liat. Selain itu, seramik adalah salah satu bentuk seni dan teknik membuat barangbarang daripada tanah liat (tembikar) (Kamus Dewan Pustaka Keempat, 2005). Sumber
asas kepada seramik adalah tanah liat yang dibakar atau dikering dengan suhu yang
tinggi. Seramik ini telah dicipta semenjak zaman Prasejarah di Asia Tenggara seperti
mana yang dijumpai oleh para arkeologi. Terdapat pelbagai fungsi dan kegunaan seramik
seperti bekas air dan alas makanan basah atau kering serta penyimpanan bahan makanan
yang diawet (Thomas 1982). Hal ini menunjukkan bahawa tahap kepakaran dalam bidang
penciptaan alat telah wujud sebelum berlakunya perkembangan seni seperti lukisan dan
inovasi bentuk. Oleh itu, penciptaan seramik ini telah melakar sejarah dunia sebagai alat
keperluan yang bernilai dalam sejarah malah meningkatkan kemahiran mengukir selepas
pembawaan unsur budaya dan kepercayaan setiap entiti di dunia.

Objektif kajian ini adalah untuk menonjolkan ciri kesenian Islam dan mengkaji
asal-usul dan perkembangan seramik di Jepun pada abad ke-16 hingga ke-20 serta unsur
kesenian Islam yang ada dalam penciptaan seramik di Jepun. Kaedah kajian ini telah
menggunakan kajian sejarah dan perpustakaan untuk memperoleh maklumat mengenai
asal-usul dan penciptaan seramik di Jepun pada abad ke-16 hingga ke-20. Dapatan kajian
ini menjelaskan persamaan unsur kesenian Islam yang mana menonjolkan motif flora dan
fauna yang melambangkan kekuasaan Allah kepada hamba-Nya (Othman, 1978). Kajian
ini penting diketengahkan supaya dapatan yang diperoleh boleh dijadikan maklumat
untuk pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Tambahan pula, kajian ini masih di
peringkat penerokaan dan cuba untuk mendedahkan perbahasan kesenian Islam dalam
seramik Jepun dalam karya-karya sejarah muktabar dan autentik.

3

KESENIAN DALAM ISLAM
Kesenian dalam Islam bukanlah sekadar hiasan dan hiburan, sebaliknya kesenian itu
dijadikan medium untuk menjadi khalifah yang terbaik di muka bumi Allah ini. Selain
itu, kesenian dalam Islam bertujuan untuk membimbing manusia ke arah konsep tauhid
dan pengabadian diri kepada Allah s.w.t.. Walaubagaimanapun, seni dibentuk untuk
melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. dan seharusnya lahir sebagai

satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari daripada batas-batas syariat.
Definisi Kesenian Islam
Kesenian Islam merupakan satu cabang keindahan dalam agama Islam. Islam amat
mementingkan keindahan, kecantikan dan ketenangan dalam jiwa penganutnya.
Dalu Jones (1978) mendefinisikan kesenian Islam sebagai satu kesenian yang
lebih mengutamakan intelek daripada emosi di mana segala yang tersingkap dapat
diluahkan. Kesenian Islam merupakan seni mengandungi konsep yang mampu
menyeimbangkan pertanyaan dengan jawapan.
Selain itu, Ernst Diez mengungkapkan bahawa kesenian Islam merupakan satu
kesenian yang akan menambahkan pengabdian diri kepada Allah. Manakala, Ismail R.
Faruqi (1980) berpendapat bahawa kesenian Islam tidak seperti kebudayaan lain yang
mengaitkan keindahan sebagai kemewahan, nilai intrinsik yang difahami untuk
kepentingan sendiri, kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang
bergantung keseluruhannya terhadap kesahihan Islam itu sendiri.
Teras Kesenian Islam


Unsur Tauhid

Pertumbuhan seni Islam adalah berpaksikan doktrin Islam yang berteraskan tauhid.

Doktrin tauhid adalah doktrin yang asasi dalam Islam iaitu pengakuan keesaan terhadap
Allah S.W.T. (Shafie, 1990). Kesenian Islam mestilah mampu membawa masyarakat ke
arah mentauhidkan Allah dan sesekali tidak melalaikan.

4

Kesenian Islam juga mampu mengungkapkan keindahan dan konsep tauhid
sebagai esensi akidah, tata nilai dan norma Islam iaitu menyampaikan mesej keesaan
Tuhan. Kesenian Islam perlu diilhamkan oleh spiritual Islam secara langsung yang akan
membentuk karakter mahmudah. Sesuatu kesenian yang berlandaskan hikmahdan
pengetahuan Islam bukan sahaja akan terlihat pada zahirnya, malahan mengandungi
makna pada batinnya (Nanang Rizali, 2012).


Unsur Keindahan

Kesenian Islam seharusnya memancarkan ciri –ciri yang mempunyai nilai keislaman.
Akal menuntut keilmuan, jiwa menuntut kerohanian dan pancaindera menuntut kesenian.
Kesemua ini akan bersatu “di laut intelek dan falsafah mencari kebenaran”. Dalam meniti
sesebuah keindahan, setiap manusia perlu melihat bukan sahaja daripada mata lahiriah

akan tetapi, sertakan sekali dengan pandangan mata hati (Abdullah, 1990).
Unsur keindahan dalam Islam merupakan satu manifestasi dalam kembara
membentuk ketaqwaan kepada Allah. Perkara ini turut dinyatakan oleh Shafie (1990):
Puncak keindahan adalah manifestasi kesempurnaan dan mengharungi
keindahan adalah kembara mencari kesempurnaan dan puncak
kesempurnaan itu ialah Allah. Sesungguhnya keindahan alamiah
adalah nisbi dan manifestasi Allah yang bersifat abadi. Jika keindahan
alamiah yang bersifat sementara itu dikagumi, maka keindahan Yang
Abadi itu seharusnya berlebih-lebih lagi.


Unsur Syumul

Kesenian dalam Islam bukan sahaja melibatkan diri pengkarya sahaja, malahan turut
melibatkan diri masyarakat di sekitarnya selaras dengan prisip syumul dalam Islam.
Prinsip syumul dalam Islam mengambil kira keseluruhan aspek kehidupan manusia
daripada politik, ekonomi dan juga sosial.

5


Kesenian dalam Islam mampu menghubungkan rohani antara pengkarya dengan
masyarakat awam. Melalui sebuah karya yang dihasilkan, pengkarya mampu mengajak
orang awam untuk berfikir sama tentang makna yang tersirat di sebalik sesebuah karya.
Kesenian yang mempunyai nilai yang tinggi akan mendorong ke arah ketaqwaan,
kemakrufan, kesahihan dan budi yang mantap (Hasan, 1981). Kesenian dalam Islam
mampu menimbulkan kesedaran terhadap semua lapisan manusia tentang hakikat
kedudukan hamba yang kerdil di sisi Allah. Muhammad Uthman El-Muhammady
menjelaskan kesenian Islam merupakan kesenian suci yang mendorong akal manusia
untuk meneliti dan mengingati kembali kedudukannya sedalam-dalamnya (Ludin & Nor,
1995).


Unsur Kesatuan

Berbeza dengan kesenian Barat yang hanya mementingkan keseronokan yang pada
akhirnya membawa kepada perpecahan, Islam sebaliknya hadir dengan kesenian berunsur
kesatuan. Kesenian Islam tidak boleh lari daripada mengemukakan ciri-ciri kebenaran dan
kebaikan. Beberapa kualiti seperti kesatuan, keadilan dan keikhlasan merupakan pancaran
daripada kesenian yang dianjurkan Islam. Ibrahim Titus Burkhart menjelaskan (Ludin &
Nor, 1995):
Kesatuan, keadilan dan murah hati merupakan tiga sifat yang
membentuk tiga aspek kesenian. Pengertian yang lebih tepat lagi
dapat ditakrifkan sebagai kesatuan, keseimbangan kemewahan.
Kesenian Islam mampu menyatukan semua lapisan masyarakat kerana Islam
merupakan sebuah agama yang universal, walaupun dianuti oleh berbagai-bagai kaum
dan bangsa dari berbagai-bagai negara, masyarakat Islam diikat dengan satu tali yang
disebut tauhid. Perbezaan latar belakang dan budaya umat Islam ini justeru membawa
kepada perkara-perkara yang positif dalam kegiatan seni kerana mampu memperkaya dan
mempelbagaikan khazanah dunia seni Islam.

6

Pengaruh Kesenian Islam


Kaligrafi

Kaligrafi merupakan antara cabang kesenian yang sinonim dengan Islam. Kaligrafi adalah
seni visual yang berkaitan dengan tulisan. Ia adalah reka bentuk dan pelaksanaan huruf
dengan instrumen tip luas, berus dan instrumen bertulis yang lain. Amalan kaligrafi boleh
ditakrifkan sebagai seni memberi bentuk kepada tanda-tanda dalam ekspresif, harmoni
dan cara yang mahir.
Kaligrafi mendapat perhatian pencinta kesenian Timur di Barat. Peninggalan yang
jelas didapati pada hari ini terletak pada sebuah topi yang ditempatkan di Muzium
Kunsthisterischen, Vienna. Topi tersebut ditenun dengan tulisan kufi dan dihias dengan
reka bentuk Islam. Topi ini digunakan untuk majlis pertabalan King Roger II, Sicily pada
tahun 525 H/1130 M.
Selain itu, pengaplikasian kaligrafi turut dilakukan ke atas pembuatan mata wang
di Eropah. Mata wang negara Mercia mempunyai tulisan kalimah syahadah dan Offa Rex
yang dikeluarkan pada tahun 774 M. Mata wang tersebut dipercayai ditempah oleh Raja
Mercia bernama Offa (757-796 M). Tulisan kalimah syahadah ditulis dengan kaligrafi
silam gaya kufi.
Kaligrafi kufi merupakan gaya popular yang sering terdapat pada artifak yang
ditemui. Antara penemuan tersebut ialah kerusi St. Peter di sebuah gereja Antioch S.
Pietro di Castello yang telah diukir dengan kaligrafi kufi yang mempunyai motif dekorasi.


Arabes

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Arabes merupakan corak hiasan pada catan,
ukiran kayu dan sebagainya yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan, haiwan atau manusia
yang disusun dengan garisan bersegi, bergeometri atau berlengkok-lengkok, awan larat.
Selain kaligrafi, arabes juga berjaya menarik minat pengkarya Barat untuk
mendalami seni ini. Ciri-ciri keseniannya yang halus, unik, bertindan serta boleh
digunakan dalam pelbagai bahan dan bentuk menjadikannya seni hias yang tiada tolok

7

bandingnya. Corak yang tidak terbatas ini digunakan oleh seniman Barat dalam catan,
ukiran barang-barang kemas, bangunan dan lain-lain.
Pelukis Itali Paolo Veneziano (1362 M) telah menggunakan hiasan arabes pada
pakaian jubbah dalam catannya, “The Coronation of the Virgin”. Hiasan-hiasan arabes
juga terdapat di gereja-gereja Sicily apabila pulau itu ditakluk oleh Norman. Manakala
pada permulaan abad ke-17 M merupakan detik permulaan bagi pereka dan pengukir
menghiasi barang kemas dengan reka bentuk arabes. Antara pengukir yang terkenal ialah
Jacques Hurtu dan Marcus Grundler (Ludin & Nor, 1995).
Selain itu, seni arabes juga digunakan dalam penciptaan gelas, tembikar, logam
dan tekstil. Produk gelas yang menggunakan seni arabes ini banyak ditemui di Sweden,
selatan Rusia dan China.Gelas enamel di Syria bertarikh abad ke-15 M terhampar di
gereja Marby. Manakala sekitar abad ke-12 dan ke-13 M, corak arabes tekstil telah ditiru
dan dijadikan hiasan di Lucca dan Regensburg di Eropah. Abad ke-15 pula menyaksikan
tembikar-tembikar Islam amat popular di Eropah. Tembikar ini menjadi satu kebanggaan,
kemegahan dan perlambangan status dalam kalangan bangsawan di Sepanyol (Ludin &
Nor, 1995).
Kesimpulannya, kesenian dalam Islam mempunyai matlamat yang satu iaitu
mengabdikan diri kepada Allha dengan pembawaan yang ada dalam al-Quran dan hadis
Rasulullah s.a.w dan tidak lari dalam landasan syariat Islam. Selain itu, kesenian dalam
Islam hanyalah untuk menyampaikan dakwah menerusi eleman yang ada dalam kesenian
seperti lukisan dan tulisan dalam sesuatu binaan atau perhiasan. Oleh itu, Islam
merupakan agama yang mempunyai pendekatan yang pelbagai dalam menyampaikan
sesuatu kelimuan antaranya adalah kesenian itu sendiri.

8

PENCIPTAAN SERAMIK JEPUN PADA ABAD KE-16 HINGGA KE-19
Sejarah Penciptaan Seramik di Jepun
Seramik tradisional di Jepun adalah salah satu contoh yang terawal di dunia. Walau
bagaimanapun, masyarakat Cina merupakan pihak yang mempelopori seni membuat
porselin dan salah sebuah negara terawal dalam pembuatan porselin yang akhirnya
menjadi terkenal di seluruh China dan mempunyai kebergantungan dengan negara lain
seperti Korea. Tukang tembikar Jepun banyak mempelajari seni seramik dengan belayar
ke China dan Korea atas faktor tertarik dengan seni seramik mahupun berhijrah atas dasar
peperangan.
Kebanyakan perbahasan berkaitan penghasilan porselin yang terbaik pada masa
zaman Edo telah dibahagikan kepada dua, iaitu pendapat pertama yang mengatakan
bahawa masyarakat China lebih pakar dalam pembuatan seramik manakala pendapat
kedua menjelaskan bahawa masyarakat Jepun telah jauh mengatasi kepakaran masyarakat
China dalam pembuatan seramik ini. Pada mulanya, porselin banyak dihasilkan di empat
wilayah penting di Jepun iaitu Owari, Hizen, Hirado dan Kaga (Turkel, 2015). Hal ini
menunjukkan terdapat pertukaran idea dan rentas disiplin ilmu dalam kesenian
masyarakat Jepun dengan negara luar. Kebanyakan disiplin ilmu seramik dipelajari
daripada proses pembuatan sehingga ukiran dan lukisan di bahagian seramik.
Pendapat sarjana Barat mengenai pentarikhan tradisional Jepun untuk permulaan
industri porselin mereka adalah pada tahun 1616. Hal ini berlaku apabila salah satu
daripada tembikar Korea telah dibawa balik ke Jepun oleh tentera-tentera Toyotomi
Hideoyoshi (1536-1598) (x ada tanda koma ) selepas tewas dalam pencerobohan beliau
yang mana beliau sedang sakit di Korea pada 1592 dan 1596. Deposit atau barangan
porselin ditemui di kawasan Arita di Wilayah Saga, Wilayah Hize, barat laut Kyushu
(Lerner, 1978). Hal ini menggambarkan bahawa harta rampasan perang adalah salah satu
faktor perkembangan pembuatan seramik yang mana masyarakat Jepun mula meniru
produk negara luar seperti Korea untuk dijadikan sebagai barangan buatan mereka
sendiri. Tambahan pula, faktor ini juga membuka ruang untuk melahirkan artisan yang

9

mahir dalam pembuatan seramik di Jepun seterusnya meningkatkan tahap kesenian dalam
kalangan masyarakat Jepun.
Sebelum munculnya industri pembuatan seramik di Jepun, terdapat kerajaan lain
yang telah menghasilkan seramik seperti China, Korea, negara Timur Tengah dan juga
India. Pengaruh utama dalam penghasilan seramik di Jepun bermula dengan peniruan
hasil daripada seramik China dan Korea. Kebanyakan tukang tembikar telah membuat
beberapa keping porselin dengan tanah liat yang diperoleh dari China pada 920M namun
penghasilan seramik tersebut mempunyai kualiti yang tidak bermutu (Wilson, 1905).
Lantaran perkembangan industri seramik, wilayah Hize yang mempunyai pelabuhan yang
besar telah menjadi terkenal dengan adanya kilang seramik dan porselin seni selain
mempunyai banyak barangan yang terkenal dalam masa tersebut.
Selain itu, penemuan kaolin di Jepun telah menyebabkan penghasilan seramik di
Jepun bertambah pesat kerana mempunyai salah satu sumber mineral yang bermutu untuk
membuat seramik (Othman, 1978). Rentetan itu, porselin di wilayah Hize semakin
dikenali dan telah menarik minat oleh Eropah kerana barangan Imari di wilayah tersebut
telah dijual dalam kuantiti yang banyak melalui peniaga Belanda pada abad ke-17 dan ke18 (Wilson, 1905). Hal ini secara langsung membuatkan Jepun menjadi salah satu
pengeluar hasil seramik yang setanding dengan negara China dan Korea yang mana
mempunyai kepakaran yang tersendiri mengikut kawasan seperti Imari dan Kakiemon di
Jepun.
Penciptaan Seramik Jepun pada Abad Ke - 20
Pada pertengahan tahun 1980-an, penghasilan seramik dalam kuantiti yang besar
telah menjadi satu ikutan dan juga citra masyarakat Jepun pada ketika itu. Masyarakat
Jepun secara tradisi mempunyai satu istilah khusus yang digunakan bagi menggambarkan
kerja-kerja seni yang berasaskan tanah liat dan juga penghasilan seramik. Istilah tersebut
ialah “ togei ” dalam Bahasa Jepun. Namun pada ketika ini masyarakat Jepun khususnya
penggiat hasil seni ini dan juga penggemarnya meminjam istilah daripada Bahasa
Inggeris iaitu “ clay work ” dalam menggambarkan serta memperihalkan mengenai kerjakerja seni berkenaan.

10

Lebih awal daripada 1980 iaitu selepas daripada Perang Dunia ke-2 yakni pada
tahun 1946, dunia seni seramik Jepun mulai mekar dan kembali hidup semula. Ianya
merupakan salah satu daripada ciri-ciri zaman selepas perang pada ketika itu. Peningkatan
penghasilan seramik Jepun pada ketika itu berkembang melalui penubuhan institutinstitut seni dan juga penubuhan kumpulan-kumpulan penggiat seni seramik dan juga
penggiat seni yang lain. Setiap daripada kumpulan dan juga institut ini telah terlibat
dalam proses membina silibus dan juga citra masing-masing dalam dunia seni seramik.
Sebahagian daripada mereka menumpukan kepada penghasilan melalui teknik dan juga
kaedah tradisional, yang lain pada kreativiti dan berbagai lagi.
Satu perkumpulan penggiat-penggiat seni seramik dari Kyoto yang dikenali
sebagai Sodeisha telah mempromosikan kaedah silang dan pelakuran di antara moden dan
tradisi. Kumpulan ini pada ketika itu diketuai oleh Yagi Kazuo, Kumakura Junkichi dan
Suzuki Osamu.( Louise Allison Cort : 2004) Antara kaedah yang diketengahkan oleh
mereka dalam penghasilan seramik Jepun pada ketika itu adalah kaedah “ pengungkapan
diri” atau dalam bahasa Iggerisnya art as a medium self expression. Sebelum daripada
diasaskan Sodeisha, Yagi dan sahabat-sahabatnya telah membuat satu keputusan yang
agak fundamental iaitu untuk menjauhkan diri mereka daripada taraf kebiasaan bentuk
seramik Jepun yang diambil daripada sejarah Jepun. Mereka menetapkan pendirian
mereka untuk tidak membuat mankuk teh untuk sebarang bentuk pameran malah dalam
apa juga keadaan. ( Louise Allison Cort : 2004)
Dalam penghasilan hasil seni mereka, bolehlah dikatakan mereka masih lagi
menggunakan kaedah konvensional kerana

proses penghasilannya

masih

lagi

menggunakan kaedah tradisi. Namun dari sudut hasil akhir seramik-seramik tersebut
ianya adalah hasil seni yang jati dan asli kerana ianya dihasilkan sebagai satu wadah
pengungkapan diri si pembuat seramik tersebut. Walaubagaimanapun hal ini seterusnya
membawa kepada penghasilan hasil seni seramik yang tidak bersifat tradisional dan
mahupun hasil seni jati dan asli.

11

Para artisan seramik Jepun pada ketika ini telah berjaya memposisikan semula
proses-proses pembuatan seramik berdasarkan kaedah tradisional iaitu melalui proses
pembinaan seramik diatas pemutar, proses pengeringan, proses menjadikan kaca, proses
pembakaran dan proses sentuhan akhir ke dalam metodologi seni kontemporari.
Perbincangan mengenai formasi seramik atau pembentukan sisi seni seramik telah
mendapat asasnya dalam penghasilan kerja seramik pada era ini.
Terdapat beberapa hasil seramik yang dihasilkan berdasarkan kepada penggunaan
kaedah dan juga motif tertentu dalam penghasilan seramik Jepun kontemporari.
Antaranya ialah motif tersebut ialah objek berbentuk bekas berongga atau dalam bahasa
Inggerisnya dipanggil vessel form ceramic. Antara pengemar dan juga artisan yang
mengunakan kaedah ini adalah Takiguchi Kazuo, Domon Kunikatsu, Fukami Sueharu,
Miyashita Zenji, Yanagihara Mutsuo, dan Yoshikawa Seido. Obejk kraftangan ianya
diakui sebagai satu objek yang menggabungkan kedua-dua fungsi utility dan juga
kecantikan. Dalam proses pembinaan bentuk bagi tanah liat sama ada diatas pemutar
tanah liat atau melalui pembentukan tangan atau teknik-teknik yang lain kebiasaanya
akan mempunyai kecenderungan untuk meninggalkan satu ruang kosong dalam tanah liat
tersebut.
Oleh yang demikian pada dasarnya pembentukan kerja-kerja tanah liat ini akan
menghasilkan satu objek yang berongga. Hasil kerja Yanagihara dan lain-lain ini telah
menunjukkan penggunaan teknik membina bentuk seramik dengan tangan telah
membolehkan mereka meneroka potensi format objek berongga ini. Penerokaan mereka
ini membawa kepada penemuan efek-efek lebih pelbagai keatas hasil seramik berbanding
dengan pembinaan dan penghasilan seramik menggunakan pemutar. Manakala Takaguchi
Kazuo menggunakan teknik yang memerlukan kepadanya untuk menyediakan

satu

lapisan tanah liat yang sangat nipis. Lapisan ini kemudiannya akan dilipat dan
disambungkan dengan

pergerakan berturutan yang dinamik. Lipatan tersebut akan

disambungkan kepada satu

struktur yang menyerupai bentuk yang diinginkan dan

diimaginasikannnya setelah ia selesai. ( Rupert Faulkner:1995).

12

Motif imej figurative banyak digunakan oleh artisan seperti Araki Takako,
Sasayama Tadayasu, Nakamura Kinpei, Matsuda Yuriko, Mishima Kimiyo, Miwa
Ryosaki, Yanagihara Mutsuo, Ito Kosho, Kumakura Junkichi, dan juga Suzuki Osamu.
Kategori ini kebiasaanya memasukkan kerja-kerja yang menggabungkan kiasan, bentuk
yang mewakili sesuatu, atau diinspirasikan oleh kiasan dan juga imej yang mewakili
sesuatu. Sebagai contoh Matsuda dan Miwa menghasilkan seramik yang didasarkan
kepada bahagian-bahagian badan manusia yang mewakili masyarakat kontemporari.
Manakala Nakamura Kinbei telah mencampurkan beberapa komponen-komponen Jepun
seperti pokok, dahan dan juga batuan untuk menonjolkan sisi tersendiri budaya Jepun.
Manakala Suzuku telah menggabungkan imej-imej daripada bentuk-bentuk tertentu
seperti kuda, burung, malah juga kanak-kanak dalam pengahasilan karya-karyanya.
Motif bentuk organik. Antara pengkarya yang menggunakan kaedah ini adalah
Akiyama Yo, Imura Toshimi, Hayami Shiro, dan Maeda Tsuyoshi. Akiyama mencipta
bentuk silinder daripada papak tanah liat kemudiannya mengunakan pembakar untuk
mengenakan haba yang lebih kuat di atas permukaanya. Hasil daripada pendedahan haba
yang berbeza diantara permukaan tanah liat dan juga bahagian dalam tanah liat tersebut
menghasilkan retakan pada permukaannya. Retakan ini menjadi simbolik kepada tenaga ,
kekuatan pada bumi ini sendiri.
Ciri Kesenian Seramik mengikut Kawasan di Jepun
Pandangan sarjana Malaysia yang pernah menulis kajian mengenai pembuatan
seramik di Jepun menunjukkan seramik Jepun mempunyai ciri-ciri mereka yang
tersendiri. Seramik di Jepun terdiri daripada jenis Imari, Kakiemon, Nabesima, Hirado
dan Satsuma. Nama-nama ini sebenarnya mewakili nama-nama keluarga artisan dan
pakar dalam pembuatan seramik dalam masyarakat Jepun (Othman, 1978). Kebanyakan
kawasan ini berpusat di kawasan perlabuhan kerana kawasan ini strategik untuk
melakukan pertukaran barangan dan pusat perdagangan yang utama bagi negara Jepun
seperti Imari di wilayah Hize.

13



Perkilangan Seramik di Imari

Keseluruhan para pakar seramik Jepun bersetuju bahawa perkembangan porselin
dan cara membuatnya mula berlaku di Arita. Kebangkitan wilayah Arita sebagai pusat
penghasilan seramik sangat dibantu oleh faktor semula jadi. Hal ini kerana wilayah
tersebut mempunyai bekalan yang hampir tidak terhad kepada kaolin. Bahan ini banyak
didapati di cerun berdekatan pergunungan Izamiyama. Wilayah Hizen mempunyai dua
pelabuhan penting dan terbuka kepada perdagangan. Di dalam wilayah tersebut hanya
Nagasaki dan Imari sahaja yang mempunyai kilang seramik. Kilang ini kemudiannya
akan mengeluarkan seramik dalam kuantiti yang banyak daripasa wilayah tersebut untuk
dihantar ke luar negara (Othman, 1978 dan Turkel, 2005).
Pembuatan seramik di kilang Imari ini mempunyai cara mereka yang tersendiri.
Kilang ini akan membuat dan menghasilkan porselin berasaskan kepada warna biru dan
putih. Mereka juga menggunakan teknik sepuh untuk meletakkan warna kobalt kemudian
dihiaskan dengan sepuhan warna merah, hijau, kuning dan ungu serta bahan enamel lain
untuk dijadikan hiasan tambahan keatas seramik. Porselin daripada wilayah Arita
kebiasaanya bersifat keras, tahan lama dan tahan rosak. Porselin wilayah Arita juga
mempunyai permukaan lebih kasar dan lebih berwarna kelabu berbanding dengan
seramik-seramik China. Pada abad ketujuh belas Masihi, kebanyakkan porselin wilayah
Arita mempunyai ciri-siri seperti dipenuhi dengan lubang minit pin malahan juga
lambang taji pada tapak porselin tersebut (Othman, 1978).
Selain itu, seramik buatan Imari ini juga mempunyai pembawaan unsur China
yang bermotifkan unsur hidupan seperti tumbuhan dan haiwan. Setiap dekorasi tersebut
disalut dengan enamel yang berwarna untuk menampakkan kecantikan dan keaslian
sesuatu seramik. Kebanyakan gambar yang dilukis di permukaan seramik pada ketika itu
kebiasaannya melambangkan peristiwa atau keadaan yang berkaitan dengan kerajaan
ketika itu (Othman, 1978). Hal ini menunjukkan bahawa seramik Jepun ini mempunyai
kepentingan dari aspek

keilmuan dan juga sejarah. Malah ini juga menunjukkan

bagaimana masyarakat Jepun sangat menyintai Seramik sehinggakan peristiwa sejarah
mereka juga direkodkan diatas permukaan seramik.

14



Pembuatan seramik di Kilang Kakiemon

Kilang Kakiemon mempamerkan hasil seramik yang mempunyai ciri-ciri elegan
dan tulen. Malah ciri-ciri seramik mereka juga terdapat enamel beserta dengan sepuhan
merah, biru, hijau, hitam dan kuning. Pada kepingan biru dan putih, reka bentuk yang
dicat dengan teliti dan halus, nilam biru pigmen kobalt. Ciri-ciri kesenian ini
mengambarkan bahawa seramik buatan wilayah Kakiemon ini adalah bersifatkan halus
dan luar biasa untuk diperjelaskan. Hasil seramik mereka juga menonjolkan falsafah
kesenian mereka (Othman, 1978). Kesenian ini lebih menekankan penggunaan enamel
yang pelbagai dan juga penggunaan teknik sepuhan . Ciri inilah yang menunjukkan
seramik Kakiemon ini mempunyai perbezaan daripada Imari.
Di pertengahan abad ke-17 Masihi, seorang tukang seramik di wilayah Arita
bernama Sakaida Kakiemon mempelajari teknik menghias seramik dengan enamel dan
juga sepuhan tindih dari tukang seramik Cina yang menetap di Nagasaki. Teknik ini
kemudiannya dipelihara dan dikomersialkan seterusnya menjadi aset kepada Kakiemon.
Porselin dan juga seramik Kakiemon perlu melalui dua atau lebih peringkat dan proses
tertentu sebelum ia benar-benar boleh dijual. Pada peringkat pertama, seramik akan
dibentuk dan kemudiannya dibakar dan disejukkan. Setelah disejukkan seramik tersebut
akan dicat dan dilukis dengan pelbagai pigmen. Lapisan yang pertama kemudiaanya akan
ditambak dan prosese tersebut akan berulang-berulang sehinggalah ianya selesai.(Turkel,
2015).
Proses ini dibuat berulang-ulang kali kerana faktor daripada enamel yang
bertindak balas dan menghasilkan warna yang berbeza pada suhu yang berbeza. Proses
tambakan perlu dilakukan bagi mencairkan dan menggabungkan warna-warna terang
pada permukaan seramik supaya ianya kelihatan jelas. Selain itu, debu emas juga akan
dicampurkan dengan enamel dan kemudiannya disepuhkan diatas permukaan seramik. Ini
bertujuan untuk mencantikkan lagi seramik tersebut dan juga meninggikan nilai hiasan
pad seramik tersebut. Seterusnya memberikan kesan yang lebih mendalam kepada
penggemar seramik dan juga pembelinya (Turkel, 2015).

15



Pembuatan Seramik di kilang Nabeshima

Kilang Nabeshima merupakan salah satu pengeluar seramik yang bertaraf ekslusif
yang mana banyak dihasilkan untuk golongan atasan seperti keluarga shogun, tuan-tuan
tanah (daimyo) dan bangsawan. Kilang ini dipelopori oleh keluarga bangsawan
Nabeshima dan kebanyakkan hasil seramik disimpan rapi dan tidak didedahkan kepada
masyarakat atau keluarga lain untuk megelakkan sebarang unsur peniruan dan persamaan
dengan pengeluar seramik lain (Turkel, 2015). Seramik daripada keluarga Nabeshima
kebiasaannya merupakan seramik putih. Seramik ini juga akan dihiasi dengan lapisan
enamel berwarna dan garisan halus sebagai hiasan. (Othman, 1978).
Sebagai kesimpulannya, masyarakat Jepun mempunyai tahap kepakaran dalam
pembuatan seramik. Kepakaran mereka dalam menghasilkan seramik dan lain-lain hasil
seni sudah mencapai tahap kemajuan yang setara malah lebih tinggi dengan kepakarankepakaran antarabangsa yang lain. Peranan keluarga artisan Jepun seperti Imari dan
Kakiemon sebagai pengeluar seramik yang terbesar telah membawa kepada kemajuan
dalam bidang seni Jepun. Malah mereka juga telah meninggalkan legasi tamadun Jepun
untuk kajian para sejarawan untuk melihat perkembangan ketamadunan Jepun.

16

UNSUR KESENIAN ISLAM PADA SERAMIK JEPUN
Jika dilihat secara terus, seramik jepun tidak terdapat langsung ciri-ciri yang
menggambarkan Islam padanya. Tidak seperti yang terdapat pada seramik China yang
mempunyai tulisan dan angka Arab. Akan tetapi pada seramik Jepun terdapat unsur-unsur
Islam atau unsur-unsur yang patuh pada nilai-nilai seni dalam Islam.
Menurut NoorZahidah Mohd Zain dan Sakinah Abdullah (2014), unsur islam
dapat dilihat dari segi hiasan jenis Mina‟i (figura), hiasan Arabes, hiasan gelasir, hiasan
bermotif flora dan fauna, hiasan geometri dan hiasan kaligrafi. Kebanyakan seramik
Jepun mempunyai corak atau motif berunsurkan hidupan seperti tumbuhan dan haiwan.
Sebagai contoh, seramik buatan Imari mempunyai pembawaan unsur kerajaan China yang
bermotifkan unsur hidupan seperti tumbuhan dan haiwan.

Rajah 1 : Pinggan Imari Jepun Abad ke-15 Masihi

17

Rajah 2 : Mangkuk Imari Jepun (Motif Pokok Buluh)

Rajah 3 : Mangkuk Imari Jepun (Motif Pokok Buluh)

Rajah 1 : Kendi Imari (Motif Bunga)

18

Rajah 2 : Pinggan Imari (Motif Bunga)
Selain itu, menurut Turkel (1997) seramik yang dibuat oleh keluarga Kakiemon
yang dikenali dengan Tembikar Kakiemon. Motif yang biasa digunakan ialah burungburung di atas pokok yang kembang, rumput yang panjang atau singa-singa, buluh-buluh
dan juga tokoh-tokoh manusia yang diukir dalam kuantiti warna yang sedikit seperti
warna biru, hijau, coklat dan merah, yang mana kebanyakan badan tembikar dibiar
tinggal warna putih sahaja. Tembikar ini juga selalu dibentuk dengan bentuk bunga
kekwa dan pasu hexagon.
Daripada unsur-unsur hiasan yang bermotifkan hidupan, dapat dikaitkan dengan
Islam. Dengan secara tidak langsung, motif tersebut dapat dikaitkan dengan keindahan
ciptaan tuhan. Yang mana akan menambahkan lagi ketakwaan di dalam diri seseorang. Di
dalam Islam itu sendiri menuntut supaya penganutnya melihat keindahan alam untuk
menambahkan lagi keimanan di dalam diri.

19

KESIMPULAN
Penghasilan seramik menjadi salah satu bidang pekerjaan dan profesinaliti dalam
masyarakat Jepun. Malah ia juga merupakan

platform untuk mengembangkan hasil

kesenian masyarakat Jepun. Hal ini dapat dilihat berdasarkan unsur dan motif utama
kesenian dalam pembuatan seramik bertitik tolak daripada pengaruh pemerintahan,
pengaruh hubungan luar dan juga pengaruh suasana dan keadaan masyarakat setempat.
Sehubungan dengan itu, hasil seramik Jepun ini telah menjadi medan keilmuan dalam
persejarahan Jepun, malah juga kerjaya masyarakat setempat dan komoditi perdagangan
yang bernilai di dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
Kesenian Islam yang terdapat dalam hasil kesenian seramik Jepun kelihatan ada
persamaan seperti gambar atau lukisan yang mesra alam dan mementingkan penekanan
unsur flora dan fauna. Hal ini bertepatan dengan teras kesenian Islam seperti unsur tauhid,
keindahan, syumul dan kesatuan yang mana mengambarkan kekuasaan Allah mencipta
sekalian alam di samping memberi inspirasi kepada masyarakat untuk melebarkan
dakwah. Walaubagaimanapun, motif yang dibawa oleh masyarakat Jepun bukanlah
bertujuan untuk menyebarkan Islam namun sekadar memaparkan imej kesenian mereka
untuk diperdagangkan sahaja. Oleh itu, persamaan yang boleh dilihat antara kesenian
Islam dan kesenian Jepun melalui seramik tidak dilihat secara ketara sekiranya dilihat
pada sisi seni yang tersurat pada hasil-hasil seramik Jepun. Namun dengan kaca mata
yang lebih halus kita akan melihat bagaimana beberapa unsur-unsur seni dan penggunaan
motif hiasan dalam seramik Jepun mempunyai unsur-unsur patuh pada nilai Islam dalam
berkarya.

20

RUJUKAN
Abdullah. A. K. 1990. Kesenian Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Bakar. S. A. 1990. Keindahan Kesenian dalam Islam. dlm. Ahmad Kamal Abdullah.
Kesenian Islam. Ampang : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cort, L.A. 2004. Crawling Through Mud: Avant-garde Ceramics in Postwar Japan. The
Studio Potter: December
Faruqi. I. R. 1980. Islam and Culture. Kuala Lumpur : Angkatan Belia Islam
Malaysia.
Faulkner, R. 1995. Japanese Studio Crafts: Tradition and the Avant-garde. United States
of America: The University of Pensylvania Press Philadelphia.
Hassan. M. K. 1981. Konsep Keindahan Dalam Islam Dan Hubungannya Dengan Seni
Dan Sastera: Suatu Pandangan Umum. Jurnal Islamiyat 3: 39-50.
Jones. D. 1978. Pattern and light. Dlm. George Michell. Architecture of the Islamic
World Its History & Social Meaning, London : Thames and Hudson.
Lerner M. 1978. Blue and White Early Japanese Export Wares. t.tmpt. The Metropolitan
Museum of Art.
Ludin. M. M. & Nor. A. S. M. 1995. Aspek-aspek Kesenian Islam. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noor Zahidah Mohd Zain ; Sakinah Abdullah. 2014. Seramik China Berunsurkan Islam.
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2): 64-75.
Rizali. N. 2012. Kedudukan Seni Dalam Islam. Jurnal Kajian Seni Budaya Islam 1(1):18.
Thomas, G. 1982. Step By Step Guide To Pottery. London: Hamlyn.

21

Turkel E. 2015. The Effects Of Edo Period On Japanese And European Porcelain
Tradition. The Journal of International Social Research, Vol. 8, Issue 39, 404-417
August 2015.
Yatim, O. M. 1978. Oriential ceramic ands in West Malaysia: a Study of Their
Distribution and Typology. Durham University. United Kingdom..