KONSEP DAN FUNGSI RUANG lingkup

KONSEP DAN FUNGSI RUANG
Di antara unsu-unsur senibina yang penting menguasai nilai sesuatu rekabentuk ialah
ruang,struktur dan bentuk banggunan. Unsur-unsur ini memounyai hubungan yang erat antara satu
sama lain. Ruang tidak akan wujud sekiranya tidak mendapat sokongan struktur. Struktur pula
kemudiannya melahirkan bentuk-bentuk yang boleh menampung sesuatu fungsi. Konsep dan fungsi
ruang yang diwujudkan mempunyai pertalian yang erat dalam memahami cara hidup sesuatu
masyarakat, kerana faktor cara hidup itu sendiri mempengaruhi bentuk dan peraturan ruang didalam
sesebuah banggunan, dalam rumah tradisional melayu,betuk dan fizikalnya memperlihatkan ciri-ciri
budaya yang dipertahankan dari zamn berzaman.
Pembinaan rumah kediaman bukanlah sekadar memberi keperluan pelindungan sahaja
tetapi ianya mempunyai perhubungan penting psikologi manusia, sosiologi masyarakat, kehendakkehendak peribadi,agama,adat istiadat dan sebagainya. Oleh itu ruang bentuk sesuatu banggunan
dan susun letak ruangnya menitikberatkan aspek-aspek tersebut. Disekeling kita terdapat ruangruang yang wujud secara bebas ( ruang negative ). Apabila struktur atau banggunan dibina,ruang ini
menjadi lebih nyata , bernilai dan dikenali sebagai ruang positif. Didalam senibina,sesuatu ruang yang
wujud bergantung kepada tiga unsur yang penting,iaitu panjang lebar dan tnggi. Perubahan ukuran
pada unsur-unsur tadi bukan sahaja menambahkan nilai sesuatu ruang tetapi juga menimbulkan
berbagai perasaan. Unsur-unsur permukaan dalam senibina diggunakan untuk menegaskan bentuk
tiga dimensi ruang tersebut dan unsur-unsur ruang permukaan ini dikenali sebagai permukaan
menegak,permukaan di atas dan permukaan di bawah. Permukaan menegak ialah dinding,
digunakan dalam banggunan untuk mewujudkan ruang tertentu, manakala permukaan diatas secara
am nya ialah bentuk permukaan yang biasa digunakan sebagai bumbung, siling atau sebarang
struktur yang berfungsi sebagai pelindung. Permukaan dibawah pula digunakan untuk menyokong

berbagai fungsi dan aktiviti didalam sesuatu banggunan. Lantai ialah contoh permukaan bawah yang
penting. Perhubungan antara unsur-unsur inilah yang menjelaskan bentuk tiga dimensi sesuatu
ruang. Selain daripada permukaan, ciri-ciri seperti saiz,rupabentuk,warna dan tekstur serta
perhubungan sesuatu ruang dengan ruang yang lain juga boleh memberikan gambaran yang lebih
jelas tentang sesuatu bentuk dan nilai ruang yang dibatasi.
Senibina kadangkala ditafsirkan sebagai seni menguasai sesuatu ruang. Senibina pada
hakikatnya ialah visual art. Ukuran dan unsur-unsur senibina berganntung kepada nilai-nilai
garis,bentuk,tekstur dan kadaran skalanya. Kekurangan unsur-unsur ini akan menjejaskan bentuk,
menjadikan nya tidak seragam,tidak harmoni dan juga akan melemahkan daya ekstetik banggunan
secara keseluruhan. Rumah tradisional melayu bolehlah disifatkan sebagai banggunan yang
disesuaikan dengan kehenfdak iklim, topografi dan ekstetik manakala konsep ruang dan komponen
banggunan disusun .sedemikian rupa untuk menyesuaikan dengan kehendak-kehendak
penghuni,masyarakat,adat istadat dan agama.
Terdapat beberapa pendapat dalam mengklasifikasikan ruang-ruang yang wujud dalam
rumah tradisioanal melayu di semenanjung amnya an rumah Melaka khususnya. Berlandaskan fungsi
dan konsep,rumah tradisional melayu mencerminkan kepada kita perhubungannya yang rapat
dengan cara hidup masyarakat melayu.

Pengklasifikasian yang pertama ialah membahagikan ruang-ruang dalam rumah tradisional
melayu kepada tiga jenis, iaitu ruang formal, ruang aktif dan ruang pasif. Ruang formal ialah rang

yang menerima kunjungn tetamu serta digunakan bagi tujuan-tujuan rasmi. Dalam sosiobudaya
masyarakat melayu pengklasifikasian ruang formal ini melibatkan ruang anjung dan serambi serta
dapur . Ruang aktif pula terletak dibahagian belakang banggunan dan digunakan sebagai
pelaksanaan tugas-tugas harian keluarga. Pembahagian ruang-ruang aktif ini melibatkan ruang-rang
dapur. Ruang pasif pula melibatkan ruamah ibu dan bilik .
Pengklasifikasian yang seterusnya ialah membahagikan rumah melayu kepada rumah asas
dan ruang tambahan. Ruang asas mengandungi ruang tiba ,rumah ibu dan dapur. Ruang tambahan
terdiri daripada anjung,serambi, bilik, dan pelancar.pada rumah asas, istilah ruang tiba, hanya
menjelaskan sifat-sifat ruang sedangkan dalam rumah tradisional melayu terdapat beberapa ruang
yang bersifat demikian. Antaranya anjung bagi sesetengah rumah,serambi bagi kebanyakan
rumah,pelantar (selang) bagi pengujung yang menggunakan tangga tengah dan pelancar bagi yang
menggunakan tangga belakang.
Secara khusus data yang dianalisis secara rentetan pembahagian atau penyusunan ruang
dalam rumah Melaka. Anjung dan serambi merupakan ruang pertama yang ditemui dari zon
hadapan dan dihubungkan dengan tangga hadapan dari aras tanah ke rumah ibu. Ruang ini terdedah
pandangan umum dan tidak mementingkan “privasi”. Rumah ibu ialah ruang yang kedua
ditemui,mengandungi ruang tengah rumah dan bilik. Ianya terletak antara serambi dan rumah
dapur. Rumah ibu dan dapur dipisahkan oleh selang. Rumah ibu juga adalah rumah yang tertinggi
parasnya. Ruang ini mementingkan privacy. Dapur ialah ruang yang terakhir ditemui, terletak
dibahagian belakang dan tersembunyi dari ruang serambi. Ruang ini ialah lebih rendah daripada

rumah ibu.aras yang berbeza atara ruang-ruang juga berfungsi sebagai sempadan ruang dan aktiviti
pada ruang-ruang terebut.
Jumlah bukaan ( pintu dan tingkap ) mencerminkan kegunaan ruang. Serambi terdedah
keadaannya menunjukkan ruang ini tidak mementingkan privacy, ruang ini menampung aktiviti kaum
lelaki disamping menjadi ruang rasmi(formal). Rumah ibu merupakan ruang yang mempunyai
beberapa bukaan. Bagi rumah Melaka bukaan pada rumah ibu biasanya berjumlah tujuh buah,iaitu
tiga buah pintu dan empat buah tingkap (bukaan kecil dan besar ). Bukaan dalam rumah melayu
adalah untuk pengedaran udara dan pengcahayaan. Bukaan yang mempunyai saiz yang besar dan
kecil menandakan kedudukan darjah dan privacy. Ibu rumah lebih tinggi dari serambi,dan dapur
terletak bersebelahan dengannya. Di sini dapat dikatakan jumlah bukaan pada rumah melayu di
tentukan oleh hiraki pengunaan ruang. Bagi ruang yang digunakan secara aktif dan tidak
memerlukan privacy,bukaan juga penting tetapi dihadkan pada jumlah tertentu. Dan sesetengah
darripada bukaan tersebut berada ada paras yang tertentu juga.
Sosialisasi masyarakat melayu menyekat pergaulan bebas antara lelaki perempuan yang
bukan muhrim. Larangan pergaulan bebas ini membawa kesan kepada pengaturan bentuk dan
susunan ruang dalam rumah tradisional melayu. Kesan ini membawa kepada pengwujudan ruang
lelaki dan ruang untuk perempuan. Maka lahirlah konsep ‘dwi-kompartmentilasi’ dan konsep ‘publicpersendirian’ dalam rumah tradisional melayu amnya dan rumah melaka khususnya.

Konsep dwi-kompartmentilasi membawa maksud perhubungan sosial masyarakat melayu
yang dibahagi dua, iaitu untuk kaum wanita dan untuk kaum lelaki. Sesuai dengan norma sosial yang

berasaskan islam,maka rumah melayu turut disusun supaya dapat menempatkan konsep dwikompartmentilasi ini. Hakikat ini dapat diperjelaskan lagi dengan mengaitkan dengan aktiviti yang
berlaku menerusi ruang-ruang yang berkenaan. Dalam rumah melaka, zon hadapan yang terdiri
daripada ruang anjung dan serambi bolehlah dikatakan untuk kaum lelaki. Ruang ini juga berfungsi
sebagai ruang formal. Zon belakang yang mengandungi ruang dapur adalah ruang untuk kaum
wanita. Ruang-ruang ini dianggap sebagai ruang aktiv. Zon tengah diangggap sebagai ruang
pasif,terdiri daripada tengah rumah dan bilik. Dianggap sebagai ruang wanita dan ruang persendirian.
Mengikut adat resam melayu, orang lelaki tidak dibenarkan masuk kedalam ruang wanita tanpa izin,
melainkan ahli keluarga atau saudara mara yang dibenarkan.
Selain daripada ruang-ruang yang diwujudkan dan disusun untuk memenuhi konsep dwikompartnemtilasi ini, terdapat juga konsep public-persendirian dalam rumah melaka. Konsep publicpersendirian adalah ruang-ruang yang dianggap terbuka, dan ada yang dianggap tertutup. Ruangruang yang terbuka boleh digunakan oleh anggota masyarakat sekeliling sementara ruang-ruang yang
tertutup hanya boleh digunakan sebagai ruang persendirian. Sesungguhnya pengwujudan ruangruang dan susunannya adalah berdasarkan kehendak sosial adat, sosio-budaya dan agama. Ruang
serambi dan ruang dapur merupakan ruang untuk menyambut tetamu dan secara langsung menjadi
ruang public. Anggota masyarakat dibenarkan menggunakan ruang tersebut untuk berkumpul,
menjalankan upacara adat istiadat dan aktiviti lain.
Serambi dan rumah dapur,ruangnya Panjang dan besar sesuai untuk menampung kehendak
adat resam, kebudayan dan agama. Orang melayu tidak sunyi daripada mengadakan kenduri kendara
sebagai satu kaedah untuk merapatkan hubungan social dalam hidup bermasyarakt dan kampung.
Orang lelaki menjalankan amalan-amalan agama seperti bertadarus,berzanji dan marhaban.
Sementara kaum wanita juga dengan menjalankan alktiviti membasuh lantai,bertindik,melenggang
perut, mandi berhias dan sebagainya. Oleh itu ruang-ruang tersebut harus Panjang serta luas untuk
menampung hadirin. Kedudukan tamu lelaki di serambi dan anjung akan menggunakan tangga

hadapan, manakala tamu perempuan di rumah dapur akan menggunakan tangga tengah. Semasa
kenduri kaum lelaki akan duduk bersila beralas tikar di atas lantai. Mereka duduk berbaris
berhadapan, sementara hidangan diletakkan ditengah tengah. Itulah sebab bentuk ruang serambi
rumah melaka kecil tetapi memanjang.