SENARIO BUDAYA MEMBACA DI MALAYSIA ISU D

SENARIO BUDAYA MEMBACA DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN

SHAHAROM TM SULAIMAN
SAIFUL FARIK MAT YATIN (DR)
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana
&
AJK Komuniti Buku Online
Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Pencinta Buku Negeri Perak, anjuran
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak pada 12-13 Okt. 2011.

Abstrak: Artikel ini membincangkan berkenaan senario industri buku Malaysia,
membincangkan kejayaan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam menjalankan
kempen-kempen bersama NGO dan kerajaan dalam menggalakkan minat dan budaya
membaca seperti memastikan kunjungan, pinjaman dan penjualan buku meningkat setiap
tahun. Artikel ini juga membincangkan persoalan benarkah rakyat Malaysia tiada budaya
membaca. Beberapa saranan dan contoh kejayaan membudayakan tabiat membaca juga
di senaraikan seperti dokumentari Kembara Buku dan program mempopularkan
pernernitan ilmiah demi membudaya tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Keyword : budaya membaca, industri buku, Perpustakaan Negara Malaysia,
Biblioholisme


Pengenalan
Membaca adalah sesuatu yang senang dilakukan tetapi untuk menjadikannya satu
budaya, ternyata sulit diamalkan. Kadar literasi yang tinggi iaitu 92 peratus (PNM, 2007)
dan tahap pendidikan yang tinggi belum tentu menjamin minat dan penghayatan budaya
membaca yang tinggi walaupun aktiviti membaca diakui kepentingannya. Pelbagai

1

kempen budaya membaca telah dianjurkan tetapi kita masih tetap tidak mendapat
jawapan yang memuaskan terhadap persoalan budaya membaca rakyat Malaysia.
Dahulunya bulan Julai kita ‘merayakan’ Bulan Membaca Kebangsaan yang melibatkan
pelbagai institusi yang berkaitan seperti Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan
Awam, Kementerian Pelajaran, bahkan pesta buku sama ada di Kuala Lumpur atau
bandar-bandar besar aktif dianjurkan. Namun apabila YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais
Yatim (sekarang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) mengisytiharkan
bahawa aktiviti membaca itu adalah sepanjang masa dan bukanlah bermusim pada bulanbulan tertentu sepertimana yang diamalkan dahulu. Kajian Profil Membaca Rakyat
Malaysia (1996) mengatakan rakyat Malaysia membaca 2 buah buku setahun, satu kadar
yang jauh masih rendah, dengan mengambil kira kadar literasi dan kesedaran pendidikan
tinggi, atau pun jika dibandingkan dengan Jepun (Jepun selalu digunakan sebagai

penanda aras kemajuan buku dan budaya membaca bagi negara-negara membangun).
Namun kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005 (PNM 2007) yang dijalankan oleh
Perpustakaaan Negara Malaysia menunjukkan peningkatan yang tinggi iaitu rakyat
Malaysia membaca 8-12 buah buku setahun. Namun jika dibandingkan pula dengan
Singapura iaitu 25 buah buku setahun, kadar membaca rakyat Malaysia masih lagi
rendah. Walaupun terdapatnya lebih 20 buah IPTA dan kebanjiran IPTS di Malaysia,
ianya tidak menjamin kelangsungan budaya membaca ini.

Senario Industri Buku Negara
Dalam konteks industri penerbitan, Malaysia belum berupaya menerbitkan 7000
judul baru setahun dibawah Akta Penyerahan Bahan 1986, sedangkan negara maju seperti

2

Jepun telah menerbitkan purata 52,000 judul setahun didalam Bahasa Jepun. Walaupun
kita menerima bahan penerbitan termasuk semua jenis bahan (buku, majalah, akhbar,
jurnal, risalah, peta dan carta) sejumlah 15,767 judul pada tahun 2009, namun jumlah ini
adalah termasuk buku-buku yang tidak diterbitkan pada tahun semasa. Menurut sumber
Gabungan Penulis Nasional (GAPENA, 2009) terdapat 5,150 orang penulis termasuk
semua genre (akademik, kreatif & bukan kreatif, kartunis dan kewartawanan) tetapi

Malaysia masih lagi tidak dapat mensasarkan penerbitan 7,000 buah buku setahun. Hatta
dengan wujudnya sejumlah 8,184 syarikat penerbitan pada tahun 2009, sasaran 7000
judul setahun masih tidak berupaya dicapai. Jika dilihat dari nilai jualan buku pada tahun
2009 iaitu sejumlah RM2.1 bilion (Majlis Industri Buku Malaysia, 2009) yang
merupakan satu jumlah yang tinggi, ini tidak menggambarkan senario sebenar industri
buku tempatan kerana dibanjiri buku-buku import dengan kata lain penggantungan buku
import masih tinggi dan tidak menggambarkan senario sebenar penerbitan buku
tempatan.

Pengunjung Perpustakaan Di Seluruh Malaysia 2006-2008
Berdasarkan statistik PNM (2009) menunjukkan bahawa jumlah kekerapan
pengungjung perpustakaan di seluruh negara (2,249 buah perpustakaan) adalah
menunjukkan

peningkatan

yang

memberansangkan.


Jadual

di

bawah

adalah

perbandingan bagi tempoh 2006-2009.
TAHUN
Pengungjung
(kekerapan)

2006

2007

2008

19,726,802


21,170,433

38,836,509

3

Peminjaman Buku di Perpustakaan Seluruh Malaysia
Jika dilihat pula dari peminjaman buku di seluruh Malaysia, terdapat peningkatan
juga dalam jumlah peminjaman buku di perpustakaan seluruh Malaysia. Ini jelas
menunjukkan bahawa minat membaca rakyat Malaysia mulai tersemai dan akan menjadi
budaya pada suatu hari nanti. Jadual di bawah menunjukkan trend peningkatan
peminjaman buku.
TAHUN
Pinjaman Bahan
(Naskah)

2006

2007


2008

10,868,847

12,613,344

19,551,957

Peningkatan Jualan Buku 2006-2009
Berdasarkan statistik Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpu (PBAKL) bagi
tempoh tiga tahun (2007-2009) menunjukkan sambutan masyarakat kepada PBAKL
adalah positif dari segi jualan buku dan penyertaaan penggiat dan pengusaha kedai buku.
Ini melambangkan industri buku di Malaysia berkembang selaras dengan minat
masyarakat terhadap buku.
TAHUN
2007
2008
2009
2010


GERAI JUALAN
(UNIT)
455
652
758
855
(Malaysia Guiness Book of Record)*

JUMLAH JUALAN
(RM JUTA)
16
22
27
-

*Sumber : Kejayaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Kali Ke-29 Tahun 2010.
http://www.kualalumpurbookfair.net/archives/32

Benarkah Rakyat Malaysia Tiada Budaya Membaca?

Persoalan yang lebih penting bukan berapa banyak buku yang diterbitkan setiap
tahun tetapi apakah jumlah orang yang membaca meningkat selaras dengan banyaknya

4

buku yang ada dalam pasaran. Di Malaysia, kita tidak tahu dengan pasti apakah
sebenarnya kadar membaca per kapita di Malaysia seluruhnya atau berdasarkan
kumpulan etnik yang membaca dalam bahasa Melayu, dalam bahasa Inggeris, dalam
bahasa Cina dan bahasa-bahasa lain. Selalunya pengukuran minat membaca diukur
berdasarkan kiraan ‘per capita reading habit’, yakni, berapakah jumlah buku atau jumlah
halaman buku secara purata yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam satu tahun
berdasarkan jumlah buku yang diterbitkan setiap tahun. Kita tidak tahu dengan jelas
daripada 26 juta penduduk Malaysia, berapakah jumlah kanak-kanak yang belum tahu
membaca, atau jumlah yang membaca dalam bahasa Melayu, atau dalam bahasa Inggeris
saja, atau bahasa-bahasa lain.
Perkiraan jenis ini selalu membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia hanya
membaca beberapa halaman buku dalam satu tahun. Persoalannya golongan manakah
yang dapat dikatakan representatif dalam kita mengukur budaya membaca rakyat
Malaysia. Apakah golongan professional, ahli politik, sarjana, pelajar sekolah atau
sebagainya? Semua golongan ini tentunya membaca mengikut keperluan masing-masing;

misalnya, berkaitan dengan kerjaya, peperiksaaan, ‘naik pangkat’, hiburan’ dan berbagai
lagi tujuan membaca. Mungkin sudah sampai masanya untuk kita memikirkan kaedah
mengukur minat membaca dan menentukan penanda aras kita sendiri tentang tahap
kemajuan buku di Malaysia sesuai dengan keadaan negara kita sebagai negara pelbagai
etnik, budaya dan bahasa.
Dari sudut lain, kita melihat buku-buku dalam kategori tertentu seperti motivasi,
novel-novel popular sama ada bahasa Melayu atau Ingeris terus mendapat sambutan,
bahkan ada dikatakan novel-novel Melayu yang penjualannya mengatasi 20 ribu naskah

5

setahun. Penulis juga difahamkan bahawa dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala
Lumpur yang berlangsung pada tahun 2010 telah dikunjungi 1.5 juta pengunjung, suatu
peningkatan yang membanggakan. Toko-toko buku ‘mega’ di Kuala Lumpur, misalnya,
dikunjungi ramai bahkan ada yang mendapat jualan harian yang mencecah RM20 ribu.
Secara umumnya, kita dapat mengatakan rakyat Malaysia memang minat membaca dan
sanggup membeli buku.
Namun, kesemua gambaran ini masih belum dapat memberi gambaran sebenar
tentang budaya membaca rakyat Malaysia. Dalam konteks pengukuran inilah, penulis
bersetuju dengan pandangan Dato’ Hassan Ahmad (2004) bahawa pengukuran perlu

dilakukan pada golongan pertengahan yang besar yang dikategorikan sebagai pembaca
umum atau yang membaca buku-buku umum, tidak kira apa bidang mereka dan
pekerjaan mereka. Orang yang membaca buku-buku umum biasanya golongan yang
membaca bahan merentas pelbagai disiplin ilmu, buku-buku wacana, bukan setakat
membaca buku ‘bidang’, buku teks, bukan juga membaca sekadar mengisi masa lapang,
tetapi membaca untuk memperluaskan fikiran dan mengasah minda. Golongan inilah
yang dapat disifatkan orang yang mengamalkan budaya membaca sebagai sumber
pendidikan sepanjang hayat, dan tentunya mempunyai pandangan hidup yang luas untuk
menjadi golongan pembentuk ‘fikiran’ dan pandangan awam yang kritis dan
bertanggungjawab. Golongan pembaca inilah yang patut dijadikan ukuran atau indikator
untuk membuat kesimpulan tentang budaya membaca rakyat Malaysia di peringkat
nasional.
Penulis dalam beberapa tulisan yang lain (2002, 2004, 2005) mengatakan bahawa
kempen-kempen gerakan membaca yang dijalankan selama ini sepatutnya bukan lagi

6

hendak mengalakkan kesedaran minat membaca kerana minat membaca sudah pun ada,
tetapi yang pentingnya melahirkan ‘pencinta buku’ yang terangkum dalamnya; budaya
membaca yang tinggi , pembeli bahan bacaan yang luar biasa dan mencintai ilmu. Dalam

istilah Biblioholisme (segala hal yang berkaitan buku dan dunia perbukuan), kita hendak
melahirkan ‘biblioholis’ (kecanduan terhadap buku). Golongan pembaca umum dapat
dikategorikan sebagai ‘biblioholis’. Dan, penulis yakin inilah tujuan akhir pada manamana kempen dan gerakan membaca yang dianjurkan selama ini bahkan perlu pada
pendekatan yang menyeluruh untuk melahirkan pembaca seperti ini.

Penghayatan Budaya membaca
Dalam mana-mana perlaksanaan program budaya membaca, aspek penghayatan
merupakan destinasi terakhir dalam menjayakan program ‘pembacaan’. Kita mungkin
dapat menganjurkan program yang tersusun, terancang bahkan canggih, namun, aspek
penghayatan tetap menjadi daya pengukur kejayaan sesuatu program. Penghayatan
pembacaan merangkumi elemen-elemen berikut:












Budaya membaca yang tinggi
Kecintaan luar biasa terhadap buku dan bahan bacaan
Pembeli buku dan bahan bacaan yang luar biasa
Mempunyai koleksi buku atau perpustakaan peribadi
Tahu membezakan bahan bacaan bermutu dan yang sebaliknya
Unsur-unsur intelektualisme tergambar dalam dirinya seperti pemikiran, cara
berfikir, kelancaran bahasa, wacana, dan sebagainya

7



Meminati secara serius hal-hal yang berkaitan buku dan dunia perbukuan atau
budaya ‘Biblioholisme’.

Secara signifikan atau kesannya daripada penghayatan pembacaan akan melahirkan
budaya “Biblioholisme”, yakni “kecanduan” atau ketagihan terhadap buku yang
menggambarkan tabiat luar biasa yang berkecenderungan membaca, membeli,
menyimpan,, mencintai, dan mengagumi buku. “Biblioholisme” akhirnya melahirkan
pencinta buku dan pembaca yang luar biasa. Seiringan dengan ‘Biblioholisme’, akan
lahirnya secara semulajadi budaya menulis sebagai kesan akhir dari pembacaan.
Dalam konteks makro pula, ‘budaya buku’ hendaklah dijadikan agenda
pembangunan nasional, bukan sekadar buku untuk bacaan teks sekolah, universiti, atau
keperluan-keperluan ‘wajib’ yang lain. Buku sebenarnya wahana pendidikan rakyat,
sebagai sumber pendidikan sepanjang hayat, sebagai alat memperkayakan nuansa
pemikiran rakyat malah lebih dari itu, meningkatkan budaya dan moral. Buku dan
membaca berkait rapat dengan ‘berbudaya ilmu’, yakni masyarakat yang berakal budi
dan ‘culturally literate’.
Sekiranya masyarakat berbudaya ilmu yang ingin dilahirkan, maka ‘budaya buku’
perlu diberi keutamaan yang tinggi sebagai komponen penting dalam dasar, budaya dan
perancangan pembangunan negara, bukan sekadar hanya sebuah industri , alat ekonomi
semata atau dengan kuasa beli rakyat sahaja. Nilai buku sebagai alat pendidikan
masyarakat, sebagai sumber pendidikan sepanjang hayat, hendaklah diberikan tempat
atau harga yang tinggi dalam dasar pembangunan negara. Meritokrasi juga perlu
berdasarkan komitmen orang terhadap buku dan budaya ilmu yang dikembangkan
melalui buku itu. Media cetak dan elektronik perlu banyak menyebarluaskan budaya ilmu

8

dan budaya buku daripada asyik membesarkan berita-berita sensasi tentang seks,
selebriti, fesyen mahu pun lebih berminat dengan rancangan realiti TV. Dengan kata lain,
“negara” harus memberi NILAI yang sebenar pada daya buku itu sendiri, bukan sekadar
alat pendidikan formal di sekolah, tetapi sebagai komoditi budaya atau aset budaya
negara.
Dalam konteks pengajian tinggi pula, membaca atau ‘biblioholisme’ perlu diajar
sebagai satu disiplin ilmu yang merangkumi aspek estetika dan seni membaca, psikologi
membaca, kemahiran membaca dan bukan sekadar pendekatan ‘marginal’ atau terpinggir
yang selalu dikaitkan dengan pengajian kesusasteraan dan bahasa. Disiplin ‘ilmu
biblioholisme’ ini perlu dijadikan pelajaran ‘wajib’ bagi semua pengajian bidang di
universiti. Selama ini kita tidak tahu dengan jelas kejayaan universiti dalam memupuk
penghayatan budaya membaca yang tinggi di kalangan para pelajar universiti
termasuklah para pensyarahnya. Yang kita tahu budaya bergantung sumber elektronik
memang tinggi tetapi belum menyerap sepenuhnya budaya membaca. Akhirnya kita
berjaya melahirkan pelajar yang “kaya” maklumat tetapi “miskin” ilmu.

‘Merakyatkan’ Budaya Membaca
Kempen dan program budaya membaca tidaklah semudah kempen ‘mega sale’
untuk mempromosi produk-produk misalnya pakaian dan kosmetik. Kita sebenarnya
memerlukan pendekatan yang merakyat atau popular supaya buku dan budaya ilmu dekat
dan sebati dalam masyarakat. Penulis tetap optimis bahawa generasi muda atau golongan
remaja merupakan sasaran yang perlu diberi keutamaan tinggi. Dengan kata lain, kita
perlu memahami “bahasa mereka”, kita perlu memikirkan secara serius seperti

9

mengadakan program ‘membaca’ ala realiti TV, tak kisahlah bentuknya sama ada,
Akademi Fantasia, Malaysian Idol, “Mencari Cinta’ (Buku), atau apa-apa saja kerana
budaya membaca harus digambarkan sebagai aktiviti yang mernyeronokkan serta
menceriakan. Sebenarnya contoh kejayaan cemerlang melalui peranan selebriti telah
berjaya dilakukan di Amerika Syarikat melalui selebriti Oprah Winfrey melalui
rancangan ‘Talk show’, di mana Oprah telah berjaya melariskan buku-buku di pasaran
dan menggalakkan minat membaca rakyat Amerika (Farr, 2005).

Dokumentari Kembara Buku terbitan PNM
Langkah yang diambil oleh PNM dengan kerjasama RTM menerbitkan
dokumentari ‘Kembara Buku’ merupakan langkah kehadapan yang harus dipuji kerana
cuba mengembangkan budaya buku secara meluas dan mengajak rakyat Malaysia
memahami pesona dunia buku dan perbukuan. Sebenarnya dunia buku bukanlah dunia
yang statik tetapi sebuah dunia buku yang tersendiri.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai institusi ‘wajib’ dalam pembudayaan
pembacaan telah meneroka pendekatan yang kreatif, menarik dan berwajah baru dalam
mengajak masyarakat Malaysia untuk mengenal dan mengapresiasi dunia buku dengan
menerbitkan dokumentari TV Kembara Buku dengan kerjasama Radio Televisyen
Malaysia (RTM). Dokumentari yang bersifat ‘travelog’ itu telah pun mula ditayangkan
pada 12 Disember 2010. Kembara Buku ini mempunyai 13 episod dan ditayangkan pada
setiap hari Ahad, pukul 2 petang di TV1 selama 30 minit. Penerbitan travelog Kembara
Buku diharapkan dapat memenuhi objektif berikut:

10



Memberi promosi secara meluas menerusi siaran televisyen mengenai budaya
membaca kepada masyarakat.



Mempromosi industri buku sebagai usaha galakan membaca masyarakat
Malaysia.



Memberi persepsi baru kepada masyarakat tentang kepentingan buku sebagai
sumber ilmu.

Kembara Buku terbitan PNM merupakan dokumentari TV pertama di Asia yang
bersifat travelog yang memberi fokus kepada dunia buku. Sebuah travelog yang melihat
sisi lain yang memikat dunia buku yang jarang diterokai secara mendalam. Kita akan
dibawa untuk mendekati para pencinta buku (biblioholis), aktivis dan ‘pejuang’ buku,
institusi dan suasana pesta yang tidak pernah didedahkan sebelum ini.

Mempopularkan penerbitan ilmiah
Dalam konteks penerbitan pula, buku-buku ilmiah juga perlu pada pendekatan
popular dengan tidak mengorbankan nilai ilmu dan keilmiahannya. Isu buku ilmiah tidak
laku dan sukar difahami boleh ditangani secara kreatif dan popular. Kejayaan pendekatan
ini dibuktikan oleh Penerbit Icon Books di Cambridge yang menerbitkan siri-siri buku
yang dikenali sebagai series for beginners, yang mana buku-buku bercorak ‘wacana’
seperti memahami pemikiran Albert Einstein, Stephen Hawking, Postmodernism, telah
dipermudahkan dalam bentuk popular. Begitu juga buku-buku dalam series for Dummies
dan Complete’s Idiot telah berjaya menerbitkan lebih dari 200 tajuk tentang pelbagai
perkara dalam bentuk yang popular. Siri-siri buku ini telah dipemudahkan
persembahannya, lebih banyak grafik, gambar menggunakan perkataan dan kata-kata

11

yang mudah difahami. Siri-siri buku ini mendapat sambutan luar biasa, bahkan
diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dunia termasuk bahasa Indonesia. Penulis percaya
banyak lagi pendekatan-pendekatan kreatif dan popular yang dapat kita fikirkan dan
usahakan bersama untuk ‘merakyatkan’ budaya membaca.

Kesimpulan
Budaya membaca sebenarnya berkaitan dengan pandangan ‘hidup’ kita yang
bukan lagi semata-mata memburu rezeki untuk hidup tetapi memberi keutamaan yang
tinggi memburu ilmu, menambahkan ilmu untuk meningkatkan corak pemikiran atau
intelek sebagai suatu keperluan dalam perkembangan hidup dan meningkatkan kualiti diri
bagi menghadapi cabaran-cabaran hidup. Hidup tanpa budaya membaca dan penghayatan
budaya ilmu akan dirasakan sebagai satu kekurangan besar dalam kehidupan.

12

Rujukan
Farr, Cecilia Konchar. (2005). Reading Oprah: How Oprah’s Book Club changed the
way American reads. New York: State University of New York Press.
Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) (2009). Dlm. Perpustakaan Negara Malaysia
(2010). Perangkaan perpustakaan Malaysia 2009. Kuala Lumpur : PNM
Hassan Ahmad, Dato’ Dr (2004). Ke arah Dasar Buku Negara yang berkesan. Kertas
kerja di Seminar Penilaian Semula Dasar Buku Negara anj. Majlis Buku Kebangsaan
Malaysia, 3-4 September.
Hamedi Mohd. Adnan (2005). Masa depan industri buku dlm Dewan Masyarakat, Jun.
Hal 19-21.
Jeniri Amir (2005). Sebaran ilmu melalui buku dlm Dewan Masyarakat, Jun. Hal 22-25.
Kuala Lumpur Book Fair (2010). Kejayaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Kali Ke-29 Tahun 2010. http://www.kualalumpurbookfair.net/archives/32
Majlis Industri Buku Malaysia (MABIM) (2009). Dlm. Perpustakaan Negara Malaysia
(2010). Perangkaan perpustakaan Malaysia 2009. Kuala Lumpur : PNM
Mohd. Sidin Ahmad Ishak (2005). Perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia:
Buku Melayu mencari nafas baru. Shah Alam: Cerdik Publications.
Perpustakaan Negara Malaysia (2010). Perangkaan perpustakaan Malaysia 2009. Kuala
Lumpur : PNM
Perpustakaan Negara Malaysia (2007). Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005. Kuala
Lumpur : PNM
Shaharom TM Sulaiman & Salasiah Abd. Wahab (2002). Keanehan dan keunggulan
buku. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Shaharom TM Sulaiman (2004). Buku kekasih. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors.
Shaharom TM Sulaiman (2004). Ada apa dengan buku. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors.
Shaharom TM Sulaiman & Abd. Razaq Ahmad (2005). Buku dan pendidikan: Ke arah
penghayatan membaca. Kuantan: Yayasan Istana AbdulAziz.

13