ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN BAJAU DI SABAH
KURSUS AT10403
:
PENULISAN
AKADEMIK
UNTUK SAINS SOSIAL
NAMA PENSYARAH
:
PROF.
MADYA
DR.ROSAZMAN
:
TAHUN 3 (SEMESTER 2) SESI 2014/
HUSSIN
TAHUN
2015
NAMA PELAJAR
BIL
NAMA PELAJAR
NO. MATRIK
1.
FISABELLAH BINTI JOHN
YA 2012 - 2076
TUGASAN INDIVIDU:
ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN KAUM BAJAU DI SABAH
3.0
BAJAU PANTAI BARAT (BAJAU DARAT)
Suku kaum Bajau yang mendiami kawasan pantai barat Sabah bermula dari
Kudat sehingga ke kawasan pedalaman Sabah. Bagaimanapun majority suku
Samah terdapat di Kota Belud, Tuaran, Likas, Petagas, Putatan, Ketiau, Kinarut,
Beringgis, Kawang, Pengalat Besar dan Pengalat Kecil di Papar, Sabah. Pada
dasarnya gelaran Samah sinonim dengan gelaran kaum Bajau.
Suku ini
memasuki Borneo melalui kawasan Kota Belud dan Kudat. Mengikut fakta
sejarah, "Bajau" adalah nama kepada salah seorang pahlawan Bugis yang
berasal dari Makassar yang membantu Johor menyerang Belanda. Kaum Bajau
kemudian telah belayar melalui persisiran pantai Borneo dan membuka
perkampungan awal di Kota Belud. Oleh itu, adat istiadat perkahwinan asli Bajau
pantai Barat boleh dilihat melalui adat istiadat perkahwinan Bajau Kota Belud
yang akan diterangkan di bawah.
3.1
ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN BAJAU KOTA BELUD
Terdapat sedikit bersamaan adat istiadat perkahwinan kaum bajau di sabah
dengan adat perkahwinan orang melayu. Hal ini mungkin disebabkan sejarah
asal usul bajau yang dipercayai berasal dari johor suatu ketika dahulu. Walaupun
(sopher 1965:352) andaikan bajau di sabah berasal dari Riau-Lingga . kaum
Bajau sangat teliti dalam melaksanakan upacara adat istiadat perkahwinan.
upacara selalunya dilakukan mengikut tuntutan adat dan agama. Oleh itu, adat
istiadat perkahwinan Bajau banyak dipengaruhi oleh budaya turun temurun dan
agama Islam. Seterusnya, untuk memahami lebih terperinci upacara adat
istiadat perkahwinan bajau darat adalah melalui tujuh peringkat dalam upacara
adat
istiadat
perkahwinan
bajau
darat
yang
utama
iaitu
TILAU-TILAU
IDAAN/MENDO, SERUAN, NORONG/MALAD, MANDI BADAK, NIKAH, NGENDO’ DAN
NGEDEDE. Ketujuh-tujuh peringkat dalam adat istiadat perkahwinan bajau ini
akan diulaskan di perenggan seterusnya.
3.1.1 TILAU-TILAU IDAAN/MENDO
Adat ini dilakukan oleh ibu bapa kaum bajau dalam proses mencari jodoh untuk
anak mereka. Seterusnya, setelah memilih calon menantu, Ibu bapa akan
melakukan ngederasi (merasi atau menilik nasib) mengikut panduan kitab “Tajul
Muluk” untuk memastikan calon isteri/suami sesuai untuk dijodohkan dengan
anak mereka. Sekiranya calon menantu sesuai dengan anak mereka, ibu bapa
akan segera mengaturkan upacara tilau-tilau idaan (merisik). Saudara terdekat
ibu bapa (Ngentan Bisoro) yang akan menjadi wakil semasa proses merisik.
Biasanya, sekiranya calon sudah bertunang proses merisik akan segera tamat
dan sekiranya belum bertunang upacara merisik akan diteruskan untuk
bertanyakan latar belakang calon menantu. Proses ini ialah peringkat awal ke
arah perkahwinan(mendo).
Selain itu, pihak calon menantu tidak akan terus
menerima pinangan tersebut. Selalunya, pihak calon akan meminta masa satu
minggu untuk memberikan kata putus antara setuju atau menolak. Hal ini untuk
memberikan masa kepada keluarga pihak calon untuk bermuafakat dengan
waris dan saudara mara terdekat (anak dinakan). Seterusnya, setelah sampai
masa yang dijanjikan, wakil pihak calon akan bertemu dengan wakil peminangan
untuk
memberikan
jawapan.
Sekiranya
ditolak,
wakil
pihak
calon
akan
memberikan alasan munasabah agar tidak menyinggung perasaan pihak lelaki
dan sekiranya pinangan diterima, wakil kedua-dua pihak akan melanjutkan
perbincangan untuk menentukan jumlah berian dan penongot yang ditentukan
berdasarkan status calon. Hal ini kerana, nilai berian dan mas kahwin ditentukan
oleh latar belakang sosial calon iaitu miskin, orangbiasa atau golongan Datu.
Setelah selesai upacara ini, majlis seruan akan diadakan .
3.1.2 SERUAN
Peringkat ini adalah majlis pertunangan (seruan) yang diadakan di rumah pihak
perempuan.
Semasa
seruan,
kedua-dua
pihak
akan
berbincang
untuk
menentukan tempoh bertunang serta tarikh perkahwinan. Seterusnya, tempoh
pertunangan biasanya satu bulan sehingga lima bulan dan tempoh itu boleh
dipercepatkan atau ditunda mengikut persetujuan kedua-dua pihak. Selain itu,
masyarakat bajau sangat teliti dalam menentukan tarikh perkahwinan. Hal ini
disebabkan
kepercayaan
mempengaruhi
kehidupan
bahawa
masa
hari
dan
hadapan
bulan
pengantin.
perkahwinan
Oleh
itu,
akan
tarikh
perkahwinan diberikan berdasarkan panduan ramalan bintang dua belas.
Panduan ini bukan sahaja digunakan dalam menentukan tarikh perkahwinan
tetapi majlis lain seperti kenduri. Antara hari yang dianggapkan memberikan
kebaikan ialah hari Jumaat semasa bulan syaaban, zulkaedah, zulhijrah,
rabiulakhir dan syawal. Seterusnya, sekiranya tempoh pertunangan hampir
tamat dan pihak lelaki bersedia untuk menghantar berian seperti yang
dipersetujui. Peringkat seterusnya akan diadakan iaitu Norong/malad yang akan
dinyatakan di perenggan seterusnya .
3.1.3 NORONG/MALAD
Majlis menghantar berian dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Semasa
proses ini, wakil kedua-dua pihak akan berbincang untuk menetapkan tarikh
perkahwinan. Dalam adat masyarakat bajau terdapat dua jenis norong iaitu
norong pertama dihantarkan kepada pihak perempuan tiga bulan atau satu
bulan sebelum perkahwinan dan norong kedua sekadar untuk menghantarkan
haiwan yang diminta oleh pihak perempuan dan dipersetujui oleh pihak lelaki
semasa proses mendo. Pada masa kini, norong lebih dikenali sebagai malad.
Ketika norong, tarikh perkawinan ditetapkan dan kedua-dua pihak akan
menyampaikan khabar (ngabar) jemputan kepada sanak saudara serta sahabat
mereka.
Selalunya, ibu bapa pihak pengantin yang akan menyampaikan khabar kepada
saudara mara. Hal ini untuk mengelakkan tercicir atau lupa dikhabarkan. Selain
itu, sekiranya ibu bapa pengantin sendiri menjemput sanak saudara, saudara
mara lebih gembira dan berbesar hati untuk menghadiri majlis perkahwinan
anak
mereka.
Walaubagaimanapun,
pada
hari
ini
masyarakat
bajau
menyampaikan jemputan melalui kad jemputan tetapi masih menyampaikan
(ngabar) jemputan dari ibu bapa pengantin kepada jiran dan orang sekampung .
3.1.4 MADAK ATAU MANDI BADAK
Acara mandi badak atau malam berinai adalah upacara yang dilakukan
pengantin sebelum majlis akad nikah dan majlis bersanding. Adat ini dijalankan
disebelah malam selepas maghrib oleh kedua-dua pihak pengantin Bajau. Adat
ini untuk meraikan bakal pengantin dan tanda restu perkahwinan dari keluarga
dan sanak saudara. Mengikut adat turun temurun kaum Bajau, mandi badak
dilakukan untuk menaikkan seri wajah pengantin dan sebagai cara untuk
menenangkan pengantin semasa upacara akad nikah dijalankan. Mandi badak
terbahagi kepada dua iaitu mandi bedak besar (madak oyo) dan mandi bedak
kecil (madak diki). Seterusnya, bedak yang digunakan semasa majlis mandi
bedak ialah dari tepung beras, minyak wangi dan beberapa jenis bunga.
Selain itu, upacara mandi badak selalunya dimulakan dengan berzanji untuk
mndoakan
keselamatan
dan
kesejahteraan
pengantin.
Berzanji
selalunya
dilakukan oleh sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan duduk dalam
bulatan. Seterusnya, selesai berzanji, acara merenjis pengantin akan dilakukan
oleh keluarga dan sanak saudara. Bahan yang digunakan dalam upacara
merenjis ialah beras kuning, inai, bunga rampai, santan kelapa dan daun
pandan. Semasa acara merenjis, pengantin akan diberikan hadiah oleh setiap
ahli keluarga yang merenjis. Selalunya, keluarga dan sanak saudara memberikan
pengantin bunga telur atau wang hadiah. Selain itu, semasa upacara mandi
badak, tetamu yang hadir akan disajikan dengan hidangan yang disediakan oleh
pihak pengantin mengikut kemampuan dan citarasa tuan rumah.
Seterusnya, selesai upacara mandi badak, tetamu juga akan dihiburkan dengan
acara betitik. Adat betitik adalah irama yang dihasilkan dengan menggunakan
alat muzik tradisional Bajau yang dilengkapi dengan set kulintangan yang
mempunyai lapan biji, dua gong besar, gong kecil dan dua gandang. Selaluinya
irama yang dimainkan semasa acara betiti ialah andu-andu, kedidi, andu bia:
kedebak serta sawa . Selain acara betitik, selalunya acara berunsai turut
disajikan tuan rumah kepada tetamu yang hadir. Berunsai ialah tarian tradisi
bajau yang diselangi kalang-kalang sama iaitu pantun sepanjang malam.
Selain itu, selesai upacara madak, upacara berinai (bepasar) akan dilaksanakan
oleh mak andam kepada semua jari pengantin perempuan dan enam jari
pengantin lelaki iaitu kanan tiga dan kiri tiga. Pada malam mandi badak, kaum
keluarga dan sanak saudara akan sama-sama bergotong royong menyediakan
hidangan untuk tetamu keesokan harinya iaitu semasa akad nikah dan
bersanding. Oleh itu, perkahwinan dalam masyarakat Bajau mengeratkan
hubungan kekeluargaan dan sanak saudara .
3.1.5 MAJLIS NIKAH
Hari akad nikah dijalankan, pihak lelaki akan berdiri atau duduk bergantung
kepada status pengantin lelaki. Setelah upacara akad nikah selesai, kedua-dua
pengantin akan bersanding. Selain itu, pengantin lelaki berketurunan Datu tidak
dibenarkan memijak tanah. Oleh itu, pengantin akan diusung menggunakan
usungan (sungan) dan orang biasa hanya diarakkan di atas kuda. Selain itu,
seperti kebanyakkan adat perkahwinan di sabah, pengantin lelaki kaum bajau
harus membawa buah tangan (damak) untuk keluarga perempuan sebelum
memasuki rumah keluarga pengantin perempuan. Ketibaan pengantin lelaki
biasanya ditandai dengan beberapa das tembakan di udara. Semua itu
dipengaruhi oleh status pengantin lelaki.
Seterusnya, pengantin lelaki akan didudukan di tempat duduk khas iaitu tilam
kecil yang dialas tujuh lapisan tipo selisir, sejenis tikar tradisi bajau (peningkoon)
dan diapit dua pengapit (pawai). Selain tipo selisir, pelamin bahagian hadapan
tradisi Bajau turut dihiasi dengan gubahan menggunakan pelbagai kuih tradisi
Bajau seperti Berate, jala, sinsim dan Penjaram (Idang), kain rentang bercorak
yang dipasangkan di sekeliling penjuru rumah (sempangan), bantal panjang
(bantal beguling), kain bercorak pada bumbung pelamin (lelangit). Seterusnya,
pelamin tadisi bajau mempunyai tiga lapis tabir yang perlu dilalui oleh pengantin
lelaki untuk bertemu dengan pengantin perempuan.
Untuk melepasi ketiga-tiga tabir tersebut pihak pengantin lelaki perlu megikuti
adat.
Tabir
pertama
hanya
akan
dibuka
setelah
pengapit
(pawai)
menghadiahkan sebuah syair kepada pengantin perempuan dan keluarga pihak
perempuan. Seterusnya, tabir kedua dan ketiga dibuka selepas membayar cukai
(mayad tabir) yang diminta oleh mak andam selepas proses tawar menawar
dengan mak andam nilai cukai yang perlu dibayar oleh pihak lelaki. Setelah
ketiga-tiga tabir dibuka, pengantin lelaki terlebih dahulu membatalkan wuduk
pengantin perempuan dengan memusingkan sapu tangan sebanyak tiga kali di
atas kepada pengantin perempuan dan menjatuhkan sapu tangan tersebut di
atas tangan pengantin perempuan.
Seterusnya, pengantin lelaki akan menyentuh dahi pengantin perempuan
dengan membaca kalimah syahadah dan wuduk pengantin perempuan telah
dibatalkan. Selepas melalui proses tersebut, barulah pengantin lelaki dan
pengantin perempuan akan duduk bersanding. Semasa bersanding, biasanya
pengantin kaum Bajau akan memakai pakaian tradisi kaum bajau yang
dilengkapi dengan hiasan kepala (sarimpak), baju (badu sipak), kain muga serta
kain (olos berangkit) dan hiasan tambahan seperti subang, mendapun,
selendang, tali pinggang (ingkot pangkat), kuku palsu buatan tembaga berwarna
keemasan (keku) untuk pengantin perempuan kaum bajau. Manakala, pengantin
lelaki kaum bajau dilengkapi tanjak (podong), baju (badu sampit), seluar (suar),
dan aksesori lain iaitu tali pinggang (ingkot pangkat), selendang dan supu .
3.1.6 NGENDO
Setelah bersanding, adat istiadat perkahwinan bajau masih berjalan. Proses ini
dipanggil
adat ngendo.
Adat ini
dilakukan
untuk
menjemput
pengantin
perempuan ke rumah keluarga pengantin lelaki tiga hari selepas selesai majlis
perkahwinan. Proses ngendo biasanya dilakukan oleh ibu bapa pengantin lelaki
dan saudara terdekat lelaki. Keluarga pengantin lelaki akan berkunjung ke
rumah
pengantin perempuan untuk
menjemput pengantin dan
keluarga
pengantin perempuan akan mengiringi perjalanan ke rumah pengantin lelaki.
Setelah tiba di rumah keluarga pengantin lelaki, pengantin perempuan tidak
terus masuk ke dalam rumah. Pengantin perempuan perlu
membasuh kaki
untuk menyucikan diri tanda menjadi ahli keluarga pihak lelaki. Setelah selesai
menyucikan diri, pengantin perempuan akan dijemput masuk ke dalam rumah
dan keluarga perempuan yang mengiringi pengantin akan disajikan dengan
hidangan dan dihiburkan dengan acara yang disediakan oleh tuan rumah.
Setelah selesai acara, keluarga pengantin perempuan akan meninggalkan
pengantin perempuan tinggal bersama keluarga pengantin lelaki beberapa hari.
3.1.7
NGEDEDE
Setelah beberapa hari pengantin di rumah pengantin lelaki, adat ngedede akan
dilakukan. Adat ini ialah menghantar semula kedua-dua pengantin ke rumah
pihak perempuan. Ketika ngedede, pasangan pengantin akan dibekalkan dengan
dua jenis bekal (pebaunan) iaitu yang pertama peralatan dapur (pemanganan)
seperti pinggang mangkuk, talam tembaga (dulang), tepak sirih (lapa’), periuk,
cawan, gelas, teko dan peralatan dapur yang lain sebagai persediaan kepada
pasangan hidup bersama selepas itu.
Seterusnya, peralatan tidur (peturian)
seperti tilam, selimut, bantal, kelambu, cadar. Bekalan ini adalah hadiah dari
keluarga lelaki kepada pengantin. Oleh itu, melalui bekalan tersebut, pasangan
pengantin akan membina keluarga.
Setelah itu, pengantin boleh tinggal bersama keluarga perempuan atau
membina rumah sendiri. Dahulu, pengantin lelaki semasa proses ngedede akan
membawakan seekor kerbau sebagai mas kahwin (tekok penongot) untuk
diserahkan kepada mentuanya tetapi sekarang telah digantikan dengan wang
tunai. Pada masa kini, kebanyakan pasangan bajau sudah jarang tinggal
bersama keluarga perempuan. Pengantin lelaki cenderung tinggal dengan
keluarga dan bawa isteri tinggal bersama keluarganya. Walaupun begitu,
terdapat juga pasangan bajau yang lebih selesa tinggal di rumah sendiri .
4.0
BAJAU PANTAI TIMUR (BAJAU LAUT)
suku kaum ini telah diberikan gelaran sebagai kaum "Badjau" oleh Marco Polo
sebagai kaum yang mahir dengan kehidupan laut dan tinggal dalam perahu.
Kaum ini kemudiannya telah sampai ke kawasan Pantai Timur Sabah dan
mendiami kawasan Semporna, Tawau, Lahad Dato dan Sandakan. Oleh itu,
terdapat sedikit perbezaan adat istiadat Bajau pantai Barat dan Bajau Pantai
Timur yang akan diulaskan di perenggan seterusnya.
4.1
ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN BAJAU SEMPORNA
Perkahwinan merupakan aspek penting dalam kehidupan Bajau pantai timur .
Selalunya, majlis perkahwinan bajau pantai timur disambut dengan meriah untuk
meraikan pengantin baru. Selain itu, seperti etnik bajau pantai barat, adat
istiadat perkahwinan bajau laut turut dipengaruhi oleh tuntutan adat dan selaras
dengan
ajaran
agama
islam.
Seterusnya,
bajau
pantai
timur
sangat
mementingkan hubungan kekerabatan yang mewujudkan perkahwinan bersifat
endogami. Perkahwinan ini adalah perkahwinan dengan saudara terdekat yang
ditentukan dan dijodohkan oleh ibu bapa. Masyarakat bajau semporna percaya
hubungan kekeluargaan atau persaudaraan akan lebih erat dengan perkahwinan
antara saudara . Sama seperti adat istiadat perkahwinan bajau pantai barat,
adat istiadat perkahwinan bajau pantai timur dimulakan dengan adat merisik,
mag pahanda, hantaran dan mas kahwin, nikah, maglami-lami dan tingkuang .
4.1.1 MERISIK
Adat merisik dalam masyarakat bajau semporna adalah untuk mengenal budi
pekerti calon menantu. Pada awalnya, sifat perkahwinan endogami adalah sifat
perkahwinan kaum bajau semporna. Tetapi pada masa ini, ibu bapa jarang
menentukan jodoh untuk anak mereka. Oleh itu, calon menantu selalunya adalah
pilihan sendiri pihak lelaki. Selalunya, ibu bapa pihak lelaki akan mengetuai
rombongan merisik calon menantu. Oleh itu, sekiranya, ibu bapa pihak lelaki
berkenan
dan
merestui
pilihan
anak
mereka,
proses
meminang
akan
dilangsungkan. Semua proses ini dilakukan di rumah pihak perempuan.
Selain itu, semasa merisik, pihak lelaki akan membawa sebentuk cincin sebagai
tanda ke rumah pihak perempuan dan tiga hari selepas upacara merisik barulah
pihak perempuan akan memberikan keputusan untuk menerima atau menolak
lamaran pihak lelaki. Sekiranya pihak perempuan bersetuju maka proses
berunding untuk nilai hantaran akan dijalankan di rumah pihak perempuan.
Selalunya, proses berunding akan melibatkan serombongan keluarga pihak lelaki
dengan keluarga pihak perempuan. Selain itu, setelah kedua-dua pihak bersetuju
dengan nilai hantaran barulah proses peminangan akan dijalankan.
4.1.2 MAG PAHANDA
Berbeza dengan proses meminang bajau darat, proses peminangan bajau
laut dilakukan di rumah datuk atau nenek perempuan. Hal ini kerana, datuk dan
nenek perempuan yang akan memberikan kata putus berkenaan peminangan
tersebut. Oleh itu, keluarga pihak perempuan akan berkumpul di rumah nenek
atau datuk semasa rombongan meminang pihak lelaki datang membawa
sebentuk cincin pertunangan. Tetapi belum menjadi milik calon menantu.
Barangan tersebut hanya menjadi miliknya setelah perkahwinan sempurna
dilaksanakan mengikut tradisi . Setelah pinangan pihak lelaki diterima, tempoh
pertunangan akan ditetapkan. Biasanya tempoh pertunangan bajau pantai timur
adalah satu sehingga lima bulan. Selain itu, tempoh pertunangan selalunya
bergantung kepada persediaan pihak lelaki. Selain itu, setelah bertunang, pihak
lelaki akan memberikan hadiah kepada tunangnya mengikut kemampuan .
4.1.3 HANTARAN
Hantaran
adalah
barang-barang
yang
di
dipersetujui
sebelum
proses
peminangan. Hantaran dalam bahasa tempatan ialah mas kahwin (mahar),
barangan lain dan wang hangus. Biasanya, hantaran akan diberikan kepada
pihak perempuan seminggu sebelum pernikahan dan bersanding. Jumlah mas
kahwin biasanya mengikut kemampuan pihak lelaki atau nilai yang telah
dipersetujui kedua-dua pihak. Selalunya, mas kahwin adalah rm80.00 atau lebih.
Selain mas kahwin, barangan lain turut diberikan semasa adat ini iaitu, segulung
kain putih (basingngan) yang merupakan amalan yang diwarisi turun temurun
dalam masyarakat bajau laut.
Selain itu, kahampitan iaitu kuih panyam (penyaram) sebanyak 150-300 biji
diberikan kepada pihak perempuan yang akan dibahagikan kepada kepada kaum
kerabat pihak pengantin perempuan dan permintaan tambahan (sokat) pihak
perempuan seperti telur penyu, gigi buaya, telur buaya tetapi boleh digantikan
dengan barang lain yang dipersetujui oleh pihak perempuan . Pada masa kini,
selalunya, barangan tambahan yang diminta ialah kain sarung (ampik), satu
kapit kain putih (kakana), kuih penyalam 300 biji, cincin (kabingan buli) dan
wang hangus (nilai ditentukan oleh pihak perempuan) .
4.1.4 SAMBULAYANG
Adat ini dilakukan untuk mengkhabarkan kepada masyarakat bajau bahawa ada
perkahwinan yang akan berlangsung. Pada awalnya, sambulayang diperkenalkan
kepada masyarakat bajau semporna oleh masyarakat bajau yang berasal dari
pulau Bum-Bum. Sambulayang adalah panji yang akan dikibarkan di hadapan
rumah bakal pengantin untuk memberitahu ada pasangan yang akan berkahwin
di rumah tersebut. Selain itu, sambulayang adalah panji besar yang dibuat
daripada kain berwarna-warni. Kain yang dicatkan dengan warna-warni adalah
lambing kegembiraan. Seterusnya, sambulayang selalunya bermotifkan sotong
dan hiasan bunga akan ditambah pada sambulayang untuk mencantikkannya
lagi. Oleh itu, apabila sambulayang telah dikibarkan, masyarakat Bajau
semporna
akan
maklum
bahawa
keluarga
tersebut
akan
mengadakan
keramaian. Masyarakat bajau akan datang ke rumah bakal pengantin dan
bergotong-royong membantu mempersiapkan majlis perkahwinan tersebut.
4.1.5 NIKAH
Pada malam sebelum nikah, pengantin akan diinaikan dalam upacara berinai.
Tujuan berinai untuk menambah seri pengantin dan salah satu adat istiadat
dalam perkahwinan Baju serta orang Melayu. Sebelum akad nikah dijalankan,
pengantin akan didandan mengikut cita rasa pengantin termasuklah busana
yang akan dipakainya semasa bersanding. Golongan muda masyarakat Bajau
semporna pada masa kini lebih selesa dengan pakaian pengantin moden iaitu
Kot dan gaun perkahwinan. selain itu, pantun adat yang diwarisi turun temurun
akan dibacakan sebelum akad nikah. Adat ini sangat sinonim dengan adat
istiadat perkahwinan Bajau Semporna. Sesudah pantun adat dibacakan, acara
akad nikah akan dijalankan. Setelah selesai akad nikah, pengantin lelaki akan
didukung oleh sahabat dan saudara mara lelaki berarak ke rumah pengantin
perempuan. Perarakan pengantin lelaki diiringi pukulan tagunggu. Majlis
keramaian (Maglami-lami) biasanya dijalankan pada hari yang sama di sebelah
malam yang bermula pada jam 7 malam sehingga 5 pagi.
4.1.6 MAGLAMI-LAMI
Malam
maglami-lami
(Bersanding)
saudara
mara
pengantin
lelaki
dan
perempuan akan berkumpul untuk memeriahkan majlis. Pengantin perempuan
akan duduk di kiri dan pengantin lelaki duduk di kanan pelamin. Selain itu, untuk
menghiburkan pengantin, individu tertentu akan dipanggil untuk membacakan
syair. Selain syair, majlis ini turut dipenuhi dengan pelbagai hiburan tradisi Bajau
semporna antaranya ialah persembahan tarian Igal-igal yang diiringi dengan
alunan muzik tradisional seperti Gong, Kulintangan dan Tambal yang merupakan
alat muzik turun temurun kaum Bajau pantai Timur .
Seterusnya, tarian Igal-Igal selalunya adalah acara pembukaan majlis maglamilami. Hiburan yang disajikan kepada tetamu yang hadir. Oleh itu, tetamu turut
diajak manari bersama penari untuk menambahkan kemeriahan majlis. Tarian ini
boleh ditarikan antara dua orang penari atau sekumpulan penari. Selain itu,
tarian
Igal-Igal
selalunya
ditarikan
di
majlis
persandingan
sebagai
satu
pertandingan. Pertandingan tarian Igal-Igal yang memerlukan wakil dari setiap
kampung lain sebagai simbol kehadiran orang kampung tersebut ke majlis
persandingan tersebut. Wakil-wakil ini selalunya dipanggil pengigal yang
disimbolkan sebagai Bog-bog (persaudaraan). Seterusnya, pengigal ini akan
diberikan sagu hati berupa wang yang diselitkan di jari penari Igal-igal.
Selalunya, jumlah sagu hati tidak ditetapkan dan terpulang kepada penonton
yang menentukan jumlah apabila terhibur dengan tarian pengigal.
Tetapi pada masa kini, majlis persandingan sudah berubah seiring dengan
perkembangan
dunia
semakin
moden,
kebanyakkan
alat
tradisi
untuk
menghasilkan muzik digantikan dengan muzik berusur moden dengan iringan
pancaragam (live band) dan muzik asli digubah menggunakan peralatan muzik
moden. Tetapi adat istiadat perkahwinan Bajau Pantai timur masih dipelihara
dan dikekalkan sehingga hari ini. Selain itu, mungkin terdapat beberapa adat
yang sudah diolah mengikut perkembangan dunia pada hari ini mengikut selera
golongan muda kaum Bajau Pantai Barat. Seterusnya, acara maglami lami
selalunya hanya selesai pada jam 5 pagi dan pengantin hanya boleh berehat
setelah majlis persandingan selesai. Setelah majlis persandingan selesai, adat
istiadat perkahwinan kaum bajau pantai Timur belum selesai. Malam pengantin
turut mulakan dengan adat yang perlu dilakukan oleh pasangan pengantin.
Pada malam pertama, pasangan pengantin perlu membaca doa iaitu ayat dalam
Al-Quran untuk melindungi diri dari gangguan syaitan. Selain itu, tujuan doa
dibacakan untuk mendoakan zuriat yang bakal lahir sempurna. Seterusnya, hari
esoknya, seorang imam akan dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk
berjumpa dan memberikan nasihat kepada pasangan pengantin baru. Adat ini
akan diteruskan selama tiga hari berturut-turut untuk membantu memberikan
ilmu
rumah
tangga
kepada
pengantin
baru
dan
membantu
pengantin
menempuhi hidup baru dengan bahagia. Setelah tiga hari berlalu, imam akan
menjalankan adat mandi batin kepada pasangan pengantin tanda telah
menyempurnakan adat memberikan ilmu rumah tangga kepada pengantin .
Seterusnya, fasa terakhir adat istiadat perkahwinan Bajau Pantai Timur ialah
adat Tingkuang. Adat menerima menantu kaum Bajau Semporna.
4.1.7 TINGKUANG
Tingkuang adalah jemputan dari pihak lelaki kepada pengantin perempuan.
Jemputan ini sangat penting kepada pengantin perempuan untuk menandakan
penerimaan keluarga pengantin lelaki kepada pengantin perempuan dan
keluarganya. Adat ini selalunya dimulakan dengan meminta izin dengan ibu bapa
pengantin perempuan oleh pengantin lelaki untuk menjemput pengantin
perempuan ke rumah keluarganya. Sekiranya, pengantin lelaki berasal dari
kampung lain, pasangan pengantin baru akan dijemput menggunakan perahu.
Perahu yang dihias dengan kain berwarna-warni disertakan dengan pukulan
tagunggu . Seterusnya, pasangan pengantin akan tinggal bersama keluarga
pengantin lelaki sehinggalah mereka mampu untuk mendirikan rumah untuk
tinggal sendiri atau mereka kekal tinggal dengan keluarga lelaki .