KEPENTINGAN PENGGUNAAN keburukan TEKNOLOGI MAKLUMA

PRA
MPI

DIPLOMA
SEMESTER 3
2016

SAINS
A 11301
FOLIO 1 :
Keberkesanan Pengunaan ICT Dalam Kehidupan Harian
Disediakan oleh:

Kelas : Pemesinan Industri
Nama Pensyarah :
Tarikh:

KEPENTINGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
DALAM SEHARIAN

Muka Surat

1. Pendahuluan/Pengenalan
(penerangan secara umum dan ringkas kepentingan ICT dalam
Kehidupan seharian)

1

2. Definisi ICT
Apakah yang dimaksudkan dengan ICT.

2

3. Penggunaan ICT dalam bidang :
3.1
3.2
3.3
3.4

Pendidikan.
Kesihatan.
Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar.

Sistem Perbankan dan Perniagaan

3
4
5
6

4. Kebaikan dan keburukan ICT

7

5. Penutup
(kesimpulam umum tentang penggunaan ICT dalam kehidupan seharian)

8

6. Rujukan

9


7. Lampiran

10

1.0 pendahuluan
Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia
hari ini. Sama seperti lain-lain perkara yang baru diperkenalkan dalam kehidupan sesuatu
masyarakat ianya tentu menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian dari
budaya hidup. Penerimaan ICT ini banyak bergantung kepada faktor-faktor seperti kemudahan
untuk mendapatkannya, kecanggihannya, manfaat yang boleh diperolehi darinya dan
sebagainya. Justeru penerimaan ahli-ahli masyarakat terhadap ICT juga sama dengan
penerimaan mereka terhadap lain-lain inovasi, yakni ianya dipengaruhi oleh persepsi mereka
terhadap teknologi baru tersebut. Lebih jelas lagi, persepsi masyarakat terhadap ICT merupakan
faktor penentu yang penting kepada keputusan mereka untuk menerima atau menolak teknologi
ini. Kajian ini cuba menyingkap persepsi masyarakat Malaysia terhadap ICT berdasarkan
pendapat mereka mengenai kesan dan impak daripada penerimagunaan ICT dalam
masyarakat. Penggunaan ict dalam kehidupan memberi impak yang positif kepada kita
terutamanya memudahkan kita melakukan kerja-kerja harian.Contohnya,memudahkan kita
mencari maklumat semasa hanya dengan melayari internet.Mudahkan? Jelaslah, penggunaan
Ict pada masa sekarang sangat penting dari kanak-kanak hingga dewasa.


1

2.0 definisi

Maksud teknologi maklumat ialah sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk
menyebarkan, mencari, memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.
ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi
Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan
maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah,
menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa
mengira tempat dan waktu.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi
merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam
menyampaikan maklumat.

Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu:

a) teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan

dengan menggunakan teknologi.
b) untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
c) digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan
untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Posted by Then Sin Siew at 03:10

2

3.0 kepentingan ICT dalam bidang :

3.1 Pendidikan
Teknologi pendidikan membawa erti yang besar dalam P & P. Antara kepentingannya ialah bagi
melicinkan proses P & P kerana ia berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan
disampaikan. Teknologi pendidikan juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang ,
mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh
menghiburkan pelajar serta mengelakkan dari berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap
konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.
Teknologi pendidikan dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia
memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan

kehidupan seharian yang mana ia melibatkan pelbagai deria pelajar dengan penggunaan visual
yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh.
Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar dapat membantu
pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang
minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar dengan menggunakan media bergerak yang
mana boleh memperkayakan pengalaman murid yang tidak pernah mereka lihat atau alami
akan dapat di saksikan sendiri dan seolah-olah mengalaminya.
P & P akan memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan meneroka ilmu
pengetahuan dan kemahiran mengenai komponen perkakasan komputer berasaskan kadar
keupayaan masing-masing selain dapat memudahkan pelajar menimba ilmu pengetahuan asas,
konsep, prinsip dan fakta. Komponan perkakasan komputer adalah berdasarkan kandungan
bahan yang disediakan agar mereka boleh berdikari dalam mencari maklumat dan penemuan
untuk memenuhi sebarang tugasan melalui pencetusan satu perbincangan yang menarik di
kalangan pelajar dan guru.
Guru diberi tugas untuk menjana modal insan gemilang bukanlah satu perkara yang baru tetapi
ia adalah matlamat atau impian bagi setiap guru terhadap pelajar-pelajarnya dalam
mengharungi proses P & P.

3


3.2 kesihatan
Penggunaan Komputer Dalam Bidang Perubatan Organisasi seperti hospital, klinik, farmasi dan
sebagainya juga tidak ketinggalan dalam menggunakan sistem-sistem maklumat berkomputer
untuk meningkatkan lagi perkhidmatan mereka kepada pengguna. Salah satu aplikasi dalam
projek Koridor Raya Multimedia adalah tele-perubatan. Tele-perubatan menggunakan teknologi
multi media untuk menyediakan pelbagai faedah kepada semua pihak dalam sektor perubatan.
Ia menyediakan maklumat yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan boleh dicapai oleh
mana-mana individu. Antara contoh penggunaan sistem maklumat dalam bidang perubatan
ialah seperti mendapatkan nasihat doktor secara elektronik, mendiagnos penyakit secara
elektronik, maklumat-maklumat perubatan yang disediakan dalam sistem kiosk dan membantu
hospital atau klinik merancang peralatan perubatan.

4

3.3 Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar
Pembangunan teknologi ICT dalam pengurusan alam sekitar memberi banyak manfaat kepada
agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar.
Secara umumnya penggunaan ICT dalam pengurusan alam sekitar di Malaysia semakin rancak
dimajukan, namun ia masih ditahap permulaan.

Penggunaan Internet misalnya boleh memudahkan urusan aduan pencemaran alam sekitar
kepada agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan alam sekitar. Pengurusan kawasankawasan sensitif alam sekitar di negara ini secara bersepadu perlu dimantapkan. Kawasan
sensitif alam sekitar di negara ini yang kaya dengan biodiversiti merupakan warisan alam yang
perlu dikekalkan. Seterusnya, Pemantauan kualiti alam sekitar secara berterusan amat penting
bagi melihat sebarang perubahan yang berlaku terhadap kualiti alam sekitar di sesuatu
kawasan. Penggunaan ICT adalah amat sesuai bagi memantau dan memberikan maklumat
terkini mengenai status kualiti alam sekitar di sesuatu kawasan kepada orang ramai.
Selain itu, pengawasan terhadap punca-punca pencemaran dari kawasan perindustrian dapat
dipantau dengan lebih efektif melalui penggunaan ICT. Isu perubahan cuaca global sejak akhir akhir ini telah menarik minat masyarakat untuk mengetahui perkembangan cuaca semasa
ditempat mereka. Penggunaan ICT dapat memberi maklumat mengenai keadaan cuaca yang
bakal berlaku kepada masyarakat. Maklumat melalui Internet di kalangan rakyat khususnya para
petani dan nelayan dapat membantu mereka merancang aktiviti harian.
Sesungguhnya penggunaan ICT dalam pengurusan alam sekitar mempunyai manfaat yang
amat besar. Namun sehingga kini terdapat beberapa halangan yang menyebabkan
penggunaanya belum dapat diperluaskan dalam konteks pengurusan alam sekitar. Promosi
terhadap kemudahan sesuatu sistem pengurusan alam sekitar dengan menggunakan ICT tidak
dilakukan secara meluas. Ini menyebabkan masyarakat kurang terdedah untuk
memanfaatkanya. Akhirnya pembangunan sistem itu hanya dimanfaatkan oleh segolongan
masyarakat sahaja.


5

3.4 Sistem Perniagaan dan Perbankan
Dalam sektor perkhidmatan, sistem maklumat memainkan peranan yang amat penting.
Selalunya sistem maklumat merupakan tulang-belakang kepada organisasi-organisasi yang
bercirikan perkhidmatan. Perkhidmatan kewangan, perbankan dan insurans disediakan untuk
memenuhi keperluan masyarakat dalam menguruskan aset dan wang tunai yang dimiliki.
Penggunaan sistem maklumat berkomputer akan meningkatkan lagi perkhidmatan yang
diberikan kepada pelanggan. Institusi-institusi kewangan turutmenggunakan sistem maklumat
berkomputer untuk menyediakan maklumat-maklumatyang berkaitan dengan kemudahan
pembiayaan kewangan, sumber dana, maklumat pelaburan, pasaran kewangan, dan
sebagainya untuk pengetahuan pelanggan. Aktiviti-aktiviti utama dalam sistem perbankan
adalah untuk menghasilkan maklumat. Input kepada sistem maklumatnya adalah seperti jenis
akaun, deposit, cek,pengeluaran wang dan sebagainya. Output pula seperti penyata-penyata
yangmenunjukkan faedah diberi atau dihutang, baki wang di dalam bank dan pelbagai maklumat
lain yang penting. Sebagai contoh, pengeluaran wang dilakukan menerusisistem maklumat yang
dipanggil mesin juruwang automatik (ATM – Automated Teller Machine). Semua institusi bank
menyediakan sistem ini untuk memudahkan penggunamengeluarkan wang tanpa perlu
menggunakan borang dan beratur di kaunter. Banyaklagi aktiviti-aktiviti bank yang telah
diautomasikan untuk memudahkan pelangganberurusan dengan pihak bank


6

4.0 kebaikan dan keburukan ICT

Kebaikan dan keburukan ICT… ICT (Information and Communication Technology) atau
Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan
data. Internet adalah salah satu perkembangan ICT yang merupakan sistem komunikasi yang
menyampaikan maklumat dari seluruh dunia. Sistem ini boleh diperoleh melalui komputer atau
televisyen. Kini internet boleh dilayari menerusi telefon bimbit. Melalui ict kita akan menerima
maklumat dengan cepat. Minda kita akan sentiasa terbuka dan terkini. dalam keadaan tertentu
kita boleh bersedia jika kita menghadapi sesuatu masalah. Kita boleh mendapatkan maklumat
hanya menekan jari. Sebelum ini, jika kita ingin mengetahui tentang ubat-ubatan, kita terpaksa
pergi ke hospital atau berjumpa dengan pakar perubatan .
Menerusi teknologi ini, kita dapat menjimatkan masa dan wang. Namun begitu keburukannya
tetap ada terutama bagi mereka yang berfikiran negatif mereka akan melihat laman web yang
tidak baik. Hal ini boleh mengganggu perasaan kita sebagai seorang murid. Akibatnya kita akan
terpengaruh dengan budaya kuning yang kita lihat itu. Lagi murid-murid yang malas mereka
akan terus menetap halaman internet secara berterusan. Fenomena ini akan menyebabkan kita
malas mengulangkaji pelajaran dan melalaikan. Kesannya kita boleh gagal dalam pelajaran.

Walaupun terdapat kebaikan dan keburukan. Ict memang penting kepada kita. Teknologi moden
ini perlu dipelajari oleh setiap murid. Jadi, marilah kita berusaha mempelajari cara menggunakan
komputer terlebih dahulu untuk menjadi pengguna yang bijak .

7

5.0 penutup
Penggunaan ICT dalam kehidupan seharian bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama
diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal 60an lagi.
Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan berasaskan komputer ini.
Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan
pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan
pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.Konsep pembelajaran berasaskan peralatan
teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet dianggap semakin popular dan penting untuk
meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Kajian
menunjukkan stail pembelajaran pelajar banyak mempengaruhi hasil pembelajaran.
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi
seperti internet dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah
yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin.
Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah
bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan
bahan asal, memudahkan kolaboratif dan perbandingan global, dan membolehkan bahan-bahan
multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah . Natijahnya, terdapat pelbagai kebaikan
dalam mengunakan ICT dalam kehidupan seharian jika digunakan secara berhemah .

8

Rujukan :




http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN#scribd
http://then-sin.blogspot.my/2011/10/apa-itu-teknologi-maklumat.html
http://www.academia.edu/6523443/DIPLOMA_TEKNOLOGI_PEMBINAAN

9

6.0 lampiran

http://hairuanuar.blogspot.my/2014/12/pihak-berkuasaperlu-memantau-lebih.html

http://tmn9.blogspot.my/

Dokumen yang terkait

VARIASI PENGGUNAAN AGREGAT BENTUK PECAH DAN BENTUK BULAT PADA CAMPURAN ASPAL BETON TERHADAP KARAKTERISTIK MARSHALL

6 148 2

STUDI PENGGUNAAN ANTIBIOTIKA EMPIRIS PADA PASIEN RAWAT INAP PATAH TULANG TERTUTUP (Closed Fracture) (Penelitian di Rumah Sakit Umum Dr. Saiful Anwar Malang)

11 138 24

STUDI PENGGUNAAN SPIRONOLAKTON PADA PASIEN SIROSIS DENGAN ASITES (Penelitian Di Rumah Sakit Umum Dr. Saiful Anwar Malang)

13 140 24

STUDI PENGGUNAAN ACE-INHIBITOR PADA PASIEN CHRONIC KIDNEY DISEASE (CKD) (Penelitian dilakukan di Instalasi Rawat Inap Rumah Sakit Muhammadiyah Lamongan)

15 136 28

STUDI PENGGUNAAN ANTITOKSOPLASMOSIS PADA PASIEN HIV/AIDS DENGAN TOKSOPLASMOSIS SEREBRAL (Penelitian dilakukan di RSUD Dr. Saiful Anwar Malang)

13 158 25

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

DAMPAK INVESTASI ASET TEKNOLOGI INFORMASI TERHADAP INOVASI DENGAN LINGKUNGAN INDUSTRI SEBAGAI VARIABEL PEMODERASI (Studi Empiris pada perusahaan Manufaktur yang Terdaftar di Bursa Efek Indonesia (BEI) Tahun 2006-2012)

12 142 22

PENGGUNAAN BAHASA JURNALISTIK PADA TERAS BERITA HEADLINE HARIAN UMUM GALAMEDIA

8 75 43

PENGAJARAN MATERI FISIKA DASAR UNTUK MAHASISWA FAKULTAS TEKNOLOGI INDUSTRI

9 106 43

PENGGUNAAN BAHAN AJAR LEAFLET DENGAN MODEL PEMBELAJARAN THINK PAIR SHARE (TPS) TERHADAP AKTIVITAS DAN HASIL BELAJAR SISWA PADA MATERI POKOK SISTEM GERAK MANUSIA (Studi Quasi Eksperimen pada Siswa Kelas XI IPA1 SMA Negeri 1 Bukit Kemuning Semester Ganjil T

47 275 59