POTENSI KOPERASI SOSIAL DI MALAYSIA

Proceeding 3rd International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Legoland, Johor) 2016
eISBN:978-967-13718-2-4

POTENSI KOPERASI SOSIAL DI MALAYSIA
Halimah Harun
Radin Siti Aishah Radin A Rahman
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
___________________________________________________________________________
Abstrak
Malaysia turut menerima kesan ketidaktentuan ekonomi global yang kini menuntut
kepada pendekatan ekonomi sosial sebagai mana yang diamalkan oleh negara Barat. Keadaan
ini menjadi cabaran kepada kerajaan untuk mengimbangi kedudukan sosio-ekonomi warganya
berikutan ancaman krisis pengangguran graduan yang semakin meruncing dan peningkatan
kadar kemiskinan hidup berlaku setiap tahun. Mengambil kira hal tersebut, maka
keusahawanan sosial adalah relevan untuk dilaksanakan melalui aktiviti koperasi sosial.
Walau bagaimanapun, keberkesanan pengoperasian koperasi sedia ada berada pada tahap
yang baik. Namun peranan ini perlu dikembangkan manfaatnya kepada masyarakat sekitar
selari dengan tuntutan ekonomi semasa. Manakala konsep dan amalan koperasi sosial di
negara ini masih di peringkat permulaan dan ianya perlu diterapkan dalam setiap amalan
organisasi koperasi sedia ada. Hal ini disebabkan inovasi yang terhasil bukan sahaja mampu

mengurangkan bebanan kerajaan dalam merancang belanjawan tetapi lebihan tersebut
digunakan bagi meneruskan agenda pembangunan negara yang lain. Justeru, kajian ini
bertujuan untuk meneliti potensi KS dengan amalan keusahawanan sosial di Malaysia.
Perinciannya, objektif kajian ini adalah a) untuk mengenal pasti keinginan menubuhkan
perusahaan sosial dalam kalangan pelajar IPT mengikut jantina; b) untuk mengenal pasti
keinginan menubuhkan perusahaan sosial dalam kalangan pelajar mengikut kategori IPT.
Kajian ini melibatkan seramai 330 pelajar Institusi Pengajian Tinggi dipilih menggunakan
pendekatan persampelan berkelompok. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa kebanyakan
pelajar berada di tahap mungkin menubuhkan perusahaan sosial. Secara khususnya, kajian
mendapati pelajar lelaki mempunyai tahap kepastian yang lebih tinggi berbanding pelajar
perempuan dalam menubuhkan perusahaan KS. Begitu juga, pelajar IPT Swasta didapati
mempunyai tahap kepastian yang tinggi dalam menubuhkan perusahaan KS berbanding
pelajar IPT Awam. Walaupun belum wujud KS di Malaysia, namun KS berpotensi untuk
ditubuhkan oleh bakal graduan. Seterusnya, kajian ini memberi implikasi kepada amalan
koperasi sedia ada dan pentadbir IPT akan dibincangkan.
Kata Kunci: Koperasi Sosial, Keusahawanan Sosial, Orientasi Sosial, Golongan Terpinggir
___________________________________________________________________________
Pendahuluan
Kemunculan awal koperasi sosial (KS) bermula di Eropah pada 1942 dan Itali menjadi
negara pertama yang mengamalkan KS ini melibatkan jenis dan aktiviti penawaran barangan

pengguna, pertanian, pembinaan, pengangkutan, perikanan yang mana pengeluarannya telah
memberikan manfaat peluang pekerjaan. Seterusnya, penubuhan KS ini tertakluk kepada badan
perundangan tahun 1991 iaitu Undang-Undang 381. Selain itu, KS juga perlu mematuhi prinsip
dalam pengagihan sebanyak 3 peratus daripada keuntungan tahunan bersih untuk

Proceeding 3rd International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Legoland, Johor) 2016
eISBN:978-967-13718-2-4

pembangunan koperasi. Contohnya, aktiviti penyayang (caring activities) yang merangkumi
pengurusan penjagaan kesihatan-sosial, perkhidmatan pendidikan, penyediaan rumah dan
penjagaan kediaman, dan inisiatif untuk perlindungan alam sekitar atau aktiviti latihan
pekerjaan dan peluang pekerjaan kepada individu yang kurang bernasib baik.
Sebaliknya kemunculan KS Asia bermula di negara Republik Korea. Penubuhan KS ini
tertakluk kepada peruntukan perkhidmatan penjagaan sosial dan mendapat sokongan daripada
Undang-Undang Asas Koperasi Korea pada bulan Disember 2012. KS ditakrifkan sebagai
organisasi bukan keuntungan dengan sekurang-kurangnya 40% daripada perniagaan yang
diperuntukan untuk kebajikan awam (An International survey of co-ops and mutuals at work
in the health and social care sector, 2014). Ini bermakna anggota KS perlu mematuhi kriteria
orientasi sosial yang lebih ketat berbanding koperasi umum. Undang-undang baru ini bertujuan

untuk memudahkan pembangunan masyarakat dan kebajikan sosial dalam sektor kepentingan
awam seperti koperasi kesihatan. Mengambil kira perbezaan penawaran produk dan
perkhidmatan oleh negara Eropah dan Asia, KS menawarkan produk dan perkhidmatan kepada
bakal pengguna iaitu individu yang berada dalam pasaran buruh dengan usaha dengan
mewujudkan satu tempat kerja sendiri.
Kepelbagaian takrifkan KS oleh penyelidik sebelum ini bergantung mengikut keadaan
ekonomi sesebuah negara. Bagi mendalami terminologi KS, pengkaji menggunakan takrifan
dari negara Itali iaitu Law 381/1991 dalam Disciplina delle cooperative sociali. KS merupakan
sebuah persatuan bukan-keuntungan dengan matlamat untuk memperoleh keuntungan anggota
atau pihak berkepentingan dan orang awam. Terdapat dua jenis KS iaitu i) jenis A yang
melibatkan pekerja dan anggota lain merangkumi pengguna perkhidmatan dan sukarelawan
dalam menyediakan perkhidmatan sosial, kesihatan dan pendidikan (kurang 50% anggota
koperasi menjadi sukarelawan); ii) jenis B melibatkan pendekatan ‘integrasi kerja’ untuk
memaksimumkan ekonomi golongan terpinggir sebagai pekerja (lebih 30%) mencakupi bidang
lebih luas daripada jenis A termasuk sektor perdagangan, pertanian, pembuatan dan
perkhidmatan. Sehubungan itu, pengkaji memegang takrifan jenis B. Namun, laporan rasmi
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (2014) mendapati tidak wujud jenis-jenis KS yang diamalkan
oleh koperasi sedia ada di Malaysia. Kebanyakan koperasi ini dibina atas matlamat kesedaran
golongan terpinggir sendiri untuk menjaga kepentingan sesama mereka seperti ibu tunggal,
kebajikan am, nelayan, OKU, orang asli dan wanita.

Selain itu, KS merupakan sebahagian daripada aktiviti keusahawanan sosial. Di mana
aktiviti keusahawanan sosial melibatkan penyertaan sukarelawan dalam menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi sektor ketiga, hasil gabungan ekonomi sosial dan sektor bukankeuntungan. Justeru, Rajah 1 menunjukkan kedudukan KS yang dipengaruhi oleh keadaan
ketidak upayaan sektor awam dan swasta menangani kebajikan warganya. Kedudukan ini
dikaitkan dengan teori kegagalan kerajaan oleh Weisbrod, (1975) dan teori kegagalan pasaran
oleh Hansmann (1980).

Proceeding 3rd International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Legoland, Johor) 2016
eISBN:978-967-13718-2-4

Perusahaan
sosial
Kopera
si

Sektor ketiga
Rajah 1. Kedudukan Koperasi Sosial (Thomas, 2004).

Potensi Golongan Belia Dalam Aktiviti Keusahawanan Sosial

Gerakan keusahawanan sosial dalam kalangan belia bermula daripada usia 10 hingga
18 tahun kerana mereka mempunyai kreativiti dan tenaga untuk membuat dan melaksanakan
inisiatif baru yang boleh mengubah masyarakat sekeliling (UNICEF, 2007). Golongan ini
berupaya mengubah matlamat kepentingan sendiri, motivasi dan idea dalam aktiviti
keusahawanan sosial. Namun, memerlukan sumber kewangan, sokongan dan pengalaman
daripada mentor supaya terus bertahan. Menyedari hal ini, kerajaan memandang serius
kepentingan keusahawanan sosial melalui aktiviti perniagaan sosial. Selain peruntukan
kerajaan melalui MaGIC sebanyak RM20 juta dalam bentuk geran perniagaan sosial, pihak
pengurusan IPT juga berperanan dalam menggalakkan pelajar mengikuti kursus atau program
keusahawanan sosial secara formal dan tidak formal. Keutamaan kumpulan sasaran ini kepada
pelajar tahun akhir mengikuti kursus keusahawanan sosial berbentuk ‘finishing school’ sebagai
persediaan awal sebelum tamat pengajian seperti Universiti Teknologi MARA. Penerapan
subjek keusahawanan sosial juga ditawarkan kepada pelajar yang mengambil jurusan
perniagaan seperti Universiti Malaysia Kelantan (UKM), Universiti Tun Abdul Razak
(UNIRAZAK) dan Open University Malaysia (OUM). Manakala aktiviti dalam program
keusahawanan sosial yang sedia ada di IPT adalah berbentuk jangka pendek dalam bentuk
kelab atau persatuan seperti kelab ENACTUS (Entrepreneurial Act Us) dan SEED (Social
Entrepreneurship Empowerment and Development).
Kini, program-program tersebut telah berjaya melahirkan usahawan sosial muda di
Malaysia seperti Brian Law yang mengasaskan firma perundingan ‘Scholar-list’ berbentuk

perniagaan sosial khusus dalam memberikan khidmat perundingan kepada pelajar sekolah
menentukan laluan kerjaya mereka. Selain itu, Engku Zaidah Engku Abdul Rahman yang
mengasaskan firma ‘Worldwide Technocount Consulting Services’ yang member khidmat
sistem kewangan kepada peniaga IKS yang lemah dalam merekod kewangan dengan harga
perkhidmatan yang minimum dan berpatutan. Walaupun bilangan usahawan sosial setakat ini
tidak ramai, namun bilangan tersebut memadai untuk menambah bilangan usahawan sosial
sedia ada dan mencapai sasaran dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) untuk
melahirkan 1000 usahawan sosial menjelang tahun 2020. Justeru, alternatif selain menubuhkan
firma perniagaan sosial, belia juga mempunyai pilihan untuk menubuhkan koperasi sosial atau
mengubah pengurusan koperasi konvensional sedia ada kepada matlamat berorientasi sosial.

Proceeding 3rd International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Legoland, Johor) 2016
eISBN:978-967-13718-2-4

Pernyataan Masalah
Kerajaan telah menekankan kepentingan sumbangan sektor ketiga bagi mengukuhkah
kemampanan ekonomi di Malaysia. Rentetan itu, usaha telah digalas terutamanya melibatkan
penyertaan golongan belia dalam penceburan bidang keusahawanan sosial antaranya melalui
kegiatan koperasi. Selain insentif cukai, pelaksanaan koperasi konvensional telah

menunjukkan prestasi dari segi peningkatan bilangan dan perolehan yang baik setiap tahun
(Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2015). Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM20 juta
melalui Pusat Inovasi dan Kreatif Malaysia (MaGIC, 2015) dalam bentuk pemberian geran
perniagaan sosial. Peluang ini seharusnya dimanfaatkan oleh belia terutama bakal graduan
sebagai persediaan mereka sebelum menempuh alam pekerjaan kelak, lantaran krisis
pengangguran graduan yang semakin meruncing tahun demi tahun. Buktinya, berlaku
peningkatan kadar pengangguran graduan daripada 3.6 peratus bagi suku tahun pertama 2014
kepada 3.8 peratus bagi tahun 2015 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2015). Selain itu, penerapan
keusahawanan sosial telah mendapat sambutan baik oleh agensi kerajaan seperti program
Ekonomi Penjana Aspirasi Keluarga (eMAK) telah berjaya meningkatkan kelangsungan sosioekonomi ibu tunggal melalui konsep ‘small office small home’ bermula tahun 2011 oleh
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Begitu juga,
keprihatinan badan bukan-kerajaan (NGO) seperti Tendemic dan Yayasan Keusahawanan
Sosial turut membantu kerajaan dalam menyokong bidang ini apabila berlaku pertambahan
bilangan anggota pertubuhan setiap tahun.
Walaupun kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif dalam mensejahterakan
kehidupan masyarakat. Ternyata pemupukan ini mengambil masa yang lama untuk ditentukan
keberkesanannya. Amalan keusahawanan sosial di Malaysia masih di peringkat permulaan. Hal
ini terbukti melalui laporan General Entrepreneurship Monitor (2009) menunjukkan bahawa
penyertaan warga Malaysia yang berumur 16 tahun hingga 64 tahun dalam aktiviti
keusahawanan sosial didapati masih rendah (0.2%). Dalam lingkungan umur tersebut,

penyertaan warga lelaki (0.1%) dan perempuan (0.1%) masing-masing menyumbang kadar
yang sama. Selain amalan keusahawanan sosial, aspek komitmen juga diambil kira disebabkan
KS memerlukan keanggotaan secara sukarela. Laporan Indeks Belia Malaysia oleh Institut
Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, (2015) menunjukkan golongan belia lebih kerap
menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti sukan (39%) dan unit beruniform (23%)
berbanding menjadi anggota sukarelawan (20%). Tren ini menunjukkan sikap empati belia dan
faktor minat yang kurang dalam menangani keperluan semasa golongan terpinggir sekitarnya.
Justeru, kegiatan sukarelawan sedia perlu diubah dan menarik minat belia dengan memberikan
pulangan yang setimpal ke atas usaha tersebut. Hal ini telah meninggalkan jurang antara
keinginan meneroka bidang keusahawanan sosial yang rendah dengan ketiadaan amalan KS
dalam koperasi konvensional sedia ada di negara ini. Di mana, keinginan yang rendah oleh
golongan belia khususnya pelajar dalam meneroka kegiatan keusahawanan sosial melalui KS.
Justeru, pelaksanaan KS menjadi alternatif kepada perkembangan keusahawanan sosial dan
relevan dengan keperluan arus perdana masyarakat.
Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meneliti potensi KS melalui keinginan golongan muda
menubuhkan perusahaan sosial. Manakala objektif kajian ini adalah seperti berikut:

Proceeding 3rd International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Legoland, Johor) 2016

eISBN:978-967-13718-2-4

1) untuk mengenal pasti keinginan menubuhkan perusahaan sosial dalam kalangan
pelajar IPT mengikut jantina.
2) untuk mengenal pasti keinginan menubuhkan perusahaan sosial dalam kalangan
pelajar mengikut kategori IPT.
Metodologi
Kajian ini menggunakan sumber daripada data primer dan sekunder. Bagi data primer,
pengkaji menjalankan kajian tinjauan melibatkan populasi seramai 1,923 ahli ENACTUS
Malaysia. ENACTUS merupakan sebuah kelab badan bukan kerajaan (non-governmental
organization) di bawah Yayasan ENACTUS Malaysia sejak tahun 2000. Seterusnya,
berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970), penetapan saiz persampelan minimum yang
diperolehi adalah 320 responden daripada populasi pelajar yang menganggotai ENACTUS.
Justeru, pengkaji telah melebihkan sebanyak 3 peratus daripada jumlah asal menjadikan jumlah
sampel yang baru adalah 330 pelajar. Penambahan ini adalah memadai dengan mengambil kira
ralat persampelan semasa mengumpul data sebagaimana yang dicadangkan oleh Salkind
(2009). Di mana, kadar tersebut tidak melebihi 50 peratus. Pengkaji juga telah menghadkan
pemilihan sampel kajian kepada pelajar prasiswazah yang telah bergiat selama setahun dalam
ENACTUS. Persampelan rawak berkelompok mengikut kategori yang ditetapkan oleh Institusi
Pengajian Tinggi dan mendaftar dengan Yayasan ENACTUS Malaysia. Setelah menetapkan

bilangan sampel bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu IPT Awam (IPTA) dan
IPT Swasta (IPTS), pengumpulan soal selidik dijalankan menggunakan teknik persampelan
rawak mudah.
Pengumpulan maklumat diperolehi menggunakan borang soal selidik ringkas untuk
mendapatkan pandangan responden berkaitan faktor demografi. Pengkaji telah mendapat
kebenaran dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan ENACTUS Malaysia
bagi menjalankan penyelidikan di setiap IPT. Pengedaran soal selidik dilakukan oleh pengkaji
sendiri pada Semester II Sesi 2013/2014 secara bersemuka dengan pelajar. Kajian ini juga
melibatkan penggunaan data primer dan data sekunder. Analisis kajian ini hanya melibatkan
analisis berbentuk kekerapan dan peratus. Manakala data sekunder diperolehi berdasarkan
analisis menerusi kajian literatur, kenyataan akhbar, laporan jabatan perangkaan dan
kementerian mengenai fenomena keusahawanan sosial, gerakan koperasi dan kecenderungan
belia di Malaysia. Tinjauan awal ini melibatkan sampel seramai 330 pelajar yang masingmasing mempunyai kadar yang sama iaitu 50 peratus bagi jantina dan kategori IPT (Jadual 1).
Jumlah perkadaran sampel sebanyak 50 peratus untuk setiap kategori telah ditentukan terlebih
dahulu oleh pengkaji dengan berdasarkan keperluan objektif kajian.

Jantina

Jadual 1: Jadual Demografi Pelajar
Bilangan pelajar Kekerapan (%)


Lelaki
Perempuan
Kategori IPT
Awam
Swasta
Jumlah

166
164

50.3
49.7

166
164
330

50.3
49.7
100

Proceeding 3rd International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Legoland, Johor) 2016
eISBN:978-967-13718-2-4

Dapatan dan Perbincangan
Mengenal Pasti Keinginan Menubuhkan Perusahaan Sosial Dalam Kalangan
Pelajar IPT Mengikut Jantina.
Sedia maklum bahawa KS menggunakan pendekatan keusahawanan sosial. Maka,
pengkaji telah menjalankan kajian dengan mengenal pasti keinginan pelajar untuk menubuhkan
perusahaan sosial. Bagi mencapai objektif 1, Jadual 2 menunjukkan secara keseluruhan pelajar
IPT lelaki dan perempuan hanya berkemungkinan menubuhkan perusahaan sosial. Secara
perincian pelajar perempuan menyumbang sebanyak 73 peratus kemungkinan menubuhkan
perusahaan sosial lebih tinggi berbanding pelajar lelaki (70%). Sebaliknya, kajian mendapati
pelajar lelaki (27%) mempunyai keinginan menubuhkan perusahaan sosial lebih tinggi
berbanding pelajar perempuan (24%).
Jadual 2: Keinginan Menubuhkan Perusahaan Sosial Dalam Kalangan Pelajar IPT Mengikut Jantina
Peratus (%)
Keinginan
Lelaki Perempuan
Pasti
27.1
23.8
Mungkin
69.9
73.2
Tidak sama sekali 3.0
3.0

Dapatan ini menunjukkan pelajar IPT mempunyai potensi untuk menubuhkan KS
walaupun kadar peratusan untuk ‘pasti menubuhkan’ tidak banyak berbanding ‘mungkin
menubuhkan’ perusahaan sosial. Hal ini dipengaruhi oleh 5.5 peratus graduan pada tahun 2015
memilih untuk bekerja sendiri (Laporan Kajian Pengesanan Graduan, 2016). Selain itu, pelajar
juga didapati tidak bersedia untuk bekerja sendiri memandangkan kedudukan kewangan
mereka belum kukuh. Dari perspektif perniagaan, kajian Afirudin dan Armanurah (2006) ke
atas lulusan UUM yang pernah mengikuti Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS)
mendapati hanya 9.8 peratus sahaja daripada bekas peserta kursus ini yang menubuhkan
perniagaan secara sepenuh masa. Dari aspek jantina, kajian Hayati, Safaai dan Siti Fatimah
(2002) mendapati perempuan mempunyai tahap yang rendah berbanding lelaki dalam gerakan
koperasi. Hal ini dipengaruhi oleh taraf pendidikan yang rendah dan kekangan masa
disebabkan komitmen terhadap keluarga. Konsisten dengan Wilson, Kickul dan Marlino
(2007); Kirkwood, (2009); dan Wilson, Kickul, Marlino, Barbosa & Griffiths, (2009)
mendapati perempuan memiliki kurang keyakinan diri dalam keusahawanan berbanding lelaki.
Sebaliknya Ernst (2011) mendapati pelajar perempuan menyumbang pembentukan keinginan
keusahawanan sosial lebih tinggi (R2=52%) daripada lelaki (R2=47%). Justeru, wujud
perbezaan tekad keusahawanan dengan jantina dan pengalaman keusahawanan pelajar (Siti
Hawa, 2009). Begitu juga halnya dalam konteks KS. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar
lelaki dan pelajar perempuan berpotensi untuk bergiat aktif dalam KS, sekiranya pendedahan
awal diterapkan semasa peringkat awal pengajian.
Mengenal Pasti Keinginan Menubuhkan Perusahaan Sosial Dalam Kalangan
Pelajar Mengikut Kategori IPT
Bagi menjawab objektif 3, Jadual 4 adalah dirujuk. Kajian mendapati pelajar IPTS (26%)
mempunyai keinginan menubuhkan perusahaan sosial lebih tinggi berbanding pelajar IPTA
(25%). Sebaliknya, pelajar IPTA (72%) berkemungkinan menubuhkan perusahaan KS lebih
tinggi berbanding pelajar IPTS (71%).

Proceeding 3rd International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Legoland, Johor) 2016
eISBN:978-967-13718-2-4

Jadual 3. Keinginan Menubuhkan Perusahaan Sosial Dalam Kalangan Pelajar Mengikut Kategori IPT
Peratus (%)
Tahap keinginan
IPTA IPTS
Pasti
25.3
25.6
Mungkin
71.7
71.3
Tidak sama sekali 3.0
3.0

Tren ini dipengaruhi oleh faktor kurang pendedahan perniagaan secara hands-on. Di
mana bekas pelajar jurusan keusahawanan kurang pengalaman berniaga di Universiti Utara
Malaysia (UUM) berbanding bekas pelajar yang telah mengikuti Program Siswaniaga (Habsah,
Armanurah, Norashidah, Ooi & Syahrina, 2012). Konsisten dengan itu, kajian Ibrahim, Wan
dan Noorun (2009) atas bekas peserta Pembangunan Usahawan Siswa di IPT yang mendapati
hanya 2.3 peratus graduan memilih kerjaya usahawan yang disebabkan oleh kurangnya
penglibatan pelajar dalam perniagaan secara hands-on. Hal ini menyebabkan bilangan graduan
IPTA yang masih mencari pekerjaan adalah tinggi dengan kadar 78.7 peratus berbanding
graduan IPTS iaitu 69.9 peratus (Perangkaan Pendidikan Negara, Sektor Pendidikan Tinggi,
2013). Manakala, kajian Zaidatol, Abd. Rahim & Mohd Majid (2002) mendapati pelajar lebih
beraspirasi untuk bekerja makan gaji (44%) daripada bekerja sendiri (32%). Dapatan ini
dikuatkan lagi melalui laporan Perangkaan Pendidikan Negara, Sektor Pendidikan Tinggi
(2013) mendapati graduan IPTS (8.8%) mempunyai kadar peratusan pemilikan perusahaan
sendiri lebih tinggi daripada graduan IPTA (8.5%). Sehubungan itu, bagi menggalakkan lebih
ramai pelajar menyertai kegiatan keusahawanan sosial adalah melalui KS. Pelajar boleh dilatih
dalam KS di mana aktiviti berupaya meningkatkan jaringan koperasi dengan IPT dan komuniti
sekeliling dan keinginan menjadi usahawan sosial setelah bergraduat kelak.
Implikasi dan Kesimpulan
Kajian ini merupakan tinjauan awal yang memberi kesan kepada amalan koperasi sedia
ada yang tidak hanya mementingkan keuntungan anggota yang mempunyai kepentingan
sahaja, tetapi mengambil kira nasib golongan terpinggir. Selain itu, pengurusan organisasi
sedia ada juga dapat dipertingkatkan melalui penyertaan komuniti terpinggir menggunakan
pendekatan keusahawanan sosial. Sekaligus, menambah baik dasar koperasi sedia oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
memandangkan kepentingan pelaksanaan KS dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan
kebajikan oleh kerajaan. Dapatan ini juga menjadi petunjuk dalam mensasarkan satu Koperasi
satu Universiti menjelang tahun 2020 bagi merealisasikan sasaran Dasar Koperasi Negara
2011-2020, yang mana kini bilangan koperasi sedia ada masih tidak selari dengan bilangan
university atau IPT. Menjadi pilihan kepada pentadbir IPT yang belum menubuhkan koperasi
untuk mewujudkan KS. Seterusnya, pendedahan awal KS boleh diterapkan melalui integrasi
kursus perniagaan secara formal di peringkat pengajian lagi melibatkan pelajar berlatar
belakang keluarga yang miskin selain dapat meningkatkan pengalaman keusahawanan sosial.
Justeru, dapatan ini dapat memberikan maklumat kepada organisasi bukan-keuntungan (NGO)
untuk mengamalkan budaya KS dalam meningkatkan sumber modal sosial seperti dana
kewangan dan jaringan dengan agensi kerajaan.
Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa KS relevan dilaksanakan di
Malaysia memandangkan kebanyakan pelajar IPT mempunyai kemungkinan tinggi ingin
menubuhkan perusahaan sosial, antaranya melalui kegiatan KS. Ditambah lagi dengan kadar
kecenderungan belia menyertai aktiviti sukarelawan semakin meningkat setiap tahun.
Pelaksanaan KS mampu menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara memandangkan

Proceeding 3rd International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Legoland, Johor) 2016
eISBN:978-967-13718-2-4

kelebihan dalam memelihara kepentingan anggota dan masyarakat sekitarnya.
Walaubagaimana pun, seperti mana-mana program/aktiviti keusahawanan di IPT memerlukan
penilaian dan pemantauan secara berkala. Kerjasama awal secara formal atau tidak formal
anggota-anggota koperasi, Ahli Lembaga Koperasi dan komuniti terpinggir perlu diadakan
untuk menambah baik program atau aktiviti pendidikan keusahawanan sosial yang lebih
berkesan. Justeru, KS berpotensi untuk dilaksanakan di Malaysia memandangkan kepada
keperluan semasa masyarakat selari dengan tuntutan peringkat global.
Rujukan
Afiruddin Tapa & Armanurah Mohamad. (2006). Kajian pengesanan bekas peserta kursus Asas Keusahawanan
Siswazah (KAKS): Kes UUM. Prosiding Persidangan Kebangsaan Industri Kecil dan Sederhana 2006,
364-375.
An International survey of co-ops and mutuals at work in the health and social care sector. (2014). Better health
& social care. Vol. 2: National Cases. LPS Productions: Montréal, Québec, Canada.
Disciplina
delle
cooperative
sociali.
(1991).
Wikisource.http://it.wikisource.org/wiki/L._8_
novembre_1991,_n.381_Discipli na_delle_cooperative_sociali. 27 Mac 2016
Ernst, K. (2011). Heart over mind-an empirical analysis of social entrepreneurial intention formation on the basis
of the theory of planned behaviour. Ph.D Dissertation. University of Wuppertal, Germany.
General Entrepreneurship Monitor (2009). General entrepreneurship monitor, adult population survey. Global
Report on Entrepreneurship, Babson College.
Habshah Bakar, Armanurah Mohamad, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat & Syahrina Abdullah. (2012). Kajian
pengesanan graduan Sarjana Muda Keusahawanan (SMK). Laporan Penyelidikan Geran LEADS. Kolej
Perniagaan: Universiti Utara Malaysia.
Hansmann, H. (1980). The role of nonprofit enterprise. Yale Law Journal, 89, 835-901.
Hayati Md. Salleh, Safaai Said & Siti Fatimah Sajadi. (2002). Kajian penglibatan wanita dalam gerakan koperasi
semenanjung
Malaysia.
Pautan:
http://www.mkm.edu.my/index.php
/my/69penerbitan/penyelidikan/penyelidikan/358-kajian-penglibatan-wanita-dalam-gerakan-koperasisemenanjung-malaysia.
Ibrahim Mamat, Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang & Noorun Nashriah Binti Ramli. (2009). Nilai, sikap dan
amalan pegawai kanan institut pengajian tinggi terhadap Program Pembangunan Usahawan Siswa.
Jurnal Kemanusiaan 14(12), 96-115.
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. (2015). Indeks Belia Malaysia. Kementerian Belia Dan Sukan
Malaysia, Putrajaya.
Kirkwood, J. (2009). Is a lack of self-confidence hindering women entrepreneurs? International Journal of Gender
and Entrepreneurship, 1 (2), 118-133.
Laporan Kajian Pengesanan Graduan. (2016). Trend taraf pekerjaan (warganegara) 2006-2015. Kementerian
Pengajian
Tinggi
Malaysia.
Pautan
http://graduan.mohe.gov.my/skpgreport/Dashboard/TrendTarafPekerjaan.aspx.
Laporan Prestasi Tahunan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (2014). Ringkasan statistik am koperasi mengikut
kumpulan sasar. Pautan http://www.skm.gov.my/images/images/ Statistik-Gerakan-Koperasi/StatistikTahunan/statistic-tahunan-2014/2014-01-03i-Ringkasan-Statistik-Am-Mengikut-Kumpulan-Sasar.pdf.
MaGIC. (2015). KBS mahu kerjasama dengan lebih universiti (20 April). Pautan https://mymagic.my/en/kbsmahu-bekerjasama-dengan-lebih-universiti/.
Perangkaan Pendidikan Negara, Sektor Pendidikan Tinggi. (2013). Bilangan dan Peratus Graduan Warganegara
Malaysia Mengikut Jenis IPT Berdasarkan Sebab Belum Bekerja (2012 - 2013). Kementerian Pendidikan
Tinggi Malaysia, Putrajaya.
Salkind, N.J. (2009). Exploring research. New Jersy: Pearson Education.
Siti Hawa Binti Mohamed Idris. (2009). Kecenderungan keusahawanan di kalangan pelajar bidang kejuruteraan
di Institusi Pengajian Tinggi Awam di kawasan utara semenanjung Malaysia. Tesis Sarjana. Universiti
Utara Malaysia.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (2015). Ringkasan statistik am koperasi mengikut negeri. Pada 23 Mac 2016.
Pautan http://www.skm.gov.my/index.php/my/mengenai-skm/gerakan-koperasi /statistik-gerakanoperasi/statistik-interim.
Thomas,A. (2004). The rise of social cooperatives in Italy. Voluntas: International Journal of Voluntary and
Nonprofit Organizations, 15(3), 243-263.

Proceeding 3rd International Conference on Global
Social Entrepreneurship (Legoland, Johor) 2016
eISBN:978-967-13718-2-4

UNICEF. (2007). Adolescents and civil engagement: social entrepreneurship and young people. Learning series,
no.3. Adolescent Development and Participation Unit, United Nations Children’s Fund: New York.
Weisbrod, B. A. (1975). Toward a theory of the Voluntary Non-Profit Sector in a Three Sector Economy. In E.S.
Phelps (Ed.) Altruism, Morality and Economic Theory (171- 195). New York: Russell Sage Foundation.
Wilson, K., Kickul, J. & Marlino, D. (2007). Gender, entrepreneurial self-efficacy, and entrepreneurial career
intentions: Implications for entrepreneurship education. Entrepreneurship Theory and Practice 13(3),
387-406.
Wilson, F., Kickul, J., Marlino, D., Barbosa, S.D. & Griffiths, M. (2009). An analysis of the role of gender and
self-efficacy in developing female entrepreneurial interest and behavior. Journal of Developmental
Entrepreneurship, 14(2), 105-119.
Zaidatol, Abd. Rahim & Mohd Majid (2002). Pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan di Malaysia: Kesan
Terhadap Aspirasi Keusahawanan Pelajar. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. Vol. 10 (1), 53-61.