PENGGUNAAN EZ ARABIC DALAM PENGAJARAN da
PROCEEDING THE 8TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND
CONFERENCE OF ASEAN STUDIES ON ISLAMIC AND ARABIC
EDUCATION AND CIVILIZATION
(POLMED - UKM - STAI AL-HIKMAH)
1 DISEMBER 2015
SIDANG EDITOR
PROF MADYA DR HJ MAIMUN AQSHA BIN ABDIN
LUBIS SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN
HELMIRIZAL BIN CHE LONG
NOR SOFIAH BT SUHAIMI
ZULHILMI BIN SUBOH
MUJAHID BIN AZMI
JUHAIDA AZHANI BINTI ISMAIL
WAN AMIRAH BINTI WAN ISMAIL
MUHAMMAD SHAMSUL SHAFIQ BIN MOHD
ZAINURIN NORFARAHIN BINTI MOHD ZAMRI
NAJIHAH BT NAZARUDIN
i
Diterbitkan di Malaysia
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul
Ehsan. Tel: 0389216245
Faks: 0389254372
Email: [email protected]

1 DECEMBER 2015
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. 2015
Cetakan Pertama 2015
ISBN 978-983-2267-85-0
Hak Cipta Terpelihara
Semua hak terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh
diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun
dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara elektronik,
mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih
dahulu dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Susun atur huruf:
Maimun Aqsha Lubis, Siti Nur Hasinah Hussian, Helmirizal Che Long, Nor Sofiah
Suhaimi
Huruf: Times New Roman 10/11
Reka bentuk kulit/ Reka letak:
Mohd Ezzat Musa (Biglemon Design & Development)
Tel
: 013- 941 3814
Email : [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh,
AWAL HIJRAH ENTERPRISE (002197243-W)
No 12, Jalan 3/69 Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel
: 012- 311 1844
Faks : 03- 8920 4096
Email : [email protected]
ii
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN
Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED-UKM-STAI (AL-HIKMAH) 1 DIS 2015
PRAKATA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dengan taufiq dan izinNya,
buku prosiding ini dapat diterbitkan bagi membantu mempertingkatkan kefahaman
dan perkembangan ilmu dalam usaha mendapatkan kebaikan di dunia dan di
akhirat.
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization ini dijalankan di Sekolah
Tinggi Agama Islam (STAI) Al- Hikmah, Medan, Indonesia pada 1 Disember 2015.
Prosiding yang bertemakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Peradaban
Islam dan Tamadun Dunia ini memberi peluang kepada peserta dan pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk sama-sama berkongsi
kepakaran, ilmu dan maklumat untuk disebarkan dan dimanfaatkan secara optimum.
Untuk makluman bahawa 1st International Conference of ASEAN Studies
sebelum ini berlangsung di Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN) Sorong di
Nusa Tenggara Barat Indonesia. 2nd dan 3rd Interantional Conference of ASEAN
Studies pula diadakan di Songkla, Thailand. Manakala 4th dan 5th International
Conference of ASEAN Studies pula berlangsung di Universitas Negeri Medan dan
Politeknik Medan di Sumatera Utara, Indonesia. The 6th Interantional Conference
of ASEAN Studies diadakan di UMN Al-Washliyah Indonesia dan The 7th
Interantional Conference of ASEAN Studies diadakan di Politeknik Tanjung Balai,
Medan.
Seminar seperti ini diharapkan menjadi satu wadah dan jalan untuk
mempertingkat ilmu pengetahuan dalam bidang agama dan teknologi secara
bersepadu ke arah memartabatkan dunia pendidikan di Negara ASEAN khasnya.
Saya mengharapkan program seumpama ini tidak terhenti di sini dan akan
diteruskan pada masa akan datang. Ucapan terima kasih dan penghargaan saya
untuk semua pihak yang bergabung tenaga dalam menjayakan program ini. Semoga
usaha dan kesungguhan semua pihak menjadi amal kebaikan yang berterusan
pahalanya di sisi Allah. Amin.
Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Assoc. Profesor Dr Hj Maimun Aqsha Bin Abdin Lubis, Ed.D, Ph.D
Pengarah
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic
and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI AL-HIKMAH DIS 2015
iii
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies
in Islamic and Arabic Education and World Civilization POLMEDUKM-STAI (AL-HIKMAH) 1 DIS 2015

Alhamdulillah, puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu
Wa Ta`ala kerana berkat dan rahmatNya, buku prosiding seumpama ini dapat
dihasilkan dan diselesaikan sesuai dengan waktunya.
Tema “ Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Peradaban Islam dan
Tamadun Dunia” amat bertepatan dengan program ini Eight International
Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and
World Civilization yang berlangsung di Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Al-
Hikmah , Medan, Indonesia pada 1 Disember 2015.
Program ini mengumpulkan sebilangan para mahasiswa dan mahasiswi,
dosen-dosen dan para ilmuan di dalam satu majlis ilmu yang diisi dengan
perkongsian ilmu dan informasi. Justeru, harapan saya agar kandungan buku ini
dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh semua pihak dengan selayaknya.
Atas terbitan buku ini, saya menyampaikan ucapan terima kasih dan
penghargaan kepada kerjasama dan kekompakan semua anggota Panitia dari mula
buku prosiding ia diusulkan sehingga sampai kepada terbitnya buku ini. Semoga
usaha murni ini mendapat pahala disisiNya dan dikira sebagai amal jariah untuk
semua yang ikut menyumbang secara material ataupun non-material dan secara
langsung ataupun tidak langsung.
Dr Suherman M.A
Rektor, Politeknik Negeri Medan (POLMED)
Sumatera Utara,
Indonesia.
iv

SEKAPUR SIREH

Selawat dan salam terhadap junjungan yang mulia, Baginda Rasulullah
S.A.W dengan usaha baginda, kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam.
Alhamdulillah, syukur dengan izinNya, buku ini berjaya disiapkan dan diterbitkan
hasil daripada usaha bersama antara pelajar, pensyarah dan pihak universiti.
Sungguh, peranan antara satu sama lain, sangat menyumbang. Moga Allah Redho.
Saya melihat bahawa, usaha untuk membangunkan jurnal artikal ini telah
membina keupayaan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam
berhadapan dengan isu semasa dan arus global. Di sisi lain pula, usaha dari awal
sehingga terhasilnya buku prosiding ini, telah membentuk kerjasama antara satu
sama lain dengan kesabaran atas kepayahan. Akhirnya dapat memberi manfaat
kepada masyarakat dan ummat.
Jutaan terima kasih di ucapkan kepada “team prosiding”, pihak pensyarah,
pihak Univerisiti POLMED dan STAI Al-Hikmah yang terlibat, hanya Allah
sahajalah yang selayaknya membalas. Melihatkan kepada tema utama dalam
prosiding ini berkait dengan peradaban dan tamadun, semoga dapat diteruskan bagi
membina peradaban Islam antara kita, bermula dengan usaha sekecil-kecil iaitu dari
individu, masyrakat, univeristi, kelak antara semua negara.
Saya berharap agar usaha yang sedikit dalam berkongsi ilmu ini, mampu
memberi penyuluh kepada yang membaca dan menjadikan sumber ini sebagai
rujukan. Selain itu, menjadi galakkan kepada kami dan pembaca untuk terus
berkongsi ilmu, belajar dan bekarya buat ummat.
Akhir kalam, moga kita terus menyumbang kepada masyrakat dan ada amal
daripada perbincangan dan ilmu yang dikongsi ini dalam usaha membentuk kembali
peradaban Islam yang ada “ruh” dalam tamadun tersebut, bukan sahaja ada aset
material, bangunan dan perpustakaan, tapi aset manusia yang ada “ruh”.
Muhammad Talhah Bin Ajmain @ Jimaain
Pengerusi
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and
Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI AL-HIKMAH DIS 2015
v

Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015
DAFTAR KANDUNGAN
HALAMAN
Prakata Pengarah Seminar, UKM
iii
Prakata Rektor, POLMED
iv
Sekapur Sireh, Pengerusi Seminar, UKM
v
UCAPTAMA
Integrated Islamic Education in ASEAN: Application and Practice
Penulis: Maimun Aqsha Lubis, Nur Syamira Abdul Wahab, Ikwan,
Ismail Fahmi Lubis, Aisyah Sjahrony
1
Keperluan Permainan Bahasa Arab Bermultimedia ke Arah
Meningkatkan Kefahaman Al-Quran
Penulis: Maimun Aqsha Lubis, Nur Syamira Abdul Wahab, Harun
Baharudin, Aisyah Sjahrony, Ikwan & Ismail Fahmi Lubis
Muhammadiyah dan Peranannya dalam Bidang Sosial Politik di
Sulawesi Selatan
Penulis: Khaidir Sulaiman dan Nuhang
14
28
PERADABAN ISLAM DAN TAMADUN DUNIA
TEMA 1: PENDIDIKAN DAN FALSAFAH
Revolusi Ekonomi Tamadun Silam Dan Kini di Malaysia
Penulis : Siti Nur Hasinah Hussian, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff,
Maimun Aqsha Lubis, Siti Nor Hafizah Zakaria, Nur Zawani
Mohamad Din
Epistemologi Islam Sebagai Asas Ketamadunan Dunia
Penulis : Muhammad Talhah Ajamin @ Jimaain, Mohd Aderi Che
Noh, Maimun Aqsha Lubis
Perbezaan Antara Falsafah Pendidikan Islam dengan
Pendidikan Barat
Penulis: Norshahida Md Nor, Maimun Aqsha Lubis,
Mohd Isa Hamzah
38
45
51

Asas Akidah, Syariah, Akhlak Dan Ilmu Pengetahuan
Dalam Pembentukan Tamadun Cemerlang
Penulis: Nur Zawani Mohamad Din, Harun Baharudin , Maimun
Aqsha Lubis, Siti Nor Hafizah Zakaria, Siti Nur Hasinah Hussian
61
Perlaksanaan Sistem Percukaian dalam Pemerintahan
Islam: Analisis Perkaitan antara cukai GST di Malaysia
Penulis: Nurul Farrhana Zainul Abidin, Maimun Aqsha Lubis
69
Perbandingan Matlamat Peradaban Islam Dan Tamadun Barat
Penulis: Mujahid Azmi, Maimun Aqsha Lubis, Zulhilmi Suboh,
Mohd Adib Ibrahim
83
Tamadun Mesopotamia: Lahir di antara Sungai Tigris dan
Euphrates
Penulis: Siti Nor Hafizah Zakaria, Maimun Aqsha Lubis, Nik
Mohd Rahimi Nik Yusof, Nur Zawani Mohamad Din, Siti Nur
Hasinah Hussian
89
TEMA 2: TOKOH-TOKOH ISLAM
Ibnu Sina Serta Pengaruhnya Terhadap Tamadun Barat Dalam
Bidang Perubatan
Penulis: Zulhilmi Suboh, Harun Baharudin, Maimun Aqsha Lubis,
Mujahid Azmi
Peranan Kepimpinan Khalifah Harun Ar-Rasyid Dan Kaitannya
Dengan Sultan Brunei
Penulis: Nur Adilah Adam, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Aderi Che
Noh, Nur Zawani Mohamad Din
Kepimpinan Khalifah Harun Ar-Rashid
Penulis: Juhaida Azhani Ismail, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Isa
Hamzah, Najihah Nazarudin
Kepakaran Ibn Sina Dalam Bidang Perubatan Dan Kaitannya
Dengan Kemajuan Perubatan Di Malaysia
Penulis : Nadiah Binti Hashim Radzi, Mohd. Isa Bin Hamzah,
Maimun Aqsha Lubis
96
103
111
119

Kepimpinan Khalid Al-Walid
Penulis: Mohd Zaid Khamis, Maimun Aqsha Lubis, Khadijah Abd.
Razak, Mohd Anizan Saidin
129
Strategi – Strategi Dakwah Rasulullah S.A.W
Penulis: Mohammad Khidir Bin Ngah, Dr Maimun Aqsha
Lubis, Mohd Anizan Saidin
139
Sejarah Kematian Khalifah Umar Al-Khatab
Penulis: Mohd Anizan Bin Saidin, Maimun Aqsha Lubis,
Khadijah Abd. Razak, Mohd Zaid Khamis
150
Gaya pemerintahan dua Umar: Kontribusi terhadap Tamadun Islam
Penulis : Najihah Nazarudin, Maimun Aqsha Lubis, Nik Mohd
Rahimi, Juhaida Azhani Ismail
160
TEMA 3: TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam: Sejarah dan Kesan Pengaruhnya Dalam Alam
Melayu
Penulis: Mohd Adib Ibrahim, Mohd Aderi Che Noh, Maimun
Aqsha Lubis, Mujahid Azmi, Zulhilmi Suboh
170
Kemajuan dan Kegemilangan Ilmu di Granada, Andalusia
Penulis: Maidzatul Akhmarina Nawar,Maimun Aqsha Lubis, Nurul
Akma Mhd Deris
Peranan Perpustakaan Awam Bayt Al-Hikmah Pada Zaman
Kerajaan Abbasiyah Dan Kaitannya Dengan Perpustakaan Di
Indonesia
Penulis: Nor Diyanah Zafri, Mohd Aderi Che Noh, Maimun Aqsha
Lubis
Dasar Tamadun Islam Dikaitkan Dengan Dasar Peradaban Islam
Di Malaysia
Penulis: Nurul Diyana binti Mohammad Wabil, Maimun Aqsha
Lubis, Mohd Isa Hamzah
176
184
191

Kegemilangan Dan Kemajuan Keilmuan Era Cordova
Penulis: Nurul Akma Mhd Deris, Maimun Aqsha Lubis, Maidzatul
Akhmarina binti Nawar
198
Faktor- Faktor Kejatuhan Daulah Al-Umawiyyah: Satu Penilaian
Dan Pengajaran
Penulis: Wan Amirah binti Wan Ismail, Maimun Aqsha Lubis
207
PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
TEMA 1: STRATEGI PENGAJARAN BAHASA ARAB
Pendekatan 10 Asas Pembelajaran Bahasa Arab di Peringkat
Rendah
Penulis: Mujahid Azmi, Maimun Aqsha Lubis, Zulhilmi Suboh
Pendekatan Pengajaran Bahasa Arab di Peringkat Pengajian Tinggi
di Malaysia
Penulis: Nur Aflaha binti Abd Aziz, Maimun Aqsha Lubis,
Siti Najidah Binti Nawawi @ Saad, Nor Atikah Binti Adnan
Pelaksanaan Kemahiran Komunikasi Bahasa Arab di Sekolah
Rendah
Penulis: Nik Dilalah Nuha Nik Razi, Maimun Aqsha Lubis,
Abidah Aqilah Mohd Noor & Hibatullah Zamri
Keperluan Asas Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di
Sekolah Rendah
Penulis: Zulhilmi Suboh, Maimun Aqsha Lubis, Harun Baharudin,
Mujahid Azmi
Strategi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Pendidikan Bahasa Arab Pada Abad Ke-21
Penulis: Nur Syamira Abdul Wahab, Maimun Aqsha Lubis,
219
227
233
243
251
Nur Sofiah Suhaimi, Nor Azlinda Muda
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Arab
Penulis : Siti Nur Hasinah binti Hussian, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff,
Maimun Aqsha Lubis, Wan Izzat Aiman binti Wan Halim,
Norfarahin Mohd Zamri
265

Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Dalam Pendidikan Bahasa Arab Di Peringkat Sekolah
Penulis: Hibatullah Zamri, Maimun Aqsha Lubis,
270
Abidah Aqilah Mohd Noor, Nik Dilalah Nuha Nik Razi
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Menggunakan
Peta I-Think Di Sekolah Rendah
Penulis: Siti Wahidah M Mubin, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff,
Maimun Aqsha Lubis, Helmirizal bin Che Long
278
Kepentingan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
dalam Kemahiran Bahasa Arab Peringkat Menengah di Malaysia
Penulis: Abidah Aqilah Mohd Noor, Maimun Aqsha Lubis,
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Nik Dilalah Nuha Nik Razi,
Hibatullah Zamri
Meningkatkan Kebolehbacaan Murid Sekolah Rendah
Terhadap Perkataan Bahasa Arab dan Ayat Al-Quran
Penulis : Wan Izzat Aiman binti Wan Halim, Maimun Aqsha Lubis,
Afiful Huda binti Mustaffa, Siti Nur Hasinah Hussian
288
299
TEMA 2: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB
Kaedah Pengajaran Bahasa Arab di Peringkat Menengah
di Malaysia
Penulis: Nor Atikah Adnan, Maimun Aqsa Lubis, Najidah Nawawi,
Aflaha Aziz
Aktiviti Lakonan dalam Pengajaran Bahasa Arab di SMKA
TAHAP Jerantut Pahang Untuk Mempertingkatkan Kemahiran
Bertutur Bahasa Arab
Penulis : Noorsuziana bt. Awang, Maimon Aqsha Lubis, Harun
307
316
Baharuddin, Anis Nabihah bt. Alias, Nurul Afifah bt. Mohd Saadan
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam
Pengajaran Bahasa Arab
Penulis : Nurzaemah Binti Ismail, Maimun Aqsha Lubis, 323 Junaidah Bt Mat
Isa

Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pembelajaran Bahasa
Arab
Penulis: Norfarahin Mohd Zamri, Maimun Aqsha Lubis,
Mohd Isa Hamzah, Siti Nur Hasinah Hussian, Haryati Yaacob
Gaya Pengajaran Guru Dan Pembelajaran Murid Dalam Mata
Pelajaran Bahasa Arab
Penulis: Helmirizal Bin Che Long, Maimun Aqsha Lubis,
Siti Wahidah M Mubin
Tahap Penguasaan Nahu Dalam Silibus Bahasa Arab Tingkatan
Empat
Penulis: Adyka Roslan, Maimun Aqsha Lubis, Muhammad Shamsul
Shafiq Mohd Zainurin, Ahmad Mu’izz Mohd Hadi
Tahap Penguasaan Balaghah dalam Silibus Bahasa Arab Tingkatan
Empat
Penulis: Muhammad Shamsul Shafiq Mohd Zainurin,
Maimun Aqsha Lubis, Adyka Roslan, ,Ahmad Mu’izz Mohd Hadi
330
338
345
347
TEMA 3: ISU/ CABARAN PELAKSANAAN BAHASA ARAB
Pelaksanaan dan Masalah Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa
Arab di Institusi Pengajian Tinggi
Penulis: Anis Nabihah Alias, Maimun Aqsha Lubis,
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Noorsuziana Awang,
Nurul Afifah Mohd Saadan
Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab
Berdasarkan Metod Pengajaran Bagi Penutur Bukan Arab
Penulis: Siti Nor Hafizah Zakaria, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof,
Maimun Aqsha Lubis, Nur Zawani Mohamad Din
Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menulis Bahasa Arab
Berdasarkan Metod Pengajaran Bahasa Arab Bagi Penutur Asing
Penulis: Nur Syafiqah Kamar, Harun Baharuddin, Maimun Aqsha
Lubis, Siti Nor Hafizah Zakaria
Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab

Penulis: Nur Zawani Mohamad Din, Harun Baharudin, Maimun
Aqsha Lubis, Nur Syafiqah Kamar, Siti Nor Hafizah Zakaria
357
366
376
389

Pengajaran Bahasa Arab di Kolej Vokasional: Satu Tinjauan Awal
Penulis: Nur Sofiah binti Suhaimi, Mohd Isa Hamzah, Maimun
Aqsha Lubis, Nur Syamira Abdul Wahab, Nor Azlinda Muda
Isu dalam Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Peringkat Rendah di
Malaysia
Penulis: Siti Najidah Binti Nawawi @ Saad, Mohd Aderi Bin Che
Noh, Maimun Aqsha Lubis, Nur Aflaha Binti Abd. Aziz, Nor
Atikah Binti Adnan
Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Berterusan Mata Pelajaran
Bahasa Arab di Kolej Vokasional
Penulis: Afiful Huda Mustaffa, Maimun Aqsha Lubis, Wan Izzat
Aiman, Siti Nur Hasinah Hussian
396
407
415
TEMA 4: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM
BAHASA ARAB
Kaedah Permainan Digital Dalam Pendidikan Bahasa Arab Ke
Arah Pembelajaran Berkesan
421
Penulis: Nor Azlinda Bt Muda, Khadijah Abdul Razak, Maimon
Aqsha Lubis, Nur Syamira Bt Abdul Wahab, Nur Sofiah Bt Suhaimi
Animasi dalam Pengajaran Bahasa Arab
Penulis: Siti Fatimah Ahmad Farok, Maimun Aqsha Lubis,
Mujahid Azmi, Zulhilmi Suboh
Usaha Ke Arah Persekitaran ‘Blended Learning’ Dalam
Pembelajaran Bahasa Arab: Tinjauan Awal I-Folio UKM
Penulis: Siti Fatimah Datu Ali Nafiah, Maimun Aqsha Lubis, Nik
Mohd Rahimi Nik Yusoff, Asiah Che Hassin, Rozmaza Sukardi
Teknologi Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Arab dan kesannya di IPT
Penulis: Asiah binti Che Hassin, Maimun Aqsa Lubis, Rosmaza
binti Sukardi, Siti Fatimah Datu Ali Nafiah
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Arab
Penulis: Rosmaza Sukardi, Maimun Aqsha Lubis,
Siti Fatimah Datu Ali Hanafiah, Asiah Che Hasin
429
435
442
449

Penggunaan Ez Arabic dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Arab untuk Kanak-Kanak
Penulis: Nurul Afifah Mohd Saadan, Harun Baharudin, Maimun
Aqsha Lubis, NorSuziana Awang, Anis Nabihah Alias
455
Aplikasi Moodle Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab
di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Penulis: Haryati Yaacob, Maimun Aqsha Lubis, Nur Azri Azizah Sarmuji,
Norfarahin Mohd Zamri, Nurzaemah Ismail
462
Aplikasi Kemahiran Bertutur di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Agama di Bangi
Penulis: Ahmad Mu’izz Mohd Hadi, Maimun Aqsha Lubis, Adyka Roslan,
Muhammad Shamsul Shafiq
472
Amalan Pengajaran Interaktif dalam Kalangan Guru Bahasa Arab
Penulis: Junaidah Mat Isa, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Aderi Che Noh,
Nurzaemah Ismail
479
Penggunaan E-Learning Dalam Pembelajaran Kendiri Bahasa Arab
Penulis: Nur Azri Azizah Binti Sarmuji, Maimun Aqsha Lubis, Nur Fadilah
binti Abdul Basit, Haryati binti Yaacob
491
Penguasaan Kosa Kata Dalam Memrise.Com
Penulis: Khairiyah binti Anuar, Maimun Aqsha Lubis, Nik Mohd. Rahimi
Nik Yusoff
499

PENGGUNAAN EZ-ARABIC DALAM PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN
BAHASA ARAB UNTUK KANAK-KANAK
Nurul Afifah Mohd Saadan, Harun Baharudin , Maimun Aqsha Lubis, NorSuziana
Awang, Anis Nabihah Alias
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, MALAYSIA
[email protected], [email protected], [email protected],
[email protected], [email protected]
ABSTRAK
Pemanfaatan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan keperluan
pada zaman ini. Pembelajaran bahasa Arab tidak ketinggalan dalan hal ini menerusi
beberapa usaha dan kajian yang dilakukan, selaras dengan kemudahan teknologi yang lebih
efektif dan menarik. Hal ini juga tidak hanya untuk golongan atau pelajar dewasa sahaja,
tetapi tidak ketinggalan juga bagi kanak-kanak. Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui
tujuan penggunaan EZ- Arabic dalam pengajaran dan pembelajaran dan mengenalpasti
manfaat penggunaan laman web EZ-Arabic dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Selain
itu, mengurangkan serta menjimatkan masa guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar
(BBM). Sehubungan dengan itu bagi memastikan terealisasinya matlamat ini, guru haruslah
mencari inisiatif untuk memastikan kelas sentiasa menarik dan berkesan. Hasil kajian ini
ingin disarankan agar penggunaan laman web dapat membantu menarik minat pelajar serta
bermotivasi untuk mendalami bahasa al-Quran. Elemen-elemen yang penting seperti reka
bentuk grafik, pemilihan audio, cara mempersembahkan animasi, pemilihan warna dan lainlain lagi perlu diambil kira untuk membangunkan sesebuah produk multimedia agar proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih berkesan.
Kata kunci : Teknologi ,Bahan Bantu Mengajar (BBM)
PENDAHULUAN
Semenjak era permodenan yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad Mantan
Perdana Menteri yang keempat dengan slogan menuju wawasan 2020, pelbagai perubahan
dan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi kian pesat membangun. Dalam tempoh
beberapa dekad ini, banyak kemajuan yang telah ditunjukkan dan ia turut mempengaruhi
perkembangan pelbagai bidang lain seperti perniagaan, komunikasi dan lain-lain. Bidang
pendidikan juga tidak terlepas daripada tempiasnya.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Techonology (ICT) pada
tahun 2002 dalam bidang pendidikan dan turut dilaksanakan di prasekolah. Di bawah
program ICT juga empat projek telah dirancang dan dilaksanakan oleh KPM iaitu Projek
Rintis Sekolah Bestari, School Net, Makmal ( Rabiatul Adawiyah dan Halimah 2011).
Dewasa ini, pemanfaatan elemen teknologi dalam pendidikan khususnya yang melibatkan
multimedia makin berkembang dari hari ke hari. Mohd Fahem (2006) berpendapat bahawa
bidang pendidikan bahasa Arab lebih mengikut trend semasa dalam penggunaan bahan
teknologi berbanding mencipta inovasi yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna dalam
bidang ini. Zawawi (2008) membuat kajian terhadap beberapa buah sekolah menengah
454

agama di Malaysia, penggunaan teknologi dalam Pdp bahasa Arab di dalam kelas adalah
amat terhad. Keadaan ini antaranya disebabkan situasi guru yang masih memilih kaedah
tradisional dalam proses Pdp berbanding kaedah moden yang memanfaatkan teknologi.
Antara sebab terjadinya masalah ini ialah faktor kekurangan masa dan usaha untuk
menyediakan bahan berbentuk multimedia sebelum sesi Pdp berlangsung (Zawawi 2008).
Tahap pengetahuan tentang penggunaan komputer yang rendah dalam kalangan guru bahasa
Arab turut menyebabkan pemanfaatan multimedia sangat terhad dalam Pdp bahasa Arab
(Zawawi, 2008, Mohd Fahem 2006). Selain itu, kekurangan latihan atau bengkel berkaitan
penggunaan komputer turut menjadi punca kekangan perkembangan permanfaatan teknologi
dalam Pdp bahasa Arab di Malaysia (Ashinida, Afendi& Mohd Shabri 2004 ). Pemanfaatan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pdp merupakan satu keperluan pada
hari ini. Situasi ini melibatkan proses Pdp semua bidang termasuklah bidang bahasa dan ia
turut melibatkan semua peringkat pendidikan.
Dewasa ini, penggunaan multimedia dalam Pdp merupakan kaedah yang banyak
digunakan di semua peringkat pendidikan. Mayer (2001) mendefinisikan multimedia
sebagai persembahan bahan pengajaran menggunakan perkataan dan gambar. Dua
kompenan bahan yang terlibat dalam proses Pdp adalah perkataan dan gambar yang menarik
secara elektronik. Pendapat yang diutarakan oleh Mayer telah disokong dan dikembangkan
oleh pendapat-pendapat lain yang memasukkan elemen berunsur teknologi dalam
penyelidikan bahan pengajaran. Antaranya Bush (2007) menambah elemen suara dalam
penerokaan bahasa, pemanfaatan jaringan intenet melalui World Wide Web (WWW)
(Joliffe, Ritter & Stevens,(2007) serta pemanfaatan grafik yang menarik dalam pengajaran
kosa kata bahasa (Salsbury 2006, : Bush 2007 ). Selain itu, pemanfaatan teknologi dalam
Pdp bahasa semakin mendapat sambutan apabila wujudnya bahan-bahan berbentuk
elektronik dalam bidang pendidikan bahasa seperti buku latihan elektronik, video digital,
uijan mendengar secara interaktif, bahan bacaan atas talian dan sebagainya (Gill 2006 ,).
Merujuk kepada perkembangan positif pemanfaatan teknologi dalam Pdp pendidikan
bahasa, maka ia dilihat amat wajar untuk dimanfaatkan dalam Pdp bahasa Arab khususnya
yang melibatkan pelajar bukan penutur jati.
TUJUAN KAJIAN
Secara keseluruhnnya, tujuan kajian ini dilakukan ialah:
Mengetahui tujuan penggunaan laman web Ez-Arabic dalam pengajaran dan
pembelajaran
Mengenalpasti manfaat penggunaan laman web EZ-Arabic dalam kalangan pelajar
sekolah rendah.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kepustakaan sepenuhnya yang dijalankan bagi mendapatkan
maklumat menerusi analisis dokumen yang di lakukan seperti jurnal, artikel, kertas
prosiding seminar dan buku-buku yang berkaitan. Penulis telah membuat analisis setiap

kandungan yang diperolehi daripada kajian-kajian lepas yang diperolehi.Hasil perolehan
analisis kandungan tersebut telah dijadikan sumber sokongan bagi perbincangan penulis
untuk menarik minat para pembaca dalam kupasan dapatan kajian ini.
Pengenalan Laman Web EZ ARABIC
Menurut Mohd Firdaus Yahaya dan Mohd Shaharil Nasir (2013), antara istilah yang
menunjukkan pemanfaatan teknologi maklumat ialah berasaskan komputer (Computer
Based Training (CBT), Latihan Berasaskan Internet (Internet Based Training (IBT), Latihan
Berasaskan Web ( WEB Based Training (WBT) dan Pembelajaran Bahasa Berbantukan
Komputer (Computer Assisted Language Learning CALL). Oleh yang demikian, EZ Arabic
telah diperkenalkan oleh Mohd Firdaus Yahaya dan Mohd Shahrizal Nasir. Prototaip EzArabic telah dibangunkan dengan menggunakan sistem Kod Hyper Text Markup Languange
(HTML) dengan sokongan kod Hypertext Preprocessor (PHP). Platform ini dibangunkan
menggunakan platform Linux. Pembangunan laman web Ez-Arabic dianggap medium
perantara yang boleh diaplikasikan kepada pelajar sekolah rendah terutamanya dalam
pembelajaraan bahasa Arab. Pembangunan prototaip EZ-Arabic adalah untuk membantu
proses pembelajaran berterusan di luar bilik darjah. Pembelajaran secara maya berasaskan
web ini menfokuskan pelajar-pelajar dari tahun satu sehingga tahun enam di peringkat
rendah. Prototaip Ez-arabic ini menjadi bahan rujukan pembelajaran sampingan bagi para
pelajar selain daripada buku teks yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Prototaip EZ Arabic juga menyokong pelbagai jenis fail multimedia audio dan
visual. Di antara jenis-jenis fail yang menyokong prototaip Ez-Arabic adalah seperti PDF,
gambar, Mp3 dan video. Sokongan kepada fail-fail multimedia yang pelbagai dapat
meningkatkan lagi minat dan motivasi para pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab.
Kepentingan EZ-ARABIC
Pembelajaran yang efektif
Pembelajaran aktif berlaku apabila pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam membina
pengetahuan sendiri. Menurut Rossafri bin Mohamad pembelajaran yang aktif merupakan
ciri pembelajran konstuktivis. Murid tidak menjadi penerima pasif untuk menerima
pengetahuan malah membina pengetahuan secara “minds-on”, hand-on” dan secara
“authentic”. Pembelajaran aktif berlaku apabila terdapat penglibat diri murid dalam
pembelajaran, dan tidak hanya berpusat kepada guru sahaja. Murid akan lebih seronok
apabila guru menunjukkan sesuatu yang baharu kepada meraka. Jones (1993) menyatakan
bahawa dalam mereka bentuk persekitaran pembelajaran yang berasaskan komputer, skrin
dan reka bentuk antara muka perlu dipertimbangkan dalam masa yang sama apabila proses
pengembangan dan reka bentuk perisian itu dilaksanakan. Antara konsep teori ini yang
adalah :
a)
Menyemak lewa (browsing) yang membenarkan penerokaaan secara fleksibel
kandungan sesuatu perisian melalui pelbagai kawalan. Sebagai contoh, pengguna
boleh meneroka mengikut topik melalui menu yang disediakan. Apabila sesuatu
topik itu dipilih, pengguna boleh menggunakan kaedah seperti “klik” anak panah
456

kiri atau kanan untuk mencapai bahan berkaitan. Namun begitu, menyemak lewa
tidak seharusnya tidak terkawal. Pengguna seharusnya boleh meneroka perisian
tersebut untuk mendapatkan maklumat baru, mengetahui di mana maklumat itu
diperolehi dan berupaya mencaci maklumat itu semula (Jones 1989; Laurel, Ore &
Don 1992).
b) Animasi, pergerakan atau visual yang digunakan menyediakan pengguna satu
isyarat (kiu) yang sesuatu tindakan sedang diakukan. Paparan skrin yang bergerak
ke kiri atau kanan akan memberikan gambaran kepada pengguna proram itu sedang
bergerak ke papran seterusnya. Kesan visual seperti “zoom, disolves, fades”
menunjukkan kepada pengguna bahawa mereka sedang bergerak ke topik yang
baru dalam program itu (Nicol 1990).
Pembinaan Laman Web yang Menarik
Menurut Zarina Abd Malek (2004) menyatakan terdapat beberapa teori pembelajaran yang
perlu dikuasai oleh guru, antaranya ialah guru dapat memahami keadaan dan faktor yang
mempengaruhi, mempercepatkan atau melambatkan proses pembelajaran seseorang. Oleh
itu, guru perlu mencari inisiatif untuk menarik minat pelajar sekaligus membantu
meningkatkan pencapaian mereka. Bahan bantu mengajar (BBM) yang mendapat tempat
dihati kanak-kanak sekarang ini adalah video serta visual khususnya kartun animasi.
Pembangun laman web ini harus kreatif dan pandai menarik minat para pelajar khususnya di
peringkat rendah mahupun pelajar dewasa. Guru yang dedikasi haruslah mempunyai
kreativiti untuk mencari kaedah pengajaran yang efisien supaya dapat memotivasikan
murid-murid agar berminat dengan matapelajaran yang diajar supaya peningkatan
penguasaan kemahiran dapat dijana dengan baik (Hanif Ahmad 2013).
Menurut Norasiah binti Abdullah et al. (2009) mengikut definisi yang spesifik,
multimedia merupakan penyebaran maklumat yang menggabungkan dua atau lebih elemen
seperti teks, grafik, audio, video, animasi interaktiviti dengan integrasi dan alatan yang
membenarkan penggunaan untuk berkomunikasi. Bahan multimedia yang bercorak interaktif
mampu menarik perhatian murid. Murid akan lebih menumpukan perhatian terhadap
maklumat yang hendak disampaikan. Latihan secara interaktif berasaskan komputer lebih
berkesan dan meningkatkan motivasi pelajar kerana mampu menyediakan kemudahan
interaktif serta kesan audio visual yang lebih menarik.
Siti Fadzilah Mat Noor dan Shereena Mohd Arif (2002) menegaskan bahawa Inovasi
Teknologi Multimedia yang canggih menggunakan peralatan komputer menjadikan adunan
audio, video, teks, grafik dan animasi yang baik mampu menghasilkan warna serta reka
bentuk yang menarik serta persekitaran pembelajaran yang berkesan. Dengan ciri-ciri
teknologi multimedia ini, ia berupaya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Rossafri Mohamad (2004) pembinaan perisian laman web perlu menitikberatkan
pemilihan warna, muzik, suara latar dan juga imej bagi menarik minat murid untuk terus
menggunakan dan mempelajari apa yang terdapat di dalamnya.
Menurut Nor Hayati Che Hat, (2013) animasi sesuai dipraktikkan sebagai bahan
bantu mengajar bahasa Arab dan mampu menarik minat pelajar untuk menguasainya. Oleh
yang demikian, multimedia mampu memberi impak yang besar dan pengajaran dan
pembelajaran seterusnya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih mesra
457

in Islamic and Arabic Education and World Civilization

penggunanya berbanding kaedah konvensional yang hanya berpanduan buku teks. Tidak
dinafikan, sedikit sebanyak, segelintir guru masih melaksanakan penggunaan kaedah
tradisional kerana faktor-faktor murid kurang memahami maksud perkataan. Oleh itu,
dengan penggunaan multimedia yang menarik, mampu membantu para guru dan murid
untuk menambahkan perkataan baru.
DAPATAN KAJIAN
Antara manfaat dan kelebihan yang terdapat di dalam penggunaan EZ-Arabic ialah dapat
memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran PdP. Menurut Norasmahani
Hj Nor (2015) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajran berasaskan
Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) merangkumi cakupan objektif yang luas dan
menggunakan pendekatan interaktif bgi membolehkan proses pembelajaran dijalankan
secara kendiri. Pelajar tidak hanya terhad dengan pembelajaran dalam kelas malah boleh
diakses di mana –mana sahaja.
Daripada kajian Kamarul Azmi et al..(2011) yang mendapati bahan bantu mengajar
menjadikan fungsi guru sebagai pemudah cara dan meningkatkan keberkesanan
pembelajaran berpusatkan murid-murid dengan hanya 25% penglibatan guru dalam bilik
darjah. Menurut kajian Zamri dan Nur Aisyah (2011), perisian multimedia membantu
memudahkan kaedah pengajaran guru daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi
berpusatkan murid-murid. Hal ini membolehkan murid-murid mendapatkan murid-murid
mendapatkan segala maklumat pembelajaran tanpa terikat dengan sesi pengajaran di dalam
bilik darjah. Selain itu, aplikasi multimedia dalam bidang pendidikan akan melahirkan satu
konsep pembelajaran baru gabungan daripada pendekataan pendidikan dan hiburan, iaitu
edutainment ( Jamalludin & Zaidatun, 2000).
Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003), animasi dapat menyampaikan
konsep yang kompleks secara visual dan dinamik. Hal ini disokong oleh Norhayati Che
Mat(2014), ialah murid mudah mengingati serta memahami sesuatu konsep ataupun
demonstrasi sesuatu kemahiran serta merangsang pemikiran murid supaya dapat
mengurangkan beban kognitif pelajar dalam menerima ilmu. Kajian Baharuddin et al (2003)
yang menyatakan bahawa bahan multimedia yang interaktif yang mempunyai visual grafik,
teks, muzik, video serta animasi, mampu meningkatkan kadar penerimaan pelajar mengenai
sesuatu bahan yang diajar sebanyak 30% lebih daripada murid yang menggunakan kaedah
tradisional. Hal ini menunnjukkan kecenderungan murid terhadap animasi dan sekaligus
dapat meningkatkan motivasi murid terhadap subjek bahasa Arab khususnya. Ia juga secara
tidak langsung meningkatkan dan mempercepatkan proses pemahaman ( Ko. S & Rossen, S
2008). Menurut pandangan Bright dan Prokosch (1995) serta Kumar (1995) yang
menyatakan bahawa penggunaan perisian multimedia yang melibatkan pelbagai media
mampu menambahkan tempoh perhatian pelajaran seseorang pelajar dan juga dapat
memotivasikan pelajar untuk terus mempelajari bahan pembelajaran tersebut.
458

KESIMPULAN
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran PdP amat berpotensi untuk menaikan kualiti PdP
Prasekolah Pemanfaatan teknologi dalam pengajaran bahasa Arab khususnya bagi para
pelajar peringkat rendah merupakan keperluan bagi penambahbaikan proses pembelajaran
sejajar dengan tuntutan semasa. Selain bertujuan menarik minat pelajar agar memahami
pelajaran, ia turut menyemai sikap pembelajaran secara kendiri dalam diri pelajar. Laman
EZ-Arabic dilihat sebagai satu medium yang mampu membantu para guru dan pelajar bagi
mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara mudah dan komprehensif yang
meliputi kemahiran berbahasa seperti mendengar, membaca dan bertutur. Hal ini merupakan
satu keperluan bagi memastikan laman EZ-Arabic ini akan terus dilaksanakan dan kekal
relevan sebagai medium bantuan bagi proses pdp bahasa Arab peringkat rendah yang
sentiasa dikemaskini mengikut keperluan semasa . Jika diimbas kembali perubahan yang
melanda dalam sistem pendidikan negara terutamanya kaedah pengajaran, ia beubah seiring
dengan arus perubahan dalam sistem pendidikan dunia. Bermula dengan kaedah pengajaran
tradisional yang menggunakan papan hitam, diikuti penggunaan papan putih ( chalk and talk)
dan seterusnya penglibatan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam sesi pembelajaran, kini
pengintegrasian teknologi maklumat serta pengaplikasikan internet dalam sesi pembelajaran
iaitu e- pembelajaran (e-learning) telah meluas.
RUJUKAN
Al-Muslim Mustapa, Zamri Arifin.2012. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab : Satu
Tinjauan Literatur Di Negeri Sembilan. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan
Pemblajaran Bahasa Arab 2012.
Juhazren Junaidi, Madihah Jailani.2010.Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan ELearning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran
Bahasa Arab 2012.
Ismail Muhammad, Wan Maizatul Akmar Wan Ahmad. 2013. Sikap dan Realiti
Penguasaan Kemahiran Bahasa Arab Pelajar Program j-QAF. GEMA Online™.
Journal of Language Studies,13 (2).
Juriah Long.1998. Inovasi dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial dan
Teknologi Maklumat : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamarul Shukri Mat Teh, Mohd Hazli Yah@ Alias. 2008. Pendidikan Bahasa Arab di
Malaysia : Tinjauan Literatur Mengenai Tahap Penguasaan Bahasa: jilid 8, bil.
2/2008
Mohd. Aizani Maarof. 2004. Teknologi Maklumat: Sistem Komputer dan Perisian Siri
Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
459

Mohd. Aizani Maarof. 2004. Teknologi maklumat: Sistem komputer dan perisian Siri 1 . Skudai:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Mohd Firdaus Yahaya, Mohd Shahrizal Nasir.2012. Pembelajaran Bahasa Arab Peringkat Sekolah
Rendah Menerusi EZ-Arabic : Satu Pengenalan : Universiti Sultan Zainal Abidin.
Nor Hayati Che Hat, Shaferul Hafes Sha‟ari & Mohd Fauzi Abdul Hamid. 2013. Persepsi pelajar
Terhadap Penggunaan Animasi dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Teknologi, 63(1) :
25-29. Skudai : Penerbit Uniersiti Teknologi Malaysia Press.
Rossfri Mohamad.2004. Tahap Keberkesanan Perisian Kursus Modul Teknologi Maklumat
Komunikasi Sejarah Tingkatan Satu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Tesis Sarjana.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosni Samah.2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab Di Malaysia . Nilai : Penerbit Universiti Sains
Islam Malaysia.
Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2008. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karism Publications.
Zamri Mahamod & Nur Aisyah Mohamd Noor.2011. Persepsi Guru Tentang Penggunaan Aplikasi
multimedia dalam pengajaran Kompenen Sastera Bahasa Melayu. GEMA Online Journal of
Language Sudies, 11(3) : 163-177. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
460