Pengajaran dari Turki Surat Terbuka kepa

Pengajaran dari Turki: Surat Terbuka kepada Demokrat Islam di Malaysia

Islamic Renaissance Front sedang memerhatikan aksi protes di Turki dengan dekat.
Kami percaya terdapat banyak yang genting tentang bagaimana AKP (Parti
Keadilan dan Pembangunan) akan menangani para demostran pada kedudukan ini,
khususnya yang melibatkan hubungan antara Islam dan demokrasi. Ia sedia
dimaklumi bahawa AKP, di bawah pimpinan Reccep Tayyip Erdogan, merebut
kuasa dengan ide ke arah keseimbangan yang moden dan inklusif antara politik
dan Islam. Sungguhpun ideologi rasminya sebagai parti konservatif, ia telah
bagaimanapun meyakinkan rakyat Turki dan masyarakat antarabangsa bahawa ia
akan mempertahankan prinsip ketelusan dan keterbukaan dalam tata urus.
Tetapi kita dapat mengesan beberapa tren yang regresif setelah tiga penggal. Yang
jelas, keengganan Erdogan untuk berunding dengan para demonstran, sementara
menyalahkan media sosial kerana menyalakan ketegangan, menunjukkan sejauh
mana beliau telah jelas menyimpang dari semboyan demokratiknya.
Peraturan yang digerakkan negara berhubung kehidupan peribadi juga telah
meningkat ke tahap yang membimbangkan. Semua ini berlaku ketika rempuhan
neo-liberalisasi ekonomi yang pantas, menambah risiko dalam melebarkan jurang
ketidakadilan antara yang kaya dan miskin dan kehancuran yang semakin merusak
alam sekitar.
Turki juga, ketika ini mencatat senarai tertinggi dari jumlah wartawan yang

dipenjara dari kalangan negara-negara anggota dari Pertubuhan Keselamatan dan
Kerjasama di Eropah. Semua ini, ternyata, membuktikan bahawa berbeza dengan
harapan tinggi yang ditaruhkan pada awalnya, AKP pimpinan Erdogan tidak
menjelmakan idealisme dari tata kelola yang baik yang berdasar kepada prinsipprinsip Islam tentang kesamaan, keadilan dan kebebasan.

Pengajaran bagi Malaysia

Contoh Turki menunjukkan bahawa tugas membentuk pandangan yang moderat
dan tercerah dari politik Islam hanya bermula setelah memegang kuasa. Dalam hal
ini cabaran dan keutamaan bukan untuk menambah lebih banyak polisi dan
undang-undang Islam yang bersifat kosmetik, tetapi mendidik orang awam tentang
kebaikan dan nilai demokrasi, keadilan dan persamaan dalam dunia yang kompleks
ke arah membawa keharmonian dan kemakmuran bagi rakyat Malaysia dari
pelbagai budaya dan agama.
Harapan sering tinggi kepada pemimpin Islam yang bukan dari kalangan ulama
yang menaruh ambisi politik. Mereka dijangka bersikap lebih fleksibel, atau paling
kurang, tidak terikat kepada interpretasi Islam yang kaku yang mana ramai dengan
alasan yang baik merasakan tidak dapat hidup dengan dinamisme dan keterbukaan
yang dituntut bagi mana-mana demokrasi untuk berkembang.
Dapat difahami bahawa pemimpin Muslim seperti itu adalah sedikit dan sangat

kurang di Malaysia. Dan kerana alasan tersebut, mereka justeru dipercayakan
dengan lebih banyak peranan untuk membantu merealisasikan bangsa yang lebih
inklusif. Kerana ia tidak hanya umat Islam yang akan menyandarkan kepada
mereka aspirasi mereka: bukan-Islam juga akan berharap untuk diwakili dalam
proses
tersebut.
Bagaimanapun, mengingat kerumitan soal bahasa, budaya dan struktural di
Malaysia, rakyat Malaysia akan sanggup bersabar dengan demokrat ini dalam
mereka berusaha mengatasi halangan yang menghambat mereka. Di sini, kami
ingin mengingatkan rakan demokrat Muslim kami bahawa kesabaran rakyat
Malaysia tidak harus digunakan sebagai alasan untuk melanjutkan upaya
pengislaman yang cetek, yang merupakan jalan yang singkat, mengingat
konservatisme yang menguasai budaya-politik Melayu-Islam.
Tujuan bagi mana-mana pemimpin demokrat Islam di Malaysia, pertama dan
pokoknya, adalah untuk menegakkan demokrasi. Kami harap bagi sekutu dan
rakan demokrat Islam kami untuk menilai perkembangan dari perjuangan yang
sedang berlanjut di Turki ini.

AHMAD FAROUK MUSA dan AHMAD FUAD RAHMAT adalah dari Islamic
Renaissance Front.

[Penterjemah] Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front