KONSEP ZAKAT DALAM ISLAM. pptx

KONSEP ZAKAT
DALAM ISLAM

Desediakan oleh:
Arif Shazrin
Afifudin

SEJARAH ZAKAT


Ayat-ayat Alqur'an yang mengingatkan
orang mukmin agar mengeluarkan
sebagian harta kekayaannya untuk
orang-orang miskin diwahyukan kepada
Rasulullah SAW ketika beliau masih
tinggal di Makkah. Perintah tersebut
pada awalnya masih sekedar sebagai
anjuran, sebagaimana wahyu Allah SWT
dalam surat Ar-Rum ayat 39: ''Dan apa
yang kamu berikan berupa zakat yang
kamu maksudkan untuk mencapai

keridaan Allah, maka (yang berbuat
demikian) itulah orang-orang yang



Namun menurut pendapat mayoritas ulama,
zakat mulai disyariatkan pada tahun ke-2
Hijriah. Di tahun tersebut zakat fitrah
diwajibkan pada bulan Ramadhan,
sedangkan zakat mal diwajibkan pada bulan
berikutnya, Syawal. Jadi, mula-mula
diwajibkan zakat fitrah kemudian zakat mal
atau kekayaan.





Setelah hijrah ke Madinah, Nabi SAW
menerima wahyu berikut ini, ''Dan dirikanlah

shalat serta tunaikanlah zakat. Dan apa-apa
yang kamu usahakan dari kebaikan bagi
dirimu, tentu kamu akan mendapat
pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah
Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan''
(QS Al-Baqarah: 110).
Berbeda dengan ayat sebelumnya,
kewajiban zakat dalam ayat ini diungkapkan
sebagai sebuah perintah, dan bukan
sekedar anjuran.





Mengenai kewajiban zakat ini ilmuwan
Muslim ternama, Ibnu Katsir,
mengungkapkan, ''Zakat ditetapkan di
Madinah pada abad kedua hijriyah.
Tampaknya, zakat yang ditetapkan di

Madinah merupakan zakat dengan
nilai dan jumlah kewajiban yang
khusus, sedangkan zakat yang ada
sebelum periode ini, yang dibicarakan
di Makkah, merupakan kewajiban
perseorangan semata''.  



Sayid Sabiq menerangkan bahwa zakat
pada permulaan Islam diwajibkan
secara mutlak. Kewajiban zakat ini
tidak dibatasi harta yang diwajibkan
untuk dizakati dan ketentuan kadar
zakatnya. Semua itu diserahkan pada
kesadaran dan kemurahan kaum
Muslimin. Akan tetapi, mulai tahun
kedua setelah hijrah -- menurut
keterangan yang masyhur -- ditetapkan
besar dan jumlah setiap jenis harta

serta dijelaskan secara teperinci. 



Menjelang tahun ke-2 Hijriah,
Rasulullah SAW telah memberi batasan
mengenai aturan-aturan dasar, bentukbentuk harta yang wajib dizakati, siapa
yang harus membayar zakat, dan siapa
yang berhak menerima zakat. Dan,
sejak saat itu zakat telah berkembang
dari sebuah praktik sukarela menjadi
kewajiban sosial keagamaan yang
dilembagakan yang diharapkan
dipenuhi oleh setiap Muslim yang
hartanya telah mencapai nisab, jumlah
minimum kekayaan yang wajib dizakati.

SOALAN
PASAL ZAKAT


1.

Persoalan saya adalah : Skrg saya sekeluarga
berada di Perth Australia, semenjak 23hb Feb 2008
dan insya Allah akan berada disini selama 3-4
tahun sehingga isteri saya menamatkan
pengajian.Berkenaan dengan pembayaran Zakat
Fitrah ini, bolehkah saya membayar melalui
internet ( ie Pusat Zakat, MBB2u etc ) dan
berapakah kadar yg sepatutnya saya bayar?
Adakah bergantung kepada kadar yg ditetapkan
oleh Islamic Organization / Center di Perth ini atau
boleh dibayar kadar seperti di Malaysia atau
mungkin kena dikira secara 'pro-rata'kan
bergantung kepada jumlah hari/bulan saya
menetap di Malaysia dan di Perth ini?
Bagaimanakah situasinya dan kadarnya sekiranya
saya bercadang utk berada & beraya di Malaysia
(dan pada ketika itu saya belum lagi menbayar
Zakat Fitrah).


2.

Soalan terakhir saya, kenapakah kadar zakat
fitrah di Malaysia berbeza-beza antara setiap

JAWAPAN
1.

Zakat fitrah adalah zakat diri. Oleh ia
hendaklah dikeluarkan di tempat di mana diri kita
akan berada semasa terbenam matahari hari
terakhir Ramadhan (yakni bermula malam
pertama Syawal) iaitulah waktu sebenar bagi
kewajipan mengeluarkan zakat fitrah menurut
mazhab Syafi’ie, Ahmad dan beberapa ulamak
yang lain.[1] Jadi, jika saudara bercadang untuk
berhari raya di Malaysia di mana sebelum atau
semasa terbenam matahari itu saudara jangka
akan berada di Malaysia, maka hendaklah

saudara membayar zakat fitrah di Malaysia. Dan
jika saudara akan beraya di Australia, hendaklah
saudara membayar zakat fitrah di sana.



Dikecualikan jika saudara mendapati ada ahli
keluarga yang miskin di Malaysia atau ada
orang yang lebih berhajat di Malaysia yang
lebih memerlukan zakat saudara, maka ketika
itu haruslah saudara memindahkan zakat ke
Malaysia sekalipun saudara berada di
Australia. Begitu juga, harus saudara
memindahkan zakat dari Malaysia ke tempat
lain jika ada orang yang lebih berhajat di
tempat itu walaupun saudara berada di
Malaysia. Kadar zakat pula hendaklah
mengikut ketetapan pihak berkuasa agama di
tempat saudara mengeluarkan zakat.


2.

Jawapan: Panjang jawapannya, namun ringkasnya saya
boleh katakan, ada dua sebab kenapa berbeza. Pertama,
pentadbiran zakat di Malaysia adalah tertakluk kepada
bidang kuasa negeri. Maka, setiap negeri mempunyai
jawatankuasa fatwanya sendiri yang akan memutuskan
harga zakat fitrah yang sesuai di negeri masing-masing.
Pengasingan kuasa ini telah digazetkan di dalam
Perlembagaan Malaysia, iaitu di dalam Jadual Kesembilan
(Perkara 74, 77) Senarai Perundangan, Senarai II – Senarai
Negeri.
Kedua, boleh jadi harga sekilogram beras adalah berbeza
antara negeri-negeri. Ada negeri yang agak mahal, ada
yang agak murah dan ia adalah sesuai dengan kondisi
sosio-ekonomi rakyat negeri berkenaan. Maka, harga zakat
fitrah di Selangor adalah sesuai dengan harga beras di
Selangor (yakni RM7.00). Manakala di negeri lain, sesuailah
dengan negeri mereka pula. Wallahua’lam.