FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)
DENGAN KEPUJIAN

NAMA

:

NO MATRIKULASI

:

NO KAD PENGENALAN

:

NO. TELEFON

:

EMAIL


:

NAMA TUTOR

:

PUSAT PEMBELAJARAN

: OUM, CAWANGAN W. P. LABUAN

0

ISI KANDUNGAN
PERKARA

MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN


2

2.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

4

2.1 PUNCA-PUNCA TERJADINYA JEREBU

5

3.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) JUN 2013

12

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JEREBU

14

5.0 KESAN –KESAN JEREBU


17

6.0 KESIMPULAN

20

7.0 RUJUKAN

21

1.0 PENDAHULUAN
1

Udara adalah sumber daya yang berharga bagi kehidupan. Udara terdiri dari campuran gas antara
78% nitrogen, 21% oksigen dan 1%gas-gas lain seperti xenon, karbon dioksida, argon, neon,
hidrogen, hellium dan kripton. Oksigen merupakan gas yang paling penting bagi kehidupan.
Oksigen yang terkandung dalam udara dihasilkan oleh proses fotosintesis yang terjadi tumbuhan.
Tumbuhan pula memerlukan gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh manusia dan haiwan.
Hubungan saling memerlukan menunjukkan hubungan semulajadi yang unik di flora dan fauna
dan juga manusia.

Walau bagaimanapun, kualiti udara pada hari ini sudah semakin berkurangan. Keadaan
ini di panggil sebagai pencemaran udara. Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang
melibatkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakan
alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gas
karbon dioksida, sulfurl dioksida, CFC ( kloroflorokarbon ) bau-bauan, logam toksik seperti
plumbum dan tembaga serta juga sisa radioaktif.
Jerebu merupakan salah satu situasi pencemaran udara. Jerebu ialah satu fenomena yang
disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata
kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berlaku secara semulajadi
ataupun kesan sampinga daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam
kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke
bumi. Oleh yang demikian ini akan mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Baru-baru negara Malaysia telah dilanda masalah jerebu yang sangat teruk. Keadaan ini
menyebabkan kualiti udara negara pada paras yang sangat teruk kualitinya. Keadaan yang sangat
teruk ini juga menyebabkan beberapa buah negeri termasuk diistiharkan darurat, dan beberapa
buah sekolah terpaksa ditutup bagi mengelakkan keadaan yang lebih teruk lagi berlaku seperti
masalah kesihatan dan juga kemalangan jalan raya akibat jarak pandangan mata kasar yang
berkurangan.

Tugasan ini akan menjelaskan berkenaan dengan Indeks Pencemaran Udara, punca

terjadinya jerebu, bacaan indeks pencemaran udara ketika jerebu, langkah-langkah mengatasi
2

jerebu dan juga kesan jerebu dari segi kesihatan yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak,
orang tua, perokok dan individu yang berisiko seperti menghadapi penyakit kronik

2.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
3

NILAI IPU

KUALITI UDARA

0 – 50

Sihat

51 – 100

Sederhana


101- 200

Tidak Sihat

201 – 300

Sangat Tidak Sihat

301 – 500

Berbahaya

>500

Sangat Berbahaya

Jadual 1: Petunjuk Indeks Pencemaran Udara
Secara amnya, sistem mengukur Indeks Pencemaran Udara (IPU) dinayatakan dalam bentuk
suatu julat nilai yang mudah difahami bagi menggambarkan kualiti udara atau tahap pencemaran

yang berlaku. Sistem indeks tidak menggunakan nilai kepekatan sebenar setiap bahan pencemar
yang dikesan kerana maklumat berkenaan akan menyukarkan masyarakat untuk membuat
penilaian dan memahaminya
Jadual 1 menunjukkan Indeks Pencemaran Udara. Nilai IPU dikira berrdasarkan kepekatan
purata setiap pencemar udara iaitu sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), karbon
monoksida (CO), ozon (PM10) dan juga habuk halus. Pencemar udara yang domina dengan
kepekatan yang tertinggi di ambil kira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai Indeks
Pencemaran Udara (IPU). Pada lazimnya, habuk halus adalah yang tertinggi berbanding dengan
pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.

Menjelang lewat tengah hari atau pada awal petang, kepekatan ozon adalah tinggi dan
mendominasi bacaan IPU. Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan
sebatian organik meruap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan juga industri
kemudian bertindak balas bagi membentuk ozon di permukaan bumi.
4

2.1 PUNCA-PUNCA TERJADINYA JEREBU
Jerebu yang kelihatan di latar langit negara kita adalah disebabkan oleh zarah
terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan
menyerap cahaya matahari menyebaban ketampakan mengufuk mengurang menjadik

atmosfera kelihata sedikit gelap. Di Malaysia, laju angin biasanya sangat perlahan.
Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa Monsun Barat Daya, keadaan atmosfera
sangat stabil dan pergerakan mengufuk dan menegang berkurang. Dalam keadaan ini,
pembentukan awan tidak aktif menyebabka cuaca kering. Beberapa faktor seperi
cucaa kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan sumber pencemaran yang
banyak di bandar mahupun luar bandar merupakan ramuan yang unggul dalam
pembentukan jerebu.
Zarahan yang dibebaskan terperangkap di dalam atmosfera jisim udara bergenang
dan meningkatkan kepekatannya. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku
dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos. Sebaliknya, semasa Monsun Timur
Laut, angin lengas timur laut yang umumnya bertiup kuat dari Laut China Selatan
sering menurunkan kelengasannya di daratan sebagai hujan menyeluruh,oleh itu pada
masa ini, jerebu jarang berlaku.

a.
b.
c.
d.
e.


Antara punca-punca terjadinya jerebu ialah :
Asap dari kenderaan
Asap dari kilang industri
Pembakaran terbuka
Pembukaan kawasan pertanian
Proses perbandaran
2.1.1

Asap dari kenderaan

5

Gambar 1 : Situasi kenderaan semakin bertambah
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di
Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan
telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium
dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan
keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi
mengeluarkan asap yang mencemarkan udara.


Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan
jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan
berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak
dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal
dan berlakulah keadaan jerebu di negara kita.
2.1.2

Asap dari kilang industri

6

Gambar 2 : Kilang-kilang industri yang tidak bertanggungjawab
melepaskan asap ke udara
Pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti
Kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang bau turut
menjadi punca utama kejadian jerebu. Sikap pengusaha kilang yang bagai
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan
asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di
negara kita. Gambar 2 di atas menunjukkan contoh kilang-kilang industri

yang

tdak

bertanggungjawab

melepaskan

asap

ke

udara

yang

menyumbang kepada pencemaran udara khususnya masalah jerebu.

Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk
mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan
dari

kilang

mereka

sedangkan

asap-asap

yang

dikeluarkan

ini

mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan
udara menjadi berjerebu.
Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang
yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan
asap beracun ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di
Sandakan dan Lembah Klang.

7

2.1.3

Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka ditakrifkan sebagai “pembakaran sebarang bahan dalam
cara yang hasil pembakaran dari pembakaran tersebut dibebaskan secara
langsung ke udara sekitar tanpa melalui serombong, pendiang atau lohong”.
Secara umumnya, setiap kali kita menyalakan api di luar, kita sebenarnya telah
membuat pembakaran terbuka.

Gambar 3 : Keadaan
ketika berlakunya pembakaran terbuka
Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya
pencemaran udara. Pembakaran terbuka kebanyakkannya dikesan berlaku di
kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak
pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan.
Keadaan pencemaran lebih serius pada musim panas yang berpanjangan kerana ia
turut menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan
mengurangkan jarak penglihatan.
Tambah memburukkan lagi keadaan ialah tindakan masyarakat yang
melakukan pembakaran terbuka secara terbuka tanpa kawalan sehingga
memburukkan lagi keadaan kualiti udara.
8

Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu
aktiviti seperti sampah sarap atau bahan buangan yang ingin menghapuskan
sampah tersebut dalam kuantti yang banyak. Pihak ini bukan sahaja pada pihak
industri, malahan juga berlaku kepada orang perseorangan (individu). Contohnya,
individu yang melakukan pembakaran di belakang rumah mereka kerana sikap
malas mereka membuang sampah tempat pembuangan sampah atau tempat
pengitaran semula sampah.
Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di
suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas.
Natijahnya, pemabakaran terbuka ini akan mengakibatkan asap dilepaskan ke
udara dan mengakibatkan jerebu berlaku.
2.1.4

Pembukaan kawasan pertanian

Desakan kemajuan ekonomi setempat mendorong pihak kerajaan untuk
mempelbagaikan bentuk ekonomi, maka akan berlaku pembukaan kawasan
baharu bagi tujuan kawasan perindustrian. Pembukaan kawasan pertanian akan
pasti melibatkan pembakaran kawasan hutan yang luas bagi membina kilangkilang dan penanaman anak-anak pokok. Ini perlu kerana kawasan pertanian yang
luas sangat diperlukan kerana biasanya projek pertanian kerajaan adalah yang
melibatkan projek besar-besaran.
Contohnya bagi penanaman kelapa sawit, penanaman pisang, nanas, dan
sebagainya yang menyumbangkan ekonomi kepada negara. Penanaman ini
selalunya dalam bentuk yang banyak dan besar-besaran.

2.1.5

Proses perbandaran

9

Setiap negara yang membangun akan mengalami pertumbuhan bandar-bandar. Ini
adalah berpunca daripada pertambahan jumlah penduduk. Konsep pertumbuhan
bandar dan urbanisasi merujuk pada bilangan penduduk (Wan Rozali, 2002).
Maka pertambahan penduduk inilah yang akan membangunkan sesebuah kawasan
melalui proses perbandaran. Pertambahan penduduk akan memberi impak kepada
sesebuah kawasan bukan sahaja dari segi kemajuan ekonomi tetapi juga memberi
impak negatif ke atas alam sekitar. Proses perbandaran akan mendesak ke arah
penerokaan tanah dan juga peningkatan penggunaan barangan yang mengandungi
gas karbon monoksida, solfur dioksida dan nitrogen dioksida yang mana partikelpartikel ini akan mengundang ke arah fenomena jerebu.
Tambahan lagi pertambahan penduduk juga akan mendorong kepada
peningkatan pelbagai aktiviti manusia seperti aktiviti pembakaran dan
pertambahan bilangan kenderaan pula. Namun itu lah yang perlu dihadapi bagi
setiap kawasan yang mengalami proses perbandaran yang mana taraf kehidupan
rakyat juga akan menjadi semakin maju dengan penggunaan barangan yang secara
tidak langsung menjejaskan alam sekitar.

3.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) JUN 2013
0 Jadual 2 di bawah menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada 25 Jun 2013, masalah
jerebu yang berlaku baru-baru di negara kita Malaysia.
10

Negeri
Johor
Johor
Kedah
Kedah
Kelantan
Kelantan
Melaka
Melaka
Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
Pahang
Pahang
Perak
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Pulau Pinang
Sabah
Sabah
Sarawak
Sarawak
Selangor
Selangor
Terengganu
Terengganu
Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan

Lokasi

7 AM
Kota Tinggi
62
Muar
165
Alor Setar
61
Bakar Arang, Sg. Petani
87
SMK Tanjung Chat, Kota Bharu
95
Tanah Merah
83
Bandaraya Melaka
135
Bukit Rambai
160
Nilai
177
Seremban
165
Balok Baru, Kuantan
92
Jerantut
137
Seri Manjung
288
Tanjung Malim
175
Kangar
56
Perai
118
Seberang Jaya 2, Perai
132
Kota Kinabalu
70
Sandakan
50
Bintulu
68
Sri Aman
81
Banting
292
Pelabuhan Kelang
487
Kemaman
125
Kuala Terengganu
101
Batu Muda,Kuala Lumpur
198
Labuan
72
Putrajaya
195*
Jadual 2: Catatan Nilai IPU pada 25 Jun 2013

2 PM
60
127
61
86
93
81
127
147
153
141
82
128
322
177
62
112
123
71
53
60
79
217
452
108
93
174
68
180

9 PM
60
124
62
80
91
76
117
137
140
132
81
107
220
154
63
93
105
70
53
55
78
176
413
98
87
142
64
156

Berdasarkan jadual IPU yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli &
Alam Sekitar dalam jadual 2 di atas, catatan nilai IPU yang paling tinggi dicatatkan oleh
negeri Selangor yang mana sehingga jam 5 petang adalah yang paling teruk iaitu
mencatat sehingga 319 iaitu pada paras bahaya. Catatan nilai IPU pada paras bahaya
boleh memudaratkan kesihatan dan juga keselamatan. Contohnya, penglihatan menjadi
kabur dan boleh menyebabkan sesak nafas terutama kepada penghidap asma.
11

Di Kuantan, Pahang catatan nilai IPU hampir mencecah ke paras sangat tidak
sihat. Ekoran daripada catatan nilai IPU tersebut, Pemangku Pengarah Pelajaran Negeri,
Encik Rosdi Ismail telah mengarahkan sebanyak 120 sekolah menengah dan rendah
ditutup buat sementara.
Lembah Klang juga turut mencatatkan nilai IPU di paras bahaya. Ini kerana
kawasan ini merupakan kawasan perindustrian yang banyak membebaskan gas-gas yang
menyumbang ke arah gejala pencemaran udara.
Selain asap tebal yang diterbangkan daripada Sumatera dan Kalimantan, aktiviti
rutin harian seperti perkilangan, pembakaran terbuka dan juga pelepasan gas daripada
kenderaan juga menjadi penyumbang kepada peningkatan jumlah partikel di dalam
atmosfera. Jumlah hujan yang turun juga adalah kurang bagi mengurangkan keadaan
jerebu, sebaliknya cuaca panas dan kering menambahkan lagi fenomena jerebu menjadi
semakin teruk.

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JEREBU
4.1 Penguatkuasaan undang-undang
Penguatkuasaan undang-undang merupakan langkah pertama yang harus dilakukan
oleh pihak kerajaan dalam memastikan masalah jerebu tidak berlaku di negara ini.
Penguatkuasaan undang-undang seharusnya dikenakan kepada pihak-pihak yang
12

tidak bertanggungjawab seperti individu yang melakukan pembakaran terbuka secara
besar-besaran mahupun pihak industri yang melepaskan asap sesuka hati mereka.
Kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap.
Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi.
Pihak kerajaan juga sepatutnya bertegas dan boleh mengenakan denda berbentuk
kompaun atau saman kepada pihak-pihak ini kerana telah menyebakan kualiti udara
negara menurun.
4.2 Kempen hijau
Selain itu, pihak kerajaan dan pihak swasta juga boleh menjalankan kempen-kempen
positif berkenaan dengan penjagaan alam sekitar. Kempen hijau misalannya akan
memberi kesedaran kepada semua pihak berkenaan dengan tanggungjawab menjaga
alam sekitar tidak kira sama ada hutan, flora dan fauna, kualiti udara,air dan
sebagainya dalam memastikan masyarakat mendapat yang terbaik dalam kehidupan
ini.
Kempen hijau juga akan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hutan kita
dan mengelakkan berlakunya pembakaran hutan berleluasa demi mengaut keuntungan
semata-mata misalnya pembakaran bagi projek pertanian dan perumahan.
Kempen hijau ini boleh dibuat di sekolah-sekolah, institusi-institusi pendidikan,
kampung-kampung, agensi-agensi, kawasan pasar raya, pasar basah dan sebagainya
agar kempen ini lebih meluas dan semua pihak diberi pendedahan berkenaan dengan
kepentingan menjaga alam sekitar.

4.3 Kerjasama Serantau
Selain itu, masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama
antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masasalh
alam sekitar. Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara
kolektif dan kajian saintifik untuk menangani masalah ini. Perkongsian kepakaran,
13

idea dan program di antara negara serantau juga akan turut membantu dalam
menyelesaikan masalah jerebu ini memandangkan ianya bersifat mobiliti iaitu
masalah jerebu tidak berlaku secara statik di satu-satu tempat sahaja.

4.4 Pembenihan awan
Jerebu juga boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkkan
hujan. Hujan adalah pembersih udara semulajadi yang baik.Aktiviti pembenihan
hujan sebenarnya telah dibuat oleh Pihak Jabatan Alam Sekitar yang telah
bekerjasama dengan Puncak Niaga sdn. Bhd dan telah melakukan beberapa siri
pembenihan awan khususnya Lembah Klang dan negeri Selangor.

4.5 Kitar semula
Oleh kerana, faktor pembakaran terbuka ini berlaku disebabkan oleh masalah jumlah
sampah sarap yang banyak dan pihak terbabit malas untuk membuanganya, maka
program aktiviti kitar semula akan sangat membantu menyelesaikan masalah ini.
Program kitar semula akan melatih individu atau masyarakat dalam mengelaskan
jenis sampah dan boleh mengitarnya semula iaitu sama diguna semula mahupun
dijual kepada pihak tertentu bagi proses kitaran semula. Contohnya, tin dan besi boleh
dijual dan individu tersebut akan mendapat wang.

oi
Program kitar semula ini akan memberi kesan positif kepada masyarakat, kerana ia bukan sahaja
akan membantu mengurangkan masalah jerebu malah dapat mendidik masyarakat tentang
kepentingan menjaga kebersihan dan mengamalkannya dalam kehidupan.

14

5.0 KESAN –KESAN JEREBU
Jerebu pada paras 101 ke atas memberi petunjuk bahawa persekitaran tidak sihat dan boleh
menjejaskan kesihatan. Menurut Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia \
(1998) pelbagai keadaan kesihatan dan alam sekitar yang boleh menjejaskan perlu diisytiharkan
darurat bagi mengawal dan mencegah penyakit kronik. Justeru, darurat jerebu yang diisytiharkan
oleh Malaysia tergolong di dalam senarai jenis-jenis darurat yang telah diteatpkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.
15

i. Kanak-kanak
Golongan kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mendapat penyakit ekoran daya
ketahanan badan atau imuniti yang tidak kuat sepertimana golongan dewasa. Golongan kanakkanak sering mengalami kesukaran pernafasan, batuk dan alahan kerana penyakit tersebut amat
sensitif dengan perubahan kualiti udara persekitaran kanak-kanak. Tambahan lagi golongan
kanak-kanak merupakan golongan yang aktif bermain di luar rumah dan tidak mengendahkan
keadaan persekitaran mereka. Keaktifan mereka secara tidak langsung mempercepat nadi
pernafasan mereka, namun asap tebal kesan jerebu akan menyebabkan mereka sukar untuk
bernafas dengan lancar dan baik.
Ironinya mereka akan mengalami sesak nafas ekoran keaktifan mereka dan udara yang
menyesakkan pernafasan. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh EPA (1992) mendapati
bahawa orang dewasa bernafas dan menggunakan udara sebanyak 13 000 liter sehari, manakala
kanak-kanak pula adalah sebanyak 50% lebih tinggi penggunaan udara berbanding orang
dewasa. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pendedahan udara yang telah tercemar di
kalangan kanak-kanak boleh membawa kesan yang sangat buruk ke atas kesihatan mereka
berbanding dengan orang dewasa.
Bayi merupakan peringkat kanak-kanak yang mudah mendapat penyakit kerana antibodi bayi
masih lemah lagi. Bayi juga berkecenderungan menghidap penyakit jangkitan paru-paru kesan
daripada jerebu. Kekerapan membawa bayi keluar akan menyebabkan partikel halus yang
terkandung dalam jerebu memasuki bahagian dalam paru-paru bayi. Pendedahan pencemaran
udara kepada bayi yang baharu lahir dalam tempoh bulan pertama boleh membawa maut akibat
kegagalan sistem pernafasan.
Jerebu juga mengakibatkan kualiti udara menjadi tidak sihat, partikel dan zarah yang
terkandung mampu memberi alahan kegatalan kulit kepada bayi dan golongan kanak-kanak.
Kulit bayi dan kanak-kanak mudah untuk mengalami ruam dan bintik-biktik merah pada muka
apabila terdedah kepada udara yang kotor, tambahan lagi sistem imuniti mereka sukar untuk
bertindak.
ii. Golongan orang tua
16

Bagi golongan orang tua, kepekatan partikel dan zarah dalam ruang udara turut menyurkarkan
mereka untuk bernafas dengan baik terutama apabila mereka melakukan aktiviti di luar rumah.
Golongan ini mudah mengalami sakit dada akibat sistem imuniti mereka juga menjadi semakin
lemah tidak seaktif ketika mereka dewasa. Malah kesan jerebu juga menjadi serius kepada
golongan orang tua yang menghidap penyakit asma dan penyakit jantung.
Sistem ketahanan diri golongan orang tua juga hampir sama seperti golongan kanakkanak kerana sukar untuk melawan sakit yang mereka alami. Ironinya mereka terdedah kepada
tahap penyakit yang kronik jika terlalu kerap menghirup udara yang tercebar akibat jerebu.
Justeru itu, orang tua perlu dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti di luar rumah ketika asap
tebal masih menyelubungi udara.

Golongan perokok
Apabila fenomena jerebu melanda negara, golongan perokok merupakan golongan yang
mempunyai risiko berganda yang akan mengalami masalah kesihatan tambahan lagi jika mereka
merokok di luar bangunan. Golongan perokok yang merokok dalam keadaan berjerebu
sebenarnya menyedut asap rokok dan membenarkan partikel udara memasuki saluran kecil
dalam paru-paru mereka. Apabila paru-paru perokok ini telah dimasuki oleh partikel udara yang
tercemar, maka mereka akan mengalami sakit dada akibat batuk dan jangkitan pada bahagian
atas saluran pernafasan. Justeru itulah golongan perokok perlu menghentikan tabiat mereka
merokok terutama dalam keadaan udara yang tidak sihat.

17

6.0 KESIMPULAN
Jerebu sebenarnya merupakan satu masalah yang sangat global dan akan dihadapi oleh semua
masyarakat jika ianya berlaku. Fenomena ini sangat memberi impak kepada kesihatan
manusia terutamanya kepada golongan kanak-kanak, warga tua, perokok dan juga golongan
yang mempunyai penyakit kronik. Jerebu juga memberi kesan kepada tahap penglihatan dan
ini boleh menyumbang berlakuya pula kemalangan jalan raya. Oleh sebab inilah, masalah
jerebu merupakan masalah berat yang harus difikirkan jalan penyelesaiannya dan merupakan
salah satu daripada agenda negara kerana ia melibatkan aspek kualiti udara.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
mengatasi masalah jerebu ini. Usaaha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat
dan kemakmuran negara. Sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, pihak kerajaan
terutamanya perlu mengorak langkah drastik bagi mengatasi masalah ini dari terus-menerus
menghantui negara kita. Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk memastikan
kemajuan negara kerana “Rakyat sihat Negara Maju” adalah motto yang menjadi pegangan
masyarakat negara kita.

18

7.0 RUJUKAN
Atsushi Miyake, 1992. Topic: Civil Engineering for a Better Environment, Theme: Civil
Engineering Technology Towards Vission 2020. National Level Seminar on Civil
Engineering 1992. Anjuran Society of Civil Engineering , UTM Skudai Johor Bahru
Bahagian Kawalan Penyakit, 1998. Garis panduan-garis panduan Kesihatan Akibat Jerebu.
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jabatan Alam Sekitar, 1997. Malaysian Enviromental Quality Report 1997. Kuala Lumpur:
Jabatan Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
Environment Protection Agency (EPA), U.S, 1992. What You Can DO to Reduce Air Pollution.
Washington: EPA Publications.
Tan, M. L. 1982. Air Pollution in Malaysia: Problem, Perspective and Control. Dlm.
Development and the Environment Crisis: Penang: The Consumer Association of Penang.
http://www.mysumber.com/berita/bacaan-terkini-indeks-ipu-jerebu-24-jun-2013-seluruhnegeri#ixzz2kXQH8Dfc
http://www.melvister.com/2013/06/berita-terkini-jerebu-di-malaysia-sepanjang-jun-2013.html

19