PENGGUNAAN TEKNIK KUASA 10 UNTUK MEMBANT

PENGGUNAAN TEKNIK KUASA 10 UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT DALAM KEMAHIRAN MENAMBAH NOMBOR YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA NAMA PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

PENGGUNAAN TEKNIK KUASA 10 UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT DALAM KEMAHIRAN MENAMBAH NOMBOR YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA

Oleh : NAMA PELAJAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Matematik Pendidikan Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

OKTOBER 2014

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi

skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Matematik Pendidikan Rendah) ”

Tandatangan : ….................................. Nama Penyelia

Tarikh

PENGAKUAN

“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tanda tangan : ………………………………….

Nama penulis : Nama Pelajar Tarikh : …………………………………………

DEDIKASI

Buat ayah dan ibu tersayang Bahaman bin Awang dan Anaterah binti Wi Terima kasih untuk segala curahan ilmu dan kasih sayang Sungguh, jasa kalian tidak dapat dibalas..

Buat adik tersayang,

Mohd Zaim Bahaman, Nur Izzah Bahaman dan Nada Nazurah Bahaman Tuntutlah ilmu, kerana ilmu penyuluh kehidupan.

Buat rakan-rakan seperjuangan, Terima kasih tidak terhingga atas semua tunjuk ajar

Jangan dilupa,

semua pengalaman terindah selama lima tahun persahabatan ini Moga ada kejayaan buat kita semua.

PENGHARGAAN

Pertama, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Tambahan pula dengan berbekalkan semangat dan usaha gigih yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa dan letih.

Ribuan terima kasih juga buat para pensyarah terutamanya pensyarah pembimbing, Dr. Lee Wai Heng yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Selain itu, beliau juga turut memberi penerangan yang sepatutnya berkaitan kerja kursus ini. Terima kasih juga buat penyelia saya iaitu Cik Teoh Sooi Kim yang sentiasa sabar dalam menegur kesilapan yang dilakukan sepanjang pembikinan kertas cadangan ini. Terima kasih juga buat semua sahabat saya yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan tunjuk ajar dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus. Harapan saya agar kerja kursus ini dapat dijadikan sebagai suatu inspirasi terutamanya kepada diri sendiri dan rakan - rakan lain dalam usaha mengorak langkah untuk menjadi seorang guru.

Pelbagai ilmu yang dapat dirungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai ilmu dalam membentuk kanak-kanak kelak. Kesedaran akan peri pentingnya untuk bertindak setelah mengetahui masalah murid perlu ada dalam diri setiap insan yang bergelar guru. Hal ini demikian kerana melalui kesedaran inilah masalah-masalah pembelajaran yang membelenggu diri murid dapat dirungkaikan.

Konklusinya, sebagai bakal guru kami semua perlu lebih bersedia untuk berhadpaan dengan pelbagai kemungkinan masalah pembelajaran. Apa yang penting ialah kami akan berusaha untuk menjadi seorang guru yang bermanfaat dan boleh membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran.

PENGGUNAAN TEKNIK KUASA 10 UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT

DALAM KEMAHIRAN MENAMBAH NOMBOR YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk membantu meningkatkan penguasaan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik kuasa 10. Melalui teknik kuasa 10 ini, peserta kajian dikehendaki menguasai kemahiran tersebut dalam fasa konkrit terlebih dahulu, kemudian fasa separa konkrit dan akhir sekali fasa abstrak. Seramai lima orang peserta kajian terlibat dalam penyelidikan tindakan ini yang terdiri daripada murid tahun empat. Data telah dikumpulkan melalui ujian sebelum dan selepas intervensi, analisis dokumen , pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Hasil analisis data ujian sebelum dan selepas intervensi menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pencapaian peserta kajian, manakala hasil pemerhatian, temu bual dan soal selidik menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam respons murid pada akhir kajian dijalankan. Kajian tindakan ini dapat meningkatkan amalan pengajaran saya sebagai seorang guru sekaligus dapat membantu murid dalam masalah penambahan yang melibatkan pengumpulan semula.

Kata kunci : Teknik kuasa 10; penambahan dengan pengumpulan semula; Matematik tahun empat

USAGE OF “KUASA 10” TECHNIQUE TO HELP YEAR FOUR STUDENTS IN ADDING NUMBERS WITH REGROUPING

Abstract

This action research was conducted to improve the mastery of addition skills involving regrouping using “kuasa 10” technique. Through this technique, participants need to master the skill through the concrete phase, then the semi concrete and finally the a bstract phase. Five participants comprising Year Four students were chosen. Data was collected through document analysis, observations, interviews, questionnaires as well as tests before and after the intervention. Results in the tests before and after the intervention showed that there was an increase in the performance of participants, while the results of observations, interviews and questionnaires showed that there were positive changes in the responses of students at the end of the study. This action research helped to improve my teaching practice as a teacher, as well as to help the students in addition problems involving regrouping.

Keywords : “kuasa 10” technique ; addition with regrouping ; Mathematics Year Four

KANDUNGAN

Muka Surat PENGESAHAN PENYELIA

ii PENGAKUAN

iii DEDIKASI

iv PENGHARGAAN

v ABSTRAK

vi ABSTRACT

vii KANDUNGAN

viii SENARAI LAMPIRAN

x SENARAI JADUAL

xi SENARAI RAJAH

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu/masalah kajian

2.2 Tinjauan dan Analisis Masalah

2.3 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.0 SOALAN KAJIAN

5.0 KUMPULAN SASARAN

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

7.2 Analisis dokumen

7.3 Temu bual

7.4 Soal selidik

7.5 Pemerhatian

37

8.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

37

8.1 Soalan kajian Satu

42

8.2 Soalan kajian dua

55

9.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

55

9.1 Soalan kajian satu

59

9.2 Soalan kajian dua

67

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

11.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

72 SENARAI RUJUKAN

74 LAMPIRAN

76

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Muka surat

Lampiran A Borang senarai semak (tinjauan masalah)

76 Lampiran B Lembaran kerja (tinjauan masalah)

77 Lampiran C Ujian diagnostik

78 Lampiran D Soalan fasa konkrit

80 Lampiran E Soalan fasa separa konkrit

81 Lampiran F Soalan fasa abstrak

83 Lampiran G Soalan temu bual

84 Lampiran H Soal selidik

86 Lampiran I Borang senarai semak respons negatif dan positif

87 Lampiran J Soalan sebelum intervensi dan selepas intervensi

88 Lampiran K Soalan lembaran I

90 Lampiran L Soalan lembaran II

92 Lampiran M Soalan lembaran III

94

SENARAI JADUAL

Jadual Muka surat

Jadual 1 Jadual markah ujian sebelum dan selepas intervensi

37 Jadual 2 Markah peserta kajian

41 Jadual 3 Kekerapan respons negatif murid sebelum dan selepas

51 intervensi Jadual 4 Kekerapan reaksi positif murid sebelum dan selepas

52 intervensi Jadual 5 Markah peserta kajian

58

SENARAI RAJAH

Rajah Muka surat

Rajah 1 Pola kesalahan pembundaran

3 Rajah 2 Pola kesalahan pembundaran

4 Rajah 3 Contoh kesalahan jenis kecuaian

5 Rajah 4 Contoh kesalahan pengumpulan semula

6 Rajah 5 Kesalahan pendaraban

7 Rajah 6 Kekerapan punca masalah penambahan berlaku

11 Rajah 7 Contoh jawapan murid

12 Rajah 8 Kekerapan pola kesilapan yang dilakukan oleh murid 4

14 Ilham Rajah 9 Carta pai kesilapan pengumpulan semula

15 Rajah 10 Markah murid 4 Ilham dalam ujian diagnostik

16 Rajah 11 Kaedah “step ladder addition”

18 Rajah 12 Pengiraan bagi teknik jari dan kertas warna

19 Rajah 13 Pengiraan “partial sums” dengan menggunakan kaedah

20 cerakin Rajah 14 Menambah dalam bentuk lazim

20 Rajah 15 Maklumat peserta kajian

28 Rajah 16 Perincian aktiviti bagi setiap fasa

29 Rajah 17 Bahan bantu mengajar yang digunakan semasa fasa

30 konkrit Rajah 18 Langkah pelaksanaan fasa separa konkrit

32 Rajah 19 Contoh pengiraan

33 Rajah 20 Graf perubahan markah ujian sebelum dan selepas

39 intervensi Rajah 21 Potongan transkrip

42 Rajah 22 Antara transkrip dengan peserta kajian

Rajah 23 Transkrip perbualan dengan peserta kajian D dan J

43 Rajah 24 Antara transkrip yang berkaitan dengan minat peserta

44 kajian Rajah 25 Transkrip temu bual

46 Rajah 26 Item yang termasuk dalam kod minat

47 Rajah 27 Item yang termasuk dalam kod perasaan

49 Rajah 28 Graf perubahan respons negatif peserta kajian

52 Rajah 29 Graf perubahan respons positif peserta kajian

53 Rajah 30 Catatan nota lapangan

54 Rajah 31 Graf peratus perubahan ujian

56 Rajah 32 Graf peningkatan markah peserta kajian dalam lembaran

58 Rajah 33 Item 1 dan 2 dalam soal selidik

60 Rajah 34 Item 4 dan 7 dalam soal selidik

61 Rajah 35 Item 10 dalam soal selidik

62 Rajah 36 Item 3 dalam soal selidik

62 Rajah 37 Item 5 dalam soal selidik

63 Rajah 38 Item 6 dalam soal selidik

63 Rajah 39 Item 8 dalam soal selidik

64

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji mengenai corak, seni, hubungan dan bahasa. Matematik juga merupakan satu cara berfikir dan alat yang digunakan oleh semua orang sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Secara umumnya, Matematik merupakan satu bidang ilmu atau mata pelajaran yang boleh diinterpretasikan dalam pelbagai makna. Ilmu matematik banyak digunakan dalam bidang-bidang yang berkaitan seperti Sains, Fizik, Astronomi dan banyak lagi.

Menyedari akan kepentingan mata pelajaran Matematik dalam pelbagai bidang ilmu, kurikulum matematik di Malaysia telah beberapa kali dikaji semula. Hasil kajian semula ini, maka terlaksanalah pelbagai jenis kurikulum matematik. Kurikulum Pendidikan Matematik telah digunapakai secara rasminya sejak tahun 1956 lagi. Dari tahun 1956, sehinggalah kini iaitu tahun 2014, banyak perubahan yang telah berlaku dalam kurikulum pendidikan matematik. Bermula dengan Program Matematik Moden, Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan yang terbaru, Kurikulum Standard Sekolah Rendah telahdiperkenalkan.

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang baru sahaja diperkenalkan, tajuk operasi asas merupakan antara tajuk yang terawal dalam sukatan pendidikan matematik. Ini bermakna murid-murid perlu menguasai ilmu operasi asas dengan kukuh terlebih dahulu sebelum mempelajari tajuk-tajuk yang lain. Operasi penambahan merupakan salah satu operasi yang sangat penting untuk dikuasai. Terdapat dua belas elemen keupayaan yang perlu dicapai oleh murid dalam mata pelajaran Matematik. Salah satu elemennya ialah elemen yang ke-tujuh iaitu memastikan murid berupaya mengendalikan operasi asas kira-kira. Salah satu operasi asas yang penting untuk dikuasai ialah operasi tambah. Terdapat banyak kajian yang dibuat mengenai operasi asas. Kebanyakan kajian yang dibuat sama dengan masalah yang saya hadapi iaitu penambahan yang melibatkan pengumpulan semula seperti kajian Aniza dan Mazlan (2012) dan kajian Chua (2005).

Penambahan dengan pengumpulan semula merupakan satu kemahiran abstrak yang sukar untuk difahami oleh murid. Penggunaan alat bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sangat membantu guru bagi meningkatkan kefahaman murid tentang sesuatu perkara. Menurut Sabri dan Tengku Zawawi (2006), pembelajaran Matematik bermula dengan bahan konkrit yang boleh membuatkan pelajar terlibat dengan aktif dalam memanipulasikan bahan tersebut. Dienes (1960) berpendapat bahawa sesuatu konsep Matematik menjadi lebih mudah difahami dengan tepat jika konsep itu diperkenalkan melalui contoh konkrit.

Kesimpulannya, penguasaan operasi asas lebih-lebih lagi penambahan yang melibatkan pengumpulan semula merupakan ilmu awal yang paling penting untuk dikuasai. Kegagalan kanak-kanak dalam menambah khususnya akan menimbulkan Kesimpulannya, penguasaan operasi asas lebih-lebih lagi penambahan yang melibatkan pengumpulan semula merupakan ilmu awal yang paling penting untuk dikuasai. Kegagalan kanak-kanak dalam menambah khususnya akan menimbulkan

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Kajian tindakan ini dilaksanakan selama sebulan di salah sebuah sekolah di Sungai Petani. Pada praktikum kali ini, saya telah diberi amanah untuk mengajar tahun 4 Ilham. Kurikulum yang digunakan oleh murid tahun empat ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah tahun empat.

Sepanjang tempoh berkhidmat sebagai guru praktikum di sekolah ini, saya telah menemui tiga isu atau masalah yang kritikal dari kelas yang sama iaitu 4 Ilham.

1.2.1 Isu pertama : pembundaran

Isu pertama ialah isu yang terdapat dalam tajuk pembundaran. Setelah membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid, murid-murid bermasalah dalam membundar nombor sehingga nilai tempat puluh ribu. Pola kesalahan yang dilakukan oleh murid dapat dilihat seperti dalam rajah 1.

Rajah 1 . Pola kesalahan pembundaran

Rajah 1 menunjukkan pola kesalahan murid dalam tajuk pembundaran. Masalah yang dihadapi oleh murid ialah murid keliru sama ada ingin mengekalkan angka yang ingin dibundar atau perlu menambah nilai satu terhadap angka tersebut.

Rajah 2 . Pola kesalahan pembundaran

Rajah 2 juga menunjukkan kesilapan murid dalam membundar nombor. Murid melakukan kesilapan dengan tidak meletakkan angka sifar setelah melakukan proses pembundaran. Hampir semua murid kelas 4 Ilham melakukan pola kesilapan yang sama.

1.2.2 Isu kedua : penambahan dengan pengumpulan semula

Isu kedua yang ditemui ialah dalam tajuk penambahan. Setelah membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid, saya mendapati murid-murid sangat bermasalah dalam penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. Berdasarkan ujian yang dibuat, hanya 7 orang sahaja daripada 34 orang yang menjawab soalan ujian berjaya mendapat markah penuh. Setelah menyemak dan membuat penelitian terhadap jalan kerja murid-murid, saya membahagikan kesalahan murid kepada dua jenis iaitu kesalahan kecuaian dan kesalahan pengumpulan semula. Rajah 3 menunjukkan contoh kesalahan jenis kecuaian. Antara pola kesalahan kecuaian yang dilakukan oleh murid ialah murid membuat kesilapan semasa menambah dua nombor bulat, murid tidak menyalin soalan yang tepat ke dalam bentuk lazim dan murid tidak menulis nombor pada nilai tempat yang betul.

Rajah 3 . Contoh kesalahan jenis kecuaian

Rajah 4 . Contoh kesalahan pengumpulan semula

Rajah 4 menunjukkan contoh kesalahan pengumpulan semula yang dilakukan oleh murid-murid. Antara pola kesalahan yang mereka lakukan ialah murid tidak membuat pengumpulan semula dari ribu ke puluh ribu, murid tidak menulis angka satu pada rumah puluh untuk mewakilkan proses pengumpulan semula dan murid melakukan proses pengumpulan semula dari sa ke sa.

1.2.3 Isu ketiga : pendaraban

Isu yang ke-tiga yang saya temui ialah murid bermasalah dalam proses pendaraban terutamanya apabila mendarabkan sebarang nombor dengan angka dua digit. Bagi membantu mereka, saya sudah mendedahkan kepada murid cara yang

biasa digunakan iaitu cara tradisional dan cara “lattice” atau kekisi. Menurut Wenyuan Gu, (2010) penggunaan teknik kekisi sangat membantu murid untuk

melakukan proses mendarab sebarang nombor dengan angka dua digit. Namun begitu, saya dapati murid-murid saya masih lagi menghadapi masalah dengan pendaraban. Kebanyakan murid mendarab dengan angka dua digit secara terus tanpa melakukan proses mendarab sebarang nombor dengan angka dua digit. Namun begitu, saya dapati murid-murid saya masih lagi menghadapi masalah dengan pendaraban. Kebanyakan murid mendarab dengan angka dua digit secara terus tanpa

Rajah 5 . Kesalahan pendaraban Bagi mengatasi permasalahan ini, saya telah menggunakan teknik “lattice”.

Pada mulanya, mereka tetap tidak faham kerana teknik ini mula diperkenalkan untuk pelajar tahun empat. Jadi, bagi membaiki amalan kendiri saya sendiri, saya telah mengubah sedikit te knik “lattice” itu menjadi lattice berwarna.

Melalui perubahan ini, saya dapati murid-murid lebih menguasai topik pendaraban ini. Lebih memberangsangkan lagi, setelah teknik lattice berwarna ini digunakan, murid-murid bukan sahaja boleh menjawab pendaraban dua digit dengan dua digit sahaja, malah juga boleh menguasai pendaraban tiga digit dengan dua digit.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1 Isu / masalah kajian

Berdasarkan ketiga-tiga masalah yang saya temui, saya telah menjadikan isu yang kedua sebagai fokus kajian. Tajuk yang dipilih untuk dibuat kajian tindakan ialah penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. Tajuk penambahan merupakan salah satu operasi asas yang terpenting. Keempat-empat operasi tambah, tolak, darab dan bahagi ini merupakan asas yang boleh dijadikan sebagai rintis kepada kejayaan dalam mata pelajaran Matematik. Sebagai seorang guru, saya amat mengharapkan semua murid saya boleh melakukan operasi ini dengan mudah. Namun begitu, ternyata ini bukanlah suatu perkara yang mudah dicapai. Setelah dikaji, barulah saya mengetahui keadaan yang sebenar.

Rasional saya memilih tajuk penambahan sebagai fokus kajian ialah penambahan merupakan salah satu operasi asas yang paling utama dalam pembelajaran Matematik. Kemahiran asas matematik seperti operasi tambah sangat penting untuk dikuasai. Apabila kemahiran asas tidak boleh dikuasai kelak akan menyumbang kepada keciciran dan sukar untuk meneruskan dengan operasi lain yang sudah tentunya berkait dengan operasi tambah. Hal ini disokong lagi oleh Vancleave (dipetik dari Siti Aminah, 2012) yang menyatakan bahawa operasi tambah dan tolak adalah songsang dan terdapat perkaitan antara kedua-dua operasi tersebut. Hamizi Mahpop dan Pumadevi Sivasubramaniam (2010), turut bersetuju Rasional saya memilih tajuk penambahan sebagai fokus kajian ialah penambahan merupakan salah satu operasi asas yang paling utama dalam pembelajaran Matematik. Kemahiran asas matematik seperti operasi tambah sangat penting untuk dikuasai. Apabila kemahiran asas tidak boleh dikuasai kelak akan menyumbang kepada keciciran dan sukar untuk meneruskan dengan operasi lain yang sudah tentunya berkait dengan operasi tambah. Hal ini disokong lagi oleh Vancleave (dipetik dari Siti Aminah, 2012) yang menyatakan bahawa operasi tambah dan tolak adalah songsang dan terdapat perkaitan antara kedua-dua operasi tersebut. Hamizi Mahpop dan Pumadevi Sivasubramaniam (2010), turut bersetuju

Kemahiran menambah akan sentiasa digunakan dalam tajuk-tajuk yang seterusnya. Sebagai contoh, tajuk perpuluhan, pecahan, wang dan masa. Walaupun tajuk yang berbeza, namun kemahiran menambah masih lagi digunakan dalam tajuk-tajuk tersebut. Jika murid tidak mempunyai asas dalam melakukan penambahan maka murid akan mengalami kesukaran untuk menyelesaikan masalah dalam tajuk-tajuk yang seterusnya.

Seterusnya, rasional saya memilih tajuk penambahan yang melibatkan pengumpulan semula sebagai fokus kajian saya ialah kemahiran menambah seringkali digunakan dalam kehidupan seharian. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara, semuanya memerlukan kemahiran menambah. Sebagai contoh, kemahiran menambah digunakan dalam jual dan beli. Dalam kehidupan sehari-hari murid mesti mampu untuk menjumlahkan perbelanjaan harian supaya perbelanjaan tidak melebihi dari yang sepatutnya. Kepentingan penambahan juga boleh dilihat melalui konsep masa. Mengetahui bagaimana cara untuk menambah waktu sangat penting bagi murid untuk menyatakan waktu. Sebagai contoh, jika waktu sekarang pukul 2.45 petang, dan seseorang menyatakan ingin bertemu tiga jam selepas itu murid akan tahu waktu yang sepatutnya mereka berjumpa ialah pada pukul 5.45 petang. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa topik penambahan merupakan topik yang sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian.

2.2 Tinjauan dan analisis masalah

Kajian ini dijalankan selama sebulan di kelas 4 Ilham di salah sebuah sekolah di Sungai Petani. Setelah tinjauan awal dilakukan, saya sudah dapat mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid kelas ini. Namun begitu, saya telah fokuskan kepada satu masalah sahaja iaitu penambahan dengan pengumpulan semula. Kajian ini dijalankan setelah saya dapat mengenalpasti lima orang murid dari kelas 4 Ilham yang mengalami kesukaran untuk menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula. Sebelum mengenalpasti murid yang mengalami masalah penambahan ini, saya telah melakukan tinjauan awal dengan beberapa cara seperti berikut :

2.2.1 Pemerhatian di dalam kelas

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran penambahan sedang berlangsung, saya meminta murid untuk menjawab soalan penambahan pada papan hitam secara rawak. Melalui aktiviti ini, saya dapat mengenalpasti bahawa murid kelas 4 Ilham boleh melakukan operasi penambahan. Namun begitu, saya dapati kebanyakan murid yang dipanggil tidak boleh menjawab soalan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. Saya berasa hairan kerana topik penambahan merupakan tajuk yang mudah dan sudah didedahkan kepada mereka seawal mereka darjah satu lagi. Saya berpendapat dengan membuat andaian sendiri bahawa mungkin murid-murid lupa proses penambahan nombor yang melibatkan pengumpulan semula, murid tidak fokus ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung atau pengajaran saya yang membosankan. Bagi memastikan Semasa proses pengajaran dan pembelajaran penambahan sedang berlangsung, saya meminta murid untuk menjawab soalan penambahan pada papan hitam secara rawak. Melalui aktiviti ini, saya dapat mengenalpasti bahawa murid kelas 4 Ilham boleh melakukan operasi penambahan. Namun begitu, saya dapati kebanyakan murid yang dipanggil tidak boleh menjawab soalan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. Saya berasa hairan kerana topik penambahan merupakan tajuk yang mudah dan sudah didedahkan kepada mereka seawal mereka darjah satu lagi. Saya berpendapat dengan membuat andaian sendiri bahawa mungkin murid-murid lupa proses penambahan nombor yang melibatkan pengumpulan semula, murid tidak fokus ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung atau pengajaran saya yang membosankan. Bagi memastikan

BIL KRITERIA

JUMLAH

1 Tidak menumpukan perhatian

di dalam kelas. 2 Tidak memberi kerjasama

5 ketika guru menyuruh menyelesaikan masalah di hadapan kelas.

3 Tidak bekerjasama dalam

kumpulan. 4 Murid kelihatan bosan ketika

18 sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 5 Murid kelihatan bersemangat dalam aktiviti berkumpulan

Rajah 6 . Rajah k ekerapan punca masalah penambahan berlaku Berdasarkan pemerhatian saya dan data yang dipamerkan dalam rajah 6,

saya dapati bahawa kebanyakan murid kelas 4 Ilham kelihatan bosan dengan pengajaran dan pembelajaran saya. Jadi, ini memberi sedikit maklumat kepada saya supaya memikirkan satu tindakan yang berunsur bahan konkrit dan pembelajaran aktif supaya murid tidak bosan.

Kesimpulannya, setelah pemerhatian dibuat saya telah memilih lima orang pelajar lelaki sebagai peserta kajian saya. Kelima-lima murid ini sering memberi jawapan yang salah walaupun peluang untuk menjawab telah diberi berkali-kali.

2.2.2 Analisis dokumen

Saya juga meninjau masalah ini melalui analisis lembaran kerja (lampiran 2) yang diberikan kepada murid-murid setelah pengajaran tamat.

Hasil analisis saya terhadap lembaran kerja yang diberi saya dapati mereka melakukan pola dan jenis kesalahan yang sama. Sebagai contoh, dalam topik penambahan, hampir semua murid kelas 4 Ilham melakukan kesilapan dan tidak tahu untuk membuat proses pengumpulan semula.

Rajah 6 . Contoh jawapan murid

Rajah 6 menunjukkan bahawa corak kesalahan yang dilakukan oleh seseorang murid. Murid tersebut melakukan proses pengumpulan dari rumah yang sama, contohnya dari rumah sa ke rumah sa. Mereka melakukan kesilapan yang Rajah 6 menunjukkan bahawa corak kesalahan yang dilakukan oleh seseorang murid. Murid tersebut melakukan proses pengumpulan dari rumah yang sama, contohnya dari rumah sa ke rumah sa. Mereka melakukan kesilapan yang

2.2.3 Ujian diagnostik

Setelah saya melakukan pemerhatian dan menyemak lembaran kerja murid- murid, saya dapati memang terdapat murid yang benar-benar mengalami masalah dengan topik penambahan nombor melibatkan pengumpulan semula. Bagi mengukuhkan lagi anggapan ini, saya telah mentadbir ujian diagnostik (lampiran 3). Menurut Nabila (2013) ujian diagnostik merupakan satu proses penilaian terhadap kanak-kanak untuk mengenalpasti punca ketidakupayaan mereka. Melalui ujian diagnostik, saya boleh mengetahui apa masalah seseorang murid, punca sesuatu masalah itu berlaku dan cara yang terbaik yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah tersebut.

Dalam ujian diagnostik yang ditadbir, soalan yang diberi hanyalah 10 soalan sahaja (lampiran 3). Soalan satu merupakan soalan penambahan yang tidak melibatkan pengumpulan semula dan selebihnya merupakan soalan penambahan nombor yang melibatkan pengumpulan semula. Rasional saya meletakkan satu soalan penambahan nombor yang tidak melibatkan pengumpulan semula adalah untuk memastikan murid-mur id tidak mempunyai sebarang masalah dalam menambah dua nombor. Masa yang diperuntukkan untuk ujian ini adalah selama 60 Dalam ujian diagnostik yang ditadbir, soalan yang diberi hanyalah 10 soalan sahaja (lampiran 3). Soalan satu merupakan soalan penambahan yang tidak melibatkan pengumpulan semula dan selebihnya merupakan soalan penambahan nombor yang melibatkan pengumpulan semula. Rasional saya meletakkan satu soalan penambahan nombor yang tidak melibatkan pengumpulan semula adalah untuk memastikan murid-mur id tidak mempunyai sebarang masalah dalam menambah dua nombor. Masa yang diperuntukkan untuk ujian ini adalah selama 60

BIL JENIS

KOD KEKERAPAN KESILAPAN

POLA KESILAPAN

S1 4 mengumpul

1 Kesalahan

Murid tidak membuat

pengumpulan semula dari sa ke

semula

puluh Murid tidak menulis angka 1

S2 12

pada rumah puluh untuk mewakilkan proses pengumpulan

semula Murid melakukan proses

S3 5

pengumpulan semula dari sa ke sa

2 Kesalahan

S4 5 kecuaian

Murid membuat kesilapan

semasa menambah dua nombor bulat Murid tidak menyalin soalan

S5 3

yang tepat ke dalam bentuk lazim Murid tidak menulis nombor

S6 1

pada nilai tempat yang betul.

Rajah 8 . Kekerapan pola kesilapan yang dilakukan oleh murid 4 Ilham

Berdasarkan rajah 8, bilangan murid yang melakukan kesalahan mengumpul semula adalah sebanyak 21 orang pelajar dan hanya 9 orang pelajar sahaja yang cuai ketika menyelesaikan masalah. Namun begitu, dalam kajian tindakan ini saya akan memberi fokus dan perhatian terhadap masalah penambahan melibatkan pengumpulan semula. Semua murid tersebut merupakan murid yang mendapat markah yang paling rendah.

CARTA PAI KESILAPAN MURID

Rajah 9 . Carta pai kesilapan pengumpulan semula

Rajah 9 merupakan carta pai yang dibina berdasarkan kesalahan pengumpulan semula yang dilakukan oleh murid 4 Ilham. S1 ialah murid tidak membuat pengumpulan semula dari sa ke puluh. S2 ialah murid tidak menulis angka 1 pada rumah seterusnya untuk menunjukkan pengumpulan semula dan S3 ialah murid melakukan proses pengumpulan dari sa ke sa. Kesilapan S2 merupakan kesilapan yang sering dilakukan dalam kalangan murid tahun 4 Ilham iaitu dengan 57%. Manakala S3 pula sebanyak 24% dan S1 sebanyak 19%. Jadual 2.3 di bawah pula menunjukkan markah yang diperolehi dari 21 orang murid yang melakukan kesilapan dalam pengumpulan semula.

MARKAH UJIAN DIAGNOSTIK

3 MARKAH

ABCDE FGH I J KLMNOPQRSTU

Rajah 10 . Markah murid 4 Ilham dalam ujian diagnostik

Berdasarkan rajah 10, saya dapati masalah penambahan nombor dengan melibatkan pengumpulan semula merupakan masalah yang besar dalam kalangan murid tahun 4 Ilham. Saya berpendapat bahawa masalah seperti ini tidak sepatutnya berlaku bagi murid tahun 4. Berdasarkan rajah, saya mengambil keputusan untuk memilih lima orang yang mendapat markah terndah sebagai peserta kajian saya. Lima orang murid tersebut ialah D, I ,J, K dan S (yang telah dibulatkan).

2.3 Tinjauan literatur

Bagi mendapatkan idea untuk tindakan yang akan dilaksanakan, saya telah membuat pembacaan mengenai beberapa faktor yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi.

2.3.1 Kajian-kajian lepas

Kajian Siti Aminah (2012) yang memperkenal kan teknik “kenapa tambah 1?” menekankan tentang pembinaan idea murid melalui bahan konkrit. Dalam teknik ini, beliau menggunakan bekas telur yang diisi dengan batu yang berwarna bagi membezakan nilai tempat yang terlibat dalam satu-satu soalan. Penggunaan warna yang berbeza pada alat bantu mengajar dapat memberi kesan positif terhadap pengajaran. Kenyataan ini turut digunakan oleh kajian yang dilaksanakan oleh Hajijah (2008). Hasil kajiannya menunjukkan bahawa kaedah mesra warna yang diperkenalkan beserta dengan aktiviti bermain dapat menarik minat murid untuk terus belajar.

Aniza dan Mazlan (2012), telah memperkenalkan satu teknik yang dinamakan sebagai “step ladder addition”. Teknik ini lebih kepada teknik yang

mempermudahkan bentuk lazim dan ini merupakan intervensi yang dijalankan terus kepada peringkat abstrak. Dapatan kajian ini menyatakan bahawa semua peserta kajian menunjukkan perubahan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra yang pernah dijalankan. Teknik ini menuntut murid untuk menyelesaikan masalah dengan mengira jumlah bagi rumah sa terlebih dahulu. Contoh jalan mempermudahkan bentuk lazim dan ini merupakan intervensi yang dijalankan terus kepada peringkat abstrak. Dapatan kajian ini menyatakan bahawa semua peserta kajian menunjukkan perubahan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra yang pernah dijalankan. Teknik ini menuntut murid untuk menyelesaikan masalah dengan mengira jumlah bagi rumah sa terlebih dahulu. Contoh jalan

Rajah 11 . Kaedah “step ladder addition”

Seterusnya, teknik jari dan kertas warna telah diperkenalkan oleh Chua (2005). Pada mulanya, murid di ajar untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan pembilang. Setelah murid mahir menggunakan pembilang, guru akan meminta murid untuk membuat penambahan dengan menggunakan jari sahaja. Setelah mahir menggunakan jari, murid akan didedahkan dengan menyelesaikan masalah menggunakan bentuk lazim. Terdapat pembaharuan yang telah pengkaji lakukan. Pengkaji telah mengambil alternatif menggunakan kertas warna untuk memastikan murid tidak lupa bahawa mereka masih lagi mempunyai satu nombor yang perlu diletakkan di rumah yang sebelahnya. Berdasarkan penerangan ringkas mengenai teknik yang diperkenalkan oleh Chua (2005), jelaslah bahawa pengkaji mempunyai susunan langkah yang sistematik iaitu dari bahan konkrit (menggunakan pembilang dan jari), kemudian terus kepada bentuk lazim yang Seterusnya, teknik jari dan kertas warna telah diperkenalkan oleh Chua (2005). Pada mulanya, murid di ajar untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan pembilang. Setelah murid mahir menggunakan pembilang, guru akan meminta murid untuk membuat penambahan dengan menggunakan jari sahaja. Setelah mahir menggunakan jari, murid akan didedahkan dengan menyelesaikan masalah menggunakan bentuk lazim. Terdapat pembaharuan yang telah pengkaji lakukan. Pengkaji telah mengambil alternatif menggunakan kertas warna untuk memastikan murid tidak lupa bahawa mereka masih lagi mempunyai satu nombor yang perlu diletakkan di rumah yang sebelahnya. Berdasarkan penerangan ringkas mengenai teknik yang diperkenalkan oleh Chua (2005), jelaslah bahawa pengkaji mempunyai susunan langkah yang sistematik iaitu dari bahan konkrit (menggunakan pembilang dan jari), kemudian terus kepada bentuk lazim yang

Rajah 12 . Pengiraan bagi teknik jari dan kertas warna

Seterusnya, kajian lepas yang berkaitan dengan penambahan nombor yang melibatkan pengumpulan semula ialah teknik “partial sum”. Teknik ini memerlukan

murid untuk memahami nilai tempat dan nilai digit bagi sesuatu nombor. Menurut Fierro (2013), penambahan yang melibatkan pengumpulan semula memerlukan murid untuk melalui proses memecahkan nombor mengikut nilai tempat. Beliau juga mengatakan bahawa terdapat dua cara melakukan pengiraan dalam teknik “partial sum”. Rajah 13 menunjukkan cara pengiraan dengan menggunakan kaedah

kecerakinan. Rajah 14 pula menunjukkan proses menambah dalam bentuk lazim. Penambahan bermula dengan rumah yang terkiri sekali hingga yang terkanan.

Rajah 13 . Pengiraan “partial sums” dengan menggunakan kaedah cerakin

Rajah 14 . Menambah dalam bentuk lazim Berdasarkan kedua-dua cara tersebut , disimpulkan bahawa kaedah “partial

sum” memerlukan murid untuk memahami nilai tempat dan nilai digit dengan betul.

2.3.2 Penggunaan bahan maujud

Menurut Clements, 1999 (dipetik dari Cogginds, et al, 2007) yang menyatakan bahawa penggunaan bahan konkrit dan maujud dalam pengajaran mampu memberi pelajaran yang bermakna kepada kanak-kanak. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan satu kajian yang telah dijalankan oleh Yagci (2010). Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa terdapat perubahan yang ketara kepada peserta kajian beliau apabila beliau menggunakan bahan konkrit dalam eksperimen tersebut.

Bruner (1996), menyarankan supaya setiap institusi pelajaran perlu menggunakan kurikulum pilin (spiral curriculum) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum pilin ialah kurikulum yang menekankan pemeringkatan ilmu dalam pengajaran iaitu dari fasa konkrit kepada fasa yang lebih abstrak. Menurut Bruner (1996) kanak-kanak mengumpul maklumat secara berperingkat yang sistematik iaitu bermula dengan pengalaman konkrit, separa konkrit dan akhir sekali ialah dalam bentuk yang abstrak. Pada fasa yang pertama iaitu fasa konkrit, kanak-kanak diberi peluang untuk bermain, menyentuh dan membina pengalaman serta kefahaman dengan menggunakan objek yang maujud. Fasa yang ke-dua pula melibatkan bantuan dari simbol dan perwakilan. Fasa ini juga dikenali sebagai fasa separa konkrit. Pada fasa abstrak pula, kanak-kanak boleh melakukan pengiraan dalam bentuk abstrak atau simbol tanpa dibantu oleh sebarang bahan maujud mahupun sebarang perwakilan.

2.3.3 Minat terhadap pelajaran

Berdasarkan tinjauan masalah yang dilakukan, saya dapati peserta kajian saya tidak bersemangat setiap kali saya ingin memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamaruddin (dipetik dari Kae, 2010) menyatakan bahawa minat merupakan faktor yang penting dalam mempelajari semua mata pelajaran di sekolah. Hal ini disokong lagi oleh Dornyei (dipetik dari Ahmet, 2008) yang menyatakan bahawa sebenarnya kekurangan motivasi atau minat merupakan perkara utama yang menjadi masalah dalam sesebuah kelas dan hal ini telah menjadi perhatian bagi ramai pengkaji akademik. Kejayaan seseorang murid dalam mata pelajaran Matematik juga adalah bergantung dengan minat kerana menurut Tong (dipetik dari Norma, 2004) pelajar yang minat kepada matematik akan mempunyai pencapaian yang lebih tinggi.

Dornyei (dipetik dari Ahmet, 2008) juga mengatakan bahawa kemungkinan ada lagi faktor lain yang menyebabkan murid tidak berminat untuk belajar dan salah satu faktornya ialah gaya pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan murid mempunyai minat terhadap pelajaran, seseorang guru haruslah memainkan peranan. Guru merupakan individu yang mempunyai kuasa di dalam kelas. Guru boleh melakukan apa sahaja bagi memastikan murid dapat mengalami pembelajaran bermakna dan pembelajaran aktif. Hal ini demikian kerana pembelajaran aktif yang melibatkan murid dalam sesuatu aktiviti akan membuatkan seseorang individu murid lebih mengingati apa yang dipelajari. Menurut Meister (1998), beliau mengatakan bahawa seseorang murid mampu mencapai 75% apa yang dipelajari Dornyei (dipetik dari Ahmet, 2008) juga mengatakan bahawa kemungkinan ada lagi faktor lain yang menyebabkan murid tidak berminat untuk belajar dan salah satu faktornya ialah gaya pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan murid mempunyai minat terhadap pelajaran, seseorang guru haruslah memainkan peranan. Guru merupakan individu yang mempunyai kuasa di dalam kelas. Guru boleh melakukan apa sahaja bagi memastikan murid dapat mengalami pembelajaran bermakna dan pembelajaran aktif. Hal ini demikian kerana pembelajaran aktif yang melibatkan murid dalam sesuatu aktiviti akan membuatkan seseorang individu murid lebih mengingati apa yang dipelajari. Menurut Meister (1998), beliau mengatakan bahawa seseorang murid mampu mencapai 75% apa yang dipelajari

Menurut Eggen dan Kauchak (dipetik dari Kae, 2010) guru perlu menggunakan teknik mengajar yang bervariasi sesuai dengan tujuan pengajaran. Dapat disimpulkan bahawa tugas guru bukan sahaja mendidik dan memberi ilmu, malah guru berperanan untuk berfikir secara kreatif dan inovatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna supaya murid lebih berminat untuk belajar sesuatu. Hal ini demikian kerana menurut Rohani (dipetik dari Kae, 2008) yang menyatakan bahawa ketidakselarasan strategi dan pendekatan yang digunakan oleh seorang guru untuk pelajarnya, akan menyebabkan pelajar tidak dapat melalui pengalaman belajar yang berkesan dan efektif.

2.3.4 Intervensi yang dijalankan

Berdasarkan tinjauan literatur yang telah dijalankan, saya dapat membuat kesimpulan bahawa saya perlu menyediakan suatu suasana pembelajaran yang aktif dan bermakna. Oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk menggunakan satu kaedah yang merangkumi ketiga-tiga peringkat pembelajaran iaitu peringkat konkrit, separa konkrit dan abstrak. Saya juga telah mengambil idea dari kajian- kajian lepas dan menambahbaik pada alat bantu mengajar. Jadi, melalui pembacaan saya, saya telah mengguna satu teknik yang dinamakan sebagai teknik kuasa 10. Teknik ini dinamakan teknik kuasa 10 kerana operasi penambahan yang melibatkan pengumpulan semula ini menekankan perubahan sepuluh sa menjadi satu puluh. Teknik yang saya perkenalkan ini mempunyai aturan perkembangan yang sesuai

dengan kanak-kanak. Intervensi ini akan bermula dengan bahan konkrit terlebih dahulu, kemudian perserta kajian saya akan didedahkan dengan bahagian separa konkrit dan akhir sekali bahagian abstrak. Berdasarkan kajian “kenapa tambah 1” (Siti Aminah, 2012) dan teknik “jari dan kertas warna” (Chua, 2005) sangat menekankan akan penggunaan bahan maujud. Manakala bagi kajian yang menggunakan kaedah “step ladder addition” ( Aniza & Mazlan, 2012) dan “partial sums” lebih menekankan bagaimana murid akan menyelesaikan masalah ke dalam bentuk lazim. Dalam teknik “kenapa tambah 1” (Siti Aminah, 2012) juga mendedahkan murid dari perkara yang konkrit kepada yang abstrak. Namun begitu, menurut Bruner (1996) murid akan lebih mendapat pengajaran bermakna jika pengajaran bermula dengan fasa konkrit, fasa separa konkrit dan fasa abstrak. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membuat intervensi ini dengan melakukan ketiga- tiga fasa tersebut.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian saya adalah untuk :

3.1 meninjau sama ada teknik kuasa 10 dapat membantu penguasaan murid tahun empat dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula

3.2 meninjau respons murid apabila menggunakan teknik kuasa 10 dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula

4.0 SOALAN KAJIAN

Soalan kajian saya ialah :

4.1 Adakah teknik kuasa 10 dapat membantu penguasaan murid tahun empat dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula?

4.2 Apakah respons murid terhadap penggunaan teknik kuasa 10 dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula?

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dilaksanakan di salah sebuah sekolah di Sungai Petani. Setelah melakukan tinjauan masalah, saya telah mengambil keputusan untuk memilih lima orang dari pelajar saya untuk menjadi peserta kajian. Semuanya berbangsa Melayu. Peserta kajian dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian diagnostik yang dijalankan semasa fasa tinjauan masalah. Kelima-lima peserta kajian saya adalah antara murid yang mendapat markah 50% ke bawah dan dipilih berdasarkan ciri-ciri murid yang tidak menunjukkan minat terhadap mata pelajaran Matematik. Berdasarkan borang senarai semak pemerhatian, kesemua mereka merupakan pelajar yang menunjukkan respons negatif ketika tinjauan masalah dilaksanakan.

Kelima-lima peserta kajian saya merupakan pelajar lelaki. Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati pelajar lelaki lebih mempunyai masalah berbanding pelajar perempuan. Hal ini disokong lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Maccoby (1966). Menurut Maccoby (1966), pelajar perempuan lebih awal belajar untuk mengira berbanding pelajar lelaki. Hal ini merupakan salah satu sebab mengapa pelajar perempuan lebih menunjukkan kejayaan di sekolah rendah.

Selain itu, saya dapati semua peserta kajian yang terlibat berasal dari keluarga yang tidak begitu stabil ekonominya. Saya juga merasakan bahawa salah satu sebab peserta kajian tidak mencapai kecemerlangan dalam pelajaran adalah disebabkan oleh masa ibu bapa yang hanya digunakan untuk bekerja sahaja tanpa memikirkan kebajikan anak-anak. Rajah 15 menunjukkan latar belakang peserta kajian.

BIL PESERTA

PEKERJAAN KAJIAN

JANTINA

IBU / BAPA

Kilang Rajah 15 . Maklumat peserta kajian

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.1 Langkah - langkah tindakan

Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah membahagikan intervensi saya kepada tiga fasa iaitu fasa konkrit, fasa separa konkrit dan fasa abstrak. Saya menyelesaikan intervensi ini dalam masa dua minggu. Setiap minggu saya akan berjumpa peserta kajian saya selama enam jam. Jadi, dalam masa dua belas jam saya akan menghabiskan ketiga-tiga fasa intervensi ini.

BIL FASA

WAKTU

AKTIVITI

1 FASA Jam yang pertama Peserta kajian didedahkan KONKRIT

dan

tentang penggunaan bahan

ke-dua

konkrit. Pada waktu ini, murid

menjawab soalan penambahan tidak melibatkan pengumpulan semula.

Jam yang ke-tiga

Soalan yang diberi sudah

dan ke-empat

melibatkan pengumpulan semula

2 FASA Jam yang ke-lima Murid menyelesaikan masalah SEPARA

penambahan hanya dengan KONKRIT

hingga ke-lapan

menggunakan “sticky note”

berwarna.

Murid menyelesaikan masalah ABSTRAK

3 FASA

Jam ke-sembilan

hingga jam ke-

dengan menggunakan bentuk

dua belas

lazim tanpa sebarang alat bantu mengajar

Rajah 16 . Perincian aktivti bagi setiap fasa

Rajah 16 menunjukkan perincian aktiviti yang dilakukan bagi setiap fasa. Pelaksanaan bagi teknik ini telah dijalankan selama dua belas jam dan saya telah memperkenalkan teknik kuasa 10 kepada peserta kajian mengikut rancangan yang telah disediakan.

6.1.1 Fasa konkrit

Fasa konkrit ini telah dilaksanakan selama empat jam yang pertama perjumpaan saya dengan peserta kajian. Pada fasa ini, peserta kajian akan diberi peluang untuk memanipulasi bahan konkrit. Bahan yang saya gunakan ialah batang ais krim yang berwarna, bekas biskut dan kertas. Bagi satu set alat bantu mengajar ini, saya memerlukan 3 bekas biskut. Rajah 17 menunjukkan bahan bantu mengajar yang telah dibina.

Rajah 17 . Bahan bantu mengajar yang digunakan semasa fasa konkrit

Dalam fasa ini, saya telah memberi peserta kajian saya dengan soalan- soalan yang melibatkan pengumpulan semula. (lampiran 4). Selain itu, dalam fasa ini saya memastikan supaya peserta kajian saya ingat akan perwakilan setiap warna. Merujuk kepada rajah 17, setiap lantai rumah sudah diletakkan dengan warna masing-masing. Rumah sa berwarna biru, rumah puluh berwarna ungu, rumah ratus berwarna kuning, rumah ribu berwarna hijau dan rumah puluh ribu berwarna oren. Setiap batang ais krim yang berwarna akan diletakkan berdasarkan warna rumah.

6.1.2 Fasa separa konkrit

Dalam fasa yang kedua ini, saya sudah tidak menggunakan bahan seperti dalam fasa konkrit. Bahan yang saya gunakan adalah beberapa helai kertas berzaiz A4 dan juga “sticky note”. Pada fasa ini, peserta kajian menyelesaikan masalah penambahan (lampiran 5) yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan bentuk lazim. Namun begitu, bagi intervensi ini, saya mengubahsuai teknik “partial sums”. Pada asalnya, pengkaji memulakan proses penambahan dengan menambah angka pada rumah paling kiri sekali tetapi saya memulakan dari rumah paling kanan sekali. Selain itu, pada fasa ini saya juga telah mengubahsuai teknik “ step ladder additon ” (Aniza & Mazlan, 2012). Dalam teknik tersebut, pengkaji tidak menggunakan sebarang alat untuk menunjukkan nilai digit bagi setiap nilai tempat. Namun begitu, dalam intervensi saya, saya telah menunjukkan secara jelas nilai digit bagi setiap tempat atau rumah. Rajah 18 menunjukkan lagkah pelaksanaan fasa separa konkrit ini dengan lebih jelas.

Soalan di tulis di atas “ sticky note ” yang berbeza warna. Pastikan satu

kotak, hanya ada satu nombor.

LANGKAH 2 : Tambah nilai di rumah sa terlebih dahulu. Contoh : tambahkan nombor pada kertas berwarna merah jambu.

LANGKAH 3 :

Buangkan kertas yang sudah ditambah. Tambahkan nilai kosong yang ada. Letakkan jawapan pada baris yang

sama. Tambahkan nombor di rumah

puluh.

LANGKAH 4 :

Buangkan nombor (kertas) yang sudah ditambah. Tambahkan nombor dan jawapan diletakkan dalam lajur yang sama. Tambah nombor di rumah ratus.

LANGKAH 5 :

Buangkan nombor (kertas) yang sudah ditambah. Tambah nombor di rumah

ribu pula.

LANGKAH 6 : Jumlahkan semua nombor mengikut lajur masing-masing. Nombor di baris

akhir merupakan jawapan.

Rajah 18. Langkah pelaksanaan fasa separa konkrit

6.1.3 Fasa abstrak

Pada empat jam yang terakhir, saya teruskan kepada fasa abstrak. Pada fasa ini, peserta kajian saya tidak dibantu oleh sebarang alat bantu mengajar. Mereka hanya menggunakan kertas dan pensel sahaja. Pada waktu ini, mereka akan menjawab soalan berdasarkan apa yang telah mereka lalui 8 jam sebelumnya. Pada waktu ini, saya juga telah memberi soalan latihan (lampiran 6) untuk menilai sama ada intervensi yang saya laksanakan ini berjaya ataupun tidak.

Contoh jalan pengiraan yang akan diajar pada fasa abstrak adalah seperti rajah 19.

Rajah 19 . Contoh pengiraan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan empat kaedah untuk mengumpul data iaitu ujian, analisis dokumen, temu bual, soal selidik dan pemerhatian.

7.1 Ujian

7.1.1 Ujian sebelum intervensi

Saya telah menjalankan ujian sebelum intervensi kepada peserta-peserta kajian saya. Ujian sebelum intervensi (lampiran 10) ini bertujuan untuk mengetahui penguasaan peserta kajian mengenai tajuk ini sebelum intervensi dilaksanakan. Soalan dalam ujian ini terdiri dari 10 soalan dan wajarannya ialah 100%.

7.1.2 Ujian selepas intervensi