SALURAN PERNAFASAN DAN RESUSITASI KARDIO

SALURAN PERNAFASAN
DAN RESUSITASI
KARDIOPULMONARI
OLEH : BUSYRA IZZATY, WAN HABSAH & NOR
FAREHA

SISTEM PERNAFASAN
 Semasa kita bernafas, kita menyedut &
menghembuskan udara.
Udara yang disedut dibawa ke paru-paru
dan meresap oksigen ke dalam darah
Udara yang disedut hanya ada 21%
oksigen,
selebihnya
kompisisi
gas
nitrogen
Badan kita memerlukan 5% oksigen
untuk melakukan proses respirasi.

Sistem Pernafasan Manusia

Organ
Pernafasan
Manusia

Pernafasan Manusia

BILANGAN PERNAFASAN
SESEORANG
PERINGKAT

BILANGAN SEMINIT

Dewasa

15-20 kali

Kanak-kanak 6-10 thn

22-25 kali


Bayi

35-40 kali

CARA MEMERIKSA NADI

Nadi Radial (pergelangan
tangan)

Nadi Brakial (bahagian
lengan atas)

Nadi karotid (leher)

BILANGAN NADI SESEORANG
PERINGKAT

BILANGAN SEMINIT

Dewasa


70-80 kali

Kanak-kanak

90-100 kali

Bayi

100-140 kali

Pernafasan Dianggap Tidak Mencukupi
Kadar pernafasan kurang dari 10 kali seminit.
Pernafasan mangsa sangat laju.
Kadar pernafasan tidak menentu. (iiregular)
Tanda-tanda kekurangan oksigen :i. Gelisah (agitation)
ii. Rengsa (irritability)
iii. Mengantuk (drowsiness)
iv. Sakit kepala (headache)
v. Tahap kesedaran yang menurun (decreased level of

consciousness)
vi. Denyutan nadi laju (rapid pulse)
vii. Kulit kebiruan (bluish discolouration)
viii. Denyutan nadi tidak menentu (irregular pulse)

Prinsip Pemulihan
Pernafasan
Untuk menyelamatkan nyawa, bekalan oksigen yang terus
menerus kepada otak hendaklah dipelihara.
Oksigen dihantar kepada tisu-tisu melalui peredaran darah.
‘Pam’ yang mengawal bekalan ini adalah jantung.
Jika jantung berhenti berfungsi, kematian akan terjadi
kecuali sesuatu tindakan dilakukan serta merta.
Oleh itu, untuk memastikan peredaran oksigen terus
berlaku, EAR dan CPR mungkin boleh digunakan.

Resusitasi Udara
Keluar / Expired Air
Resuscitation (EAR)


Resusitasi Udara Keluar (AER)
 EAR adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada
mangsa yang terhenti pernafasannya.
 Sebab utama EAR dilakukan :ada nadi
tiada pernafasan
 Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta
oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti
bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi.

Mulut Ke Mulut
Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan
bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut

Mulut Ke Hidung
3 Teknik
Digunakan
Dalam
AER

Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang

menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa
ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan
seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan
menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa,
bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan
rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas
keluar.
Mulut Ke Hidung Dan Mulut
Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada
kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut
dan hidung kanak-kanak tersebut.

Prosedur EAR
 Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.
 Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang
sebarang kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan
gigi palsu)
Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan
pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan
dongakkan kepalanya sejauh mungkin.

Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit
hidung mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut
anda dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian hembuskan
sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut
dipaksa memasuki paru-paru.

Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui
hidung dan mulutnya dengan mulut anda tetapi jangan
hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan kepada orang
dewasa.
Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi
prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara
terus-menerus dengan cepat.
Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10
pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas
dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba.
Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan
mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR)
Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang
belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih

perlu melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan saluran udara.

Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa
mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini
boleh memburukkan lagi kecederaan pada leher.
Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan dada jika
pernafasan dan nadi masih tidak ada.
Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan
resusitasi dijalankan, anda perlukan bantuan daripada orang lain.
Pastikan kepala, badan dan ibu jari kaki berada dalam garisan
yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala.
EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan
spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan
atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot
dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu
melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Tanda-tanda EAR dan simptom
EAR berjaya
 Kehilangan sianosis (kebiruan)

 Mangsa cuba bernafas sendiri
 Anak mata mula bernafas melalui
cahaya
 Tindak balas kepada mangsa
 Denyutan nadi kuat

Resusitasi
Kardiopulmonari / Cardio
Pulmonary Resuscitation
(CPR)

RESUSITASI
KARDIOPULIMONARI (CPR)
 Adalah bantuan kecemasan yang diberikan
kepada mangsa kecederaan yang tidak
mempunyai denyutan nadi dan tidak
bernafas
 Merupakan kombinasi terknik pernafasan
bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan
dada

 Berperanan untuk membantu jantung
mengepam udara yang dihembus ke
seluruh anggota badan
 Dua sebab utama CPR dilakukan:
terhenti pernafasan

tiada nadi

Kemahiran Menyelamat Asas
CPR


CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: Saluran
Udara, Pernafasan dan Edaran Darah (ataupun disebutkan
ABC’s of CPR: Saluran Udara (Airway), Pernafasan (Breathing)
dan Edaran Darah(Circulation) ).

A (air way)

B

(breathing)

C
(circulation
)

A
membuka saluran
pernafasan serta merta
dengan membetulkan
posisi kepala mangsa
(donggakkan kepala
mangsa). Perlu diingati
bahawa bahagian
belakang lidah dan
epiglottis selalu
menghalang saluran
pernafasan mangsa
yang tidak sedarkan
diri. Oleh kerana lidah
dan epliglotis
tercantum di bahagian
bawah rahang, dengan
cara mendongakkan
kepala ke belakang
dan mengangkat dagu
dapat membuka
saluran pernafasan
mangsa.

B

C

Apabila pernafasan
terhenti, badan kita
hanya mempunyai
oksigen yang masih ada
dalam peparu dan
darah. Oleh sebab itu,
apabila pernafasan
terhenti dan mangsa
akan mati sejurus
selepas itu. Bantuan
pernafasan dari mulut ke
mulut adalah cara
tercepat untuk
menyampaikan oksigen
ke peparu mangsa.
Udara yang anda
hembus mengandungi
oksigen yang cukup
untuk membantu
sekurang-kurangnya
menampung
sebahagian daripada
keperluan mangsa.
Pernafasan bantuan
perlu diteruskan
sehingga bantuan

Tekanan dada
mengekalkan
edaran darah ke
peparu, otak, arteri
koronari dan organorgan penting yang
lain. Apabila
tekanan dada
dijalankan, bantuan
pernafasan dari
mulut ke mulut patut
dilakukan bersama.































Langkah-langkah
Melakukan CPR

D: Danger (Bahaya).

- Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian.
- Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada andadan mangsa.
- Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan
R: Response (Tindakbalas).
- Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepukbahu dan tanya “ awak ok ke?”.
- Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang padat.
- Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans (999 atau 991
A: Airway (Saluran pernafasan).
- Lakukan teknik ‘angkat dagu dan dongak kepala’.
- Buka salur nafas pesakit secara mendongakkan kepala dengan satu tangan sementara dagunya diangkat dengan tangan yang satu lagi.
- Periksa kalau lidah mangsa mengganggu laluan pernafasan mangsa. Alihkan lidah tersebut kalau menghalang pernafasan.
B: Breathing (Pernafasan).
- Posisikan pipi dekat dengan hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit.
- Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama5 hingga 10 saat.
- Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakit sehingga tertutup dan beri 2 hembusan penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat setiap hembusan
C: Circulation (Peredaran darah).
- Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal,batuk atau sebarang pergerakan pada pesakit, mulakan tekanan di dada.
- Letakkan tangan di tengah dada /sternum Bone (ulu hati) dan tekan ke dalam 1 ½ ke 2inci sebanyak 15 kali pada kadar 80 – 100kali seminit. Dengan kiraan Satu, Dan Dua,
Dan Tiga sehingga Dan Lima Belas.
- Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba

Posisi Pemulihan
 Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa
atau selepas resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa
dalam posisi pemulihan.
 Prosedur mengalihkan mangsa kepada posisi pemulihan:
i. Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas.
ii. Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan
diletakkan ke bawah pipinya.
iii. Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke
arah anda dalam kedudukan bersudut tepat untuk
mengelak mangsa tergolek ke hadapan.
iv. Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara
sentiasa terbuka

Posisi Pemulihan

CPR Untuk Kanak-Kanak 18 Tahun


 - CPR untuk kanak-kanak sama seperti melakukan CPR untuk dewasa kecuali 3
langkah di bawah ini yang berbeza.
 - Jika anda bersendirian dengan kanak-kanak tersebut lakukan CPR selama
2minit sebelum menghubungi ambulans.
 - Gunakan sama ada sebelah tangan atau dua tangan untuk melakukan tekanan
di dada.
 - Berikan tekanan 1 ke 11/2 inci dalam

 Langkah asas melakukan CPR untuk kanak-kanak(Umur 1-8)
 - Pastikan tindakbalas pesakit
 .- Dongakkan kepala dan lihat,dengar dan rasa pernafasan. Jika tidak bernafas
beri bantuan 2 pernafasan dengan setiap pernafasan selama 1saat
 .- Jika tiada tanda-tanda pesakit bernafas,batuk atau bergerak mulakan tekanan
di dada 1 ½ ke 2 inci 30 kali ditengah dada/sternum Bone (ulu hati)nya. Tekan
pada kadar 100 kali seminit.
 - Teruskan dengan 2 hembusan pernafasan dan 15 tekanan di dada sehingga
bantuan tiba.