SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Asal Usul Bahasa Melayu
Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti
mana berikut:
1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi
kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi
kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang
sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-loyu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh
dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Asal Usul Bangsa Melayu
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa
Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).
Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa
Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:




Bahasa Melayu Kuno,



Bahasa Melayu Klasik dan



Bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Kuno
Merupakan keluarga bahasa Nusantara
Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua
franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:



Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.




Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat



Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang
kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:



Pengaruh agama Hindu



Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.




Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:



Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)



Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)



Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)



Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:



Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit



Susunan ayat bersifat Melayu



Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)



bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)




Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)



Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat -niparwuat)



Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h(Contoh: sukhatshitta)



Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya:sahaya)
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke13.
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)




ditulis dalam huruf India



mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.



bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)



masih memakai abjad India



buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat


c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)


ditulis dalam tulisan Jawi



membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas
abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:



Zaman kerajaan Melaka




Zaman kerajaab Acheh



Zaman kerajaan Johor-Riau
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin
al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:



ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.



banyak ayat pasif




menggunakan bahasa istana



kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul
(bersedih)



banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.



ayat songsang



banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''
Bahasa Melayu Moden
Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa

Melayu moden.
Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa
perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam
sistem pendidikan.
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan
Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Unsur-unsur Asing Dalam Bahasa Melayu
Peminjaman usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman.
Terdapat unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu.
a. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memebrikan nama am atau khsusu kepada benda,
perkara (fenomena)
b. Perkataan bahasa melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.
c. Kegemaran menggunakan bahasa asing.

d. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu sedia ada yang mungkin
sudah lapuk, atau kerana sikap mengaggungkan bahasa asing .Misalnya matematik menggantikan ilmu
hisab.
Peminjaman unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman:
a. huruf atau sistem tulisan
b. bunyi-bunyi
c. imbuhan
d. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan
e. struktur ayat.
Jenis-jenis peminjaman
a. peminjaman tulen (matematik, bonus)
b. peminjaman kacukan (kasut but)
c. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam)
d, peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).
e. peminjaman kuno (purnama)
f. peminjaman berpindah (vokal/vowel)
Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut:
Sanskrit - Arab - Indonesia - Inggeris
Bunyi-bunyi Asing
Daripada bunyi-bunyi yang ada dalam bahasa Melayu, memang terdapat pinjaman daripada bahasa-bahasa
Arab, Inggeris dan sanskrit.
Daripada bahasa Sanskrit, kita dapati bunyi seperti /sy/ dan /sw/ seperti dala perkataan syurga, swadaya,
swasta, swalayan dan swasenyawa.
Daripada bahasa Arab dan Parsi terpahat pula, terdapat bunyi-bunyi seperti dalam jadual di bawah. Bunyi
/sy/ yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit diperteguh dengan meminjamnya daripada bahasa Arab dan
Parsi pula.
Bunyi
/sy/

Contoh Perkataan
syarikat, syamsiah, syarak, isyarat, isyak

/kh/

khabar, khadam, khas, bakhil, tarikh

/gh/

ghairah, ghalib, ghazal, maghrib

/f/

fakir, fitrah, tafsir, tafahus, mualaf

/dh/

darab, darurat, kadi, fardu, haid (bunyi ini dilambangkan dengna huruf d)

/z/

zalim, zaman, wazir

/th/

sabit, selasa, isnin, misal, hadis (disebut sebagai `s')

/q/

qari, qadim, furqan

Daripada bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa Eropah lain) bahasa Melayu telah meminjam bunyi-bunyi
seperti berikut (lihat jadual):
Bunyi

Contoh Perkataan

/f/

fasa, fokus, kafe, sofa lif, staf

/v/

vaksin, vakum, novel, televisyen

/sy/

syampu, syif, televisyen, kusyen

/z/

zip, zon, dozen, gazet

Imbuhan Asing
Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga sumber bahasa, iaitu bahasa Sanskrit,
Arab-Parsi, dan Inggeris-Eropah.
Imbuhan yang dipinjam terdiri daripada awalan dan akhiran. Lihat jadual di bawah.
Sumber

Jenis Imbuhan

awalan
Sanskrit

akhiran

Awalan

Arab-Parsi
Akhiran

Inggeris-Eropah

Awalan

Imbuhan

Contoh Perkataan

maha-

maharaja, mahaguru,
mahasiswa

pra-

prakata, prasangka,
prauniversiti

tata-

tatacara, tatarakyat,
tatasusila

swa-

swasta, swadaya,
swalayan

eka-

ekabahasa, ekafungsi,
ekanada

dwi-

dwibahasa

panca-

pancaindera,
pancalogam,.

-man

seniman, budiman

-wan

karyawan, hartawan

-nita

biduanita

-wati

seniwati, angkasawati

bi-

binomial, biadab,
bimormal

-i

abadai, insani, akhiri

-wi

duniawi

-iah

ilmiah

-in

hadirin

-ah

ustazah

-at

hadirat

anti-

antibiotik, anti-Yahudi

pro-

prokerajaan, pro-Amerika

Akhiran

poli-

poliklinik

auto-

autonomi, autograf

sub-

subgolongan, subbidang

supra-

supranasional, suprakelas

-al

klinikal, kritikal, praktikal

-isme

idealisme, nasionalisme

Pengaruh Bahasa Inggeris
Aspek Pinjaman
Kosa kata: lokap, komen, polis, saman, notis, doktor, warden, bas, lori, kelas, sarjan, lesen, tenis, elaun,
aiskrim, opera, motokar, radio, reformasi, demokrasi, nepotisme, teknologi, sains, komputer.
Pinjaman Nahu
Kopula/kata pemeri: Ialah dan adalah (is)
Pinjaman Peribahasa: Beban kerja (work load), bulan madu (honey moon), ulat buku (book worm), hitam
putih (black and white), di mana ada kemahuan di situ ada jalan (where there's a will there's a way).

DINAMIKA BAHASA MELAYU

Variasi Bahasa
Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.
Variasi bahasa

Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan,
kosa kata dan tatabahasa.

Dialek

Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh
pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi .
Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.
Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.
merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.

Idiolek

Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.
Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat
penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

Dialek kawasan

Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan
dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara
mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera,
jawa, Kalimantan dan sebagainya.
Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa
Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia

di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia
merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

Dialek sosial

Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan
sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang
akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan
dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.

Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek
kawasan atau loghat, dialek sosial.
Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:

Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak
formal.
Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.
Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus,
bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.

Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan
bahasa terkawal, danragam bahasa mesra dan bahasa formal.
Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal
Ragam Bahasa Bebas

Bahasa Terkawal
Ayat yang gramatis

Ayat yang tidak gramatis.
Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan
perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.
Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning
you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu.

Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi,
pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.
Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali
memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu,
tetapi awak masih hendak ke sana.

Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal
Ragam Bahasa Mesra

Ragam Bahasa Formal

Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak
memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu
dan sebagainya.
Ciri-ciri lain:
a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap
Bahasa Slanga
Bahasa tidak rasmi, tidak baku.
Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.
Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.
Bahasa Basahan
Juga disebut sebagai bahasa kolokial.
Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.
Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.
Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:
(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa
Bahasa Baku

Bahasa Basahan

mengapa

kenapa

bagaimana

macam mana

sedang

tengah

(b) bentuk kependekan

Bahasa Baku

Bahasa Basahan

hendak

nak

tidak

tak

sudah

dah

(c) perubahan bunyi
Bahasa Baku

Bahasa Basahan

ambil

ambik

kecil

kecik

pula

pulak

Bahasa Pasar
Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu
Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.
Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.
Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua).
Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.
Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.
Bahasa Halus
Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur
dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.
Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan
digunakan.
Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda,
kekanda, bonda dan nenda.
Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak
berterus terang.
Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.
Berikut diturunkan beberapa contoh:

Bahasa Kasar

Bahasa Basahan

Bahasa Halus

kencing

Buang air kecil

berak

Buang air besar

mengandung/bunting

Berbadan dua

kubur

makam

Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar
seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.
Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong
dalam bahasa kasar.
Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap
kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya
perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.
Dialek
variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut.
Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.
Dialek berbeza dari segi:
a. Sebutan
Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.
b Gaya lagu bahasa
Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan.
c. Tatabahasa
Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.
perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).
(d) Kosa kata
Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)
(e) kata ganti diri
Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)
Hang (dialek utara bermaksud kamu)

Laras Bahasa
Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan.

Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangs esuatu wacana
digunakan.
Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.
Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.
Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.
Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akanmenghasilkan
laras yangberbeza.
Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.
Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya
penyampaian.
Tiga Dimensi Laras (Halliday)
merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti
biologi, perubatan, suka, enidikan, matematik dan
sebagainya.
Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah
serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.
JIka wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam
ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus
Tajuk wacana

kepada perkara yang dibincangkan.
Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan
selariperlawanan bola sepak , rragam ayat aktif
dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak
digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan
bola sepak berkenaan.
Sama ada wacana berkenaan disampaiakns ecara
lisan atau tulisan.
Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan

Cara penyampaian

atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa?
JIka tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi
atau surat peribadi, memorandum atau iklan?

Gaya penyampaian

mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan
disampaikan dalam situasi formal atau tak formal.
Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn
dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-

orang kenamaan atau dif-dif?
Jenis dan Ciri Laras Bahasa
Laas bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.
Laras biasa ialah laras khusu yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang hiburan (laporan
suskan, berita sukan), pengetahuan dan peneranagn (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan
(rencana, iklam).
Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam
bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah:
kosa kata
tatabahasa
gaya
Laras Bahasa Biasa
Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.)
Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti
bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuand an penerangan (syarahan, encana) dan
maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat.
Struktur ayat mudah, contohny: Di larang memijak rumput.
Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.
Laras Bahasa Biasa
Formal/Rasmi

Tak Formal

Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan
sebagainya.

Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang
diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat,
objek.

.
Laras Bahasa Perniagaan
Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan
tindkan.

Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi
dansebagainya.
Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
(a) slogan: Kami Ada Cara
(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.
Laras Bahasa Akademik
Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak
dalam ruang lingkup pendidikan.
Bersifat teknikal.
Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu mengikut fornmati tertentu seperti perlu
ada cattan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap
bab.
Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah
fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.
Laras Bahasa Undang-Undang
Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri
seperti Argumantum ad baculum, habeas corpusdan sebagainya.
Laras bahasa media
Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersnediri, laind aripada struktur teks cereka, dan
lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.

Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang
paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pemvbaca akhbar.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah, pertama, baasa yang digunakan
mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas danketuiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan
untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai.
Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik,
dan sebagainya haruslah dielakkan.
Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif: kabur mesej
b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.
d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile,
personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
Laras Bahasa Agama
Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
Kesimpulan:
Golongan laras

Bidang

Situasi

Hiburan
Pengetahuan
Biasa

Maklumat

Ucapan syarahan
Khalayak Umum
Acara majlis umum

Upacara/.Majlis
Khusus

Doa-khutbah

Contoh Bahan
Berita, laporan. iklan,
surat peribadi

Doa, khutbah
Khalayak Umum

Acara majlis rasmi

Rencana, ekonomi,
undang-unang, fizik,
kimia, dan lain-lain.

Teknikal

Tesis, rencana matematik,

Ilmiah

biologi, Fizik, Kimiz,
Lukisan Kejuruteraan dan
sebagainya.

Wacana
1.
2.
3.
4

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi
wacana.
Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai
unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya
menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja.
Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala
wacana merupakan peringkat fungsi.
Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai:
i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan'
ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan
(seperti surat, aartikel, novel, cerpen).

5.

Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.
Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:
a. pendahuluan
b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan

6.

tebal, miring, garis tebal)
c. penutup
d. graf, jadual, peta dan statistik.

7.

Ia dapat digambarkan seperti berikut:

8.
9.

Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif
(pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.
Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana.
Fungsi
Contoh
1. Tambahan

dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,
selanjutnya, seterusnya, di samping.

2. Urutan

pertama, kedua, seterusnya, selepas itu,
kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya.

3. Penyataan semula

iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang
diterangkan.

4. Contoh

contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam,
umpama, bagai, bak kata, sebagai.

5. Rumusan

rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan,
akhir kata, sebagai penyimpul kata

6. Tempat

berhampiran dengan, bersebelahan dengan,
bertentangan dengan.

7. Waktu

apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada
mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya.

8. Sebab dan kesan

oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,
dengan itu.

9. Bandingan

seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama
juga dengan.

10. Pertentangan

tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau
bagaimanapun, namun begitu, bertentangan
dengan.

11. Pengesahan

sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah,
pastilah, sememangnya.

Retorik
Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan untuk menyampaikan
sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan.
Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi, atau berbentuk propaganda, retorik adalah alat-alat
dalam penulisan untuk mempengaruhi, sikap, dan pendirian orang ramai.

Secara umumnya, kemahiran retorik melibatkan:
1. penguasaan tatabahsa
2. penggunaan pelbagai ragam bahasa
3. penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik
4. penguasaan corak dan bentuk penulisan.
Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi orang, maka wacana yang terhasil merupakan manifestasi
ynag dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan. Disamping itu struktur wacana pula dipengaruhi oleh
niat dan hasrat wacana. Retorik dikembangkan dengan empat cara,
iaitu naratif(penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan), ataupenghujahan.
Di samping itu, penulisan boleh dibuat dengan teknik induktif atau deduktif atau analogi.
Induktif

Mengemukakan fakta dan maklumat yangberbentuk khsusu dan kemudian membuat
kesimpulan atau rumusan.

Deduktif

Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan maklumat yang
khusus.

Analogi

Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan atau perbezaan
anttara dua perkara atau senario.
Naratif

- Gaya naratif boleh
ditemui pada laporan
akhbar, laporan aktiviti,
minit mesyuarat atau
ceramah syarahan yang
menerangkan sesuatu.

Deskriptif
- Menerangkan atau
memerikan sesuatu.

Eksposisi

Penghujahan

pemerhatian dan

- Cara penulis
menunjukkan kebenaran
pendapat sama ada
-Cara ini sesuai digunakan menentang, menyookong
atau menunjukjkan sikap
untuk menjelaskan
berkecuali.

pengamatannya untuk

konsep, pandangan,

-Kebenaran yang hendak

menerangkan sesuatu

cadangan, proses, atau

ditunjukkan mestilh

hal. Di tahap yang lebih

sejarah sesuatu, dengan

berasakan fakta atau

halus, penulis ada

menggunakan mana-

bukti yang konkrit.

kalanya menggunakan

mana teknik sama ada

pancainderanya, di

deduktif, induktif atau

samping perasaan hati

analogi.

- Menggunakan

dan pandangannya.
- Penulis menggambarkan
peristiwa, contoh kiasan
dan sebagainya.
- Pengalaman seseorang,
watak-watak dalam novel,
drama dan sebagainya.

- Mendedahkan sesuatu
isu, perkara.

-Kebenaran tidak
berasaskan emosi sahaja.

- Dengan cara deksriptif
ini, penulis boleh
menggunakan teknikteknik induktif, deduktif
atau analogi.

Kesantunan Berbahasa
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9,

Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya
tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan
ketika menggunakan bahasa.
Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan
panggilan yang tersendiri.
Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat
dan ganti nama.
Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata
dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat,
umur, dan keakraban hubungan.
Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang
penuh dengan adab tata tertib.''
Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk
di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik,
tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan
sebagainya.
Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan
kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan
keakraban hubungan.
Lihat contoh berikut:
Pak

Digunakan untuk orang lelaki yangs ama
sebaya dengan ayah kendiri.

Mak

Digunaka utnuk orang perempuan yang
kira-kira sebaya dengan emak kendiri

Tok

Digunakan untuk orang lelaki atau
prempuan yang kira-kira sebaya dengan
datuk atau nenek kendiri.

Abang

Digunakan untuk orang lelaki yang tidak
setua ayah kendiri dan juga tidak semua
kendiri.

Kakak

Digunakan untuk orang perempuan yang
tidak setua emak kendiri dan juga tidak
semuda kendiri.

Adik

Digunakan untuk orang lelaki atau
permepuan yang lebih muda daripada
kendiri.

Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik
atau Pak Cik
11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:
10.

i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah,
Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama

kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti
Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.
ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan
Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok
Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau
isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long
ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.
12. Gelaran Pergaulan Bebas
Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin,
manakala Encik untuk lelaki sahaja.
13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan
orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya,
daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan
perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri
atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan
dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan
penggunaan gelaran saudara.
Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik
atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan
Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)
14. Gelaran Warisan
Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei
Darussalam) Tengku(Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
Gelaran keturunan orang-orang
besar; Megat danPuteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan,
Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah),Awangku,
Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)

Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifahbagi perempuan. Sesetengah pihak
mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran
jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia
seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi,
Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).
15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk
Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan
oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)
Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres
Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj.
16. Gabungan Gelaran
(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji
(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji
(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak
Ungku, Mak Wan, Pak Nik.
(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji
Nik
(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji
(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof.
Raja Haji Osman

17.

Rujukan Hormat
Orang Yang Disapa

Rujukan Hormat

Yang di-Pertuan Agong dan Raja
Permaisuri Agong

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda

Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan,
Raja Permaisuri

Duli Yang Maha Mulia

Balu Raja

Yang Maha Mulia

Raja Muda atau Tengku Mahkota

Duli Yang Teramat Mulia atau Yang
Teramat Mulia

Kerabat Diraja Karib

Yang Amat Mulia

Bergelar warisan

Yang Mulia

Perdana Menteri, Timbalan Perdana
Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri

Yang Amat Berhormat

Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan
Undangan Negeri (wakil rakyat)

Yang Berhormat

Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran

Yang Berhormat Mulia

Tengku atau Raja
Tun, Toh Puan

Yang Amat Berbahagia

Yang mempunyai gelaran kurniaan
kerajaan (selain Tun dan Toh Puan)
atau/dan gelaran ikhtisas yang formal

Yang Berbahagia

Ketua Hakim Negara

Yang Amat Arif

Ketua Polis Negara

Yang Amat Setia

Hakim, Kadi

Yang Arif

Mufti dan pemimpin Islam

Sahibul Samahah

Ketua jabatan tanpa gelaran

Yang Berusaha

3.0 SISTEM BAHASA MELAYU
3.1 FONOLOGI
Sistem Bahasa Melayu
Pengenalan
1. Sistem Bahasa Melayu terdiri daripada binaan ayat, frasa dan bunyi bahasa.
2. Sistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan
semantik.
• Fonologi - Bidang kajian bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang.
• Morfologi - Bidang kajian kata dari segi pembentukan, jenis dan aspek-aspek
berkaitan kata.
• Sintaksis - Kajian tentang ayat yang merangkumi pembentukan, jenis dan
golongan serta kajian tentang ayat.
• Semantik - Kajian yang merangkumi penggunaan kata berpandukan makna.
Fonologi
Satu bidang kajian atau ilmu cabang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa serta
lambang-lambang yang ada pada setiap bunyi bagi sesuatu bahasa.
Konsep Bunyi, Fonem, Huruf dan Suku Kata
• Konsep Bunyi
- Bunyi sebutan dalam sistem Bahasa Melayu.
• Fonem
- Unit bunyi bahasa terkecil dan dapat membezakan makna kata. Fonem
diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi.
• Huruf
- Fonem-fonem bahasa diberi lambang tulisan berupa huruf. Huruf merupakan
lambang dalam sistem bunyi bahasa yang membentuk parkataan dalam tulisan.
- Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem vokal.
• Suku Kata Dalam Bahasa Melayu
- Dalam Bahasa Melayu, setiap suku kata ditandai vokal yang mendahului atau
mengikuti konsonan.
- Dalam ejaan, terdapat 11 pola suku kata.

Sistem Tulisan Bahasa Melayu
Dipercayai Bahasa Melayu ditulis dengan tulisan Kawi dan Rencong. Kedatangan Arab
melahirkan tulisan Jawi. Kedatangan Barat menyebabkan tulisan Rumi terhasil.

Penggolongan Bunyi Bahasa
Alat-alat Pertuturan Manusia
- Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat pertuturan
iaitu:
a. Artikulator
b. Titik Artikulasi

Bunyi-bunyi Bahasa
a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan
bahasa iaitu gerak tubuh.
b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi
bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong.
c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin
disampaikan tidak difahami sepenuhnya.
- contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.

Vokal
a. Bunyi vokal dihasilkan tanpa halangan , sekatan ataupun sisihan pada arus ugara yang
dikeluarkan oleh paru-paru.
b. Terdapat 8 bunyi vokal iaitu 6 vokal asli dan 2 vokal pinjaman.

Sifat-sifat Vokal
a. Bibir berkeadaan neuteral semasa menghasilkan bunyi vokal ini.
b. Vokal umumnya bersuara, pita suara akan bergetar.
c. Tiada sebarang sekatan, halangan atau geseran semasa vokal dihasilkan.
Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu
a. Vokal membentuk suku kata dan kata.
b. Vokal depan ( i, e, ε, a ) adalah pada suku kata.
c. Vokal didahului oleh bunyi "hentian glotis".
Awal Tengah Akhir Terbuka Akhir Tertutup

e e/kor Belas Sate Telek
i i/bu Bilah Kali Saling
a a/yam Malu Saya Botak
Cara Menghasilkan Bunyi Bahasa
A. Konsonan
a. Konsonan adalah bunyi-bunyi selain bunyi-bunyi vokal.
b. Bunyi konsonan dihasilkan oleh alat pertuturan manusia dengan membuat sekatan,
halangan ataupun geseran.
c. Ketika dihasilkan, udara dari paru-paru akan menghasilkan sekatan di rongga mulut, tekak
dan hidung.
d. Ada 18 konsonan asli dan 9 konsonan pinjaman.
e. Konsonan asli terdiri daripada,\;
- Bunyi letupan (Plosif)
- Bunyi letusan (Afrikat)
- Sengauan (Nasal)
- Geseran (Frikatif)
- Sisihan (Lateral)
- Getaran (Tril)
- Bunyi separuh vokal (Geluncuran)
Tanda Baca
Tanda baca digunakan dalam sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Merupakan lambang-lambang dalam penulisan bahasa untuk memperjelaskan maksud.
a. Tanda Titik [.] - Berahir sesuatu ayat / ayat penyata.
b. Tanda Koma [,] - Terdapat pengguguran sesuatu unsur ayat.
c. Tanda Koma Bertindih [;] - Fungsi sebagai unsur kaitan dua ayat.
d. Tanda Titik Bertindih [:] - Digunakan selepas ayat penyata diikuti ayat lain yang berkaitan.
e. Tanda Soal [?] - Hadir di akhir ayat.
f. Tanda Seru [!] - Hadir di akhir ayat bagi menunjukkan rasa hairan, marah, menyindir, sakit.
g. Tanda Sempang [-] - Bagi kata ganda.
h. Tanda Kurung [( )] - Wujud unsur selitan dalam ayat.
i. Tanda Petik [" "] - Menunjukan bahagian yang dilafazkan atau cakap ajuk.
Tatabahasa
.::Pengenalan::.
- ia merangkumi pembentukan kata serta proses pembinaan ayat.
- tatabahasa melibatkan pembentukan kata, frasa, klausa dan ayat.
- bunyi bahasa adalah unsur-unsur pembentukan kata.
- wacana hasil himpunan ayat-ayat.
.::Latar Belakang Tatabahasa::.
- tatabahasa sebahagian daripada kajian bahasa.
- bentuk kata ada kaitan dengan Morfologi.
- binaan kata ialah kata-kata dalam fungsi dan peranan dalam ayat.
- penggolongan kata - proses menjeniskan perkataan berdasarkan bentuk dan fungsi

perkataan dalam golongan yang sama.
- struktur kata - binaan ayat-ayat yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan
menjadi unti bahasa yang bermakna.
.::Definisi Tatabahasa::.
- merupakan pengetahuan tentang pembentukan kata dan proses penyusunan kata dalam
ayat.
- tatabahasa Bahasa Melayu meliputi bidang kajian Morfologi dan sintaksis.
.::Bahagian Tatabahasa::.
a. Morfologi
- bidang tatabahasa berkaitan dengan aspek kata, dari segi struktur dan pembentukan kata
serta penggolongan kata.
- unit terkecil yang mempunyai maksud atau tugas ialah morfem. Sesuatu perkataan
terbentuk daripada satu morfem atau lebih.
- contoh; perkataan berkawan mempunyai dua morfem iaitu kata dasar "kawan" dan awalan
"ber-".
b. Sintaksis
- bidang ilmu bahsa yang melibatkan kajian proses pembinaan ayat.
- sintaksis mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.
c. Konsep Morfem
- unit asas terkecil yang menjalankan tugas nahu.
- walaupun unit terkecil tetapi tidak dapat dikategorikan dalam unit nahu.
- Morfem ada dua jenis, iaitu morfem bebas (iaitu kata tanpa imbuhan) dan moefem terikat
(iaitu terdiri daripada bentuk-bentuk imbuhan).

.::Perbandingan Bahasa dan Tatabahasa::.
Bahasa  Fonem  Morfem  Kata  Frasa  Klausa  Ayat
Tatabahasa  Morfem  Kata  Frasa  Klausa  Ayat
.::Konsep Asas Sintaksis::.
- sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Ini termasuk
kaedah penyusunan perkataan dalam membentuk sesuatu ayat.
- ayat boleh terbentuk daripada beberapa perkataan yang mempunyai makna lengkap.
- ayat mempunyai subjek dan prediket. `Subjek' dalam ayat ialah konstituen yang menjadi
judul dan unsur yang diterangkan. `Predikat' adalah bahagian yang terdiri daripada frasa
yang berfungsi sebagai penerang subjek.
- frasa ialah susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan yang

berpotensi uuntuk dikembangkan menjadi lebih perkataan.
- Klausa merupakan satu unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan prediket
serta konstituen kepada ayat. Klausa tidak mempunyai tanda baca yang lengkap mahupun
intonasi yang sempurna.

3.2.1 MORFOLOGI
.::Morfologi::.
.::Pengenalan::.
- dalam Bahasa Melayu, morfologi melibatkan tiga perkara iaitu proses pembentukan kata,
penggolongan kata, dan struktur kata.
.::Definisi Morfologi::.
- Morfologi merupakan bidang tatabahasa yang berkaitan aspek bahasa dan kata termasuk
struktur dan pembentukan kata. unit terkecil dipanggil Morfem.
.::Konsep Morfem::.
- morfem ialah unit tatabahasa terkecil dan fungsi nahu.
- terdapat 2 morfem iaitu 'morfem bebas' dan 'morfem terikat'.
.::Konsp Perkataan::.
- kata akar atau akar kata ialah bentuk morfem terikat yang perlu bergabung dengan
morfem lain untuk membentuk kata.
- contoh: arus (akar kata) + sungai (morfem bebas)
= Arus sungai
.::Kata Dasar::.
- dikenali juga sebagai 'kata pokok' yang merupakan kata yang menjadi asas bagi kata
terbitan.
.::Bentuk Kata::.
- bentuk kata ialah unit tatabahasa yang berbentuk tunggal dan terbentuk daripada
pengimbuhan, penggandaan atau pemajukan sesuatu kata.
- binaan kata merupakan kata-kata yang digolongkan berdasarkan peranan masing-masing
dalam sesuatu ayat.
- terdapat 4 bentuk kata dalam Bahasa Melayu.
a. Kata Tunggal

- kata daripada sebarang golongan yang tiada imbuhan, penggandaan atau pemajukan.
b. Kata Terbitan
- kata yang terbentuk daripada proses pengimbuhan. Kebanyakan daripada kata dasar
menerima imbuhan daripada morfem bebas.
c. Kata Majmuk
- terhasil apabila dua kata dasar atau lebih membawa makna tertentu.
- dieja secara terpisah, namun berfungsi sebagai satu unit.
d. Kata Ganda
- bentuk kata yang dihasilkan dengan mengulangi kata dasar, sama ada seluruh kata dasar
atau sebahagian kata dasar (Penggandaan penuh dan penggandaan separa).
.::Proses Pembentukan Kata::.
- satu proses penghasilan kata dalam Bahasa Melayu melelui proses pengimbuhan,
pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.
- ini akan menimbulkan kata-kata baru dan menambahkan perbendaharaan kata.
.::Pengimbuhan::.
- Melibatkan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
.::Pemajmukan::.
- penggabungan dua kata dasaratau lebih untuk menghasilkan satu bentuk kata.
- terdapat 29 kata majmuk yang telah mantap dan dieja.
.::Penggandaan::.
- proses menggandakan kata dasar sama ada secara penuh atau seluruh kata dasar,
sebahagian kata dasar atau gandaan berentak.
.::Golongan Kata::.
- perkataan digolongkan dalam golongan-golongan tertentu berdasarkan struktur,fonologi,
morfem, sintaksis dan semantik.
- terdapat 4 kategori iaitu;
a. Kata Nama
- unsur penting dalam binaan nama. terdiri daripada nama orang, nama tempat dan nama
benda.
- kata nama terdiri daripada 'kata nama khas', 'kata nama am' dan 'kata ganti nama'.
**kata nama khas
- hidup - manusia
- bukan manusia (haiwan, tumbuh-tumbuhan)
- tak hidup (benda mati dan tidak hidup sifatnya seperti nama negeri, institusi, bangsa,
organisasi.)
**kata nama am
- kata nama am abstrak (Bukan kebendaan)
- contoh : cinta, mimpi.
- kata nama am kongkrit (Kebendaan)
- contoh : Pelajar, rumah, larutan.

**Kata ganti nama
- kata ganti nama tunjuk
- kata ganti nama diri - diri tanya
- diri orang
b. Kata Kerja
- merangkumi kata-kata dasar yang menjadi unsur utama dalam binaan frasa kerja.
Kata Kerja
- Tak Transitif
- Berpelengkap
- Tak Berpelengkap
- Transitif
- Aktif
_ Pasif
c. Kata Adjektif
- juga dikenali sebagai kata sifat yang merupakan perkataan unsur inti dalam sesuatu
binaan frasa adjektif.
Penggolongan kata Adjektif
1.cara - Mudah, Sukar
2.sifat - Baik, Jahat
3.jarak - Dekat, Jauh
4.waktu - Sekarang, Nanti
5.warna - Biru, Merah
6.bentuk - Bulat, Bujur
7.ukuran - CM, Inci
8.perasaan - Suka, Gembira
9.pancaindera - Rasa, Bau, Dengar, Dsb
d. Kata Tugas
- hadir dalam frasa, klausa atau ayat.
- kata tugas untuk kata seru, nafi, arah, tanya, bantu, penegas, perintah, hubung, bilangan,
penguat, pemeri, pembenar, sendi nama dan pangkal ayat.

3.2.2 SINTAKSIS
.::Pengenalan::.
- sintaksis ialah bidang ilmu bahasa berkaitan dengan proses pembinaan ayat.
- dalam dinaan ayat, frasa dan klausa adalah penting.
.::Definisi Sintaksis::.
- sintaksis ialah bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa.
- aspek penting seperti konsep frasa dan klausa, penggolongan kata serta pembentukan dan
pembinaan ayat.
.::Ayat::.

- ayat adalah unit pengucapan yang terletak di peringkat susunan yang paling tinggi.
- Binaan ayat mempunyai subjekdan predikat.
.::Pola-pola Ayat Dasar::.
- ayat dasar merupakan ayat inti yang dapat mengalami peluasan.
- dalam Bahasa Melayu terdapat 4 jenis pola iaitu;
a. Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN)
b. Frasa Nama + Frasa Kerja (KN+FK)
c. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FS)
d. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)
.::Frasa::.
- Frasa ialah satu unit tatbahasa berdasrkan kata susunan yang mengandungi satu atau dua
perkataan yang berpotensi untuk diluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.
- contoh : "Budak --> Budak sekolah --> Seorang budak sekolah".
.::Jenis-jenis Frasa::.
- tardapat 4 jenis frasa iaitu :
a. Frasa Nama (FN)
- terdiri daripada satu perkataan atau beberapa binaan dalam satu ayat.
b. Frasa Kerja (FK)
- terdiri daripada kata kerja tak transitif.
c. Frasa Adjektif (FA)
- susunan perkataan terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata
sifar (Ajdektif).
d. Frasa Sendi Nama (FS)
- terdiri daripada satu sendi nama dan satu frasa sebagai pelengkap.
.::Klausa::.
- klausa merupakan unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat.
- fungsi klausa sebagai konstituen kepada ayat.
- jenis-jenis klausa terdiri daripada;
a. klausa bebas (utama)
b. klausa terikat (tak bebas)
.::Ragam Ayat::.
- merangkumi ayat aktif dan ayat pasif.
- ayat aktif ialah yang menggunakan kata kerja aktif.
- ayat aktif boleh dipasifkan, terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
- sebagai panduan;
Ayat Aktif - aktif transitif
- aktif tak transitif
Ayat Pasif - ayat pasif dengan kata kerja.
- ayat pasif dengan kata nama ganti
- ayat pasif dengan perkataan "Kena"
.::Jenis-jenis Ayat::.
a. Jenis-jenis Ayat

1. Ayat penyata
2. Ayat perintah
- Ayat suruhan
- Ayat larangan
- Ayat silaan
- ayat permintaan
3. Ayat seruan
4. Ayat tanya
.::Bentuk Ayat::.
- terdapat pelbagai ragam dan bentuk ayat-ayat dasar / ayat mudah / ayat inti.
- terdapat beberapa pola ayat seperti ayat pasif, ayat tunggal, ayat majmuk dan
sebagainya.
a. Ayat Tunggal
- ayat tunggal mengandungi satu klausa bebas.
- ayat tunggal terdiri daripada satu subjek (inti) dan satu predikat (cerita) sahaja.
- ayat tunggal merupakan ayat dasar.
b. Ayat Majmuk
- ayat majmuk atau ayat kompleks merupakan gabungan dua atau lebih ayat tunggal dalam
satu ayat.
- ia boleh dibahagikan kepada beberapa ayat seperti;
- Gabungan
- Pancangan
- Komplemen
- Pancangan Relatif
- Pancangan Keterangan
- Majmuk Campuran

3.3 SEMANTIK
.::Semantik::.
.::Pengenalan::.
- bidang kajian bahasa yang mengkaji maksud dan makna kata.
- beberapa konsep dipelajari seperti sinonim, antonim, hiponim, homonim, dan polisim.
.::Definisi Semantik::.
- semantik ialah makna kata, satu cabang linguistik. mengkaji makna kata dalam bahasa
tertentu, dikaitkan dengan masyarakat, dan faktor-faktor yang mempengaruhi.
.::Makna Perkataan::.
- terdapat hubungan semantik antara satu perkataan dengan perkataan bahasa lain atau
perkaitan beberapa jenis perkataan.
.::Perkaitan Makna Perkataan::.

Makna Perkataan
- Polisim
- Antonim
- Hiponim - homonim
- Homofon
- Homograf
.::Peribahasa::.
- masyarakatMElayu kaya dengan pelbagai bentuk kata berbunga yang diwarisi dari tutuntemurun.
- peribahasa sudah sebati dalam masyarakat Melyu dan merupakan warisan yang amat
tinggi nilainya.
- peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, perumpamaan pepatah dan bidalan.
Peribahasa mempunyai falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi.
a. perumpamaan / simile
- perumpamaan ialah kata-kata kiasan yang membawa perbandingan makna. Perumpamaan
mempunyai erti dua lapis.
b. pepatah
- pepatah juga dikenali sebagai perbilangan. Pepatah ialah ungkapan yang merupakan
pusaka adat resam masyarakat Melayu.
c. bidalan
- Bidalan ialah peribahasa yang mempunyai makna selapis sahaja.
d. kiasan
- kiasan ialah bahasa yang diungkapkan dimana ia dibandingkan dengan yang lain.
e. simpulan bahasa
- ungkapan atau rangkai kata yang tersimpul dan digun